Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SAMAN PEMULA NO: WA-24NCVC-1477-08/2021 Dalam Harta Pusaka THE PENG KIANG (No. K/P: 5507222-07- 5247), si mati Dan Dalam perkara Pemberian Surat Kuasa Mentadbir oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 14.5.2009 melalui Petisyen No. : S5-31-641-2008 Dan Dalam Perkara Mengenai Aturan 80 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ANTARA TEN PENG HEONG (NO. K/P : 630219-07-5493) … PEMOHON 12/08/2022 10:30:28 WA-24NCvC-1477-08/2021 Kand. 53 DAN 1) FAN SOW YOONG (NO. K/P : 620703-10-5720) 2) FAN CHEE KEONG (NO. K/P : 581111-10-5461) … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 1 ) RAYUAN [1] Perayu tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 April 2022 terhadap perintah yang membenarkan permohonan Perayu setakat perenggan 1(b) dan (c) sahaja tanpa perintah terhadap kos. SAMAN PEMULA [2] Permohonan oleh Pemohon adalah seperti berikut:- a) Responden-Responden sebagai Pentadbir bersama untuk harta pusaka TEH PENG KIANG, (“Si Mati”) menurut Geran Surat Kuasa Mentadbir yang diberi oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur di bawah Petisyen No.: S531-641-2008 dan telah dikeluarkan pada 14.5.2009 harus memindahmilik segala hak, kepentingan dan syer dalam salah satu harta tidak alih Si Mati, iaitu kesemua bahagian yang tidak dipecahkan (1/1) di Satu (1) unit apartment dikenali sebagai Unit No. 7, Tingkat 3, Bangunan F, Genting Court Condominium off Jalan Genting Kelang, Taman Setapak Indah Jaya, 53300 Kuala Lumpur dipegang di bawah PN 51175 (dahulunya PN 10014, Lot 3820) Mukim Setapak (“Hartanah tersebut”) kepada Pemohon secara sepenuhnya dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh perintah ini. b) Responden-Responden sebagai pentadbir bersama untuk harta usaka TEH PENG KIANG, (“Si Mati”) harus melaksanakan Memoranda Pindahmilik dan dokumen-dokumen yang berkaitan serta menghantarserahkan kepada Pemohon atau peguamcara Pemohon segala rekod/dokumen yang berkaitan dengan pemilikan (‘ownership’) Si Mati atas Hartanah tersebut bagi menguatkuasakan dan menyermpurnakan pindahmilik yang disebut di perenggan (a) di atas dalam masa empat belas