Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO: 42S-16-03/2017 (Mahkamah Sesyen Kota Bharu No. SKB(A)62-22-05/2016) ANTARA TAY KIANG HEONG ... TERTUDUH/PERAYU DAN PENDAKWA RAYA
42S-16-03/2017
High Court of Malaysia2 Oct 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“in salient features of this aspect of the evidence were missed or were not properly appreciated. It is settled law that a person cannot corroborate himself but it would appear that section 157 of the Evidence Act enables a person to corroborate his testimony by his previous statement. The section adopts a contrary rule”
“SLR 45; Yap Giau Beng Terence v. PP [1998] 3 SLR 656; Sakthivel Punithavathi v. PP [2007] 2 SLR 983; PP v. Selvarajoo Ramachandran & Ors [2005] 6 CLJ 114; [2005] 5 MLJ 282,Sheo Swarup v. King Emperor [1934] LR 61 1A 398).” 7 [11] Kesimpulan yang boleh dibuat daripada otoriti-otoriti di atas ialah Mahkamah di peringkat”
“am kes Abdul Majid bin Ahmad v. PP [2018] MLJU 994 di mana mangsa berumur 11 tahun 6 bulan, Mahkamah menjatuhkan hukuman, RM5,000.00 denda dan 3 bulan penjara. [153] Di dalam kes Lim Chee Soon v. PP [2016] MLJU 545, Tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Majistret sebanyak 15 bulan tetapi selepas rayuan, Mahkam”
“3 bulan dan denda RM8,000 jika tidak bayar 8 bulan penjara adalah memadai. [151] Mahkamah juga ingin merujuk kepada trend hukuman bagi kesalahan ini. [152] Di dalam kes Abdul Majid bin Ahmad v. PP [2018] MLJU 994 di mana mangsa berumur 11 tahun 6 bulan, Mahkamah menjatuhkan hukuman, RM5,000.00 denda dan 3 bulan penjara”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO: 42S-16-03/2017 (Mahkamah Sesyen Kota Bharu No. SKB(A)62-22-05/2016) ANTARA TAY KIANG HEONG ... TERTUDUH/PERAYU DAN PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh/Perayu telah dituduh di atas satu pertuduhan menggunakan kekerasan ke atas seorang wanita dengan niat untuk mencabul kehormatannya, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
2
Di akhir kes Pembelaan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) telah mendapati bahawa Tertuduh/Perayu bersalah dan telah disabitkan. 2 Tertuduh/Perayu telah dijatuhkan hukuman selama 3 tahun penjara dari tarikh jatuh hukum.
3
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Tertuduh telah merayu kepada Mahkamah ini. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah menolak rayuan Tertuduh/Perayu terhadap sabitan dan membenarkan sebahagian rayuan Tertuduh/Perayu terhadap hukuman di mana hukuman terhadap Tertuduh/Perayu dikurangkan kepada 3 bulan penjara dan denda RM8,000 jika tidak bayar 8 bulan penjara.
4
Masih tidak berpuas hati dengan keputusan ini Tertuduh/Perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman. Pendakwa Raya juga telah memfailkan rayuannya terhadap hukuman. Ini merupakan alasan-alasan Mahkamah terhadap keputusan tersebut.
5
Alasan ini merangkumi rayuan Tertuduh/Perayu terhadap sabitan dan hukuman serta rayuan silang Pendakwa Raya terhadap hukuman.
6
Perayu telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu dengan pertuduhan yang berbunyi seperti berikut: 3 “Bahawa kamu pada 15/07/2015 jam lebih kurang 9.30 malam di sebuah kedai beralamat Kedai Kek Cintaku, Cawangan Pasaraya KB Mall, Jalan Hamzah, dalam Daerah Kota Bharu dalam Negeri Kelantan, telah menggunakan kekerasan kepada Yeap Woan Tyng, no. KPT: 830306-03-5752, dengan niat untuk mencabul kehormatannya. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.”
7
Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut: “Assault or use of criminal force to a person with intent to outrage modesty:
354
Whoever assaults or uses criminal force to any person, intending to outrage or knowing it to be likely that he will thereby outrage the modesty of that person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years or with fine or with whipping or with any two of such punishments.” C. FAKTA KES SECARA RINGKAS [8] Fakta kes secara ringkasnya adalah seperti berikut:
a
Mangsa adalah anak kepada Tuan Punya “Kedai Kek Cintaku” bernama Yeap Woan Tyng dan bekerja di situ dan dibantu oleh SP5, Siti Fazlin binti Mohd Aziz dan seorang lagi. 4
b
Pada 9 lebih malam pada 15/7/2015, Tertuduh telah dilihat menghala ke kedai tersebut untuk berjumpa Pengadu/SP1. Melihat akan kedatangan Tertuduh/Perayu, SP5 dengan segera memaklumkan kepada Pengadu/SP1 dan menasihatkan Pengadu/SP1 supaya bersembunyi di dalam bilik setor di belakang dapur kedai. SP5 berbuat demikian kerana sebelum ini Tertuduh/Perayu pernah datang ke kedai beberapa kali dan mengganggu Pengadu/SP1.
c
Tertuduh/Perayu telah terus menceroboh dan memasukki ke bahagian belakang kedai yang juga merupakan dapur di mana terdapat satu bilik setor. Pengadu/SP1 sedang menyorok di dalamnya. Tertuduh/Perayu telah membuka pintu setor tersebut dan seterusnya berlakulah perbuatan pencabulan oleh Tertuduh/Perayu terhadap Pengadu/SP1.
d
Selepas kejadian ini, Tertuduh turut datang ke kedai tersebut dan mengganggu Pengadu/SP1. Tertuduh/Perayu juga pernah mengugut untuk membakar kedai itu.
e
Tertuduh/Perayu telah ditangkap dan pada 12/5/2016 dikemukakan ke Mahkamah dan dituduh di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. D. UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN RAYUAN [9] Prinsip undang-undang yang terpakai di dalam sesuatu rayuan telah dijelaskan dalam kes Ping Hun Sun v. Dato’ Yip Yee Foo 5 [2013] 1 LNS 320; Rayuan Sivil No.: W-02-528-2010, apabila Mahkamah Rayuan menyatakan: “When the finding of the trial judge is factual, however, the fact finder’s decision cannot be disturbed on appeal unless the decision of the fact finder is plainly wrong (see China Airline Ltd v. Maltran Air Corp Sdn Bhd & Another Appeal [1996] 3 CLJ 163); Zaharah bt A Kadir v. Ramuna Bauxite Pte Ltd & Anor [2011] 1 LNS 1015, Kyros International Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2013] 3 CLJ 813; [2013] 1 LNS 1). The findings of fact of the trial judge can only be reversed when it is positively demonstrated to the appellate court that:
a
by reason of some non-direction or mis-direction or otherwise the judge erred in accepting the evidence which he or she did accept; or
b
in assessing and evaluating the evidence the judge has taken into account some matter which he or she ought not to have taken into account, or failed to take into account some matter which he or she ought to have taken into account; or
c
it unmistakenly appears from the evidence itself, or from the unsatisfactory reasons given by the judge for accepting it, that he or she cannot have taken proper advantage of his or her having seen and heard the witnesses’; or 6
d
in so far as the judge has relied on manner and demeanour, there are other circumstances which indicate that the evidence of the witnesses which he or she accepted is not credible, as for instance, where those witnesses have on some collateral matter deliberately given an untrue answer.” [10] Di dalam masa yang sama di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737, Abdul Hamid HMP (sebagaimana beliau ketika itu) berkata di muka surat 752: “Clearly, an appellate court does not and should not put a brake and not going any further the moment it sees that the trial judge says that is his finding of facts. It should go further and examine the evidence and the circumstances under which that finding is made to see whether, to borrow the words of HT Ong (CJ Malaya) in Herchun Singh’s case (supra) “there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.” Otherwise, no judgment would ever be reversed on question of fact and the provision of s. 87 CJA 1964 that an appeal may lie not only on a question of law but also on a question of fact or on a question of mixed fact and law would be meaningless. (lihat juga kes-kes Jagatheesan s/o Krishnasamy v. PP [2006] 4 SLR 45; Yap Giau Beng Terence v. PP [1998] 3 SLR 656; Sakthivel Punithavathi v. PP [2007] 2 SLR 983; PP v. Selvarajoo Ramachandran & Ors [2005] 6 CLJ 114; [2005] 5 MLJ 282,Sheo Swarup v. King Emperor [1934] LR 61 1A 398).” 7 [11] Kesimpulan yang boleh dibuat daripada otoriti-otoriti di atas ialah Mahkamah di peringkat rayuan tidak sepatutnya mengganggu dapatan fakta Hakim Bicara melainkan Hakim Bicara melakukan kesilapan yang ketara. Namun, Mahkamah Rayuan adalah berkewajipan untuk mengganggu sesuatu keputusan Mahkamah Bicara sekiranya didapati Mahkamah Bicara tersebut telah secara serius menyalaharahkan dirinya sehingga menyebabkan satu ‘miscarriage of justice’. [12] Bagi kes-kes seksual, termasuk kes pencabulan ini, Mahkamah juga perlu mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut: a) bahawa adalah senang untuk seseorang membuat tuduhan rogol/kesalahan seksual; tetapi sukar bagi orang yang dituduh, walaupun beliau tidak bersalah, untuk membuktikan sebaliknya. (“An accusation for rape/sexsual acts can be made with ease; it is difficult for the person accused, though innocent, to disprove it”); b) bahawa memandangkan bentuk intrinsik kesalahan rogol/kesalahan seksual yang pada kebiasaanya melibatkan hanya dua orang (perogol/pesalah seksual dan mangsa), keterangan Pengadu hendaklah dipertimbangkan dengan secara berhati-hati. (“In view of the intrinsic nature of the crime of rape/sexsual acts where two persons are usually involved, the testimony of the complainant must be securitised with extreme caution”); dan 8 c) bahawa jatuh-bangun kes pihak pendakwaan hendaklah bergantung sepenuhnya kepada meritnya sendiri, dan ia tidak boleh dibenarkan untuk mendapat kekuatan daripada kelemahan atau kecacatan dalam keterangan pihak pembelaan (“The evidence for the prosecution must stand or fall on its merits, and cannot be allowed to draw strength from the weaknesses of the evidence for the defence”). E. INTIPATI PERTUDUHAN [13] Di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan terdapat 2 intipati utama yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan, seperti berikut: a) Perayu menyerang (assault) atau menggunakan kekerasan jenayah (criminal force); b) Perayu melakukan dengan niat: i. Untuk mencabul kehormatan mangsa; ii. Atau perayu mengetahui bahawa perbuatan sedemikian akan menyebabkan berlakunya pencabulan ke atas kehormatan diri mangsa. [14] Bagi maksud Intipati Pertama, pihak pendakwaan perlu membuktikan sama ada assault atau criminal force digunakan. 