Kami telah meneliti nota prosiding Mahkamah Tinggi terutamanya berkenaan pengakuan salah perayu. Petikan relevan nota prosiding tersebut adalah seperti berikut: tt [YA Puan Noor Hayati binti Haji Mat] Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru 26 Jun 2023 TARIKH : 26 OKTOBER 2023 JAM : 10:09:11 AM TPR Nasrudin bagi pihak pendakwaan Encik Kalaichelvan dan Encik Tan bagi pihak pembelaan OKT 1 dan OKT 2 OKT-OKT dikemukakan. Jurubahasa : JA-45A-4-02/2020 Pendakwa Raya lawan Nguyen Thi Thanh Tuyen, Teh Geok Chin. Dengan izin Yang Arif. Hari ini ditetapkan untuk sambung bicara Yang Arif tapi difahamkan tertuduh kedua ingin menukar pengakuan. Saya pohon pengesahan daripada pihak peguambela Yang Arif. Peguam : Dengan hormat Yang Arif. Dan saya terdapat perkembangan terbaru bahawa OKT 2 ingin mengaku salah. Pohon mendapatkan pengakuan daripada OKT 2 sendiri Yang Arif. Pohon pertuduhan dibacakan semula Yang Arif. Mah : Yang nak mengaku Teh Geok Chin? Ya OKT 2. Jurubahasa : Pertuduhan telah dibacakan, diterangkan dan difahami oleh OKT 1 dalam Bahasa Mandarin. OKT 1 boleh faham Bahasa Mandarin. OKT 1 tidak mengaku salah dan pohon dibicarakan. Untuk OKT 2, pertuduhan telah dibacakan, diterangkan dan difahami oleh OKT 2 dalam Bahasa Mandarin, OKT 1 mengaku salah, faham sifat dan akibat pengakuan salah. Dengan izin Yang Arif, saya pohon dibacakan fakta kes kepada tertuduh kedua saja Yang Arif. Fakta kes dibacakan. Jurubahasa : Fakta kes telah diterangkan dan difahami dan diakui oleh tertuduh kedua Yang Arif. Yang Arif seterusnya saya kemukakan laporan polis, laporan tangkap. Pohon tandakan fakta kes Yang Arif sebagai ekshibit. P18. TPR: Seterusnya Yang Arif saya kemukakan laporan polis Majidee Report 3359/19. Yang Arif. Pohon ditandakan. P19. Dan seterusnya laporan polis Larkin 8482/19 iaitu laporan rampasan barang kes Yang Arif. Pohon ditandakan. P20. Dan satu lagi laporan polis Larkin 8483/19 laporan pembetulan terhadap. laporan yang tadi Yang Arif. Pohon ditandakan. P21. Dan seterusnya saya kemukakan senarai geledah Yang Arif. P22 Dan akuan serah menyerah barang kes. P23 Dan ekshibit dokumentasi yang lain telah dikemukakan sebelum ini Yang Arif. Dan juga saya nak rujuk gambar barang kes P6 kepada tertuduh kedua Yang Arif. Jurubahasa : Gambar-gambar diakui Yang Arif. Dan juga P4 gambar tempat kejadian. Jurubahasa : Gambar-gambar tempat kejadian diakui Yang Arif. Yang Arif saya nak rujuk barang kes. 1 beg barang kes dengan nombor stor barang kes 347/19 pohon dikemukakan sebagai ekshibit. P24. Pohon buka Yang Arif. Di dalam P24 ini ada 1 beg sandang berwarna hijau jenama Converse dengan tandaan S, saya pohon ditandakan Yang Arif. P24A. Dan juga satu paper bag tandaan SH33. P24A(1). Dan juga ID10A Yang Arif yang dalam paper bag. Dan juga ketulan mampat ganja iaitu P10B Yang Arif. P10A Dan juga ketulan mampat P10B. Pohon barang kes ditunjuk kepada tertuduh untuk pengecaman. Jurubahasa : Diakui Yang Arif. Itu saja Yang Arif barang kes yang saya ingin kemukakan untuk kes ini. Mah : Mitigasi. Peguam : Dengan izin Yang Arif, saya ingin kemukakan mitigasi bertulis bersama dengan ikatan otoriti Yang Arif. Dan juga carta hukuman Yang Arif. Yang Arif sekiranya diizinkan saya bacakan secara ringkas. OKT 2 telah mengaku salah ke atas pertuduhan iaitu satu pertuduhan di bawah seksyen 39B dan saya telah menerima arahan untuk merayu kepada Mahkamah yang mulia ini untuk mengambil kira pengakuan bersalahnya semasa Yang Arif menjatuhkan hukuman. Dalam perenggan-perenggan yang berikut Yang Arif saya ingin mengutarakan bentuk kesalahan yang dilakukan dalam keadaan yang menarik simpati dengan harapan bahawa Yang Arif akan menjatuhkan hukuman yang seringan-ringannya. OKT adalah berumur lebih kurang 47 tahun dan merupakan warganegara Malaysia dan berpendidikan setakat tingkatan 3 sahaja. Sebelum tangkapan OKT bekerja sebagai seorang pemasang jubin di rumah-rumah yang diubah suai oleh majikannya yang dikenali dengan nama Ah Wa. Beliau menerima pendapatan RM2000-RM3000 sebulan dan tempat penginapan dan makanan ditanggung oleh majikan OKT tersebut iaitu Ah Wa. OKT telah berumah tangga dengan OKT 23 1 pada tahun 2018 beliau menanggung OKT 1 dan seorang anak yang masih kecil lagi, buat masa ini berumur 5 tahun. Anak OKT kini berada di bawah jagaan OKT 1 yang mereka telah berumur dan berada di Vietnam. Yang Arif, pada m/surat 2 Yang Arif keadaan-keadaan yang menyebabkan OKT melakukan kesalahan. Sekitar akhir bulan Mac 2019 majikan OKT telah memaklumkan bahawa rumah sewa yang diduduki oleh OKT 2 di Taman Bukit Indah telah tamat tempoh dan beliau telah menguruskan penyewaan premis baru di tempat kejadian iaitu Epic Residences. Di atas permintaan majikan OKT 2, OKT 2 telah menandatangani perjanjian sewaan. Dan pada pertengahan bulan April Yang Arif OKT telah mengarahkan OKT 2 untuk mengambil kunci daripada pemilik tempat kejadian dan memindahkan barang-barang OKT 2 termasuk majikannya dari Taman Bukit Indah ke premis tempat kejadian. Yang Arif barang kes beg converse adalah di antara barang-barang yang diminta oleh majikan OKT 2 untuk OKT 2 membawa ke premis tempat kejadian. OKT 1 di sepanjang masa tidak tinggal bersama dengan OKT 2 Yang Arif. OKT 1 baru kembali ke Malaysia pada pertengahan bulan Mac 2019 atas tujuan untuk melanjutkan dan memohon untuk Visa kediaman di Malaysia. [Nota: Ayat bergaris tersebut merupakan perenggan 4 yang dirujuk oleh Mahkamah Tinggi seperti yang terkandung di dalam hujahan bertulis peguam perayu pada masa tersebut yang berjudul “Permintaan Rayuan/Mitigation” (Rekod Rayuan Tambahan)] Mah : Sekejap ya, perenggan 4 ini dia macam bersyarat sedikit. Peguam : Tidak Yang Arif, saya faham Yang Arif tapi sebenarnya barangan itu... Mah: Unless you nak keluarkan daripada ini. Bagaimana? Up to you, I'm just indicating. Peguam : Pohon expunge. Mah : Saya expunge ya. Teruskan. Peguam : Seterusnya Yang Arif, faktor-faktor peringanan. OKT telah mengaku salah tanpa membazirkan masa Mahkamah yang mulia ini dan juga masa pihak pendakwaan serta kos-kos. OKT 2 telah mengemukakan keseluruhannya 3 representasi kepada pihak pendakwaan dan sebaik saja 1 tawaran telah diberikan, OKT 2 telah mengaku salah tanpa membazirkan masa. Yang Arif saya ingin merujuk kepada kes-kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang dan Sau Soo Kim. Di mana seperti Yang Arif ketahui bahawa credit should be given for pleading guilty Yang Arif. Dan ini juga termasuk kepada a person who is other criminal. A plea guilty shall be treated as mitigating factor di dalam kes Sau Soo Kim. Selanjutnya Yang Arif OKT 2 tidak mempunyai sebarang sabitan yang lalu Yang Arif. Ini merupakan satu kesalahan yang pertama dan saya memohon untuk menerima pakai kes-kes Foo Chit Kiong dan kes Zainon Sarif Yang Arif di mana di dalam Foo Chit Kiong Mahkamah telah mengambil kira kesalahan pertama sebagai peringanan hukuman dan memberikan pertimbangan untuk pemulihan dengan tidak memberikan pemenjaraan yang tempoh yang panjang. Manakala dalam kes Zainon Sarif Yang Arif pun sama Yang Arif faktor kesalahan pertama diambil kira sebagai faktor peringanan. Saya selanjutnya sebagai faktor peringanan yang ketiga iaitu maaf Yang Arif. OKT kesal dan telah insaf dan meminta maaf atas kesalahan dan ingin ke pangkuan keluarganya secepat yang mungkin memandangkan beliau mempunyai seorang anak perempuan yang hanya berumur 5 tahun. Di dalam kes Mohd Isa bin Haris Yang Arif Mahkamah telah menerima isu penyesalan dan keinginan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan antara faktor peringanan. Selanjutnya Yang Arif pada m/surat 4 OKT telah memberikan segala kerjasama kepada pihak polis dari masa beliau ditahan dan juga semasa siasatan dan juga pada masa sekarang telah mengaku salah. Saya pohon untuk Mahkamah menerima pakai kes di dalam Jessica Lim Lu Ping di mana Mahkamah telah menerima kerjasama yang diberikan oleh OKT sebagai faktor peringanan. Yang Arif kesalahan OKT dalam kes ini tidak melibatkan sebarang kekerasan Yang Arif malahan tiada sebarang unsur-unsur jual beli dadah atau sebarang penglibatan pihak agen provocator dan ini hanya persoalan tertuduh menyimpan barang tersebut Yang Arif. Dan barang kes yang terlibat di sini adalah barang kes bukan barang kes sintetik, ini merupakan tumbuhan Yang Arif. Selain daripada itu Yang Arif OKT tidak akan melupakan kes ini sebagai satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan seumur hidup Yang Arif. OKT 2 berharap YA dapat temper justice with mercy Yang Arif dan mengambil kirakeadaan dalam mana kesalahan telah dilakukan. Saya dengan rendah diri mohon Yang Arif untuk exercise (perkataan tidak jelas) discretion untuk menimbangkan faktor-faktor peringanan ini. Yang Arif saya ingin memohon bahawa hukuman alternative iaitu hukuman pemenjaraan yang diberikan kepada OKT dari tarikh beliau ditangkap iaitu 18.4.2019. Yang Arif Mahkamah selepas terdapatnya pindaan pada Akta ke atas hukuman, Mahkamah-mahkamah telah pun menerima pakai hukuman alternative Yang Arif. Saya telah kemukakan 10 kes sebagai di mana Mahkamah telah membenarkan untuk hukuman penjara seumur hidup. Dalam kes yang pertama Yang Arif Saripudin bin Sapie di mana OKT dituduh mengedar 17kg Methamphetamine iaitu 353 kali lebih besar daripada jumlah yang minima telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Manakala di dalam senarai nombor 2 kes Mohd Ai Bahar dan juga senarai nombor 3 juga dadah 27 kali dan 15 kali lebih banyak daripada jumiah minima. Dan di dalam senarai 4 dan 5 merupakan keputusan Mahkamah Rayuan di Mahkamah telah menggantikan hukuman kepada hukuman penjara seumur hidup. Dalam kes 6 ini melbatkan kes dadah Cannabis berat 468.6g dan baru-baru ini Yang Arif dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian bahawa seorang lagi telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana mengedar dadah. Oleh yang demikian Yang Arif saya dengan rendah diri memohon supaya hukuman alternative dikenakan ke atas OKT. Akhimya saya ingin merujuk kes daripada India Bachan Singh v State of Punjab Yang Arif, saya tidak ada kes tersebut, citationnya 1982 3 Supreme Court Case m/surat 24 di mana Mahkamah memutuskan bahawa hukuman mati hanya dijatuhkan in the rarest of the rarest case Yang Arif. Oleh yang demikian saya dengan rendah diri mohon OKT dapat diberikan satu peluang untuk kembali kepada keluarga. Dengan izin Yang Arif, bagi pihak pendakwaan saya mohon satu hukuman yang setimpal Yang Arif diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh Yang Arif kerana ini melibatkan satu kes yang serius yang boleh dijatuhkan hukuman mati dalam peruntukan undang-undang. Saya mohon hukuman itu dapat diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh Yang Arif kerana ini melibalkan satu kes yang serius yang boleh dijatuhkan hukuman mati dalam peruntukan undang-undang. Saya mohon hukuman itu dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan juga kepada orang lain Yang Arif. Untuk pengesahan ini OKT ini tiada sebarang rekod dan urin negative Yang Arif. Itu saja Yang Arif. Mah : Baik pengakuan salah OKT 2 diterima. Oleh itu OKT 2 disabit salah kan atas pertuduhan ke atasnya. Setelah mendengar rayuan mitigasi dan juga hujah TPR saya memerintahkan dan menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan 12 kali sebatan mengikut seksyen 39B temadap OKT 2. Tempoh hukuman berjalan dari tarikh ditangkap. TPR: Terima Kasih Yang Arif. Dan bagi tertuduh pertama Yang Arif pihak pendakwaan dengan ini menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh pertama Yang Arif. Mah: Pertuduhan terhadap OKT 1 ditarik balik. OKT 1 dilepaskan dan dibebaskan. Peguam: Terima kasih Yang Arif. Tt [YA Puan Noor Hahyati binti Haji Mat] Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya,