Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-A72NCVC-5301-12/2022 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD …PLAINTIF DAN CHEN JIN QUAN …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Selepas Satu Perbicaraan Penuh)
WA-A72NCvC-5301-12/2022
Magistrates Court of Malaysia8 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(2)When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. The latter is governed by s 102 of the Evidence Act 1950 which states: The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. Th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-A72NCVC-5301-12/2022 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD …PLAINTIF DAN CHEN JIN QUAN …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Selepas Satu Perbicaraan Penuh)
1
Fakta Kes Melalui satu kontrak bekalan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Plaintif bersetuju membekalkan kepada Defendan bekalan elektrik di premis No 15-1, Lrg Batu Nilam 3A, Bdr Bukit Tinggi, 41200 Klang Selangor di bawah akaun pengguna No 6143-210110304702, dengan Defendan dinamakan sebagai pengguna berdaftar.
2
Pada 12.3.2020, Plaintif melalui ejen atau pekerjanya telah membuat pemeriksaan ke atas pepasangan di premis tersebut dan mendapati bahawa terdapat pengusikan pada pepasangan meter di mana: a. Sil terminal meter, rivet penutup meter dan pelekat keselamatan telah diusik; b. Terdapat litar tambahan bagi mengawal litar arus bagi ketiga-tiga fasa di dalam meter.
3
Agen atau pekerja Plaintif telah merekodkan kejanggalan pepasangan meter tersebut dan membuat pembetulan ke atas pepasangan meter di Premis Defendan tersebut. Kesemua ini telah direkodkan di dalam Borang Pemeriksaan 25/03/2024 08:31:28 WA-A72NCvC-5301-12/2022 Kand. 50 Meter. Satu laporan polis juga telah dibuat pada 12.3.2020 dengan repot no
4
Plaintif memplidkan bahawa akibat daripada pengusikan meter tersebut, meter Defendan tidak dapat berfungsi dengan baik dan gagal merekodkan bacaan yang tepat berbanding dengan bekalan elektrik sebenar yang telah dibekalkan. Oleh itu terdapat perbezaan jumlah pada bil-bil serahan setiap bulan berbanding bil-bil sebenar yang sepatutnya dikeluarkan oleh Plaintif.
5
Menurut Plaintif lagi, akibat daripada pengusikan tersebut, pepasangan meter telah gagal merekodkan bacaan sebanyak 3.82%. Plaintif mendapati bahawa jumlah penggunaan tenaga elektrik yang tidak direkodkan adalah sebanyak RM 26,045.10 untuk tempoh 23.1.2019 sehingga 12.3.2020 termasuk kos operasi.
6
Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah bagi kerugian hasil dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Plaintif, selaras dengan Akta Bekalan Elektrik
1990
Secara alternatifnya juga tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah bagi satu pengayaan yang tidak adil oleh Defendan. Plaintif menuntut: a. Jumlah terhutang sebanyak RM 26,045.10; b. Faedah atas jumlah RM 26,045.10 pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian sepenuhnya; c. Kos atas dasar peguamcara – anakguam; d. Kos tindakan ini; dan e. Apa-apa relif yang difikirkan patut dan suaimanfaat oleh Mahkamah ini.
7
Defendan memplidkan di dalam Pembelaannya bahawa: a. Defendan tidak pernah membuat permohonan untuk bekalan elektrik di premis tersebut; b. Defendan tidak pernah menduduki atau menggunakan premis tersebut; c. Identiti Defendan telah dicuri dan disalahguna secara meluas, tanpa pengetahuan dan kuasa Defendan di mana terdapat kejadian lain di mana identitinya turut digunakan di mana Defendan menyatakan ada pihak menuntut daripada nya atas pengubahsuaian terhadap sistem elektrik di premis satu lagi tersebut; d. Defendan tidak pernah membuat pembayaran bagi bil elektrik di premis tersebut e. Terdapat 4 akaun yang telah didaftarkan di atas nama Defendan yang mana Defendan tidak mengetahuinya. Isu-isu untuk dibicarakan
8
Berikut merupakan isu-isu untuk dibicarakan, iaitu: a. Samada Defendan telah memohon kepada Plaintif bekalan elektrik di premis No 15-1, Lrg Batu Nilam 3A, Bdr Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor? b. Samada Defendan merupakan pengguna berdaftar melalui akaun pengguna No 6143-210110304702? c. Samada tandatangan atas borang permohonan bekalan elektrik bagi premis tersebut adalah tandatangan Defendan? d. Samada identiti Defendan telah dicuri dan disalahguna untuk bekalan elektrik di premis tersebut? e. Samada Defendan bertanggungjawab terhadap liabiliti yang tertimbul daripada bekalan elektrik di Premis tersebut ataupun Akaun tersebut apabila beliau tidak memohon dan mengguna bekalan elektrik di premis tersebut? f. Samada terdapat pengusikan di pepasangan meter di premis Defendan? g. Samada bacaan penggunaan elektrik yang telah digunakan pada premis Defendan adalah kurang jika dibandingkan dengan penggunaan sebenar bekalan elektrik di premis Defendan? h. Samada Defendan bertanggungan terhadap tuntutan Plaintif bagi jumlah RM 26,045.10 tersebut? Isu (a) Samada Defendan telah memohon kepada Plaintif bekalan elektrik di premis No 15-1, Lrg Batu Nilam 3A, Bdr Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor? Isu (b) Samada Defendan merupakan pengguna berdaftar melalui akaun pengguna No 6143-210110304702?