9 i) Assault yang diberi maksud di bawah Seksyen 351 Kanun Keseksaan sebagai: “whoever makes any geture or any preparation, intending or knowing it to be likely that such gesture or preparation will cause any person present to apprehend that he who makes that geture or preparetion is about to use criminal force to that person, is said to commit an assault.” ii) Ilustrasi yang diberikan di bawah Seksyen tersebut menyimpulkan walaupun dengan isyarat sahaja boleh berlakunya assault antaranya: ILLUSTRATIONS a) A shakes his fist at Z, intending or knowing it to be likely that he may thereby cause Z to believe that A is about to strike Z. A has committed an assault. iii) “Criminal force” dijelaskan oleh Seksyen 350 Kanun Keseksaan sebagai: “whoever intentionally uses force to any person, without that person’s consent, in order to cause the committing of any offence, or intending by the use of such force illegally to cause, or knowing it to be likely that by the use of such force he will illegally cause injury, fear, or annoyance to the person to whom the force is used.” 10 iv) “Force” ditakrifkan oleh Seksyen 349 Kanun Keseksaan sebagai: “A person is said to use force to another if he causes motion, change of motion, or cessation of motion to that other, or if he causes to any substance such motion, or change of motion, or cessation of motion as brings that substance into contact with any part of that other’s hody, or with anything which that other is wearing or carrying, or with anything so situated that such contact affects that other’s sense of feeling.” F. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Di peringkat prima facie [15] Adalah menjadi tanggungjawab pihak Pendakwaan di peringkat kes Pendakwaan untuk membuktikan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 173(f) bagi Mahkamah Rendah dan di bawah Seksyen 180 Kanun Acara Jenayah bagi Mahkamah Tinggi. Ke arah itu Mahkamah perlu membuat penilaian dan penelitian maksima terhadap keseluruhan keterangan saksi-saksi Pendakwaan khususnya yang melibatkan kredibiliti saksi dan juga ‘probability’ sesuatu kes sebelum memutuskan samada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Lihat kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan PP v. Mohd Radzi B. Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. 11 [16] Ke arah itu adalah amat penting di dalam mana-mana penghakiman, Hakim Bicara setelah membuat penilaian maksima, membuat dapatan faktanya mengenai kredibiliti saksi-saksi khususnya kredibiliti saksi utama iaitu Pengadu (SP1). Mengenai kredibiliti saksi utama iaitu Pengadu (SP1) di dalam kes ini, setelah meneliti Rekod Rayuan, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara (HMS) bahawa Pengadu (SP1) adalah seorang saksi yang kredibel. Mengenai perkara ini, Mahkamah akan bincang kemudian. [17] Mahkamah juga telah menggunakan pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2015] 1LNS 71 di mana antara lain menyatakan bahawa Mahkamah perlu melihat keterangan mangsa secara keseluruhan. Mahkamah Persekutuan juga mengesahkan bahawa di dalam kes rogol/kesalahan seksual, keterangan mangsa tidak memerlukan keterangan sokongan. [18] Mahkamah ini telah meneliti dan menganalisa keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara “judicial appreciation”. Dapatan Mahkamah ini adalah seperti perenggan-perenggan berikutnya. [19] Keterangan utama datangnya daripada SP1 iaitu Pengadu/SP1. [20] Pengadu/SP1, telah memberi keterangan bahawa tarikh 9/7/2015 adalah kali pertama Pengadu/SP1 nampak seorang lelaki Cina 12 (kemudiannya dicamkan sebagai Tertuduh) telah memerhatikan ke dalam Kedai Kek Cintaku, KB Mall dari luar pintu dan berulang alik di hadapan kedainya sebanyak 3 hingga 4 kali. [21] Pada keesokan hari pada 10/7/2015, Tertuduh/Perayu telah masuk ke kedai tersebut dan membeli kek yang dijual. Perayu/Tertuduh telah memaksa Pengadu/SP1 menerima kembali kek itu sambil memberitahu ada seseorang berminat untuk berkenalan dengan Pengadu/SP1. [22]
Preamble
Menurut Pengadu/SP1 lagi, pada keesokan harinya iaitu pada 11/7/2015, Perayu/Tertuduh telah memberikan sepucuk surat cinta kepada Pengadu/SP1 dan Perayu/Tertuduh meminta Pengadu/SP1 menelefon nombor telefon yang tertera di dalam surat itu untuk memberikan jawapan. [23] Pada 12/7/2015, Perayu/Tertuduh telah datang sekali lagi dan telah memberikan sepucuk kad beserta coklat “Famous Amos” kepada Pengadu/SP1. [24] Bagi memastikan bahawa nombor telefon yang diberikan itu adalah aktif dan betul, pada 13/07/2015 pengadu telah menelefon nombor yang tertera di dalam surat cinta tersebut. Namun, penerima panggilan yang bernama Ah Kee memaklumkan bahawa beliau tidak pernah meminta Perayu/Tertuduh berbuat demikian malah memaklumkan beliau tidak mengenali Perayu/Tertuduh dan Pengadu/SP1. 13 [25]
Preamble
Menurut Pengadu/SP1 lagi, seterusnya pada hari kejadian iaitu 15/7/2015, kira-kira pada pukul 9:00 lebih sebelah malam, Nur Fazlin (kakitangan Pengadu) yang berada dari dalam kedai kek tersebut telah ternampak Perayu/Tertuduh sedang berjalan menghala masuk ke kedai tersebut, lalu beliau meminta Pengadu/SP1 bersembunyi di dalam setor di bahagian dapur kedai sebab bimbang Perayu/Tertuduh akan mengganggu Pengadu/SP1. Pengadu/SP1 seterusnya telah lari masuk ke dalam setor namun beliau berjaya diekori oleh Perayu/Tertuduh yang telah menceroboh masuk ke dalam kedai tersebut dan terus ke setor melalui pintu dapur. Perayu/Tertuduh telah membuka pintu setor tersebut. Pengadu/SP1 terkejut dan Pengadu/SP1 cuba lari keluar dari bilik setor. [26] Perayu/Tertuduh telah memegang kedua belah tangan Pengadu/SP1 dan kemudian, tangan sebelah kanan Perayu/Tertuduh telah memegang punggung Pengadu/SP1 dan Pengadu/SP1 menjerit supaya melepaskannya. Pengadu/SP1 telah cuba melepaskan tangan sebelah kanannya. Namun, Perayu/Tertuduh enggan melepaskan dan sebaliknya Perayu/Tertuduh tersenyum. [27]
Preamble
Menurut Pengadu/SP1 lagi, semasa beliau cuba melepaskan tangannya, Pengadu/SP1 melangkah ke depan dan Perayu/Tertuduh telah memeluk Pengadu/SP1 dari belakang sambil tangan kanan Perayu/Tertuduh memegang buah dada Pengadu/SP1. Ini semua bukan dengan persetujuan dan kerelaan 14 Pengadu/SP1, sebab itu Pengadu/SP1 telah bertindak menjerit namun tidak dihiraukan oleh Perayu/Tertuduh dan Pengadu/SP1 merasa takut. Kemudian, Nur Fazlin (SP5) telah masuk ke dapur dan terserempak dengan Perayu/Tertuduh yang keluar sambil tersenyum. Pengadu/SP1 memaklumkan beliau merasa binggung dan tidak tahu nak cakap apa kepada Nur Fazlin (SP5). Selepas itu barulah Pengadu/SP1 memberitahu Nur Fazlin (SP5) bahawa Perayu/Tertuduh telah mencabulnya. [28] Berikut adalah sebahagian keterangan Pengadu/SP1 secara verbatim yang menceritakan episod pencabulan tersebut. Di muka surat 57 Rekod Rayuan, Pengadu/SP1 berkata: “Bila Tay buka pintu, saya terkejut nampak Tay, saya cuba lari ke luar bilik setor tetapi Tay pegang tangan saya. Masa dia pegang tangan ni, di luar pintu setor. Saya masih di dalam bilik Setor. Dia pegang dua belah tangan, sebelah kanan saya cuba untuk melepas tangan dia. Saya pun cuba melangkah keluar bilik tu, tangan sebelah kanan dia pegang punggung saya. Kedudukan saya dan Tay, di kanan saya. Selepas itu saya langkah keluar, Tay di belakang saya. Tay pegang punggung saya dalam sekejap sahaja. Saya pun jerit suruh Tay lepaskan saya. Dia tak mahu, dia masih senyum lagi. Tangan kiri dia pegang tangan kanan saya. Tay cakap, ada orang sayang saya, kena enjoy dan gembira kalau ada orang suka saya. Lepas tu, saya cuba lepaskan dia, saya langkah ke depan lagi, dia terus peluk saya dari belakang dan tangan kanan dia pegang buah dada saya dalam sekejap sahaja. Selepas tu 15 saya jerit lagi supaya dia jangan buat macam tu. Rasanya dalam selangkah dua.” [29] Menyambung memberi keterangan di muka surat 58 Rekod Rayuan Pengadu/SP1 berkata: “Tangan kiri Tay masih pegang tangan saya lagi. Dari bilik setor, Tay pegang buah dada saya, dia tak lepaskan saya. Saya memang takut. Saya jerit tapi tak ada orang. Nor Fazlin, masuk nak tengok saya tapi dia terserempak dengan Tay. Terserempak depan pintu masuk, dekat ‘X’ tadi. Tay keluar macam senyum-senyum. Saya bingung kat situ dan saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya ada buat laporan, malam selepas kejadian. [30] Pengadu/SP1 seterusnya memberitahu Mahkamah bahawa selepas kejadian tersebut Perayu/Tertuduh masih lagi mengganggunya. Di muka surat 59 Rekod Rayuan Pengadu/SP1 memberitahu: “Selepas saya buat report pertama, Tay masih ganggu lagi dan ugut staff saya dan keluarga saya. Selepas report pertama, ayah saya tak sihat masuk hospital selama 3 minggu. Selama 3 minggu saya tak pergi kerja. Saya berasa takut, kerana ayah saya sakit, saya jaga ayah saya. Dia pergi kedai, dia tanya staff saya, di mana saya, dia nak nombor telefon saya dan alamat rumah saya. Staff tak 16 bagi. Staff ni nama Nor Fazlin. Selepas beberapa kali dia minta, dia ugut nak bakar kedai saya. Suruh saya jaga-jaga. Tiga kali dia datang dan buat perkara macam ini. Lepas kejadian, saya tak pergi kedai sehingga tahun lepas bulan 10/2015 sebab saya takut Tay.” [31] Pengadu/SP1 turut memberi keterangan bahawa Tertuduh/Perayu telah terjumpa dengan ayah Pengadu/SP1 dan telah mengugut ayah Pengadu/SP1. Di muka surat 59 Rekod Rayuan, Pengadu/SP1 berkata: “Dalam report kedua pada perenggan 8 dan 9, selepas ayah keluar dari hospital, ayah saya pergi kedai makan dengan kawan terjumpa Tay, Tay ada dekat situ. Ayah saya tanya dia suruh dia lepaskan saya. Apa-apa boleh dibincangkan dan diselesaikan, jangan ganggu saya. Tapi Tay cakap saya tawarkan diri saya dengan rela sendiri. Provokasi dan kemarahan dalam report tu. Tay ugut ayah saya minta duit, kalu bagi duit takkan ganggu saya dan akan settle. Pagi-pagi Tay hantar gambar sendiri untuk ucap selamat pagi ke telefon ayah saya. Gambar-gambar tu dah tak ada lagi. Masa tu sahaja. Ayah saya block nombor whatsapp Tay. Saya dah ke Balai Polis untuk buat kawad cam di Balai Polis Pengkalan Chepa. Saya dapat camkan OKT dalam kawad cam.” [32] Dapat dilihat bahawa Pengadu/SP1 berupaya menceritakan dengan terperinci tentang episod perbuatan Tertuduh/Perayu mengasari dan mencabul Pengadu/SP1. Pengadu juga telah berupaya 17 memberikan keterangan dengan yakinnya mengenai apa yang berlaku sebelum dan selepas kejadian. Pengadu amat yakin bahawa Tertuduhlah yang mencabulnya. Ini adalah melalui kawad cam dan juga melalui pengecaman di Mahkamah dan juga melalui “recognition” memandangkan Pengadu/SP1 telah berjumpa/berinteraksi dengan Perayu/Tertuduh banyak kali sepertimana Mahkamah telah huraikan sebelum ini. Pengadu/SP1 juga ketika disoal balas dengan begitu jitu tidak goyah sebaliknya beliau tetap teguh, tidak gusar dan masih tegas dan masih memberi keterangan yang konsisten dan tidak berganjak. [33] Mahkamah juga telah membuat penganalisaan secara “judicial appreciation” terhadap keterangan Pengadu/SP1 semasa pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula, untuk menilai kredibilitinya. Berdasarkan keterangan-keterangan di dalam Rekod Rayuan dan hujahan serta Alasan Penghakiman Hakim Bicara, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa Pengadu/SP1 adalah seorang saksi yang kredibel dan bercakap benar. Mahkamah berpendapat tidak ada sebab bagi Mahkamah untuk tidak mempercayai Pengadu/SP1. [34] Mahkamah berpendapat seseorang seperti Pengadu/SP1 tidak akan datang ke Mahkamah dan memberi keterangan mengenai kejadian yang menimpa dirinya walaupun mencemarkan namanya dan keluarganya melainkan perkara-perkara itu adalah benar belaka. 18 [35] Justeru itu, keterangan beliau boleh bertegak dengan sendirinya tanpa keterangan sokongan walaupun ada keterangan-keterangan sokongan yang melimpah ruah yang akan disentuh kemudian di dalam kes ini. Kredibiliti Pengadu/SP1 boleh dilihat melalui ‘demeanour’, kualiti keterangannya yang kukuh, ‘probable’, rasional dan konsisten, dan tidak pernah goyah ketika di soal balas dengan begitu jitu oleh Peguambela Tertuduh/Perayu. [36] Justeru itu, Mahkamah ini mendapati bahawa kedua-dua intipati bagi kesalahan ini telah berjaya dibuktikan oleh Pengadu/SP1 sendiri. [37] Walaupun di dalam kes seksual, keterangan Pengadu/SP1 tidak memerlukan sokongan sebagai ‘rule of law’ tetapi sebagai ‘rule of prudence’ sahaja, seperti mana diputuskan oleh kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Supra) namun begitu di dalam kes ini, banyak keterangan-keterangan sokongan telah dikemukakan oleh Pendakwa Raya. [38] Keterangan sokongan kukuh pertama datangnya daripada Nur Fazlin/SP5 iaitu bekas kakitangan Pengadu yang telah bekerja dan bertugas ditempat kejadian pada hari kejadian. Menurut Nur Fazlin/SP5 pada hari kejadian, beliau telah ternampak Perayu/Tertuduh sedang datang menghala ke kedai dan lantas telah meminta Pengadu/SP1 untuk bersembunyi di dalam setor kerana bimbangkan keselamatan Pengadu/SP1. 19 [39]
Preamble
Menurut Nur Fazlin/SP5, namun Perayu/Tertuduh telah berjaya menceroboh masuk kedai dan mengekori Pengadu/SP1 ke dapur menghala ke setor. Seketika kemudian, beliau telah terdengar suara Pengadu/SP1 menjerit dan Nur Fazlin/SP5 bergegas masuk ke dapur. Nur Fazlin/SP5 nampak Perayu/Tertuduh dan Pengadu/SP1 berada di dapur dan Pengadu/SP1 dalam keadaan ketakutan dan melihat Perayu/Tertuduh sedang memegang tangan Pengadu/SP1 dan Perayu/Tertuduh melepaskan tangan Pengadu/SP1 disebabkan terkejut melihat Nur Fazlin/SP5. [40] Nur Fazlin/SP5 juga telah memberitahu Mahkamah bahawa sejurus selepas kejadian, beliau ada bertanya Pengadu/SP1 tentang kejadian tetapi Pengadu/SP1 senyap sahaja dan selepas beberapa ketika barulah Pengadu/SP1 memberitahu bahawa Perayu/Tertuduh telah memegang punggung dan payudara Pengadu/SP1. [41] Nur Fazlin/SP5 seterusnya memberitahu Mahkamah bahawa beliau mengecam Perayu/Tertuduh kerana Perayu/Tertuduh pernah sebelum ini membeli kek dan mengembalikan kek tersebut kepada Pengadu/SP1. Menurut Nur Fazlin/SP5 lagi, Perayu/Tertuduh pernah datang ke kedai dan mengugut untuk membakar kedai selepas kes pencabulan tersebut. Perayu/Tertuduh juga pernah menghadiahkan coklat kepada Pengadu/SP1. Keterangan Nur Fazlin/SP5 ini adalah konsisten dengan keterangan Pengadu/SP1. Nur Fazlin/SP5 tidak pernah goyah ketika disoal balas dengan jitu oleh Peguam Perayu/Tertuduh. 20 [42] Berikut adalah sedutan keterangan Nur Fazlin/SP5. Di muka surat 87 Rekod Rayuan, Nur Fazlin/SP5 berkata: “Mula-mula, saya ada dengan Kak Tyng dekat cashier. Kedai masih buka. Ada customer tengah bayar. Ramai customer masa itu. Lepas itu, saya ternampak Tay. Saya suruh Kak Tyng masuk ke dalam setor. Takut Tay buat apa-apa kat Kak Tyng. Masa nampak Tay, dia sedang meluru nak masuk ke kedai. Tay ada di dalam Mahkamah hari ini. OKT dicamkan. Lepas itu, Tay tanya saya, bos saya ada tak? Saya tidak cara (peduli) kat Tay. Masa itu Kak Tyng tidak ada di situ. Saya suruh Kak Tyng masuk ke dalam. Ya, ini Kedai Kek Cintaku. “Y” ialah bahagian cashier. “X” ialah pintu masuk ke dapur. Kak Tyng masuk ikut belakang peti kek dan lalu ikut “X”. Selepas itu, saya buat kerja saya. Saya terdengar suara Kak Tyng menjerit. Saya bergegas masuk ke dapur. Saya nampak Tay dan Kak Tyng ada di dapur. Saya nampak Kak Tyng takut. Tay pegang tangan Kak Tyng, Dia terkejut tengok saya dan dia lepas tangan Kak Tyng.” [43] Selepas kejadian Perayu/Tertuduh pernah datang kembali dan telah mengugut untuk membakar Kedai Kek tersebut. Di muka surat 88 Rekod Rayuan, Nur Fazlin/SP5 berkata: 21 “beberapa hari selepas itu, dia datang untuk bakar kedai selepas kes pencabulan. Ketika itu Kak Tyng tiada. Saya ada di kedai.” [44] Semasa di dalam pemeriksaan semula, di muka surat 94, Rekod Rayuan, Nur Fazlin/SP5 berkata lagi: “Saya beri keterangan hari ini berdasarkan apa yang saya tengok pada hari kejadian. Saya nampak Tay pegang tangan Kak Tyng. Kak Tyng bagitahu saya Tay pegang punggung dan raba buah dada. Kak Tyng dan Tay terkejut tengok saya masuk ke setor. Air muka Kak Tyng pada masa itu terkejut dan takut. Air muka Tay macam biasa sahaja. Kak Tyng macam nak lepaskan diri dari Tay. Tay pun lari juga.” [45] Dari keterangan-keterangan yang ada di dalam Rekod Rayuan, Mahkamah mendapati keterangan SP5 ini adalah konsisten dengan keterangan Pengadu/SP1 dan saling menyokong keterangan Pengadu/SP1. Beliau juga tidak goyah ketika disoal balas dan dapat memberi keterangan dengan detail (terperinci). Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa SP5 adalah seorang saksi yang kredibel. Tidak ada sebab bagi beliau untuk mereka-reka cerita dan tidak ada sebab pula untuk Mahkamah ini untuk tidak mempercayainya. [46] Keterangan sokongan ketiga datangnya daripada Laporan Polis yang dibuat Pengadu/SP1 sendiri iaitu P4 dan P5. Semasa 22 Pengadu/SP1 membuat Laporan Polis (P4) pada 16/7/2015, Pengadu/SP1 merasa malu, bercelaru dan trauma untuk menceritakan keseluruhan apa yang berlaku ke atas dirinya, khususnya kejadian Perayu/Tertuduh memegang punggung dan payudaranya. Justeru itu, Pengadu/SP1 hanya mampu menceritakan secara am gangguan-gangguan yang dilakukan Perayu/Tertuduh dalam Laporan Polis Pertamanya. [47] Pengadu/SP1 menjelaskan di dalam Laporan Polis Pertama ditulis kejadian berlaku pada 13/7/2015 tetapi sebenarnya berlaku pada 15/7/2015. Apabila Pengadu/SP1 teringat tarikh sebenar kejadian sebenarnya ialah pada 15/7/2015, Pengadu telah terus ke Balai Polis pada 16/7/2015 untuk membuat pindaan sebagaimana Laporan Polis Kedua (P5). [48] Apapun, Mahkamah mendapati keterangan Pengadu adalah konsisten dengan Laporan-Laporan Polisnya (P4) dan (P5). Malahan mengikut kes Herchun Singh v. PP [1969] 2 MLJ 211, dan PP v. Fong Chen Cheong [1970] 1 MLJ 97, Laporan Polis adalah untuk memulakan siasatan dan memadai jika maklumat di dalamnya adalah ringkas. Di dalam kes PP v. Datuk Harun Idris [1977] 1 MLJ 180 Mahkamah Persekutuan memutuskan “any contradictions and inconsistences in the Police Report can be corrected by this witness during his examination in chief....”. Ini bermakna Pengadu/SP1 boleh membetulkan atau menambahkan maklumat di dalam Laporan Polisnya (P4) dan (P5) semasa perbicaraan. 23 [49] Di Malaysia, Laporan Polis seseorang Pengadu merupakan satu keterangan sokongan yang diterima masuk oleh Mahkamah di bawah Seksyen 157 Akta Keterangan sebagai keterangan sokongan. Mahkamah mendapati Laporan Polis Pengadu (P4) dan (P5) adalah konsisten dengan keterangannya di Mahkamah dan keterangan utama Pengadu/SP1 iaitu wujudnya kejadian gangguan kekasaran dan pencabulan, walaupun beliau tidak menerangkannya secara detail. Mahkamah sekali lagi berpendapat seseorang seperti Pengadu/SP1 tidak akan membuat Laporan Polis yang melibatkan dirinya sendiri di mana ianya akan mencemarkan nama baik dirinya dan keluarganya melainkan perkara yang dilaporkan tersebut adalah benar-benar berlaku. [50] Di dalam kes Karthiyayani & Anor v. Lee Leong Sin & Anor [1974] 1 LNS 61; [1975] 1 MLJ 119 (Federal Court) memutuskan: “In my judgment the finding of the learned judge shows that certain salient features of this aspect of the evidence were missed or were not properly appreciated. It is settled law that a person cannot corroborate himself but it would appear that section 157 of the Evidence Act enables a person to corroborate his testimony by his previous statement. The section adopts a contrary rule of English jurisprudence by enacting that a former statement of a witness is admissible to corroborate him, if the former statement is consistent with the evidence given by him in court. The rule is based on the assumption that consistency of utterance is a ground for belief in the 24 witness's truthfulness, just as inconsistency is a ground for disbelieving him.” [51] Tindakan Pengadu/SP1 membuat Laporan-Laporan Polis (P4) dan (P5) adalah juga relevan dibawah Seksyen 8 Akta Keterangan kerana ianya menunjukkan “conduct” Pengadu/SP1 sebelum, semasa dan selepas kejadian yang mengesahkan bahawa kejadian pencabulan ini benar-benar berlaku. Tindakan Pengadu/SP1 melaung adalah relevan kerana ianya mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku dan ianya menunjukkan “state of mind” Pengadu/SP1 ketika itu. Pengadu/SP1 tidak akan melaung jika tidak atas sebab sesuatu telah menimpanya. “Conduct”/tindakan Tertuduh/Perayu pula, sebelum dan selepas kejadian adalah juga relevan kerana ianya juga menunjukkan motif dan persiapan Tertuduh/Perayu dengan cara telah datang beberapa kali sebelum kejadian ke kedai tempat kejadian setelah membuat pemerhatian sebagai persiapan dan seterusnya pada hari kejadian telah mengambil peluang terhadap Pengadu/SP1 yang sedang menyorok di dalam bilik setor yang kecil tersebut untuk melakukan pencabulan terhadap Pengadu/SP1. Bilik setor tersebut hanya mempunyai ruang yang kecil dan Pengadu/SP1 tidak akan mempunyai peluang dan ruang untuk mengelak “advancement” Tertuduh/Perayu mahupun untuk melarikan diri. [52] Tindakan-tindakan/“conduct” Tertuduh/Perayu juga dilihat sebagai mengambil peluang (opportunity) untuk melakukan kekasaran dan pencabulan ini apabila mendapati Pengadu/SP1 seorang wanita 25 yang lemah dan tidak ada orang lain lagi yang berada di dalam bilik setor kecil tersebut melainkan Perayu/Tertuduh dan Pengadu/SP1 sahaja. Perayu/Tertuduh juga telah mengambil peluang untuk melakukan pencabulan ini apabila tiada orang lelaki di kedai tersebut melainkan seorang pekerja wanita iaitu Nur Fazlin/SP5. [53] “Conduct”/tindakan bapa Pengadu/SP1 menumbuk Tertuduh/Perayu dan tindakan Tertuduh/Perayu seterusnya mengugut bapa Pengadu/SP1 dan mengancam SP5 untuk membakar Kedai tersebut adalah juga relevan dengan kejadian ini kerana bapa Pengadu/SP1 tidak akan menumbuk Tertuduh/Perayu dan Tertuduh/Perayu juga tidak akan bertindak balas dengan mengugut untuk membakar kedai tersebut jika pencabulan ini tidak berlaku. [54] Seksyen 8 Akta Keterangan berbunyi: Section 8. Motive, preparation and previous or subsequent conduct
1
Any fact is relevant which shows or constitutes a motive or preparation for any fact in issue or relevant fact.
