Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - A52NCvC-33-11/2021 ANTARA TENAGA NASIONAL MALAYSIA PLAINTIF DAN ADAM CHIN KAM LONG BIN ABDULLAH DEFENDAN
BI-A52NCvC-33-11/2021
Sessions Court of Malaysia13 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - A52NCvC-33-11/2021 ANTARA TENAGA NASIONAL MALAYSIA PLAINTIF DAN ADAM CHIN KAM LONG BIN ABDULLAH DEFENDAN
1
Mahkamah dalam tindakan telah memberi keputusan setelah selesai perbicaraan penuh. Dalam membuat keputusan, Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan kes di bawah imbangan keberangkalian terhadap pihak Defendan. Mahkamah 25/05/2026 15:07:28 BI-A52NCvC-33-11/2021 Kand. 117 dengan ini menolak tuntutan pihak Plaintif terhadap pihak Defendan dengan kos RM3,000.
2
Plaintif kemudian tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diberi oleh Mahkamah pada 13 Februari 2026 dan telah merayu terhadap keputusan tersebut.
3
Plaintif adalah merupakan sebuag syarikat berhad yang ditubuhkan bi bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di Pejabat Setiusaha Syarikat, Tingkat 2, Ibu Pejabat Tenaga Nasional Behad, No 129, Jalan Bangsar,592000 Kuala Lumpur serta merupakan pemegang lesen di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.
4
Defendan telah memohon kepada Plaintif bekalan Elektrik dan merupakan pengguna berdaftar melalui akaun pengguna no 6180210008216702 bagi premis yang berlamat No 11-1, Jalan TPS 2/4, Taman Pelangi Semenyih 2, 43500 Semenyih , Selangor( selepas ini dikenali sebagai premis tersebut).
5
Pada 13.12.2018, Plaintif melalui kakitangan/pekerjanya telah melakukan pemeriksaan ke atas pepasangan meter di premis Defendan tersebut. Hasil pemeriksaan tersebut, Plaintif mendapati bahawa terdapat pengusikan pada pepasangan meter seperti berikut; i) Sil terminal meter tiada ii) Terdapat pendawaian terus live semua fasa dan neutral dari incoming TNB ke DB pengguna tanpa melalui meter.
6
Plaintif kemudian telah merekod segala pengusikan dan kejanggalan yang wujud pada pepasangan meter tersebut dan kemudian telah melakukan pembaikan pepasangan meter di premis tersebut. Plaintif kemudian telah membuat laporan polis pada 13.12.2018 berkaitan pengusikan meter tersebut.
7
Berdasarkan kepada hasil pemeriksaan tersebut, Plaintif dapati terdapat jumlah penggunaan tenaga elektrik yang tidak direkod untuk tempoh dari 22.11.2016 sehingga 13.12.2018 yang membawa kerugian berjumlah RM215,032.15 kepada Plaintif. Fakta kes Defendan 8. Defendan seorang warga negara yang pada setiap masa material mempunyai alamat untuk penyampaian di No 7, Jalan Kipark 2A, Taman Kipark, 47120 Puchong Selangor.
9
Defendan menyatakan bahawa beliau bukan pemilik atau memiliki hartanah di No 11-1 Jalan TPS 2/4, Taman Pelangi Semenyih 2, 43500 Semenyih, Selangor dan tidak mengetahui sapa penghuni premis tersebut.
10
Defendan mengakui membayar bil-bil letrik untuk hartanah milik Defendan tetapi bukan premis serta akaun yang dikatakan oleh Plaintif. Defendan hanya memiliki hartanah jenis kedai di no 11-1, Jalan TPS 2/2B, Taman Pelangi Semenyih 2, 43500 Semenyih Selangor.
11
Defendan juga menyatakan bahawa pendawaian di hartanah milik beliau tidak pernah ditanggalkan dan mempunyai bekalan elektrik sehingga hari ini. Defendan juga menyatakan bahawa borang pemeriksaan dan pengujian pepasangan meter – arus penuh 3 fasa kepunyaan Plaintif yang diterima oleh Peguam Defendan menunjukkan bahawa Plaintif telah melakukan pemeriksaan di Jalan TPS 2/4 dan bukan di hartanah Defendan iaitu di jalan 2/2B. Isu-isu untuk diteliti 12. Mahkamah perlu meneliti isu iaitu ; a) Di premis manakah yang sebenarnya pemeriksaan dilakukan oleh pekerja Plaintif pada 13.12.2018. Di premis No 11-1, Jalan TPS 2/4, Taman Pelangi Semenyih 2, 43500 Semenyih , Selangor atau di premis no 11-1, Jalan TPS 2/2B, Taman Pelangi Semenyih 2, 43500 Semenyih Selangor.
13
SP1 dalam keterangan bahawa pada 13.12.2018 , beliau dan pasukan telah pergi untuk membuat pemeriksaan di no 11-1,Jalan TPS 2/4 iaitu Premis rumah kedai 2 tingkat dan bukan di kawasan perumahan berdasarkan rekod TNB alamat bagi akaun pengguna no akaun 210008216702.
14
SP2 dalam keterangan beliau juga telah mengesahkan bahawa beliau telah pergi bersama dengan SP1 untuk membuat pemeriksaan di premis rumah kedai dan SP2 juga telah mengambil gambar premis tersebut.
15
Mahkamah mendapati Defendan telah mengemukakan dokumen yang menunjukkan bahawa SD2 pemilik kepada premis di jalan TPS 2/2B dan bukan pemilik kepada premis di Jalan TPS 2/4 (rujuk D10, D11 dan D12). Keterangan ini disokong oleh keterangan SD1 yang telah pergi ke alamat Jalan TPS 2/4 serta telah mengambil video rujuk D6 dan gambar D7. D6 menunjukkan bahawa ia bukan premis kedai tetapi kawasan perumahan rumah teres.
16
16.
Preamble
Mengikut Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 adalah menjadi beban kepada Plaintif untuk membuktikan tuntutan di dalam Pernyataan Tuntutan mereka. Tiada apa-apa keterangan yang telah dikemukakan oleh Plaintif untuk menunjukkan siapa pemilik premis no 11-1 Jalan TPS 2/4. SP1 dan SP2 walaupun telah dirujuk dengan D7 iaitu premis jalan TPS 2/2B tetap menyatakan telah ke premis jalan TPS 2/4 dan kesemua dokumen juga merujuk kepada jalan TPS 2/4.
17
Mahkamah juga telah merujuk kepada D18 iaitu bil elektrik untuk premis di jalan TPS 2/4 yang mana nama didaftarkan di bawah nama Mohd Izzudin bin Ahmad. Jika Plaintif menyatakan itu adalah premis kepunyaan Defendan, maka bagaimana satu alamat mempunyai dua akaun elektik iaitu atas nama SD2 dan Mohd Izzudin. SP3 dalam keterangan telah menyatakan bahawa tidak boleh satu alamat mempunyai dua akaun bil eletrik, ia mestilah satu akaun elektrik untuk satu alamat sahaja.
18
Plaintif telah gagal untuk mengemukakan kepada Mahkamah borang permohonan SD2 untuk akaun bekalan elektrik ke atas premis di Jalan TPS 2/4 bagi menunjukkkan bahawa SD2 adalah pemilik kepada premis di Jalan TPS 2/4 tersebut.
19
Mahkamah berpandangan bahawa isu utama ialah adakah pekerja Plaintif telah melakukan pemeriksaan di premis yang betul atau tidak pada hari kejadian tersebut. Mahkamah dapati terdapat keraguan berkaitan dengan alamat di mana pemeriksaan premis dilakukan. Adakah pemeriksaan di premis Jalan TBS 2/4 atau Jalan TPS 2/2B.
20
Berdasarkan alasan seperti di atas dengan ini Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan di bawah imbangan keberangkalian tuntutan mereka terhadap Defendan. Mahakamh dengan ini telah menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos RM3,000.
25
25.
5
5.2026
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.