9
Beban Pembuktian terletak di bahu Plaintif pada setiap masa untuk membuktikan kes atau tuntutannya. Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 dirujuk yang menyatakan: “Section 101. Burden of proof.
1
(1)Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
(2)When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. ILLUSTRATIONS
a
(a)A desires a court to give judgment that B shall be punished for a crime which A says B has committed. A must prove that B has committed the crime.
b
(b)A desires a court to give judgment that he is entitled to certain land in the possession of B by reason of facts which he asserts and which B denies to be true. A must prove the existence of those facts.”
10
Standard of proof atau evidential burden of proof merujuk kepada beban untuk mengemukakan keterangan (introducing evidence) dinyatakan di bawah Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 seperti berikut: “Section 102. On whom burden of proof lies. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.
a
(a)A sues B for land of which B is in possession, and which, as A asserts, was left to A by the will of C, B’s father. If no evidence were given on either side, B would be entitled to his possession. Therefore the burden of proof is on A.
b
(b)A sues B for money due on a bond. The execution of the bond is admitted, but B says that it was obtained by fraud, which A denies. If no evidence were given on either side, A would succeed as the bond is not disputed and the fraud is not proved. Therefore the burden of proof is on B.”
11
Perbezaan di antara burden of proof (Seksyen 101 Akta Keterangan 1950) dan Standard of proof atau evidential burden of proof (Seksyen 102 Akta Keterangan 1950) dijelaskan di dalam kes Aziz Bin Muhamad Din V Public Prosecutor [1996] 5 MLJ 473, 497-498 yang menyatakan: “The burden of establishing a case must be contrasted with the burden of introducing evidence (the evidential burden). The former is governed by s 101 of the Act which states:
1
(1)Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
(2)When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. The latter is governed by s 102 of the Evidence Act 1950 which states: The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. The burden of establishing a case rests throughout the trial on the party who asserts the affirmative. However, the burden of introducing evidence in a case shifts constantly as evidence is introduced by one side or the other”
12
Penerangan lebih jelas mengenai burden of proof dan onus of proof ataupun evidential burden of proof digariskan oleh Tun Salleh Abas HMP (ketika itu) di dalam kes International Times & Ors V Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86 yang menyatakan seperti berikut: “For the purpose of this appeal it is necessary to bear in mind the distinction between the two senses in which the expressions burden of proof and onus of proof are used (Nanji & Co v Jatashankar Dossa & Ors AIR 1961 SC 1474 1478 and Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136 143). The first sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in section 101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue. The appellants in the present appeal relied on justification and fair comment. Therefore, the burden of proving these defences rests entirely upon them ( Gatley on Libel and Slander 7th Edition paras. 351 and 354). The second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. The onus as opposed to burden is not stable and constantly shifts during the trial from one side to the other according to the scale of evidence and other preponderates. Such shifting is one continuous process in the evaluation of evidence. According to sections 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not sufficient, such party must fail. It is this onus that we are concerned with in t he present appeal.”
13
Standard of proof bagi kes sivil adalah di atas imbangan kebarangkalian (on a balance of probabilities). Mahkamah ini merujuk kepada kes Inas Faiqah Mohd Helmi v Kerajaan Malaysia [2016] 2 CLJ 885, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “[13] The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of the probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not”.
14
Di dalam kes Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 (KB), Lord Denning menyatakan: “The law concerning standard of proof is well settled. It must carry a reasonable degree of probability and if the evidence permits the tribunal to say: ‘We think it more probable than not ,’ the standard has been achieved . Unfortunately, if the probabilities are equal, the standard will not be reached.”