2
The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of 26 any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto. Explanation 1 - The word "conduct" in this section does not include statements unless those statements accompany and explain acts other than statements; but this explanation is not to affect the relevancy of statements under any other section of this Act. Explanation 2 - When the conduct of any person is relevant any statement made to him or in his presence and hearing which affects his conduct is relevant. ILLUSTRATIONS
k
The question is whether A. was robbed. The fact that soon after the alleged robbery he made a complaint relating to the offence, the circumstances under which and the terms in which the complaint was made are relevant. The fact that he said he had been robbed without making any complaint is not relevant as conduct under this section, though it may be relevant ―
i
as a dying declaration under section 32(1)(a); or
II
(ii) as corroborative evidence under section 157." 27 [55] Berbalik kepada kes ini, tindakan Pengadu/SP1 yang telah menceritakan apa yang telah berlaku kepada Nur Fazlin/SP5 yang telah berada di bilik setor tersebut setelah mendengar laungan Pengadu/SP1 adalah juga amat relevan di bawah Seksyen 8 misalan (k) (ii) di atas dan juga relevan apabila dia membuat aduan melalu Laporan Polis (P4) dan (P5) yang terpakai di misalan (j) yang berbunyi:
j
The question is whether A. was ravished. The facts that shortly after the alleged rape she made a complaint relating to the crime, the circumstances under which and the terms in which the complaint was made are relevant. The fact that without making a complaint she said she had been ravished is not relevant as conduct under this section, though it may be relevant –
i
as a dying declaration under section 32(a); or
II
(ii) as corroborative evidence under section 157. [56] Kedua-dua misalan/keadaan ini adalah merupakan keterangan sokongan kepada apa yang diadukan Pengadu/SP1 kepada SP5 dan mengadu kepada Polis melalui Laporan Polis (P4) dan (P5). (Lihat kes Aziz bin Muhamad Din v. PP [1996] 5 MLJ 473; Boota Singh v. PP [1933] 2 MLJ 195). 28 [57] Di dalam kes Liew Kim Kong v. Public Prosecutor [1989] 2 CLJ 914; [1989] 2 CLJ (Rep) 819; [1989] 3 MLJ 323 (Singapore Court of Appeal), Mahkamah telah menerima keterangan mangsa yang menceritakan kepada keluarganya sebagai keterangan sokongan dan memutuskan: “When the complainant telephoned her sister on the morning of 10 June, she stated unequivocally that she had been raped, that is to say that there had been penetration. It is true that later in the day, when recounting the incident to her mother, her sister and Angela, the complainant had said that there had been pain but that she did not know if there had been penetration. That apparently surprising statement is explained by the complainant's evident reluctance to speak to her mother about the episode, illustrated by her refusal to communicate when she was seen crying by her mother at 8:00 am. It is clear from a plain reading of s. 157 of the Evidence Act that evidence of the complaint to the sister on the telephone, and then the complainant to the mother, sister and Angela was admissible as corroboration of the complainant's own evidence as to the offence. It is clear that the learned trial judge looked for corroboration and properly regarded that evidence as corroborative, that is to say as evidence which confirmed in material particulars, not only that the complainant had been raped, but also that the appellant had raped her - see R v. Beck [1982] 1 All ER 807.” 29 [58] Mahkamah juga ingin merujuk kepada "Sarkar on the Law of Evidence", 16th edn, vol. 2, ms. 2844: “Statement that she was raped some time or shortly after the crime though not admissible under s. 6 is admissible under s. 157 for corroboration (Md Afzal v. R, A 1950 L 151; Bechu v. R, A 1949 C 613 (not following Chamuddin v. R, A 1936 C 18; Sikandar v. R 41 CWN 641; Taser v. R, 44 CWN 835: Nur Md v. R, 38 CWN 108; S v. Pichika, A 1963 Or 58).” [59] Keterangan sokongan seterusnya datangnya daripada Pegawai Penyiasat, SP6. [60] SP6 ialah Pegawai Penyiasat yang mengesahkan bahawa terdapat dua Laporan Polis yang dibuat oleh Pengadu/SP1 di dalam kes ini. SP6 memberitahu Mahkamah bahawa secara keseluruhannya, hasil siasatan beliau menunjukkan wujudnya kejadian Perayu/Tertuduh memegang punggung dan payudara Pengadu/SP1 semasa berada di dapur Kedai tersebut. SP6 juga mengesahkan bahawa sebelum kejadian itu juga, Perayu telah beberapa kali telah datang ke kedai itu untuk mengganggu Pengadu/SP1. [61] Mahkamah mendapati keterangan SP6 adalah konsisten dengan keterangan Pengadu/SP1 dan siasatan SP6 mendapati, Nur Fazlin/SP5 telah meluru ke dapur setelah mendengar jeritan Pengadu/SP1 dan melihat Perayu/Tertuduh keluar dari kedai dalam 30 keadaan tersenyum. Keterangan SP6 mengenai perkara ini telah menyokong keterangan Pengadu/SP1 dan SP5. [62] Mengenai rakaman CCTV, SP6 telah membuat siasatan berkenaan perakam CCTV yang berada di kawasan dalam kedai yang tidak berfungsi semasa kejadian. SP6 telah dimaklumkan oleh Pengadu/SP1 bahawa CCTV itu telah tidak berfungsi selama beberapa hari dan Pengadu/SP1 telah meminta kontraktor membaiki tetapi belum diperbaiki. [63] SP6 juga mengesahkan, bahawa Perayu/Tertuduh juga ada berjumpa dengan bapa Pengadu/SP1 (bapa mangsa) untuk menyelesaikan perkara ini sesama mereka dan Perayu/Tertuduh mencadangkan mereka untuk membayar pampasan kepadanya tetapi tidak dipersetujui oleh bapa Yeap. SP6 memberitahu Mahkamah bahawa ketika berjumpa dengan Pengadu/SP1 pada 21/7/2015, Pengadu/SP1 masih lagi tidak ceria dan di dalam trauma. [64] Berikut adalah petikan keterangan Pegawai Penyiasat/SP6. Di muka surat 97 Rekod Rayuan, SP6 berkata: “Hasil rakaman percakapan, saya dapati beliau dicabul oleh OKT pada 15/7/2015. Sebelum kejadian itu juga, OKT telah beberapa kali telah pergi ke kedai untuk mengganggu Yeap. 31 OKT yang saya maksudkan ialah Tay. OKT ada di dalam kandang Tertuduh. Saya dimaklumkan oleh Yeap pada 15/7/2015, semasa berada di bahagian dapur Kedai Kek Cintaku OKT telah masuk ke bahagian dapur tersebut. Pada masa itu Yeap berada di dalam setor kecil. OKT menghampiri setor itu dan pegang tangan Yeap. Apabila Yeap berusaha untuk keluar dari setor OKT telah memegang punggung dan memeluk dari belakang serta memegang payudara Yeap. Yeap menjerit, OKT memegang tangan Yeap. Pekerja Yeap memasuki kawasan dapur, Nur Fazlin telah tergesa-gesa masuk ke bahagian dapur. Selepas itu, OKT keluar dari kedai.” [65] Menyambung keterangannya, di muka surat 98, Rekod Rayuan, SP6 berkata: “Menurut Yeap, semasa berada di dalam setor, setor itu kecil. OKT telah memegang tangannya. Yeap berusaha untuk keluar dari setor OKT telah memegang punggung menggunakan tangan kanan OKT. Apabila Yeap berjalan ke depan lagi, masih di kawasan dapur. OKT memeluk dari belakang dan memegang payudara Yeap.” [66] SP6 juga mengesahkan melalui siasatan beliau bahawa sebelum kejadian Tertuduh/Perayu telah datang ke kedai kek tersebut beberapa kali. Di muka surat 98, Rekod Rayuan, SP6 berkata: 32 “Menurut Yeap, sebelum kejadian itu beliau juga telah datang ke Kedai Kek Cintaku pada 9/7/2015 berlegar-legar di kawasan kedai sahaja. Pada 10/7/2015, OKT telah masuk ke kedai dan bertanya kepada Nur Fazlin apa kegemaran Yeap. Nur Fazlin jawab kek dan roti. OKT beli kek dan roti di kedai itu dan beri semula kepada Yeap.” [67] Mengenai rakaman CCTV, di muka surat 99 Rekod Rayuan, SP6 berkata: “CCTV tidak berfungsi semasa kejadian dan tidak dapat merakam apa-apa kejadian. Pengadu bagitahu saya, CCTV itu memang tidak berfungsi beberapa hari tiada dan telah minta orang datang repair tetapi belum ada orang datang untuk repair.” Di muka surat 109 Rekod Rayuan, SP6 berkata: “Mangsa tidak ceritakan di dalam report pertama kerana mangsa bersama Nur Fazlin. Dia sangat malu nak cakap dipegang punggung dan payudara. Mangsa hanya ceritakan gangguan-gangguan pada report pertama.” [68] Secara keseluruhan Mahkamah mendapati keterangan SP6 adalah konsisten dengan keterangan Pengadu/SP1 dan menyokong keterangan Pengadu/SP1. Mahkamah mendapati keterangan SP6 adalah neutral, tidak berat sebelah di dalam siasatannya dan telah memberi keterangan secara profesional dan jujur menjadikan 33 keterangannya berkredibel dan berkualiti. Justeru, Mahkamah mendapati SP6 adalah seorang saksi yang kredibel dan bercakap benar. [69] Keterangan sokongan berikutnya datangnya daripada keterangan mengikut keadaan dan fakta matrik kes itu sendiri (“factual matrix of the case itself”) yang menunjukkan keadaan bahawa apa yang diceritakan oleh seseorang Pengadu itu mempunyai ‘probability’ dan logik yang tinggi sekaligus mengesahkan keadaan/peristiwa itu. Keterangan menunjukkan bahawa Pengadu/SP1 telah diganggu oleh Perayu/Tertuduh sebelum tarikh kejadian lagi. Pada hari kejadian Perayu/Tertuduh telah menceroboh masuk ke kedai dan telah pergi kea rah dapur dan membuka bilik setor dan seterusnya telah mengasari Pengadu/SP1 dan seterusnya telah mencabul Pengadu/SP1. Seseorang saksi/mangsa tidak akan datang ke Mahkamah untuk memberi keterangan yang menjatuhkan maruahnya dan juga keluarganya melainkan keterangan itu adalah benar belaka. [70] Di dalam kes Brabakaran v. Public Prosecutor [1966] 1 MLJ 64 Mahkamah Persekutuan menyatakan: “Corroborative evidence is not necessarily restricted to the oral evidence of an independent witness. Corroboration can equally well be afforded by established facts and the logic of established facts sometimes speaks even more eloquently than words. We are of the opinion that if, during the period of her elder sister’s confinement, it 34 was necessary for the girl to remain in her sister’s house in order to help look after her sister’s children, when the appellant’s mother had to go to hospital again and the girl’s services were again called for, it was more than probable that what she said was true and that she, in fact, went to assist her sister’s family during the absence of the appellant’s mother in hospital from April to May.” [71] Setelah meneliti kesemua keterangan saksi-saksi sokongan pihak Pendakwaan, Mahkamah ini seperti Mahkamah Bicara, sekali lagi berpuas hati bahawa mereka adalah saksi-saksi yang berkredibel dan bercakap benar dan sekaligus menyokong keterangan Pengadu/SP1 yang telah membuktikan wujudnya kedua-dua elemen/intipati pertuduhan. [72] Di akhir kes Pendakwaan, dengan menggunakan pendekatan yang telah Mahkamah terangkan pada awal Alasan Penghakiman ini dan setelah membuat penganalisaan maksima, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes Prima Facie terhadap Tertuduh/Perayu dan Tertuduh/Perayu dipanggil untuk membela diri. Pembelaan Tertuduh/Perayu [73] Tertuduh/Perayu telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. 35 [74] Keterangan pembelaan Perayu adalah berbentuk penafian semata-mata. Selain Tertuduh/Perayu, pihak pembelaan telah memanggil SD2, seorang Inspektor Polis iaitu Inspektor Zamzuri bin Mohd Jamil, sebagai saksi sokongan. [75] Perayu/Tertuduh telah memulakan kes pembelaan dengan memberikan keterangan dengan menyatakan bahawa kesemua dakwaan Perayu/Tertuduh mencabul Pengadu/SP1 adalah palsu, bersifat fitnah dan tidak benar belaka dan juga pekerjanya telah berpakat untuk mengenakan Perayu/Tertuduh. Perayu/Tertuduh menafikan yang dia cuba untuk membayar Pengadu/SP1 bagi menyelesaikan kes Pengadu/SP1. [76] Perayu/Tertuduh tidak menafikan kejadian pada 15/7/2015, dengan menyatakan bahawa Perayu/Tertuduh pada 15/7/2015 jam lebih kurang 9.30 telah pergi ke kedai dengan membawa buah tangan dalam bentuk cookies dan kad ucapan dengan perutusan dari seorang bernama Ah Kee. [77]
Preamble
Menurut Perayu/Tertuduh lagi, sebaik sahaja Perayu/Tertuduh sampai di Kedai Kek berkenaan, Perayu/Tertuduh telah bertanyakan kepada Nur Fazlin/SP5 sama ada majikan berada di kedainya atau tidak. Selepas Perayu/Tertuduh mendapat kepastian, Perayu/Tertuduh telah meminta izin untuk masuk ke belakang cashier untuk berjumpa Pengadu/SP1. Sebaik sahaja Perayu/Tertuduh masuk ke dalam kedai tersebut, Perayu/Tertuduh telah berjumpa Pengadu/SP1 di bahagian dapur kedai tersebut. 36 Perayu/Tertuduh pun menghulurkan buah tangan tersebut yang merupakan coklat cookies dan perutusan dalam bentuk kertas dan kad Famous Amos. [78]
Preamble
Menurut Perayu/Tertuduh, Perayu/Tertuduh telah menghulurkan dengan kedua-dua belah tangan kepada Pengadu/SP1 dan Pengadu/SP1 telah terima dengan kedua-dua belah tangan Pengadu/SP1 dengan tenang dan senyuman. [79] Semasa menghulurkan coklat cookies tersebut, Perayu/Tertuduh telah tersentuh kedua-dua tapak tangan Pengadu/SP1. [80] Perayu/Tertuduh mengatakan dakwaan menjerit, sengaja memegang tangan Pengadu/SP1 meramas buah dada meramas punggung Pengadu/SP1 adalah palsu dan rekaan semata-mata oleh Pengadu/SP1. Selepas itu, Perayu/Tertuduh pun berjalan dengan biasa dari dapur untuk keluar. Nur Fazlin (SP5) masuk dan nampak Perayu/Tertuduh serahkan buah tangan kepada Pengadu/SP1. [81]
Preamble
Menurut Perayu/Tertuduh lagi, dakwaan bahawa Nur Fazlin/SP5 terdengar Pengadu/SP1 menjerit dan nampak Perayu/Tertuduh dengan keluar dengan tergesa-gesa itu adalah palsu, rekaan semata-mata. [82] Perayu/Tertuduh juga menafikan pernah mengugut untuk membakar kedai Pengadu/SP1. 37 [83] Mengenai rakaman CCTV Perayu/Tertuduh mengatakan CCTV di kedai tersebut berfungsi ketika Perayu/Tertuduh berada di kedai tersebut. [84] Perayu/Tertuduh menyatakan berkenaan dengan kejadian, pada 11/8/2015 Perayu/Tertuduh terserempak dengan ayah Pengadu/SP1 untuk meminta pampasan kerana ditumbuk oleh ayah Pengadu/SP1. [85] Berikut adalah sedutan keterangan Perayu/Tertuduh. Di muka surat 119 Rekod Rayuan, Perayu/Tertuduh berkata: “Tarikh mula-mula minta berbuat demikian pada awal bulan 7 2015. Pada 15/7/2015, jam 9.30 malam, sebelum saya pergi 15/07/2015, saya ada buat semakan latar belakang Pengadu dan tempat kerja Pengadu. Saya ada pergi ke kedai tempat Pengadu bertugas. Saya cuba tilik tempat tempat kerja Pengadu dan supaya saya kenal tempat tersebut. Jadi selepas buat kepastian, saya pada 15/7/2015 jam lebih kurang 9.30 saya telah pergi ke kedai dengan bawa buah tangan dalam bentuk cookies dan kad ucapan dengan perutusan dari Ak Kee.” [86] Mengenai kejadian pencabulan ini yang menjadi subjek pertuduhan terhadap Perayu/Tertuduh di muka surat 120 Rekod Rayuan, Perayu/Tertuduh berkata: 38 “Seterusnya, sebaik saja saya masuk dalam kedai Pengadu, saya telah jumpa Pengadu di bahagian dapur kedai tersebut. Saya pun memperkenalkan diri dan memberitahu Pengadu tujuan saya datang yakni membawa buah tangan dan membawa perutusan dari Ah Kee yang ingin berkenalan dengan lebih lanjut lagi dengan Pengadu. Saya pun menghulurkan buah tangan tersebut yang merupakan coklat cookies dan perutusan dalam bentuk kertas dan kad “Famous Amos”. Saya hulurkan dengan kedua-dua belah tangan kepada Pengadu dan Pengadu telah terima dengan kedua-dua belah tangan. Sebelum saya pergi kepada dakwaan fitnah palsu dan rekaan Pengadu, semasa saya berikan buah tangan kertas dan kad, dengan kedua-dua belah tangan Pengadu telah terima dengan tenang dan senyuman, dalam proses pemberian buah tangan tersebut dan kad, saya tersentuh kedua-dua belah tangan Pengadu. Saya tersentuh sebab banyak barang. Semasa proses memberi saya pegang buah tangan tersebut dan Pengadu terima dan semasa proses memberi, tersentuhlah kedua-dua tapak tangan Pengadu. Dakwaan menjerit, sengaja memegang tangan Pengadu meramas buah dada meramas punggung Pengadu adalah palsu, rekaan semata-mata oleh Pengadu demi untuk kenakan saya. Apa yang berlaku sebenarnya seperti berikut, selepas beri buah tangan tersebut kepada Pengadu dan Pengadu telah terima dengan hati yang tenang dan saya telah nyatakan kepada Pengadu, Ak Kee ingin berkenalan dengan Pengadu dan ini adalah soal hati Ah Kee. 39 Dalam perbincangan pendek tersebut, saya telah bagitahu Pengadu, Pengadu masih tidak berkahwin dan sebelum ini Pengadu mempunyai teman lelaki selama beberapa tahun dan putus hubungan dengan lelaki tersebut, dengan fakta tersebut kawan saya ingin berkawan dengan Pengadu sebab Pengadu available.” [87] Pihak pembelaan telah memanggil SD2 untuk menyokong keterangan pihak pembelaan. SD2 ialah Inspektor Polis yang merupakan Pegawai Penyiasat bagi kes mengenai Tertuduh/Perayu ditumbuk oleh bapa Pengadu/SP1, Mr. Yeap (mendatangkan kecederaan di bawah Seksyen 323). Namun, keterangan SD2 tidak menyokong Tertuduh/Perayu sebaliknya menguatkan lagi kes pendakwaan. [88] Di muka surat 130 Rekod Rayuan, ketika Pemeriksaan Balas, SD2 telah ditanya dan menjawab seperti berikut: “Soalan : Saya cadangkan Mr. Yeap pukul Mr. Tay kerana Mr. Tay telah mencabul anaknya. Jawapan: Setuju. [Tiada pemeriksaan semula dilakukan oleh Peguam Perayu/Tertuduh selepas ini.]” 40 Penganalisaan Kes Pembelaan Tertuduh/Perayu [89] Setelah meneliti keterangan Tertuduh/Perayu, secara “judicial appreciation of evidence” Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa keterangan Pembelaan yang dikemukakan adalah bersifat penafian kosong semata-mata yang tidak disokong oleh keterangan sokongan dan gagal menyangkal kes Pendakwaan. [90] Setelah meneliti semula, Mahkamah mendapati bahawa keterangan penafian Tertuduh/Perayu yang tidak disokong ini amat bercanggah dengan keterangan kukuh mangsa/SP1 yang disokong dengan keterangan-keterangan sokongan yang melimpah-ruah sepertimana yang telah dihuraikan Mahkamah sebelum ini. Penafian kosong semata-mata oleh Tertuduh/Perayu ini tidak boleh diterima Mahkamah. Penafian ini sekaligus membuktikan bahawa Tertuduh/Perayu adalah seorang saksi yang tidak kredibel. Dari segi prinsipnya, jika seseorang saksi itu telah diputuskan sebagai saksi yang tidak kredibel oleh Mahkamah, maka isu keterangan sokongan tidak timbul kerana keterangan sokongan (jika ada) hanya terpakai kepada seorang saksi yang kredibel sahaja. (Lihat kes Sabarudin bin Man v. PP [2005] 4 MLJ 37; Yap Ee Kong v. PP [1981] 1 MLJ 144). [91] Lebih parah lagi apabila keterangan penafian kosong ini sendiri tidak diiktiraf sebagai pembelaan oleh Mahkamah. Di dalam kes Morteza Hosseinkhani Mostafa v. PP & Satu Rayuan Lain [2017] 41 1 LNS 78, Mahkamah telah menjelaskan berkenaan penafian kosong sebagaimana berikut: “Pada pendapat kami hakim bicara tidak khilaf apabila mendapati bahawa pembelaan kedua-dua perayu adalah penafian semata-mata. Dalam hubungan ini petikan berikut dalam penghakiman mahkamah ini dalam kes Mr Losali v. PP [2012] 2 CLJ 178; [2011] 4 MLJ 694 adalah berkaitan: "[53] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to take. [54] The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Majesty then was) in D.A. Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, had this to say in regard to the defence of simple denial: "The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant." 42 [92] Di dalam kes PP v. Ku Lip See [1980] 1 LNS 166; [1981] 1 MLJ 258 Mahkamah memutuskan seperti berikut: “A bare denial should not create a reasonable doubt in the mind of the trial judge.” [93] Di akhir kes Pembelaan, mengikut Seksyen 173 (m)(i), Kanun Acara Jenayah, Mahkamah perlu mengambil kira segala keterangan yang telah dikemukakan oleh keuda-dua pihak dan Mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Ke arah itu, Mahkamah ini setelah membuat penilaian maksima dan membandingkan kes Pendakwaan dengan kes Pembelaan, dan dilihat dari segi keprobabelan kes (probability of the case), Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah bagi pertuduhan yang dikemukakan terhadap Tertuduh/Perayu. Tertuduh/Perayu pula telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Ke arah itu, berpandukan kes Mat v. PP [1963] 1 LNS 82 yang menyatakan “(a) if you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt … convict”, maka Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Tertuduh/Perayu dengan itu didapati bersalah dan disabitkan. 43 H. LAIN-LAIN Perkara-perkara yang dibangkitkan Peguam: [94] Untuk melengkapkan Alasan Penghakiman ini, Mahkamah ingin menyentuh mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Peguambela. [95] Perlu ditekankan bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan adalah melibatkan isu teknikal sahaja yang tidak berjaya menggugat kekuatan kes Pendakwaan. [96] Pertamanya Peguambela mempertikaikan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) telah mensabitkan Tertuduh terhadap satu pertuduhan yang mempunyai 2 tarikh berbeza. Di dalam erti kata lain, pertuduhan yang dikatakan kesalahan berlaku adalah bertarikh 13/3/2017 tetapi Tertuduh/Perayu disabitkan terhadap kesalahan yang berlaku pada 15/3/2017. [97] Ini adalah tidak benar, kerana pindaan tarikh telah dibuat. Mahkamah ingin merujuk kepada Rekod Rayuan di muka surat 86 di mana Timbalan Pendakwa Raya (TPR) telah memohon secara rasmi kepada Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) untuk membuat pindaan terhadap tarikh kejadian iaitu daripada13/7/2015 kepada 15/7/2015. 44 [98] Permohonan sebegini dibenarkan undang-undang iaitu di bawah Seksyen 158 Kanun Acara Jenayah yang berbunyi: “158. Court may alter or add to charge.
1
Any Court may alter or add to any charge at any time before judgment is pronounced.
2
Every such alteration or addition shall be read and explained to the accused.” [99] HMS telah mematuhi peruntukkan ini apabila di Rekod Rayuan muka surat 158 direkodkan (antara lain) pertuduhan telah dibacakan semula dan diterangkan kepada Tertuduh/Perayu, seperti berikut: - Faham Bahasa Melayu; - Pertuduhan dibacakan dan diterangkan; - Tertuduh faham; - Mohon Bicara. [100] Seterusnya Rekod Rayuan di muka surat yang sama merekodkan seperti berikut:- “SAKSI PENDAKWAAN 5 Nur Fazlin binti Mohd Aziz ………. 45 [101] Ini bermakna HMS telah membenarkan permohonan pindaan tersebut dan meneruskan prosiding. Mahkamah berpendapat, walaupun HMS tidak menyatakan secara khusus dan secara bertulis bahawa pindaan telah dibenarkan, namun melalui inferens ianya telah dibenarkan. Ini adalah kerana jika ianya tidak dibenarkan, mana mungkin HMS meneruskan perbicaraan dengan memanggil “Saksi Pendakwaan 5”. Justeru, Mahkamah memutuskan HMS di dalam Alasan Penghakiman telah mengarahkan mindanya bahawa kejadian memang berlaku pada 15/7/2015 sepertimana di muka surat 13 Rekod Rayuan. [102] Justeru hujahan Peguambela adalah tidak mempunyai merit, malahan ianya adalah “non starter”. Apa tah lagi Tertuduh/Perayu sendiri telah mengesahkan tarikh kejadian ialah pada 15/7/2015, ketika di peringkat pembelaannya. [103] Peguambela juga membangkitkan isu mengenai “Rakaman CRT” (CRT Recording) di mana Peguambela telah memohon daripada Mahkamah untuk dibekalkan rakaman CRT bagi keseluruhan prosiding. Mahkamah telah membenarkan permohonan tersebut dan telah mengarahkan Mahkamah Bicara membekalkannya. Malangnya Mahkamah Bicara tidak dapat membekalkan rakaman bagi prosiding di peringkat “Kes Pendakwaan” namun, rakaman bagi prosiding “Peringkat Pembelaan” telah berjaya dibekalkan. Mahkamah ini difahamkan oleh Pendaftar bahawa oleh kerana akibat masalah teknikal (technical glitches) maka sistem tidak berjaya merakamkan prosiding kes di “Peringkat Pendakwaan”. 46 [104] Tidak berpuas hati dengan kedudukkan sedemikian, Peguambela telah memohon supaya usaha-usaha dibuat untuk mendapatkan rakaman “back up” dan apa-apa usaha-usaha lain, walaupun Mahkamah di peringkat itu berpandangan rakaman CRT adalah tidak perlu kerana tiada kelompangan di dalam Nota Keterangan yang dicatit oleh Hakim Bicara. Namun Pihak Pembelaan ingin penambahan masa untuk berusaha lagi untuk mendapatkan rakaman “back up” tersebut. Demi keadilan, Mahkamah terpaksa membenarkan permohonan penangguhan beberapa kali sehinggalah pihak-pihak mengesahkan bahawa usaha-usaha untuk “retrieve” rakaman CRT bagi prosiding di “Peringkat Pendakwaan” disahkan tidak berjaya. [105] Difahamkan pihak Pejabat Pendaftar juga telah memanggil Kontraktor untuk mendapatkan rakaman prosiding perbicaraan tersebut namun ianya turut tidak berjaya. [106] Oleh hal yang demikian, Peguambela menghujahkan bahawa oleh kerana rakaman CRT yang dimaksudkan tidak dapat diperolehi maka Tertuduh dan juga Mahkamah ini dinafikan peluang untuk melihat apa yang berlaku semasa sepanjang prosiding dan boleh memastikan bahawa Hakim Bicara adalah betul di dalam mencapai keputusannya. [107] Justeru itu, pihak Peguambela menghujahkan bahawa dengan kegagalan mengemukakan “CRT Recording”, maka Mahkamah ini selaku Mahkamah di peringkat rayuan yang mendengar semula kes 47 ini (rehearing) tidak dapat melihat demeanour saksi-saksi Pendakwaan, bahawa SP1 masih trauma semasa memberi keterangan, dan Hakim Bicara kononnya mengganggu cara Peguam Tertuduh menyoal saksi. Justeru Peguam menghujahkan sabitan dan hukuman yang telah diputuskan wajar diketepikan. [108] Mahkamah ini mengambil pendirian bahawa hujahan Peguambela mengenai ketiadaan rakaman prosiding melalui CRT (CRT) adalah fatal, tidak mempunyai merit langsung berdasarkan alasan-alasan berikut. [109] Pertamanya penggunaan “CRT Recording” ini baru diperkenalkan pada 1/5/2009 dan ianya bukan mengambil alih pemakaian perekodan keterangan secara konvesyenal iaitu di bawah Seksyen 266 dan 267 Kanun Acara Jenayah. Ini jelas dinyatakan di dalam Seksyen 272C, Kanun Acara Jenayah yang menunjukkan bahawa ianya tidak mandatori kerana penggunaan perkataan “may” seperti berikut: “272C. Application of this Chapter. Not withstanding the provisions contained in Chapter XXV or any other provisions of this Code, or the provisions of any other written law, dealing with the mode of taking and recording of evidence, any mechanical means may be employed for the recording of any proceedings before the Special Court, the Federal Court, the Court of Appeal, the High Court, the Sessions Court, the Magistrate Court 48 and the Court for Children and where mechanical means are employed the provisions of this Chapter shall apply.” [110] Seksyen 272D (i) (b) menyatakan: “mechanical means” includes any equipment, device, apparatus or medium operated digitally, electronically, magnetically or mechanically. [111] Seksyen 272E pula memberi budibicara kepada Mahkamah untuk merekodkan prosiding melalui “mechanical means” seperti berikut: “272E. Proceeding may be recorded by mechanical means or combination of mechanical means and other modes.
1
A Judge or Magistrate shall have the discretion to direct that any proceedings before any Court be recorded, in whole or in part, by any mechanical means or a combination of any mechanical means.
