Semasa disoal lanjut, SP6 mengubah keterangan sekali lagi: 1555 “S: En.Sivarajah, setuju dengan saya bahawa kamu tiada apa-apa dokumen di mahkamah yang menunjukkan Maran ini adalah pekerja kamu. J: Ya, saya setuju. 1560 S: Dan kamu yang sebenarnya telah memanggil Deepan datang ke tempat itu pada hari itu, betul? J: Tidak setuju. 1565 S: Jadi, macam mana Deepan tahu kamu ada disitu? J: Saya panggil Deepan untuk ke stor saya, Y. Arif. 1570 En. Sivarajah, kamu telah mengambil sumpah untuk bercakap benar didalam mahkamah. Saya tanya sekali lagi. Ini adalah keterangan kamu tau. Kamu yang kata suruh dia datang ke tempat itu. Sekarang kamu kata tidak setuju. Jadi, macam mana dia boleh datang ke tempat itu? 1575 J: Kalau saya tidak panggil dia ke stor, dia tetak gate. Orang yang tetak gate tu, dia berani tetak anak-anak saya dengan parang. Sebab itu saya panggil dia ke stor. S: En. Sivarajah, itulah saya kata, kamu kalau hendak bercakap benar, 1580 you must remember what you are saying, you know, right. Soalan saya, kamu yang panggil dia datang ke tempat itu, betul? Saya tak tanya alasan kenapa. Kamu yang suruh dia datang. Now you want to cover. 1585 J: Memang saya panggil dia datang. S: Dan pada hari itu, anjing kamu yang telah gigit dia betul? 1590 S: Sekarang, hari ini kamu kata orang ada parang disitu boleh potong anak saya, jadi saya takut, saya suruh dia datang betul? 1595 Kamu tidak buat reportkan? J: Ya, saya tidak buat report.”