- Court
- High Court of Malaysia
- Decision date
- 21 Jul 2026
- Case number
- PB-43-31-02/2026
- Coram
- YA Dr Choong Yeow Choy
- Practice area
- 1. Permohonan Semakan Jenayah ini merupakan salah satu daripada 31 Permohonan Semakan Jenayah yang kini berada di hadapan Mahkamah ini. Walaupun setiap permohonan difailkan secara berasingan oleh pemohon masing-masing, kesemua permohonan tersebut membangkitkan persoalan undang-undang dan isu-isu yang sama serta bersandarkan latar belakang prosiding yang sama. 2. Oleh sebab setiap permohonan melibatkan Pemohon yang berbeza dan difailkan di bawah nombor kes yang berasingan, adalah lebih sesuai sekiranya suatu penghakiman berasingan disampaikan bagi setiap permohonan. Walau bagaimanapun, memandangkan isu-isu yang dibangkitkan serta hujahan yang dikemukakan adalah sama, alasan-alasan yang terkandung dalam penghakiman ini adalah juga terpakai, mutatis mutandis, kepada baki 30 permohonan Semakan Jenayah yang telah didengar bersama. 3. Intipati aduan Pemohon ialah bahawa terdapat ketidakpatuhan terhadap beberapa peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, khususnya seksyen 152(6), seksyen 173(a) dan seksyen 253, berhubung tatacara pembacaan pertuduhan serta sabitan terdahulu. Menurut Pemohon, ketidakpatuhan tersebut telah menjejaskan kesahan prosiding yang dijalankan di Mahkamah Sesyen. 4. Berasaskan dakwaan tersebut, Pemohon telah memfailkan permohonan Semakan Jenayah ini bagi mendapatkan relif-relif yang dipohon, termasuk suatu perintah supaya beliau dilepaskan tanpa dibebaskan (Dismissal Not Amounting to Acquittal)
- Version
- Alasan Penghakiman 1
- Published
- 27 Jul 2026
- Source ID
- a1058062-6a3c-4f99-b7cc-3ec67a646e30