a
(a) Penggunaan anggapan berganda; dan
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2019/d7c5fa56-953f-4325-b921-9477034c9f3e
Court of Appeal of Malaysia29 Aug 2019C-05(M)-535-11/2017 , C-05(M)-536-11/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“d the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt. ...... Where the burden is shifted to the defence by a statutory presumption the test in R. v. Carr-Briant [1943] KB 607 and adopted in PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 would be applied as applied in civil proceedings namely on th”
“e trial judge's misdirection had not occasioned any injustice. There was direct evidence of trafficking here. The packing of prescribed drugs, is clearly an act of trafficking envisaged by s.2 of the Dangerous Drugs Act 1952. As there was direct evidence of trafficking, the presumption trafficking was unnecessarily inv”
“Akta Keterangan 1950 adalah jelas. Telah dinyatakan oleh Mahkamah Agung dalam kes Munusamy v PP [1987] 1MLJ 492 seperti berikut: “(1) It is essential to appreciate the scope of section 114(g) of the Evidence Act, 1950 lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under the illustration can only be dra”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: C-05(M)-535-11/2017 ANTARA TAN KOK LEONG ...PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA RAYUAN JENAYAH NO: C-05-(M)-536-11/2017 KRISHNA MOORTHY A/L MUNIANDY ... PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Temerloh Bicara Jenayah No: 45A-02-02/2016 Antara Pendakwa Raya
section
1. Lawan
section
2. Tan Kok Leong Krishna Moorthy a/l Muniandy] 2 KORAM: KAMARDIN HASHIM, HMR YAACOB HAJI MD SAM, HMR MOHAMAD ZABIDIN MOHD DIAH, HMR ALASAN PENGHAKIMAN [1] Perayu dalam Rayuan NO: C-05(M)-535-11/2017 telah dituduh bersama dengan Perayu dalam kes Rayuan NO: C-05-(M)-536-11/2017 di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“Akta”) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana mengedar 150.24 gram heroin dan monoacetylmorphines. Pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu berbunyi: “Bahawa kamu bersama-sama, pada 8 Oktober 2015, jam lebih kurang 8.15 malam, bertempat di hadapan bangunan Kedai Singer, Jalan Bandar, dalam Daerah Maran, dalam Negeri Pahang Darul Makmur telah di dapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 150.24 gram heroin dan monoacetylmorphines, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan." [2] Di akhir perbicaraan, kedua-dua Perayu telah didapati bersalah oleh hakim bicara. Kedua-dua Perayu telah disabitkan dengan pertuduhan dan dijatuhkan hukuman gantung hingga mati. Terkilan dengan sabitan dan hukuman, kedua-dua Perayu telah memfailkan rayuan secara berasingan. 3 [3] Pada 12.8.2019, kami mendengar kedua-dua rayuan secara bersama dan di akhir perbicaraan, kami telah secara sebulat suara membenarkan rayuan kedua-dua Perayu. Kedua-dua Perayu diperintahkan untuk dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan. Berikut adalah alasan kenapa rayuan mereka dibenarkan. [4] Bagi memudahkan rujukan, dalam rayuan ini, Tan Kok Leong akan dirujuk sebagai Perayu Pertama dan Krishna Moorthy akan dirujuk sebagai Perayu Kedua. Kes Pendakwaan [5] Fakta kes pendakwaan telah dihuraikan oleh hakim bicara bijaksana dalam alasan penghakiman beliau. Bagi tujuan rayuan ini, ianya boleh diringkaskan seperti berikut. [6] Pada 8.10.2015 jam 6.00 petang, DSP Sarudin bin Mansor (SP3) telah memberi taklimat kepada tiga (3) pegawai polis termasuk ASP Rosli Bin Ibrahim (SP5) dan 16 anggota polis dari JSJN, IPK Pahang dan BSJND, IPD Maran di Kompleks Rakan Muda Maran Pahang berkaitan maklumat yang diperolehi daripada orang awam berhubung pengedaran dadah di kawasan Bandar Maran melibatkan kereta jenis Hyundai berwarna hitam nombor pendaftaran WWD 2398. [7] Dalam taklimat tersebut, SP3 telah membahagikan pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis kepada enam (6) kumpulan di mana Kumpulan 1 diketuai oleh SP3 sendiri, Kumpulan 2 