4.You refusal of continue to carry out the work has breached the contract and our client hereby shall terminate the contract and shall claim damages for such breach…” [45] Surat ini ada dimukasurat 1 – 3 Ikatan Dokumen Bersama Tambahan. Defendan menjawab kepada surat dan notis tuntutan Plaintif sebagaimana di surat peguam mukasurat 11 Ikatan yang sama. Defendan pada peringkat tersebut menafikan dakwaan Plaintif sebagaimana dalam surat-surat yang dihantar. [46] Jika dilihat kandungan surat bertarikh 2/9/2021 tersebut, Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah pada 12/5/2021 secara terang menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan kerja (…you have on 12/5/2021 expressly informed our client that you have no intention to continue the remaining…). [47] Mahkamah kembali kepada keterangan Plaintif berhubung isu ini. Kenyataan tersebut adalah melalui Pemeriksaan Utama SP2. Walaubagaimanapun, SP2 sendiri memaklumkan Mahkamah bahawa kerja-kerja ubahsuai adalah diuruskan sepenuhnya oleh anak beliau iaitu SP1. [48] Mahkamah merujuk pula kepada keterangan SP1. Pemeriksaan Balas SP1 adalah seperti berikut: S : Soalan saya adalah sama ada jiran di rumah sebelah kiri telah beri consent letter dalam bulan Ogos 2021? J : Belum lagi S : Cik Ang anda tidak gembira dengan Defendan kerana jiran di sebelah kiri tidak memberi consent pada masa itu, setuju atau tidak? J : Bila? S : Bulan Ogos 2021? J : If not mistaken sudah end contract, right? S : You end the contract in September 2021. J : But than Defendan didn’t contact anything since 12 of May. S : Sepanjang dari bulan, saya katakan dari bulan May hingga bulan September anda tidak gembira dengan Defendan kerana jiran disebelah kiri tidak memberi consent? J : Tidak [49] Dalam Pemeriksaan Utama SP1 disoalan nombor 7, SP1 merujuk kepada panggilan whatssapp bertarikh 12/5/2021 dan merujuk kepada mukasurat 56 – 57 IDBII. SP1 seterusnya merujuk kepada perbualan Whatsapp pada 24/5/2021. [50] Peguamcara Defendan telah memeriksa balas dan mencabar SP1 berhubung mesej whatsapp ini dan keterangan SP1 adalah seperi berikut: Pemeriksaan Balas SP1. S : Rujuk muka surat 1, Bundle C. Perbualan bertarikh 24.5.2021. Saya cadangkan dalam perbualan ini, anda minta Defendan untuk memberi confirmation sama ada Defendan mahu stop kerja atau tidak, setuju atau tidak? J : Tidak bersetuju S : Saya katakan dalam perbualan ini, anda minta Defendan memberi laporan secara keseluruhan kepada anda, betul atau tidak? J : Do you mean documents? S : Laporan untuk keseluruhan kerja-kerja pengubahsuaian, the relevant documents and drawings J : Betul S : Kalau dokumen dan drawing diberikan oleh Defendan bermaksudnya Defendan juga setuju untuk tamat kerja, setuju atau tidak? J : Tidak bersetuju S : Dalam understanding anda pada masa itu, untuk tamatkan kerja dokumen dan drawing ini diperlukan, setuju atau tidak? J : Setuju [51] Mahkamah merujuk silang kepada keterangan SD1 berhubung isu ini. Pemeriksaan Balas SD1 S : Setuju dengan saya menurut muka surat 2, Bundle C. Florence Yap pada 25.5.2021 memaklumkan kepada Ang Kit Wai bahawa “Steve will prepare all the documents sending next week, ya”. Soalan saya dokumen apakah yang dimaksudkan oleh Florence Yap tersebut? J : Pilling report S : Sekiranya pilling report, kenapa Florence Yap perlu memaklumkan dokumens di situ kenapa bukan pilling report terus? J : Because nombor 1 when during the time Plaintif actually asking for 2 major documents one is a pilling report as you can see from bundle C, muka surat 1 dia menyatakan bahawa “I’m waiting for report”. “I Request quite long time ready”. Lepas itu untuk Florence hanya mengatakan bahawa akan prepared the document. Pilling report adalah satu document. S : Biar saya sempurnakan soalan saya untuk rekod Mahkamah. Setuju dengan saya mesej Florence Yap 25th May adalah balasan kepada mesej kepada Ang Kit Wai bertarikh 24.5.2021, Setuju atau tidak? J : Tidak setuju [52] Dapatan dan fahaman Mahkamah pada peringkat ini adalah bahawa tidak dinafikan Plaintif ada memohon dokumen daripada Defendan dan Defendan ada berjanji untuk bekalkan. Walaupun begitu, tidak ada apa-apa keterangan menyatakan bahawa Defendan pada masa itu ingin menamatkan kerja-kerja “Kontrak Tersebut”. [53] Tambahan pula, secara lojik, jika dilihat mesej tersebut, susulan daripada mesej itu adalah bahawa Defendan pada 1/6/2021 telah membalas mesej Plaintif bertarikh 31/5/2021 dengan mengemukakan perintah PKP yang bermula 1-14/6/2024. [54] Ini konsisten dengan fakta bahawa pihak-pihak masih lagi meneruskan kerja selepas tamat tempoh PKP sehinggalah “Kontrak Tersebut” ditamatkan pada September 2021. [55] Fakta berhubung PKP adalah fakta yang diketahu umum dan tidak boleh dipertikaikan. SP1 sendiri tahu perkara ini tetapi sengaja lari dari menjawab soalan semasa pemeriksaan balas oleh pihak Defendan. Mahkamah merujuk keterangan Pemeriksaan Balas SP1 seperti berikut: Pemeriksaan Balas SP1 S : Cik Ang pada permulaan bulan Mei tahun 2021 disebabkan kes Covid’19 melambung tinggi, Kerajaan telah memperkenalkan semula MCO, setuju atau tidak? J : Tidak ingat S : Pada hujung bulan Mei tahun 2021 kerajaan memperkenalkan FMCO yang lebih ketat, setuju atau tidak? J : Tak ingat S : Cik Ang saya katakan di bawah FMCO hampir semua sektor tidak boleh beroperasi, setuju atau tidak? J : Tak ingat S : Rujuk sekali lagi muka surat 3, Bundle C. Perbualan bertarikh 01.06.2021. Terdapat satu notis, notis ini menunjukkan bahawa pada masa itu FMCO telah dilaksanakan, setuju atau tidak? J : Tak ada tulis FMCO S : Walaupun tak ada tulis FMCO tapi dalam notis ini dinyatakan bahawa semua kerja-kerja di tapak pembinaan dan kerja-kerja pengubahsuaian, premis, bangunan dan kediaman tidak dibenarkan, setuju atau tidak? J : Setuju [56] Plaintif semasa mencabar keterangan SD1 ada membangkitkan isu perbualan telefon antara SP1 dan SD1 pada 12/5/2021 sebagaimana dibawah: Pemeriksaan Balas SD1 S : Setuju dengan saya, saya katakan terdapat satu perbualan telefon di antara En Tan dengan Ang Kit Wai pada 12.5.2021 mengenai kerja-kerja pengubahsuaian rumah tersebut? J : Pernah [57] Keterangan tersebut berhenti setakat itu sahaja. Plaintif tidak meletakkan kepada SD1 apakah isi perbualan tersebut atau apakah isu yang dibincangkan kedua-dua pihak pada masa itu. Plaintif yang bangkitkan isu ini tetapi Plaintif gagal membuktikan kandungan perbualan pada 12/5/2021 tersebut. Keterangan SP1 adalah bahawa beliau ada rakaman perbualan telefon tersebut. Defendan dikatakan sangat marah dan ingin menghentikan kerja dan memulangkan kunci. Persoalan Mahkamah kenapa Plaintif tidak kemukakan rakaman percakapan tersebut sedangkan ada dengan beliau? [58] Berhubung isu 12/5/2021 ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa keterangan dan penjelasan SD1 adalah lebih munasabah dan konsisten bagi menunjukkan niat pihak-pihak pada masa itu. Defendan tidak pernah menyatakan ingin tamatkan kerja. Pemeriksaan semula SD1 S : Peguam Plaintif juga ada cadangkan kepada awak bahawa sejak bulan Mei tahun 2021 tiada kata-kata daripada En Tan yang memberitahu Plaintif bahawa kerja-kerja akan diteruskan. Boleh tak En Tan jelaskan mengapa sejak bulan Mei tahun 2021 En Tan tidak memberitahu Plaintif bahawa En Tan akan teruskan kerja-kerja? J : Saya juga tidak mengatakan bahawa saya tidak akan meneruskan kerja apa pada waktu itu adalah disebabkan optic fibre yang tidak boleh dikendalikan kami, kami mempunyai segelintir pertelingkaran antara kami dengan Plaintif. Oleh itu kami hanya menyatakan bahawa kami tidak boleh membuat optic fibre yang sepatutnya kita tidak boleh disentuh daripada TM, manakala daripada pertelingkaran tersebut kita tidak boleh mendapat daripada jiran sebelah kanan mengatakan bahawa tidak boleh mendapatkan keputusan daripada approval untuk pembinaan tersebut. Oleh itu mempunyai sedikit pertengkaran dan enggan menerima penerangan kami. Oleh itu kami tidak dapat meneruskan explanation dengan plaintif. [59] Ini juga dipersetujui oleh SP1 semasa pemeriksaan balas seperti berikut: S : Selepas itu ada tak Defendan memberi dokumen dan drawing kepada anda? J : Tidak S : Saya katakan disebabkan Defendan tidak memberi dokumen dan drawing kepada anda, ini bermaksud Defendan tidak mahu tamatkan kerja, setuju atau tidak? J : Tidak S : Dalam conversation ini iaitu dari muka surat 1 sehingga muka surat 3, Bundle C. Boleh tak anda tunjukkan kepada Mahkamah dimanakah penyataan sendiri Defendan kata, beliau mahu tamatkan kerja? J : Is not in the page S : Jadi saya katakan bahawa tiada penyataan Defendan sendiri yang menunjukkan bahawa Defendan mahu tamatkan kerja, setuju atau tidak? J : Tidak [60] Defendan gagal menunjukkan bukti secara langsung bahawa Defendan adalah pihak yang ingin menamatkan kontrak sedangkan dalam surat secara jelas menyebut “…you have on 12/5/2021 expressly informed our client that you have no intention to continue…” dan juga keterangan yang mendakwa ada perbualan telefon pada 12/5/2021 tetapi kandung perbincangan tidak pernah dibuktikan. Mesej Whatsapp yang dikemukakan di mukasurat 1 – 3 Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif tidak membuktikan perkara ini. [61] Mahkamah seterusnya merujuk keterangan berikut: Pemeriksaan Balas SP1. S : Keputusan untuk tamatkan contract dengan Defendan dibuat oleh Plaintif sendiri sahaja, betul atau tidak? J : Defendan is the one who said who wants to stop S : Tak, surat peguam diberikan oleh Plaintif kepada Defendan untuk tamatkan contract, setuju atau tidak? J : Setuju S : Jadi, keputusan untuk tamatkan contract dibuat oleh Plaintif sendiri sahaja, betul atau tidak? Adakah Cik Ang terlibat dalam proses membuat keputusan untuk tamatkan contract dengan Defendan? J : Betul S : Jadi saya katakan semasa proses membuat keputusan untuk tamatkan contract dengan Defendan, salah satu consideration ialah Defendan tidak mahu melakukan kerja extension di sebelah kiri tanpa kelulusan MBSA, setuju atau tidak? J : Tidak [62] Walaubagaimanapun, Keterangan SD1 menyokong pernyataan ini. Ini kerana SD1 telah maklumkan disamping isu PKP, masalah komunikasi antara Plaintif dan Defendan telah menjejaskan perjalanan kerja. Mahkamah juga dapati ia konsisten dengan keterangan SD1 bahawa oleh kerana persetujuan jiran kiri tidak diperolehi, kelulusan MBSA tidak dapat dikeluarkan. Sehinggalah SD1 memujuk Plaintif untuk mengeluarkan pindaan bahagian anjakan kiri, barulah kelulusan MBSA dikeluarkan. [63] Walaupun kebenaran MBSA tersebut tidak termasuk anjakan kiri, akhirnya apabila kerja disambung oleh kontraktor lain, Plaintif masih berdegil dengan meneruskan ubahsuai melibatkan anjakan sebelah kiri dan akibatnya CCC tidak dapat dikeluarkan. Ini tidak dipertikaikan oleh Plaintif. PLAINTIF MENAMATKAN