Ia adalah tidak munasabah untuk memerlukan Defendan untuk menghubungi setiap syarikat utility (termasuk Plaintif) untuk dapatkan kepastian tentang kabel yang ada sebelum membuat kerjanya.) Itu jawapan kamu? Tidak munasabah, ini pernyata saksi kamu. Saya setuju. Tidak munasabah? Saya cadangkan kepada kamu hanya 2 pihak utiliti dan telah secara jelas dinyatakan kepada pihak Defendan iaitu TNB dan TM. Saya cadangkan kepada kamu seharusnya kamu menghubungi mereka untuk mendapat pelan utiliti. Tidak setuju. [21] Bagi skop tugas menjalankan “underground mapping” ini, keterangan SD1 telah dicabar oleh pihak Ketiga bahawa skop kerja Pihak Ketiga di Item G dalam BQ tidak berkaitan dengan lokasi kerosakan kabel bawah tanah milik Plaintif. Keterangan ini telah disokong seperti berikut:- Keterangan SD1 Pemeriksaan Balas oleh Pihak Ketiga Kerja 11kV underground cable dan juga cable yang terputus adalah 2 kerja yang berbeza? Lokasi berbeza, skop pun berbeza. PB P.Ketiga: Saya rujuk muka surat seterusnya iaitu muka surat 8 masih lagi di bawah item 2.3; saya rujuk kepada item 2.3 G. Saya baca, Item G underground mapping for detecting existing underground services, ini adalah item G di bawah 2.3 iaitu external 11kV underground cable. Ini adalah sub-item kepada 2.3 tadi. Ya, betul. Setuju saya katakan skop kerja untuk underground mapping for detecting existing underground services adalah hanya bagi skop kerja external 11kV underground cable bagi item 2.3. Setuju? Setuju. Setuju saya katakan item yang sama underground mapping for detecting existing underground services tidak ada di dalam kausa lain, di dalam item-item BQ yang lain dalam BQ ini. J : Setuju. Setuju saya katakan pada Encik Na’amat bahawa tanggungjawab Pihak Ketiga untuk melakukan underground mapping adalah hanya untuk kerja external 11kV underground cable sebagaimana yang dinyatakan dalam BQ. Setuju Keterangan SD3 Apakah jenis kabel yang dikatakan putus tersebut? Fiber optic. Adakah kabel fiber optic ini sama dengan kabel low voltage? Tidak Jadi boleh saya rujuk Encik Ridzuan kepada Ikatan K muka surat 8 di item G iaitu bahagian di bawah description high tension system yang memerlukan underground mapping for detecting existing underground services. Boleh sahkan kepada Mahkamah di sini adakah skop kerja ini melibatkan kawasan tempat kejadian? Tidak, underground mapping ini adalah untuk sistem high voltage daripada sedia existing bangunan. Dia bukan di tempat kejadian. Saya minta untuk tengok di muka surat 9 –16 ada atau tidak dinyatakan skop kerja juga perlu dibuat underground mapping untuk kerja low voltage? Tidak [22] Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan Defendan atau agennya atau Pihak Ketiga tidak pernah membuat “underground mapping” bagi kerja-kerja di tapak projek tersebut. Ini di sokong oleh keterangan berikut: Pemeriksaan Balas SD3 Sebagai seorang yang telah berpengalaman lebih 7 tahun, kamu tahu standard procedur adalah sebelum kerja-kerja pengorekan mesti mendapatkan salinan peta underground mapping. Setuju? Dalam surat tersebut, apa yang dinyatakan oleh pihak UPM adalah tiada utiliti UPM bawah tanah di lokasi projek tersebut. Setuju? Ulang. Dalam surat tersebut, UPM telah mengatakan tiada utilti UPM melalui bawah tanah di lokasi projek tersebut. Saya setuju Utiliti UPM kan. Ini adalah kerana tiada utiliti UPM melalui bawah tanah di lokasi projek tersebut. Ini yang dinyatakan oleh UPM kepada kamu setuju atau tidak? PB Plaintif: Mereka mengatakan walaubagaimanapun, kemungkinan terdapat laluan utiliti dari pembekal utiliti lain seperti TNB dan Telekom Malaysia yang tidak dapat dikenalpasti oleh pihak kami. So mereka telah memberitahu kamu