9.2017 telah menghantar sesalinan Writ Saman dan Penyataan Tuntutankepada Defendan melalui Surat Berdaftar ke alamat Defendan di BLK 2-22A-10, THE ONE CONDO, TINGKAT MAHSURI SATU,11950 BAYAN BARU, PULAU PINANGdan sebagai bukti penyerahan tersebut, Ganthymathy telah merujuk kepada Eksibit “ GM-1”. Namun, menurut Defendan di dalam Eksibit “GM-1” tersebut apa yang tertera di kolum “Cap Tarikh Pejabat Pos’ adalah pada 10.10.2017 dan bukanlah tarikh 23.9.2017 seperti yang dinyatakan oleh Ganthymathy tersebut. [16] Berdasarkan hal yang demikian, adalah dihujahkan oleh peguam Defendan bahawa tiada penyampaian telah dibuat ke atas Defendan kerana Plaintif telah tidak mengemukakan sebarang bukti berhubung dengan penyampaian tersebut. Peguam Defendan juga telah 9 menghujahkan bahawa Kandungan 4 Plaintif adalah cacat dan gagal mematuhi prosedur undang-undang. [17] Defendan juga kononnya mendakwa bahawa alamat tempat tinggalnya bukanlah lagi di BLK 2-22A-10, THE ONE CONDO, TINGKAT MAHSURI SATU,11950 BAYAN BARU, PULAU PINANG tetapi di alamat kad pengenalannya di Eksibit “CCS-5” iaitu Block 310-03-01, Taman Jade View, Jalan Bukit Gambir,11700, Gelugor Pulau Pinang. [18] Justeru itu, Defendan menghujahkan bahawa tidak ada bukti penyampaian kertas kuasa terhadapnya dan afidavit Kandungan 4 adalah cacat, maka Penghakiman Ingkar ataupun Penghakiaman Ingkar Terpinda yang telah dimasukkan terhadapnya adalah suatu penghakiman yang tidak teratur (irregular) dan hendaklah diketepikan. [19] Plaintif walau bagaimanapun telah menafikan penyataan Defendan tersebut dan menghujahkan bahawa Penghakiman Ingkar Terpinda yang telah dimasukkan terhadap Defendan adalah suatu 10 penghakiman yang teratur kerana penyampaian Writ Saman dan Penyataan Tuntutan telah diserahkan dengan sempurnanya ke atas Defendan. [20] Menurut Plaintif, terdapat kesilapan dan kekhilafan dalam penyediaan Kandungan 4 (AP-1) oleh Ganthymathy di mana Ganthymathy telah tidak melampirkan atau mengeksibitkan salinan surat bertarikh 21.9.2017 dan Surat Akuan Mengepos bertarikh 23.9.2017 seperti yang dinyatakan di perenggan 4 Kandungan 4 tersebut. Sebaliknya Ganthymathy telah melampirkan Eksibit “GM-1” yang merupakan salinan surat bertarikh 10.10.2017 dan Surat Akuan Mengepos bertarikh 10.10.2017. [21] Menurut Plaintif lagi, salinan surat bertarikh 10.10.2017 dan Surat Akuan Mengepos bertarikh 10.10.2017 tersebut merupakan bukti serahan kali kedua Writ Saman dan Penyataan Tuntutan yang mana serahan kedua juga telah dibuat ke atas Defendan melalui AR Berdaftar. 11 [22] Plaintif seterusnya telah menegaskan bahawa serahan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan ke atas Defendan telah dilaksanakan ke atas di alamat BLK 2-22A-10, THE ONE CONDO, TINGKAT MAHSURI SATU,11950 BAYAN BARU, PULAU PINANG sebanyak dua kali. Kedua-duanya telah dibuat melalui AR Berdaftar iaitu pada Sabtu, 23.9.2017 dan Selasa 10.10.2017. Kedua-dua serahan ini telah dibuktikan dengan Eksibit “GM-1” dan juga salinan surat bertarikh 10.10.2017 dan Surat Akuan Mengepos bertarikh 10.10.2017. [23] Ganthymathy kemudiannya telahpun memfailkan satu lagi Afidavit Penyampaian (AP- 2) yang diikrarkan pada 26.10.2017. Di dalam AP-2 ini, Ganthymathy telah mendeposkan di perenggan 4nya bahawa beliau telah pada Isnin 16.10.2017 telah menghantar sesalinan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan ke alamat Defendan tetapi sekali lagi melakukan kesilapan dengan mengekshibitkan sebagai Eksibit “GM-1” salinan surat bertarikh 13.10.2017. [24] Bagi memperbetul kesilapan-kesilapan tersebut, Ganthymathy telah memfailkan Afidavit Pembetulan yang diikrarkan pada 16.8.2018 12 (Kandungan 23). Di dalam Kandungan 23 ini, Ganthymathy telah memperbetul kesilapan beliau di dalam pengeksibitan atau pengemukaan salinan-salinan surat dan Surat Akuan Mengepos yang betul selaras dengan penyampaian yang telah dibuat. Perenggan-perenggan yang berkenaan di Afidavit Pembetulan Ganthymathy dikemukakan semula seperti yang berikut :