Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO. WA-22NCC-89-03/2017 ANTARA TAN KIEN WEI (NO. K/P: 511210-08-5685) … PLAINTIF
22NCC-89-03/2017
High Court of Malaysia19 Jan 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO. WA-22NCC-89-03/2017 ANTARA TAN KIEN WEI (NO. K/P: 511210-08-5685) … PLAINTIF
1
VIVA MEKAR SDN BHD
2
TAN KIAN KOK (NO. K/P: 530110-08-6051) … DEFENDAN-DEFENDAN DI HADAPAN YA KHADIJAH BINTI IDRIS PESURUHJAYA KEHAKIMAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Dalam guaman sivil ini, Plaintif memohon supaya mahkamah memerintahkan Defendan Pertama melakukan pembetulan pada buku daftar ahli Defendan Pertama dengan memasukkan nama Plaintif sebagai salah seorang pemegang saham Defendan Pertama. [2] Selepas menimbangkan keterangan yang dikemukakan melalui testimoni saksi-saksi dan dokumen serta hujah kedua-dua pihak mahkamah ini menolak kes Plaintif dengan kos. Plaintif yang terkilan dengan keputusan tersebut memfailkan rayuan. Fakta Latarbelakang [3] Plaintif, Tan Kien Wei, adalah seorang individu warganegara Malaysia. [4] Defendan Pertama, Viva Mekar Sdn Bhd, adalah sebuah pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia. Defendan Kedua, Tan Kian Kok, adalah seorang individu warganegara Malaysia. 3 Pada semua masa yang material, Defendan Kedua adalah pemegang saham dan pengarah Defendan Pertama. [5] Plaintif dan Defendan Kedua adalah bersaudara iaitu Plaintif adalah abang kepada Defendan Kedua. Pada semua masa yang material Plaintif bukan pemegang saham dan pengarah Defendan Kedua. Kes Plaintif [6] Berdasarkan Penyataan Tuntutan dan Jawapan kepada Penyataan Pembelaan, Plaintif memplidkan seperti berikut –
a
pada 7 Ogos 2011, Plaintif telah membuat satu laporan polis terhadap Defendan Kedua kerana dipercayai telah melakukan penipuan dalam menguruskan perniagaan keluarga melalui syarikat bernama Cheras Koalin Industries Sdn Bhd (Laporan Polis). Laporan Polis tersebut adalah seperti di muka surat 11 – 12 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian B. 4
b
Defendan Kedua telah bersetuju memindahmilikkan sahamnya dalam Defendan Pertama kepada Plaintif supaya Plaintif tidak meneruskan dan / atau menarik balik Laporan Polis tersebut. Oleh kerana itu dan sepanjang pengetahuan Plaintif sehingga kini masih tiada sebarang tindakan lanjut berkaitan dengan Laporan Polis tersebut.
c
Plaintif menafikan pindah milik Saham Defendan Kedua adalah tertakluk kepada syarat perjanjian lisan sebagaimana diplidkan oleh Defendan Kedua. Defendan Kedua tidak pernah membuat apa-apa tuntutan terhadap Plaintif untuk memenuhi perjanjian lisan yang didakwa oleh Defendan Kedua.
d
bagi menyokong kesnya, Plaintif mengemukakan dokumen-dokumen berikut –
i
Resolusi Pengarah Defendan Pertama di mana Defendan Pertama meluluskan pindahmilik saham Defendan Kedua dalam Defendan Pertama kepada Plaintif (Resolusi Pengarah No. 1). Dokumen Resolusi 5 Pengarah No. 1 adalah di muka surat 82 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C.
II
(ii) Resolusi Pengarah Defendan Pertama di mana Defendan Pertama bersetuju menerima perletakan jawatan Defendan Kedua sebagai pengarah Defendan Pertama (Resolusi Pengarah No. 2) berkuatkuasa serta-merta. Dokumen Resolusi Pengarah No. 2 adalah di muka surat 83 Ikatan Dokumen Bersama
Part
Bahagian C.
III
(iii) surat perletakan jawatan sebagai pengarah Defendan Pertama yang ditandatangani oleh Defendan Kedua (Surat Perletakan Jawatan sebagai Pengarah). Dokumen Surat Perletakan Jawatan sebagai Pengarah adalah di muka surat 85 Ikatan Dokumen Bersama
IV
(iv) “certified true extract” Resolusi Pengarah Defendan Pertama yang diluluskan pada 31 Januari 2013 mengenai perletakan jawatan Defendan Kedua sebagai pengarah Defendan Pertama diterima dan berkuat kuasa serta-merta (Salinan Sah Resolusi Pengarah No. 2). 6
v
Borang 32 A Akta Syarikat 1965 yang ditandatangani oleh Defendan Kedua untuk memindahmilikkan sahamnya kepada Plaintif (Borang 32 A). Dokumen Borang 32 A adalah di muka surat 86 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C. Semasa Defendan Kedua menandatangani Borang 32 A, Tan Kian Wui dan Tan Lee Kuan (anak saudara kepada Plaintif dan Defendan Kedua) telah menyaksikannya. Tidak ada sebarang syarat yang dikenakan oleh Defendan Kedua. Plaintif menafikan bahawa Borang 32 A tersebut ditandatangani oleh Defendan Kedua secara “escrow”. Kesemua dokumen-dokumen tersebut di atas adalah ditandatangani dan bertarikh 3 Januari 2013. Dokumen-dokumen tersebut di atas dirujuk secara bersesama sebagai “Dokumen-dokumen Perjanjian Pindah Milik Saham”.
e
Defendan Kedua tidak menafikan bahawa tandatangan dalam Borang 32 A adalah tandatangan beliau. Adalah kes Plaintif bahawa setiausaha Defendan Kedua telah mengesahkan bahawa tandatangan Defendan Kedua di atas Borang 32 A adalah sama dengan rekod mereka. 7
f
Plaintif dimaklumkan oleh setiausaha Defendan Pertama bahawa pindah milik Saham Defendan Kedua kepada Plaintif tidak dapat dibuat kerana Defendan Kedua telah memaklumkan kepada setiausaha tersebut bahawa Defendan Kedua telah menukar spesimen tandatangan Defendan Kedua.
g
Walaupun Plaintif telah beberapa kali menuntut Defendan Pertama memasukkan nama Plaintif dalam buku daftar ahli Defendan Pertama sebagai salah seorang pemegang saham Defendan Pertama, Defendan Pertama telah gagal berbuat demikian. Kes Defendan [7] Defendan Kedua memplidkan dalam tahun 2011 Plaintif dan Defendan Kedua telah bersetuju secara lisan (Perjanjian Lisan) supaya Defendan Kedua menjual dan memindahmilikkan sahamnya dalam Defendan Pertama kepada Plaintif tertakluk kepada syarat-syarat berikut – 8
i
Plaintif akan membayar RM 250,000.00 sebagai harga belian segala saham Defendan Kedua dalam Defendan Pertama.
II
(ii) Plaintif akan menjelaskan bagi pihak Defendan Pertama pinjaman pendahuluan (“advance”) Defendan Kedua kepada Defendan Pertama.
III
(iii) Plaintif perlu menebuskan hartanah Defendan Pertama yang dipegang di bawah Hakmilik No. H.S. (ID) 42305, No. P.T. 36459, Pekan Sungai Buloh, Daerah Gombak, Negeri Selangor yang telah digadaikan kepada Citibank Berhad supaya Defendan Kedua akan dilepaskan sebagai penjamin untuk kemudahan dan pinjaman bank yang diberikan oleh Citibank Berhad kepada Defendan Pertama untuk membeli Hartanah tersebut.
IV
(iv) Defendan Kedua akan mendepositkan dengan setiausaha Defendan Pertama satu surat perletakan jawatan pengarah Defendan Pertama tanpa tarikh (“in escrow”) bersama dengan satu resolusi pengarah Defendan Pertama tanpa tarikh (“in escrow”) yang membenarkan pindahmilik saham- 9 saham biasa Defendan Kedua dalam Defendan Pertama dan Borang Pindahmilik saham-saham (Borang 32 A) yang tidak bertarikh dan belum disaksikan untuk diisikan tarikh dan saksi apabila syarat-syarat di perenggan 7 (i) hingga (iii) di atas dipenuhi.
v
Sijil asal saham-saham Defendan Kedua dalam Defendan Pertama akan diserahkan kepada Plaintif apabila syarat-syarat di perenggan 7 (i) hingga (iii) di atas dipenuhi. [8] Defendan Kedua memplidkan Resolusi Pengarah No. 1 dan Resolusi Pengarah No. 2 serta Surat Perletakan Jawatan adalah tidak berkesan dan tidak sah berdasarkan alasan berikut:
a
bagi Resolusi Pengarah No. 1, ianya tidak sah kerana tidak ditandatangani oleh Defendan Kedua selaku pengarah Defendan Pertama sebagaimana dikehendaki di bawah Artikel 90 Artikel Pertubuhan Syarikat Defendan Pertama.
b
Bagi Surat Perletakan Jawatan bertarikh 3 Januari 2013, ianya tidak sah kerana surat perletakan jawatan yang ditandatangani oleh Defendan Kedua adalah tidak bertarikh. 10 Surat tersebut hanya akan diisi tarikh apabila semua syarat dalam Perjanjian Lisan telah dipenuhi oleh Plaintif.
c
Bagi Borang 32 A bertarikh 3 Januari 2013, ianya tidak sah kerana Borang 32 A yang ditandatangani oleh Defendan Kedua adalah tidak bertarikh dan tidak disaksikan. Borang 32 A yang ditandatangani oleh Defendan Kedua akan hanya diisi tarikh apabila semua syarat dalam Perjanjian Lisan telah dipenuhi oleh Plaintif. Borang 32 A bertarikh 3 Januari 2013 yang ditandatangani oleh Plaintif dan Tan Kian Wui adalah tanpa kehadiran dan kebenaran Defendan Kedua.
d
Borang 32 A bertarikh 3 Januari 2013 juga tidak sah kerana tidak sempurna memandangkan duti setem ad voleram berhubung pindah milik saham Defendan Kedua belum dibayar. [9] Selanjutnya adalah pendirian pihak Defendan Kedua bahawa pindah milik saham Defendan Kedua kepada Plaintif tidak mempunyai balasan dan dengan demikian ia adalah tidak sah di sisi undang-undang. Secara alternatif, Defendan Kedua memplidkan jika pun adanya balasan, balasan adalah tidak sah di sisi undang-undang. 11 Keterangan saksi-saksi [10] Plaintif mengemukakan 4 orang saksi untuk menyokong kesnya –
a
Tan Lean Kuan, SP 1, yang merupakan anak saudara kepada Plaintif dan Defendan. Keterangan SP 1 adalah seperti berikut –
i
Plaintif telah membuat laporan polis terhadap Defendan Kedua berhubung penipuan dalam pengurusan sebuah syarikat keluarga iaitu Cheras Koalin Industries Sdn Bhd.
II
(ii) Defendan Kedua telah meminta bantuan SP 1 untuk memujuk Plaintif supaya tidak meneruskan dengan Laporan Polis tersebut. Walau bagaimanapun, memandangkan perkara ini telah lama berlalu, SP 1 tidak ingat tarikh Defendan Kedua meminta bantuannya.
III
(iii) Bagi menyelesaikan masalah antara Plaintif dan Defendan Kedua, Defendan Kedua bersetuju untuk meletak jawatan sebagai pengarah Defendan Pertama. 12 Defendan Kedua juga bersetuju memindahmilikkan sahamnya dalam Defendan Pertama kepada Plaintif.
IV
(iv) SP 1, Tan Kian Min (bapa saudara Plaintif dan Defendan Kedua dan salah seorang pengarah Defendan Pertama) dan seorang lagi bapa saudara iaitu Tan Kian Wui telah menyaksikan Defendan Kedua menandatangani Borang 32 A di pejabat Defendan Pertama. Borang tersebut kemudiannya dibawa kepada Plaintif yang menandatangani borang tersebut.
v
Kes ini bukannya kes yang melibatkan wang. Tetapi ia melibatkan Laporan Polis yang dibuat oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua.
VI
(vi) Tidak ada syarat secara lisan dipersetujui antara Plaintif dan Defendan Kedua mengenai pindah milik saham Defendan Kedua. Walau bagaimanapun semasa dalam pemeriksaan balas, SP 1 mengakui sekiranya terdapat perbincangan antara Plaintif dan Defendan Kedua mengenai terma dan syarat (termasuk bayaran RM 250,000.00) bagi pindah milik Saham Defendan Kedua kepada Pliantif, SP 1 tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara tersebut. 13
b
Tan Kien Wei, SP 2, adalah Plaintif. Keterangannya adalah seperti berikut –
i
SP 2 merujuk kepada dokumen Resolusi Pengarah No. 1 dan Resolusi Pengarah No. 2 yang kedua-duanya ditandatangani oleh pengarah Defendan Pertama iaitu Tan Kian Min dan Tan Nai Nah.
II
(ii) SP 2 dan Defendan Kedua telah menandatangani Borang 32 A.
III
(iii) Tidak ada balasan bagi pindah milik saham Defendan Kedua kepada Plaintif. Sungguhpun demikian bagi maksud mengisi Borang 32 A, balasan dicatatkan sebanyak RM 1.00.
IV
(iv) Tidak ada syarat, sama ada secara lisan atau bertulis, yang dikenakan oleh Defendan Kedua sebelum sahamnya dipindahmilikkan kepada Plaintif.
v
Defendan Kedua bersetuju memindahmilikkan sahamnya dalam Defendan Pertama supaya Plaintif tidak meneruskan / menarik balik Laporan Polis tersebut. Apbila disoal balas, SP 2 mengatakan dia tidak berhubung dengan pihak polis untuk menarik balik Laporan Polis. SP 2 juga memaklumkan dia tidak 14 meminta pihak polis untuk berhenti penyiasatan ke atas Laporan Polis tersebut.
VI
(vi) SP 2 mengaku pada 26 April 2013 dia telah menghantar salinan asal Dokumen-dokumen Perjanjian Pindah Milik Saham kepada setiausaha Defendan Pertama pada masa itu iaitu Christine Pang dari TMF Administrative Services Malaysia Sdn Bhd (TMF Administrative Services). Dia juga mengesahkan dalam emel Christine Pang bertarikh 7 Jun 2013 kepadanya, dia telah dimaklumkan bahawa Defendan Kedua memberi arahan supaya tidak meneruskan dengan pindah milik saham Defendan Kedua kepadanya kerana Defendan Kedua telah menukar tandatangannya. Melalui emel yang sama juga, dia telah dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat undang-undang sebelum meletakkan tarikh pada Dokumen-Dokumen Perjanjian Pindah Milik Saham tersebut dan memberi arahan kepada Christine Pang untuk memfailkan dokumen statutori yang perlu. 15
c
Tan Kien Wui, SP 3, yang merupakan adik kepada Plaintif dan Defendan Kedua. Keterangan SP 3 adalah seperti berikut –
i
Persetujuan Defendan Kedua untuk memindahmilikkan sahamnya dalam Defendan tidak melibatkan balasan dan apa-apa syarat.
II
(ii) Tan Kian Min (pengarah Defendan Pertama), SP 1 dan 3 telah menyaksikan Defendan Kedua menandatangani Borang 32 A. Pada masa itu Defendan Kedua tidak menyebut mengenai balasan dan syarat. Borang 32 A yang ditandatangani oleh Defendan Kedua kemudiannya dibawa oleh SP 1 dan SP 3 kepada Plaintif untuk ditandatangani. SP 3 tidak dapat ingat tarikh Borang 32 A ditandatangani.
III
(iii) Dalam Penyataan Saksinya, SP 3 mengatakan Defendan Kedua telah meminta SP 1 memujuk Plaintif supaya tidak meneruskan Laporan Polis terhadap Defendan Kedua. Walau bagaimanapun semasa disoal balas mengenai perkara tersebut, SP 3 tidak ingat mengenai tarikh bila ia berlaku. SP 3 juga tidak ingat mengenai apa yang dikatakan oleh Defendan 16 Kedua kepada Plaintif (untuk SP 1 pujuk Plaintif supaya tidak meneruskan dengan Laporan Polis).
d
Ng Say Or, SP 4, adalah setiausaha Defendan Pertama, memberi keterangan berikut –
i
SP 4 adalah setiausaha syarikat Defendan Pertama bermula daripada Mac 2014. Setiausaha syarikat sebelumnya adalah TMF Administrative Services.
Preamble
Menurut SP 4, apabila dia mengambil alih daripada TMF Administrative Services, dokumen mengenai Defendan Pertama telah diberikan kepadanya.
II
(ii) SP 4 mengatakan dia tidak mempunyai dokumen asal Resolusi Pengarah No. 1, Resolusi Pengarah No. 2, Surat Perletakan Jawatan Defendan Kedua sebagai Pengarah dan Borang 32 A kerana Dokumen-dokumen Perjanjian Pindah Milik Saham tersebut tidak ada dalam fail Defendan Pertama. 4 juga memaklumkan dia tidak pernah melihat dokumen-dokumen tersebut.
III
(iii) Semasa disoal oleh peguam Plaintif, 4 kemungkinan Dokumen-dokumen Perjanjian Pindah 17 Milik Saham tersebut telah hilang kerana SP 4 tidak menjumpai dokumen-dokumen tersebut dalam fail. Syarat-syarat tersebut di atas dirujuk secara bersesama sebagai “Syarat-syarat Pindah Milik Saham”. [11] Defendan-defendan mengemukakan hanya seorang saksi iaitu Defendan Kedua. Keterangan Defendan Kedua boleh diringkaskan seperti berikut –
a
Defendan Kedua menafikan dia telah bersetuju memindahmilikkan sahamnya dalam Defendan Pertama kepada Plaintif tanpa apa-apa balasan. Defendan Kedua juga menafikan dia bersetuju memindah milik sahamnya kerana Plaintif telah membuat Laporan Polis terhadapnya.
b
(b)
Preamble
Menurut Defendan Kedua, pindah milik sahamnya dalam Defendan Pertama kepada Plaintif sekitar tahun 2011 adalah tertakluk pada Syarat-syarat Pindah Milik tersebut (lihat perenggan 3 Penyataan Pembelaan Defendan-Defendan dan perenggan 7 di atas). 18
c
Semasa soal balas Defendan Kedua mengatakan Plaintif akan membayar RM 250,000.00 serta-merta apabila Defendan Kedua menandatangani Borang 32 A. Manakala pendahuluan yang diberikan oleh Defendan Kedua akan dibayar oleh Plaintif selepas Plaintif menebus hartanah Defendan Pertama yang dicagarkan kepada Citibank sebagai sekuriti bagi pinjaman yang diperoleh Defendan Pertama daripada Citibank Berhad. Penebusan hendaklah dibuat oleh Plaintif dalam masa 6 bulan. Dalam hal ini Defendan Kedua mengakui perkara mengenai masa bayaran RM 250,000.00 dan pendahuluan tidak diplidkan dalam Pernyataan Pembelaan.
d
Bagi maksud pindah milik saham tersebut, Defendan Kedua telah menandatangani Surat Perletakan Jawatan sabagai Pengarah sebagaimana diminta oleh Plaintif. Walau bagaimanapun surat tersebut tidak bertarikh dan Defendan Kedua menafikan menandatangani surat tersebut pada 3 Januari 2013.
e
Adalah dipersetujui oleh Plaintif dan Defendan Kedua bahawa Surat Perletakan Jawatan sebagi Pemgarah akan 19 hanya dikemukakan kepada setiausaha Defendan Pertama selepas Plaintif memenuhi Syarat-syarat Pindah Milik Saham dan akan hanya diletakkan tarikh selepas penjualan saham Defendan Kedua kepada Plaintif disempurnakan. Defendan Kedua menafikan Surat Perletakan Jawatan sebagai Pengarah telah dikemukakan olehnya kepada Lembaga Pengarah Defendan Pertama dan bukan kepada Plaintif.
f
Defendan Kedua juga menafikan dia menandatangani Borang 32 A di hadapan SP 1 dan SP 3 untuk sahamnya dipindahmilikkan kepada SP 2 tanpa apa-apa balasan. Selepas menandatangani Borang 32 A Defendan Kedua telah memberikan borang tersebut kepada Plaintif yang menyimpan Borang 32 A tersebut.
g
Defendan Kedua bersetuju adalah lebih baik jika adanya perjanjian bertulis antaranya dengan Plaintif berhubung dengan Syarat-syarat Pindah Milik Saham. Namun Defendan Kedua mengatakan memandangkan mereka adalah adik-beradik maka perjanjian hanyalah secara lisan antara mereka berdua. 20
h
Defendan Kedua tidak bersetuju dengan cadangan pihak Plaintif bahawa tiadanya tuntutan Cheras Kaolin Industries terhadapnya adalah disebabkan Plaintif dan PW 1 telah bersetuju untuk memberhentikan Laporan Polis tersebut terhadapnya. Isu [12] Isu utama yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah sama ada terdapat perjanjian antara Plaintif dan Defendan Kedua berhubung dengan penjualan saham Defendan Kedua kepada Plaintif. Sekiranya wujud perjanjian sedemikian, sama ada perjanjian tersebut sah di sisi undang-undang. Undang-undang [13] Berdasarkan Akta Kontrak 1950 (Akta Kontrak) sesuatu perjanjian boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Bagi menghasilkan suatu perjanjian yang sah di sisi undang-undang dan mengikat, perjanjian tersebut perlu memenuhi elemen-elemen tertentu sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Kontrak. Di antara elemen yang penting dan 21 relevan bagi maksud kes di hadapan mahkamah ini adalah balasan. Dalam hal ini seksyen 2 (d) Akta Kontrak memperuntukkan –
d
when, at the desire of the promisor, the promisee or any other person has done or abstained from doing, or does or abstains from doing, or promises to do or to abstain from doing, something, such act or abstinence or promise is called a consideration for the promise; [14] Seksyen 26 Akta Kontrak memperuntukkan sesuatu perjanjian yang tidak mempunyai balasan adalah tak sah melainkan ia tergolong dalam 3 kategori yang dinyatakan dalam seksyen tersebut. Dalam kes di hadapan mahkamah ini, 3 kategori tersebut tidak relevan. Seksyen 25 Akta yang sama pula memperuntukkan sesuatu perjanjian adalah tak sah sekiranya balasan dan objektif perjanjian adalah menyalahi undang-undang (unlawful). Keputusan mahkamah [15] Mengambil kira keterangan saksi-saksi dan dokumen yang dikemukakan, mahkamah ini berpendapat terdapat perjanjian lisan antara Plaintif dan Defendan Kedua di mana telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak supaya saham Defendan Kedua dalam Defendan 22 Pertama dipindahmilikkan kepada Plaintif. Ini adalah berdasarkan keterangan berikut:
a
Defendan Kedua mengaku dalam keterangannya bahawa dia telah menandatangani Borang 32 A bagi maksud melaksanakan pindah milik sahamnya dalam Defendan Pertama kepada Plaintif.
b
Defendan Kedua mengaku dalam keterangannya bahawa dia telah menandatangani Surat Perletakan Jawatan sebagai Pengarah. Tindakan sedemikian adalah selaras dengan persetujuan Plaintif dan Defendan Kedua bagi maksud melaksanakan pindah milik saham Defendan Kedua kepada Plaintif. Ini adalah kerana dengan pindah milik saham Defendan Kedua kepada Plaintif, Defendan Kedua tidak lagi mempunyai kepentingan dalam Defendan Pertama. Sebaliknya Plaintif yang akan mempunyai kepentingan sebagai pemegang saham yang baru.
c
Atas permintaan Plaintif, Defendan Kedua telah menyerahkan Dokumen-dokumen Perjanjian Pindah Milik Saham yang ditandatanganinya kepada Plaintif. Plaintif 23 kemudiannya telah mengemukakan dokumen-dokumen tersebut kepada Christine Pang, setiausaha Defendan Pertama. [16] Isu selanjutnya adalah berkenaan balasan berhubung dengan perjanjian pindah milik saham Defendan Kedua. Adalah jelas terdapat percanggahan fakta berhubung dengan balasan perjanjian pindah milik saham Defendan Kedua. [17] Dalam mengendalikan keterangan yang bercanggah, mahkamah bertanggungjawab melihat pada hal keadaan yang berkenaan dan menilai keterangan dokumentari terutamanya keterangan semasa (contemporaneous evidence) yang boleh membuktikan atau menidakkan sesuatu fakta. Dalam kes Mahkamah Rayuan Guan Teik Sdn Bhd v Hj Mohd Noor Hj Yakob & Ors [2000] 4 CLJ 324, di muka surat 330, Mahkamah tersebut menjelaskan – … In cases where conflicting evidence are presented before a court, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also encumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact… 24 [18] Sepertimana dinyatakan di atas, Plaintif bergantung kepada Dokumen-dokumen Perjanjian Pindah Milik Saham. Oleh kerana dokumen-dokumen tersebut dimasukkan dalam Bahagian C, maka beban adalah di atas Plaintif untuk membuktikan kewujudan dokumen tersebut dan juga kandungannya. Semasa perbicaraan (lihat Nota Keterangan pada 4 Oktober 2017 muka surat 16 - 27) Plaintif telah memohon, melalui SP 4 supaya Resolusi Pengarah No. 1, Resolusi Pengarah No. 2, Salinan Sah Resolusi Pengarah No. 2 dan Borang 32 A diterima dan ditandakan sebagai ekshibit. Dokumen-dokumen ini yang masing-masingnya terdapat di muka surat 82, 83, 84 dan 86 Ikatan Dokumen Bahagian C dirujuk secara bersesama sebagai “Dokumen-dokumen Perjanjian yang Dipertikaikan”. [19] Plaintif berhujah memandangkan SP 4 tidak dapat mengemukakan dokumen-dokumen asal kerana dokumen-dokumen tersebut tidak berada dalam dalam fail Defendan Pertama, maka dokumen-dokumen tersebut telah hilang. Oleh yang demikian dihujahkan bahawa keterangan sekunder seperti yang terdapat di muka surat 82, 83, 84 dan 86 Ikatan Dokumen Bahagian C boleh digunakan menurut seksyen 65 Akta Keterangan 1950 (Akta Keterangan). Menurut peguam Plaintif, dalam hal ini seksyen 65 (1) (a) (i) adalah terpakai kerana – 25
a
Dokumen-dokumen Perjanjian yang Dipertikaikan tersebut adalah dokumen-dokumen dalam posesi Defendan Pertama.
b
Berdasarkan keterangan SP 4, Dokumen asal Dokumen-dokumen Perjanjian yang Dipertikaikan tersebut telah hilang.
c
Kehilangan bukanlah berpunca daripada Plaintif tetapi disebabkan oleh setiausaha Defendan Pertama. [20] Selain menggunakan seksyen 65 (1) (a) (i), Peguam Plaintif juga menggunakan seksyen 65 (1) (c) Akta Keterangan kerana Plaintif berhujah dokumen asal Dokumen-dokumen Pindah Milik Saham tersebut telah hilang. [21] Peguam Defendan-Defendan membantah atas alasan syarat yang ditetapkan di bawah seksyen 73 A Akta Keterangan tidak dipenuhi iaitu –
a
dokumen asal tidak dikemukakan di mahkamah.
b
pencipta (maker) dokumen-dokumen tersebut iaitu Tan Kian Min dan Tan Nai Nah tidak dipanggil di bawah seksyen 73 A Akta Keterangan.
c
oleh kerana dokumen Borang 32 A tidak disetemkan maka keterangan sekunder tidak boleh digunakan. 26 [22] Peguam Plaintif berhujah memandangkan pencipta dokumen Resolusi Pengarah No. 1, Resolusi Pengarah No. 2 dan Salinan Sah Resolusi Pengarah No. 2 adalah pengarah-pengarah Defendan Pertama maka Defendan Pertamalah yang perlu memanggil pencipta dokumen tersebut jika Defendan-Defendan mempertikaikan dokumen-dokumen tersebut. Kegagalan Defendan-Defendan memanggil pencipta dokumen-dokumen tersebut menyebabkan seksyen 114 (g) Akta Keterangan (inferensi yang bertentangan) terpakai terhadap Defendan-Defendan. [23] Bagi Borang 32 A pula, peguam Plaintif berhujah SP 2 adalah pencipta dokumen tersebut dan telah memberi keterangan dan dengan itu Borang 32 A tersebut boleh diterima (admissible) kerana syarat di bawah seksyen 73 A telah dipenuhi. Selanjutnya berdasarkan emel bertarikh 7 Jun 2013 (di muka surat 7 – 8 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian A) daripada Christine Pang setiausaha Defendan Pertama kepada Plaintif, dokumen-dokumen asal Resolusi Pengarah No. 1, Resolusi Pengarah No. 2 dan Borang 32 A telah dikemukakan oleh Plaintif kepada Christine Pang pada 26 April 2013 dan telah disimpan di pejabat setiausaha Defendan Pertama. SP 4 telah memberi keterangan bahawa apabila dia mengambil alih daripada TMF Administrative Services semua dokumen diserahkan kepadanya kecuali empat 27 dokumen-dokumen yang berkenaan. Oleh itu Plaintif menghujahkan mereka telah membuktikan dokumen asal telah diserahkan kepada SP 4 tetapi telah hilang. [24] Peguam Plaintif juga berhujah bahawa Defendan Kedua telah mengaku bahawa dia telah menandatangani Borang 32 A. Ini dinyatakan dalam Pernyataan Pembelaan di perenggan 11 dan juga emel Christine Pang bertarikh 7 Jun 2013. Dalam hal ini mahkamah mengambil maklum bahawa berdasarkan pliding Defendan Kedua apa yang diakui oleh Defendan Kedua adalah menandatangani Borang 32 A yang tidak bertarikh dan bukannya Borang 32 A yang bertarikh 3 Januari 2013 yang dikemukakan oleh Plaintif dalam kes ini. [25] Menurut seksyen 64 Akta Keterangan, kandungan sesuatu dokumen mesti dibuktikan melalui keterangan primer kecuali dalam keadaan sepertimana yang dinyatakan dalam Akta tersebut. Adalah jelas Dokumen-Dokumen Pindah Milik Saham di muka surat 82, 83, 85 dan 86 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C bukanlah dokumen asal dan dengan itu bukan dokumen primer menurut seksyen 62 Akta Keterangan. Oleh itu Plaintif menggunakan seksyen 65 supaya Dokumen-Dokumen Pindah Milik Saham tersebut diterima bagi maksud 28 membuktikan kesnya terhadap Defendan-Defendan. Seksyen 65 tersebut memperuntukkan seperti berikut: Cases in which secondary evidence relating to documents may be given 65 (1) Secondary evidence may be given of the existence, condition or contents of a document admissible in evidence in the following cases:
a
when the original is shown or appears to be in the possession or power –
i
of the person against whom the document is sought to be proved;
II
(ii) of any person out of reach of or not subject to the process of the court; or
III
(iii) of any person legally bound to produce it, and when after the notice mentioned in section 66 such person does not produce it;
b
when the existence, condition or contents of the original have been proved to be admitted in writing by the person against whom it is proved or by his representative in interest;
c
when the original has been destroyed or lost, or when the party offering evidence of its contents cannot for any other reason not arising from his own default or neglect produce it in reasonable time;
d
when the original is of such a nature as not to be easily movable;
e
when the original is a public document within the meaning of section 74; 29
f
when the original is a document of which a certified copy is permitted by this Act or by any other law in force for the time being in Malaysia to be given in evidence;
g
when the originals consist of numerous accounts or other documents which cannot conveniently be examined in court, and the fact to be proved is the general result of the whole collection.
2
(a) In the cases referred to in subsection (1)(a), (c) and (d) any secondary evidence of the contents of the document is admissible.
b
In the case referred to in subsection (1)(b) the written admission is admissible.
c
In the case referred to in subsection (1)(e) or (f) a certified copy of the document but no other kind of secondary evidence is admissible.
d
In the case referred to in section (1)(g) evidence may be given as to the general result of the documents by any person who has examined them and who is skilled in the examination of such documents. [26] Beban untuk membuktikan wujudnya keadaan di mana keterangan primer dikecualikan dan keterangan sekuder boleh digunakan adalah di atas Plaintif (Popular Industries Ltd v Eastern Garment Manufacturing Sdn Bhd [1989] 3 MLJ 360; Tsia Development Enterprise Sdn Bhd v Awang Dewa [1984] 1 MLJ 198; Malayan Banking Bhd v Agencies Service Bureau Sdn Bhd [1982] 1 MLJ 198). Oleh itu hujah Plaintif bahawa Defendan-Defendan yang seharusnya memanggil pengarah-pengarah yang menandatangani Dokumen-dokumen Pindah Milik 30 Saham adalah salah tafsir. Berikutan itu juga tidak timbul isu inferensi yang bertentangan menurut seksyen 114 (g) Akta Keterangan digunakan terhadap Defendan-Defendan. [27] Berdasarkan seksyen 65 (1) (a) Akta Keterangan, keterangan sekunder boleh digunakan untuk memberi keterangan sekiranya syarat yang diperuntukkan dipenuhi. Ini termasuklah memberi notis menurut seksyen 66 Akta yang memperuntukkan seperti berikut – Rules as to notice to produce
66
Secondary evidence of the contents of the documents referred to in section 65(1)(a) shall not be given unless the party proposing to give such secondary evidence has previously given to the party in whose possession or power the document is, or to his advocate, such notice to produce it as is prescribed by law; and if no notice is prescribed by law, then such notice as the court considers reasonable under the circumstances of the case: Provided that such notice shall not be required in order to render secondary evidence admissible in any of the following cases or in any other case in which the court thinks fit to dispense with it:
a
when the document to be proved is itself a notice;
b
when from the nature of the case the adverse party must know that he will be required to produce it;
c
when it appears or is proved that the adverse party has obtained possession of the original by fraud or force;
d
when the adverse party or his agent has the original in court;
e
when the adverse party or his agent has admitted the loss of the document; or 31
f
when the person in possession of the document is out of reach of or not subject to the process of the court. [28] Dalam hujahnya peguam Plantif tidak langsung menyentuh mengenai keperluan mengemukakan notis di bawah seksyen 66 tersebut. Memandangkan notis menurut seksyen 66 tersebut adalah mandatori sebelum keterangan sekunder boleh diterima dan Plaintif tidak mengemukakan keterangan bahawa notis sedemikian telah diberikan, mahkamah ini memutuskan Plaintif tidak boleh menggunakan seksyen 65 (1) (a) yang dibaca bersama-sama seksyen 66 Akta Keterangan untuk Dokumen-Dokumen Pindah Milik Saham diterima sebagai keterangan sekunder. [29] Plaintif juga bergantung kepada seksyen 65 (1) (c) Akta Keteranagn. Pihak Plaintif berhujah mereka telah buktikan dokumen-dokumen asal telah hilang berdasarkan keterangan SP 4 – TMF. When you took over from TMF, did TMF Give you documents of Viva Mekar? Yes. Didn’t see. When you took over from TMF, those documents should be handed over to you, agree? By TMF. 32 Should be. It should be handed to me whatever they have. ... ... So do you have those documents that I asked you to produce today, the original documents? I don’t have it in the file. ... ... You can’t find it in the file. I put it to you that those documents have been lost in your possession? Have been what? Have been lost in your possession? Lost? Lost. It maybe. I have to...you know...ensure that we receive it then it’s not in the file and we can’t find it. [30] Mengambil kira keterangan tersebut di atas, mahkamah ini berpendapat keterangan sedemikian tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa salinan asal Dokumen-dokumen Pindah Mikik Saham telah hilang. Keterangan SP 4 bahawa “maybe lost” menunjukkan dia tidak dapat memberikan kepastian bahawa dokumen- 33 dokumen asal tersebut telah hilang. Selain daripada itu tidak ada keterangan dikemukakan oleh Plaintif untuk menunjukkan usaha yang munasabah telah diambil untuk mendapatkan salinan asal dokumen-dokumen tersebut untuk dikemukakan kepada mahkamah. [31] Dalam kes Kesang Leasing Sdn Bhd v Dato’ Haji Mat @ Mat Shah bin Ahmad (no. 2) [2009] 2 MLJ 574, mahkamah memutuskan plaintif tidak boleh bergantung kepada seksyen 65 (1) (c) Akta Keterangan kerana plaintif gagal membuktikan dokumen asal perjanjian jual beli telah hilang atau usaha yang munasabah telah diambil oleh plaintif untuk mendapatkan dokumen asal. [32] Bagi menyokong hujahnya Plaintif merujuk pada kes Tan Sri Tan Hian Sin v PP [1979] 1 MLJ 73 yang memutuskan keterangan sekunder dalam bentuk salinan fotostat boleh diterima. Dalam hal ini mahkamah berpendapat fakta kes Tan Sri Tan Hian Sin adalah berbeza. Mahkamah dalam kes tersebut berpuas hati terdapat keterangan yang menunjukkan usaha (atas arahan pihak polis) telah dibuat untuk mencari dokumen asal dalam rekod syarikat berkenaan. Dalam kes di hadapan mahkamah tidak ada keterangan mengenai tindakan yang diambil untuk mendapatkan salinan asal Dokumen-dokumen Pindah Milik Saham 34 dikemukakan oleh Plaintif selain daripada keterangan SP 4 yang dia sendiri tidak pasti bahawa dokumen asal telah hilang. [33] Plaintif juga berhujah kehilangan dokumen-dokumen asal bukanlah disebabkan oleh kemungkirannya sendiri. Berhubung isu ini, mahkamah ini mengambil maklum bahawa seksyen 65 (1) (c) Akta Keteranagn membolehkan keterangan sekunder diberikan sekiranya Plaintif tidak dapat mengemukakan dokumen asal atas sebab lain selain daripada kemungkiran atau keabaian Plaintif sendiri. Walau bagaimanapun selain daripada membuktikan kegagalan mengemukakan dokumen asal adalah bukan disebabkan kemungkiran atau keabaian Plaintif, Plaintif juga dikehendaki membuktikan bahawa dia tidak dapat mengemukakan dokumen-dokumen asal dalam masa yang munasabah. Tidak ada keterangan sedemikian yang dikemukakan oleh Plaintif. [34] Berhubung seksyen 73 A, mahkamah ini berpendapat Plaintif tidak boleh menggunakan peruntukan tersebut kerana dokumen asal Borang 32 A tidak dikemukakan. [35] Berdasarkan alasan di atas, mahkamah ini memutuskan keterangan sekunder sepertimana yang terdapat di muka surat 82, 83, 85 dan 86 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C tidak boleh diterima. 35 [36] Walaupun Dokumen-dokumen Perjanjian yang Dipertikaikan tersebut tidak boleh diterima, ini tidak bermakna secara otomatik Plaintif gagal membuktikan kesnya terhadap Defendan-Defendan, khususnya Defendan Kedua. Ini kerana adalah keputusan fakta mahkamah ini terdapat perjanjian antara Plaintif dan Defendan Kedua supaya Defendan Kedua memindah milikkan sahamnya dalam Defendan Pertama kepada Plaintif. Isu penting di sini adalah sama ada perjanjian tersebut boleh dikuatkuasakan. [37] Bagi membolehkan sesuatu perjanjian dikuatkuasakan perjanjian tersebut mestilah sah di sisi undang-undang. Seksyen 26 Akta Kontrak memperuntukkan perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah tak sah melainkan pengecualian yang dinyatakan dalam seksyen 26 tersebut terpakai. Dalam kes di hadapan mahkamah ini, pengecualian yang diperuntukkan tidak terpakai. Seterusnya seksyen 25 Akta Kontrak juga memperuntukkan, antara lain, sesuatu perjanjian yang mempunyai balasan atau matlamat yang menyalahi undang-undang adalah tak sah. [38] Adalah diperhatikan Penyataan Tuntutan Plaintif tidak memplidkan balasan kepada persetujuan Defendan Kedua untuk memindahmilikkan saham Defendan Kedua kepadanya. Hanya apabila Defendan Kedua memplidkan balasan kepada persetujuannya memindahmilikkan 36 sahamnya adalah tertakluk kepada Syarat-syarat Pindah Milik Saham, barulah Plaintif memplidkan bahawa balasan sebenar adalah supaya Plaintif tidak meneruskan dan / atau menarik balik Laporan Polis terhadap Defendan Kedua. Plaintif juga dengan megahnya memplidkan disebabkan persetujuan Plaintif untuk tidak meneruskan dan / atau menarik balik Laporan Polis, tidak ada sebarang tindakan lanjut berkaitan dengan Laporan Polis tersebut. Perenggan 3 dan 4 Jawapan Kepada Penyata Pembelaan Defendan-Defendan) adalah seperti berikut –
3
Fakta yang sebenarnya ialah, pada 7 Ogos 2011, Plaintif telah membuat satu laporan polis terhadap Defendan Kedua kerana dipercayai telah melakukan penipuan di dalam menguruskan perniagaan keluarga melalui Syarikat Cheras Koalin Industries Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai “Laporan Polis tersebut”).
4
Defendan Kedua bagaimanapun bersetuju untuk memindahkan sahamnya di dalam syarikat Defendan Pertama kepada Plaintif agar Plaintif tidak meneruskan dan/atau menarik balik Laporan Polis tersebut. Oleh sebab itu dan sepanjang pengetahuan Plaintif sehingga kini masih tiada sebarang tindakan lanjut berkaitan Laporan Polis tersebut. [39] Isu yang perlu dipertimbangkan adalah apakah sebenarnya balasan bagi perjanjian pindah milik saham Defendan Kedua kepada 37 Plaintif. Isu ini akan menentukan sama ada perjanjian tersebut sah dan boleh dikuatkuasakan. [40] Mahkamah mendapati keterangan SP 1, Plaintif / SP 2 dan SP 3 sepakat mengatakan persetujuan Defendan Kedua untuk memindahmilikkan sahamnya kepada Plaintif adalah bertujuan supaya Laporan Polis terhadap Defendan Kedua tidak diteruskan atau ditarik balik.
a
Keterangan SP 1 adalah seperti berikut – Q2 Could you please inform the Honourable Court your involvement in this case? The Plaintiff and the 2nd Defendant are my uncles. The Plaintiff had lodged a police report against the 2nd Defendant for some fraudulent act while managing one of the family’s companies called Cheras Kaolin Industries Sdn Bhd. So, the disputes between the Plaintiff and the 2nd Defendant can be called as a family dispute. In order to get the Plaintiff not to proceed with police report, the 2nd Defendant had asked my help to persuade the Plaintiff not to proceed with police report. To settle the problem, the 2nd Defendant had agreed to resign and transfer all his shares in the 1st Defendant to the Plaintiff. Q3 Were you informed by the 2nd Defendant of any verbal conditions in transferring the shares to the Plaintiff? 38 No. The case is not about money. It is about the police report lodged by the Plaintiff. In order to hold the police investigation, the 2nd Defendant had agreed to transfer all his shares to the Plaintiff without any conditions.
b
Dalam Penyataan Saksinya, Plaintif memberi keterangan berikut – Q19 The 2nd Defendant claimed that there were other verbal conditions which you had failed to fulfil and therefore, the said transfer of shares could not be effected. Is that true? No. There were no other conditions, verbally or in writing, in transferring the shares from the 2nd Defendant to me. What actually happened was I had lodged a police report against the 2nd Defendant and few others for fraud and/or cheating in managing our family business’ company called Cheras Kaolin Industries Berhad. The police report was lodged on 7.8.2011. Because of that, the 2nd Defendant had agreed to resign from the 1st Defendant as Director and had agreed to transfer his shares in the 1st Defendant to me without any consideration and/or conditions.
c
Semasa pemeriksaan balas, keterangan Plaintif adalah seperti berikut - … In your Pleadings under paragraph 4 you pleaded that the Second Defendant agreed to transfer his shares in the... Second Defendant is Tan Kian Kok, agreed to transfer his shares in Viva Mekar to you so that you will not continue and/or withdraw the police report against him. Agreed? That’s what is pleaded. 39 Yes, agreed. Did you liaise with the police to withdraw or inform the police that you’re withdrawing your police report number, this police report at page 11? ... ... No, no. The question is did you liaise with the police to withdraw this police report? No. ... ... Did you request the police to stop any investigation into this report? No.
d
SP 3, dalam Penyataan Saksinya mengatakan seperti berikut – Q4 Then, do you have personal knowledge about whether there was a consideration or not and whether there were verbal conditions imposed or not? Yes I do have the personal knowledge about that. Q5 How is that? 40 Both Plaintiff and the 2nd Defendant are my brothers. The disputes between them could be considered as family disputes. The 2nd Defendant did ask my nephew, Dato Tan Lee Kuan to persuade the Plaintiff not to proceed with the police report against him. So, to settle this problem, the 2nd Defendant had agreed to resign from the 1st Defendant and transfer his shares to the Plaintiff for free. Meaning, there would be no consideration paid to the 2nd Defendant and no other conditions imposed on the plaintiff before the said shares could be transferred to the Plaintiff. [41] Defendan Kedua bagaimanapun menafikan persetujuannya untuk memindahmilikkan sahamnya adalah tanpa balasan. Defendan Kedua juga menafikan dia bersetuju memindahkan sahamnya kepada Plaintif supaya Plaintif memberhentikan atau menarik balik Laporan Polis terhadapnya. Sebaliknya Defendan Kedua mendakwa sebagai balasan pindah milik sahamnya, Plaintif bersetuju dengan Syarat-syarat Pindah Milik Saham yang, antara lain, termasuklah membayar harga saham (RM 250,000.00) dan juga membayar wang pendahuluan yang telah diberikan oleh Defendan Kedua kepada Defendan Pertama. [42] Dalam hal ini tidak ada keterangan dokumentari terutamanya keterangan semasa dikemukakan oleh Defendan Kedua untuk membuktikan dakwaannya. Terutamanya, tidak ada perjanjian bertulis dibuat untuk merekodkan persetujuan kedua-dua pihak mengenai 41 Syarat-syarat Pindah Milik Saham tersebut. Walaupun undang-undang memperuntukkan bahawa perjanjian yang dibuat secara lisan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan, keterangan dalam kes ini tidak menyokong adanya perjanjian lisan antara Plaintif dan Defendan Kedua untuk memindahmilikkan saham Defendan Kedua kepada Plaintif tertakluk kepada Syarat-syarat Pindah Milik Saham tersebut. Dalam hal ini mahkamah mendapati Syarat-syarat Pindah Milik Saham tersebut adalah substantif yang seharusnya direkodkan dalam suatu perjanjian bertulis. Ini adalah kerana ia melibatkan obligasi kewangan Plaintif terhadap Defendan Kedua dan liabiliti kewangan Defendan Kedua terhadap Ctibank Berhad sebagai penjamin kepada pinjaman yang diperoleh Defendan Pertama daripada Citibank Berhad. [43] Penjelasan Defendan Kedua bahawa tidak ada perjanjian bertulis dibuat disebabkan pertalian Plaintif dan Defendan Kedua sebagai abang-adik adalah tidak munasabah dan tidak boleh dipertahankan. Ini disebabkan Syarat-syarat Pindah Milik Saham tersebut bukan sahaja melibatkan Plaintif dan Defendan Kedua tetapi juga melibatkan Defendan Pertama. Syarat bahawa Plaintif bersetuju menebus hartanah Defendan Pertama yang digadaikan kepada Citibank Berhad sebagai cagaran pinjaman dan syarat Plaintif membayar bagi pihak Defendan Pertama pendahuluan yang diperoleh dari Defendan Kedua sudah tentu 42 memerlukan resolusi dibuat oleh Defendan Pertama melalui Lembaga Pengarahnya ataupun ahli-ahli Defendan Pertama untuk meluluskan perkara tersebut. Tidak ada keterangan sedemikian dikemukakan. [44] Selain daripada itu, mahkamah ini berpendapat keterangan berikut tidak menyokong dakwaan Defendan Kedua (mengenai Syarat-syarat Pindah Milik Saham) iaitu –
a
mengenai pendahuluan yang dikatakan diberikan olehnya kepada Defendan Pertama, tidak ada amaun spesifik mengenai pendahuluan tersebut dinyatakan. Defendan Kedua seharusnya boleh mengemukakan penyata kewangan yang relevan Defendan Pertama yang mampu menunjukkan pendahuluan yang diberikan oleh Defendan Kedua dalam kapasitinya sebagai pengarah kepada Defendan Pertama.
b
dakwaan Defendan Kedua bahawa bayaran RM 250,000.00 itu dibayar serta-merta oleh Plaintif apabila Borang 32 A ditandatangani olehnya sukar diterima oleh mahkamah ini. Ini adalah kerana walaupun Defendan Kedua mengatakan dia telah menandatangani Borang 32 A (tetapi tidak 43 dicatatkan tarikh) dan telah menyerahkan kepada Plaintif Borang 32 A bersama dokumen-dokumen lain termasuklah Surat Perletakan Jawatan sebagai Pengarah, tidak ada keterangan menunjukkan Defendan Kedua menuntut Plaintif membayar RM 250,000.00 selepas dia menandatangani dan menyerahkan Borang 32 A kepada Palintif. Adalah tidak munasabah bagi seseorang dalam kedudukan Defendan Pertama berdiam diri dan tidak menuntut bayaran sebanyak RM 250,000.00 (seperti yang dipersetujui oleh Plaintif) selepas menandatangani Borang 32 A untuk memindahkan sahamnya. Walaupun Borang 32 A tidak bertarikh dan sijil saham berada dalam tangan Defendan Kedua, adalah sesuatu yang berisko bagi Defendan Kedua menyerahkan Borang 32 A yang telah ditandatanganinya tanpa tarikh kepada Defendan tanpa mengambil tindakan menuntut bayaran atau sekurang-kurangnya membuat inkuiri / pertanyaan kepada Plaintif berhubung wang RM 250,000.00 (bukan nilai yang kecil) dan wang pendahuluan yang telah dijanjikan dibayar oleh Plaintif kepadanya.
c
(c)
Preamble
menurut Defendan Kedua perjanjian pindah milik sahamnya kepada Plaintif dibuat sekitar tahun 2011. Keterangan 44 berdasarkan emel Christine Pang bertarikh 7 Jun 2013 menunjukkan Defendan Kedua telah memaklumkan kepada Christine Pang pada April 2013 bahawa pindah milik sahamnya kepada Plaintif dan perletakan jawatannya sebagai pengarah tidak diteruskan kerana Defendan Kedua telah menukar tandatangannya. Semasa pemeriksaan balas apabila diajukan kepadanya bahawa berdasarkan emel Christine Pang tidak ada alasan lain yang diberikan olehnya kepada Christine Pang untuk tidak memindahmilikkan sahamnya kepada Plaintif, Defendan Kedua menafikannya. Penafian tersebut dibuat walaupun dia bersetuju emel Christine Pang dengan jelasnya tidak menyebut mengenai Syarat-syarat Pindah Milik Saham yang tidak dipenuhi oleh Plaintif. Now, you please show to this Honourable Court where are the instruction that you gave to Christine Pang to stop the transfer because of the verbal terms had not been fulfilled by the Plaintiff. KOK In this email, not mentioned by Christine Pang. But earlier my – ... ... 45 Ok, so again, I repeat my question. There were no other reasons that you have given to Christine Pang via phone to stop the transfer beside that reason, agree? KOK Not agree.
d
sungguhpun Defendan Kedua bertegas mengatakan dia ada memaklumkan kepada Christine Pang bahawa alasan tidak memindahkan sahamnya kepada Plaintif disebabkan Plaintif tidak memenuhi Syarat-Syarat Pindah Milik, namun tidak ada keterangan yang dikemukakan untuk membuktikan perkara tersebut. Menimbangkan keadaan pada masa yang berkenaan adalah munasabah untuk menjangkakan Defendan Kedua memaklumkan kegagalan Plaintif memenuhi Syarat-Syarat Pindah Milik sebagai alasan untuk tidak meneruskan dengan pindah milik sahamnya kepada Plaintif. Apatah lagi Defendan Kedua mengetahui dan sedar bahawa Plaintif telah mennyerahkan Dokumen-Dokumen Pindah Milik Saham kepada Christine Pang untuk tindakan. Adalah juga munasabah untuk menjangkakan, sekiranya Christine Pang dimaklumkan oleh Defendan Kedua mengenai kegagalan Plaintif memenuhi Syarat-syarat Pindah Milik Saham, Christine Pang akan memaklumkan 46 perkara tersebut dalam emelnya bertarikh 7 Jun 2013 kepada Plaintif. [45] Sehubungan itu mengambil kira fakta dan keadaan yang berlaku, inferens yang munasabah adalah tidak ada alasan lain yang dimaklumkan atau diberikan oleh Defendan Kedua kepada Christine Pang selain daripada tandatangannya telah bertukar. Dalam hal ini mahkamah berpendapat, Christine Pang tidak dimaklumkan apa-apa alasan lain kerana sememangya tidak wujud alasan lain kecuali tandatangan Defendan Kedua telah bertukar. [46] Dalam kes Muniandy & Ors v Public Prosecutor [1966] 1 MLJ 257 di muka surat 258, Mahkamah Persekutuan memutuskan dalam keadaan di mana terdapat keterangan yang bertentangan, kebarangkalian atau kemungkinan persoalan yang menjadi isu perlu diambil kira. Meneliti keterangan saksi-saksi Plaintif dan Laporan Polis, adalah sukar bagi mahkamah menerima wujudnya Syarat-Syarat Pindah Milik Saham seperti didakwa oleh Defendan Kedua. Mengambil kira hal keadaan dan fakta kes, mahkamah berpendapat adalah sesuatu yang tidak mungkin (improbable) bahawa adanya syarat-syarat sedemikian bagi pindah milik saham Defendan Kedua kepada Plaintif. Dalam hal ini 47 perlakuan semasa Defendan Kedua langsung tidak menyokong dakwaannya mengenai kewujudan Syarat-Syarat Pindah Milik Saham. [47] Mahkamah ini mendapati keterangan saksi-saksi dan dokumen semasa lebih cenderung memihak kepada dakwaan Plaintif bahawa Defendan Kedua bersetuju memindahmilikkan sahamnya kepada Plaintif bertujuan supaya Plaintif memberhentikan atau menarik balik Laporan Polis terhadap Defendan Kedua. Keterangan utama yang menyokong dakwaan Plaintif adalah kewujudan Laporan Polis tersebut. Satu faktor penting yang menjadi perhatian mahkamah adalah peguam pihak Defendan tidak langsung mempertikaikan mengenai kandungan Laporan Polis tersebut di mana Plaintif mendakwa bahawa Defendan Pertama bersama-sama beberapa pekerja lain yang dinamakan secara spesifik dalam Laporan Polis tersebut telah menipu dan mengambil duit syarikat Cheras Kaolin Industries sebanyak RM 250,103.30. Kegagalan Peguam Defendan-defendan menyoal balas dan mencabar keterangan SP 2 bahawa Defendan Kedua telah menipu dan mengambil duit syarikat Cheras Kaolin Industries adalah terjumlah kepada penerimaan keterangan atau testimoni SP 2 (Wong Swee Chin v. PP [1981] 1 MLJ 212). 48 [48] Sehubungan itu adalah keputusan fakta mahkamah ini bahawa balasan bagi pindah milik saham Defendan Kedua kepada Plaintif adalah persetujuan Plaintif untuk memberhentikan atau menarik balik Laporan Polis tersebut terhadap Defendan Kedua. Lanjutan dari itu, isu penting yang berkaitan dengannya adalah mengenai keesahan (legality) perjanjian antara Plaintif dan Defendan yang bertujuan menyebabkan Laporan Polis tersebut tidak diteruskan atau ditarik balik oleh Plaintif. [49] Dalam hal ini rujukan dibuat kepada seksyen 24 Akta Kontrak yang memperuntukkan seperti berikut: What considerations and objects are lawful, and what not 24 The consideration or object of an agreement is lawful, unless-
a
it is forbidden by a law;
b
it is of such a nature that, if permitted, it would defeat any law;
c
it is fraudulent;
d
it involves or implies injury to the person or property of another; or
e
the court regards it as immoral, or opposed to public policy. In each of the above cases, the consideration or object of an agreement is said to be unlawful. Every agreement of which the object or consideration is unlawful is void. (penekanan ditambah) 49 Oleh itu sesuatu perjanjian yang balasan atau matlamatnya menyalahi undang-undang adalah tidak sah. Antara balasan atau matlamat yang menyalahi undang-undang adalah yang melibatkan unsur tidak bermoral dan bertentangan dengan polisi awam. Berdasarkan sekyen 2 (g) Akta Kontrak, perjanjian yang tidak sah tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. [50] Sepertimana yang dimaklumi kuasa untuk menjalankan siasatan berhubung apa-apa laporan polis adalah kuasa pihak polis. Sehubungan itu Plaintif atau mana-mana pihak tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan penyiasatan ke atas Laporan Polis yang dibuat oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua yang dikatakan telah menipu dan mengambil duit syarikat Cheras Kaolin Industires Sdn Bhd sebanyak RM 250,103.30. Sekiranya penyiasatan polis ke atas Lapopran Polis tersebut menunjukkan terdapat bukti adanya unsur jenayah maka Polis boleh mendakwa Defendan Kedua. [51] Berhubung dengan menarik balik Laporan Polis, ilustrasi yang diperuntukkan dalam seksyen 24 Akta Kontrak adalah relevan dan bertepatan dengan kes di hadapan mahkamah ini. Ilustrasi di perenggan (h) seksyen 24 berbunyi seperti berikut: 50
h
A promises B to drop a prosecution which he has instituted against B for robbery, and B promises to restore the value of the things taken. The agreement is void, as its object is unlawful. [52] Dalam hal ini rujukan juga dibuat kepada kes Ooi Kiah Inn Charles & Anor v Kukuh Maju Industries Sdn Bhd (Formerly Known As Pembinaan Muncul Hebat Sdn Bhd) [1993] 2 SCR 331; [1993] 2 MLJ 224; [1993] 3 CLJ 199; [1993] 2 AMR 1183. Dalam kes tersebut plaintif telah menandatangani kontrak pembinaan dengan syarikat di mana kedua-dua defendan adalah pengarah. Apabila kontrak dengan syarikat tersebut ditandatangani, nama penuh syarikat tersebut tidak digunakan di dalam kontrak tetapi nama yang lebih pendek digunakan. Kedua-dua syarikat itu ketinggalan dalam bayaran mereka dan Plaintif telah memfailkan guaman sivil terhadap syarikat tersebut dengan menggunakan nama syarikat tersebut sepertimana dalam kontrak yang ditandatangani. Plaintif kemudiannya mendapati tidak terdapat syarikat yang didaftarkan dengan nama syarikat tersebut. Plaintif telah menyangka bahawa kedua-dua defendan telah menipunya supaya mengikat perjanjian dengan syarikat yang tidak wujud. Plaintif kemudiannya telah membuat laporan polis. Rundingan telah diadakan antara plaintif dan defendan-defendan dan kedua-dua pihak telah bersetuju menyelesaikan perkara tersebut di mana defendan-defendan sebagai pengarah, bersesama dan berasingan, bersetuju menjamin 51 kepada plaintif bahawa mereka akan menyelesaikan RM 1.9 juta yang syarikat tersebut berhutang dengan plaintif. Bagi tujuan tersebut kedua-dua defendan telah menandatangani suatu perjanjian jaminan. Hutang RM 1.9 juta tersebut tidak dibayar penuh dan plaintif menyaman defendan atas dasar perjanjian jaminan itu. Di antara hujah defendan menentang tuntutan itu ialah perjanjian jaminan itu adalah tidak sah kerana balasan baginya adalah menyalahi undang-undang atau menentang polisi awam. Defendan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan penghakiman kepada plaintif. [53] Mahkamah Agung dalam kes Ooi Kiah Inn Charles mendapati satu daripada balasan untuk perjanjian jaminan itu menyatakan bahawa plaintif akan menarik balik tuduhan terhadap defendan-defendan sebagai yang dinyatakan dalam laporan polis. Mahkamah memutuskan kontrak sedemikian yang bertujuan menyekat pendakwaan adalah menyalahi undang-undang kerana ia jatuh di bawah cabang kedua seksyen 24 (e) Akta Kontrak iaitu bertentangan dengan polisi awam. Oleh yang demikian Mahkamah Agung telah membenarkan rayuan defendan-defendan. [54] Dalam kes Engku Leh v Che Wok [1948-1949] supp MLJ 8, mahkamah memutuskan kausa tindakan yang berasaskan kepada 52 perjanjian jaminan yang bertujuan menyekat prosiding jenayah pecah amanah yang melibatkan barang kemas yang diamanahkan oleh responden kepada perayu adalah tak sah kerana menyalahi undang-undang. [55] Berbalik kepada kes di hadapan mahkamah ini, adalah keputusan fakta mahkamah ini bahawa balasan atau matlamat perjanjian bagi saham Defendan Kedua dipindahmilikkan kepada Plaintif adalah untuk menyekat prosiding jenayah diambil terhadap Defendan Kedua berhubung dengan Laporan Polis tersebut. Berdasarkan seksyen 24 (e) Akta Keterangan dan sepertimana yang diputuskan dalam kedua-dua kes yang dirujuk di atas, balasan atau matlamat sedemkian adalah bertentangan dengan polisi awam. Oleh yang demikian perjanjian di antara Plaintif dan Defendan Kedua adalah tak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. Kesimpulan [56] Tuntutan Plaintif supaya buku daftar ahli Defendan Pertama dibetulkan dengan memasukkan nama Plaintif sebagai salah seorang pemegang saham Defendan Pertama adalah jelas berasaskan perjanjian yang tak sah kerana bertentangan dengan polisi awam. 53 Sehubungan itu tuntutan Plaintif semestinya gagal. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan dengan itu ditolak dengan kos. ( KHADIJAH BINTI IDRIS ) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (BAHAGIAN DAGANG) BERTARIKH 28 JANUARI 2019 Peguam: Plaintif : Mokhzani Harris Yusof dan Nor Isman Ismail dari Tetuan Rizal & Hafez Defendan-Defendan : Chong Choon Choy dari Tetuan C C Chong & Associates dan menyebut bagi pihak
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.