15
Mahkamah ini membuat dapatan bagi isu (a) bahawa Plaintif berjaya membuktikan bahawa Defendan telah membuat permohonan bagi bekalan elektrik di premis tersebut.
16
Dapatan ini dibuat berdasarkan kepada keterangan oral dan dokumentar seperti berikut: a. Keterangan oral SP1 yang mengesahkan bahawa apabila menerima permohonan bekalan elektrik akan menyemak dan memastikan bahawa nama pemohon adalah sama dengan kad pengenalan yang disertakan dan nombor alamat dalam borang permohonan sama dengan alamat yang dinyatakan dalam perjanjian sewaan; b. SP1 mengesahkan menerima Borang Permohonan Bekalan Elektrik seperti di Ekshibit P1 (muka surat 74 hingga 81) yang mana Pemohon bernama ‘Chen Jin Quan’; c. SP1 turut menerima sesalinan Perjanjian Penyewaan seperti di muka surat 82 hingga 88 (Ekshibit ID2) iaitu satu Perjanjian Penyewaan bertarikh 5.11.2018 di antara ‘Chuah Beng Lee’ dan ‘Chen Jin Quan’. Mahkamah ini membuat ruling bahawa ID2 wajar dijadikan sebagai P2, atas alasan-alasan berikut: i. Ekshibit P2 diserahkan bersama-sama Borang Permohonan Bekalan Elektrik P1 dan di dalam rekod Plaintif; ii. Kedua-dua penama ‘Chuah Beng Lee’ dan ‘Chen Jin Quan’ telah hadir ke mahkamah memberikan keterangan dan telah diperiksa balas; iii. Dokumen P2 adalah admissible walaupun bukan merupakan salinan asal menurut Seksyen 73A(2)(b) Akta Keterangan 1950. Kes perundangan Alliedbank (M) Bhd v Yau Jiok Hua [1998] 6 MLJ 1 adalah dirujuk berkenaan isu ini; iv. Dokumen P2 juga adalah admissible dan mempunyai keberatan mengambil kira ianya merupakan contemporaneous document, yang dihasilkan pada atau pada sekitar masa permohonan bekalan elektrik dibuat. d. SP1 juga diserahkan dengan sesalinan kad pengenalan Chen Jin Quan sepertimana di muka surat 49 Ikatan Dokumen Bersama (IDB) Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B). e. SP1 juga turut diserahkan dengan sesalinan kad pengenalan penama Chuah Beng Lee sepertimana di muka surat 50 Ikatan Dokumen Bersama (IDB) Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B). f. Berdasarkan dokumen dirujuk, SP1 menyatakan bahawa Chen Jin Quan (iaitu Defendan di dalam kes ini) telah membuat permohonan kepada pihak TNB untuk membekalkan elektrik di premis tersebut.
17
Mahkamah ini seterusnya membuat dapatan bagi isu (b) bahawa Defendan merupakan pengguna berdaftar melalui akaun pengguna No 6143- 210110304702 tersebut, berdasarkan kepada keterangan oral dan dokumentar seperti berikut: a. SP2 di dalam keterangan oralnya menyatakan bahawa pemilik akaun pengguna No 6143-210110304702 merupakan penama Chen Jin Quan (No. K/P: 960519-14-6195). b. Keterangan dokumentar yang dirujuk ialah: i. Muka surat 2-3 (IDB) Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B) iaitu Permintaan Untuk Bayaran Permohonan Bekalan Elektrik; ii. Muka surat 4 hingga 11 (IDB) Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B) iaitu salinan dokumen printscreen Bahagian Identifikasi sistem SEALMASS-Case Processor yang menunjukkan Defendan sebagai pemilik akaun berdaftar tersebut; dan Isu (c) Samada tandatangan atas borang permohonan bekalan elektrik bagi premis tersebut adalah tandatangan Defendan? Isu (d) Samada identiti Defendan telah dicuri dan disalahguna untuk bekalan elektrik di premis tersebut?
18
Berkenaan isu (c) dan (d) iaitu samada tandatangan Defendan telah dipalsukan dan identitinya telah dicuri dan disalahgunakan oleh pihak lain semasa permohonan bekalan elektrik tersebut, mahkamah mendapati bahawa onus of proof menurut Seksyen 102 dan 103 Akta Keterangan 1950, adalah ditanggung oleh pihak Defendan.
19
Maka Defendan perlu mengemukakan keterangan dan membuktikan bahawa tandatangan dan identitinya telah disalahgunakan, bagi melepaskan onus tersebut. Untuk isu onus ini, mahkamah bersetuju sepenuhnya dengan hujahan Plaintif.