bahawa mungkin terdapat utility daripada TNB dan Telekom di situ. Setuju? PB Plaintif: Mereka juga telah meminta kamu sebagai kontraktor mereka, bagi tujuan ini pihak tuan boleh berhubung dengan pihak kami untuk pemeriksaan sekiranya terjumpa utiliti bawah tanah ketika melakukan kerja-kerja pengorekan. So mereka juga telah mengatakan kepada kamu semasa kamu membuat kerja-kerja pengorekan, kamu kena beritahu mereka sekiranya terjumpa utiliti bawah tanah. Setuju atau tidak? Itu bermakna ada kemungkinan utiliti di situ di bawah tanah. [23] SD3 sorang yang mempunyai pengalaman dan latarbelakang dalam bidang tersebut. SD3 sepatutnya tahu apa SOP dan keperluan dalam bidang ini. Ini disahkan sendiri oleh SD3 sebagaimana keterangan di bawah: PB Plaintif: Ya, berapa lama? Ataupun bila kamu… Sudah 7 tahun. Sebagai site supervisor? Ya, site supervisor. Apakah kualifikasi kamu? Ada apa-apa kualifikasi secara pendidikan? Saya belajar Engineering dekat Brunei Universiti dekat West London in electrical and electronic. Diploma ke? Degree atau Master? Degree. Bachelor? Ya. Diploma saya dekat UniKL BMI dekat Gombak. Dalam 7 tahun ini, kamu lazimnya untuk kes-kes construction Defendan itu kamu berada di tapak? Saya di tapak. … Saya cadangkan kepada kamu memandangkan utilities mapping yang itu satu amalan prosedur yang harus dilakukan tidak dilakukan oleh pihak kamu ataupun Defendan maka pihak kamu atau pihak Defendan telah gagal mematuhi prosedur-prosedur yang sedia ada. Gagal mematuhi ataupun mengikuti prosedur-prosedur sedia ada semasa mengorek di lokasi tersebut. Saya tidak setuju. PB Plaintif: Kamu juga mengesahkan dalam jawapan yang sama, kamu juga cakap saya juga beranggapan utilities mapping telah dibuat. Ini jawapan kamu betul? Kamu beranggapan. PB Plaintif: Paragraph kedua itu. No.16? PB Plaintif: Ya, no.16 itu. Kamu beranggapan utilities mapping telah dibuat, saya nak sedikit penjelasan mengenai …. Sekejap saya baca sekejap. PB Plaintif: Ya. Baik saya setuju yang saya cakap. Adakah keterangan kamu di hadapan Mahkamah bahawa utilities mapping telah dibuat oleh siapa? Kamu cakap beranggapan di sini, siapa yang kamu beranggapan telah buat utilities mapping tersebut? Saya tidak pasti sebab satu kawasan itu adalah masa itu hutan, yang kedua adalah bukan dalam skop saya jadi saya beranggapan tidak ada dalam skop saya jadi macam itulah. PB Plaintif: Jawapan kamu di sini bercanggahan dengan jawapan kamu examnination in chief tahu? Ini keterangan utama kamu di Mahkamah. Kamu telah mengatakan kamu beranggapan utilities mapping telah dibuat. Soalan saya senang sahaja. Siapa buat itu utilities mapping tersebut? Kamu cakap kamu telah beranggap, siapa yang buat utilities mapping tersebut? Saya tidak pasti, saya beranggapan sahaja benda itu sepatut… PB Plaintif: So kamu sebagai seorang yang berpengalaman dalam kerja-kerja yang kamu kata dalam witness statement kamu sebelum mengorek itu kamu menganggap utilities mapping telah dibuat. Bila kamu cakap kamu beranggap utilities mapping telah dibuat, jawapan kamu ini tergantung. Beranggapan siapa yang membuat utilities mapping tersebut? Ini keterangan kamu. Ya, saya beranggapan tapi saya tidak pasti. Siapa buat utilites mapping? PB Plaintif: Senang saja soalan saya. Saya tidak pasti. Tapi kamu beranggap utilities mapping dibuat. Saya beranggapan kata benda itu dibuat tapi saya tidak pasti siapa yang perlu buat sebab dia tidak masuk. Siapa yang sepatutnya buat sebelum kerja pengorekkan dilakukan? Senang saja soalan saya. Pihak Ketiga atau Defendan? Saya beranggapan sebab bila dia tidak ada dalam skop saya, dia mesti ada dalam … dekat main-con. So siapa yang buat sepatutnya buat utilities mapping? Sepatutnya main-con. Main-con itu siapa? Defendan dalam kes hari ini? Siapa? Pengukuhan NS. Kamu beranggapan Defendan telah membuat utilities [24] Oleh demikian, Mahkamah bersetuju bahawa kerosakan kabel Plaintif berlaku adalah disebabkan kecuaian Defendan mengenalpasti kedudukan dan laluan kabel bawah tanah Plaintif. Mahkamah mengulangi keterangan saksi Plaintif yang mana gagal dicabar oleh pihak Defendan/Pihak Ketiga seperti di bawah: Keterangan SP1 Sila terangkan bagaimana kerosakan itu berlaku? Kerosakan berlaku apabila Defendan dengan lalai dan/atau cuai melakukan kerja-kerja pengorekan tanpa mengambil kira kedudukan dan laluan sedia ada kabel-kabel dan sesalur milik Plaintif di kawasan kerosakan tersebut dan telah mengakibatkan kerosakan kepada sesalur dan kabel-kabel milik Plaintif. [25] Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa terdapat kausa tindakan terhadap Defendan atas kausa kecuaian tort/(negligence). Mahkamah juga membuat dapatan bahawa terdapatnya bukti prima facie kecuaian Defendan di bawah doktrin res ipsa loquitor. [26] Mahkamah merujuk kepada kes WONG ENG V CHOCK MUN CHONG [1963] 1 MLJ 204 yang telah menyatakan definisi res ipsa loquitur seperti berikut:- “The meaning, as I understand, of that phrase is this, that there is, in the circumstances of the particular case, some evidence which, viewed not as a matter of conjecture, but of reasonable argument, makes it more probable that there was some negligence, upon facts as shown and undisputed, than that the occurrence took place without negligence. The res speaks because the facts stand unexplained, and therefore the natural and reasonable, not conjectural, inference from the facts shows that has happened is reasonable, not conjectural, inference from the facts shows that what has happened is reasonable to be attributed to some at of negligence on the part of somebody; that is, some want of reasonable care under the circumstances.” [27] Mahkamah daripada keterangan yang ada, jelas terdapat pengakuan dipihak saksi-saksi yang mengakui kerosakan terjadi di Kawasan tersebut adalah kesan daripada kerja-kerja yang dilakukan bagi projek di bawah kawalan Defendan. Mahkamah kemukakan semula keterangan sebagaimana di bawah: Keterangan SD2 Mereka telah memberitahu kamu semasa kerja menggali tersebut, kabel TM telah rosak seperti dalam pernyata laporan polis kamu setuju? Kamu telah membuat 1 pengakuan dalam laporan polis di sini bahawa kabel TM telah rosak akibat kerja-kerja menggali semasa kerja penggalian tersebut seperti dalam report kamu. Setuju? Di report kamu pada masa itu, 3 hari selepas kerosakan berlaku. Ya. Boleh explain? Atau tidak boleh explain … Saya cadangkan kepada kamu pada masa tersebut lapisan keselamatan atau marker TM itu telah hancur dan ditimbus oleh pekerja-pekerja kamu. Kamu tidak nampak betul? … Jadi encik boleh mengesahkan bahawa encik tidak membuat sebarang utilities mapping benar? Untuk tapak kejadian ini. Tidak .. Saya cadangkan kepada encik walaupun encik berpengetahuan bahawa utilities mapping adalah diperlukan sebelum kerja-kerja pengorekkan dilakukan, encik memilih tidak membuat utilities mapping di tapak kejadian. Saya tidak pasti. … Adakah encik membuat sebarang pertanyaan atau pengesahan bahawa utilities mapping di tapak kejadian telah dilakukan sebelum encik melakukan kerja-kerja pengorekkan? Tidak. … Setuju dengan saya sebelum kerja-kerja pengorekkan dilakukan di situ, utilities mapping perlu dijalankan dalam kes ini? Setuju. … Tapi kamu mengesahkan ini keterangan kamu utilities mapping harus dilakukan sebelum apa-apa kerja pengorekkan dilakukan? Betul. … Riaz Jaya tidak melakukan apa-apa kerja-kerja mapping dilokasi insiden betul? Betul. … Kamu setuju dengan saya langsung tiada utilities mapping dilakukan sebelum pengorekkan? Betul [28] Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah Berjaya membuktikan tuntutan terhadap Defendan. Pembelaan Defendan adalah tidak bermerit dan hanya isu yang dibangkitkan tanpa bukti sokongan. [29] Daripada keterangan yang ada, Mahkamah percaya isu yang dibangkitkan oleh Defendan bahawa pihak Plaintif gagal meletakkan tandaan atau “marking” (lapisan pasir, batuan dan sebagainya) serta meletakkan beban kepada Pihak Ketiga adalah satu isu yang tidak bermerit berdasarkan bukti terutama pengakuan saksi-saksi Defendan sendiri. [30] Mahkamah merujuk kepada keterangan SD2 di Mahkamah bahawa berhubung lapisan keselamatan atau marker Plaintif. SD2 akui beliau tiada di tempat kejadian pada waktu tersebut dan hanya dimaklumkan oleh pekerja. Beliau tidak dapat mengesahkan fakta ini. Walaupun begitu, ia adalah fakta yang tidak dapat disangkal oleh pihak Defendan sendiri bahawa kabel Plaintif rosak akibat kerja-kerja Defendan. [31] Mahkamah merujuk keterangan SD2 sebagaimana di bawah: Saya cadangkan kepada kamu pada masa tersebut lapisan keselamatan atau marker TM itu telah hancur dan ditumbul oleh pekerja-pekerja kamu. Kamu tidak nampak betul? Setuju? Sebab kamu tidak ada pengetahuan. Setuju atau tidak ada ke marker, lapisan keselamatan. Walaupun telah diberitahu kepada kamu, kononnya telah diberitahu kepada kamu. Pada masa tersebut sebulan selepas kejadian, kamu tidak nyatakan dalam laporan polis kamu setuju atau tidak? Setuju. Saya cadangkan kepada kamu kononnya tiada lapisan atau marker itu adalah 1 pemikiran semula selepas saman ini difailkan di Mahkamah dan setelah berjumpa dengan peguam kamu. Setuju atau tidak? Tidak. PB Plaintif: Tidak? Tidak apa, itu cadangan saya. Tapi kamu sahkan pada masa itu memang tidak masuk dalam fikiran kamu ya? Tidak ada lapisan atau marker semasa membuat laporanpolis itu. Tidak. Boleh…. Betul atau tidak? Kamu boleh jelaskan nanti. Boleh sahkan pada masa membuat laporan polis ini, memang tidak dinyatakan tiada lapisan keselamatan atau marker dalam report ini yang disediakan untuk insurans kamu. Tidak ada dalam report, saya tidak nyatakan. Ya dan ini adalah untuk kamu membuat claim insurans kan? Laporan ini. Pemeriksaan Semula SP1 Boleh nak jelaskan? Tadi kamu ditanya tidak ada gambar, marker atau… Ya, sebab dekat site, kita pergi tengok Kawasan telah demaged teruk, so benda-benda yang sepatutnya …marker daripada pihak Plaintif semua sudah hancur. TUNTUTAN DEFENDAN TERHADAP PIHAK KETIGA [32] Pihak Defendan telah membawa Pihak Ketiga ke dalam tindakan ini. Adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Pihak Ketiga telah dilantik oleh Defendan sebagai sub-kontraktor bagi kerja-kerja berkaitan. [33] Mahkamah telah membuat dapatan bahawa daripada keterangan yang ada, Pihak Ketiga merupakan ejen Defendan yang mana Defendan mempunyai kawalan terhadap semua kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Pihak Ketiga. [34] Dalam masa yang sama, tanggungjawab kerja Pihak Ketiga adalah terhad kepada kawasan tertentu dan tidak merangkumi lokasi kerosakan kabel milik Plaintif, sekaligus menyokong pembelaan bahawa Pihak Ketiga tidak bertanggungjawab untuk kerosakan yang berlaku di luar skop yang dinyatakan dalam kontrak. Kontrak yang dirujuk adalah tidak dipertikaikan. [35] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan di dalam kes MALAYSIAN SHIPPING AGENCIES SDN BHD V MTC ENGINEERING SDN BHD [2019] MLJU 522 berhubung isu bahawa pihak-pihak terikat dengan terma kontrak sebagaimana berikut: The plaintiff had a defined scope of work and it was never to carry out the scope of work of the Petronas Contract.From the construction of the MTCE Contract, it has to be taken in its literal meaning given the factual matrix of the present case that the plaintiff is only limited to the provision of the vessels and manpower for the EWT System.” [36] Ini disahkan oleh keterangan SD3 sebagaimana berikut: Apakah kaedah untuk mengetahui bahawa sesuatu lokasi adalah selamat untuk dikorek? ‘Utilities mapping’ adalah satu kaedah yang perlu dijalankan sebelum apa-apa kerja pengorekan dibuat. Namun Riaz Jaya tidak membuat utilities mapping kerana tiada dalam skop kerja yang diberikan oleh Defendan. Tambahan pula, Defendan juga ada membuat kerja-kerja tanah di sekitar lokasi pengorekan terlebih dahulu daripada tarikh insiden. Jadi saya beranggapan ‘utilities mapping’ telah dibuat. ‘Utilities mapping’ merupakan skop kerja biasa dalam BQ antara kontraktor utama dan klien dan melibatkan kos yang tinggi. Sebagai sub-kontraktor, tiada skop kerja bagi utilities mapping dalam BQ yang diberikan kepada saya. [37] Keterangan SD3 ini pula konsisten dengan keterangan SD2 bahawa Defendan telah terlebih dahulu menjalankan kerja-kerja di tapak tersebut sebelum Pihak Ketiga masuk tapak sebagaimana di bawah: “S: Maknanya sudah ada kerja-kerja lain yang dilakukan, kerja tolak tanah dulu lepas itu ada pembinaan bangunan… Baru elektrikal boleh masuk, dia bukan kerja awalan setuju? Dia 20% selepas projek itu lebih kurang. Macam mana? 30% progress. 30% progress makna bukan kerja awalan. Maknanya 20% dulu jalan daripada bahagianbahagian lain baru elektrikal dan mekanikal akan datang? Ya, lebih kurang. Bukan mekanikal, mekanikal tidak. Elektrikal sebab mekanikal kena tanam salur najis. [38] Mahkamah tidak bersetuju dengan pendirian dan hujahan Pihak Ketiga bahawa “…tanggungjawab kerja Pihak Ketiga adalah terhad kepada kawasan tertentu dan tidak merangkumi lokasi kerosakan kabel milik Plaintif, sekaligus menyokong pembelaan bahawa Pihak Ketiga tidak bertanggungjawab untuk kerosakan yang berlaku.” [39] Ini adalah kerana tidak dapat disangkal lagi dan bukti serta keterangan yang ada telah cukup menyokong fakta bahawa kerosakan adalah dilakukan oleh Pihak Ketiga iaitu sub-kontraktor kepada Defendan. Mahkamah merujuk keterangan SD2 yang gagal dicabar oleh Pihak Ketiga. Pemeriksaan balas SD2 Pada 8/2/2018 semasa kerja-kerja pengorekan, kamu memang tiada di situ dan kamu tidak melihat kerosakan dilakukan. Setuju? Kamu pergi selepas itu setuju? Tapi dalam report kamu kamu telah mengesahkan pekerja dari syarikat Riaz; Pihak Ketiga hari ini sub-kon kepada Defendan setuju? PB Plaintif: Telah menjalankan kerja menggali untuk menanam laluan kabel di situ iaitu di Persiaran Mardi - UPM Serdang yang saya tunjuk gambar kepada kamu tadi. PB Plaintif: Kamu mengatakan pihak Riaz telah menjumpai kabel TM semasa kerja menggali tersebut. … Mereka telah memberitahu kamu semasa kerja menggali tersebut, kabel TM telah rosak seperti dalam pernyata laporan polis kamu setuju? Kamu telah membuat 1 perakuan dalam laporan polis di sini bahawa kabel TM telah rosak akibat kerja-kerja menggali semasa kerja penggalian tersebut seperti dalam report kamu. Setuju? Di report kamu pada masa itu, 3 hari selepas kerosakan berlaku. Ya. Boleh explain? Atau tidak boleh explain? [40] Mahkamah membuat dapatan bahawa kerosakan kabel Plaintif adalah disebabkan kerja-kerja Pihak Ketiga pada masa itu di tempat kejadian. Pihak Ketiga adalah ejen/sub-kontraktor yang dilantik oleh Defendan di bawah kontrak. Skop kerja untuk membuat “underground mapping” adalah di bawah tanggungjawab Defendan. Defendan telah gagal berbuat demikian. Defendan dan juga