Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KAJANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BH-A52NCC-55-06/2025 ANTARA TARGET PRECAST INDUSTRIES SDN BHD (No. Pendaftaran: 199301004014 (258751-X) …PLAINTIF
BH-A52NCC-55-06/2025
Sessions Court of Malaysia26 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ndakan atau pembelaan yang munasabah. Lihat Chen Heng Ping @ Tian Seow Hock & 5 Ors lwn Intradagang Merchant Bankers (M) Berhad [1995] 3 CLJ 690; Gerard Jude Timothy Pereira v Kasi a/l KL Palaniappan [2017] MLJU 925; Lim Boon Hai (Menyaman Bagi Pihak MLF Ingredients Sdn Bhd Melalui Tindakan Derivatif) v MLF Ingredients”
“LJ 690; Gerard Jude Timothy Pereira v Kasi a/l KL Palaniappan [2017] MLJU 925; Lim Boon Hai (Menyaman Bagi Pihak MLF Ingredients Sdn Bhd Melalui Tindakan Derivatif) v MLF Ingredients Sdn Bhd & 1 Lagi [2025] MLJU 352 D. Dapatan & Analisa Mahkamah 11. Berdasarkan penilaian Mahkamah pada pliding pihak-pihak secara khususn”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KAJANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BH-A52NCC-55-06/2025 ANTARA TARGET PRECAST INDUSTRIES SDN BHD (No. Pendaftaran: 199301004014 (258751-X) …PLAINTIF
1
CABLE LINE ELECTRICAL & ENGINEERING SDN BHD (No. Pendaftaran: 199801003933 (460059-A)
2
LOO THIAN POW (No. K/P: 641122-10-6349)
3
LOO KOK LEONG (No. K/P: 890808-10-5831) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [Permohonan Interlokutori Lampiran 10]
1
1.
Lampiran
Lampiran 10 adalah permohonan Plaintif menurut Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) atau (b), atau (c) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) untuk perintah-perintah, antara lain, seperti berikut: a) Pernyataan Pembelaan Defendan-Defendan bertarikh 17.7.2025 dibatalkan; b) Penghakiman Muktamad dimasukkan terhadap Defendan-Defendan seperti Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 5.6.2025; dan c) Kos permohonan dan tindakan ini ditanggung oleh Defendan-Defendan. 2. Bagi menyokong permohonan tersebut, Plaintif melalui afidavit sokongan Chua Khing Hean @ Chua Khing Khai bertarikh 13.08.2025 (Lampiran 11) telah mengemukakan alasan-alasan, antara lain, seperti berikut: a) Pernyataan Pembelaan Defendan-Defendan tersebut tidak mendedahkan apa-apa kausa pembelaan yang munasabah di mana pembelaan adalah penafian kosong semata-mata; b) Melalui pembelaan Defendan-Defendan, Defendan-Defendan telah mengakui kewujudan hutang yang dituntut seperti pengakuan terhadap pesanan dan penerimaan barangan yang bernilai RM207,000.00 yang meliputi tuntutan Plaintif berjumlah RM137,830.00 sebagai Jumlah Invois Tertunggak 2024 dan pengakuan cek penyelesaian ansuran kedua yang telah diberhentikan; dan c) Kesemua tindakan dan pengakuan Defendan-Defendan mengesahkan keberhutangan Defendan-Defendan kepada Plaintif di mana Defendan-Defendan tidak membantah dan/atau mempertikaikan surat tuntutan Plaintif bertarikh 31.12.2024 bagi menuntut jumlah tunggakan sebanyak RM208,110.80. Sebaliknya Defendan-Defendan membalas surat tuntutan tersebut dengan mengemukakan suatu cadangan penyelesaian penuh melalui 3 ansuran secara cek bertarikh kemudian. 3. Melalui Loo Thian Pow dan Loo Kok Leong bertarikh 27.08.2025 (Lampiran 12), Defendan-Defendan membantah permohonan Plaintif di
Lampiran
Lampiran 10 tersebut, atas alasan, antara lain: a) Pembelaan Defendan-Defendan mengandungi kepentingan untuk pembelaan bermerit dan bukanlah mengaibkan, remeh, menyusahkan, menjejas atau menghalang perbicaraan tindakan ini dengan adil; b) Borang Akaun Perdagangan yang ditandatangan oleh Defendan-Defendan adalah dalam keadaan tergesa-gesa dan tanpa diberi peluang yang mencukupi untuk memahami terma dan syarat secara menyeluruh. Defendan-Defendan juga tidak diberi peluang untuk mendapatkan nasihat guaman mengenai terma-terma di dalam Borang Akaun Perdagangan tersebut; c) Defendan-Defendan tidak pernah menandatangan surat jaminan dengan terma-terma yang telah dinyatakan; d) Faedah Bayaran Lewat Tertunggak Tahun 2023, 2024 dan 2025 adalah melampau dan tidak sah di sisi undang-undang; dan e) Jumlah tuntutan Plaintif adalah dipertikaikan dan pengiraan Faedah Bayaran Lewat Plaintif adalah mengelirukan. B. Latar Belakang Kes 4. Berdasarkan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 5.06.2025, Plaintif memplidkan, antara lain, seperti berikut: 4.1. Plaintif dan Defendan Pertama adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan masing-masing mempunyai alamat perniagaan di Seri Kembangan dan Kajang, Selangor. 4.2 Defendan Kedua dan Ketiga adalah Pengarah kepada Defendan Pertama masing-masing sejak 28.3.1998 dan 28.05.2014. 4.3 Sifat perniagaan Defendan Pertama adalah antara lain, adalah sebagai kontraktor pendawaian dan pemasangan telefon dan elektrik. 4.4. Perhubungan perniagaan Plaintif dengan Defendan Pertama telah bermula sekitar November 2017; 4.5. Amalan perniagaan antara Plaintif dan Defendan Pertama melibatkan dua jenis pesanan belian iaitu:- i) pesanan berdasarkan projek di mana Defendan Pertama akan membuat bayaran penuh semasa pesanan dibuat atau selepas kesemua barangan telah dihantarserahkan. ii) pesanan secara pukal (‘Pesanan Pembelian Pukal’) di mana Defendan Pertama akan membuat pesanan dengan menyatakan butiran kuantiti dan masa penghantaran dan Plaintif akan menghantar pesanan tersebut ke lokasi seperti yang diarahkan dan kemudiannya akan mengeluarkan invois berkaitan setelah semua pesanan dihantarserahkan. iii) Terma kredit yang diberikan kepada Defendan Pertama adalah 90 hari (‘Tempoh Kredit’). 4.6 Plaintif dan Defendan Pertama mempunyai akaun perdagangan bertarikh 3.3.2023 (‘Akaun Perdagangan’) di mana Defendan Pertama akan memesan barangan daripada Plaintif serta mengandungi terma-terma yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak. 4.7. Terma-terma yang telah dipersetujui tersebut, antara lain: i) Plaintif berhak untuk mengenakan faedah pembayaran lewat pada kadar 1.8% setiap bulan (atau pada kadar yang mungkin ditetapkan oleh Plaintif tanpa notis kepada Defendan) atas sebarang jumlah tertunggak yang dihutang oleh Defendan Pertama, selepas tamat tempoh kredit hingga tarikh realisasi penuh serta selepas penghakiman diperoleh terhadap Defendan Pertama; ii) semua tuntutan yang dinyatakan di dalam invois dianggap benar, betul dan konklusif yang genap masa dan dihutang oleh Defendan Pertama serta mengikat Defendan Pertama dalam semua prosiding-prosiding guaman kecuali dipertikaikan secara bertulis oleh Defendan Pertama dan pertikaian tersebut diterima dalam tempoh 7 hari dari tarikh invois; dan iii) Defendan Pertama menanggung dan melindungi Plaintif daripada semua kos dan perbelanjaan yang dikenakan ke atas Plaintif (termasuk yuran guaman atau dasar peguamcara-anakguam) dalam pemulihan semua wang yang genap masa dan terhutang oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. 4.8. Melalui suatu jaminan peribadi bersama dan berasingan bertarikh 3.3.2023 (‘Jaminan tersebut’), Defendan Kedua dan Ketiga sebagai penjamin-penjamin telah mengaku janji, antara lain untuk menjamin bayaran bersama dan berasingan atas tuntutan mengenai bayaran tertunggak yang genap masa dan terhutang oleh Defendan Pertama serta melindungi dan memastikan Plaintif dilindungi daripada kerugian, kerosakan, kos, perbelanjaan dan yuran guaman yang ditanggung oleh Plaintif untuk memulihkan semua wang yang terhutang oleh Defendan Pertama kepada Plaintif di bawah jaminan tersebut. 4.9. Setakat ini, keseluruhan jumlah tertunggak Defendan-Defendan adalah RM154,902.82 yang terdiri daripada seperti berikut: i) Faedah Bayaran Lewat Tertunggak bagi Tahun 2023 berjumlah RM910.80. Walaupun jumlah tuntutan sebanyak RM50,600.00 telah dibayar oleh Defendan Pertama pada sekitar November 2023, Defendan masih gagal, enggan dan/atau abaikan untuk membayar Faedah Tertunggak 2023 tersebut; ii) 830. Invois-Invois Tertunggak bagi Tahun 2024 berjumlah RM137, 00. Plaintif telah mengeluarkan invois-invois atas pesanan pembelian pukal oleh Defendan Pertama dengan keseluruhan tuntutan berjumlah RM207,200.00. Melalui surat bertarikh 3.01.2025 (‘Surat Pelan Penyelesaian Tersebut’), Defendan Pertama mencadangkan bahawa Defendan Pertama membayar Faedah Bayaran Lewat Tertunggak Bagi Tahun 2023 bersama Jumlah Invois Tertunggak Tahun 2024 berjumlah RM208,110.80 dalam 3 ansuran melalui cek bertarikh kemudian di mana setiap satu cek tersebut berjumlah RM69,370.00 dan cek terakhir berjumlah RM69,370.80. Cadangan ini dipersetujui oleh Plaintif. Walau bagaimanapun, hanya satu dari 3 cek tersebut sahaja yang telah dijelaskan dalam akaun Plaintif menjadikan baki tertunggak bagi Jumlah Invois Tertunggak Tahun 2024 berjumlah RM137,830.00, manakala cek kedua telah diberhentikan oleh pihak bank; dan iii) Faedah Bayaran Lewat Tertunggak bagi Tahun 2024 dan 2025 berjumlah RM16,162.02 4.10. Melalui surat peguamcara Plaintif bertarikh 31.12.2024 dan 14.03.2025, Plaintif telah mengemukakan tuntutan bagi keseluruhan tunggakan berjumlah RM154,902.82 kepada Defendan-Defendan tetapi Defendan-Defendan masih gagal, enggan dan/atau abai untuk membayar tuntutan tersebut. 5. Melalui Pembelaan bertarikh 17.07.2025, Defendan-Defendan memplidkan, antara lain, menafikan keseluruhan pernyataan di dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif dan meletakkan Plaintif atas beban pembuktian yang kukuh tetapi memplidkan pengakuan kepada beberapa pernyataan, antara lain, seperti berikut: 5.1. Butiran mengenai Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Ketiga sepertimana yang dinyatakan di perenggan 4.1, 4.2 dan 4.3 di atas; 5.2. Adanya perhubungan perniagaan antara Plaintif dengan Defendan-Defendan; 5.3. Defendan Pertama ada membuat permohonan kredit pada tahun 2023 serta permohonan tersebut adalah untuk Defendan Pertama memesan barangan daripada Plaintif; 5.4. Amalan perniagaan diantara Plaintif dan Defendan Pertama melibatkan 2 jenis pesanan belian iaitu pesanan berdasarkan projek dan pesanan secara pukal serta tempoh kredit; 5.5. Defendan Pertama telah menjelaskan bayaran beberapa invois berjumlah RM50,600.00; 5.6. Defendan-Defendan mengakui telah membuat pesanan pembelian pukal bertarikh 3.5.2024 dan 11.6.2024 dan Plaintif telah menghantarserah barang-barang mengikut pesanan-pesanan tersebut di mana keseluruhan jumlah invois tertunggak bagi Tahun 2024 adalah RM207,200.00; dan 5.7. Cek penyelesaian ansuran kedua yang dikeluarkan oleh Defendan Pertama bertarikh 20.2.2025 telah diberhentikan. 6. Pada 13.8.2025, Plaintif telah memfailkan permohonan di Lampiran 10. 7. Pada 26.11.2025, Mahkamah telah membenarkan permohonan Plaintif dengan kos mengikut skala di bawah Aturan 59 KKM 2012. 8. Pada 2.12.2025, Defendan-Defendan telah memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah bagi Lampiran 10. C. Prinsip Undang-Undang Pembatalan Pliding 9. Prinsip undang-undang berkenaan kuasa budibicara mahkamah untuk membatalkan pliding di bawah mana-mana cabang Aturan 18 Kaedah 19(1) KKM 2012 adalah jitu dan mantap. Prinsip-prinsip tersebut digariskan dengan jelas oleh Mahkamah Agung di dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36 seperti berikut: a) kuasa mahkamah untuk membatalkan pliding hanya boleh dilaksanakan dalam kes-kes yang jelas dan nyata dan di mana tiada pindaan yang munasabah akan menyembuhkan kecacatan itu; b) mahkamah dalam menjalankan kuasa tersebut tidak seharusnya menjalankan pemeriksaan minit ke atas dokumen dan fakta kes untuk memastikan sama ada pihak itu mempunyai kausa tindakan ataupun tidak; c) Sekiranya sesuatu perkara atau isu di dalam sesuatu tindakan itu memerlukan hujah yang kukuh dan pertimbangan yang teliti, mungkin lebih sesuai bagi tindakan tersebut ditetapkan untuk perbicaraan untuk menetapkannya untuk dibicarakan di bawah Aturan 33 Kaedah 2 KKM 2012; d) mahkamah mesti berpuas hati bahawa tiada kausa tindakan yang munasabah atau bahawa tuntutan itu remeh atau menyusahkan. Dalam erti kata lain, adalah jelas ditunjukkan bahawa tuntutan atau pembelaan sebagaimana yang telah diplidkan tidak mencukupi, walaupun dibuktikan, untuk melayakkan Plaintif atau Defendan kepada tuntutan atau pembelaannya; dan e) selagimana pliding tersebut mendedahkan beberapa kausa tindakan atau menimbulkan beberapa persoalan yang patut diputuskan oleh hakim, fakta bahawa kes itu lemah dan tidak mungkin berjaya dalam perbicaraan bukanlah alasan untuk pliding itu dibatalkan. 10. Penafian atau penegasan Plaintif/Defendan semata-mata tidak menimbulkan isu-isu yang boleh dibicarakan dan bukanlah suatu penyangkalan yang mencukupi terhadap sesuatu tuntutan serta tidak mendedahkan kausa tindakan atau pembelaan yang munasabah. Lihat Chen Heng Ping @ Tian Seow Hock & 5 Ors lwn Intradagang Merchant Bankers (M) Berhad [1995] 3 CLJ 690; Gerard Jude Timothy Pereira v Kasi a/l KL Palaniappan [2017] MLJU 925; Lim Boon Hai (Menyaman Bagi Pihak MLF Ingredients Sdn Bhd Melalui Tindakan Derivatif) v MLF Ingredients Sdn Bhd & 1 Lagi [2025] MLJU 352 D. Dapatan & Analisa Mahkamah 11. Berdasarkan penilaian Mahkamah pada pliding pihak-pihak secara khususnya seperti yang telah dinyatakan di perenggan 4 dan 5 di atas, afidavit-afidavit serta hujahan-hujahan yang telah difailkan, Mahkamah berpuas hati bahawa pembelaan Defendan-Defendan terhadap tuntutan Plaintif adalah suatu pembelaan yang remeh atau menyusahkan kerana pembelaan sepertimana yang telah diplidkan tidak mencukupi, walaupun dibuktikan, untuk melayakkan Defendan-Defendan kepada pembelaannya. 12. Dalam memutuskan sedemikian, Mahkamah mengambilkira fakta-fakta penting yang tidak dipertikaikan dan diakui oleh Defendan-Defendan sepertimana yang dinyatakan di perenggan 5 di atas termasuklah berkenaan kewujudan Surat Pelan Penyelesaian tersebut. 13. Melalui surat tersebut, Defendan Pertama telah mengemukakan cadangan untuk menjelaskan keseluruhan jumlah tertunggak berjumlah RM208.110.80 yang merangkumi jumlah Faedah bayaran Lewat Tertunggak Bagi Tahun 2023 dan 2024. Keseluruhan jumlah tertunggak tersebut dijelaskan dalam 3 ansuran melalui cek bertarikh kemudian dengan jumlah ansuran bayaran pertama adalah RM69,370.00 dan jumlah ansuran bayaran ketiga adalah RM69,370.80. Cadangan ini dipersetujui oleh Plaintif dan diambil tindakan oleh Defendan-Defendan apabila Defendan-Defendan menjelaskan ansuran pertama melalui cek berjumlah RM69,370.00. 14. Tindakan Defendan-Defendan dalam membuat pembayaran tersebut serta pengakuan Defendan-Defendan mengenai cek kedua telah diberhentikan boleh dianggap sebagai Defendan-Defendan mengakui, mempunyai pengetahuan dan tidak ada bantahan terhadap keseluruhan tuntutan jumlah tertunggak termasuk faedah bayaran lewat tersebut. 15. Mahkamah juga mendapati tidak ada sebarang keterangan dokumen lain dikemukakan oleh Defendan-Defendan untuk menunjukkan bahawa Defendan-Defendan membantah atau mempertikaikan setiap tuntutan atau keseluruhan tuntutan Plaintif tersebut selepas setiap invois atau selepas surat tuntutan bertarikh 31.12.2024 maupun selepas Surat Pelan Penyelesaian Tersebut dikeluarkan dan sebelum tuntutan Plaintif ini difailkan. 16. Selain itu, Mahkamah berpandangan bahawa isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan seperti keesahan surat jaminan dan pengiraan faedah bayaran lewat yang tidak sah, tidak menimbulkan isu-isu yang boleh dibicarakan atas alasan-alasan seperti berikut: 16.1. Keesahan surat jaminan. a) Berdasarkan penelitian Mahkamah, selain membangkitkan isu-isu seperti muka surat pertama tidak ditandatangan, dokumen tersebut tidak pernah menjadi sebahagian transaksi asal, D2 dan D3 tidak pernah menandatangan sebarang surat jaminan, kekaburan mengenai pihak-pihak yang menandatangan, tiada sebarang dakwaan di pihak Defendan-Defendan bahawa Defendan-Defendan dipaksa untuk menandatangani surat jaminan tersebut atau tandatangan yang tertera pada dokumen tersebut secara khususnya di muka surat 20 dan 22 dalam Eksibit CKH-1, Lampiran 11 adalah palsu atau bukanlah tandatangan Defendan Kedua atau Defendan Ketiga; b) pihak-pihak yang menandatangani suatu perjanjian adalah terikat dengan terma dan kandungan perjanjian tersebut melainkan mana-mana pihak dapat membuktikan terdapat unsur penipuan, paksaan atau salah nyata terlibat. Lihat Wan Salimah bte Wan Jaafar v Mahmood bin Omar (Anim bte Abdul Azizi, intervener) [1998] 5 MLJ 162; c) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak pernah mempertikaikan status mereka sebagai penjamin atau liabiliti mereka berhubung dengan Defendan Pertama selepas surat tuntutan bertarikh 31.12.2024 diserahkan. Malahan, Defendan Pertama telah mengemukakan pula Surat Pelan Penyelesaian yang ditandatangan oleh Defendan Ketiga; dan d) Isu-isu yang dibangkitkan tersebut adalah isu-isu yang sewajarnya atau sepatutnya dibangkitkan sebelum atau semasa surat jaminan tersebut dikemukakan atau sebelum surat jaminan tersebut ditandatangan oleh Defendan Kedua dan/atau Defendan Ketiga dan bukannya pada masa selepas Plaintif memfailkan tuntutan ini. 16.2. Pengiraan Faedah Bayaran Lewat Yang Tidak Sah a) Adalah suatu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Defendan Pertama melalui Defendan Ketiga telah menandatangan Akaun Perdagangan tersebut yang antara lain mengandungi terma bahawa Plaintif berhak untuk mengenakan faedah pembayaran lewat pada kadar 1.8% setiap bulan (atau pada kadar yang mungkin ditetapkan oleh Plaintif tanpa notis kepada Defendan) atas sebarang jumlah tertunggak yang dihutang oleh Defendan Pertama, selepas tamat tempoh kredit hingga tarikh realisasi penuh serta selepas penghakiman diperoleh terhadap Defendan Pertama (Klausa 11); b) Ini bermakna kadar faedah pembayaran lewat iaitu 1.8% sebulan tersebut ditetapkan atas persetujuan pihak-pihak sejak 3.3.2023 iaitu pada tarikh Akaun Perdagangan tersebut ditandatangan; c) Memandangkan terma tersebut adalah atas persetujuan pihak-pihak, maka Defendan-Defendan kini tidak boleh membangkitkan sebarang bantahan terhadap pengenaan kadar sedemikian. Atas dasar itu juga, seksyen 74 dan 75 Akta Kontrak 1950 adalah tidak terpakai. Lihat Bumiputra Merchant Bankers Bhd v The Melewar Corp Bhd & Ors [1990] 1 CLJ 693 (Rep); Terengganu State Economic Development Corporation v Nadefinco Ltd [1982] 1 MLJ 365 17. Berdasarkan penelitian Mahkamah juga, biarpun Defendan-Defendan menyatakan bahawa mereka tidak pernah menandatangani sebarang surat jaminan dan/atau tidak pernah menandatangan surat jaminan mengikut terma-terma yang terkandung sepertimana eksibit CKH-1, Lampiran 11 tetapi mereka tidak mempertikaikan atau membangkitkan sebarang isu berkenaan tandatangan Defendan Kedua dan/atau Defendan Ketiga yang tertera pada Akaun Perdagangan dan surat jaminan tersebut. Malahan, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga mengakui bahawa mereka adalah penjamin-penjamin di perenggan 19, Lampiran 12 dan pada masa yang sama tidak mengemukakan sebarang keterangan untuk menunjukkan terdapat surat jaminan lain selain daripada surat jaminan yang menjadi pertikaian dalam kes ini. Pendirian Defendan-Defendan yang tidak konsisten mengenai perkara ini adalah juga menyumbang kepada dapatan-dapatan Mahkamah sepertimana yang telah dinyatakan di dalam perenggan-perenggan di atas. 18. Tambahan lagi, semua isu-isu yang dibangkitkan dan boleh dianggap sebagai fakta-fakta material untuk kes Defendan-Defendan sepertimana yang dinyatakan di atas tiada langsung diplidkan oleh Defendan-Defendan di dalam pembelaan mereka. Sebaliknya, pembelaan Defendan-Defendan sedia ada hanyalah setakat penafian kosong semata-mata kerana tidak ada langsung sebarang penjelasan dan fakta-fakta material yang diplidkan secara khususnya dakwaan- dakwaan Defendan-Defendan yang dibangkitkan di perenggan 16.1 dan 16.2 di atas untuk menyangkal tuntutan Plaintif tersebut. 19. Prinsip undang-undang adalah kukuh dan mantap bahawa penafian atau penegasan Defendan semata-mata, tidak menimbulkan isu-isu yang boleh dibicarakan. Lihat Chen Heng Ping @ Tian Seow Hock & 5 Ors lwn Intradagang Merchant Bankers (M) Berhad [1995] 3 CLJ 690; Kok Swee Chin v General Factoring & Credit Sdn Bhd [2004] 6 MLJ 276. 20. Selanjutnya, pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing dan afidavit tidak boleh digunakan untuk memperbaiki kecacatan atau tinggalan dalam tuntutan/pembelaan yang telah difailkan. Lihat United Malayan Banking Corp Bhd v Palm & Vegetable Oils (M) Sdn Bhd & Ors [1983] 1 MLJ 206; Itramas Technology Sdn Bhd v Maju Holdings Sdn Bhd & Ors [2022] 10 MLJ 656 E. 21. Keputusan Mahkamah Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 10 dengan kos mengikut skala di bawah Aturan 59 KKM 2012. Bertarikh: 1 Januari 2026 t.t (NORMASTURA BINTI AYUB) Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Kajang Selangor Peguamcara Plaintif Tetuan David Lai & Tan, Peguambela & Peguamcara Level 8-3 & 8.4, Wisma Miramas No. 1, Jalan 2/109E, Taman Desa, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur Peguamcara Defendan-Defendan Tetuan Hisham Yoong – K. C Lim Peguamcara & Peguambela No. 4-A, Jalan USJ 10/1E, USJ 10. 47610 Subang Jaya, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.