k
(k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page | 9 accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc.[6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court...” [18] Berikut merupakan faktor-faktor yang Mahkamah telah mengambil kira dalam menjatuhkan hukuman terhadap Perayu: Pengakuan Salah Perayu di peringkat awal [19] Perayu telah mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di Mahkamah ini, dan ianya telah dipertimbangkan Mahkamah ini sebagai suatu faktor mitigasi di dalam menjatuhkan hukuman. Ini selaras dengan prinsip didasarkan kepada kes Mahkamah Persekutuan, Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134 yang menyatakan bahawa: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses”. [20] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Ravindran & Ors. [1992] CLJU 47; [1992] 1 LNS 47; [1993] 1 MLJ 45 yang menyatakan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page | 10 "It is an accepted rule of practice that an accused should be given credit or discount for pleading guilty. This is because public time and money will be spared if an accused admits his guilt. The credit or discount to be given to an accused person is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and been found guilty. " [21] Selain itu, Mahkamah ini juga berpandukan kepada kes Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572, dalam kes ini Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa pengakuan salah tertuduh harus diberi kredit atau diskaun. Kebiasaanya, diskaun yang diberikan adalah pengurangan hukuman kira-kira satu pertiga daripada apa yang sepatutnya dikenakan. [22] Berdasarkan dapatan kes terdahulu di atas, adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa pengakuan salah tertuduh adalah satu faktor mitigasi yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menentukan hukuman yang setimpal dan adil. [23] Atas sebab di atas, Mahkamah ini telah mengambilkira faktor pengakuan salah di peringkat awal oleh Perayu sebagai salah satu faktor yang wajar dipertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan 3 kali sebatan rotan kepada Perayu yang mana hukuman tersebut adalah hukuman yang paling minimum diperuntukkan oleh Seksyen kesalahan yang dipertuduhkan ke atas Perayu. Mahkamah ini juga **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page | 11 menyimpulkan bahawa pengakuan salah Perayu di awal pertuduhan dibacakan terhadap Perayu telah menjimatkan masa dan kos semua pihak, dan oleh itu diskaun patut diberikan. Kekerapan dan keseriusan kesalahan [24] Mahkamah perlu mempertimbangkan kekerapan dan keseriusan kesalahan ini. Perayu telah dipertuduhkan dengan kesalahan pemilikan dadah dan pertuduhan adalah di bawah Seksyen 39A