Seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bahagian IV...” [22] Bagi memenuhi elemen pertama, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKS adalah pengendali lesen mengikut tafsiran di dalam sekyen 2 tersebut. Mahkamah merujuk kepada ekshibit P7 hingga P10 yang mana telah dinyatakan bahawa syarikat Teik Joo Chan Sdn. Bhd. adalah pengendali lesen tersebut. Sepanjang perbicaraan berlangsung, tiada isu dibangkitkan oleh mana-mana pihak berkenaan penama pengendali lesen tersebut. Walaupun tiada carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia dikemukakan, pihak pembelaan tidak pernah menyangkal fakta bahawa OKS adalah pengendali lesen tersebut. Oleh itu, Mahkamah dengan merujuk kepada ekshibit yang dinyatakan mendapati bahawa elemen pertama telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan tanpa keraguan munasabah. Elemen Kedua : Berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan yang dibawa adalah melebihi maksimum yang dinyatakan [23] Bagi memenuhi elemen kedua ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa motor lori yang ditahan oleh SP1 membawa muatan yang melebihi maksima yang dibenarkan. Di sini, Mahkamah merujuk kepada P6 dan P11 dimana Berat dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan bagi motor lori bersama treler tersebut adalah 51,000kg. Mengikut pertuduhan dan P11, motor lori bersama treler tersebut telah membawa muatan pasir sebanyak 108,430kg dimana lebihan muatan sebanyak 57,430kg (112.61%). [24] Dalam membuktikan lebihan muatan ini, pihak pendakwaan bergantung kepada ekshibit-ekshibit yang dikemukakan seperti Tiket Timbang berat (P11). Namun, Mahkamah mendapati terdapat beberapa isu berbangkit dalam memenuhi elemen ini seperti berikut: A. Isu pertama adalah kegagalan pembuktian gambar oleh pihak pendakwaan di mana gambar ditandakan sebagai ID 4A-D. Ketika perbicaraan berlangsung, SP3 telah memberi keterangan bahawa 4 keping gambar motor lori bersama treler tersebut telah dirakam menggunakan telefon bimbit Iphone 11 Pro Max. Selanjutnya, tiada sijil seskyen 90A Akta Keterangan 1950 [Akta 56] mahupun persoalan berkaitannya dikemukakan oleh pihak pendakwaan walaupun pihak pembelaan telah membantah penerimaan ekshbit tersebut. Pihak pendakwaan telah berhujah secara lisan bahawa gambar hanya dokumen sokongan dan bukan subject matter pertuduhan, oleh itu penandaannya sebagai ID tidak menjejaskan pertuduhan. Pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan sebarang penjelasan mahupun hujahan lanjut tentang penerima pakaian gambar-gambar tersebut di bawah seksyen 64 dan 65 Akta Keterangan 1950. Di sini, Mahkamah merujuk kepada kes Hanafi Mat Hassan v PP [2006] 1 MLRA 706 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa : “...[23] A careful perusal of s 90A(1) reveals that in order for a document produced by a computer to be admitted in evidence it must have been produced by the computer in the course of its ordinary use. It is therefore a condition precedent to be established before such a document can be admitted in evidence under s 90A(1). The manner of establishing this condition has been prescribed. It can be proved by tendering in evidence a certificate as stipulated by s 90A(2) read with s 90A(3). Once the certificate is tendered in evidence the presumption contained in s 90A(4) is activated to establish that the computer referred to in the certificate was in good working order and was operating properly in all respects throughout the material part of the period during which the document was produced. Section 90A(4) must therefore be given its full effect as it has a significant role to play in the interpretation and application of s 90A. Ordinarily a certificate under s 90A(2)must be tendered in evidence in order to rely on the provisions of s 90A(3) and (4). However, the use of the words "may be proved" in s 90A(2) indicates that the tendering of a certificate is not a mandatory requirement in all cases. In PP v. Chia Leong Foo [2000] 1 MLRH 764; [2000] 6 MLJ 705; [2000] 4 CLJ 649 a plethora of authorities was referred to in ruling that facts to be presumed can, instead, be proved by other admissible evidence which is available. Thus the use of the certificate can be substituted with oral evidence as demonstrated in R v. Shepherd [1993] 1 All ER 225 in dealing with a provision of law similar to s 90A. Needless to say, such oral evidence must have the same effect as in the case of the use of a certificate. It follows that where oral evidence is adduced to establish the requirements of s 90A(1)in lieuof the certificate the presumptions attached to it, in particular, the matters presumed under s 90A(4) must also be proved by oral evidence...”