Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO.: WA-23NCvC-114-12/2021 ANTARA TAN SRI DATO’ KAM WOON WAH (No. K/P: 291129-10-5173) … PLAINTIF
WA-23NCvC-114-12/2021
High Court of Malaysia8 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kandung dalam dokumen yang dibuat semasa prosiding kehakiman adalah absolute privilege. [32] Mahkamah Rayuan dalam kes S. Ashok Kandiah & Anor. v. Dato’ Yalumallai @ Ramalingam s/o Muthusamy & Anor. [2010] MLJU 2218 at pp 470 - 472 memutuskan bahawa dalam pembelaan absolute privilege yang tanpa keraguan dikaitkan denga”
“ument via eFILING portal 8 dalam melindungi kepentingan anak guaman dalam pentadbiran keadilan. [14] Mahkamah Tinggi dalam kes Chan Tse Yuen & Co (suing as a firm) v. Yap Chin Gaik, Elaine & 2 Ors. [2017] MLJU 1459 memutuskan seperti berikut: “[101] It is a case which examines the juridical basis for absolute privilege”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO.: WA-23NCvC-114-12/2021 ANTARA TAN SRI DATO’ KAM WOON WAH (No. K/P: 291129-10-5173) … PLAINTIF
1
HANNAH KAM ZHEN YI (No. K/P: 911130-14-5118)
2
MESSRS. THOMAS PHILIP, ADVOCATES AND SOLICITORS (disaman sebagai sebuah firma) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Encl. 26: Permohonan Untuk Membatalkan Pernyataan Tuntutan) [1] Ini adalah Permohonan oleh Defendan 2 (Messrs. Thomas Philip, Advocates and Solicitors) di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) atau (b) atau (c) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk perintah-perintah seperti berikut: 09/05/2025 16:52:51 WA-23NCvC-114-12/2021 Kand. 264 a) bahawa Writ bertarikh 28.12.2021 (Encl. 1) dan Pernyataan Tuntutan 28.12.2021 (Encl. 2) dan tindakan ini dibatalkan terhadap Defendan 2; b) bahawa semua prosiding di sini digantung sementara menunggu penyelesaian dan keputusan Permohonan ini; c) bahawa kos Permohonan ini dan kos tindakan ini ditanggung oleh Plaintif dan dibayar kepada Defendan 2; d) relif lain dan/atau selanjutnya yang Mahkamah ini anggap wajar dan suai-manfaat dalam semua keadaan. [2] Alasan-alasan Permohonan adalah seperti berikut:
i
Tidak adanya apa-apa kelakuan atau perbuatan ‘fitnah’ (defamatory) oleh Defendan 2 secara langsung atau sama sekali;
II
(ii) Tidak adanya apa-apa terbitan (publication) atau sama sekali;
III
(iii) Surat 9.12.2021 (Encl. 27 ms 56 – 58) dari Tetuan Thomas Philip, Peguamcara dan Peguambela dihantar kepada Peguam Plaintif Tetuan Y.C. Wong dalam keadaan perlindungan muktamad (absolute privilege);
IV
(iv) Tambahan dan/atau secara alternatif, perkataan-perkataan yang dikatakan memfitnah (yang dinafikan), dibuat dalam keadaan perlindungan bersyarat (qualified privilege);
v
Peguam dari Tetuan Y.C. Wong yang dikatakan membaca perkataan-perkataan yang dikatakan fitnah dalam surat tersebut, melakukan sebegitu dalam urusan biasa firma tersebut maka terdapat perlindungan bersyarat lanjutan (ancillary qualified privilege);
VI
(vi) Memandangkan tidak adanya kesan (no effect) daripada perkataan-perkataan yang dikatakan fitnah tersebut (yang dinafikan) dan terbitan terhad (yang dinafikan), dan/atau tidak adanya apa-apa ‘kecederaan’ (damage), tindakan ini tidak harus dibiarkan diteruskan ke satu perbicaraan penuh atau sama sekali;
VII
(vii) Estopel adalah terpakai; dan
VIII
