Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: P-02(IM)(NCVC)-1471-07/2018 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD (NO. SYARIKAT : 200866-W) … PERAYU
/akn/my/judgment/court-of-appeal/1900/243a2db2-1f44-4573-b809-047d42ff9a56
Court of Appeal of Malaysia1 Jan 1900P-02(IM)(NCVC)-1471-07/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: P-02(IM)(NCVC)-1471-07/2018 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD (NO. SYARIKAT : 200866-W) … PERAYU
1
TAN SOOI LEK @ TAN CHOON GUAN
2
TAN THIAM HOCK
3
NG TIANG KUAN (NO. K/P: 740814-08-6223) … RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO: PA-22NCVC-196-09/2017 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD (NO. SYARIKAT: 200866-W) … PLAINTIF 2
1
TAN SOOI LEK @ TAN CHOON GUAN
2
TAN THIAM HOCK
3
NG TIANG KUAN (NO. K/P: 740814-08-6223) … DEFENDAN-DEFENDAN KORUM: ZALEHA BINTI YUSOF, HMR (kini HMP) RHODZARIAH BINTI BUJANG,HMR (kini HMP) HAS ZANAH BINTI MEHAT, HMR PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan perayu/plaintif terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonan perayu/plaintif untuk injunksi mandatori terhadap responden-responden/defendan-defendan. 3 [2] Kami dengan sebulat suara telah menolak rayuan perayu/plaintif dengan kos sebanyak RM3,000.00 kepada setiap responden/defendan tertakluk kepada fi alokatur. [3] Dalam penghakiman ini pihak-pihak adalah dirujuk seperti rujukan di Mahkamah Tinggi. FAKTA DAN LATAR BELAKANG [4] Fakta dan latar belakang kes adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan dengan pengubahsuaian serta kertas-kertas kausa yang telah difailkan dan terkandung dalam rekod rayuan. Defendan pertama dan defendan kedua adalah pemilik berdaftar sebidang tanah dikenali sebagai Lot 345, GRN 38876, Mukim 08, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (“tanah tersebut”). Tanah tersebut sebelum dipindah milik kepada defendan pertama dan defendan kedua pada 12.07.2005, dimiliki oleh Teoh Gin Choeng dan Tan Ah Bah @ Tan Hay Peng (“pemilik-pemilik terdahulu”). [5] Pada 26.2.1991, plaintif telah mengeluarkan Notis Jadual Pertama di bawah seksyen 11 Akta Bekalan Elektrik 1990 (“Akta”) kepada pemilik- 4 pemilik terdahulu untuk memasuki tanah tersebut bagi membersihkan rentis dan mendirikan tiang menara serta jalan masuk dan plaintif beraku janji untuk membayar pampasan terhadap apa-apa kerosakan akibat dari kemasukan tersebut. Pada 25.4.1991, satu siasatan untuk bayaran pampasan telah diadakan oleh Pentadbir Tanah dan bayaran pampasan sebanyak RM31,856.00 masing-masing telah dibayar kepada pemilik-pemilik terdahulu di bawah subseksyen (2) seksyen 11 Akta pada 28.6.1991. [6] Berdasarkan Notis Jadual Kedua, di bawah subseksyen (7) seksyen 11 Akta, bertarikh 22.11.1991, plaintif telah dibenarkan memasuki tanah tersebut bagi menjalankan kerja-kerja seperti mana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama di atas. Plaintif telah membina dua menara no. 65 dan 66 untuk Talian Penghantaran elektrik 275 kV Junjung - Bukit Merah seperti di eksibit A-2 pelan juruukur di muka surat 94 RR Jilid 2 (“Talian Penghantaran”). Menurut plaintif, Talian Penghantaran tersebut adalah merupakan talian tunjang kepada sistem penghantaran elektrik di kawasan Utara Semenanjung Malaysia yang menghubungkan bekalan grid elektrik dari selatan ke utara Semenanjung Malaysia. 5 [7] Pada sekitar awal 2016, plaintif telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan menaiktaraf talian sistem penghantaran elektrik yang melibatkan penukaran palang-palang kayu pada menara-menara elektrik tersebut kepada jenis fiber komposit dan juga menukar earth wire dengan optic pilot ground wire. [8] Kerja-kerja penukaran palang-palang kayu kepada fiber komposit telah selesai di menara Talian Penghantaran dan yang tinggal hanyalah penukaran palang-palang kayu di menara no. 65 dan 66. [9] Plaintif telah memaklumkan melalui surat-surat bertarikh 22.4.2016 dan 5.5.2016 masing-masing kepada defendan pertama dan kedua untuk memasuki tanah tersebut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Namun, pada 29.5.2016 wakil plaintif telah dihalang oleh defendan pertama dan kedua daripada memasuki ke kawasan rentis untuk ke menara no. 65 dan 66 (laporan polis di muka surat 100 dan 101 RR Jilid 2). Defendan kedua juga membuat laporan polis bahawa kemasukan plaintif ke tanah tersebut secara tidak sah dan “bimbang kerja-kerja pembaikan tiang elektrik” akan merosakkan pokok kelapa sawitnya (muka surat 132 RR Jilid 2). 6 [10] Melalui surat bertarikh 13.1.2017, plaintif meminta defendan pertama dan kedua mengeluarkan kayu-kayu yang dipasang untuk menyokong pokok dan tanaman dari kawasan menara dan centrepath Talian Penghantaran. Melalui surat berbeza tetapi bertarikh sama, plaintif meminta defendan-defendan pertama dan kedua memberhentikan aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa kebenaran plaintif. Plaintif juga melalui surat bertarikh 27.1.2017 meminta defendan ketiga memberhentikan aktiviti menanam sayur dan memacak kayu penyokong pokok. Plaintif menyatakan aktiviti tersebut telah menghalang kerja-kerja selenggaraan di menara no. 65 dan 66 Talian Penghantaran. Selanjutnya plaintif menyatakan bahawa jika plaintif tidak boleh menyelenggara menara-menara tersebut, ini boleh menyebabkan penghantaran elektrik menjadi lemah yang akan menyebabkan gangguan bekalan elektrik akan berlaku. [11] Berdasarkan afidavit sokongan, plaintif menyatakan bahawa mereka tidak pernah memberi kebenaran kepada defendan-defendan untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam di dalam kawasan rentis Talian Penghantaran kerana sebarang aktiviti di kawasan tersebut adalah membahayakan dan mengancam nyawa orang awam. [12] Surat-surat plaintif di atas tidak dilayan oleh defendan-defendan. 7 [13] Plaintif kemudiannya telah memfailkan tindakan terhadap defendan-defendan untuk:
a
(a) perintah injunksi mandatori terhadap defendan-defendan untuk membenarkan plaintif dan/atau pekerja-pekerjanya memasuki tanah tersebut untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di bawah seksyen 13 Akta;
b
(b) memerintahkan defendan-defendan dengan serta merta mengeluarkan tanaman dan peralatan yang berkaitan dengan tanaman tersebut termasuklah kayu penyokong pokok dan pagar zink dari kawasan rentis;
c
(c) Sekiranya defendan-defendan gagal mematuhi (b) di atas, plaintif dibenar untuk memasuki tanah tersebut untuk mengeluarkan tanaman dan peralatan yang berkaitan dengan tanaman tersebut termasuklah kayu penyokong pokok dan pagar zink dari kawasan rentis; dan
d
(d) Satu injunksi mandatori menghalang defendan-defendan dari menjalankan apa-apa aktiviti pertanian dan perkara berkaitan dengannya di kawasan rentis tersebut. 8 [14] Sebelum tuntutan didengar, plaintif telah memfailkan permohonan ex-parte melalui Kandungan 4 untuk injunksi mandatori bagi tujuan dan berdasarkan alasan yang sama sebelum tuntutan didengar. [15] Pada 6.10.2017, perintah injunksi interim secara ex-parte di Kandungan 4 diberikan terhadap defendan-defendan yang melarang defendan-defendan daripada mengusahakan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti dalam kawasan rentis Talian Penghantaran di atas tanah tersebut. Pada 16.10.2017 sekali lagi perintah interim secara ex-parte diberi kepada plaintif supaya defendan-defendan membenarkan plaintif atau agen-agen/pekerjanya memasuki mana-mana bahagian tanah tersebut untuk kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan atau menaik taraf pepasangan elektrik yang melibatkan Talian Penghantaran termasuk kabel elektrik dan menara yang terletak di atas tanah tersebut. [16] Mahkamah kemudiannya telah mendengar Kandungan 4 secara inter parte melalui hujahan bertulis oleh kedua-dua pihak. Pada 13.6.2018, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat perintah membatalkan Kandungan 4 dengan kos RM2,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. 9 ALASAN MAHKAMAH TINGGI [17] Secara ringkasnya alasan Yang Arif dalam menolak permohonan Kandungan 4 ialah plaintif telah pun memasuki tanah tersebut dan telah menyiapkan kerja-kerja penyelenggaraan oleh itu perkara yang dipohon telah menjadi akademik. ALASAN RAYUAN PLAINTIF [18] Berdasarkan memorandum rayuan plaintif menyatakan bahawa Yang Arif Hakim telah gagal menimbangkan bahawa:
i
(i) permohonan dalam perenggan (a) tidak menjadi redundant walaupun plaintif telah menyiapkan kerja-kerja penyelenggaraan Talian Penghantaran, kerana kerja-kerja penyelenggaraan adalah berterusan sehinggalah talian tersebut dirombak dan dikeluarkan dari tanah tersebut;
Subparagraph
(ii) aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan rentis Talian Penghantaran adalah tanpa kebenaran plaintif dan aktiviti 10 tersebut adalah merupakan satu kesalahan di bawah subseksyen (12) seksyen 37 Akta; dan
Subparagraph
(iii) permohonan perenggan (b), (c) dan (d) adalah untuk melindungi kepentingan awam kerana gangguan dari aktiviti yang dijalankan oleh defendan-defendan boleh menyebabkan berlakunya pancaran arka (flashover) yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda orang awam serta gangguan bekalan elektrik kepada pengguna di kawasan sekitar. HUJAHAN PLAINTIF [19] Peguam plaintif berhujah bahawa asas keseluruhan kes ini adalah kepentingan awam iaitu plaintif sebagai pemegang lesen bertanggungjawab untuk memastikan pembekalan elektrik ke seluruh negara tidak terganggu. Dalam hal ini kepentingan awam adalah mengatasi kepentingan persendirian. Oleh itu, walaupun plaintif telah menyiapkan kerja-kerja penyelenggaraan, plaintif masih berhak untuk mendapat perintah di perenggan (a) bagi kerja-kerja di masa hadapan dan permohonan di perenggan (a) tidak menjadi akademik atau 11 redundant. Tambahan pula defendan-defendan adalah vexatious litigant apabila tidak menghiraukan surat-surat plaintif yang memaklumkan kemasukan plaintif ke tanah tersebut malahan menghalang kemasukan plaintif. [20] Berkaitan dengan perenggan (b) defendan-defendan telah gagal menunjukkan bahawa mereka telah mendapat persetujuan plaintif untuk menjalankan aktiviti pertanian di kawasan rentis. Berdasarkan pelan juruukur di muka surat 94 RR Jilid 2, defendan-defendan masih menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Permohonan di perenggan (b) dan
c
(c) patut dibenarkan supaya plaintif mengalihkan kayu-kayu penyokong tanaman dan pagar zink kerana bahan zink tersebut boleh menyebabkan flashover yang akan mengganggu pembekalan serta membahayakan orang awam. Berkenaan permohonan di perenggan (d), patut dibenarkan untuk menghalang defendan-defendan dari membahayakan diri sendiri sekiranya aktiviti pertanian dibiarkan berterusan. HUJAHAN DEFENDAN-DEFENDAN [21] Peguam defendan-defendan berhujah bahawa Yang Arif Hakim adalah betul dalam menolak atau membatalkan permohonan plaintif di 12 Kandungan 4 untuk injunksi mandatori. Ini kerana asas permohonan plaintif tidak memenuhi kriteria di mana injunksi mandatori wajar diberi. Peguam defendan-defendan selanjutnya berhujah bahawa Akta telah memperuntukkan mengenai hak plaintif untuk memasuki tanah defendan-defendan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemegang lesen untuk membekalkan elektrik dan perkara-perkara bersampingan dengannya. Pada bila-bila masa plaintif boleh memasuki tanah defendan berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh Akta. [22] Berkaitan dengan aktiviti penanaman sayur-sayuran di kawasan rentis plaintif, peguam defendan-defendan berhujah bahawa mahkamah patut memberi pengiktirafan kehakiman (judicial notice) bahawa aktiviti pertanian dijalankan di kawasan rentis plaintif di seluruh negara. Di samping itu, aktiviti pertanian yang dijalankan oleh defendan ketiga dengan kebenaran defendan pertama dan kedua tidak dibuktikan bahawa ia telah dijalankan dalam keadaan yang berkemungkinan akan mengganggu apa-apa pemasangan atau mendatangkan bahaya kepada mana-mana orang atau harta yang melanggar subseksyen (12) seksyen 37 Akta. 13 KEPUTUSAN [23] Prinsip asas dalam membenarkan permohonan injunksi termasuklah injunksi sebelum perbicaraan adalah pelaksanaan kuasa budi bicara Hakim yang mendengar permohonan. Ini jelas diperuntukan di bawah seksyen 53 Akta Relif Spesifik 1950 yang memperuntukkan seperti yang berikut: When, to prevent the breach of an obligation, it is necessary to compel the performance of certain acts which the court is capable of enforcing, the court may in its discretion grant an injunction to prevent the breach complained of, and also to compel performance of the requisite acts. [24] Prinsip undang-undang mantap dalam permohonan interlokutori injunksi mandatori adalah pemohon hendaklah menunjukkan bahawa mereka mempunyai kes yang jelas dan kukuh serta keadaan istimewa atau khas untuk meyakinkan mahkamah bahawa mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya dalam guaman utama. Prinsip ini yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di England dalam kes Locabail International Finance Ltd v Agroexport [1986] 1 ALL ER 901 telah diterima pakai oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Timber Master Complex (Sabah) Sdn. Bhd. v Top Origin Sdn. Bhd. [2001] 1CLJ 566. 14 Rasionalnya ialah ini kerana relif yang dipohon dalam permohonan interlokutori juga merupakan relif utama dalam guaman utama. Saya petik penghakiman Alauddin Mohd Sheriff HMR (beliau pada masa itu) di muka surat 571 laporan seperti yang berikut: In an application for a mandatory interlocutory injunction the applicant will have to show that they have an unusually strong and clear case and that there are special circumstances before the court will grant them relief. This test was approved by the English Court of Appeal in Locabail International Finance Ltd. v. Agroexport [1986] 1 All ER 901. The rationale for this test is simple to understand. Since the relief of mandatory injunction sought in an interlocutory application would be the primary relief of the applicant in his main action, the applicant must convince the court to its satisfaction that he indeed has a high degree of success at the trial of his action. [25] Prinsip am injunksi juga terpakai dalam menimbangkan injunksi mandatori interlokutori yang dinyatakan dalam nas-nas utama seperti American Cyanamid Co v Ethicon Ltd (1975) ALL ER 504 yang telah diterima pakai di mahkamah-mahkamah Malaysia seperti yang telah diputuskan dalam kes Alor Janggus Soon Seng Trading Sdn. Bhd. & Ors v Sey Hoe Sdn. Bhd. & 2 Ors [1995] 1 AMR 549; Keat Gerald Francis Noel John v Mohd Noor @ Harun Bin Abdullah & 2 Others [1995] 1AMR 373. Berdasarkan kes-kes tersebut perkara yang perlu 15 diberi pertimbangan sama ada membenarkan atau tidak membenarkan permohonan adalah berdasarkan pertimbangan berikut:
a
(a) terdapat isu yang perlu dibicarakan;
b
(b) imbangan kesenangan (balance of convenience) memihak kepada injunksi patut diberi; dan
c
(c) ganti rugi bukanlah remedi yang memadai. [26] Kami berpendapat berdasarkan dapatan fakta oleh Yang Arif Hakim dalam kes ini bahawa plaintif telah pun memasuki dan menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan, maka tiada lagi isu yang perlu dibicarakan. Apabila tiada lagi isu yang perlu dibicarakan maka isu imbangan kesenangan (balance of convenience) tidak lagi berbangkit. [27] Dari segi undang-undang plaintif adalah berhak untuk memasuki tanah tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan atau menaik taraf. Ini telah diperuntukkan di bawah seksyen 13 Akta seperti yang berikut: 16 13 Maintenance, repair and upgrading of installation Whenever it is necessary so to do for the purpose of maintaining, repairing or upgrading any licensed installation or any part thereof, the licensee, or any person authorized by him in that behalf, may at all reasonable times enter upon any land on, under or over which supply lines have been laid, placed or carried, or upon which posts or other equipment have been erected, and may carry out all necessary repairs, and may, in the course thereof, fell or lop trees, remove vegetation and do all other things necessary to the said purpose causing as little damage as possible and paying full compensation in accordance with section 16 to all persons interested for any damage that may be caused thereby for which compensation has not already been assessed under section 11. [penekanan ditambah] [28] Berkaitan aktiviti pertanian di sekitar kawasan rentis elektrik tanpa kebenaran plaintif, Akta juga membuat peruntukan khusus bahawa adalah kesalahan jenayah dan boleh dihukum di bawah perenggan (a) subseksyen 12 seksyen 37 Akta. Subseksyen 12 memperuntukkan seperti yang berikut:
Subsection
(12)
a
(a) No person shall without the lawful authority of the supply authority or the licensee, as the case may be, undertake any work or engage in any activity in the vicinity of any electrical installation or part thereof as 17 may be prescribed, in a manner likely to interfere with any electrical installation or to cause danger to any person or property.
b
(b) Any person who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both. [penekanan ditambah] [29] Akta telah dipinda melalui Akta Pindaan A1501 dan berkuatkuasa pada 1.1.2016 melalui Warta [PU (B) 501/2015] dengan menaikkan jumlah denda terhadap kesalahan di bawah subseksyen 12 seksyen 37 telah dinaikkan dari lima ribu ringgit (RM5,000.00) kepada tidak melebihi lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00). Oleh itu, kami berpendapat undang-undang telah memperuntukkan remedi yang khusus dan berkesan yang boleh diambil oleh plaintif terhadap defendan-defendan. [30] Tidak dinafikan bahawa faktor kepentingan awam boleh dipertimbangkan dalam membenar atau tidak suatu perintah injunksi sama ada mandatory atau prohibitory, muktamad (final) atau interim. Ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam penghakiman Gopal Sri Ram HMR (beliau ketika itu) dalam kes Tenaga Nasional Bhd. v. 18 Dolomite Industrial Park Sdn. Bhd. [2000] 1 CLJ 695 seperti yang berikut: That brings us to the question of remedy. The evidence on record shows that the offending pylon forms part of the National Grid for the conveyance of electricity. It is therefore clear that if a mandatory injunction is maintained there will be disruption of electricity supply in Peninsula Malaysia. It is not in the public interest that such a disruption should occur. In Smith v. Inner London Education Authority [1978] 1 All ER 411, Browne LJ held that public interest was always a relevant consideration in granting specific relief. This is how he put it (at p. 422 of the report): ... I think counsel for the authority is right in saying that where the defendant is a public authority performing duties to the public one must look at the balance of convenience more widely, and take into account the interests of the public in general to whom these duties are owed. No doubt that was said in the context of an interlocutory injunction. But we do not regard the principle to be any different in the case of a final injunction, whether prohibitory or mandatory in nature. The learned judge in this case failed to take into account public interest. If the learned judge had done so he would have held that the public interest outweighs the respondent's interest. Accordingly we would set aside the 19 mandatory and prohibitory orders made by the court below. This suit is now remitted to the High Court for assessment of damages. [penekanan ditambah] [31] Namun, fakta kes dalam rayuan di hadapan mahkamah ini tidak seperti keadaan dalam kes Dolomite supra di mana dalam kes tersebut perintah injunksi yang diberi kepada tuan tanah diketepikan kerana dengan berkuatkuasanya injunksi tersebut terdapat bukti bahawa akan boleh menyebabkan gangguan terhadap pembekalan kuasa elektrik di seluruh negara sekiranya tiang menara elektrik (pylon) yang dibina di atas tanah-tanah responden dengan tanpa kebenaran dirobohkan kerana tiang menara elektrik tersebut merupakan sebahagian rangkaian grid elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia (Grid Nasional). Adalah tidak memihak kepada kepentingan awam sekiranya berlaku gangguan pembekalan elektrik. Penghakiman tersebut seterusnya menyatakan seperti yang berikut: The evidence on record shows that the offending pylon forms part of the National Grid for the conveyance of electricity. It is therefore clear that if a mandatory injunction is maintained there will be disruption of electricity supply in Peninsula Malaysia. It is not in the public interest that such a disruption should occur. [penekanan ditambah] 20 [32] Dalam kes di hadapan kami, berdasarkan perenggan 14, 16 dan 18 afidavit menyokong permohonan plaintif (muka surat 59 - 60 Jilid 2 RR), aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh defendan-defendan adalah penanaman sayur, pacakan kayu-kayu penyokong pokok dan pagar zink didirikan di kawasan rentis Talian Penghantaran. Plaintif mendakwa dengan aktiviti-aktiviti tersebut akan membahayakan orang awam atau menyebabkan gangguan kepada pembekalan aliran elektrik kepada pengguna. Namun plaintif tidak membawa apa-apa bukti yang menyokong dakwaan tersebut seperti yang berlaku dalam kes Dolomite supra. [33] Kami berpendapat seperti yang kami nyatakan di atas, peruntukan Akta adalah mencukupi untuk memenuhi tujuan injunksi yang dipohon dan keperluan kepentingan awam. Justeru itu, injunksi yang dipohon adalah redundant. [34] Dalam kes Oakfield Enterprises Sdn. Bhd. v. Tenaga Nasional Bhd. [1998] 1 LNS 430 Mohd Ghazali HMT (beliau ketika itu) menekankan bahawa adalah prinsip undang-undang bahawa apabila statut telah menetapkan cara pelaksanaan kuasa, ia hendaklah dipatuhi. Dipetik penghakiman seperti yang berikut: 21 It is a principle of law that where a statute prescribed a mode of exercise of the statutory power, that had to be observed. In the instant case, it has been observed. [36] Akhir sekali, oleh kerana berdasarkan dapatan fakta Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi bahawa kerja-kerja penyelenggaraan telah pun selesai, maka kami sependapat bahawa permohonan plaintif telah menjadi akademik. [37] Berdasarkan alasan-alasan yang kami nyatakan di atas, rayuan ini adalah ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00 kepada setiap defendan tertakluk kepada fi alokatur. BERTARIKH: 27 NOVEMBER 2020 - Signed - (HAS ZANAH BINTI MEHAT) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya PEGUAM PERAYU: En. Ong Wee En (Tetuan Lim Huck Aik & Co) PEGUAM RESPONDEN: Dato’ R. Ramanathan Pillai (Tetuan. Ram Pillai & Assoc.)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.