(iv) mengenai saranan peguam Defendan bahawa tidak ada apa-apa dokumen yang difailkan di mahkamah ini yang membuktikan reputasi SP3 telah tergugat akibat daripada penerbitan Karya-Karya Defendan, SP3 menjawab – : Tidak, mana boleh. Al-Quran yang diterbitkan oleh Karya Bestari, Yang Arif, adalah mengambil idea daripada pihak kami, ini telah menyatakan bahawa tanpa ada nama saya, tanpa ada kebenaran dari pihak saya. Idea yang saya buat susah payah bertahun-tahun daripada tahun 2009 Yang Arif, 81 bersama dengan Tan Sri, Tan Sri perlu pergi ke Mesir dalam usia dia 75 tahun pergi ke Mesir semata-mata untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Syeikh Mahmud Amin Tantawi terhadap quran kami. Jadi apabila quran kami telah di cetak dengan daya usaha kami, dan diambil oleh orang lain tanpa ada kebenaran, tanpa ada hitam putih, itu telah merosakkan reputasi kami sebagai pakar, ayahanda pakar dalam bidang Al-Quran, tanpa ada kebenaran daripada pihak kami. Itu yang saya maksudkan. [166] Mengambil kira keterangan dan pendirian Plaintif saya berpendapat apa yang hendak dilindungi oleh Plaintif adalah bukan sahaja penyataan yang dihasilkan oleh Plaintif iaitu kaedah atau teknik menyerlahkan tempat wakaf dan ibtida tetapi juga idea yang merupakan asas kepada penyataan tersebut. Fakta yang paling jelas ialah bila pihak Plaintif masih berkeras bahawa Defendan masih melanggar hak cipta mereka walaupun pihak Defendan telah mengubah warna-warna yang menyerlahkan tempat wakaf dan ibtida daripada warna merah, hijau dan biru dalam Karya Pertama Defendan kepada warna kelabu, kuning dan coklat dalam Karya Kedua Defendan. [167] Saya berpendapat dalam kes ini perlu diberi perhatian bahawa Plaintif menghasilkan karyanya (works) di atas ayat-ayat Al-Quran yang telah sedia ada sejak azali lagi dan dibaca dari zaman ke zaman. Dalam hal ini pengiktirafan kehakiman (judicial notice) sememangnya layak diberikan mengenai fakta bahawa Al-Quran ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril. Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dan kekal diwarisi oleh umat Islam sehingga ke hari ini. Ayat-ayat suci Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w 82 bertujuan sebagai panduan dan petunjuk kepada umat Islam untuk menjalani kehidupan seharian mereka dalam ruang lingkup yang disarankan demi kesejahteraan umat Islam di dunia dan akhirat. Oleh itu Al-Quran adalah sumber yang amat penting dan utama bagi umat Islam dan ia merangkupi pelbagai ilmu termasuklah ilmu tauhid, ilmu hukum, ilmu sejarah Islam dan ilmu pendidikan Islam. Dari aspek teknikal, Al-Quran adalah sumber maklumat yang terunggul bagi umat Islam. [168] Dalam buku Copyright Law in Malaysia, Edisi Ketiga oleh Khaw Lake Tee rujukan telah dibuat kepada kes Elanco Products Ltd & Anor v Mandops (Agrochemical Specialists) Ltd & Anor [1979] FSR 46 yang mengatakan – There is no copyright in information or ideas, but only in the manner of expressing them, and the compilation cases, of which there are many on which the appellants rely, all go on their being skill and labour involved in making the compilation, as distinct from skill and labour in ascertaining information [169] Prinsip di atas jelas menerangkan bahawa hak cipta diberikan pada kepakaran, tenaga dan keputusan untuk menyatakan idea dan bukannya kepakaran, tenaga dan keputusan yang dibuat untuk membangunkan idea tersebut. Dalam kes Plaintif, idea Plaintif adalah mengenal pasti tempat wakaf dan ibtida yang sesuai bagi memudahkan bacaan ayat-ayat Al-Quran supaya pembaca yang mempunyai nafas yang pendek boleh wakaf dan ibtida di tempat-tempat yang telah dikenal pasti. Cara Plaintif menyatakan idea tersebut ialah menyerlahkan tempat-tempat wakaf dan ibtida yang sesuai dengan warna-warna yang 83 berbeza pada ayat-ayat Al-Quran yang tersedia ada. Dalam hal ini saya berpendapat kaedah menyerlahkan ayat-ayat Al-Quran dengan warna-warna tertentu adalah sesuatu yang mudah dan ringkas hingga menyebabkan idea yang tersirat dalam karya Plaintif berkait rapat dengan bentuk penyataan (closely identified with its expression) hingga menyebabkan hak cipta ke atas penyataan akan juga menyebabkan wujudnya hak cipta ke atas idea yang tersirat. Dalam hal ini saya merujuk pada kes yang Flamelite (S) Pte Ltd and Others v Lam Heng Chung and Others [2002] 4 LRC 197 yang mengatakan – Where the work is simple, the idea embodied in the work becomes so closely identified with its expression that it is hard to separate the form of expression from the idea. In such a case there should be a much closer degree of copying before the infringement can occur. Kes Flamelite (S) Pte Ltd ini yang membincangkan mengenai “functional object” sesuatu karya akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti. [170] Dalam hal ini, saya merujuk pada satu kes Austrailia yang disebut oleh peguam Defendan dalam Hujah Bertulisnya iaitu StatusCard Australia Pty Ltd v Rotonda & Anor [2008] QSC 181. Sungguhpun kes tersebut melibatkan isu hak cipta ke atas jadual dan penyusunan yang dipaparkan secara visual pada skrin komputer dan bukan buku (seperti teks Al-Quran dalam kes ini) prinsip yang diputuskan oleh Supreme Court of Queensland mengenai keaslian sesebuah karya sastera dan penggunaan maklumat yang disiarkan dengan meluas kepada awam adalah relevan. 84 [171] Dalam kes tersebut StatusCard Australia Pty Ltd (StatusCard) telah menghasilkan suatu program komputer yang membolehkan pertaruhan dibuat ke atas perlumbaan kuda atau anjing yang disiarkan secara langsung. Untuk menghasilkan program komputer tersebut StatusCard telah mengguna, menyusun dan mempersembahkan maklumat yang diberikan oleh agensi-agensi pertaruhan kepada Seven (Operations) Network Pty Ltd yang menyiarkan maklumat tersebut. Maklumat yang disiarkan adalah terperinci termasuklah waktu dan tempat setiap perlumbaan, jarak perlumbaan, keadaan trek dan cuaca, identiti kuda atau anjing dan pencapaian terdahulu binatang tersebut dan identiti penunggang kuda. Maklumat yang disiarkan dikemaskinikan secara berterusan selaras dengan pertaruhan yang dibuat sehinggalah sejurus sebelum perlumbaan bermula. Program komputer yang dibangunkan oleh StatusCard bertujuan menunjukkan pergerakan pertaruhan yang dibuat di saat terakhir sebelum perlumbaan bermula yang dirujuk sebagai BettorData. Maklumat BettorData di saat terakhir ini dikatakan berupaya meramal keputusan yang mungkin berlaku di akhir perlumbaan dan ini membolehkan pelanggan program komputer StatusCard membuat pertaruhan berdasarkan maklumat BettorData tersebut. [172] Usaha StatusCard membangunkan program komputer tersebut bermula dalam tahun 1996 dan mengambil beberapa tahun untuk menjadi sempurna. Proses pembikinan program komputer tersebut bermula dengan menyediakan spesifikasi program yang kemudiannya telah dikaji semula, dipinda dan dikemasikini sehinggalah satu program yang memenuhi spesifikasi plaintif berjaya dihasilkan dalam tahun 2000. 85 [173] Program komputer tersebut menghasilkan suatu paparan visual pada skrin komputer menunjukkan maklumat mengenai perlumbaan-perlumbaan yang sedang berlangsung di beberapa tempat termasuklah jumlah wang yang dipertaruhkan dalam sesuatu perlumbaan. Maklumat tersebut dipersembahkan dalam bentuk jadual yang terdiri daripada beberapa lajur dan barisan. Beberapa warna berbeza digunakan pada lajur dan barisan dan juga pada maklumat yang lain untuk menandakan signifikan maklumat tertentu. Warna dan fungsi adalah berkait rapat antara satu sama lain (closely interrelated). [174] StatusCard mendakwa defendan telah melanggar hak ciptanya dalam jadual yang mengandungi maklumat yang disusun dan dipaparkan pada skrin komputer program perlumbaan. StatusCard memohon injunksi menahan defendan daripada mengeluarkan semula dalam bentuk bahan, karya yang dipaparkan pada skrin komputer yang dihasilkan daripada program komputer StatusCard. StatusCard mendakwa defendan telah meniru fungsi program komputer plaintif dengan menggunakan program komputer yang berlainan. Isu dalam kes tersebut ialah sama ada visual atau imej yang dipaparkan pada skrin komputer merupakan karya sastera atau seni yang asli. Mahkamah memutuskan tidak ada hak cipta pada paparan skrin komputer. Mahkamah mengatakan – It is important, I think, that the information displayed on the screen is constantly changing and is not the product of the plaintiff’s work. What the plaintiff’s program does is to display the telecast BettorData in a comprehensible form… 86 The plaintiff’s ‘work’, however categorised, is not the information, or BettorData which appears on the screen display, but the framework in which it is displayed and organised. That is to say the ‘work’ consists of the lines, columns and colours which serves to confine the various categories of information. … In my opinion the framework, including column headings devised by the plaintiff for the display of BettorData is neither a table nor a compilation. It does not contain intelligible information. It has no content. It is no more than a series of rectangles, boxes, some coloured, in which the BettorData can be displayed for ease of comprehension. Even if the framework were considered a compilation or table, it is not sufficiently original to qualify for protection under s 32 of the Act. To be original the work, the expression of the author’s idea, must represent some independent application of knowledge, judgment, skill or labour The particular colours of the screen display … and copied by the first defendant. But colours were chosen in order to improve the functionality of the program …the choice of colour is merely incidental to the function, and is part of it. The choice of colour did not invoke such a degree of effort or deliberation as to make the drawing an original work. [175] Dalam menentukan sama ada StatusCard mempunyai hak cipta ke atas paparan visual pada skrin komputer Mahkamah telah mengenepikan/mengabaikan maklumat yang terkandung dalam jadual yang dipaparkan pada skrin komputer. Ini adalah kerana segala maklumat yang dipaparkan adalah diperoleh dari pihak ketiga yang tersiar luas untuk umum dan bukan merupakan karya (works) StatusCard. Mahkamah hanya mempertimbangkan rangka jadual 87 bersama-sama dengan lajur dan barisan serta warna-warna yang digunakan dalam jadual yang dipaparkan. [176] Berbalik pada kes di hadapan mahkamah ini, sepertimana yang dinyatakan di atas, Al-Quran adalah sumber maklumat untuk panduan umat manusia dan ia telah wujud sejak azali lagi. Oleh itu ayat-ayat Al-Quran tersebut tidak wajar diambil kira dalam menentukan keaslian Karya-Karya Plaintif kerana ayat-ayat tersebut merupakan maklumat umum yang sedia ada dan tersebar luas untuk manusia sejagat dan ia bukannya karya apatah lagi milik Plaintif. Dengan mengenepikan/mengabaikan ayat-ayat Al-Quran, maka apa yang tinggal adalah semata-mata warna-warna merah, biru dan hijau dalam bentuk segi empat tepat atau segi empat sama. Sepertimana dinyatakan dalam kes StatusCard memilih warna tertentu tidak memerlukan kepakaran hingga boleh menjadikannya suatu karya asli. Tambahan pula penggunaan/pemilihan warna-warna oleh Plaintif untuk menanda tempat wakaf dan ibtida adalah bersampingan dan berkait rapat (closely related) dengan makna yang terkandung dalam ayat-ayat Al-Quran dan khusus untuk meningkatkan fungsi Al-Quran untuk menyebarkan ilmu. [177] Sungguhpun terdapat keterangan yang terbukti mengenai usaha dan kajian yang dijalankan oleh Plaintif namun usaha dan kajian tersebut adalah bagi maksud Plaintif merealisasikan ideanya untuk mengenal pasti tempat-tempat wakaf dan ibtida dalam ayat Al-Quran yang panjang. Betapa asli pun idea Plaintif, betapa bertungkus lumus pun usaha dan kajian yang dijalankan untuk melaksanakan idea tersebut, undang-undang hak cipta tidak meliputi dan melindungi idea. Apa yang dilindungi oleh hak cipta adalah penyataan idea. Prinsip ini diputuskan dalam kes Kiwi Brands (Malaysia) Sdn Bhd v Multiview 88 Enterprises Sdn Bhd [1998] 2 CLJ Supp 194 di mana mahkamah mengatakan – … no originality of thought is needed to sustain a claim to copyright. Under the prevailing copyright law ideas are not protected. The skill and labour needed to give any given idea some particular material form, and it is that form in which the work is presented that is protected by copyright. It is this kind of originality in which the author can claim to be his own work that is protected under the copyright law… [178] Dalam kes MacMilan & Co Ltd v Cooper [1924] 40 TLR 186, yang membincangkan berkenaan dengan buku yang diterbitkan oleh kedua-dua perayu dan responden yang merupakan penyusunan (compilation) karya seorang penulis lain, mahkamah mengatakan – … it will be observed that it is the product of the labour, skill and capital of one man that must not be appropriated by another, not the elements, the raw material, if one may use the expression, upon which the labour and skill and capital of the first have been expended. To secure copyright for this product it is necessary that labour, skill and capital should be expended sufficiently to impart to the product some quality or character whch the raw material did not possess and which differentiates the product from the raw material Asas kepada karya penyusunan yang diterbitkan dalam kes MacMilan & Co Ltd adalah suatu karya lain, iaitu menggunakan maklumat, dokumen atau data yang telah tersedia ada. [179] Keadaan ini sama dengan apa yang berlaku dalam kes ini iaitu Karya-Karya Plaintif dihasilkan berdasarkan kepada maklumat dan data yang terkandung dalam Al-Quran yang telah tersedia ada kekal dari 89 dahulu sehinggalah sekarang. Dalam keadaan ini maklumat dan data yang terdapat teks Al-Quran yang sedia ada boleh dianggap sebagai ‘raw material’. Dalam hal ini saya berpendapat kaedah menyerlahkan ayat-ayat Al-Quran dengan warna-warna yang berbeza-beza dalam Karya-Karya Plaintif tidak berupaya menunjukkan kualiti atau sifat yang membezakan Karya-Karya Plaintif dengan teks Al-Quran yang sedia ada terutamanya dalam konteks ‘functional object’ karya Plaintif yang amat berkait rapat dengan Al-Quran itu sendiri. [180] Elemen mengenai ‘functional object’ dibincangkan dalam kes The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd & Anor v Admal Sdn Bhd [2013] 9 CLJ 955. Dalam kes tersebut karya yang didakwa layak mendapat hak cipta adalah konsep di sebalik pertandingan mengeja dikenali sebagai “NST Spell It Right”. Mahkamah Rayuan mengatakan – [23] In our judgment, apart from the absence of any originality behind the concept of NST Spell It Right, the learned trial judge failed to take into account the "functional object" behind competitions of this nature. The meaning and relevance of "functional object" in determining infringement of copyright was put this way in the case of Flamelite (S) Pte Ltd and Others v. Lam Heng Chung and Others (supra): To answer this question the whole of the work must be considered and in this exercise the originality and simplicity of the plan and its functional object must be borne in mind (paragraph 40). In Catnic Components v. Hill & Smith the question was whether certain steel lintels manufactured by the defendants were copies of drawings of the Plaintiffs and infringed the copyright in those 90 drawings. The Court found that the dimensional similarities between the defendant's lintels and the Plaintiff's drawings were due to the functions which the lintels were designed to perform and the normal dimensions of material used in the building of walls (paragraph 43). Reverting to the instant case not only is there little originality in the copyright works, they are in fact simple and obvious, bearing in mind the functional object to which they relate. (emphasis added) [24] Applying the principles of law governing the "functional object" test to the concept behind the NST Spell It Right, we are inclined to agree with the written submission of learned counsel for the appellant that the concept is not eligible for copyright because: