Kedudukan ini selaras dengan pendirian Mahkamah Persekutuan dalam Tindak Murni Sdn Bhd v. Juang Setia Sdn Bhd & Another Appeal [2020] 4 CLJ 301, bahawa sesuatu penghakiman Mahkamah Tinggi, termasuk penghakiman ingkar, “stands and may be executed upon and enforced” selagi tidak diketepikan mengikut undang-undang. Prinsip ini ditegaskan lagi oleh Mahkamah Rayuan dalam Khor Cheng Wah v Sungai Way Leasing Sdn Bhd [1996] 1 MLJ 223, yang merujuk kepada pendirian Privy Council dalam Isaacs v Robertson [1985] AC 97, bahawa sesuatu perintah Mahkamah S/N q3lZwb5neEOoO52asviIpw Tinggi yang teratur “can only be set aside by an appellate court upon appeal if there is one to which an appeal lies”. Berdasarkan prinsip ini, Penghakiman Ingkar Mahkamah Sesyen kekal sah dan mengikat, dan tidak boleh diabaikan melalui tindakan pentadbiran semata-mata.