Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-7426-08/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN TAN YIN YIN [NO K/P: 050610-01-0704] ALASAN PENGHAKIMAN
WA-83-7426-08/2025
Magistrates Court of Malaysia14 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“berkelakuan baik dan boleh dihadapkan semula ke Mahkamah sekiranya syarat bon dilanggar untuk dijatuhkan hukuman dalam peruntukan asal. Hal ini diterangkan oleh ONG HOCK SIM FJ DALAM JAYANTHAN V. PP [1973] CLJU 56; [1973] 1 LNS 56 seperti berikut: "This section vests the Court before which a person is convicted with po”
“amah mempertimbangkan bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah terhadap OKT, Mahkamah telah dibimbing oleh satu kes iaitu PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] AMEJ 0782, di mana Mahkamah Rayuan telah menjelaskan situasi di mana terpakainya seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-7426-08/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN TAN YIN YIN [NO K/P: 050610-01-0704] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan daripada pihak pendakwaan terhadap hukuman yang berikan oleh Mahkamah ini pada 14.10.2025.
2
Tan Yin Yin (No K/P: 050610-01-0704) (selepas ini dirujuk sebagai “OKT”) telah dituduh pada 26.8.2025. OKT telah membuat pengakuan salah sejurus pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama seperti berikut: “Bahawa kamu pada 21.9.2024, jam lebih kurang 0307 hrs di Jalan Genting Klang dari arah Setapak menghala ke Pusat Bandar dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapati kamu sebagai pemandu kenderaan jenis motokar Volkswagen Beetle warna coklat no.pendaftaran W8260H telah memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hukuman: Denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.
3
Memandangkan OKT baru berusia 20 tahun ketika dituduh, Mahkamah telah mengarahkan laporan sosial disediakan sebelum hukuman diberikan dan tarikh jatuh hukum ditetapkan pada 14.10.2025.
4
Pada 14.10.2025, setelah mendengar laporan sosial yang dibacakan iaitu eksibit P11, hujahan mitigasi pembelaan, dan hujahan pemberatan pendakwaan, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik di Seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah selama 1 tahun dengan cagaran RM1500.00 dengan 1 penjamin berserta syarat-syarat tambahan:
1
OKT lapor diri pada setiap 1hb ke balai polis berdekatan kediaman;
2
OKT dikehendaki menghadiri sesi kaunseling yang diaturkan oleh kauseling mengikut keperluan;
3
Ibu bapa atau penjaga atau penjamin hendaklah pastikan OKT menyempurnakan bon berkelakuan dan syarat tambahan tanpa gagal; dan
4
Sekiranya OKT gagal dan melanggar pelaksanaan perintah dan syarat syarat tambahan, OKT boleh dihadapkan semula ke mahkamah dan dihukum mengikut peruntukan asal. wang jaminan dikembalikan.
5
FAKTA KES Pihak pendakwaan tidak mengemukakan fakta kes bertulis dan menyatakan fakta kes sepertimana pertuduhan.
6
Walaubagaimanapun, rakaman CCTV kejadian iaitu eksibit P10 telah dimainkan semasa prosiding pengemukaan eksibit. Mahkamah dapat melihat cara pemanduan OKT yang tidak cermat dengan memandu secara laju lalu belok ke kanan di persimpangan dan telah merempuh pembahagi jalan/divider lalu melanggar sebuah kereta no kenderaan WSH 9248 dan sebuah motosikal no kenderaan VLG5170.
7
PENGAKUAN SALAH OKT Mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan tersebut terjumlah kepada suatu kesalahan. Pada peringkat ini, Mahkamah sedar bahawa jika OKT mengaku salah secara bersyarat atau jika pengakuannya adalah tidak jelas dan meragukan, maka Mahkamah hendaklah menganggap pengakuan OKT sebagai pengakuan tidak bersalah dan meneruskan perbicaraan.
8
Mahkamah mendapati pengakuan salah OKT adalah teratur, tidak bersyarat dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Mahkamah berpuas hati bahawa OKT mengaku bersalah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah OKT diterima.
9
HUJAHAN MITIGASI HUKUMAN Pengakuan salah ini datang dari keinsafan OKT. Peguam mohon OKT dikenakan bon berkelakuan baik di bawah seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah. Peguam memohon agar Mahkamah merujuk kepada kes PP v Jafa Daud [1981] 1 MLJ 315.
10
Peguam menghujahkan OKT baru berusia 20 tahun, masih bujang, mempunyai niat untuk menyambung pelajaran. OKT juga menyesal dan tidak akan mengulangi kesalahan ini.
11
Selanjutnya, peguam menghujahkan kesalahan di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini bukan kesalahan yang serius. OKT bukanlah penjenayah tegar dan merupakan suatu kesilapan yang tidak disengajakan.
12
Seterusnya, peguam menghujahkan OKT wajar diberi peluang kedua dan OKT tidak pernah disabitkan dengan mana mana kesalahan.
13
Pegawai pendakwa mohon hukuman setimpal sebagai bentuk pengajaran.
14
Mahkamah mendapati OKT bersalah dan disabitkan sebagaimana pertuduhan dan dijatuhkan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik di bawah seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah selama 1 tahun dengan cagaran RM1500.00 dengan 1 penjamin berserta syarat-syarat tambahan (rujuk semula perenggan 4).
15
Sebelum Mahkamah mempertimbangkan bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah terhadap OKT, Mahkamah telah dibimbing oleh satu kes iaitu PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] AMEJ 0782, di mana Mahkamah Rayuan telah menjelaskan situasi di mana terpakainya seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah ini, seperti berikut: “[5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record; (e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. [6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court…”.
16
Mahkamah mendapati OKT telah mengaku salah pada kali pertama di hadapkan ke Mahkamah. Mahkamah berpendapat pengakuan salah pada peringkat awal wajar diberikan kredit peringanan hukuman.
17
Mahkamah turut mempercayai pengakuan salah OKT sebelum perbicaraan dimulakan mencerminkan penyesalan dan keinsafan OKT.
18
Di dalam kes SAU SOO KIM v. PP [1975] 2 MLJ 134, Yang Arif Hakim telah menyatakan “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time inconvenience of many, particularly the witnesses”.
19
Sharma J di dalam kes BADRI BIN ABBAS [1971] 1 MLJ 202 pada muka surat 202-203 menyatakan: “The object of punishment as has been so often said, is two-fold, first the prevention of offences and secondly the reformation of the offender. Punishment would become a greater evil if, instead of reforming the offender, it is likely to harden him by repeating the crime and thus causing possibly an irreparable injury not only to himself but also tending to defeat the object of punishment Section 173A, I think, is primarily aimed at dealing leniently with first offenders who are not guilty of offences which are not so serious by giving such person a chance of reformation which they would lose if they were sent to prison. A person convicted of an offence cannot, however, as of right claim the benefit of section 173A. The exercise of the power is entirely in the discretion of the court and can only be exercised according to the circumstances of each case. The legislature has very clearly enumerated that the age, character, antecedents of the offender, the circumstances in which the offence was committed, the physical, or mental condition of the offender, the trivial nature of the offence if it be so, or other extenuating circumstances under which the offence was committed should be taken into consideration while exercising the discretion under this section. An exercise of discretion under this section requires a considerable sense of responsibility and courts should not allow themselves to be misled into applying this section by any misplaced sense of leniency or sympathy. The public must not be led to suppose that any offender may commit any crime without any fear of punishment. If there are circumstances which indicate that the accused had succumbed to a sudden temptation, or the offence committed by him was committed only as a result of a sudden uncontrollable impulse, or it was the result of sheer thoughtlessness, it may afford some reason to exercise discretion under section 173A These are quite a few of the considerations which may be taken into account the list can never be exhaustive. There may be innumerable situations and circumstances depending on the facts of a particular case and it is upon those circumstances that the court should exercise its proper judgment”
20
Mahkamah telah mengarahkan untuk satu laporan sosial untuk disediakan Pejabat Kebajikan Masyarakat sebelum hukuman diberikan.
21
Laporan sosial bertarikh 8.10.2025 telah disediakan oleh Puan Azliana Binti Abad Jalil, Pegawai Perintah Khidmat Masyarakat, Pejabat Kebajikan Masyarakt Daerah Segamat. Pada tarikh jatuh hukum, laporan ini telah dibacakan kepada OKT dan diakui benar seterusnya ditandakan sebagai P11.
22
Berdasarkan laporan sosial P11, umur OKT semasa kejadian adalah 19 tahun 3 bulan 11 hari dan semasa jatuh hukum adalah 20 tahun 4 bulan 4 hari.
23
OKT teleh memenuhi tafsiran pesalah muda di bawah seksyen 2 Kanun Tatacara Jenayah ertinya seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang boleh dihukum denda atau penjara yang berumur lapan belas tahun atau lebih dan di bawah umur dua puluh satu tahun.
24
Laporan sosial P11 ini telah mengesyorkan agar OKT dikenakan bon berkelakuan baik selama 2 tahun dengan cagaran yang bersesuaian. Menurut perengan 7 laporan sosial tersebut, berdasarkan Teori Jean Piget, kemampuan kognitif yang rendah mendorong kepada kegagalan pertimbangan logical. Inilah yang dialami oleh OKT.
25
OKT di dalam kes ini merupakan seorang pesalah kali pertama dan tidak pernah mempunyai sabitan lampau bagi kesalahan lain. Pihak pendakwaan tidak mengemukakan apa-apa sabitan lampau.
26
Di daiam kes PP v. CHEW CHEE WAH [1995] 4 MLJ 26, Hakim Abdul Malik Ishak J mengatakan “A first offender should be dealt with by the imposition of a fine or by placing him under bond or probation, but he should be kept away from prison unless there are, in the public interest, strong reasons for ordering a term of imprisonment, such as the gravity of the offence itself and the manner in which it was committed”.
27
Apatah lagi OKT baru berusia 20 tahun dan mempunyai masa depan yang masih panjang. Mahkamah telah merujuk perenggan 6.9 laporan sosial P11 yang menyatakan OKT trauma untuk membawa kenderaan setelah kejadian. Sejak kejadian, OKT telah berhenti kerja dan tinggal dengan ibu kandung di Labis.
28
Mahkamah juga meneliti repot polis Trafik Kuala Lumpur/ 98443/23 eskibit P4 yang dibuat OKT yang menyatakan “semasa saya bergerak lurus saya tidak perasan ada batu pembahagi jalan. Saya cuba mengelak tetapi tidak sempat elak lalu saya melanggar batu tersebut dan airbag terus terbuka menyebabkan saya hilang kawalan”. Namun, ini adalah versi OKT semata-mata. C) SEKSYEN 43(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 BUKAN
29
Peruntukkan di bawah seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah adalah seperti berikut: “(1) When any youthful offender is convicted before any Criminal Court of any offence punishable by fine or imprisonment, the Court may, instead of awarding any term of imprisonment in default of payment of the fine or passing a sentence of imprisonment-
b
order the offender to be delivered to his parent or to his guardian or nearest adult relative or to such other person as the Court shall designate on such parent, guardian, relative or other person executing a bond with or without a surety or sureties, as the Court may require, that he will be responsible for the good behaviour of the offender for any period not exceeding twelve months or without requiring any person to enter into any bond make an order in respect of the offender ordering him to be of good behaviour for any period not exceeding two years and containing any directions to that offender in the nature of the conditions referred to in paragraphs 294A(a), (b) and (c) which the Court shall think fit to give”.
30
Hukuman di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan bukan satu kesalahan serius menurut peruntukkan di bawah seksyen 52A Kanun Keseksaan yang berbunyi seperti berikut: “The words "non-serious offence" denote an offence punishable with imprisonment for a term of not more than ten years”.
31
Dalam kes ini, Mahkamah amat menitikberatkan kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi OKT. Berhubung isu kepentingan awam, Mahkamah merujuk kepada kes PP V. GOVINDNAN CHINDEN NAIR [1998] 2 CLJ 370 Hakim Augustine Paul JC (as His Lordship then was) berkata: “In passing sentences public interest must necessarily be one of the prime considerations. A major element of public interest is that justice means justice not only to the accused but also to society. Accordingly, in passing sentence a court has to consider not only the offence and the offender but also the interest of society. Where a person is found to be a persistent offender then it is in the interests of justice that a deterrent sentence should be passed.”
32
Adakah faktor kepentingan awam terbela dengan pemberian bon di bawah seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah ini? Pada peringkat ini, adalah wajar untuk Mahkamah memetik petikan dari kes klasik REX V. KENNETH JOHN BALL 35 CR APP R 164 yang berbunyi seperi berikut: “The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living.”
33
Pemberian bon di bawah 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah ini bukanlah bermaksud OKT dilepaskan begitu sahaja tetapi OKT dikenakan suatu tempoh pemulihan beserta syarat-syarat ketat. Malah, mahkamah turut mengenakan cagaran RM1500.00 dengan 1 penjamin bagi menunjukkan keseriusan Mahkamah terhadap kesalahan OKT. Jika, OKT melanggar syarat dalam tempoh, maka OKT akan dihadapkan semula dan wang cagaran ini akan dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.
34
Bon kelakuan baik di bawah seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah bukanlah bermakna Tertuduh terlepas serta-merta daripada jenayah yang dilakukannya. Perintah di bawah seksyen ini adalah satu bentuk 'suspended sentence' yang bersifat menghukum. Perintah bon kelakuan baik di bawah seksyen ini mewajibkan sabitan kesalahan direkodkan oleh Mahkamah dan pesalah memegang rekod tersebut sampai bila-bila sebagai pengajaran kepadanya. Pesalah itu juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat bon untuk berkelakuan baik dan boleh dihadapkan semula ke Mahkamah sekiranya syarat bon dilanggar untuk dijatuhkan hukuman dalam peruntukan asal. Hal ini diterangkan oleh ONG HOCK SIM FJ DALAM JAYANTHAN V. PP [1973] CLJU 56; [1973] 1 LNS 56 seperti berikut: "This section vests the Court before which a person is convicted with power to suspend sentence for such period as the Court may direct, and, if the offender behaves himself during such period, he would escape punishment for his offence. If he fails to observe the conditions of his bond, he would be liable to be apprehended and dealt with for his original offence."
35
Pada masa yang sama, kepentingan awam juga perlu dititikberatkan dalam pertimbangan hukuman yang bersesuaian kepada OKT mengambil kira kemalangan berpunca dari pemanduan yang tidak cermat ini masih berlaku.
36
Malah dalam kes ini penunggang motosikal no pendaftaran VLG5170 telah meninggal dunia akibat dilanggar OKT.
37
Mahkamah bersimpati dengan keluarga mangsa yang kehilangan seorang anak yang baru berusia 20 tahun (rujukan umur mangsa berdasarkan laporan bedah siasat yang ditandakan sebagai P9) dan Mahkamah ini menekankan bahawa insiden ini harus menjadi pengajaran kepada semua pemandu agar lebih berhati-hati, terutamanya memandu pada waktu malam dan mengurangkan kelajuan apabila masuk ke simpang jalan.
38
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah ini mengambil kira kesemua faktor yang telah dinyatakan, Mahkamah ini merekodkan sabitan OKT dan memerintahkan OKT menyempurnakan bon berkelakuan baik di bawah seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah selama 1 tahun dengan cagaran RM1500.00 dengan 1 penjamin berserta syarat-syarat yang telah dinyatakan. (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Bertarikh: 28.10.2025 Timbalan Pendakwa Raya: Pendakwa Raya, Kamar Peguam Negara, Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan, Tingkat 7, Sayap Kanan, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan Damansara Height, 50512 Kuala Lumpur Peguambela: Chambers of Gurcharan & Morgan, Suite 01-06, Menara TKSS, 206, Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.