diketuai oleh Inspektor 4 Izwan Hafees, Kumpulan 3 diketuai oleh SP5, Kumpulan 4 diketuai oleh Inspektor Mohd Halid, Kumpulan 5 diketuai oleh Sarjan Azmi dan Kumpulan 6 diketuai oleh Sarjan Fauzi. Setiap kumpulan ditugaskan membuat pemerhatian di beberapa kawasan di Jalan Bandar Daerah Maran dan mereka berhubung menggunakan walkie-talkie. [8] Pasukan ini telah keluar ke lokasi masing-masing untuk membuat pemerhatian pada tarikh yang sama jam lebih kurang 7.30 malam. SP3 dan ahli kumpulannya mengambil tempat di hadapan pejabat Zakat Bandar Maran. [9] Pada jam lebih kurang 8.15 malam, SP3 dimaklumkan melalui walkie-talkie terdapat kereta Hyundai berwarna hitam nombor pendaftaran WWD 2398 telah masuk ke Bandar Maran. [10] Kereta tersebut berhenti di hadapan kedai Singer, di Jalan Bandar, Maran. SP3 mendapati satu lelaki cina, yang dicamkan sebagai Perayu Pertama, keluar dari bahagian pemandu dengan membimbit satu beg [P10], berjalan ke seberang jalan. Ada satu lelaki India, yang telah dicamkan sebagai Perayu Kedua, muncul di situ. [11] SP3 nampak Perayu Pertama menyerahkan beg kepada Perayu Kedua. SP3 yang masih berada di dalam kereta pada masa itu telah mengarahkan dua anggota bersamanya untuk keluar menghampiri Perayu Pertama dan Perayu Kedua. Apabila SP3 nampak berlaku pertukaran beg di antara kedua-dua Perayu, SP3 mengarahkan kedua-dua anggotanya untuk membuat tangkapan. 5 [12] Selepas itu, SP3 keluar dari kereta, menjerit “Polis” dan berlari ke arah kedua-dua Perayu. Perayu Pertama dan Perayu Kedua nampak terkejut, kelam kabut dan cuba melarikan diri. Perayu Pertama berjaya ditangkap di situ oleh L/Kpl. Khairul Nizam, manakala Perayu Kedua melarikan diri bersama-sama dengan beg ke arah bangunan Bank Simpanan Nasional. [13] SP3 mengejar dari belakang dan nampak Perayu Kedua telah terjatuh di hadapan kedai Pinjaman Wang Titan Trading dan telah ditangkap oleh SP5. SP3 juga melihat SP5 memegang satu beg berzip bercorak hitam dan putih [P10]. [14] SP5 telah menyerahkan beg itu kepada SP3. SP3 membuka dan memeriksa beg itu dan mendapati di dalam beg tersebut ada dua (2) beg plastik berwarna kuning berjalur hitam [P11] dan [P12] yang mana setiap satu beg plastik mengandungi lima bungkusan surat khabar, [P11A - P11E] dan [P12A - P12E]. Setiap satu bungkusan surat khabar itu diikat dengan satu getah gelang yang mana di dalam bungkusan surat khabar itu terdapat satu peket plastik lut sinar yang berisi serbuk dan ketulan keputihan disyaki dadah jenis heroin, P11A(1) - P11E(1) dan P12A(1) - P12E(1). [15] Kedua-dua Perayu ada bersama SP3 semasa pemeriksaan. SP3 juga ada buat pemeriksaan badan, namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. Selepas itu kedua-dua Perayu telah dibawa balik bersama-sama barang kes ke Pejabat Narkotik IPD Maran. 6 [16] Turut dirampas sebuah kereta Hyundai WWD 2398 namun hasil dari pemeriksaan mendapati tiada barang salah dijumpai di dalam kereta tersebut. [17] Ahli Kimia, Puan Suraini binti Mat Yassin [SP2] mengesahkan beliau telah menganalisis dadah-dadah tersebut dan baki kandungannya terdapat dalam plastik-plastik yang dibekalkan oleh Jabatan Kimia Malaysia iaitu [P11F-P11J] dan [P12F-P12J]. SP2 mengatakan hasil analisisnya, barang kes mengandungi dadah berbahaya dengan berat bersih 150.24 gram heroin dan monoacetylmorphines seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 2 Akta dan disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta. Beliau telah menyediakan Laporan Kimia yang dikemukakan sebagai P8. Keputusan di akhir kes Pendakwaan [18] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara bijaksana menerima keterangan ahli kimia SP2 dan mendapati, barang kes yang dirampas adalah dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines. Hakim bicara bijaksana juga mendapati kedua-dua Perayu mempunyai kawalan dan jagaan atas beg P10. Berikutan dari penemuan itu, hakim bicara bijaksana mengguna pakai anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta bagi memutuskan kedua-dua Perayu memiliki dadah yang dirampas. Memandangkan berat bersih heroin dan monoacetylmorphines yang dirampas melebihi 15 gram, hakim bicara bijaksana mengguna pakai anggapan di bawah Seksyen 37(da) Akta bagi mendapati kedua-dua Perayu telah mengedar dadah tersebut dan memerintah kedua-dua Perayu membela diri atas pertuduhan yang ada. 7 Pembelaan Perayu Pertama [19] Perayu Pertama memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Keterangan Perayu Pertama adalah pada 8.10.2015 beliau menerima panggilan telefon dari Perayu Kedua untuk menolong menghantarnya ke Maran. Pada mulanya Perayu Pertama menolak kerana sibuk tetapi atas desakan Perayu Kedua, dia akhirnya bersetuju. [20] Setelah mengambil anaknya di sekolah jam lebih kurang 4.00 petang, Perayu Pertama telah pergi ke Setapak dengan menaiki kereta No. WWD 2398 untuk mengambil Perayu Kedua. Di Setapak, Perayu Kedua telah meminta Perayu Pertama menumpangkan anak saudaranya, Suresh ke Maran. [21] Perayu Pertama mengatakan dia melihat Suresh memegang sebuah beg. Suresh meminta Perayu Pertama membuka bonet belakang kereta dan kemudian meletakkan beg itu di dalam bonet. [22] Dalam perjalanan, Perayu Kedua ada berbual dengan Suresh tetapi beliau tidak memahaminya kerana perbualan itu dalam bahasa Tamil. Apabila tiba di Maran, Perayu Kedua turun dahulu dan pergi ke kedai 7- Eleven. Pada masa yang sama Perayu Pertama nampak sebuah kedai gunting rambut dan membawa anaknya untuk bergunting rambut. Suresh juga ikut bersama. [23] Ketika di kedai gunting rambut, Suresh menerima satu panggilan telefon. Selepas menjawabnya, Suresh meminta Perayu Pertama membawa kereta untuk pergi ke bank CIMB bertemu dengan Perayu Kedua dan 8 menyerahkan beg. Perayu Pertama mengatakan Suresh mengarahkan dia pergi kerana beliau tidak ada lesen memandu. [24] Apabila sampai di jalan bertentangan dengan CIMB Bank, Perayu Pertama telah turun dari kereta, membuka bonet belakang, mengambil beg, melintas jalan dan menyerahkannya kepada Perayu Kedua yang ketika itu berada di seberang jalan. [25] Selepas Perayu Pertama menyerahkan beg kepada Perayu Kedua, pihak polis telah menyerbu mereka dan Perayu Pertama telah ditangkap. Perayu Pertama mengatakan dia tidak cuba melarikan diri dan tidak menghalang penangkapan. [26] Perayu Pertama mengatakan beliau kenal Perayu Kedua lebih kurang tiga (3) tahun tetapi tidak mengenali Suresh sebelum itu namun pernah tengok dia beberapa kali. Perayu Pertama menafikan dia ada pengetahuan berkaitan dengan dadah-dadah tersebut. Pembelaan Perayu Kedua [27] Perayu Kedua juga memilih memberi keterangan bersumpah. Dalam keterangannya, Perayu Kedua menyatakan dia meminta bantuan Perayu Pertama untuk menghantarnya ke Maran kerana keretanya rosak. Perayu Kedua juga menyatakan Suresh menelefonnya dan menyuruhnya menghantar barang ke Maran. 9 [28] Perayu Pertama mengambil Perayu Kedua di Setapak lebih kurang pukul 4.00 petang dan 15 minit selepas itu, Suresh pula datang dengan membawa satu beg dan meletakkannya ke dalam bonet belakang kereta. [29] Apabila tiba di Maran lebih kurang 7.00 malam, Perayu Kedua turun terlebih dahulu di kedai 7-Eleven untuk membeli barang makanan dan Perayu Pertama pula hendak membawa anaknya bergunting rambut. [30] Di kedai 7-Eleven, Perayu Kedua ada menerima panggilan telefon dari Suresh menyuruh Perayu Kedua tunggu kerana ada empat orang lelaki Melayu akan datang untuk menyerahkan barang dan akan diberikan upah. [31] Selepas itu ada empat orang lelaki Melayu telah datang berjumpa dengannya. Mereka menyuruh Perayu Kedua membawa beg tersebut dan akan membayar tambang pengangkutan. [32] Perayu Kedua telah menelefon Suresh untuk membawa beg ke tempat Perayu Kedua berada. [33] Selepas itu mereka telah diserbu oleh beberapa orang lelaki dan Perayu Kedua terjatuh. Perayu Kedua telah disepak menyebabkan beliau luka di kepala, pitam dan tidak pasti apa yang berlaku. Apabila Perayu Kedua sedar, dia telah digari dan dimasukkan ke dalam Hilux. Orang yang menyerbu Perayu Kedua bukanlah mereka yang sama yang Perayu Kedua jumpa di kedai 7-Eleven. Perayu Kedua juga menafikan beliau mengetahui beg itu mengandungi dadah. 10 Keputusan di akhir Kes Pendakwaan [34] Setelah mendengar pembelaan kedua-dua Perayu, hakim bicara bijaksana memutuskan keterangan kedua-dua Perayu merupakan keterangan fikir kemudian dan penafian semata-mata yang telah gagal mematahkan anggapan pemilikan di bawah Seksyen 37(d) Akta dan anggapan pengedaran di bawah Seksyen 37(da) Akta1. Rayuan [35] Perayu Pertama menyenaraikan 14 alasan dan Perayu Kedua menyenaraikan 18 alasan dalam petisyen rayuan mereka. Kebanyakan alasan yang disenaraikan oleh Perayu Pertama adalah sama maksudnya dengan alasan yang disenaraikan oleh Perayu Kedua. Semasa perbicaraan, Perayu Pertama berhujah atas 2 isu utama iaitu:
a
(a) Penggunaan anggapan berganda; dan
b
(b) Kegagalan hakim bicara bijaksana membangkitkan Seksyen 114 (g) terhadap kes pendakwaan atas kegagalan memanggil Suresh dan Tan Kian Yew sebagai saksi. [36] Perayu Kedua pula selain dari membangkitkan dua isu di atas, dia turut membangkitkan satu isu lain iaitu hakim bicara bijaksana tersilap apabila gagal menilai tingkah laku Perayu Kedua yang telah mematahkan anggapan pengetahuan serta gagal menilai bahawa Perayu Kedua hanyalah merupakan “momentary carrier” apabila menerima permintaan Suresh untuk menyerah beg Eksibit P20 kepada Perayu Kedua. 1 Para 99 Alasan Penghakiman di muka surat 50 Jilid 1 Rekod Rayuan 11 [37] Berhubung isu pertama iaitu penggunaan anggapan berganda, menjadi hujah kedua-dua Perayu bahawa berdasarkan kes Alma Nudo Atenza v PP [2019] 3 MLRA 1, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan penggunaan anggapan berganda seperti dibenarkan di bawah Seksyen 37A Akta adalah salah di sisi undang-undang dan ultra virus Perlembagaan Persekutuan. Dengan mengguna pakai anggapan Seksyen 37 (d) untuk membangkitkan anggapan di bawah Seksyen 37 (da) adalah ultra virus Perlembagaan dan secara langsung sabitan dan hukuman terhadap Perayu tidak selamat. [38] Timbalan Pendakwa Raya pula dalam menjawab isu penggunaan “anggapan berganda” ini, telah merujuk kepada kes Nurhasan Jukasan v PP & Another appeal [2010] 6 CLJ 542 dan berhujah bahawa pemakaian anggapan berganda tidak secara automatik membolehkan Perayu dilepaskan. Apa yang penting adalah sama ada keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan mencukupi untuk mensabitkan Perayu dan dalam kes ini terdapat keterangan yang “overwhelming” untuk mensabitkan kedua-dua Perayu. [39] Berhubung isu kedua, menjadi hujah kedua-dua Perayu bahawa hakim bicara bijaksana tersilap apabila mendapati Suresh dan Tan Kian Yew adalah saksi yang tidak penting tanpa memberi pertimbangan bahawa keterangan SP6 mengesahkan Suresh dan Tan Kian Yew datang menaiki satu kereta bersama kedua-dua Perayu. Malah SP6 sendiri mengesahkan Suresh berada bersama di dalam kereta bersama Perayu Pertama dan Perayu Kedua semasa mereka di Maran. Kegagalan hakim bicara bijaksana menimbulkan anggapan bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan atas 12 kegagalan pihak pendakwa memanggil Suresh dan Tan Kian Yew, mengikut hujahan kedua-dua Perayu, adalah satu salah arah. [40] Timbalan Pendakwa Raya, dalam menjawab isu ini, berhujah bahawa hakim bicara bijaksana adalah betul apabila tidak membangkitkan anggapan 114(g) kerana Suresh dan Tan Kian Yew bukanlah saksi material. Ini adalah kerana yang ditangkap di tempat kejadian bersama dadah adalah Perayu Pertama dan Perayu Kedua. Pada masa itu Suresh dan Tan Kian Yew berada di kedai. Kedua-dua mereka telah ditawarkan kepada pembelaan tetapi mereka tidak hadir masa bicara. [41] Berhubung isu ketiga, hujahan Perayu Kedua adalah hakim bicara bijaksana tersilap apabila gagal menilai bahawa “conduct” Perayu Kedua telah mematahkan anggapan pengetahuan dan gagal menilai bahawa Perayu Pertama hanyalah seorang “momentary carrier” dan telah menerima permintaan Suresh untuk menyerahkan beg P10 tersebut kepada Perayu Kedua. Penilaian dan Keputusan Mahkamah [42] Dalam penghakiman yang ditulis oleh hakim bicara bijaksana, di peringkat kedua-dua Perayu diperintah membela diri, dinyatakan seperti berikut:- “[59] Setelah mempertimbangkan keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah berpuas hati untuk elemen (b), pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kawalan dan jagaan oleh OKT1 dan OKT2 terhadap dadah-dadah tersebut. Oleh itu anggapan di bawah Seksyen 37(d) ADB adalah terpakai iaitu OKT1 dan OKT2 dianggap 13 mempunyai pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas itu, sehingga dibuktikan sebaliknya. “[60] Selanjutnya berkait dengan elemen pengedaran, Mahkamah juga memutuskan oleh kerana kuantiti dadah yang dijumpai adalah dalam satu jumlah yang besar iaitu 150.24 gram heroin dan monoacetylmorphines, maka anggapan di bawah Seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 berbangkit atau terpakai terhadap kedua-dua OKT kecuali dibuktikan sebaliknya...”2 [43] Seterusnya dalam mendapati kedua-dua Perayu bersalah dan mensabitkan kedua-dua Perayu dengan pertuduhan, hakim bicara bijaksana membuat penemuan berikut:- “[78] ....kedua-dua OKT berhak dibebaskan jika mereka berjaya menyangkal anggapan di bawah Seksyen 37(d) dan Seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 di atas imbangan kebarangkalian dan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes kes pihak pendakwaan. ..... [99] ....keterangan kedua-dua OKT yang merupakan keterangan yang ‘afterthought’ dan penafian semata-mata telah gagal untuk mematahkan anggapan pemilikan di bawah Seksyen 37(d) ADB dan pengedaran di bawah Seksyen 37(da) ADB di atas imbangan kebarangkalian.” [44] Meneliti alasan penghakiman oleh hakim bicara bijaksana, jelas kepada kami bahawa, hakim bicara bijaksana tersilap apabila mengguna anggapan atas anggapan dalam memutuskan pendakwaan telah 2 Muka surat 34 Jilid 1 Rekod Rayuan 3 Muka surat 42 Jilid 1 Rekod Rayuan 14 membuktikan kes prima facie dan juga apabila mendapati kedua-dua Perayu bersalah dan mensabitkan kedua-duanya dengan pertuduhan mengedar. Kami memutuskan sedemikian berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Alma Nudo Atenza v PP [2019] 3 MLRA 1 yang memutuskan pemakaian anggapan berganda seperti dibenarkan di bawah Seksyen 37A Akta adalah salah di sisi undang-undang dan ultra virus Perlembagaan Persekutuan. [45] Walaupun begitu kami bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya yang telah berhujah bahawa fakta bahawa hakim bicara bijaksana telah mengguna anggapan atas anggapan dalam memerintah kedua-dua Perayu membela diri dan seterusnya mendapati kedua-dua Perayu bersalah, tidak seharusnya secara automatik melayakkan kedua-dua Perayu dilepaskan dari pertuduhan. Kesilapan tersebut sekadar mewajarkan campur tangan di peringkat rayuan. Mahkamah ini, perlu meneliti segala keterangan bagi menentukan sama ada ianya selamat untuk Mahkamah ini mengekalkan sabitan yang telah dibuat. Mahkamah ini dalam kes Nurhasan Jukasan v PP & Another Appeal [2010] 6 CLJ 542 ada memutuskan: "Held: (1) The trial judge had offended the double presumption rule. There was no direct finding of possession, yet the presumption of trafficking was invoked. An appeal should not succeed on misdirection alone. There is no miscarriage or failure of justice when there is sufficient evidence to warrant the conviction. The trial judge's misdirection had not occasioned any injustice. There was direct evidence of trafficking here. The packing of prescribed drugs, is clearly an act of trafficking envisaged by s.2 of the Dangerous Drugs Act 1952. As there was direct evidence of trafficking, the presumption trafficking was unnecessarily invoked." 15 [46] Berbalik kepada kes ini, persoalan sekarang, tanpa mengguna anggapan atas anggapan seperti dibuat oleh hakim bicara bijaksana, adakah terdapat dapatan fakta yang mencukupi oleh hakim bicara bijaksana untuk memanggil kedua-dua Perayu membela diri dan seterusnya mensabitkan kedua-dua Perayu. Juga perlu dipertimbangkan sama ada kesilapan di pihak hakim bicara bijaksana telah prejudis kedua-dua Perayu atau tidak. [47] Setelah alasan dan rekod rayuan diteliti, kami mendapati tiada dapatan fakta yang dibuat oleh hakim bicara bijaksana atau keterangan yang boleh meyakinkan kami bahawa sabitan terhadap kedua-dua Perayu adalah selamat. Oleh itu, salah arah oleh hakim bicara bijaksana dalam kes ini telah menyebabkan prejudis terhadap kedua-dua Perayu dan sabitan ke atas kedua-dua Perayu adalah tidak selamat. Kami memutuskan sedemikian kerana dalam kes ini, hakim bicara bijaksana hanya menilai sama ada anggapan di bawah Seksyen 37(d) dapat dibangkitkan setelah jagaan dan kawalan dibuktikan dan sama ada Seksyen 37(da) terpakai. Tiada sebarang penilaian atau dapatan fakta atau keputusan sama ada pihak pendakwa telah membuktikan kedua-dua Perayu mempunyai pengetahuan atau tidak terhadap apa yang terkandung dalam beg P10. Dalam keadaan sedemikian, tanpa penggunaan anggapan bawah Seksyen 37(d), pihak pendakwa gagal membuktikan milikan dan berikutan dari itu pihak pendakwa tidak boleh mengguna Seksyen 37(da) untuk membukti pengedaran. [48] Dalam menentukan sama ada kesilapan hakim bicara bijaksana mengguna anggapan atas anggapan mewajarkan pembebasan Perayu, perlu juga dilihat sama ada kesilapan tersebut memprejudiskan Perayu. 16 [49] Dalam kes ini, berikutan dari penggunaan anggapan berganda, hakim bicara bijaksana telah memutuskan bahawa kedua-dua Perayu perlu menyangkal kes pendakwaan di atas imbangan kebarangkalian. Ini merupakan salah arah yang serius kerana apa yang diperlukan, tanpa penggunaan anggapan, Perayu hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan dan persoalan sama ada pembelaan kedua-dua Perayu telah menimbulkan keraguan yang munasabah atas pertuduhan mengedar telah tidak diberi perhatian oleh hakim bicara bijaksana. Ini menimbulkan prejudis yang serius terhadap kedua-dua Perayu. Mahkamah Agung dalam kes Nagappan v PP [1988] 1 CLJ Rep. ada berkata: “In a criminal proceeding the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the beginning to the end the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the accused. At the close of the whole case the Court has to consider all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt. ...... Where the burden is shifted to the defence by a statutory presumption the test in R. v. Carr-Briant [1943] KB 607 and adopted in PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 would be applied as applied in civil proceedings namely on the balance of prbabilities.” [50] Dalam keadaan di mana anggapan mengedar di bawah Seksyen 37(da) Akta tidak boleh diguna pakai, tindakan hakim bicara bijaksana meletakkan beban yang lebih tinggi iaitu kedua-dua Perayu perlu mematahkan kes pendakwaan atas timbangan kebarangkalian, telah menimbulkan prejudis yang serius kepada kedua-dua Perayu. Ini pada 17 pandangan kami menjadikan sabitan terhadap kedua-dua Perayu tidak selamat. [51] Berhubung kegagalan hakim bicara bijaksana menimbulkan anggapan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kes pendakwaan, undang-undang berhubung pemakaian Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah jelas. Telah dinyatakan oleh Mahkamah Agung dalam kes Munusamy v PP [1987] 1MLJ 492 seperti berikut: “(1) It is essential to appreciate the scope of section 114(g) of the Evidence Act, 1950 lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under the illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but a material document by a party in his possession, not for nonproduction of just any witness but only an important and material witness to the case.” [52] Berbalik kepada rayuan di hadapan kami, dalam memutuskan Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak berbangkit, hakim bicara bijaksana menulis dalam alasan beliau: “ [ 5 3 ] ...Mahkamah memutuskan S. 114(g) ini tidak berbangkit kerana jelas dari keterangan SP3 dan SP6 yang Suresh dan Tan Kian Yew ini tidak ditangkap bersama-sama OKT 1 dan OKT 2 di tempat serbuan. Pihak polis menjumpai anak OKT 1 bersama Suresh di kedai makan Rafi Curry House. Laporan polis oleh SP3 juga adalah berasingan iaitu PI3, laporan polis untuk tangkapan ke atas OKT I dan OKT 2 manakala P I 4 , laporan tangkap terhadap Suresh dan Tan Kian Yew. [54] SP6 dan SP3 juga mengesahkan Suresh bukanlah pemberi maklumat dan oleh kerana Suresh dan Tan Kian Yew tidak ditangkap 18 pada masa yang sama dengan OKT 1 dan OKT 2 semasa serbuan dan tangkapan dan tidak berada di tempat kejadian, pada pendapat Mahkamah mereka bukanlah saksi yang penting bagi pihak pendakwaan."4 [53] Jelas di sini, hakim bicara bijaksana memutuskan Suresh dan Tan Kian Yew bukan saksi penting kerana kedua mereka tiada di tempat kedua-dua Perayu di tahan tetapi hakim bicara bijaksana gagal mengambil kira bahawa susur galur pembelaan kedua-dua Perayu dari awal adalah Suresh merupakan pengedar sebenar. Suresh ada menaiki kereta bersama Perayu Pertama dan Perayu Kedua dari Setapak, Kuala Lumpur ke Maran. Suresh yang meletakkan beg P10 di dalam bonet belakang kereta. Beg P10 adalah kepunyaan Suresh dan atas permintaan Suresh beg tersebut hendaklah dihantar kepada kawan Suresh di Maran. Pada sangkaan Perayu, beg P10 mengandungi wang tunai. [54] Keterangan dari SP6 sendiri mengesahkan Suresh dan Tan Kian Yew telah datang bersama dengan Perayu Pertama dan Perayu Kedua ke tempat kejadian. SP6 juga mengesahkan Suresh berada di dalam kereta bersama Perayu Pertama dan Perayu Kedua semasa di Maran. SP6 bersetuju bahawa dengan cadangan pembelaan bahawa Tan Kian Yew adalah saksi penting yang boleh mengesahkan siapa yang telah memasukkan beg P10 ke dalam bonet belakang kereta. Keterangan SP3 pula menunjukkan selepas kedua-dua Perayu ditangkap, Suresh dan Tan Kian Yew juga ditangkap dalam jarak hanya selang 4 buah kedai dari tempat kedua-dua Perayu ditangkap. Dalam keadaan sebegini, kami bersetuju 4 Muka surat 32-33 Jilid 1 Rekod Rayuan 19 dengan hujahan peguam bela terpelajar bahawa Suresh dan Tan Kian Yew adalah saksi penting. [55] Walaupun pihak pendakwa mempunyai budi bicara bagi menentukan siapa saksi yang ingin dipanggil, budi bicara tersebut mesti diguna dengan mengambil kira kepentingan keadilan. Ini termasuklah bertindak adil terhadap tertuduh dan memanggil semua saksi penting untuk mengetengahkan naratif kes pendakwa. Adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan kes dan untuk menutup kelompangan yang wujud di dalam kes pihak pendakwaan. Bukanlah tugas pihak pembelaan untuk melengkapkan kes pihak pendakwaan. Oleh itu apabila cabaran telah diletakkan bahawa beg tersebut adalah kepunyaan Suresh dan Suresh yang telah meminta bantuan Perayu Kedua untuk menyerahkan beg tersebut di Maran, Suresh yang juga telah ditangkap perlu dipanggil untuk menjelaskan perkara ini. Kegagalan pihak pendakwa memanggil Suresh dan Tan Kian Yew ini sebagai saksi tidak sepatutnya di pandang remeh oleh hakim bicara bijaksana dengan menyatakan mereka bukan saksi penting kerana tidak ditangkap bersama Perayu di tempat kejadian sedangkan keterangan mencadangkan mereka ini adalah saksi penting untuk menutup kelompangan dalam kes pendakwaan. Dalam keadaan sedemikian, kami dapati kegagalan pihak pendakwa memanggil Suresh dan Tan Kian Yew dalam kes ini telah menyebabkan prejudis yang serius terhadap kedua-dua Perayu dan menjadikan sabitan ke atas kedua-dua Perayu tidak selamat. [56] Isu ketiga dan terakhir ialah berhubung kegagalan hakim bicara bijaksana menilai tingkah laku Perayu yang telah mematahkan anggapan pengetahuan serta gagal menilai bahawa Perayu hanyalah merupakan 20 “momentary carrier” apabila menerima permintaan Suresh untuk menyerah beg Eksibit P20 kepada Perayu Kedua. Berhubung isu ini, antara hujah peguam bela terpelajar adalah, hakim bicara bijaksana gagal menimbang sama ada tingkah laku kedua-dua Perayu telah berjaya mematahkan anggapan berhubung pengetahuan kedua-dua Perayu tentang kandungan beg P10. [57] Berhubung soal pengetahuan, di peringkat kes pendakwaan hakim bicara bijaksana memutuskan: “[47] Keterangan bahawa OKT1 membawa beg yang berisi dadah keluar daripada kereta berkenaan dan menyerahkan kepada OKT2 membuktikan kedua-dua mereka mengetahui isi kandungan beg tersebut. Elemen pengetahuan ini diperkuatkan melalui tindakan dan perlakuan OKT1 dan OKT2 yang terkejut dan berada dalam keadaan kelam kabut selepas SP3 menjerit “Polis” semasa OKT1 menyerahkan beg yang berisi dadah kepada OKT2 dan tindakan OKT2 yang telah melarikan diri sambil memegang beg tersebut apabila cuba ditangkap oleh SP3.” [58] Setelah mendengar pembelaan kedua-dua Perayu, hakim bicara bijaksana memutuskan: “[98] OKT-OKT mengakui yang mereka ada membawa beg itu dan hanya menafikan yang mereka ada pengetahuan berkenaan dadah dalam beg itu. Mereka juga cuba mengalihkan liabiliti dengan mengatakan beg itu dibawa oleh Suresh. Mahkamah berpendapat pembelaan kedua-dua OKT adalah tidak munasabah kerana jika tidak ada dadah-dadah berbahaya di dalam beg kenapa kedua-dua OKT terkejut, berada dalam keadaan kelam kabut dan kenapa OKT2 telah melarikan diri selepas beg itu diserahkan oleh OKT1 kepadanya. OKT-OKT juga tidak perlu terkejut 21 atau kelam kabut kerana pada masa itu pihak polis masih belum memeriksa dan menjumpai apa-apa barang salah dalam beg tersebut. Konduk OKT-OKT ini jelas membuktikan mereka mengetahui mengenai kewujudan dadah-dadah itu di dalam beg tersebut. Di peringkat pembelaan tidak ada alasan munasabah yang diberikan oleh OKT-OKT kenapa mereka terkejut, berada dalam keadaan kelam kabut dan tidak ada penjelasan dari OKT2 kenapa dia telah melarikan diri untuk mengakas keterangan pihak pendakwaan di bawah s. 8 AK.” [59] Dari penghakiman ini, diperhatikan bahawa hakim bicara bijaksana mendapati pembelaan kedua-dua Perayu tidak munasabah kerana tiada jawapan kepada beberapa persoalan yang timbul seperti dinyatakan oleh hakim bicara bijaksana dalam alasan beliau. Malangnya kami dapati, dengan penuh hormat, hakim bicara bijaksana gagal mengambil kira perkara penting iaitu di dalam naratif keterangan saksi-saksi pendakwaan sendiri, kedua-dua Perayu datang bersama seorang bernama Suresh. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan mana-mana Perayu yang memasukkan dadah dalam beg P10 atau wujud keterangan yang menyatakan mana-mana Perayu mempunyai pengetahuan bahawa beg P10 mempunyai dadah. Apa yang jelas dari keterangan saksi-saksi pendakwa adalah Perayu hanya mempunyai “momentary control” atas beg P10. Tiada keterangan lain yang dapat mengaitkan pengetahuan kedua-dua Perayu terhadap kandungan di dalam beg P10. Tanpa keterangan Suresh atau Tan Kian Yew, bukan sahaja menyebabkan kelompangan dalam kes pendakwaan, ia juga menjadikan pembelaan kedua-dua Perayu bahawa beg P10 adalah kepunyaan Suresh yang pada sangkaan kedua-dua Perayu mengandungi wang dan atas permintaan Suresh beg tersebut hendak di hantar kepada kawan Suresh di Maran tidaklah sesuatu, pada pendapat kami, tidak munasabah. 22 Rumusan [60] Sebagai rumusan, kami sebulat suara mendapati ketiga-tiga isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua Perayu mempunyai merit. Dalam keadaan kes ini, kami dapati salah arah yang berlaku adalah serius dan telah memprejudiskan kedua-dua Perayu. Kami dapati sabitan ke atas Perayu Pertama dan Perayu Kedua adalah tidak selamat. Oleh itu rayuan Perayu Pertama dan Perayu Kedua dibenarkan. Sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan atas Perayu Pertama dan Perayu Kedua diketepikan. Perayu Pertama dan Perayu Kedua di lepas dan dibebaskan dari pertuduhan. Bertarikh 21.9.2020 t.t MOHAMAD ZABIDIN MOHD DIAH Hakim Mahkamah Rayuan, Malaysia 23 Mewakili Perayu (Bagi Rayuan No. C-05(M)-535-11/2017) Afifuddin Ahmad Hafifi (Tetuan Salehuddin Saidin & Associates) Mewakili Perayu (Bagi Rayuan No. C-05(M)-536-11/2017) Dato’ Rajpal Singh (Y.Sheelan Samuagam bersamanya) (Tetuan Rajpal, Firah & Vishnu) Mewakili Responden: Nik Syahril Nik Ab Rahman Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.