Lampiran
Lampiran A kepada Surat Setuju Terima iaitu maklumat terperinci kontrak (selepas ini disebut sebagai "Senarai Bahan"). 2. Dengan pengakuan penerimaan Surat ini berserta lampiran berkaitan, suatu kontrak yang mengikat terbentuk di antara Perniagaan Hikmat Iktisas dengan syarikat tuan. Satu dokumen kontrak hendaklah ditandatangani dalam kadar segera dengan memasukkan semua terma sebagaimana dokumen tender serta semua terma dalam Lampiran A. Sehingga dokumen kontrak tersebut ditandatangani, Surat ini hendaklah terus mengikat kedua-dua pihak. 3. Pelarasan harga dan kadar harga dalam *Jadual Kadar Harga dan/atau Ringkasan Tender atau Senarai Kuantiti, mengikut yang mana berkenaan setelah diteliti dan diselaraskan oleh Kami tentang kemunasabahannya, yang mana akan menjadi sebahagian daripada terma-terma kontrak. Klausa-klausa ini jelas menunjukkan keterikatan pihak-pihak kepada segala terma-terma di dalam Kontrak sebagaimana dikepilkan di Lampiran A yang seharusnya dibaca bersama-sama tanpa sebarang niat oleh mana-mana pihak untuk mengabaikan atau tidak melaksanakan mana-mana klausa yang diperincikan. Klausa 66.0 di dalam Syarat-Syarat Kontrak PWD Form 203A yang terangkum sebagai suatu dokumen yang mengikat pihak-pihak bagi projek ini di bawah Bahagian D Senarai Kandungan bagi Kontrak “Cadangan Membina Dan Menyiapkan Kerja-Kerja Terbengkalai Untuk 1 Unit Kedai/Pejabat Di Atas Lot 6552, Mukim Guntung, Daerah Limbat, Jajahan Kota Bharu, Kelantan”. 66.0 Arbitration 66.1 If any dispute or difference shall arise between the Government and the Contractor out of or in connection with the contract, then parties shall refer such matter, dispute or difference to the officer named in the Appendix for a decision. 66.2 The officer named in the Appendix's decision shall be in writing and shall subject to clause 66.4 hereof, be binding on the Parties until the completion of the Works and shall forthwith be given effect to by the Contractor who shall proceed with the Works and shall forthwith be given effect to by the Contractor who shall proceed with the Works with all due diligence whether or not notice of dissatisfaction is given by him. 66.3 If the Parties - (a) fails to receive a decision from the officer named in the Appendix within forty-five (45) days after being requested to do so; or (b) is dissatisfied with any decision of the officer named in the Appendix, then such dispute or difference shall be referred to arbitration within forty-five (45) days to an arbitrator to be agreed between the Parties and failing such agreement, to be appointed by the Director of the Regional Centre for arbitration in Kuala Lumpur on the application of either Party hereto. Such arbitration shall be heard at the Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration and shall be conducted in accordance with the rules for arbitration of the Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration using the facilities and the system available at the Centre. 66.4 Such reference (to arbitration), shall not be commenced until after the completion or alleged completion of the Works or determination of the Contractor's employment under this Contract, or abandonment of the Works, unless with the written consent of the Government and the Contractor. Kontrak tersebut jelas dengan segala terma-terma mengikat Plaintif dan Defendan untuk merujuk sebarang pertikaian kepada suatu Prosiding Timbang Tara. Keengganan pihak Plaintif untuk dirujuk ke Prodiding Timbang Tara telah jelas menunjukkan cubaan pengabaian terma-terma Kontrak yang sah dan mengikat antara pihak-pihak. Mahkamah wajib membenarkan suatu permohonan penggantungan prosiding sebagaimana seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005 yang dihuraikan di dlaam kes ZAQ Construction Sdn Bhd (supra) selanjutnya disokong oleh kes Mahkamah Persekutuan Press Metal Sarawak Sdn Bhd v Etiqa Takaful Bhd [2016] 5 MLJ 417 yang menyatakan berikut: [32] The clear effect of the presents 10(1) of the 2005 Act is to render a stay mandatory if the court finds that all the relevant requirements have been fulfilled; while under s 6 of the repealed 1952 Act, the court had a discretion whether to order a stay or otherwise. [33] What the court needs to consider in determining whether to grant a stay order under the present s 10(1) (after the 2011 Amendment) is whether there is in existence a binding arbitration agreement or clause between the parties, which agreement is not null and void, inoperative or incapable of being performed. The court is no longer required to delve into the details of the dispute or difference (see TNB Fuel Services Sdn Bhd). In fact the question as to whether there is a dispute in existence or not is no longer a requirement to be considered in granting a stay under s 10(1). It is an issue to be decided by the arbitral tribunal. Dakwaan Plaintif menyatakan bahawa Dokumen Kontrak tidak mengikat dan tidak mempunyai kuat kuasa terhadapnya kerana ia tidak ditandangani adalah suatu penafian yang lemah oleh kerana Plaintif telah melaksanakan bahagiannya mengikut Kontrak tersebut dengan telah menunaikan segala tanggungjawab serta arahan-arahan kerja lain dari Defendan tanpa gagal berdasarkan terma dan syarat yang terdapat dalam Surat-surat Lantikan tersebut. Tambahan pula klausa timbang tara adalah diperincikan di dalam dokumen Syarat-Syarat Kontrak PWD Form 203A yang turut dirangkum untuk keseluruhan Kontrak tersebut dan wajib dibaca bersama bagi merealisasikan aspirasi pihak-pihak untuk pelaksanaan Kontrak tersebut. Perkara ini diakui sendiri oleh Plaintif sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 8 Pernyataan Tuntutan yang difailkan. Perincian kepada tugas dan tanggungjawab Plaintif dan Defendan adalah diperihalkan secara langsung di dalam Syarat-Syarat Kontrak PWD Form 203A di mana terdapat 81 Klausa Utama dan Subklausa-subklausa termasuk klausa 66.0 (Arbitration) yang mengikat Plaintif dan Defendan secara sah dan tidak terbatal. Mahkamah merujuk kepada kes Press Metal Sarawak (supra), di mana ia adalah jelas bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan klausa timbangtara yang dipersetujui. Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: [53] The legal position on this issue is clear: that parties are bound by the terms of the arbitration agreement which they had voluntarily executed and this includes reference to another document where those terms can be found, whether they take the trouble of reading them or not. There is imputed knowledge that the terms of arbitration agreement in a document referred to in an agreement are binding as it they were written in the latter agreement itself. [54] The decision of the Indian Supreme Court in the case of TN Rao v Balabhadra 1954 AIR Mad 71, supports the above proposition. Venkatarama Aiyar J in that case ruled: When a contract in writing is signed by parties, they are bound by the terms contained therein whether they take the trouble of reading them or not. This principle has been extended to cases where the contract does not actually contain the terms but a reference is made to another document or contract where those terms are to be found. The reason for holding that those terms must be taken to have been incorporated by reference in their signed agreement is that it was possible for any of them to look into that document and ascertain the terms. An examination of the authorities in which this view has been adopted shows that they are either cases in which the other contract is one between the same parties and therefore the terms including the arbitration clause might be taken to have been within the knowledge of the parties; or cases in which there is a reference to a specific document which was in existence and whose terms could easily be ascertained if the parties wanted to. It is reasonable to hold that when the parties had referred to a document which was in existence they had knowledge or what comes to the same thing, could have had knowledge, of all the terms contained in that document and an arbitration clause contained in that document must, therefore, be held to be binding on them exactly as if it had been incorporated in extenso in the signed contract. The foundation of this reasoning is the existence of another specific document containing an arbitration clause. It is essential that the terms of an agreement must be precise and definite. This applies as much to an arbitration agreement as to other agreements. Before holding that the parties have agreed in writing to refer their dispute to arbitration and in the absence of such a clause in the agreement actually signed by the parties there must at least be a specific contract or document containing such a clause in respect of which it might be said that it has been incorporated in the agreement of the parties by reference. [55] An arbitration agreement or clause is a written submission, agreed to by the parties, and like other written submissions, must be construed according to its language and in the light of the circumstances in which it is made (see Heyman & Anor v Darwins Ltd [1942] AC 356, per Viscount Simon LC at p 366). The question whether a given dispute comes within the provisions of an arbitration clause or not, primarily depends on the wording of the clause itself (see Heyman & Anor v Darwins Lid per Lord Porter at p 392) [56] The parties must be held to what they have agreed to in an agreement. Therefore, it is essential to consider the wordings of the clause specifically and determine what they have agreed to. Whether a dispute falls within an arbitration clause must depend on (a) what is the dispute or difference between the parties and (b) what disputes the arbitration clause covers (see Heyman & Anor v Darwins Ltd per Viscount Simon LC at p 360). Dengan rujukan kepada kes di atas, klausa timbang tara yang dizahirkan di dalam suatu kontrak adalah wajib dipatuhi dan dituruti. Plaintif tidak boleh berdalih dengan menafikan keterikatan Klausa 66.0 yang terkandung di dalam Kontrak tersebut. b) Isu Kedua : Adakah Mahkamah ini merupakan forum yang tepat bagi merujuk dan seterusnya menyelesaikan sebarang pertikaian antara Plaintif dan Defendan. Mahkamah dalam ulasan di isu pertama memutuskan bahawa Plaintif dan Defendan adalah terikat kepada keseluruhan Kontrak tersebut dan termasuklah klausa-klausa pada mana-mana dokumen yang dirangkum di dalam Kontrak secara khususnya Klausa 66.0 Syarat-Syarat Kontrak PWD Form 203A. Sebarang pertikaian antara pihak-pihak wajib dirujuk kepada Timbang Tara dan wajib digantung sementara menunggu rujukan di timbang tara sebagaimana seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005: Perjanjian timbang tara dan tuntutan substantif di hadapan mahkamah 10. (1) Mahkamah yang di hadapannya presiding dibawa berkenaan dengan suatu perkara yang menjadi subjek suatu perjanjian timbang tara hendaklah, jika suatu pihak membuat permohonan sebelum mengambil apa-apa langkah lain dalam presiding itu, menggantung presiding itu dan merujukkan pihak-pihak itu kepada timbang tara melainkan jika mahkamah itu mendapati — (a) bahawa perjanjian itu adalah batal dan tidak sah, tidak berkuat kuasa atau tidak berupaya untuk dilaksanakan; atau (b) bahawa pada hakikatnya tiada pertikaian antara pihakpihak itu berhubung dengan perkara yang hendak dirujukkan. (2) Mahkamah, dalam membenarkan suatu penggantungan presiding menurut subseksyen (1), boleh mengenakan apa-apa syarat-syarat sebagaimana yang difikirkannya patut. (3) Jika prosiding yang disebut dalam subseksyen (1) telah dibawa, prosiding timbang tara boleh dimulakan atau diteruskan, dan suatu award boleh dibuat, sementara isu itu belum selesai di hadapan mahkamah. Oleh kerana kewujudan klausa 66.0 di dalam Kontrak antara Plaintif dan Defendan, maka sebarang pertikaian hendaklah dirujuk ke timbang tara dan wajar diberikan penggantungan sehingga timbang tara tersebut selesai. Maka, Mahkamah ini bukanlah forum yang tepat untuk pihak-pihak menyuarakan hal-hal berkaitan sebarang pertikaian berkaitan yang diperincikan di dalam Kontrak tersebut. Bukanlah bidangkuasa Mahkamah ini untuk mendengar dan memutuskan suatu keputusan kepada pertikaian pihak-pihak di dalam kes ini. Pihak Plaintif sewajarnya tidak memperpanjangkan isu ini dan membazirkan ‘judicial time’ Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan suatu pertikaian, sedangkan pihak-pihak sedia maklum akan efek Klausa 66.0 di dalam Kontrak tersebut. Pihak Defendan telahpun memulakan prosiding awal untuk timbang tara dengan menghantar Notis Timbangtara bertarikh 18.09.2023 kepada Plaintif yang mana turut dibalas oleh Plaintif dengsn menyatakan tempoh masa dua minggu dipohon untuk membalas kepada Notis Timbangtara tersebut. Prosiding timbangtara telahpun sedia dengan lantikan Tan Sri Dato’ Rohana binti Yusuf sebagai penimbangtara oleh Asian International Arbitration Centre (AIAC) di mana Plaintif gagal untuk memberikan kerjasama bagi prosiding timbang tara tersebut. Secara kesimpulannya, Mahkamah ini dengan imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Notis Permohonan bagi penggantungan prosiding ini wajar diberikan menurut seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005 oleh kerana terdapat terma khusus bagi rujukan kepada timbang tara sekiranya berlaku pertikaian antara pihak-pihak di dalam Kontrak yang sah dan mengikat, menjadikan Mahkamah ini bukanlah forum yang tepat untuk mendengar isu-isu yang timbul dari pelanggaran atau keengganan pematuhan terma-terma berkaitan pelaksanaan Kontrak oleh pihak-pihak. [5] Keputusan Kandungan 6 Setelah merujuk kepada keseluruhan affidavit-afidavit dan hujahan-hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak bagi Notis Permohonan di kandungan 6, Mahkamah dengan ini membenarkan permohonan pihak Defendan dengan kos sebanyak RM1,000 ditanggung oleh pihak Plaintif. Disediakan oleh: Amin Rashidi Bin Ramli Majistret, Mahkamah Majistret Sivil 1, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Bertarikh 8 November 2024 Korum : 1) Peguamcara Plaintif :- Tetuan Hanif Abdul Rahman & Associates, Peguambela & Peguamcara, No.78-1, Jalan Jalil 1, The Earth Bukit Jalil, Lebuhraya Puchong Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur 2) Peguamcara Defendan :- Tetuan Shukor Baljit & Partners, Peguambela & Peguamcara, No 14-2, Wisma Shukor Baljit, Jalan 13/48A, Sentul Raya Boulevard, Off Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.