20
Menurut Penyata Saksi Defendan (PSD1), Defendan menafikan membuat permohonan bekalan elektrik dan hanya mengetahui bahawa tandatangan dan identitinya telah disalahgunakan untuk mendaftar bekalan elektrik apabila menerima surat tuntutan bertarikh 17.11.2022 dari Tetuan Chin & Partners sepertimana di muka surat 55 hingga 56 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian
21
Defendan seterusnya telah membuat satu laporan polis No. KEPONG/011823/22 iaitu muka surat 57 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B), bertarikh 08.12.2022. Pada hari yang sama juga Defendan telah ke Pejabat TNB di Kepong dan mengetahui bahawa terdapat empat (4) akaun didaftarkan di atas nama Defendan dan salah satunya adalah premis tersebut.
22
Defendan seterusnya telah ke pejabat TNB Shah Alam dan membuat permohonan menutup akaun-akaun tersebut dan membuat aduan bertulis bahawa kad pengenalannya telah disalahgunakan sepertimana di muka surat 1 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian A).
23
Merujuk kepada Borang Permohonan iaitu Ekshibit P1, Defendan menafikan nombor telefon alamat dan tandatangan di dalam Ekshibit P1 sebagai miliknya. Bagi tujuan tersebut, Defendan telah mengemukakan keterangan oral dan dokumentar seperti berikut bagi menyokong versi pembelaannya, iaitu: a. No telefon 011-6488 7419 bukan miliknya. Sebaliknya nombor telefon Defendan adalah 018-213 7995, sepertimana tangkapan skrin Touch N Go di muka surat 92 IDB (Ekshibit ID4); b. Tandatangan di EKshibit P1 bukan tandatangannya sebaliknya tandatangan Defendan sepertimana di dokumen-dokumen berikut: i. Buku Akaun Hong Leong Bank bertarikh 22.05.2013 di IDB, di muka surat 89 (Ekshibit ID3); ii. Pasport Defendan yang dikeluarkan pada 13.11.2016 di muka surat 51 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B); iii. Laporan Polis Defendan di muka surat 54 dan 57 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B); iv. Borang Penutupan Akaun TNB bertarikh 09.12.2022 di muka surat 1 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian A); v. Borang Aduan Pengguna bertarikh 09.12.2022 di muka surat 58 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B); vi. Surat balasan Defendan bertarikh 09.01.2023 di muka surat 61 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B); vii. Laporan Polis No. KEPONG/001765/23 bertarikh 18.02.2023 di muka surat 64 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B); viii. (ix) Laporan Polis No. KEPONG/002986/23 bertarikh 23.03.2023 di muka surat 71 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B);
24
Menurut Defendan lagi, tandatangan di muka surat 75 di Borang Permohonan Ekshibit P1 dibuat di dalam Bahasa Cina dan bukan miliknya. Untuk perbandingan, Defendan mengemukakan keterangan dokumentar seperti berikut: a. Sijil Tamat Pelajaran SJK(C) Kepong (1) di muka surat 90 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian C); b. Transkrip akademik SRJK(C) Kepong (1) di muka surat 91 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian C);
25
Defendan juga turut menafikan memasuki perjanjian penyewaan sepertimana di Ekshibit P2 dan menafikan tandatangan di muka surat 87 Ekshibit P2 sebagai tandatangan miliknya. Defendan juga menafikan mengenali Tuan Tanah Chuah Beng Lee dan tidak pernah membuat bayaran sewa kepadanya.
26
Defendan juga menyatakan pelik bagaimana pihak TNB boleh menerima gambar cetakan kad pengenalannya berbanding Salinan fotokopi. Oleh itu, Defendan mengesyaki bahawa gambar kad pengenalannya telah disalahgunakan.