KONTRAK SECARA SALAH/UNILATERAL. [64] Dalam Pemeriksaan Utama SP1, beliau sahkan surat Peguam dihantar kepada Plaintif bagi tujuan menamatkan “Kontrak Tersebut” berkuatkuasa 2/9/2021. Pemeriksaan Balas SD1 S : Rujuk muka surat 1, Bundle C. Pada tarikh lepas En Tan ada maklumkan kepada Mahkamah, selepas 12.5.2021 tiada apa-apa tindakan ataupun makluman telah dilakukan untuk pengubahsuaian rumah tersebut. Soalan saya, setuju dengan saya Plaintif berhak untuk menamatkan kontrak pengubahsuaian rumahnya kerana En Tan yang sengaja tidak hadir sejak 12.5.2021 untuk meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian? J : Tidak setuju S : En Tan hanya pergi ke sana iaitu tapak pengubahsuaian rumah Plaintif sekitar bulan September 2021 untuk mengambil balik peralatan pengubahsuaian yang ditinggalkan oleh kakitangan En Tan, setuju? J : Tidak setuju [65] Keterangan ini menunjukkan bahawa Plaintif telah bertindak dengan mengambil keputusan sendiri/sebelah pihak apabila beranggapan Defendan sengaji tidak hadir ke tapak untuk meneruskan kerja selepas 12/5/2021 padahal Plaintif sendiri tahu PKP berakhir pada June dan Plaintif sendiri setuju lanjutan masa disebabkan PKP. [66] Dalam masa yang sama, Plaintif gagal menafikan keterangan Defendan bahawa mereka ada ke tapak selepas PKP tamat. Adakah Plaintif ada rekod menunjukkan Defendan tidak hadir? Defendan sendiri juga sahkan kehadiran mereka di rumah tersebut tidak pernah direkodkan atau ada log masuk/keluar. Adalah munasabah untuk Defendan selalu ke tapak kerja memandangkan Plaintif sendiri akui progress kerja Defendan adalah seperti berikut: Pemeriksaan Balas SP1 S : Cik Ang, berapakah peratus kerja yang ditinggalkan semasa Plaintif dan Cik Ang tamatkan contract dengan Defendan agak-agak? J : less than 50% J : Rujuk muka surat 44 dengan 140, Bundle B1. Dalam masa bulan Januari 2021 kerja-kerja pengubahsuaian sudah sampai tahap exterior bukan sahaja interior [67] Mahkamah merujuk silang kepada keterangan SD1 pula sebegaimana berikut: Pemeriksaan Utama SD1 J : Saya menafikan dakwaan-dakwaan ini kerana apabila tamatnya MCO saya masuk balik ke tapak pembinaan untuk meneruskan kerja-kerja saya tetapi pada masa itu kita telah disekat untuk memasuki premis tersebut dari mula sampai waktu kita masuk kita tidak pernah ada niat untuk memasuki dan memberhentikan kerja-kerja tersebut Pemeriksaan Balas SD1 S : Boleh beritahu Mahkamah selepas 15.6.2021 sehingga bulan September 2021 apa yang pihak Defendan buat? J : Kami telah memasuki premises untuk meneruskan kerja-kerja kami tanpa berhenti tetapi kami terima notis daripada Plaintif kami tidak membenarkan memasuki premises tersebut. Seterusnya kami menerima surat sebelum kami memasuki tersebut Plaintif telah tamatkan perkhidmatan kami. S : Masuk premis itu bila? J : Masuk premis selepas MCO, pada S : Tidak ingat? J : Ada kita ada perbualan tersebut Pemeriksaan Semula SD1 S : Peguam Plaintif ada tanya En Tan ada tak dokumen yang kata joint inspection diperlukan dan En Tan kata tiada, boleh tak En Tan jelaskan? J : Apabila Plaintif mahu terminate kita sepatutnya dia perlu memanggil kami kenapa dia perlu untuk terminate kami selepas itu sewaktu untuk termination kita perlu dapatkan sasaran antara 2 party untuk pergi ke tapak untuk menyelesaikan segala masalah tapi joint inspection tidak ada bagaimana kita nak buat untuk handover walaupun tiada dokumen untuk mengatakan bahawa joint inspection diperlukan tetapi apabila kita perlu memulangkan premises pada owner kita memerlukan antara dua pihak berada di premises tersebut untuk melakukan pemeriksaan bersama. Pada waktu itu sepatutnya dua-dua pihak akan agree baru kita boleh mendapatkan tindakan yang seterusnya tetapi ini adalah pandangan satu arah dan kami tidak tahu apa-apa sehingga kami terima surat daripada lawyer. [68] Mahkamah bersetuju bahawa daripada keterangan dan bukti yang ada, Plaintif tidak pernah memberikan notis atu membuat aduan kepada Defendan berhubung ketidakpuasan hati mereka. Secara tiba-tiba, Plaintif bertindak menghantar surat peguam dan menghalang Defendan dari masuk ke rumah tersebut. Ini sudah tentu menghalang Defendan dari membuat tindakan sepatutnya. [69] Sehingga kontrak ditamatkan secara sebelah pihak (unilateral), tiada keterangan menunjukkan bahawa Defendan dengan sengaja dan tidak ingin/tidak berhasrat lagi untuk meneruskan kerja bahkan sebaliknya hadir ke rumah tersebut. Apa lagi tujuan defendan hadir jika tidak ingin meneruskan kerja-kerja? [70] Mahkamah merujuk kepada satu kes berhubung isu ini. EVERGREEN CORPORATE SDN BHD v. EXPORT-IMPORT BANK OF MALAYSIA BERHAD, HIGH COURT MALAYA, KUALA LUMPUR [2023] CLJU 2620 [32] Evergreen submitted that there was no written or oral notice given by EXIM to Evergreen giving a new deadline before the unilateral termination of the contract by EXIM. No notice or communication was given to Evergreen informing about a new date or warning of Evergreen's failure to comply with the conditions precedent. [73] Here, Clause 6.4 does not restrict Evergreen from enforcing its rights in court. It is only a clause that preserves EXIM's rights to terminate the Facility or suspend the availability of any utilisation or issuance pursuant to the Facility when conditions precedent are not fulfilled. This relates to an operational element of the facility, not the right to enforce rights in court and was a term which the parties have contracted for. [71] Berbeza dengan kes di atas, Sebut Harga/“Kontrak Tersebut” dalam kes sekarang tidak memperuntukkan terma hak penamatan secara satu pihak (right to unilateral termination). [72] Praktis asas dalam bidang pembinaan adalah jika terdapat niat untuk menamatkan kontrak, satu pemeriksaan bersama seharusnya digunapakai. Walaupun ini bukanlah ditetapkan secara khusus dan jika dilihat dari “Kontrak Tersebut” tiada peruntukan bagi klausa pemeriksaan bersama, bagaimana pihak-pihak boleh buktikan kerugian mereka jika ada dan jumlah yang dituntut adalah betul, adil dan sepatutnya? [73] Dalam kes VILLAGE GROVE CONDOMINIUM MANAGEMENT CORPORATION v. YUNCO ENTERPRISE SDN BHD [2021] CLJU 48 diputuskan: [94] It was the contention of the Defendant as well that the SO should have carried out a joint inspection after receiving the complaints on the alleged defects and before issuing the instructions but unfortunately this argument is unfavourable to the Defendant because firstly it was not required under Clause 23 of the Conditions of Contract and secondly it was not even pleaded by the Defendant in its Amended Defence and Counterclaim. This argument by the Defendant for joint inspection is an afterthought. [74] Mahkamah merujuk kepada Pembelaan Defendan di perenggan 27. Perkara ini telah diplidkan awal dan secara sepsifik oleh Defendan. Oleh itu, ia bukanlah satu pemikiran semula (afterthought) walaupun terma tersebut tiada dalam “Kontrak Tersebut”. Jika diteliti “Kontrak Tersebut”, terma-terma yang dinyatakan sangat umum dan terbuka kepada tafsiran bersandarkan kepada niat dan perbuatan (conduct) kedua-dua pihak. [75] Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah menamatkan “Kontrak Tersebut” secara unilateral dan tanpa notis kepada Defendan. Tiada sebab dan peluang diberikan. Ini besar kemungkinan adalah disebabkan masalah komunikasi antara kedua-dua pihak yang dikatakan bermasalah tetapi secara professional, ia tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi Plaintif membawa perkara ini kepada satu perbincangan secara damai. PLAINTIF TELAH GAGAL MEMBUKTIKAN TUNTUTANNYA [76] Mahkamah merujuk kepada Ikatan F (Lampiran 10) iaitu isu-isu untuk dibicarakan. Daripada isu yang dinyatakan, Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan Defendan adalah pihak yang telah gagal mematuhi kontrak dan telah mungkir kontrak pengubahsuaian tersebut. [77] Kontrak pengubahsuaian tersebut telah ditamatkan oleh Plaintif secara salah. Tindakan Plaintif yang mengambil keputusan secara sendiri dan satu pihak (unilateral) adalah satu tindakan uang tidak wajar dan tidak dapat dijelaskan. [78] Beban pembuktian atas imbangan kebarangkali terletak atas bahu Plaintif yang mendakwa Plaintif secara terang-terangan (expressly) menyatakan hasrat untuk tamatkan kerja tetapi ia gagal dibuktikan. [79] Plaintif sendiri maklum bahawa tempoh 3 bulan adalah sasaran sahaja dan Plaintif akur terdapat faktor-faktor lain menyebabkan kelewatan seperti MCO, perubahan pelan oleh Plaintif, keengganan jiran memberi kebenaran dan pengendalian pemasangan kabel optic yang bukan dibawah bidangkuasa Defendan. [80] Peruntukan undang-undang mengenai beban pembuktian sebagaimana dalam seksyen-sekyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 dan kes MIE-AFA Corporation Sdn. Bhd. v. Razali Mohd Sham & Anor [2023] CLJU 1267; [2023] 1 LNS 1267, Mahkamah menerangkan mengenai beban pembuktian terletak sepanjang masa dengan pihak yang ingin Mahkamah mempercayai fakta kesnya dan Mahkamah Persekutuan dalam kes Keruntum Sdn Bhd v. The Director of Forests and Ors [2017] 4 CLJ 676 memutuskan - "[78] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof lies, has discharged it, then the evidential burden shifts to the other party." ADAKAH TERDAPAT KECACATAN DALAM KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN OLEH DEFENDAN SEMASA KONTRAK DITAMATKAN? [81] Plaintif dalam perenggan 11 Penyataan Tuntutan mereka mendakwa setelah pemeriksaan dijalankan, terdapat kerja-kerja ubahsuai yang belum siap, tidak disiapkan dengan betul, skop kerja yang tidak lengkap dan sempurna termasuk kecacatan (defect). Perenggan 14 Penyataan Tuntutan adalah butir-butir kecacatan dan perenggan 15 adalah nilai kerja yang telah dibuat oleh Plaintif untuk melantikl kontraktor lain membaik pulih dan menyiapkan kerja-kerja ubahsuai. [82] Dalam keterangan di Mahkamah terbuka, tiada saksi lain dipanggil memberi keterangan bagi pihak Plaintif kecuali Plaintif dan anak Plaintif iaitu SP1. Tiada apa-apa laporan dirujuk semasa memberi keterangan kecuali gambar dan video yang didakwa kecacatan kerja-kerja pembinaan. [83] Tuntutan Plaintif juga Mahkamah dapati adalah pra-matang. Ini kerana, kata putus bahawa projek ditamatkan dating dari sebelah pihak iaitu Plaintif sendiri. Sepanjang masa kerja berjalan, terdapat berbagai perbincangan dan Mahkamah setuju Plaintif banyak kali dilihat mengubah pendirian walaupun atas isu kecil seperti pindtu sliding, tiles dan sebagainya. Pada ketika itu, pihak-pihak dilihat boleh berbincang dan bertolak ansur banyak perkara. Ini dapat dilihat dari perbualan Whatsapp kedua-dua pihak. Kenapa apabila timbul isu kecacatan atau ketidakpuasan (jika ada), tiada apa-apa perbincangan atau notis dibuat. Tiada apa-apa bukti dikemukakan di Mahkamah berhubung aduan Plaintif. [84] Sebagaimana diulas di atas, Plaintif memberi surat penamatan secara unilateral (di mana Plaintif gagal membuktikan bahawa itu adalah permintaan atau kehendak Defendan sendiri) tanpa memberi peluang kepada Defendan. [85] Defendan pada setiap masa ingin meneruskan kerja dan telah dating ke rumah tersebut untuk menyiapkan kerja sepatutnya. Defendan telah dihalang oleh Plaintif untuk masuk ke rumah tersebut dan tidak berjaya lepas masuk dan arahan untuk menghalang Defendan masuk adalah dibuat dipondok pengawal sahaja. Paling tidak, Defendan dibenarkan masuk untuk mengambil alatan atau barang milik Defendan atau Plaintif seharusnya menunjukkan ketidakpuasan berhubung kerja-kerja yang dilakukan dengan merujuk kepada keadaan ubahsuai/kerja itu sendiri. [86] Plaintif sendiri akui kerja-kerja pengubahsuaian belum siap dan adalah pra matang untuk Plaintif mendakwa kecacatan (defect) kerja-kerja pengubahsuaian oleh Defendan. Keterangan SP1 sebagaimana di bawah: Pemeriksaan Balas SP1 S: Saya katakan gambar-gambar dan video-video yang diambil oleh cik Ang tersebut diambil selepas contract ditamatkan, setuju atau tidak? J: Setuju S: Saya katakan gambar-gambar dan video-video tersebut diambil oleh cik Ang selepas contractor baru mula masuk ke tapak pengubahsuaian, setuju atau tidak? J: Tidak bersetuju S: Saya katakan memandangkan pengubahsuaian belum disiapkan pada masa itu, jadi keadaan rumah tidak boleh disamakan dengan rumah yang telah disiap diubahsuai, setuju atau tidak? J: Setuju S: Saya katakan Cik Ang tidak pernah memberitahu Defendan tentang isu defek sebelum Cik Ang dan Plaintif menghalang Defendan dan pekerja-pekerja contractor daripada meneruskan kerja-kerja, setuju atau tidak? J : Setuju S : Saya katakan Cik Ang tidak memberi peluang kepada Defendan untuk rectify defek-defek yang didakwanya wujud, setuju atau tidak? J : Tidak bersetuju [87] Plaintif gagal membuktikan keterangan SP1 bahawa Plaintif ada memberi peluang kepada Defendan untuk membetulkan kecacatan yang didakwa wujud tersebut. SP1 sendiri sahkan tiada pemeriksaan bersama dengan pihak Defendan di tapak dijalankan. [88] Mahkamah bersetuju dengan Defendan bahawa bagi kerja-kerja ini, ia dikira belum siap dan dimuktamadkan. Dalam keadaan baias, jika kerja-kerja telah siap, aka nada tempoh kecacatan (liability period) yang mana ia adalah menjadi tanggungjawab Defendan untuk membetulkan dan Plaintif berhak membuat apa jua aduan. Dalam keadaan ini, kerja belum siap. Bagaimana Plaintif sendiri tentukan itu ssuatu kecacatan dan tidak mengikut skop kerja atau progress bayaran? Adakah ia semata-mata kepada keingian Plaintif sebagai tuan rumah untuk mengikut citarasa dan kehendak sendiri tanpa mengambilkira kerja-kerja sepatutnya dilakukan Defendan? [89] Dalam masa yang sama, adakah Plaintif layak untuk menentukan kadar kesiapan kerja atau nilai kerja/nilai kecacatan kerja? Adakah Plaintif pakar dalam bidang ini? [90] Mahkamah merujuk kepada keterangan SP1 yang Panjang lebar berhubung kes ini. Yang menuntut adalah Plaintif (SP2) iaitu ibu kepada SP1. Walaupun begitu, sebarang urusan diatur/diuruskan oleh SP1. Oleh itu, keterangan SP2 tidak banyak membantu. [91] Kecacatan yang dikatakan wujud tidak disokong oleh keterangan lain selain dari anak Plaintif (SP1) yang bukan pakar dalam bidang tersebut. Plaintif gagal memanggil sekurang-kurangnya kontraktor baru yang dilantik untuk menjelaskan kenyataan ini. Mahkamah merujuk keterangan SP1 sebagaimana berikut: Pemeriksaan Balas SP1 S : Saya katakan tidak join inspection di antara Cik Ang, Plaintif, Defendan dan contractor baru sebelum contract ditamatkan, setuju atau tidak? J : Setuju S : Saya katakan bahawa dakwaan Cik Ang bahawa terdapatnya defek hanya dakwaan unilateral Cik Ang tanpa pengesahan, setuju atau tidak? J : Tidak bersetuju S : Cik Ang mengenai video-video tadi, iaitu dari muka surat 100 sehingga 102, ikatan B2 dalam video itu nampak ada orang ketuk-ketuk mozek itu, betul atau tidak? J : Ya. S : Siapakah orang yang ketuk mozek itu? J : Plaintif S : Adakah Cik Ang seorang pakar pengubahsuaian? J : Soalan tadi S : Tadi sudah jawab kan, Plaintif yang buat ketukkan J : Ada dua orang. S : Siapa seorang lagi? J : Contractor S : Maksud Cik Ang contractor yang baru? J : Betul S : Cik Ang anda seorang akauntan betul atau tidak? J : Betul S : Jadi, Cik Ang bukanlah seorang pakar pengubahsuaian, betul atau tidak? J : Betul S : Plaintif juga bukan seorang pakar pengubahsuaian? J : Betul [92] Jelas bahaa ini adalah keterangan mengikut kehendak dan spesifikasi Plaintif sendiri sedangkan Plaintif atau anaknya (SP1) bukanlah pakar dalam menentukan tahap kesiapan, nilai kerja, kecacatan, hal-hal teknikal dalam pembinaan dan sebagainya. [93] Tiada saksi pakar seperti Jurutera atau arkitek ataupun Penilai (Quantity Surveyor) dipanggil samada oleh Plaintif atau Defendan (beban pembuktian atas bahu Plaintif). Lebih menarik, kontraktor baru yang dilantik juga tidak dipanggil untuk mengesahkan kerja-kerja yang dijalankan bagi pembaikan. [94] Begitu juga dengan pembuat/pengeluar invois, sebut harga, sales order, cash sales, Bill Tunai, Tax Invoices dan lain-lain dokumen yang dirujuk oleh Plaintif dalam membuktikan kuantum gantirugi yang dituntut. Mereka tidak dipanggil untuk mengesahkan perkara ini. Adakah ia hanya semata-mata Sebut harga? Adakah Plaintif ada membuat bayaran dan pihak sana ada menerima bayaran? [95] Mahkamah mengambil satu contoh mudah. Dokumen Sebut Harga (Quotation) di mukasurat 16 Ikatan Dokumen Bersama I. Ia ditujukan kepada Sim Yee Chua. Siapakah dan apakah kaitan penama dengan tuntutan ini? Tiada mana-mana saksi diminta hadir memberi penerangan berhubung isu ini. [96] Ini adalah penting kerana beban membuktikan tuntutan terletak pada bahu Plaintif. Mahkamah merujuk kepada kes SWISS PLANNER SDN BHD v. PLUSH DOLLAR (M) SDN BHD & ANOR [2022] CLJU 783 yang mana diputuskan seperti berikut: [28] It is elementary that the burden of proving damages or the loss claimed lies with the appellant (see Guan Soon Tin Mining Company v. Wong Fook Kum [1968] CLJU 43; [1968] 1 LNS 43; [1969] 1 MLJ 99; Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1995] 1 CLJ 15; Popular Industries Limited v. Eastern Garment Manufacturing Sdn Bhd [1990] 2 CLJ Rep 635; [1990] 1 CLJ 133; [1989] 3 MLJ 360). [29] It must also be borne in mind that it is trite law that in event the appellant failed to adduce sufficient evidence to sustain the appellant's case on the appropriate quantum, the appellant ought to be awarded nominal damages." [97] Tiada Jururunding Bersama/Pemeriksaan Bersama (joint inspection) atau pengesahan pihak ketiga dilantik bagi menentukan jika sekiranya ada kecacatan atau peratus kegagalan penyiapan kerja oleh Defendan. Ia juga satu tindakan tidak adil terhadap Defendan apabila dinafikan hak untuk membuat penjelasan atau paling tidak dimaklumkan apakah aduan dan ketidakpuasan Plaintif. [98] Mahkamah membuat dapatan bahawa tuntutan Plaintif tidak dibuktikan. Mahkamah juga merujuk kepada kes RAJA LOB SHARUDDIN RAJA AHMAD TERZALI & ORS v. SRI SELTRA SDN BHD, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2008] 2 CLJ 284 yang mana telah diputuskan: