Berdasarkan keseluruhan rekod, hujahan pihak-pihak, serta sifat sebenar pertikaian, Mahkamah ini merumuskan bahawa isu-isu yang timbul boleh digabungkan dan distrukturkan kepada tiga isu utama seperti berikut: Isu (i) : Sama ada tindakan Plaintif dalam Guaman Sivil No. JA- 21NCvC-18-11/2024 adalah bersifat prejudis kepada perbicaraan yang adil di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(c) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, khususnya kerana wujudnya pertindihan substantif dengan Guaman Sivil No. JA-21NCvC- 13-03/2022. Isu (ii) : Sama ada tindakan Plaintif tersebut merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah di bawah Aturan 18 S/N i0KmCmDzOEa3s4x4Nky7fA Kaedah 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, termasuk sama ada ia merupakan suatu percubaan untuk mencabar liabiliti cukai melalui saluran yang tidak dibenarkan oleh kerangka statutori di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Isu (iii) : Sama ada, dalam keadaan fakta dan undang-undang kes ini, Mahkamah wajar menggunakan budi bicara untuk membatalkan keseluruhan Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif atau sebaliknya membenarkan tindakan ini diteruskan dengan atau tanpa pengurusan kes alternatif. Isu (iv) : Sama ada, berikutan dapatan Mahkamah bahawa tindakan Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses dan wajar dibatalkan, permohonan Plaintif bagi penyatuan dan/atau pendengaran bersama prosiding dengan Guaman Sivil No. JA- 21NCvC-13-03/2022 masih berbangkit untuk diputuskan atau tidak lagi berbangkit. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu (i) : Sama ada tindakan Plaintif dalam Guaman Sivil No. JA- 21NCvC-18-11/2024 adalah bersifat prejudis kepada perbicaraan yang adil di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(c) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, khususnya kerana wujudnya pertindihan substantif dengan Guaman Sivil No. JA-21NCvC-13-03/2022.