27
Bagi isu (c) mahkamah ini membuat dapatan, atas imbangan kebarangkalian, bahawa Defendan telah gagal membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa tandatangan di atas borang permohonan bekalan elektrik tersebut (Ekshibit P1) dan Perjanjian Penyewaan (Ekshibit P2), bukan miliknya atas alasan-alasan berikut: a. Dokumen yang dikatakan dikemukakan untuk tujuan perbandingan, bukanlah dokumen kontemporari, atau dokumen dibuat pada waktu atau sekitar waktu permohonan kepada pikak TNB, merujuk kepada Buku Akaun Hong Leong Bank bertarikh 22.05.2013 (Ekshibit ID3) dan Pasport Defendan yang dikeluarkan pada 13.11.2016. Tandatangan pada dokumen ini bukan tandatangan nama Defendan dalam Bahasa Cina. Selain itu juga, tandaan ID3 adalah kekal atas kegagalan pihak Defendan mengemukakan salinan asal atau mensapina pegawai daripada HLB, memandangkan dokumen ini merupakan dokumen Bahagian C. Surat yang dikemukakan semasa SD2 memberikan keterangan tidak diterima memandangkan ianya berlainan dengan Buku Akaun Hong Leong Bank tersebut dan hanya dikemukan untuk dimasukkan betul-betul sebelum perbicaraan, selepas Ikatan Dokumen difailkan; b. Dokumen yang dikatakan dikemukakan untuk tujuan perbandingan, merupakan dokumen yang dibuat selepas hampir 4 tahun permohonan kepada TNB untuk bekalan elektrik dibuat (2018), merujuk kepada Borang Penutupan Akaun TNB, Borang Aduan, surat balasan Defendan serta Laporan Polis. Tandatangan pada dokumen ini bukan tandatangan nama dalam Bahasa Cina; c. Tandatangan dalam Borang Permohonan Ekshibit P1 dan P2 merupakan tandatangan dalam Bahasa Cina. Bagi tujuan perbandingan, hanya dua dokumen dikemukakan oleh Defendan iaitu Ekshibit D5 iaitu Sijil Tamat Pelajaran SJK(C) Kepong (1) dan Ekshibit D6 iaitu Transkrip akademik SRJK(C) Kepong (1) (muka surat 90 hingga 91 IDB Bertanda’B’). Defendan bukan maker kepada tulisan nama cina di Ekshibit D5. Oleh itu, hanya Ekshibit D6 yang wujud sebagai perbandingan. Ekshibit D6 mahkamah ini percaya dibuat sekitar 2008, 10 tahun sebelum permohonan kepada TNB. Ini merupakan satu-satunya dokumen untuk perbandingan, yang mana tidak mempunyai keberatan keterangan dan tidak wajar dijadikan sebagai penanda aras dalam menentukan samada ianya tandatangan Defendan. d. Defendan juga gagal mengemukakan keterangan daripada, “any person acquainted with the handwriting of the person by whom it is supposed to have been written or signed, menurut Seksyen 47 Akta Keterangan 1950, dalam 3 cara iaitu: i. He has seen that person write; ii. He received documents purporting to be written by that person in answer to documents written by himself or under his authority and addressed to that person; atau iii. In the ordinary course of business, documents purporting to be written by that person have been habitually submitted to him (Rujuk penerangan di bawah Seksyen 47 Akta keterangan 1950 dan kes perundangan Doe D Mudd v Suckermore (1836) 5 Ad & E 703, 705; 111 ER 1337). e. Defendan juga gagal mengemukakan keterangan daripada Pakar Tulisan (handwriting expert), menurut Seksyen 45 Akta Keterangan 1950. Dan meskipun Mahkamah ini boleh mengarahkan Defendan mendemonstrasi tandatangan di dalam mahkamah menurut Seksyen 73 (2) Akta Keterangan 1950, namun harus diingat bahawa mahkamah ini tiada kepakaran menilai penulisan nama di dalam Bahasa Cina. Justeru itu, keterangan pendapat daripada Pakar Tulisan amat diperlukan bagi membantu Mahkamah. Namun, ianya tidak dikemukakan oleh Defendan. f. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa penulisan dalam tulisan cina (Chinese character writing) boleh bertukar atas budibicara seseorang (at anyone discretion).
28
Bagi isu (d) samada identiti Defendan telah dicuri dan disalahguna untuk bekalan elektrik di premis tersebut, atas imbangan kebarangkalian, mahkamah ini turut membuat dapatan bahawa Defendan telah gagal membuktikan identitinya telah dicuri dan disalahgunakan, atas alasan-alasan berikut: a. Mahkamah ini mempercayai keterangan SP1 bahawa pihaknya telah membuat semakan dokumen yang diserahkan merujuk kepada Borang permohonan dan dokumen sokongan, dan memastikan nama pemohon adalah sama dengan kad pengenalan, serta alamat adalah sama dengan alamat dalam borang permohonan dan perjanjian penyewaan. Selepas itu, ianya disemak oleh seorang lagi rakan sekerja SP1. b. Defendan gagal mensapina penama SS Ler, selaku saksi yang dinyatakan di dalam Perjanjian Penyewaan (Ekshibit P2) yang dikepilkan dan diserahkan bersama-sama Borang Permohonan (Ekshibit P1) kepada Plaintif, bagi mengetahui siapakah yang menandatangani Perjanjian Penyewaan tersebut. c. Defendan menafikan bahawa nombor telefon 011-6488 7419 bukan miliknya. Sebaliknya nombor telefon Defendan adalah 018-213 7995, sepertimana tangkapan skrin Touch N Go di muka surat 92 IDB (Ekshibit ID4). Ekshibit ID4 adalah kekal untuk pengecaman sahaja memandangkan tiada Sijil 90A atau keterangan oral Defendan dikemukakan bagi mengesahkan tangkapan skrin tersebut dibuat berdasarkan kepada perjalanan biasa (in the course of its ordinary use) peranti yang digunakan tersebut. Tambahan pula, mahkamah ini berpendapat bahawa satu-satunya cara untuk membuktikan bahawa nombor telefon 011-6488 7419 bukan milik Defendan adalah dengan mengemukakan carian atau keterangan oral daripada pemberi perkhidmatan (service provider) yang menyatakan maklumat pemilik nombor telefon tersebut, samada milik Defendan atau sebaliknya. Namun ianya tiada dikemukakan. Dan andaikata Ekshibit ID4 menjadi admissible sekalipun, ianya hanya sekadar membuktikan fakta bahawa Defendan pemilik nombor telefon 018-213 7995, dan tidak lebih daripada itu. Ianya tidak mengecualikan Defendan sebagai pemilik nombor telefon 011-6488 7419. d. Berkenaan saksi SD2 Chuah Beng Lee (SD2 @ saksi sapina), SD2 hanya dapat mengesahkan nama, nombor IC di Perjanjian Penyewaan serta Salinan IC miliknya sahaja. SD2 tidak mengingati samada ada menurunkan tandatangan di Perjanjian Penyewaan tersebut. SD2 juga hanya dapat mengesahkan bahawa pada tarikh Perjanjian Penyewaan tersebut, dirinya masih pemilik berdaftar premis tersebut. SD2 menyatakan tidak mengenali Defendan. Ini disebabkan segala urusan mengenai penyewaan diserahkan kepada ejennya, iaitu Encik Lee. Apabila ditanya oleh peguam Plaintif samada Encik Lee ini adalah SS Ler, SD2 menjawab tidak tahu. Dan mahkamah ini turut bertanyakan sekali lagi untuk kepastian samada En Lee merupakan SS Ler, jawapan SD2 juga adalah tidak tahu. Mahkamah membuat dapatan bahawa SD2 merupakan saksi yang tidak kredibel atas alasan berikut:
a
Adalah mustahil SD2 tidak mengetahui kepada siapa premis tersebut disewakan pada masa itu.
b
Dan adalah mustahil juga SD2 tidak mengetahui siapa nama ejen yang bertindak bagi pihaknya.
c
Dan adalah mustahil juga SD2 tidak ingat akan tandatangannya sendiri. Mahkamah ini turut merekodkan apabila ditanya berkenaan tandatangan, SD2 pada awalnya menafikan tandatangan tersebut sebagai miliknya, namun kemudiannya menukar keterangan kepada tidak tahu.
d
SD2 sebelum memberikan keterangan menyatakan tidak memahami atau tahu berbahasa malayasia dan bahasa inggeris, namun setelah memberikan keterangan, mahkamah ini mendapati saksi boleh memahami dan bertutur Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
e
Keterangan SD2 jelas merupakan penafian semata-mata dan jelas bagi membantu Defendan. e. Kegagalan Defendan mensapina penama SS Ler yang menguruskan Pernjanjian Penyewaan dan merupakan saksi kepada tandatangan yang dikatakan dipalsukan di dalam Perjanjian Penyewaan (Ekshibit P2) tersebut. f. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif mengenai conduct Defendan di bawah Seksyen 8(2) Evidence Act 1950 selepas tuntutan dibuat terhadap Defendan. Isu (e) Samada Defendan bertanggungjawab terhadap liabiliti yang tertimbul daripada bekalan elektrik di Premis tersebut ataupun Akaun tersebut apabila beliau tidak memohon dan mengguna bekalan elektrik di premis tersebut?
29
Berkenaan isu ini, mahkamah ini telah membuat dapatan bahawa Defendan merupakan pemilik berdaftar akaun di premis tersebut. Dan Defendan juga telah gagal membuktikan tandatangannya dipalsukan dan identitinya digunakan oleh pihak yang lain.