Pihak Ketiga maklum dan berpengalaman dalam kerja-kerja ini serta faham apakah tanggungjawab mereka tetapi gagal mengambil langkah sewajarnya. [41] Mahkamah merujuk keterangan di bawah: Keterangan SD2 Semasa kerja menggali tersebut, kamu kata kabel telah rosak. Kamu juga mengatakan telah meminta mapping laluan kabel daripada pihak UPM, siapa yang minta mapping laluan kabel tersebut? Saya yang minta dengan pihak UPM. Ini adalah berdasarkan surat yang dihantar kepada pihak Defendan kan? Dalam surat tersebut, UPM telah mengatakan tiada utilti UPM melalui bawah tanah di lokasi projek tersebut Saya setuju Mereka mengatakan walaubagaimanapun, kemungkinan terdapat laluan utiliti dari pembekal utiliti lain seperti TNB dan Telekom Malaysia yang tidak dapat dikenalpasti oleh pihak kami. So mereka telah memberitahu kamu bahawa mungkin terdapat utiliti daripada TNB dan Telekom di situ. Setuju? Mereka juga telah meminta kamu sebagai kontraktor mereka, bagi tujuan ini pihak tuan boleh berhubung dengan pihak kami untuk pemeriksaan sekiranya terjumpa utiliti bawah tanah ketika melakukan kerja-kerja pengorekan. So mereka juga telah mengatakan kepada kamu semasa kamu membuat kerja-kerja pengorekan, kamu kena beritahu mereka sekiranya terjumpa utiliti bawah tanah. Setuju atau tidak? Itu bermakna ada kemungkinan utiliti di situ di bawah tanah. Berdasarkan surat ini, adakah kamu telah menghubungi Plaintif untuk mengenalpasti adakah pelan utiliti mapping utiliti TM di situ? Tidak ada Saya cadangkan kepada kamu salah satu langkah yang sepatut diambil adalah untuk mengenalpasti utiliti sebelum kerja-kerja pengorekan, seperti kamu cakap itu standard procedur. Tapi namun demikian kamu tidak menulis surat kepada TM, setuju? [42] Terdapat keterangan jelas bahawa Defendan sedar tentang kejadian ini dan telah berurusan/berbincang dengan pihak Plaintif tanpa penglibatan/memaklumkan Pihak Ketiga. Ini memberi inferens bahawa Defendan akui kemalangan yang berlaku di tempat kejadian adalah dibawah tanggungjawab Defendan semata-mata sebagai kontraktor utama di tapak projek, [43] Tambahan pula, terdapat keterangan bahawa pihak Defendan tidak mengarahkan Pihak Ketiga untuk mengambil apa-apa insurans seperti Insurans Semua Risiko Kontraktor (Contractor's All Risk, CAR). Ini tidak peruntukkan dalam Letter of Award antara Defendan dan Pihak Ketiga ataupun dalam Bill of Quantities yang dikeluarkan. Mahkamah bersetuju bahawa tindakan ini menunjukkan bahawa Pihak Ketiga boleh dan hanya perlu bergantung kepada insurans Defendan untuk sebarang risiko kerosakan yang dialami semasa projek berlangsung. [44] Isu berhubung insurans ini tidak dikemukakan langsung oleh pihak Defendan. Defendan gagal mengemukakan dokumen-dokumen berhubung tuntutan insurans bagi kejadian tersebut. SD2 juga membuat laporan polis sebulan lebih setelah menjumpai kabel milik Plaintif, iaitu pada 12.3.2018. SD2 mendakwa ia dibuat bagi tujuan menuntut insurans. Apa hasil dari proses tuntutan tersebut gagal dikemukakan. [45] Tindak tanduk Defendan juga memberi inferens bahawa Defendan akui mereka adalah pihak yang perlu bertanggungjawab. Pihak Ketiga telah membuat laporan kepada pihak Defendan selepas kejadian. SD2 telah membuat satu laporan polis. Bersabit isu tersebut, Defendan telah memaklumkan Pihak Ketiga dan secara tersirat telah memberi akujanji akan menyelesaikan masalah yang timbul. [46] Ini boleh dilihat daripada tindakan Defendan yang tidak pernah membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat tapak mahupun sepanjang tempoh kontrak dan juga tidak pernah meminta sebarang maklum balas berhubung insiden ditapak sehinggalah Pihak Ketiga menerima Notis Pihak Ketiga. [47] Defendan