Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-90-08/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA lawan
BA-45A-90-08/2021
High Court of Malaysia16 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“al witness which forms part of the narrative of the prosecution's case and that there was evidence of suppression or withholding of evidence only then that the adverse inference under s 114(g) of the Evidence Act 1950 can be invoked against the prosecution (see Munusamy Vengadasalam v. Public Prosecutor [1986] 1 MLRA 2”
“call or not to call a witness including a witness from whom a statement has been taken is always the right of the prosecution (Abdullah Zawawi v. Public Prosecutor [1985] 1 MLRA 103; [1985] 2 MLJ 16; [1985] CLJ 19). Insofar as the trial Court is concerned, its duty is essentially to decide whether on the evidence befor”
“dakwaan menegaskan bahawa cara penyembunyian ini menunjukkan pengetahuan tertuduh terhadap kandungan dadah di dalam beg tersebut. Pihak pendakwaan turut merujuk kepada kes Zulfikar bin Mustaffah v PP [2001] SLR 633, di mana Mahkamah Rayuan Singapura menyatakan bahawa meskipun kandungan dadah dibalut rapi dan tidak dapa”
“rut pihak pembelaan, ini memperkuat lagi ketidakupayaan pendakwaan untuk membina kes yang kukuh. [59] Sebagai rujukan, pihak pembelaan mengemukakan beberapa kes terdahulu seperti Hassan Nawali v. PP [2018] MLRAU 11 dan Mohamad Radhi Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 MLRA 158 yang menekankan prinsip asas beban pembuk”
“mukakan saksi material. Dalam kes ini, kegagalan untuk memanggil Yong Sin Ping dan Loh Kok Kiong menjustifikasikan pemakaian prinsip tersebut (rujuk Munusamy v PP [1987] 1 MU 492 dan Ho Tze Kean v PP [2018] MLRAU 8). Maka, pihak pembelaan berhujah bahawa ketiadaan saksi-saksi penting ini telah mencacatkan kes pendakwaa”
“memerlukan bukti bahawa Tertuduh bukan sahaja mempunyai akses tetapi juga pengetahuan tentang kewujudan dadah tersebut. Rujukan dibuat kepada kes Chan Pean Leon (supra) dan PP v Mohd Riedzuan Hamzah [2020] MLRAU 160 yang menegaskan keperluan bukti langsung terhadap pengetahuan Tertuduh. Dalam kes ini, tiada sebarang bu”
“discretion however is dictated by whether or not the prosecution has led sufficient evidence to that effect. In this regard, in Teoh Hoe Chye v. Public Prosecutor [1986] 1 MLRA 387; [1987] 1 MLJ 220; [1987] CLJ 386 the Supreme Court held as follows - "Nevertheless, the decision whether to call or not to call a witness”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-90-08/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA lawan
1
Dalam kes ini, izin mendakwa telah diberikan di bawah seksyen 39B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) (ekshibit P1) , tertuduh telah dituduh atas kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) kerana disyaki mengedar dadah methamphetamine sebanyak 4,181.5gram. Menurut kertas pertuduhan (ekshibit P2), ia menyatakan seperti berikut:- “BAHAWA KAMU PADA 6 OGOS 2020, JAM LEBIH KURANG 5.00 PETANG BERTEMPAT DI TEMPAT PARKIR KENDERAAN PASARAYA GIANT BATU CAVES, DI DALAM DAERAH GOMBAK, DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN TELAH DIDAPATI MEMPEREDARKAN DADAH BERBAHAYA IAITU METHAMPHETAMINE SEBERAT 4,181.5 GRAM. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 39B(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 39B(2) AKTA YANG SAMA.
2
Pertuduhan telah dibacakan kepada tertuduh dalam Bahasa Mandarin dan Tertuduh telah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan sebanyak 8 orang saksi: • SP1 – Jurufoto • SP2 – Pengadu / Pegawai Serbuan • SP3 – Ahli Kimia • SP4 – Pengurus Giant Hypermarket • SP5 – Jurustor • SP6 – SOCAR • SP7 – Pegawai Penyiasat • SP8 – Penyewa SOCAR
3
Di peringkat ini, Mahkamah dikehendaki membuat keputusan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh.
4
Bertindak atas maklumat risikan dadah, pada 6 Ogos 2020, bertempat di pakir kenderaan Pasaraya Giant Batu Caves, Gombak, Selangor, Pengadu (SP2) dan pasukan telah membuat pemerhatian 3 terhadap kawasan tersebut. Semasa pemerhatian, sebuah kereta Mercedes Benz warna putih (VEH 9142) dinaiki seorang lelaki dan seorang perempuan Cina telah datang ke tempat kejadian dan diikuti ketibaan Tertuduh menaiki Mazda CX5 (No Pendaftaran VDA 6117).
5
Tertuduh kemudianya meletakkan kenderaan beliau dihadapan Mercedes Benz tadi dan Tertuduh telah keluar dari kenderaannya dan terus pergi ke belakang kereta beliau lalu membuka bonet serta mengambil (1) bag plastik warna merah dan terus berjalan ke arah Mercedes Benz sambil menjinjit plastk merah tersebut dengan tangan kanannya.
6
SP2 kemudianya dapati saspek lelaki dan Tertuduh berkomunikasi dan arahkan pasukan terus serbu kearah semua saspek ditempat kejadian tersebut. SP2 memperkenalkan diri sebagai polis kepada ketiga-tiga individu tersebut. Tertuduh didapati cuba untuk melarikan diri sambil melepaskan satu bag plastik warna merah di atas jalan dan dikatakan berlaku pergelutan semasa tangkapan terhadap Tertuduh. Manakala saspek lelaki dan perempuan berjaya ditahan di dalam kereta Mercedes Benz.
7
SP2 telah membuat pemeriksaan ke atas bag plastik warna merah yang dilepaskan oleh Tertuduh semasa kejadian. Di hadapan saksi-saksi polis dan ketiga-tiga saspek dapati di dalamnya mengandungi 1 bungkusan plastic bertulis GUANYINWANG berisi 1 paket plastic lutsinar berisi bahan kristal disyaki dadah syabu (A/B: 1018 gram).
8
Pemeriksaan badan terhadap saspek lelaki dan perempuan serta kereta Mercedes tidak menjumpai sebarang barang salah.
9
Seterusnya SP2 bersama pasukan telah bawa kesemua saspek ke bahagian bonet belakang kereta jenis Mazda CX5 no pendaftaran VDA 6117 dan pemeriksaan lanjut di dalam bonet belakang kereta tersebut mendapati (1) bag plastik bertali warna biru bertulis IKEA.
10
Pemeriksaan lanjut di dalam bag tersebut telah menjumpai (13) plastik lutsinar masing-masing mengandungi (1) bungkusan plastik bertulis GUANYINWANG setiap (1) di dalamnya terdapat (1) paket plastik lutsinar berisi bahan kristal disyaki dadah syabu (A/B:13563 gram). Pemeriksaan di tempat kejadian mengambil masa lebih kurang 30 minit.
11
Ketiga-tiga saspek kemudian telah ditahan dan dibawa ke IPD Gombak. SP2 telah menimbang kesemua barang kes di hadapan kesemua suspek dan telah menanda barang kes dengan tandatangan beserta tarikh tangkapan dan rampasan yang dibuat pada hari yang sama dan membuat Repot Selayang /16985/20.
12
SP2 telah menyerahkan Tertuduh dan kesemua barang kes beserta dokumen-dokumen lain seperti borang bongkar dan borang serah menyerah yang SP2 sendiri sediakan kepada pegawai penyiasat kes iaitu SP7 di IPD Gombak.
13
Pemeriksaan lanjut oleh Ahli Kimia (SP3) mengesahkan kesemua 13 bungkusan tersebut mengandungi 4,181.5 gram methamphetamine, iaitu dadah berbahaya di bawah ADB. (ekshibit P31) Hujahan pihak pendakwaan [14] Pihak pendakwaan berhujah bahawa dalam kes melibatkan kesalahan pengedaran dadah, hanya 4 elemen yang perlu dibuktikan, yakni:
a
dadah itu adalah dadah berbahaya seperti dalam ADB;
b
dadah tersebut berada dalam milikan tertuduh;
c
tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut; dan
d
tertuduh mempunyai niat untuk mengedar dadah tersebut. [15] Untuk Elemen (a), pihak pendakwaan berhujah bahawa ia telah dibuktikan melalui keterangan Ahli Kimia (SP3) yang berdasarkan Laporan Kimia (P31) mengesahkan barang kes mengandungi 4,181.5gram Methamphetamine, iaitu dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [16] Pihak pendakwaan berhujah bahawa rantaian barang kes dalam kes ini adalah utuh dan tidak terputus: • Keterangan saksi SP2 yang mengesahkan rampasan barang kes dan pengecamannya berdasarkan tandaan yang dibuatnya sendiri adalah konsisten dan tidak tercabar. • Ini diteruskan dengan keterangan SP5, jurustor barang kes yang telah menerima barang kes daripada SP7 dan mendaftarkan barang kes dan disimpan didalam Stor Barang Kes Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selangor. • SP7 juga memberi keterangan yang konsisten mengenai pengendalian barang kes daripada SP2 hingga kepada SP3, iaitu Ahli Kimia. [17] Ketiga-tiga saksi ini mengesahkan barang kes semasa perbicaraan dan tiada sebarang keraguan terhadap identiti barang kes yang dibawa ke mahkamah. [18] Pihak pendakwaan juga merujuk kepada kes Gunalan a/l Ramachandran & 2 Ors v PP [2004] 4 CLJ 551 untuk menegaskan bahawa dalam kes pengedaran dadah, apa yang penting adalah membuktikan bahawa bahan yang dirampas adalah sama yang dihantar untuk analisis kimia dan yang ditemui mengandungi dadah berbahaya. Oleh itu, rantaian bukti perlu dibuktikan dari masa rampasan hingga selesai analisis kimia, dan tidak perlu memanggil setiap individu yang terlibat dalam penghantaran barang kes, selagi tiada keraguan terhadap kesahihan barang tersebut. [19] Dalam kes ini, SP2, SP3, SP5, dan SP7 telah mengesahkan dengan positif identiti setiap barang kes melalui penandaan yang mereka lakukan. Oleh itu, identiti barang kes bukan merupakan isu. [20] Untuk Elemen (b), iaitu milikan dan Elemen (c), iaitu pengetahuan, pihak pendakwaan menyatakan kedua-dua isu ini boleh dan perlu ditentukan melalui inferens yang wajar berdasarkan keterangan keseluruhan, termasuk tindakan, keadaan fizikal dan penguasaan tertuduh terhadap dadah yang dirampas. [21] Berkaitan Elemen (b): milikan, pihak pendakwaan merujuk kepada prinsip undang-undang yang ditetapkan dalam kes-kes seperti Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 dan Leow Nghee Lim v R [1956] 22 MLJ 28 yang menegaskan bahawa milikan bagi tujuan jenayah melibatkan dua unsur penting: kawalan fizikal terhadap sesuatu barang dan niat untuk memperlakukan barang itu sebagai milik sendiri. Dalam konteks ini, “milikan” tidak hanya merujuk kepada kedudukan fizikal tertuduh berdekatan dengan barang tersebut, tetapi juga kepada niat atau animus possidendi yang boleh dibuktikan melalui keadaan sekeliling. [22] Dalam kes ini, Tertuduh telah secara eksklusif mengawal dan mempunyai jagaan terhadap dadah yang dirampas. Berdasarkan pemerhatian oleh SP2 dan pasukannya, Tertuduh dilihat seorang diri memandu kereta Mazda CX5, memasuki kawasan parkir dan menurunkan bag warna merah berisi dadah dari kenderaan tersebut. Sepanjang pemerhatian, tidak ada gangguan yang berlaku dari saat Tertuduh tiba di tempat kejadian sehingga beliau ditahan. [23] Malah, ketika serbuan dilakukan, Tertuduh cuba melarikan diri sehingga memerlukan penggunaan kekerasan minimum oleh pihak polis untuk menangkapnya. Tiada individu lain berada dalam kereta tersebut ketika kejadian berlaku dan hanya dua orang lain yang berada dalam kenderaan berasingan turut ditahan (yang mana tiada sebarang barang salah dijumpai pada mereka). [24] Pihak pendakwaan juga merujuk kepada kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 dan PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209, di mana Mahkamah memutuskan bahawa apabila seseorang tertuduh mempunyai kawalan eksklusif terhadap sesuatu tempat di mana dadah dijumpai, inferens bahawa tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah tersebut boleh dibuat, melainkan wujud penjelasan munasabah yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah. [25] Bagi Elemen (c): pengetahuan, pihak pendakwaan berhujah bahawa seperti dalam kes Teh Hock Leong v PP [2008] 4 CLJ 764, pengetahuan (mens rea) adalah satu elemen yang tidak dapat dibuktikan secara langsung kecuali terdapat pengakuan dan oleh itu perlu disimpulkan melalui keterangan keadaan. [26] Dalam kes ini, tindakan Tertuduh yang cuba melarikan diri apabila diserbu merupakan petunjuk kuat bahawa beliau sedar akan kewujudan barang salah yang dibawanya. Dalam kes Parlan bin Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kelakuan seperti melarikan diri boleh diambil kira sebagai bukti pengetahuan, selagi ia memenuhi kehendak seksyen 8 Akta Keterangan 1950. [27] Tambahan pula, dadah-dadah tersebut telah dijumpai disimpan dengan cermat dalam bungkusan teh cina berjenama “Guanyinwang” dan diletakkan dalam bonet belakang kereta, menunjukkan niat untuk mengelirukan pihak berkuasa dan mengelakkan pengesanan. SP2 turut memberi keterangan bahawa beliau melihat sendiri tertuduh membawa keluar beg plastik merah berisi bungkusan teh tersebut. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 12 peket “Guanyinwang” dalam beg IKEA biru yang mengandungi dadah. [28] Pihak pendakwaan menegaskan bahawa cara penyembunyian ini menunjukkan pengetahuan tertuduh terhadap kandungan dadah di dalam beg tersebut. Pihak pendakwaan turut merujuk kepada kes Zulfikar bin Mustaffah v PP [2001] SLR 633, di mana Mahkamah Rayuan Singapura menyatakan bahawa meskipun kandungan dadah dibalut rapi dan tidak dapat dilihat secara langsung, itu bukan alasan yang kukuh untuk menafikan pengetahuan kerana jika alasan sedemikian diterima, mana- mana pengedar dadah boleh melepaskan diri daripada liabiliti hanya dengan menyembunyikan dadah dalam bungkusan tertutup. [29] Akhir sekali, pihak pendakwaan menarik perhatian Mahkamah ini kepada dua kes penting iaitu PP v Lim Hock Boon [2009] 3 CLJ 430 dan PP v Abdul Rahman bin Akif (supra), yang faktanya mirip dengan kes ini. Dalam kedua-dua kes tersebut, • dadah tersembunyi di dalam kenderaan yang dipandu secara eksklusif oleh tertuduh; • Mahkamah memutuskan bahawa penguasaan fizikal terhadap kenderaan serta keadaan tertuduh ketika ditahan, termasuk reaksi panik dan usaha melarikan diri, membuktikan milikan dan pengetahuan. [30] Dalam kes ini, Tertuduh mempunyai akses tunggal kepada kereta Mazda CX5 tersebut dan berada seorang diri semasa tangkapan dilakukan. Pemerhatian juga menunjukkan Tertuduh sendiri yang mengeluarkan barang salah dari bonet belakang kenderaan itu. [31] Maka, berdasarkan keterangan langsung, pemerhatian polis yang tidak terputus dan tindakan Tertuduh yang menunjukkan kesedaran terhadap kewujudan dadah, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen milikan dan pengetahuan telah dibuktikan dengan kukuh. Kesemua fakta dan inferens yang wajar daripada keadaan membuktikan bahawa tertuduh mempunyai milikan serta pengetahuan terhadap dadah yang dirampas, dan justeru itu memenuhi elemen-elemen penting dalam sabitan atas kesalahan pengedaran dadah. [32] Untuk Elemen (d): niat untuk mengedar dadah, pihak pendakwaan berhujah bahawa ia telah dibuktikan melalui keterangan langsung dan inferens yang munasabah. [33] Mengikut definisi Seksyen 2 ADB, “pengedaran” merangkumi pelbagai tindakan termasuk menyimpan, mengangkut, membawa, atau mengendalikan dadah berbahaya. Pihak pendakwaan menegaskan bahawa tindakan Tertuduh dalam kes ini yang menyimpan dadah dalam beg dan kotak di bonet kereta serta mengangkutnya merupakan bentuk pengedaran secara langsung dalam erti kata undang-undang. [34] Pihak pendakwaan merujuk kepada kes terdahulu seperti PP v Atisheshan Singaram [2010] 1 LNS 463 yang menegaskan bahawa tindakan fizikal seperti membawa dadah dari satu tempat ke tempat lain, apabila dilakukan dengan pengetahuan terhadap kandungan dadah, adalah memadai untuk membuktikan perbuatan mengedar. Malah, Mahkamah menyatakan bahawa perbuatan “membawa” melibatkan elemen tambahan berbanding sekadar “memegang” dan dengan itu termasuk dalam ruang lingkup pengedaran di bawah undang-undang. [35] Selain itu, niat mengedar adalah diperkukuhkan lagi berdasarkan kuantiti dadah yang besar, iaitu 4,181.5g methamphetamine yang jauh melebihi jumlah untuk kegunaan peribadi. Pendekatan ini disokong oleh keputusan kes Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64 dan Mohamed Yazri Minhat v PP [2003] 2 CLJ 65 yang menyatakan bahawa semakin banyak dadah yang dibawa, semakin kuat inferens bahawa dadah itu untuk tujuan pengedaran. Ketiadaan sebarang penjelasan atau keterangan yang menunjukkan kegunaan peribadi turut menguatkan inferens tersebut. [36] Akhirnya, pihak pendakwaan berhujah bahawa berdasarkan jumlah dadah, cara ia dibawa, dan tiadanya bukti bertentangan, Mahkamah ini wajar membuat inferens yang tidak dapat dielakkan bahawa tertuduh membawa dadah itu dengan niat untuk mengedarkannya, justeru memenuhi definisi “mengedar” di bawah seksyen 2 ADB. [37] Berdasarkan alasan-alasan di atas, pihak pendakwaan berhujah bahawa suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap tertuduh dan tertuduh wajar dipanggil untuk membela diri. Hujahan Pembelaan [38] Pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan terhadap Tertuduh, khususnya berkenaan dengan isu milikan dadah. Hujahan ini bersandarkan kepada tiga isu utama. [39] Pertama, terdapat keraguan serius terhadap jumlah dan identiti sebenar barang kes dadah yang dirampas yang menimbulkan persoalan tentang integriti rantaian keterangan. [40] Dalam pertuduhan, dinyatakan bahawa Tertuduh dituduh memperedarkan dadah methamphetamine seberat 4,181.5 gram. Namun, terdapat percanggahan yang ketara dalam keterangan saksi dan dokumen. Ekshibit P3 menyatakan hanya 13 bungkusan dirampas, manakala Ahli Kimia (SP3) menerima 14 bungkusan tetapi hanya menganalisis 13 daripadanya dengan berat keseluruhan 4,181.5 gram. [41] Tambahan pula, keterangan Pegawai Penyiasat (SP7) menunjukkan bahawa pertuduhan pindaan sebelum ini menyatakan jumlah berat berbeza iaitu 4,879.3 gram. Perbezaan ini dikatakan berpunca daripada jumlah dua bahagian laporan kimia, namun tiada penjelasan rasmi atau pemeriksaan semula terhadap SP3 mahupun SP7 dilakukan untuk menjelaskan percanggahan / perbezaan ini. [42] Kegagalan pihak pendakwaan untuk menjelaskan dengan tepat jumlah sebenar bungkusan dadah dan berat bersih keseluruhan menimbulkan keraguan munasabah terhadap identiti ekshibit yang dirampas. Ini membawa kepada kesimpulan bahawa telah wujud kecacatan dalam rantaian barang kes (“break in the chain of evidence”) yang menjadikan kredibiliti barang kes diragui. [43] Dalam keadaan ini, prinsip undang-undang menyatakan bahawa sebarang keraguan terhadap kesinambungan barang kes boleh bermaksud tiada kes prima facie dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Justeru, pihak pembelaan berhujah bahawa Mahkamah ini sepatutnya menerima kewujudan keraguan tersebut dan menolak pertuduhan terhadap tertuduh. [44] Kedua, pihak pembelaan menghujahkan bahawa 13 bungkusan plastik berisi dadah yang ditemui dalam bonet belakang kenderaan Mazda CX5 bernombor pendaftaran VDA 6117 bukan milik Tertuduh, tetapi lebih berkemungkinan berkait dengan seorang individu bernama Yong Sin Ping yang merupakan penyewa kenderaan tersebut. [45] Dalam kes ini, barang kes itu ditemui dalam sebuah beg IKEA biru. Namun, terdapat percanggahan mengenai lokasi sebenar beg itu dijumpai. Saksi pembelaan mencadangkan ia ditemui dalam bahagian ‘speaker’ di bonet, tetapi ini tidak dipersetujui oleh saksi pendakwaan. [46] Saksi daripada syarikat kereta sewa SOCAR (SP6) menjelaskan bahawa ‘speaker’ dalam bonet kenderaan tersebut adalah aksesori yang telah diubah suai dan bukan peralatan asal kenderaan. SOCAR menegaskan bahawa kenderaan mereka tidak menggunakan barang ‘aftermarket’, justeru ‘speaker’ tersebut bukan milik syarikat. Perkara ini menjadikan tandatanya dan perlu diperjelaskan oleh pihak pendakwaan. [47] Tambahan pula, rekod SOCAR menunjukkan bahawa ‘speaker’ itu hanya muncul selepas kenderaan disewa oleh Yong Sin Ping. Oleh itu, SP6 bersetuju bahawa ada kemungkinan ‘speaker’ itu dipasang oleh Yong Sin Ping sendiri yang secara tidak langsung berkemungkinan ianya telah dirancang terlebih awal untuk dijadikan tempat untuk menyembunyikan dadah. [48] Selanjutnya, SOCAR juga mengesahkan bahawa hanya Yong Sin Ping yang mempunyai akses terhadap kenderaan tersebut melalui aplikasi mudah alih mereka. Kenderaan hanya boleh dikunci dan dibuka melalui aplikasi tersebut dan akses hanya diberikan kepada penyewa berdaftar yang memiliki telefon bimbit dengan aplikasi SOCAR aktif. Bukti ini disokong oleh rekod selfie dan lesen memandu Yong Sin Ping yang dimuat naik dalam sistem SOCAR. Oleh itu, terdapat keraguan yang munasabah mengenai persoalan sama ada tertuduh mempunyai akses atau kawalan terhadap kenderaan tersebut. [49] Pihak pembelaan seterusnya menegaskan bahawa berdasarkan terma dan syarat SOCAR, segala tanggungjawab terhadap kenderaan yang disewa, termasuk sekiranya berlaku apa-apa kejadian atau penemuan barang terlaran, terletak sepenuhnya di bahu penyewa, iaitu Yong Sin Ping. Hal ini turut disahkan oleh SP6 dalam keterangannya di Mahkamah. [50] Akhirnya, pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai milikan atau pengetahuan terhadap dadah yang ditemui dalam kenderaan tersebut. Menurut undang-undang, elemen milikan memerlukan bukti bahawa Tertuduh bukan sahaja mempunyai akses tetapi juga pengetahuan tentang kewujudan dadah tersebut. Rujukan dibuat kepada kes Chan Pean Leon (supra) dan PP v Mohd Riedzuan Hamzah [2020] MLRAU 160 yang menegaskan keperluan bukti langsung terhadap pengetahuan Tertuduh. Dalam kes ini, tiada sebarang bukti sedemikian wujud, dan oleh itu, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes terhadap Tertuduh. [51] Ketiga, pihak pembelaan berhujah bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil dua individu penting, iaitu Yong Sin Ping dan Loh Kok Kiong, telah menjejaskan keseluruhan kes terhadap Tertuduh. Kedua-dua mereka telah ditangkap bersama Tertuduh dan pernah didakwa di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya semasa prosiding awal di Mahkamah Majistret. Mereka dilihat berada dalam kenderaan Mercedes Benz putih yang dikenalpasti dalam risikan sebagai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. Keterangan saksi pendakwaan turut mengesahkan bahawa mereka adalah pengguna kenderaan tersebut yang berada berhampiran dengan lokasi penemuan dadah di dalam Mazda CX5 yang disewa oleh Yong Sin Ping. [52] Yong Sin Ping mempunyai akses eksklusif kepada kenderaan Mazda CX5 melalui aplikasi SOCAR dan didakwa sebagai satu-satunya individu yang menyewa kenderaan tersebut. Di dalam kenderaan itulah ditemui bag IKEA biru berisi 13 bungkusan dadah. Tambahan pula, dakwaan bahawa terdapat ubah suai pada bonet kenderaan, iaitu ‘speaker’ yang digunakan sebagai tempat simpanan, turut mengaitkan Yong Sin Ping secara langsung, memandangkan beliau yang menyewa dan mengawal kenderaan itu. [53] Loh Kok Kiong pula dikenalpasti sebagai majikan kepada Tertuduh. Keterangan Pegawai Penyiasat menunjukkan bahawa Tertuduh hanyalah pekerja upahan yang menurut arahan Loh, termasuk penghantaran barang ke Kuala Lumpur. Tertuduh juga digambarkan sebagai seorang yang tidak berpelajaran tinggi dan kurang memahami situasi yang berlaku. Keterangan ini menyokong hujahan bahawa Tertuduh hanya menjalankan tugasan tanpa pengetahuan penuh tentang kandungan sebenar barangan yang dibawanya. [54] Kedua-dua individu ini bukan sahaja penting kerana kehadiran mereka semasa tangkapan, tetapi juga kerana peranan langsung mereka dalam urusan kenderaan dan barang-barang yang menjadi subjek pertuduhan. Pegawai Penyiasat mengakui bahawa mereka merupakan saksi yang amat penting, namun tidak dapat menjelaskan sebab mereka tidak didakwa di Mahkamah Tinggi atau menjadi saksi dalam kes ini. [55] Pihak pendakwaan juga telah gagal membina naratif yang konsisten dan lengkap tanpa keterangan daripada dua saksi utama ini. Kekosongan / kelompangan dalam keterangan tersebut mencetuskan keraguan serius terhadap penglibatan Tertuduh secara langsung dalam pemilikan barang kes. Ini membentuk satu jurang ketara dalam kes pendakwaan yang tidak dapat diisi dengan bukti sedia ada. [56] Sebagai tambahan, pihak pembelaan merujuk kepada prinsip dalam seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 yang membenarkan presumption of adverse inference digunapakai terhadap pihak yang gagal mengemukakan saksi material. Dalam kes ini, kegagalan untuk memanggil Yong Sin Ping dan Loh Kok Kiong menjustifikasikan pemakaian prinsip tersebut (rujuk Munusamy v PP [1987] 1 MU 492 dan Ho Tze Kean v PP [2018] MLRAU 8). Maka, pihak pembelaan berhujah bahawa ketiadaan saksi-saksi penting ini telah mencacatkan kes pendakwaan dan mewujudkan keraguan munasabah terhadap kesalahan yang dipertuduhkan. [57] Sebagai kesimpulan, pihak pembelaan menghujahkan bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh. Hujahan ini disandarkan bukan sahaja kepada kelemahan dalam bukti yang dikemukakan, tetapi juga berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan sendiri yang tidak menyokong pertuduhan yang dikenakan. Kegagalan pihak pendakwaan untuk menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai milikan atau kawalan eksklusif terhadap dadah yang menjadi barang kes telah menjejaskan asas pertuduhan tersebut. [58] Lebih penting, pihak pembelaan menekankan bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi penting telah menyebabkan berlakunya satu kelompangan material dalam kes mereka. Kelompangan ini, menurut pihak pembelaan, bersifat fatal dan justeru memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membuat satu adverse inference terhadap pihak pendakwaan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Tambahan pula, tiada sebarang keterangan sokongan seperti DNA atau cap jari yang mengaitkan Tertuduh secara langsung dengan barang kes dikemukakan. Menurut pihak pembelaan, ini memperkuat lagi ketidakupayaan pendakwaan untuk membina kes yang kukuh. [59] Sebagai rujukan, pihak pembelaan mengemukakan beberapa kes terdahulu seperti Hassan Nawali v. PP [2018] MLRAU 11 dan Mohamad Radhi Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 MLRA 158 yang menekankan prinsip asas beban pembuktian dan keperluan menunjukkan kes prima facie sebelum Tertuduh boleh dipanggil untuk membela diri. Maka, berdasarkan kelemahan-kelemahan yang dihuraikan di atas, pihak pembelaan memohon agar Mahkamah ini melepaskan dan membebaskan Tertuduh tanpa perlu dipanggil untuk membela diri. Analisis dan Dapatan Mahkamah [60] Di akhir kes pendakwaan, peranan Mahkamah adalah untuk menentukan sama ada kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Analisis Mahkamah akan berpandukan kepada empat elemen berikut:
a
dadah itu adalah dadah berbahaya seperti dalam ADB;
b
dadah tersebut berada dalam milikan tertuduh;
c
tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut; dan
d
tertuduh mempunyai niat untuk mengedar dadah tersebut. [61] Setelah Mahkamah mendengar keterangan 8 saksi-saksi Pendakwaan berikut adalah dapatan Mahkamah. A) Terdapat keraguan dan kelompangan terhadap barang kes dadah yang dirampas [62] Terdapatnya keraguan dan kelompangan terhadap barang kes dadah yang telah dirampas memandangkan wujud keterangan berbeza iaitu samada terdapat 13 atau 14 bungkusan dadah yang telah dirampas oleh pihak polis. Mengikut Ucapan Pembukaan Pendakwaraya (P3) jelas menunjukkan semasa pemeriksaan terhadap Tertuduh berikut adalah ditemui:- a) Pemeriksaan ke atas Tertuduh mendapati satu beg plastik berwarna merah mengandungi (1) bungkusan GUANYINWANG yang disyakki mengandungi Methamphetamine a/b 1018 gram. b) Pemeriksaan keatas kereta Tertuduh pula mendapati satu beg plastik IKEA warna biru mengandungi 13 bungkusan plastik bertulis GUANYINWANG a/b 13,560 gram Methamphetamine. c) Pertuduhan terhadap Tertuduh pula adalah terhadap dadah yang berada dalam satu beg plastik berwarna biru bertanda “SY-BB” berisi 13 bungkusan plastik bertulis GUANYINWANG bertanda SY-2 hingga SY-14 yang mengikut SP3 Ahli Kimia berat bersih dadah adalah 4181.5 gram seperti dalam exhibit P31. [63] Terdapatnya keraguan di sini memandangkan SP3 Ahli Kimia dalam keterangannya menyatakan keseluruhan barang kes yang diterima beliau adalah 14 bungkusan plastik iaitu:- a) Satu beg plastik berwarna merah bertanda “SY-PM” berisi satu bungkusan plastik bertulis GUANYINWANG bertanda “SY-1” yang mengandungi satu bungkusan plastik lutsinar bertanda “SY-A”. Bungkusan plastic “SY-A” tersebut mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisa SP3 mendapati berat bersih bahan tersebut ialah 945.6 gram yang mengandungi 697.8 gram methamphetamine; dan b) Satu beg plastik berwarna biru bertanda “SY-BB” berisi 13 bungkusan plastik bertulis “GUANYINWANG” bertanda “SY- 2” hingga “SY-14” yang masing-masing di dalamnya terdapat satu bungkusan plastik lutsinar bertanda “SY-B1” hingga “SY-N1”. Di dalam setiap bungkusan plastik lutsinar bertanda “SY-B” hingga “SY-N1” terdapat satu bungkusan plastic lutsinar bertanda “SY-B” hingga “SY-N” yang mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, adalah didapati bahawa kesemua bahan tersebut mengandungi methamphetamine. Berat bersih bahan 12956.2 gram dan berat methamphetamine 4181.5 gram. [64] Kegagalan pihak pendakwaan untuk menjelaskan dengan tepat jumlah sebenar bungkusan dadah dan berat bersih keseluruhan menimbulkan keraguan munasabah terhadap identiti ekshibit yang dirampas. Ini membawa kepada kesimpulan bahawa telah wujud kecacatan dalam rantaian barang kes (“break in the chain of evidence”) yang menjadikan kredibiliti barang kes diragui. [65] Apa yang menjadi tanda tanya dan keraguan di pihak Mahkamah ialah apa yang terjadi kepada dadah yang berada dalam beg plastik berwarna merah yang mengandungi satu bungkusan plastik bertulis Guanyinwang yang disyaki mengandungi Methamphetamine a/b 1018 gram seperti yang disebut oleh Pendakwaraya dalam P3. [66] Mahkamah juga mendapati bahawa semasa pertuduhan asal dibaca di Mahkamah Magistret ( ekshibit D40) terhadap ketiga-tiga saspek termasuk Tertuduh anggaran berat dadah adalah 14581 gram dan pertuduhan pindaan selepas itu seberat 4879.3 gram yang mana Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan pindaan tersebut mengambilkira berat bersih dadah didalam plastik bewarna merah tersebut. ( Pengiraan 4181.5 gram + 697.8 gram = 4879.3 gram bila dikira oleh Mahkamah ). [67] Perbezaan Pertuduhan Pindaan di Mahkamah Magistret Selayang (D40) dan Pertuduhan di Mahkamah Tinggi (P2) tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi keterangan SP7 tidak menjelaskan kenapa terdapatnya perbezaan pertuduhan terhadap berat dadah. Perlu juga diambilkira bahawa di Mahkamah Tinggi cuma Tertuduh seorang sahaja dituduh. Mahkamah berpendapat isu ini sangat memprejudis pihak Tertuduh. Disini wujudnya keraguan dan percanggahan kenapa kedua-dua berat bersih dadah seperti dalam P31 iaitu: (a) berat dadah 697.8 gram methamphetamine dan (b) berat dadah 4181.5 gram methamphetamine tidak diambilkira untuk pertuduhan di Mahkamah Tinggi. [68] Mahkamah merujuk kepada keterangan SP7 iaitu Pegawai Penyiasat dan ekshibit D40 yang menyatakan bahawa berat bersih dadah dalam Pertuduhan Pindaan di Mahkamah Majistret ialah 4879.3 gram. Mahkamah merujuk keterangan SP7 pegawai penyiasat seperti berikut:- Keterangan SP7: Pegawai Penyiasat PB: Ada 1 pertuduhan pindaan dalam dokumen D40 tersebut yang dibuat oleh Insp tarikh saya tak ingat tapi dinyatakan berkenaan dengan berat dadah Methaphetamine seberat 4879.3gram. Boleh explain dengan Mahkamah macam mana amount dadah ini boleh Insp dapat? SP7: Amount berat bersih ini telah dikeluarkan oleh JKM. PB: Berat ini Insp ikut pada berat yang dikeluarkan oleh JKM SP7: Betul PB: Tuduhan pada hari ini ialah seberat yang lain. 4181.5gram mengikut P31. YA mohon izin rujuk dokumen P31 YA. iaitu laporan kimia bertarikh 15.2.2021. Boleh Insp sahkan dalam P31 tu berat bersih ialah 4181.5gram. SP7: Betul PB: Boleh explain pada Mahkamah macam mana ada 2 berat yang berbeza Insp? H: So D40 dan P31. Terangkan Insp. PB: Betul YA SP7: Jumlah 4879.3 gram diperolehi daripada laporan kimia dimana yang laporan pertama di bahagian a +b SP7: laporan kimia P31 (a) 697.8 gram methamphetamine . Dicampur 4181.5 gram. PB: Campur (b) lah? SP7: Campur. Jumlah keseluruhan 4879.3gram. PB: Jadi maksudnya pertuduhan yang pindaan ini 4879.3gram ini ialah keseluruhan dalam P31 (a )+ (b). SP7: Betul [69] Perbezaan berat bersih ketika Pertuduhan Pindaan dibacakan di Mahkamah Majistret Selayang dan ketika di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mempunyai berat yang berbeza telah menimbulkan kelompangan kepada rantaian keterangan berkaitan isu ini telah menimbulkan keraguan terhadap kes Pendakwaan. Mahkamah merujuk kes PP v Lee Hock Lai [2003] 3 MLRH 685 diputuskan seperti berikut:- “The onus was on the prosecution to ensure that adequate evidence was led to show an unbroken chain of evidence in respect of the drugs exhibits, explain the discrepancies in the stating of the gross weight of the drug and the contradiction in the description of the drug as "heroin" in the charge sheet in the committal proceedings and the finding of the chemist that the drug was monovacetyImorphines. This was especially required when, in fact, the defence had alleged in the cross examination of the prosecution witnesses that the exhibits had been tampered with. This the prosecution failed to do thereby further contributing to and compounding the failure to make out a prima facie case.” [70] Mahkamah mendapati wujud kelompangan kepada rantaian keterangan berkenaan barang kes yang dihantar ke Jabatan Kimia dan juga pertuduhan di Mahkamah Tinggi (P2). Wujud keraguan sama ada barang kes dadah yang dianalisa ialah sama dengan barang kes dadah yang dirampas. Keraguan ini secara tidak langsung menimbulkan keraguan dan percanggahan yang membuatkan kes prima facie tidak dapat dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. B) Barang Kes Dadah Berbahaya Sebanyak 13 Bungkusan Ditemui Didalam Bonet Belakang Kenderaan Mazda CX5 VDA 6117 Yang Disewa Oleh Yong Sin Ping. [71] Menurut keterangan daripada SP2, sebanyak 13 bungkusan plastik lutsinar berada di dalam 1 beg IKEA berwarna biru yang ditemui ketika pemeriksaan dilakukan ke bahagian bonet belakang kenderaan Mazda CX5. No Pendaftaran VDA 6117. [72] Pegawai Penyiasat iaitu SP7 juga mengesahkan bahawa beliau menerima 13 bungkusan daripada Pengadu dimana 13 bungkusan tersebut adalah ditemui di dalam satu beg IKEA berwarna biru. Terdapat keraguan di manakah beg IKEA berwarna biru ini ditemui? Pihak pembelaan telah mencadangkan bahawa ianya sebenarnya ditemui di dalam bahagian ‘speaker’ di dalam bonet kenderaan Mazda CX5. Walaubagaimanapun SP2 dan SP7 tidak setuju. [73] Saksi Pendakwaan daripada syarikat applikasi kereta sewa SOCAR pula menyatakan bahawa ‘speaker’ yang berada di dalam bonet kenderaan Mazda CX5 yang disewa oleh Yong Sin Ping adalah ‘speaker’ yang telah diubah suai dan bukan merupakan ‘speaker’ yang asal. [74] Mahkamah merujuk keterangan SP6, En Ganesh daripada SOCAR semasa Pemeriksaan Balas seperti berikut:- PB: Saya nak rujuk kepada gambar P7. Dengan izin YA. gambar kenderaan yang telah dirampas oleh pihak polis. Gambar ni saya rasa telah di tender. Secara specificnya saya nak rujuk kepada gambar 7 & 8. Ada gambar 7 & 8 di bahagian bonet tersebut apa benda ni? SP6: Speaker. PB: Adakah speaker ini memang kepunyaan kenderaan VDA 6117? SP6: Bukan kepunyaan SOCAR. PB: Boleh tak awak confirmkan macam mana speaker ni boleh berada di dalam kenderaan VDA 6117 ni. SP6: Sebab semasa kami buat pemeriksaan, dalam rekod kami memang tak ada speaker. PB: Jadi awak tak boleh nak confirmkan macam mana ada dalam tu? SP6: Betul PB: Dan awak juga tidak tahu siapa yang letak speaker ini di dalam bonet kenderaan VDA 6117 ini. Betul? SP6: Ya betul, Sebab speaker ni bila kami dapat tahu semasa kereta tu telah ditahan di IPD Gombak. Sebelum penyewaan daripada Yong Sin Ping ni memang speaker tu tidak wujud dalam kereta tersebut. PB: Adakah awak tahu bahawa siapa tuan punya speaker ini? SP6: Kita tidak tahu. PB: Memandangkan Yong Sin Ping ini ialah penyewa kepada kenderaan VDA 6117 ini pada 6/8 dan kereta ini telah pun ditahan pada hari yang sama. Jadi setuju dengan cadangan saya speaker ini berkemungkinan kepunyaan Yong Sin Ping. SP6: Ada kemungkinan. Pemeriksaan Semula TPR: TPR: Dalam kes ini juga tadi Encik Ganesh dirujuk dengan gambar speaker. Encik Ganesh dah sahkan speaker tersebut bukan kepunyaan kereta SOCAR. SP6: Bukan kepunyaan kereta SOCAR sebab kereta SOCAR tidak memakai apa-apa after market punya barang. Semua manufacturer punya parts. TPR: Peguam tadi cadangkan speaker ini mungkin Yong Sin Ping punya. Encik Ganesh setuju dengan cadangan tu. Jadi boleh jelaskan. SP6: Sebab seperti saya menyatakan tadi kereta SOCAR tidak memakai apa-apa after market punya barang. So kalau tengok pada gambar ini speaker ini adalah bukan originally dalam kereta punya. Itu adalah after market. Sebab specifikasi CX5 memang tiada speker sebesar tu install dalam kereta tersebut. TPR: Jadi bila Encik Ganesh kata kemungkinan Yong Sin Ping ni based on dokumen yang ada je lah? SP6: Ya betul [75] Keterangan saksi Pendakwaan SP6, En. Ganesh daripada syarikat pengendali aplikasi sewa kereta iaitu SOCAR dan juga disokong oleh keterangan SP8 iaitu En Nizam, sebagai pengguna aplikasi SOCAR.
Preamble
Menurut SP6 dan SP8, kenderaan yang disewa melalui aplikasi SOCAR hanya boleh dibuka dan ditutup melalui aplikasi sahaja dan Penyewa tersebut hendaklah berada bersama telefon bimbitnya berhampiran dengan kenderaan yang disewa tersebut. Secara tak langsung hanya Yong Sin Ping, sebagai penyewa kereta Mazda CX5 tersebut, merupakan individu yang boleh buka dan tutup (lock and unlock) kereta tersebut dan bukannya Tertuduh. [76] Pengubahsuaian kereta dengan meletakkan speaker telah diubah semasa dalam sewaan Yong Sin Ping. Keterangan SP6 dan SP8 menyatakan bahawa kenderaan yang disewa melalui aplikasi SOCAR hanya boleh dibuka dan ditutup melalui aplikasi sahaja dan penyewa hendaklah berada bersama telefon bimbitnya berhampiran dengan kenderaan yang disewa tersebut. [77] Ini bermakna Yong Sin Ping sebagai penyewa kereta Mazda CX5 tersebut adalah individu yang boleh membuka dan menutup kereta tersebut dan mempunyai akses kepada kereta Mazda CX5. Keterangan beliau adalah sangat penting dalam kes ini untuk menerangkan kepada Mahkamah bagaimana kereta yang disewa secara SOCAR berfungsi. Keterangan berkenaan setakat mana Yong Sin Ping mempunyai akses terhadap kereta Mazda CX5 dan untuk beliau menjelaskan mengapakah terdapat beg IKEA berwarna biru yang mengandungi 13 bungkusan dadah berbahaya ditemui didalam kereta Mazda CX5 yang disewa olehnya. [78] Berikut adalah keterangan keterangan En Ganesh daripada SOCAR:- TPR: Dokumen yang saya rujuk pada Encik Ganesh ni, Encik Ganesh ada akses pada dokumen ni? SP6: Ada. TPR: Jadi dengan izin YA, saya pohon dokumen ini ditandakan sebagai eksibit P YA. JB: Dengan izin YA, dokumen daripada SOCAR ditandakan sebagai P36. TPR: Encik Ganesh saya nak rujuk muka surat 2 kalau kita tengok yang Encik ganesh kata yang dari system. Kalau kita tengok name of renter Yong Sin Ping. Kemudian kita tengok reservation details. Start at 2020806 15:40. Betul? SP6: Betul. TPR: Dan kalau kita tengok details disini, Yong Sin Ping ni, ini adalah orang sama di muka surat 3? Yang selfie dengan license ni. SP6: betul. ini adalah gambar selfie yang diambil semasa mendaftar akaun SOCAR. Pemeriksaan Balas PB: Oleh kerana Yong Sin Ping merupakan penyewa kenderaan ini secara bertulis, jadi saya cadangkan bahawa kenderaan ini yang bertanggungjawab sepanjang masa sewaan adalah yong Sin Ping betul? SP6: Betul PB: Dan apa-apa yang berlaku pada kenderaan tersebut ataupun menjumpai apaapa barang salah dalam kenderaan tersebut tanggungjawab penyewa sepertimana dalam details betul? SP6: betul pemeriksaan semula . TPR: Soalan terakhir saya, tadi peguam juga kata kalau ada apa-apa masalah dengan kereta ni hanya Yong Sin Ping yang bertanggungjawab. SP6: Ya betul TPR: Jadi boleh jelaskan kenapa setuju Yong Sin Ping ni yang bertanggungjawab. SP6: Sebab kerana dalam terma dan syarat SOCAR seseorag penyewa yang menyewa kenderaan tersebut akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa terjadi kepada kereta tersebut sama ada kemalangan, dan juga masalah-masalah lain. [79] Mahkamah berpandangan dengan keterangan SP6 dan SP8 (Agen Call Centre) tersebut, dan juga keterangan Pegawai Penyiasat iaitu SP7, telah membuktikan bahawa hanya Yong Sin Ping mempunyai akses terhadap kereta tersebut selain Tertuduh dan oleh itu, perlunya keterangan Yong Sin Ping berkaitan barang kes dadah berbahaya yang ditemui didalam kenderaan Mazda CX5 bernombor pendaftaran VDA 6117 yang disewa oleh beliau. SP6 juga menyatakan bahawa Yong Sin Ping akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa terjadi kepada kereta tersebut sama ada kemalangan, dan juga masalah-masalah lain. Semua ini memerlukan kehadiran beliau ke Mahkamah untuk menjelaskan persoalan yang timbul dan menjelaskan kelompangan dalam kes pendakwaan. [80] Berdasarkan keterangan SP7 iaitu Pegawai Penyiasat kes, SP7 sendiri menyatakan bahawa Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping merupakan saksi yang penting. Tambahan pula, pihak Pembelaan telah mempertikaikan di manakah barang kes dadah didalam beg IKEA berwarna Biru sebenarnya ditemui. Adakah di dalam bahagian ‘speaker’ dalam bonet kenderaan Mazda CX5 atau di luar speaker? Saksi pihak SOCAR iaitu SP6 sendiri menyatakan ‘speaker’ tersebut bukanlah daripada spesifikasi kenderaan tersebut tetapi berkemungkinan diubahsuai oleh penyewa iaitu Yong Sin Ping. Keterangan Pegawai Penyiasat SP7 Pemeriksaan Balas: Berkaitan isu speaker PB: Saya mohon rujuk YA gambar kereta P7. Gambar P7 ada 9 gambar. Gambar kereta SOCAR Mazda CX5 VDA6117.Cuba tengok gambar 7 dan 8 iaitu gambar bonet. Dalam bonet tu ada speaker. SP7: Betul PB: speaker dengan rambu ramba warna purple. Dalam siasatan Insp siapa yang meletakkan speaker dalam kenderaan CX5 ni. SP7: Sudah berada dalam kereta SOCAR YA PB: Siapa letak tak pasti? SP7: tak pasti PB: dan apa tujuan speaker tu diletakkan di situ tak pasti la SP7: Tak pasti PB: Saya cadangkan speaker ini diletakkan oleh 2 penama iaitu Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping ke dalam CX5. Setuju atau tak? SP7: Tak setuju PB: Dan speaker ini diletakkan disitu untuk menjadi tempat simpanan beg biru ikea. SP7: Tidak setuju PB: Berbunyi tak speaker ni? SP7: Speaker saya tak check PB: Tidak buat ujian ya? PB: Maksud saya check sama ada speaker tu berfungi ke tidak. Takde periksa la? SP7: Saya tak check PB: Oleh yang demikian, kedua-dua penama itu iaitu Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping mereka ini penting dalam kes ini untuk mengesahkan apa tujuan speaker ini berada di situ. Betul? SP7: Betul PB: Tangkapan di Batu Caves kedua-dua mereka Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping ni berada dalam kenderaan Mecesdez putih. Betul? SP7: Betul PB: Dan kenderaan tersebut diletakkan di hadapan parking CX5 yang dibawa oleh Tertuduh. SP7: Betul PB: Loh Kok Kiong yang mengarahkan okt untuk pergi ke Giant Batu Caves. Betul? SP7: betul PB: Loh Kok Kiong yang sampai ke Giant Batu Caves dahulu, kemudian baru Mazda CX5. Betul? SP7: Betul PB: Saya cadangkan bahawa oleh kerana okt ini hanya mengikut arahan Loh Kok Kiong, maka dia tidak tahu isi kandungan 14 plastik guanyingwang ini. SP7: Tak setuju PB: Saya cadangkan Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping adalah 2 saksi yang sangat penting dalam kes ini untuk membuktikan apa sahaja keadaan. SP7: Setuju Pemeriksaan Semula TPR: Dalam kes ini peguam juga cadangkan Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping ni 2 orang saksi yang penting untuk menjelaskan dadah dadah yang dijumpai ni. Insp setuju mereka ni saksi yang penting. Jadi boleh Insp jelaskan? SP7: Saya setuju kerana Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping adalah 1 sindiket besar dadah YA. H: Satu sindiket dadah yang besar? SP7: Besar, Betul YA H: So ni soalan daripada Mahkamah ya. Dimana Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping sekarang ni? SP7: Itu saya tak pasti YA. Minta maaf YA, untuk status terkini saya boleh minta IO check balik no IC kalau ada tangkapan. H: Kenapa Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping dibebaskan insp tak tahu? SP7: Saya tak tahu. Pertuduhan pertama saya dapat tuduh bersama. H: Masa dilepaskan? SP7: Saya tak tahu. [81] Saksi Pendakwaan SP7 iaitu Pegawai Penyiasat sendiri bersetuju bahawa Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping merupakan saksi yang penting dalam kes ini. Dalam kes Muhamad Ridha Baharudin v PP [2020] 1 LNS 792 Material gap “23. It is our respectful submission that the learned High Court Judge erred in law and facts when he found that the prosecution has made out a prima facie case against the appellant despite the fact that there is a material gap in the case of prosecution.
26
It is trite law that the prosecution has the discretion to call any witnesses to prove a prima facie case. The discretion however is dictated by whether or not the prosecution has led sufficient evidence to that effect. In this regard, in Teoh Hoe Chye v. Public Prosecutor [1986] 1 MLRA 387; [1987] 1 MLJ 220; [1987] CLJ 386 the Supreme Court held as follows - "Nevertheless, the decision whether to call or not to call a witness including a witness from whom a statement has been taken is always the right of the prosecution (Abdullah Zawawi v. Public Prosecutor [1985] 1 MLRA 103; [1985] 2 MLJ 16; [1985] CLJ 19). Insofar as the trial Court is concerned, its duty is essentially to decide whether on the evidence before it the prosecution has proved its case, and if there are unsatisfactory features in the prosecution case to determine whether, in the light of such features, the prosecution case fell short of proof beyond reasonable doubt (Abdullah Zawawi's case, supra)."Please see also:Abdullah Zawawi v. Public Prosecutor [1985] 1 MLRA 103; [1985] 2 MLJ 16; [1985] CLJ 19. [82] Mahkamah juga merujuk kepada kes Ho Tze Kean v PP [2018] MLRAU 8 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan seperti berikut:- ‘[39] It is trite that when witnesses are not called or produced in court, the court would be obliged to invoke the adverse inference under s 114(g). Only if the witness is a material witness which forms part of the narrative of the prosecution's case and that there was evidence of suppression or withholding of evidence only then that the adverse inference under s 114(g) of the Evidence Act 1950 can be invoked against the prosecution (see Munusamy Vengadasalam v. Public Prosecutor [1986] 1 MLRA 292; [1987] 1 MLJ 492; [1987] CLJ (Rep) 221). [40] We have the opportunity to peruse the Appeal Records to determine what roleplayed by Ann in this case. It was at all time the defence case that the appellant was asked by Ann to help her to send her order. This fact was also confirmed by PW8 as we alluded to earlier in our judgment. This evidence was not challenged and came from the prosecution own witness. What can safely be deduced from here is that the police had the prior knowledge for such information. We are of the considered view that Ann is an important witness which form part of the narrative of the prosecution's case. It is trite that the failure to call or offer the material witness would trigger the adverse inference under s 114(g) of the Evidence Act 1950, against the prosecution.” [83] Mahkamah mendapati atas kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi penting Loh Kok Kiong dan Yong Sin Ping adalah “fatal” terhadap kes pendakwaan dan telah mewujudkan kelompangan keatas kes Pendakwaan. Maka anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai. [84] Mahkamah juga mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah yang ditemui di dalam kenderaan tersebut walaupun dadah dijumpai dalam bonet kereta yang dipandu oleh Tertuduh. [85] Setelah menilai keterangan saksi-saksi Pendakwaan, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut oleh Tertuduh. [86] Kegagalan pihak Pendakwaan memanggil Yong Sin Ping dan Loh Kok Kiong yang dituduh bersama Tertuduh semasa di Mahkamah Magistret untuk menjelaskan tentang fakta berkaitan dengan penyewaan kereta tersebut dan setakat mana beliau mempunyai akses terhadap kereta tersebut dan juga berkaitan dadah tersebut telah menjejaskan kes pihak Pendakwaan. Kesimpulan [87] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie. Oleh itu, Mahkamah melepaskan dan membebaskan Tertuduh daripada pertuduhan P2 tanpa perlu dipanggil untuk membela diri. Bertarikh 20 Julai 2025 ………………t.t.…................... LATIFAH HJ MOHD TAHAR Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 4 Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor Darul Ehsan Timbalan Pendakwa Raya: Tuan Mohamed Heikal bin Ismail Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor Level 11-13 Corporate Tower Ideal Convention (IDCC) Shah Alam Jalan Pahat 15/L Seksyen 15 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Peguam Tertuduh: Dato’ Rosal Azimin bin Ahmad Mohd Anif bin Rafi Tetuan Shamsuddin & Co. B4-2-3 & B4-2-3A Solaris Dutamas No.1 Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.