30
Berdasarkan kepada kes Mahkamah Tinggi Tenaga Nasional Bhd v Empayar Canggih Sdn Bhd (previously known as ODVD Manufacturer Sdn Bhd) [2014] 8 MLJ 280, Mahkamah Tinggi telah memutuskan sebagaimana berikut: “The defendant's issue (d) [34] Whether the defendant owed a duty of care to the plaintiff as the account holder and landlord of the premises to check the meter regularly and to detect any possible tampering by the actual consumer (pelanggan sebenar)? [35] In the circumstances of the case, I find that the defendant owed a duty of care to the plaintiff as the account holder/ registered consumer of the plaintiff and landlord of the premises to check the meter regularly and to detect any possible tampering by the actual consumer (pelanggan sebenar) based on the grounds given above, in the course of considering the plaintiff's issues, failing which the defendant shall be liable for any tampering arising.”
31
Kes Mahkamah Tinggi Tan Cheng Eng v Tenaga Nasional Berhad [2015] 1 LNS 400 turut dirujuk yang menyatakan sepertimana berikut mengenai kebertanggungan pelanggan berdaftar bekalan elektrik premis menurut Seksyen 38(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447): “[45] Mengenai perkara sewaan ini, pertamanya tiada sebarang keterangan dokumentar atau keterangan langsung yang menunjukkan penyewaan premis ini kecuali dari keterangan lisan perayu. Walau apa pun, keterangan jelas adalah perayu masih merupakan pelanggan berdaftar bekalan elektrik premis tersebut dan pemilik kepada premis tersebut. Oleh itu seksyen 38(3) jelas membolehkan responden menuntut kerugian hasil dari perayu sebagai pelanggan kepada responden. [46] Di sini, responden hanya perlu membuktikan berlakunya pengusikan pada meter elektrik di premis tersebut dan perayu adalah pelanggan berdaftar bagi bekalan elektrik di premis tersebut untuk tindakan tuntutan di bawah seksyen 38(3). Dalam kes ini, pengusikan meter ini telah dibuktikan oleh responden pada imbangan kebarangkalian.”
32
Mahkamah ini membuat dapatan bahawa Defendan bertanggungjawab terhadap liabiliti yang tertimbul daripada bekalan elektrik di Premis tersebut Isu (f) Samada terdapat pengusikan di pepasangan meter di premis Defendan? Isu (g) Samada bacaan penggunaan elektrik yang telah digunakan pada premis Defendan adalah kurang jika dibandingkan dengan penggunaan sebenar bekalan elektrik di premis Defendan?
33
Mahkamah ini membuat dapatan bahawa bagi isu (f) bahawa terdapat pengusikan pada meter di premis tersebut. Dapatan ini dibuat berdasarkan kepada keterangan oral dan dokumentar seperti berikut: a. Keterangan oral SP4 yang menyatakan terdapat pengusikan pada sil terminal meter, rivet penutup meter dan pelekat keselamatan pada pepasangan meter di premis tersebut; b. Keterangan oral SP4 mengesahkan terdapat litar tambahan bagi mengawal litar arus bagi ketiga-tiga fasa di dalam pepasangan meter tersebut; c. Gambar litar tambahan adalah sepertimana muka surat 47 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B) yang diambil oleh SP3; d. Fungsi litar tambahan bertujuan supaya bekalan elektrik di premis tersebut tidak akan direkodkan pada meter pepasangan meter; e. SP4 telah mencatatkan butir-butir berkenaan keadaan pepasangan meter tersebut di dalam satu Borang Pemeriksaan & Pengujian Pepasangan Meter – Arus Penuh 3 Fasa bagi meter dengan no siri: 418459774 dan no akaun 210110304702 bagi premis beralamat di No 15- 1, Lrg Batu Nilam 3A, Bdr Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor. Dan turut direkodkan ialah nama pelanggan berdaftar iaitu Chen Jin Quan (Defendan) sepertimana di muka surat 22 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B); f. SP4 juma mendapati premis menjalankan aktiviti bitcoin mining; g. SP4 juga mendapati bahawa pengguna telah ‘normalise’ kembali pepasangan meter tersebut, yang sebelum itu tidak merekodkan bacaan sebenar. h. SP4 kemudiannya merekodkan maklumat berkenaan keterangan pengguna, keterangan jangka, keterangan register dan maklumat jangka lama ke dalam Borang Kemasukan Maklumat Perjangkaan OPC semasa pemeriksaan tersebut, sepertimana di muka surat 23 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B); i. SP4 kemudiannya menukarkan meter baru yang mempunyai no siri meter 219449602; j. SP4 turut mengisi Maklumat Jangka (Sebelum/Selepas) dan mencatatkan bacaan meter lama dan baru masing-masing seperti mana di muka surat 27 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B); k. SP4 turut mengeluarkan Surat Pemberitahuan Pemeriksaan dan Pengujian Pepasangan Meter TNB, Pemakluman Semakan Pepasangan Meter Elektrik dan Surat Pemberitahuan Pengambilan Bahan-bahan Bukti (muka surat 24 hingga 26 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B); l. SP4 turut mengeluarkan Notis Pemotongan Bekalan Elektrik di bawah Seksyen 38(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 sepertimana di muka surat 28 hingga 29 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B); m. Laporan Polis yang dibuat oleh SP5 di muka surat 52 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B);
34
Berkenaan isu (g) Mahkamah ini seterusnya membuat dapatan bahawa bacaan penggunaan elektrik yang telah digunakan pada premis Defendan adalah kurang jika dibandingkan dengan penggunaan sebenar bekalan elektrik di premis Defendan, berdasarkan kepada keterangan SP4 bahawa fungsi litar tambahan yang ditemuinya adalah bertujuan untuk mengawal litar arus supaya bekalan elektrik yang sebenarnya digunakan di premis tersebut tidak akan direkodkan di pepasangan meter.