gagal memberikan notis dan/atau tuntutan terhadap sebarang tuntutan tanggung rugi terhadap Pihak Ketiga dan juga memberikan peluang kepada Pihak Ketiga untuk membaiki kerosakan. Ini adalah fakta sangat penting kerana sebelum apa-apa liability dan tanggungan kerugian dibuat, Pihak Ketiga perlu diberikan peluang untuk didengar dan bertindak sewajarnya sebagaimana terkandung dalam terma perjanjian antara kedua-dua pihak. [48] Mahkamah merujuk kepada perenggan 2(iv) Letter of Award yang mana memperuntukkan Pihak Ketiga hendaklah membaiki jika terdapat sebarang kecacatan atau kerosakan dalam skop kerja ketika dalam tempoh pembinaan dan tanggungan kecacatan. [49] Adalah menjadi satu keperluan bagi Defendan untuk menyerahkan notis kepada Pihak Ketiga untuk merektifikasi kerosakan atau menuntut Pihak Ketiga menanggung rugi dalam tuntutan-tuntutan bayaran bagi kerja-kerja dalam projek tersebut tidak dinyatakan dalam kontrak namun ia merupakan satu terma tersirat. Dalam kes ini, tiada notis sedemikian dikeluarkan oleh pihak Defendan kepada Pihak Ketiga bahkan minit mesyuarat juga tidak pernah membincangkan berhubung tuntutan kepada sub-kontraktor/Pihak Ketiga ini. [50] Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah memilih untuk membawa bersama Pihak Ketiga dalam tindakan ini adalah disebabkan saman yang diterima daripada pihak Plaintif terhadap Defendan. Ini adalah satu pemikiran semula. Ini disahkan dengan fakta apabila Pihak Ketiga hanya menerima Notis Minta Arahan Pihak Ketiga daripada Defendan untuk menanggung rugi kerosakan kabel milik Plaintif setelah empat (4) tahun dari tarikh kejadian. [51] Jika dilihat daripada kronologi kes pula, Penyataan Tuntutan diserahkan oleh Plaintif kepada Defendan pada 13.5.2022. Defendan memfailkan pembelaan pada 7.7.2022. Notis Pihak Ketiga bertarikh 3.10.2022 diserahkan kepada Pihak Ketiga. Penyataan Tuntutan terhadap Pihak Ketiga difailkan pada 17.11.2022. Sepanjang tempoh ini, Defendan tidak pernah mengemukakan apa-apa isu atau memanggil Pihak Ketiga berkenaan isu ini sehinggalah tindakan ini dimulakan di Mahkamah. [52] Dalam masa yang sama, Pihak Ketiga juga telah memplidkan dan ia adalah suatu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Defendan juga tidak pernah membangkitkan isu berkenaan tuntutan Plaintif atau menuntut Pihak Ketiga menanggung rugi dalam tuntutan-tuntutan bayaran bagi kerja-kerja dalam projek tersebut. Kerja-kerja elektrik tersebut telah disempurnakan oleh Pihak Ketiga yang mana Sijil Perakuan Siap telah dikeluarkan terhadap kerja-kerja elektrik tersebut. [53] Oleh demikian, Mahkamah mendapati bahawa pihak Defendan di sini tidak berhak untuk menuntut daripada Pihak Ketiga pada peringkat ini dan Pihak Ketiga tidak bertanggungan atas kerugian yang dituntut oleh pihak Plaintif terhadap Defendan. Pihak Plaintif telah dengan betul apabila memfailkan dan menamakan Defendan sahaja dalam tuntutan ini. [54] Dari segi hubungan antara Defendan dan Pihak Ketiga, Mahkamah membuat dapatan bahawa Pihak Ketiga telah memenuhi ketiga-tiga faktor skop liability vikarius kepada hubungan yang dianggap "serupa dengan pekerjaan" (akin to employment). [55] Adalah jelas bahawa Pihak Ketiga dan Defendan mempunyai hubungan yang “serupa dengan pekerjaan”. Oleh itu, Defendan selaku “majikan” mempunyai liabiliti vikarius (“vicarious liability”) untuk menanggung rugi kerosakan yang dimaksudkan. [56] Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes DR. KOK CHOONG SENG & ANOR V SOO CHENG LIN AND ANOTHER APPEAL [2017] 10 CLJ 529 berhubung isu skop liability vikarius kepada hubungan yang dianggap "serupa dengan pekerjaan" (akin to employment) sebagaimana berikut: