Lampiran
Lampiran 275 tersebut dan setelah mendengar hujahan peguam Pihak Ketiga, Mahkamah ini dengan berpandukan kepada undang-undang dan otoriti kes yang berkaitan, Permohonan di Lampiran 275 adalah ditolak tanpa kos. 4. Oleh kerana tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, Pihak Ketiga pada 11.09.2025 telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang menolak permohonan (Lampiran 275) Perayu / Pihak Ketiga yang dbuat di bawah Aturan 16 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92, kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk satu arahan Responden/Pihak Keempat. Latar Belakang Fakta 5. Tindakan ini difailkan oleh Plaintif pada tahun 2020. Pada 14.01.2025 atas permohonan Pihak Ketiga, Y.A Hakim Mahkamah terdahulu telah membenarkan kemasukan Pihak Keempat sebagai pihak-pihak kepada tuntutan ini. Pada 22.01.2025 Pihak Ketiga telah menyerahkan Notis Pihak Keempat (Lampiran 272) (Notis tersebut) sebanyak 88 muka surat iaitu tuntutan Pihak Ketiga terhadap Pihak Keempat. 6. Pihak Keempat telah memasukkan memorandum kehadiran (appearance) pada 04.02.2025 tetapi tiada pembelaan dimasukkan dalam tempoh 14 hari dan sehingga ke tarikh 03.09.2025 dimana pernohonan di Lampiran 275 ini ditolak oleh Mahkamah tiada sebarang pembelaan dimasukkan oleh Pihak Keempat, S/N otAAOXDbFkqgnUWilijlow sebagaimana diperuntukkan di bawah A.16 k.5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM”). 7. Sebaliknya, Pihak Ketiga telah memilih untuk memfailkan permohonan ini bagi memaksa Pihak Keempat memfailkan pembelaan, dan bukannya menggunakan remedi yang diperuntukkan dibawah A.16 k.5 KKM 2012. Isu 8. Persoalan utama ialah sama ada Mahkamah patut menggunakan budi bicara untuk mengarahkan Pihak Keempat memfailkan pembelaan walhal remedi yang sewajarnya telah tersedia melalui peruntukan A.16 k.5 KKM 2012. Undang-Undang 9. Di bawah A.16 k.5 KKM 2012, sekiranya pihak keempat gagal memfailkan pembelaan dalam tempoh, pihak ketiga boleh memohon penghakiman ingkar pembelaan. Default of third party (O. 16 r. 5) (1)If a third party does not enter an appearance or, having been ordered to serve a defence, fails to do so- (a)he shall be deemed to admit any claim stated in the third party notice and shall be bound by any judgment (including judgment by consent) or decision in the action in so far as it is relevant to any claim, question or issue stated in that notice; and (b)the defendant by whom the third party notice was issued may, if judgment in default is given against him in the action, at any time after satisfaction of that judgment and, with the leave of the Court, before S/N otAAOXDbFkqgnUWilijlow satisfaction thereof, enter judgment against the third party in respect of any contribution or indemnity claimed in the notice, and, with the leave of the Court, in respect of any other relief or remedy claimed therein. (2)If a third party or the defendant by whom a third party notice was issued makes default in serving any pleading which he is ordered to serve, the Court may, on an application by a notice of application of that defendant or the third party, as the case may be, order such judgment to be entered for the applicant as he is entitled to on the pleadings or may make such other order as may appear to the Court necessary to do justice between the parties. (3)The Court may set aside or vary a judgment entered under subparagraph (1) (b) or paragraph (2) on such terms, if any, as it thinks just. 10. Selain itu, A.1A KKM 2012 menetapkan prinsip “overriding objectives” iaitu Mahkamah perlu menguruskan kes dengan adil, saksama, cepat dan tanpa penangguhan yang tidak wajar. ”Aturan 1A Mahkamah atau Hakim hendaklah memberi perhatian terhadap keadilan Perhatian hendaklah terhadap keadilan (A.1A) Dalam mentadbir Kaedah-Kaedah ini, Mahkamah atau seorang Hakim hendaklah memberi perhatian pada kepentingan utama keadlian dan tidak hanya kepada ketidakpatuhan teknikal dengan Kaedah-Kaedah ini”. S/N otAAOXDbFkqgnUWilijlow Analisa dan Dapatan Mahkamah 11. Pihak Ketiga telah gagal memfailkan pembelaan dalam tempoh yang ditetapkan. Peruntukan dibawah A.16 k.5 KKM 2012 jelas memberikan remedi kepada Pihak Ketiga iaitu dengan memohon penghakiman ingkar pembelaan. 12. Jika Mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan bercanggah dengan struktur A16 k.5 KKM 2012 dan mewujudkan satu bentuk remedi yang tidak diperuntukkan oleh undang-undang. 13. Mahkamah juga mendapati Pihak Ketiga tidak diprejudiskan. Pihak Keempat telahpun menjadi pihak kepada tindakan ini melalui perintah yang telah diberikan oleh Y.A Hakim terdahulu pada 14.1.2025 dan Pihak Keempat juga telah memasukkan Memorandum Kehadiran pada 04.02.2025, dan oleh itu Pihak Ketiga masih boleh memanggil atau menyoal balas Pihak Keempat di perbicaraan penuh. 14. Tambahan pula, Pihak Ketiga masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan yang lain terhadap Pihak Keempat sekiranya Plaintif berjaya dalam tuntutannya, termasuk menuntut tanggungan (indemnity) atau sumbangan (contribution) daripada Pihak Keempat mengikut undang-undang yang berkenaan. 15. Di dalam kes Lister v Ramford Ice & cold Storage Co Ltd [1957] 1 All ER 125, HL, it was stated that where the claim against the third party is for contribution or indemnity and judgement in default has been entered against the defendant, the defendant may at any time S/N otAAOXDbFkqgnUWilijlow after satisfaction and with the leave of the court, before satisfaction enter judgement against the third party for the contribution and indemnity claimed. Where the claim against the third party other than for contribution or indemnity, the defendant must obtain the leave of the court to enter such judgment as the case requires. (penekanan ditekankan) Melalui kes ini sekiranya Pihak Ketiga menggunakan remedy di bawah A.16 k.5 KKM 2012, maka tidak lah lagi timbul permohonan di Lampiran 275 ini. 16. Dalam kes United Merchant Finance Bhd v. Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 2 CLJ 151; [1999] 1 MLJ 657, [1999] 2 AMR 1561;, Mahkamah Persekutuan melalui Hakim Mohamed Dzaiddin FCJ (kemudian CJ) menegaskan (di m/s 158 (CLJ); m/s 662 (MLJ)) bahawa: “… prosiding pihak ketiga adalah prosiding bebas antara seorang defendan sebagai plaintif dan pihak ketiga sebagai defendan (Mat Abu bin Man v. Medical Superintendent General Hospital, Taiping, Perak & Ors [1989] 1 CLJ Rep 98; [1989] 1 MLJ 226 (SC)).” 17. Dalam kes Majlis Bandaraya Petaling Jaya v. Digital Viva Sdn Bhd & Anor [2020] 3 CLJ 520 (CA), [2020] MLJU 88, Mahkamah Rayuan melalui Hakim Suraya Othman JCA menjelaskan: [29] Seperti yang dapat dilihat daripada penelitian terhadap O.16 k.3 di atas, keseluruhan konsep prosiding pihak ketiga adalah bahawa ia merupakan suatu prosiding bebas antara seorang S/N otAAOXDbFkqgnUWilijlow defendan sebagai plaintif dan pihak ketiga sebagai defendan. Defendan mengambil prosiding pihak ketiga terhadap pihak ketiga untuk menuntut sumbangan (contribution) atau tanggungan (indemnity) sekiranya defendan didapati bertanggungjawab, dan ia tidak bertujuan untuk dilayan sama seperti suatu tindakan antara seorang plaintif dan seorang defendan. Kesan daripada itu adalah, prosiding pihak ketiga membentuk suatu tindakan berasingan antara defendan dan pihak ketiga dalam tindakan utama. Prinsip ini boleh dilihat dalam kes Mat Abu bin Man v. Medical Superintendent, General Hospital, Taiping, Perak & Ors [1989] 1 CLJ Rep 98; [1989] 1 MLJ 226, 228, di mana Mahkamah Agung memutuskan seperti berikut: “Kami juga berpendapat bahawa suatu prosiding di bawah A.16 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 tidaklah bertujuan untuk dilayan sama seperti suatu tindakan antara plaintif dan defendan. Prosiding pihak ketiga untuk sumbangan hendaklah dianggap sebagai prosiding bebas dan terpisah daripada prosiding oleh seorang plaintif terhadap seorang defendan…” (penekanan ditambah). 18. Maka berdasarkan otoriti-otoriti kes di atas Pihak Ketiga langsung tidak diprejudiskan dengan penolakan oleh Mahkamah ini untuk lampiran 275 tersebut kerana ada remedi lain yang boleh diambil oleh Pihak Ketiga terhadap Pihak Keempat selepas pendengaran penuh kes ini. Itupun sekiranya Plaintiff berjaya dalam tuntutannya. S/N otAAOXDbFkqgnUWilijlow 19. Lebih penting lagi, tindakan ini telah lama difailkan sejak tahun 2020. Membenarkan permohonan ini akan hanya melambatkan lagi prosiding tuntutan Plaintif, yang bertentangan dengan objektif utama KKM 2012 untuk mengelakkan penangguhan tidak wajar. Mahkamah ini merujuk kepada A. 34 k.1(1) KKM 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: Orders and directions for just, expeditious and economical disposal of proceedings (O. 34, r. 1 ) 1. (1) Notwithstanding anything in these Rules, the Court may, at any time after the commencement of proceedings, of its own motion, direct any party or parties to the proceedings to appear before the Court, in order that the Court may make such order or give such direction as it thinks fit so that - (a) all matters which must or can be dealt with on interlocutory applications and have not already been dealt with may so far as possible be dealt with; and (b)such directions may be given as to the future course of the action as appear best adapted to secure the just, expeditious and economical disposal thereof. (ditekankan) 20. Frasa “Notwithstanding anything in these Rules” dalam A.34 k.1(1) menunjukkan bahawa kriteria dan objektif “penyelesaian prosiding sivil secara adil, cepat dan ekonomik” adalah pertimbangan utama dalam menguruskan prosiding sivil dan menjalankan perbicaraan dalam kes-kes sivil di mahkamah, dan kriteria serta objektif ini mengatasi sebarang peruntukan yang bertentangan dalam bahagian lain Kaedah-Kaedah Mahkamah. S/N otAAOXDbFkqgnUWilijlow 21. Oleh itu, dalam mempertimbangkan sama ada kebenaran diberikan kepada permohonan tersebut yang hanya di ditimbulkan pada tahun 2020 ini walhal telah lama tindakan ini bermula sejak tahun 2020 lagi tanpa ada tarikh bicara penuh ditetapkan, ia akan membawa kepada kelewatan Mahkamah dalam menyelesaikan tindakan sivil ini dan Mahkamah perlu mengambil kira dan memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap persoalan penyelesaian prosiding sivil secara adil, cepat dan ekonomik di mahkamah – iaitu dasar utama dan/atau ciri penting Kaedah-Kaedah Mahkamah seperti yang termaktub dalam A.34 k.1(1) KKM 2012 agar pihak-pihak tidak boleh menggunakan proses Mahkamah sewenang-wenangnya. 22. Justeru, dari segi keadilan dan kecekapan, Mahkamah berpandangan permohonan ini tidak wajar dibenarkan. Kesimpulan 23. Berdasarkan alasan yang dinyatakan, Mahkamah memutuskan bahawa permohonan Pihak Ketiga adalah tidak bermerit. 24. Remedi yang wajar telah disediakan di bawah A.16 k.5 KKM 2012, dan bukan melalui permohonan di Lampiran 275 ini. 25. Tambahan pula, Pihak Ketiga tidak diprejudiskan kerana: Pihak Keempat masih boleh dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan sepertimana yang dipohon di para (v) kerana pihak Keempat adalah pihak kepada tindakan ini S/N otAAOXDbFkqgnUWilijlow berdasarkan perintah Mahkamah terdahulu bertarikh 14.01.2025; dan Pihak Ketiga masih berhak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Pihak Keempat selepas keputusan kes ini sekiranya Plaintif berjaya, termasuk menuntut tanggungan atau sumbangan seperti mana yang dipohon di dalam permohonan tersebut di para (vi) 26. Oleh itu, permohonan Pihak Ketiga adalah dengan ini ditolak tanpa kos. BERTARIKH : 08.10.2025 t.t (MANIRA BINTI MOHD NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Responden Manveer Singh Lim Chee Wee & Partnership Peguam Plaintif Alvin John & Partner Ahmad Hasif/Sharan Chandran S/N otAAOXDbFkqgnUWilijlow Peguam Pihak Ketiga Wong Neoh & Partners Lim Shan Yi Gazel Chen & Partners Tan Chun Hong S/N otAAOXDbFkqgnUWilijlow