(viii) Tuntutan ini tidak mendedahkan satu kausa tindakan terhadap Defendan 2 dan tuntutan Plaintif ini dan tindakan ini adalah mengaibkan, remeh, menyusahkan dan/atau satu penyalahgunaan proses Mahkamah. [3] Alasan-alasan yang dinyatakan di atas dan yang selanjutnya adalah seperti yang dinyatakan dalam Afidavit Sokongan Defendan 2 Tan Jee Tjun (rakan kongsi Tetuan Thomas Philip) yang difailkan di Encl. pada 25.3.2022 untuk menyokong Permohonan ini. [4] Kertas kausa yang difailkan berkaitan Encl. 26 adalah seperti berikut: a) Afidavit Sokongan Defendan 2 (Encl. 27); b) Hujahan Bertulis dan Ikatan Autoriti Defendan 2 (Encl. 53, 54, 55, 61 dan 62); dan c) Hujahan Bertulis dan Ikatan Autoriti Plaintif (Encl. 56, 57 dan 63). Fakta Ringkas [5] Tan Sri Dato' Kam Woon Wah adalah Plaintif dalam kes ini dan adalah seorang Peguam tetapi tidak aktif menjalankan amalan guaman. Plaintif adalah seorang ahli perniagaan. Manakala Defendan 1, Hannah Kam Zhen Yi adalah cucu kepada Plaintif. Defendan 2 adalah sebuah firma guaman yang mewakili Defendan 1 dalam satu kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman Sivil No. WA-22NCvC-140- 03/2018 (“Kes 140”). [6] Butiran Kes 140 adalah seperti berikut:
a
Kes 140 adalah kes yang difailkan oleh Plaintif terhadap Defendan 1 dan Ong Yue Guan pada 21.3.2018.
b
Prosiding dalam Kes 140 telah selesai dan keputusan diberikan pada 26.5.2023 terhadap Plaintif.
c
Peguam mewakili Plaintif adalah Tetuan Y.C. Wong.
d
Kes 140 dan tuntutan fitnah difailkan pada 28.12.2021 adalah berasingan dan tersendiri (separate and distinct).
e
Tuntutan Plaintif berbangkit dari surat yang dikeluarkan oleh Defendan 2 bertarikh 9.12.2021 (Encl. 27 p. 56 – 62 di m.s. 57 para 6) berkaitan Kes 140. [7]
Preamble
Mengikut Defendan 2, Prayer (b) adalah tidak diperlukan setakat ini memandangkan Mahkamah ini telahpun mendengar Permohonan dalam Encl. 26. Ketiga-tiga Permohonan di Encl. 29 (Plaintiff’s application to expunge 1st Defendant’s affidavit in Encl. 24), Encl. 25 (1st Defendant’s application to strike out) dan Encl. 26 (2nd Defendant’s application to strike out) telah didengar bersama. Alasan Keputusan ketiga-tiga Pemohonan ini dikeluarkan secara berasingan. Hujahan Defendan 2 [8] Defendan 2 menghujahkan bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang sah terhadapa Defendan 2 dan/atau adalah bersifat mengaibkan, remeh dan/atau menyusahkan (scandalous, frivolous and/or vexatious) dan/atau adalah satu penyalahgunaan proses. [9] Dalam semua keadaan, walaupun Plaintif dapat memenuhi 3 elemen bahawa perkataan yang diadukan adalah fitnah, merujuk kepada Plaintif dan diterbitkan, hujah Defendan 2 adalah bahawa tuntutan Plaintif tidak boleh dipertahankan dan satu perbicaraan penuh adalah tidak perlu dan akan menjadi sia-sia sahaja kerana pembelaan absolute privilege, qualified privilege dan terbitan yang ditegaskan itu tidak ada kesan. Issue 1: Tidak adanya apa-apa kelakuan atau perbuatan fitnah oleh Defendan 2 langsung atau sama sekali [10] Defendan 2 sebagai firma guaman bukanlah satu entiti undang-undang atau satu “person” dan oleh itu tidak boleh melakukan sebarang fitnah. Defendan 2 bertindak atas arahan Defendan 1 apabila mengeluarkan surat tersebut dengan Defendan 1 dalam Kes 140 tersebut. Isu 2: Tiada Penerbitan [11] Tetuan Y.C. Wong adalah Peguam bagi pihak Plaintif dan menerima surat bagi pihak Plaintif. Begitu juga Defendan 2 adalah Peguam bagi Defendan
1
Adalah mengaibkan, remeh dan menyusahkan untuk mengatakan bahawa menulis kepada Peguamcara dalam prosiding Mahkamah atas satu isu undang-undang adalah satu penerbitan, Defendan 2 berhujah bahawa ini adalah komunikasi antara Plaintif dan Defendan 1 melalui Peguam masing-masing. Isu 3: Perkataan yang diadukan tersebut bukan memfitnah atau ‘defamatory’ [12] Dalam mengkaji perkataan-perkataan yang diadukan ia tidak memfitnah langsung atau sama sekali. Isi kandungan surat (Encl. 27) dan perkataan yang digunakan pada keseluruhannya adalah munasabah, sesuai dan/atau wajar digunakan dalam membangkitkan dan/atau menjelaskan isu yang berbangkit dalam Kes 140. Isu 4: Absolute Privilege [13] Absolute privilege adalah terpakai dalam keadaan yang merangkumi surat-menyurat Peguamcara yang telah ditulis dalam pengurusan satu prosiding Mahkamah bagi pihak anakguaman. Peguamcara telah bertindak untuk pihak kepada prosiding di Mahkamah dalam melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan serta dalam melindungi kepentingan anak guaman dalam pentadbiran keadilan. [14] Mahkamah Tinggi dalam kes Chan Tse Yuen & Co (suing as a firm) v. Yap Chin Gaik, Elaine & 2 Ors. [2017] MLJU 1459 memutuskan seperti berikut: “[101] It is a case which examines the juridical basis for absolute privilege and its necessary conceptual boundaries. It is therefore relevant in the present context to refer the following erudite passages from the judgment of Geoffrey Ma JA (as he then was) (presently Chief Justice of the Hong Kong Court of Final Appeal) where he said: [26] As the defence of absolute privilege in judicial proceedings, which is relevant in the present case, the public interest consists of the administration of justice. As Brett LJ said in Munster v. Lamb (1883) 11 QBD 588 at 604, “the rule of law is that what is said in the course of the administration of justice”. [31] In my view, solicitors’ correspondence (such as the letter) made in the course of legal proceedings, advance the administration of justice and are thus absolutely privileged. Such solicitors’ correspondence are also ‘practically necessary’ for the same reason. [113] There is no purpose in going for trial, when the facts/event in support of the defence of absolute privilege are undisputed.” [15] Surat yang dikatakan mengandungi perkataan-perkataan fitnah jelas dikeluarkan sebagai komunikasi pihak-pihak litigasi di Mahkamah dan untuk memajukan kedudukan pihak kepada tindakan Mahkamah iaitu Defendan 1. Isu 5: Qualified Privilege [16] Kedua-dua anak guaman Defendan 2 dan Tetuan Y.C. Wong mempunyai kepentingan dan/atau kewajipan yang sama dalam prosiding Mahkamah dalam Kes 140. Dalam hubungan surat-menyurat sesuatu guaman, ia adalah tanggungjawab/kewajipan untuk Tetuan Y.C. Wong mendapatkan arahan dan untuk membalas dan ia adalah isu untuk diselesaikan di dalam tindakan tersebut dan bukan dalam satu tindakan fitnah. Surat tersebut dikeluarkan dalan urusan biasa perniagaan dengan niat baik dalam pentadbiran keadilan. Isu 6: Penerbitan yang dikatakan tidak ada kesan [17] Plaintif tidak mengalami apa-apa mudarat (harm) atau kerosakan (damage) daripada perkataan-perkataan tersebut. Surat yang dikeluarkan adalah semata-mata satu hubungan pihak-pihak kepada guaman undang-undang dalam proses undang-undang dan Mahkamah. Hujahan Plaintif (yang difailkan dalam Bahasa Inggeris) [18] The Plaintiff submits that this is not a case where the Statement of Case (Encl. 2) is plainly and obviously unsustainable. The Plaintiff has fulfilled the 3 elements as follows:
a
A statement bearing defamatory imputations;
b
The statement identifies him or reflects upon his reputation; and
c
The statement was published to a third person or third persons by the Defendant. [19] In the case of Bandar Builder Sdn. Bhd. v. United Malayan Banking Corporation Bhd. [1993] 3 MLJ 36 at p. 43, the Supreme Court decided as follows: “It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it obviously unsustainable. It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence.” [20] The High Court in the case of Dato’ Seri Tiong King Sing v. Datuk Justine Jinggut [2003] 6 MLJ 433 decided as follows: “It cannot be doubted that the court is empowered under O 18 r 19 of the RHC or its inherent jurisdiction to dismiss an action on the found that the pleadings disclosed no reasonable cause of action, but such jurisdiction ought to be sparingly exercised, and only in very exceptional cases..’’ [21] The letter was written and published in the course of a judicial proceedings, however the Plaintiff submits that the letter which had been falsely and maliciously written and published were not for the purposes of Suit 140 but to make scurrilous attacks on the Plaintiff and it is certainly not a plain and obvious case to strike out the Plaintiff’s case. [22] The Plaintiff referred to the case of Jamal Md. Yunos v. Teresa Kok Suh Sim [2021] 1 MLJ 438 where the Court of Appeal decided as follows: “[20] At this stage, the court is not concerned with the respective strengths and merits of the claims. If the pleadings disclose some cause of action or raise some questions which are fit to be decided by the judge, then the mere fact that the case is weak and not likely to succeed at the trial is no ground for the pleadings to be struck off ...’’ Undang-undang [23] Dalam satu kes berdasarkan fitnah, Plaintif mesti memenuhi 3 elemen undang-undang, jika gagal tuntutan ini tidak akan berjaya dan adalah wajar untuk kes ini dibatalkan iaitu:
a
perkataan yang diadukan adalah “defamatory”;
b
perkataan yang diadukan merujuk kepada Plaintif; dan
c
perkataan yang diadukan telah diterbitkan (published). [24] Dalam kes Allied Physics Sdn Bhd. v. Ketua Audit Negara (Malaysia) & Anor. [2016] 5 MLJ 113 Mahkamah telah membatalkan tuntutan fitnah atas pembelaan perlindungan muktamad yang terpakai kepada pencetakan surat seperti berikut: “[25] In the first place the burden of proof is on the plaintiff to show that:
i
the impugned words are defamatory;
II
(ii) the impugned words refer to the plaintiff; and
III
(iii) the impugned words were published.” [25] Mahkamah Tinggi dalam kes Chan Tse Yuen (supra) telah membatalkan tuntutan fitnah atas pembelaan perlindungan muktamad yang terpakai kepada pencetakan surat seperti berikut: “[106] Hence any which way that one looks at it or analyses it, the impugned letter in the present case is a document that is inherently related to or is ancillary and arising from the taxation OS and is accordingly protected by absolute privilege. [111] Here the claimant is a law firm. But, the law makes no distinction and applies equally to all. It is important to emphasize that the raison de-etre for the defence of absolute privilege is the public interest in the due and proper administration of justice. [112] Thus, regardless of the alleged merits of the plaintiff’s claim for defamation, if the situation or occasion is one which the law recognizes as being protected by absolute privilege, then the defence of absolute privilege would be denuded and emasculated if the plaintiff’s action for defamation is not struck out and dismissed summarily. The judgment of Ma JA in Roger Wong’s case, makes it clear that the defence of absolute privilege is, “as the name suggests, absolute privilege in nature. It will provide a complete answer to any claim for defamation even where the relevant remarks are completely untrue or made with malice”. Thus, it is the law that a claimant in a suit for defamation will be without a remedy if absolute privilege succeeds.” “Qualified privilege [116] I turn now to the defence of qualified privilege. [117] In the seminal case of S. Pakianathan v. Jenni Ibrahim [1988] 2 MLJ 173 SC at pages 173, 178 the then Supreme Court, per Wan Hamzah SCJ, adopted English propositions and held that qualified privilege includes communication made bona fide in which the party communicating has an interest, or a duty, if made to a person having a corresponding interest or duty although it contains matters which, without this privilege, would be defamatory. [119] … As solicitors for their client, they were under a duty to refer the matter to their client and elicit the appropriate response and repudiate the allegations made therein. [120] As such, it is my finding that the defendants have established that the impugned letter was written on an occasion of qualified privilege.” [26] Mahkamah Persekutuan dalam kes Chong Chieng Jen v. Govt. of Sarawak [2019] 1 CLJ 329 at pp 362 – 363 telah memutuskan seperti berikut: “[62] In an action for defamation, the first task of the court is to determine whether the words complained are of capable of bearing a defamatory meaning. This is a question of law which turns upon the construction of the words published. The next task of the court is to ascertain whether the words complained of are in fact defamatory. This is a question of fact which depends upon the circumstances of the particular case.” Analisa dan Dapatan [27] Intipati pemohonan ini adalah seperti surat yang dikeluarkan oleh Defendan 2 bertarikh 9.12.2021 (Encl. 27 p. 56 – 62 di m.s. para 6) berkaitan Kes 140 dan bahagian berkenaan dikemukakan di perenggan 4 (Encl. 2) seperti berikut: “4. Melalui satu surat bertarikh 9.12.2021 yang ditulis oleh defendan ke-2 bagi pihak Defendan Pertama dan ditujukan kepada Tetuan Y.C. Wong, Peguambela dan Peguamcara, Defendan Pertama secara palsu dan berniat jahat telah menulis dan menerbitkan berkenaan Plaintif perkataan-perkataan fitnah seperti yang berikut: “There are serious doubts as to your client’s mental capacity to litigate, affirm affidavits and to give instructions to your counsel and firm. In this regard our client was recently informed of the same by Tan Sri Muhammad Shafee bin Md. Abdullah and has obtained a statutory declaration from him deposing the same. A copy of the statutory declaration is enclosed herein as Annexure A for your attention. Based on the foregoing, we are instructed by our client to object to your counsel’s and your continued representation of Tan Sri Dato’ Kam Woon Wah.” [28] Perkara-perkara yang dinyatakan dalam surat bertarikh 9.12.2021 merupakan sebahagian daripada surat-menyurat (correspondence) dan ditujukan kepada Peguam Plaintif yang dikeluarkan sebagai respons kepada surat dari Tetuan Y.C. Wong yang bertarikh 1.12.2021 dan 8.12.2021 berkaitan dengan Kes 140 dalam prosiding Mahkamah. [29] Mahkamah berpendapat bahawa perkataan yang diadukan seperti dalam surat bertarikh 9.12.2021 (Encl. 27 ms. 56) adalah absolute privilege. Berdasarkan alasan ini sahaja, atas pembelaan absolute privilege, tuntutan Plaintif dalam Encl. 2 terhadap Defendan 2 hendaklah dibatalkan. [30] Perlindungan muktamad (absolute privilege) yang melindungi prosiding dalam atau di hadapan Mahkamah yang boleh dibahagikan kepada 3 kategori sepeti dihuraikan oleh Devlin LJ dalam kes Lincoln v. Daniels [1962] 1 QB 237 di m.s. 257: “How, then, is it contended that its proceedings are affected by the absolute privilege enjoyed by the Bench of an Inn? The absolute privilege which covers proceedings in or before a court of justice can be divided into three categories. The first category covers all matters that are done coram judice. This extends to everything that is said in the course of proceedings by judges, parties, counsel and witnesses, and includes the contents of documents put in as evidence. The second covers everything that is done from the inception of the proceedings onwards and extends to all pleadings and other documents brought into existence for the purpose of the proceedings and starting with the writ or other document which institutes the proceedings. The third category is the most difficult of the three to define. It is based on the authority of Watson v. M'Ewan,33 in which the House of Lords held that the privilege attaching to evidence which a witness gave coram judice extended to the precognition or proof of that evidence taken by a solicitor.” [31] Kini adalah undang-undang mantap bahawa pernyataan yang dibuat dalam masa prosiding kehakiman (dalam keadaan ini Kes 140) atau pernyataan yang terkandung dalam dokumen yang dibuat semasa prosiding kehakiman adalah absolute privilege. [32] Mahkamah Rayuan dalam kes S. Ashok Kandiah & Anor. v. Dato’ Yalumallai @ Ramalingam s/o Muthusamy & Anor. [2010] MLJU 2218 at pp 470 - 472 memutuskan bahawa dalam pembelaan absolute privilege yang tanpa keraguan dikaitkan dengan surat yang disangkal. [33] Adalah menjadi nas bahawa dalam mana-mana penerbitan sebagai norma prosiding mahkamah ini akan menarik konsep absolute privilege. (lihat kes Mahkamah Rayuan Hock Peng Realty Sdn. Bhd. v. Ting Sie Chung @ Ting Sieh Chung and another appeal [2018] 2 MLJ 51 at pp. 62 - 64.) [34] Berlandaskan surat bertarikh 9.12.2021 yang dikeluarkan oleh Defendan 2 atas arahan Defendan 1 berkenaan Kes 140, surat itu adalah absolute privilege:
a
surat bertarikh 9.12.2021 dikeluarkan dalam coram judice; dan
b
surat bertarikh 9.12.2021 dikeluarkan semasa prosiding kes untuk tujuan Kes 140. [35] Berdasarkan alasan di atas, dalam kes Chan Tse Yuen (supra) memutuskan bahawa qualified privilege termasuklah perhubungan yang dijalankan secara bona fide di mana pihak-pihak yang terlibat mempunyai tugas dan tanggungjawab, saya membuat dapatan bahawa surat bertarikh 9.12.2021 telah ditulis dalam keadaan qualified privilege seperti berikut:
a
surat bertarikh 9.12.2021 dikeluarkan dalam konteks perhubungan kedua-dua pihak dalam Kes 140;
b
perhubungan oleh Defendan 2 selaku Peguam Defendan 1 pada masa material dilakukan perhubungan bona fide dalam mana Defendan 1 mempunyai kepentingan dan tanggungjawab susulan penerimaan Akuan Berkanun (Statutory Declaration) dan membantah bagi perlindungan perlu kepentingan Defendan 1;
c
Plaintif diwakili oleh Tetuan Y.C. Wong dan Defendan 2 sebagai Peguam Defendan 1 dalam Kes 140 pada masa material terikat dengan Rule 42 of the Legal Profession (Practice & Etiquette) Rules 1978 melarang perhubungan langsung dengan Plantif kecuali dengan kebenaran jelas;
d
Tetuan Y.C. Wong sebagai Peguam Plaintif apabila menerima surat berkenaan mempunyai kepentingan dan tanggungjawab apabila menerima surat berkenaan dan tanggungjawab kepada Mahkamah khususnya dalam keadaan di mana wujud keraguan sama ada Plaintif mempunyai kemampuan mental untuk meneruskan litigasi dan memberi arahan;
e
Dalam keadaan sekeliling permohonan ini, Defendan 1 (melalui Defendan 2) mempunyai kepentingan dan kewajipan untuk berhubung berkenaan perkataan yang diadukan kepada Peguam Plaintif dalam Kes 140, yang mempunyai kepentingan undang-undang apabila dimaklumkan tentang Statutory Declaration; dan
f
perhubungan melalui surat 9.12.2021 tidak dilakukan dengan niat jahat tetapi menulis kepada Peguam Plaintif dalam Kes 140 selepas penerimaan Statutory Declaration. [36] Setelah mengambil kira Permohonan ini, saya membuat dapatan bahawa dengan tiada penerbitan yang lain oleh Defendan 1, surat berkenaan tidak sama sekali merosakkan reputasi Plaintif dan ia adalah satu penyalahan proses Mahkamah jika kes ini diteruskan dengan perbicaraan. [37] Hujahan Plaintif (para.16) bahawa adalah perlu di bawah undang-undang untuk perkara kes ini untuk diputuskan semasa perbicaraan haruslah ditolak. [38] Saya telah membaca hujahan bertulis dan otoriti yang difailkan dan telah memberi pertimbangan wajar sebelum satu keputusan dicapai.
para
[39] Permohonan di Encl. 26 di Prayer (a) adalah dibenarkan dengan kos sebanyak RM15,000.00 yang akan dibayar serta-merta oleh Plaintif kepada Defendan 2. Lanjutan itu, permohonan di Prayer
b
adalah ditolak. Postscript [40] Tarikh pengurusan kes pada 17.6.2025 dan tarikh perbicaraan Encl. 1 pada 30 dan 31 Mei 2026 adalah dilapangkan. Bertarikh: 8 Mei 2025 t.t. ………………………………………….. (EDDIE YEO SOON CHYE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur PEGUAM Peguamcara Plaintif Michael Chow (Derek Chong, Koh Chuan Zhan & Neoh Kai Sheng bersamanya) Tetuan Derek Chong Kuala Lumpur. Peguamcara Defendan 2 Low Chi Cheng Tetuan Low Al Jafri & Associates Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.