- Court
- Sessions Court of Malaysia
- Decision date
- 21 Apr 2026
- Case number
- WA-A52NCvC-141-02/2022
- Coram
- Puan Siti Fatimah Binti Talib
- Practice area
- 1. Plaintif dalam tindakan guaman ini ialah TM Technology Services Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 200201003726 (571389-H)), yang dahulunya dikenali sebagai Telekom Malaysia Berhad dan telah mengambil alih hak, aset serta liabiliti Telekom Malaysia Berhad melalui Perintah bertarikh 21 Februari 2023, berkuat kuasa pada 1 Mac 2023. 2. Defendan adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar dan/atau alamat perniagaan di Tingkat 10, Wisma Rozali, No. 4, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan/atau Tingkat 5, Wisma Rozali, No. 4, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan/atau Lot 3-36 PV 128, Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur dan/atau Blok F06-03, Star Parc Point, Taman Ibu Kota, Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur. 3. Tindakan guaman ini berbangkit daripada kerosakan dua kabel utama gentian optik bawah tanah milik Plaintif yang dikatakan berlaku pada 9 Mei 2017 di sekitar Jalan Bunga Raya, Setapak, Kuala Lumpur. Plaintif mendakwa kerosakan itu berlaku ketika kerja pengorekan bagi Projek Pakej D44, iaitu projek pembinaan dan penaiktarafan rangkaian paip pembetungan di Bunus, Kuala Lumpur, sedang dilaksanakan. 4. Plaintif mendakwa bahawa Defendan di sini telah melakukan kecuaian dalam menjalankan kerja-kerjanya yang mengakibatkan kerosakan terhadap beberapa harta benda milik Plaintif termasuk sesalur dan kabel-kabel fiber optik. 5. Defendan ialah kontraktor utama Pakej D44. Melalui perjanjian subkontrak bertarikh 15 September 2016, Defendan telah melantik Pihak Ketiga untuk melaksanakan kerja fizikal di tapak, termasuk kerja pengesanan utiliti, kerja rintis (piloting), pengorekan, pembinaan syaf dan kerja pipe-jacking di Zon 1A, Setapak. Tempoh subkontrak yang material meliputi tarikh kejadian yang dipertikaikan. 6. Plaintif menuntut terhadap Defendan sejumlah RM126,115.85 sebagai ganti rugi khas bagi bahan, buruh dan perkhidmatan kejuruteraan yang dikatakan digunakan untuk memulihkan rangkaian yang terlibat kerosakan tersebut. Defendan menafikan bahawa kerosakan itu berpunca daripada kerja Pakej D44 dan menyatakan semua kerja fizikal dilakukan oleh kontraktor bebas, iaitu Pihak Ketiga yang telah dilantik. Melalui Notis Pihak Ketiga di kandungan 33, Defendan menuntut indemniti atau sumbangan 100% jika Defendan didapati bertanggungan kepada Plaintif. Tuntutan Plaintif dan Prosiding Sumbangan atau Tanggungrugi telah dibicarakan bersama kesemua pihak. 7. Setelah meneliti, menilai dan mempertimbangkan keseluruhan kertas kausa dan keterangan-keterangan lisan saksi-saksi serta dokumentar yang telah dikemukakan, Mahkamah ini mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan sebahagian tuntutannya atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan dengan membenarkan tuntutan Plaintif sebahagiannya sebanyak RM114,096.60. Tuntutan bagi caj gudang dan pengendalian berjumlah RM12,019.25 ditolak kerana tidak dibuktikan dengan dokumen dan asas pengiraan yang mencukupi. Tuntutan indemniti Defendan terhadap Pihak Ketiga dibenarkan atas terma Klausa 21.1 perjanjian subkontrak. Penghakiman indemniti diberikan bagi Defendan terhadap Pihak Ketiga. Alasan dan dapatan terperinci Mahkamah ini akan dihuraikan di perenggan berikutnya
- Version
- Alasan Penghakiman 1
- Published
- 29 Jul 2026
- Source ID
- ac5ee174-8f81-4689-824f-a4d4653b98f8