Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO. DA-A73KJ-586-07/2024 ANTARA TAN KIM SENG (No. K/P: 611007-02-5343) …PLAINTIF
DA-A73KJ-586-07/2024
Magistrates Court of Malaysia18 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO. DA-A73KJ-586-07/2024 ANTARA TAN KIM SENG (No. K/P: 611007-02-5343) …PLAINTIF
1
MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN BIN MOHD FITRI (No. K/P: 030124-03-0779)
2
NORAZLIZA BINTI SALLEH (No. K/P: 750829-03-5540) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Defendan-Defendan telah merayu mengenai keseluruhan Keputusan Majistret yang diberikan pada 18.05.2025 dimana Plaintif dan Defendan-Defendan diputuskan bertanggungan liabiliti pada nisbah 10:90 menyebabkan Defendan-Defendan hendaklah membayar gantirugi sebanyak RM90,450.00 kepada Plaintif. Latar belakang kes [2] Plaintif iaitu penunggang motosikal bernombor pendaftaran DCP 5030, telah memulakan tindakan bagi menuntut gantirugi dari pihak Defendan-Defendan akibat kemalangan yang berlaku. S/N Z3uUfmv90kKWv/fhsDwITw [3] Defendan Pertama adalah orang yang diberi kebenaran memandu motosikal bernombor pendaftaran DAE 8804 yang mana motosikal tersebut adalah milik Defendan Kedua. [4] Kemalangan berlaku pada 17.09.2022 jam lebih kurang 20:30 malam di hadapan G-Orange yang menyebabkan kerosakan motosikal dan kecederaan pada Plaintif. [5] Hanya Plaintif dan Defendan Pertama Sahaja yang dipanggil sebagai saksi-saksi bagi pihak Plaintif dan juga Defendan-Defendan di dalam kes ini sewaktu perbicaraan.
a
Liabiliti yang dipertikaikan
b
Kuantum Gantirugi [6] Perbicaraan diteruskan dimana peguam Plaintif dan Defendan-Defendan bersetuju untuk tidak memanggil pegawai penyiasat dan pihak-pihak bersetuju untuk tidak memanggil saksi pakar bagi mengesahkan Laporan Pakar. Keseluruhan perbicaraan adalah mengikut keterangan dari Plaintif dan juga Defendan Pertama Sahaja. [7] Versi Plaintif, kemalangan berlaku apabila beliau hendak melintas jalan dengan motosikalnya setelah keluar dari premis G-Orange, setelah memastikan tiada sebarang kenderaan menghampiri dengan penglihatan mata kasarnya dengan keadaan jalanraya yang gelap, memulakan pergerakan dan seterusnya telah dilanggar oleh Defendan Pertama. [8] Versi Defendan Pertama pula, Ketika menunggang motosikal di laluan sahnya, secara tiba-tiba Plaintif telah melintas dan tanpa sempat membrek atau mengelak telah melanggar motosikal Plaintif. S/N Z3uUfmv90kKWv/fhsDwITw [9] Defendan Pertama pada waktu kejadian, menunggang motosikal tanpa sebarang insurans polisi yang berkuatkuasa dan tanpa Lesen Kenderaan Motor yang sah. Laporan Polis juga tidak dibuat oleh Defendan Pertama dengan kadar segera namun setelah 6 bulan selepas kemalangan berlaku. [10] Plaintif menyatakan Defendan Pertama telah menunggang motosikal tanpa menghidupkan lampu kerana langsung tidak dapat dilihat oleh Plaintif sebelum kemalangan berlaku. Defendan Pertama membantah kenyataan Plaintif dengan menyatakan motosikalnya sentiasa diuji sebelum memulakan perjalanan. [11] Akibat kemalangan tersebut, Plaintif yang juga telah lanjut umur telah mengalami sebilangan kecederaan yang mana tuntutan Gantirugi Am telah dituntut ke atas pihak Defendan Pertama. [12] Ketiadaan saksi-saksi lain yang dipanggil sewaktu perbicaraan mempengaruhi Keputusan Mahkamah yang memutuskan hanya berdasarkan fakta-fakta dan keterangan yang dinyatakan oleh pihak-pihak. [13] Plaintif, pada pengamatan Mahkamah telah berjaya memindahkan beban pembuktian di atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif menyumbang cuai 10% bagi kemalangan dan Defendan Pertama menyumbang cuai 90% ke atas kemalangan. [14] Plaintif telah mengalami sebilangan kecederaan akibat dari kemalangan tersebut dan Mahkamah telah memperincikan kecederaan beserta jumlah gantirugi di dalam julat sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak Plaintif dan juga Defendan sebagaimana berikut: 1) Soft Tissue Injury Mahkamah memberikan award sebanyak RM2,500.00 untuk kecederaan ini. S/N Z3uUfmv90kKWv/fhsDwITw 2) Right parasymphysis of mandible fracture Mahkamah memberikan award sebanyak RM20,000.00 untuk kecederaan ini. 3) Left Condyle of Mandible Fracture Mahkamah memberikan award sebanyak RM20,000.00 untuk kecederaan ini. 4) Open Comminuted Fracture of Midshaft of Right Femur Mahkamah memberikan award sebanyak RM20,000.00 untuk kecederaan ini. 5) Open Fracture Midshaft of Right 1st, 3rd, and 4th (MTB) Mahkamah memberikan award sebanyak RM10,000.00 untuk kecederaan ini. 6) Degloving Wound Over Dorsum of Right Foot Mahkamah memberikan award sebanyak RM10,000.00 untuk kecederaan ini. 7) Multiple Laceration at right Finger and Leg Mahkamah memberikan award sebanyak RM3,000.00 untuk kecederaan ini. 8) Left Occipital Punctate Bleeding Mahkamah memberikan award sebanyak RM15,000.00 untuk kecederaan ini. [15] Plaintif juga telah menuntut untuk kehilangan pendapatan kerana tidak dapat bekerja setelah terlibat kemalangan, namun ianya tidak dapat dibuktikan. Tiada S/N Z3uUfmv90kKWv/fhsDwITw gantirugi untuk kehilangan pendapatan diberikan kerana Plaintif tidak dapat mengemukakan apa-apa slip gaji mahupun disokong oleh kenyataan majikan untuk dibuktikan kepada Mahkamah. [16] Jumlah keseluruhan gantirugi am yang ditaksirkan adalah RM100,500 dan dengan kadar liabiliti 10:90, Mahkamah mengawardkan gantirugi am kepada Plaintif sebanyak RM90,450.
para
[17] Setelah merujuk kepada keseluruhan kertas kausa, keterangan saksi-saksi sewaktu perbicaraan, dan hujahan-hujahan selepas perbicaraan, Mahkamah memutuskan atas imbangan kebarangkalian, Plaintif beratnggungan 10% dan Defendan Pertama bertanggungan 90% ke atas kemalangan. Plaintif diawardkan RM90,450 bagi gantirugi am dan tiada gantirugi khas berjaya dibuktikan. Award diberikan beserta kos mengikut skala dan faedah. Disediakan oleh: Amin Rashidi Bin Ramli Majistret, Mahkamah Majistret Sivil 1, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Bertarikh 20 Ogos 2025 S/N Z3uUfmv90kKWv/fhsDwITw Korum :
a
Peguamcara Plaintif :- Tetuan Naim Mahmud & Faris, Peguambela & Peguamcara, Lot 1161-A, Kampung Jambu Merah, Melor, 16400 Kota Bharu Kelantan
b
Peguamcara Defendan-Defendan :- Tetuan Aisyah Abdullah & Associates, Peguambela & Peguamcara, Lot 461, Jalan 5 Desa Darul Naim, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan S/N Z3uUfmv90kKWv/fhsDwITw S/N Z3uUfmv90kKWv/fhsDwITw S/N Z3uUfmv90kKWv/fhsDwITw S/N Z3uUfmv90kKWv/fhsDwITw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.