2
Where any Judge or Magistrate directs that any proceedings be recorded by any mechanical means, the Judge or Magistrate shall satisfy himself as to the efficiency and functional capability of such mechanical means and that the mechanical means used for recording is in good working order for the purpose of ensuring that the electronic record of such proceedings is clear and accurate. 49
3
Notwithstanding that any proceedings are being recorded by any mechanical means, a Judge or Magistrate may:
a
employ any other mode of taking and recording of evidence; and
b
at any time, direct that such recording be discontinued and that the recording of such proceedings be continued by any other mechanical means or any other mode of taking and recording of evidence.
4
Where a Judge or Magistrate makes a ruling that any evidence adduced is inadmissible or irrelevant and shall not form part of the record of proceedings, he may direct that the electronic record of such evidence be erased or otherwise omitted from the record of proceedings.” [112] Justeru, penggunaan keterangan yang dirakamkan melalui “CRT Recording” dan di“transcribe”kan bukanlah mandatori. Ini bermakna kegagalan menggunakan keterangan yang dirakamkan secara mekanikal tersebut tidak boleh menjadikan sesuatu sabitan atau dapatan tidak sah atau terbatal. [113] Peguambela juga menyatakan bahawa tanpa rakaman CRT Tertuduh dan Mahkamah ini dinafikan daripada melihat “demeanour” saksi-saksi Pendakwaan dan justeru ketiadaannya mendatangkan kemudaratan kepada kes Pendakwaan. 50 [114] Mahkamah berpendapat hujahan ini adalah tidak bermerit. Ini adalah kerana kekukuhan sesuatu kes Pendakwaan bukan bergantung kepada demeanour saksi Pendakwaan sahaja. Dan begitu juga kelemahan kes Pembelaan bukan diasaskan kepada demeanour saksi Pembelaan sahaja. Di dalam kes Lee Ing Chin & Lee Teck Seng & Another v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 99, Mahkamah Rayuan memutuskan: “A Trier of fact who makes finding purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of what witness’s evidence run the risk of having his finding corrected on appeal.” [115] Seterusnya Peguambela juga menghujahkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab wajib Hakim Bicara untuk merekodkan demeanour saksi-saksi Pendakwaan dan kegagalan melakukannya adalah fatal. Dengan ketiadaan rakaman CRT, dan ketiadaan catitan di Rekod Rayuan mengenai demeanour saksi, maka Defendan telah diprejudiskan. [116] Mahkamah berpendapat bahawa tidaklah menjadi kemestian (mandatori) yang memerlukan Mahkamah merekodkan demeanour saksi-saksi berkenaan. Ini adalah kerana Seksyen 271 menggunakan perkataan “may” seperti di bawah: “271. Remaks as to demeanour of witness. 51 A presiding Magistrate recording the evidence of a witness may, at the conclusion of the evidence and at the foot of the notes of it, record such remarks, if any, as he thinks material respecting the demeanour of the witness while under examination.” [117] Malahan Mahkamah ini walau bagaimanapun mendapati bahawa Mahkamah Bicara telah merekodkan demeanour saksi utama ie Pengadu/SP1 seperti berikut di muka surat 67, Rekod Rayuan: “Soalan : Kenapa boleh kata 15/7/2015 dengan yakin? Jawapan : Ingatan saya, saya rasa 15 haribulan. Benda ni sudah berlaku lama, saya tak nak ingat semua. Mahkamah : Saksi senyap seolah sedang berfikir dan saksi ini agak trauma bila ditanya tentang kejadian tersebut.” [118] Mahkamah mendapati Pihak Pembelaan, dengan izin, telah mengambil kesempatan ketiadaan rakaman CRT ini untuk membuat berbagai “fishing expedition” untuk menunjukkan kononnya kelemahan kes Pendakwaan. [119] Mahkamah ingin menekankan di sini bahawa bagi kes seumpama ini, sama seperti kes rogol dan kes seksual lain ianya merupakan kes yang “straight forward” di mana keperluan rekod rakaman prosiding melalui CRT tidak diperlukan. Lazimnya kejadian akan berkisar di satu tempat atau di dalam bilik di mana kejadian/kesalahan itu berlaku dan hanya Pengadu dan Tertuduh sahaja yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Kekuatan 52 keterangan (weight) bergantung kepada kredibiliti Pengadu/Mangsa. Di dalam kebanyakan kes, tidak terdapat saksi sokongan yang berada di tempat kejadian seperti SP5 di dalam kes ini. Rakaman prosiding perbicaraan pula adalah melalui cara biasa di bawah Seksyen 267 yang ditulis Hakim Bicara sendiri dan bukannya rakaman CRT yang telah di“transcribe”kan. Di dalam kebanyakan kes, Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dan telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan. [120] Ini bermakna bagi kesalahan sebegini (termasuk kes rogol, sumbang mahram) ketiadaan keterangan yang dirakamkan melalui rakaman CRT yang telah di“transcribe”kan tidak akan memprejudiskan Tertuduh/Perayu. Ini berbeza dengan kes-kes kompleks, yang melibatkan perbicaraan yang panjang, dan melibatkan ramai saksi-saksi penting dan beratus-ratus dokumen, yang mana ketiadaan keterangan yang direkodkan melalui rakaman CRT akan memprejudiskan Tertuduh, dan bergantung kepada keadaan dan kompleksiti sesuatu kes itu, adalah mungkin fatal kepada Pendakwaan. Namun, ini tidak berlaku di dalam kes ini malahan Mahkamah mendapati kes ini adalah “water tight”. Justeru itu, Mahkamah ini mendapati bahawa hujahan Peguam mengenai ketiadaan rekod prosiding melalui CRT adalah fatal di dalam kes ini, tidak bermerit dan perlu ditolak. [121] Beralih kepada isu rakaman CRT, Peguam Tertuduh juga membangkitkan isu bahawa kegagalan pihak Pendakwaan untuk mengemukakan rakaman CCTV di tempat kejadian menyebabkan 53 sabitan tersebut perlu diketepikan dan anggapan bertentangan perlu dikenakan terhadap Pendakwaan. [122] Mahkamah berpendapat bahawa hujahan ini adalah meleset. Pertamanya Pengadu/SP1 telah menyatakan bahawa alat CCTV tersebut rosak dan tidak berfungsi sejak beberapa hari sebelum kejadian. Ini telah disahkan oleh Pegawai Penyiasat, SP6. Maka tiada rakaman kejadian di tempat kejadian dapat ditawarkan oleh Pendakwa Raya. [123] Keduanya, walaupun ketiadaan rakaman CCTV, namun di dalam kes ini, keterangan sokongan daripada SP5 merupakan keterangan sokongan yang kukuh yang menyokong keterangan Pengadu/SP1. Di dalam kebanyakkan kes rogol, sumbang mahram dan pencabulan, sabitan masih diperolehi walaupun dengan ketiadaan keterangan sokongan seperti keterangan SP5 di dalam kes ini dan rakaman video/CCTV. Justeru itu, hujahan Peguambela Defendan mengenai perkara ini adalah tidak bermerit dan ditolak. [124] Peguambela juga membangkitkan isu kononnya Hakim Bicara mengganggu prosiding dengan tidak membenarkan Peguambela mengemukakan beberapa soalan balas terhadap saksi Pendakwaan khususnya Pengadu/SP1. Mahkamah telah meneliti nota keterangan dan Mahkamah tidak bersetuju dengan apa yang disarankan oleh Peguambela. 54 [125] Ini adalah kerana Peguam telah menyoal soalan yang mana keterangan telah sedia ada. Contohnya di muka surat 60 Rekod Rayuan, soalan balas adalah seperti berikut: “Soalan : P4 dirujuk. Saya cadangkan, selepas buat report pada 16/7/2015, kamu ada buat report kali kedua 2/9/2015. Mahkamah: Saya tidak benarkan soalan ini sebab fakta ini telah sedia ada dan non disputed facts di dalam peperiksaan utama.” [126] Undang-Undang mantap menyatakan Hakim Bicara mempunyai hak untuk mengawal soalan-soalan yang diajukan oleh Peguam kepada saksi supaya soalan yang relevan dan yang tidak berulang dikemukakan. Ini adalah untuk mengelakkan prejudis dan juga supaya perbicaraan tidak meleret hingga menyebabkan ianya berlarutan seperti di dalam kes ini, sedangkan fakta kes adalah, seperti dikatakan tadi sebagai “straight forward”. I. RAYUAN TERHADAP HUKUMAN OLEH PERAYU/TERTUDUH [127] Tertuduh/Perayu telah dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara dari tarikh jatuh hukum oleh Hakim Bicara (HMS). Tertuduh/Perayu juga telah merayu terhadap hukuman di Mahkamah ini. 55 Undang-undang Mengenai Rayuan terhadap Hukuman [128] Undang-undang mengenai rayuan terhadap hukuman adalah mantap iaitu Mahkamah di peringkat rayuan sewajarnya tidak mengganggu keputusan yang dibuat oleh Hakim bicara melainkan keputusan itu adalah salah, contohnya hukuman tersebut adalah terlalu berat (manifestly excessive) atau terlalu ringan (manifestly inadequate). [129] Mahkamah ini akan berpandukan beberapa prinsip penghukuman di dalam mempertimbangkan rayuan mengenai hukuman. Di dalam kes Adam Atan v. PP [2009] 1 CLJ 33 khususnya di muka surat 36 YA Gopal Sri Ram, Hakim Mahkamah Rayuan berkata: “In an appeal against sentence, the initial function of this court is one of review only. The fact that each of us sitting separately or together would have imposed a lesser sentence is irrelevant. The appellant must satisfy this court that the sentencing court has either erred in principle or imposed a sentence that was manifestly excessive. We find it unnecessary to cite any authority in support of this well established principle”. [130] Di dalam kes Bhandulananda Jayatilake [1981] 1 LNS 139, Almarhum Raja Azlan Shah (KHN ketika itu) telah menyatakan: “For a discreationary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge 56 was embarking on some unauthorized or extraneous or irrelevant exercise of discretion”. Dapatan Mahkamah Ini Mengenai Hukuman [131] Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kesalahan pencabulan adalah satu kesalahan yang boleh dikatakan serius. Ini dilambangkan dengan hukuman maksima yang boleh dikenakan bagi kesalahan mencabul sebegini adalah maksima 10 tahun penjara. Hakim Bicara di dalam mengikuti prinsip-prinsip hukuman adalah tidak terkhilaf apabila memberi keutamaan kepada kepentingan awam yang mengatasi kepentingan peribadi Tertuduh/Perayu seperti mana yang ditekankan di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256. [132] Namun kepentingan seseorang Tertuduh tidak boleh diketepikan langsung. (Lihat kes Tan Sri Abdul Rahim Noor v. PP [2001] 1 MLJ 193). Terdapat keadaan di mana kepentingan awam sendiri mewajarkan seseorang Tertuduh itu tidak dimasukkan ke dalam penjara di dalam tempoh yang panjang kerana ia akan membawa banyak keburukan daripada kebaikan, di mana seseorang pesalah itu akan menjadi penjenayah tegar (hardened criminal) selepas menjalani hukuman penjara. [133] Justeru itu, Mahkamah ini sebagai Mahkamah yang mendengar rayuan perlu menjalankan satu kaedah pengimbangan (balancing exercise) untuk memastikan keadilan dilaksanakan kepada 57 mangsa/orang awam dan juga Tertuduh/Perayu di dalam menentukan hukuman yang sesuai yang akan dijatuhkan. Ke arah itu, Mahkamah akan menggunakan kaedah ini di dalam menentukan hukuman yang sesuai di dalam kes ini. [134] Hakim Bicara tidak terkhilaf apabila telah mengambil kira fakta dan keadaan-keadaan sekeliling (surrounding circumstances) sebelum menjatuhkan hukuman. Di dalam hal ini, Mahkamah ingin merujuk kepada kes PP v. Mohamad Aziman Hasri [2017] MLJU dan kes-kes mantap yang lain yang mana Mahkamah mengambil kira situasi dan keadaan sekeliling serta kaedah (mode) jenayah tersebut dilakukan. [135] Kejadian berlaku di bahagian belakang kedai Kek berkenaan, setelah Perayu/Tertuduh menceroboh masuk ke bahagian dapur kedai. Fakta ini menunjukkan Tertuduh/Perayu telah mengambil kesempatan ke atas seorang wanita yang sedang menyorok daripadanya di dalam bilik setor di dalam ruangan dapur yang kecil yang menyukarkan Pengadu/SP1 mempertahankan dirinya. Mahkamah juga mendapati bahawa kejadian ini telah dirancang oleh Perayu/Tertuduh. [136] Namun dengan kejadian ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh/Perayu dan Tertuduh/Perayu ketika itu sedang mengalami keadaan amat tertekan kerana isterinya mengalami penyakit kanser, telahpun insaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan ini lagi, maka pertimbangan positif perlu diberikan kepada 58 Tertuduh/Perayu. Tambahan lagi, hukuman 3 tahun penjara akan membawa “crushing effect” kepada Tertuduh/Perayu. Selain daripada itu Tertuduh/Perayu telah menjalani reman selama 7 hari yang telah memberi keinsafan kepadanya sebelum dilepas di atas jaminan. Mahkamah ini berpendapat Hakim Bicara telah gagal memberi pertimbangan sewajarnya terhadap fakta-fakta ini yang mewajarkan campur tangan Mahkamah ini yang perlu menurunkan jumlah hukuman penjara tersebut. [137] Tertuduh/Perayu juga merupakan seorang bapa kepada 2 orang anak kecil. Tertuduh/Perayu juga merupakan “sole bread winner” memandangkan isterinya tidak bekerja. Dengan hukuman yang dikenakan ini, ianya memberi kesan ekonomi terhadap keluarga tersebut. Selain daripada hukuman penjara yang dikenakan ke atas Tertuduh/Perayu ini, Tertuduh/Perayu akan kehilangan pekerjaannya sebagai Penasihat Undang-Undang. Pemenjaraan yang lama juga akan mengakibatkan Tetuduh/Perayu terpisah dengan anak-anaknya dengan begitu lama yang boleh memberi kesan negatif pula kepada anak-anak kecil itu. Isterinya pula perlu mendapatkan rawatan intensif berkala yang melibatkan jumlah wang yang banyak. Setakat ini Perayu/Tertuduhlah yang membawa isterinya pergi dan balik ke hospital dan menjaga kesihatan serta melayani keperluan perubatan isterinya yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Hakim Bicara telah khilaf kerana tidak mengambil kira fakta-fakta ini sebelum menjatuhkan hukuman yang sekali lagi mewajarkan campur tangan Mahkamah ini. 59 [138] Peguam Tertuduh/Perayu juga telah memohon supaya Tertuduh/Perayu dilepaskan dengan bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah ataupun menjalani program khidmat masyarakat. Mahkamah ini berpendapat bahawa perintah di bawah Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah ataupun menjalani program khidmat masyarakat ini adalah tidak sesuai sebaliknya ianya perlu dikenakan dengan satu hukuman berbentuk “custodial”. [139] Semasa pendengaran rayuan ini penyakit kanser isterinya bertambah serius iaitu di peringkat “advance” yang memerlukan peningkatan kekerapan Tertuduh/Perayu membawanya ke hospital sendiri. Ini melibatkan pengorbanan dari segi masa dan penambahan kos yang sebenarnya di luar kemampuan Tertuduh/Perayu. Jika Tertuduh/Perayu dipenjarakan begitu lama ianya akan memburukkan keadaan lagi kerana tidak ada sesiapa lagi yang boleh menghantar isteri Tertuduh/Perayu ke hospital dan tidak ada orang yang mampu menjaga anak-anaknya. Akibat dari keadaan sedemikian, baru-baru ini Tertuduh/Perayu sendiri telah mengalami tekanan (stress) yang amat tinggi di mana akhirnya Tertuduh/Perayu telah bertindak keluar daripada Negeri Kelantan dan menetap di Negeri Sembilan sehingga sekarang. Fakta-fakta baru ini tidak berada di hadapan Hakim Bicara ketika itu. [140] Mahkamah sedia maklum bahawa kepentingan awam perlu melebihi kepentingan Tertuduh/Perayu. Tetapi di dalam masa yang sama keadaan sekeliling mewajarkan pertimbangan yang signifikan diberikan kepada Tertuduh/Perayu demi keadilan. 60 [141] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan di atas dan setelah membuat pendekatan imbangan (balancing exercise), Mahkamah memutuskan bahawa rayuan Tertuduh/Perayu terhadap hukuman wajar dibenarkan sebahagian di mana hukumannya dikurangkan daripada 3 tahun penjara kepada 3 bulan penjara sahaja. (Lihat PP v. Gunawan Sanim [2015] 1 LNS 1121). Selain daripada itu, Tertuduh dikenakan denda RM8,000 jika tidak bayar 8 bulan penjara. [142] Tertuduh/Perayu masih lagi tidak berpuas hati dengan hukuman yang telah dikurangkan tersebut oleh Mahkamah ini. Mahkamah berpendapat hukuman tersebut adalah sesuai dan Mahkamah tidak ada sebab untuk memberi hukuman yang lebih rendah. Sebaliknya Mahkamah berpendapat Tertuduh/Perayu boleh menganggap dirinya bernasib baik kerana jika dilihat trend hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah dewasa ini, hukuman yang lazim dikenakan di peringkat rayuan bagi kesalahan mencabul sebegini yang membawa hukuman maksima 10 tahun penjara adalah di dalam lingkungan 1 hari penjara sehingga 6 tahun penjara, bergantung kepada fakta kes masing-masing. [143] Tambah-tambah lagi Tertuduh/Perayu tidak mengaku bersalah dan didapati bersalah setelah perbicaraan penuh dijalankan. Mesej sewajarnya juga perlu disampaikan kepada rakyat jelata bahawa kesalahan mencabul adalah satu jenayah yang agak serius selain melibatkan maruah Mangsa/Pengadu. Mahkamah sentiasa 61 mengambil kira jenayah mencabul sebagai satu perbuatan keji. (Lihat kes Peilis v. PP [2014] 6 CLJ 670). [144] Justeru itu hukuman 3 bulan penjara dan denda RM8,000 jika tidak bayar 8 bulan penjara adalah adil dan selamat mengambil kira keseriusan kes dan juga kesan trauma dan stigma yang ditanggung Pengadu/SP1 diimbangi dengan kesan ke atas Tertuduh/Perayu. Walau bagaimanapun, mahkamah ini menyerahkan kepada kebijaksanaan Mahkamah Rayuan untuk memutuskannya. J. KESIMPULAN [145] Di atas alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati keputusan Hakim Bicara mengenai sabitan adalah betul dan selamat dan Mahkamah dengan ini mengesahkannya dan menolak rayuan Tertuduh/Perayu mengenainya. [146] Mengenai hukuman, Mahkamah mendapati bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf yang mewajarkan Mahkamah ini mencampur tangan sepertimana alasan-alasan yang telah Mahkamah berikan di atas. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Tertuduh/Perayu sebahagian dimana hukuman diturunkan daripada penjara 3 tahun kepada penjara 3 bulan sahaja beserta denda RM8,000 jika tidak bayar 8 bulan penjara. 62 RAYUAN SILANG PENDAKWA RAYA TERHADAP HUKUMAN [147] Pendakwa Raya pula telah memfailkan rayuan silang terhadap keputusan Mahkamah ini mengenai hukuman dengan alasan bahawa hukuman adalah tidak memadai. [148] Mahkamah menggunapakai alasan-alasan di atas bagi maksud rayuan Pendakwa Raya ini. [149] Mahkamah juga ingin menekankan sekali lagi bahawa manakala kepentingan awam perlu diberi keutamaan, namun kepentingan Tertuduh/Perayu juga tidak boleh diketepikan [lihat Tan Sri Abdul Rahim Noor v. PP (supra)]. Kadang kala kepentingan awam itu sendiri menghendaki bahawa sesuatu hukuman tersebut perlu dikurangkan untuk mengelakkan satu ketidakadilan dan kemudaratan yang akan berlaku terhadap Tertuduh/Perayu jika rayuan peringanan tidak dibenarkan. Mahkamah berpendapat kes Tertuduh ini tergolong di dalam kategori ini. [150] Perlu juga ditekankan di sini bahawa selain hukuman penjara yang boleh dikenakan sejumlah maksima 10 tahun penjara, Mahkamah juga mempunyai opsyen untuk mengenakan hukuman denda semata-mata namun Mahkamah berpendapat satu hukuman “custodial” dan denda adalah wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada Tertuduh/Perayu dan bakal-bakal pesalah lain. Namun, hukuman penjara tersebut tidak memerlukan hukuman penjara yang panjang. Ke arah itu, Mahkamah berpendapat hukuman 63 penjara 3 bulan dan denda RM8,000 jika tidak bayar 8 bulan penjara adalah memadai. [151] Mahkamah juga ingin merujuk kepada trend hukuman bagi kesalahan ini. [152] Di dalam kes Abdul Majid bin Ahmad v. PP [2018] MLJU 994 di mana mangsa berumur 11 tahun 6 bulan, Mahkamah menjatuhkan hukuman, RM5,000.00 denda dan 3 bulan penjara. [153] Di dalam kes Lim Chee Soon v. PP [2016] MLJU 545, Tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Majistret sebanyak 15 bulan tetapi selepas rayuan, Mahkamah membenarkan rayuannya dan dikurangkan kepada 6 bulan penjara sahaja. Ada juga beberapa kes lain yang mana pesalah dihukum penjara satu minggu dengan dikenakan denda. Tidak kurang juga ada kes-kes di mana pesalah dikenakan 1 hari penjara dan ada dilepaskan dengan dikenakan bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah. [154] Berbalik kepada kes ini, di atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Bicara adalah tidak sesuai yang mewajarkan campur tangan Mahkamah ini. Mahkamah sekali lagi berpendapat bahawa hukuman 3 bulan penjara dan denda RM8,000 jika tidak bayar 8 bulan penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini adalah wajar dan 64 selamat berdasarkan keadaan sekeliling kes ini (in the circumstances of the case). Tarikh: 15 Februari 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC 3) Kuala Lumpur. Pihak-Pihak Peguam Tertuduh: Mr. Cheang Chu Yong, Benedict Tetuan Benedict Cheang & Co, Lot 717, Tingkat 2, Seksyen 9, Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Mr. Cheah Pooh Loon, Tetuan P.L Cheah & Co, No. 3850, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan. 65 Pendakwa Raya: TPR Shahaliza binti Abdul Razak, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim,15050 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.