35
Dan sepertimana digariskan di dalam Kes Mahkamah Persekutuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) v Evergrowth Aquaculture Sdn Bhd and other appeals [2021] 5 MLJ 937 dirujuk di mana Hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan sepertimana berikut : “[62] As we have stated earlier, we are fully in agreement and endorse the decision in Ichi-Ban where this court held that the person who decides whether an offence has been committed under sub-ss 38(1) and (3) of the ESA 1990 is the person ‘employed by a licensee (TNB)’. And the finding whether an offence has been committed is based on the ‘subjective finding’ of the TNB’s employee (see para [27] of the judgment). [63] On a bare reading of sub-s 38(1) of the ESA 1990, it is apparent that the subsection did not say that in order to form ‘subjective finding’ it is necessary for TNB’s employees to identify the perpetrator/s of the meter tampering to succeed in its claim under sub-ss 38(3) and (5) of the ESA 1990. The focus is therefore, is not who may have tampered with the meter but rather that due to such tampering the consumers would consume more electricity for less charges which TNB is entitled to recover.”
36
Kes Mahkamah Persekutuan Tenaga Nasional Bhd v Ichi-Ban Plastic (M) Sdn Bhd and other appeals [2018] 3 MLJ 141 di mana HBM Ahmad Maarop (ketika itu) menyatakan: “ [27] Another reason for the conflicting views of judicial opinion was the misreading of s 38 itself. Section 38(1) and s 38(3) of the Act are interrelated. It is clear from s 38(1) and s 38(3) that the person who decides whether an offence has been committed under s 37(1), (3) or
14
of the Act is the ‘person employed by a licensee’. The licensee is TNB. The finding whether an offence has been committed or not is based purely on the subjective finding of the employee (see WRP Asia Pacific Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd). If the person employed by the licensee decides that an offence under s 37(1), (3) or (14) has, in his opinion been committed, he may then require the consumer to pay for the loss of revenue.
37
Justeru itu, mahkamah ini membuat dapatan, berdasarkan subjective finding SP4, berlakunya pengusikan meter di premis tersebut dengan cara terdapat litar tambahan bagi mengawal litar arus bagi ketiga-tiga fasa di dalam pepasangan meter tersebut bertujuan supaya bekalan elektrik di premis tersebut tidak akan direkodkan pada pepasangan meter. SP4 juga mendapati pengusikan meter tersebut bertujuan untuk perlombongan bitcoin kerana melibatkan penggunaan arus yang tinggi.
38
Plaintif juga tidak perlu untuk membuktikan samada Defendan di dalam kes ini yang membuat pengusikan terhadap pepasangan meter tersebut. Apa yang perlu dibuktikan oleh Plaintif ialah berlakunya pengusikan terhadap pepasangan meter tersebut merujuk kepada Kes Mahkamah Rayuan TNB v Big Man Management Sdn Bhd (Civil Appeal No.: J-02(NCVC)(W)-1948-10/2019) dan kes Mahkamah Rayuan Tenaga Nasional Berhad v Asia Knight Bhd [2017] MLJU
1661
1661.
39
Berkenaan dengan isu bahawa meter tersebut telah di’normalised’, mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa fakta pepasangan meter tersebut telah di ‘normalised’ tidak bermaksud pepasangan meter tersebut tidak diusik sebelum itu. Isu (h) Samada Defendan bertanggungan terhadap tuntutan Plaintif bagi jumlah RM 26,045.10 tersebut?
40
Defendan berhujah bahawa Defendan tidak sewajarnya bertanggungan terhadap tuntutan Plaintif bagi jumlah RM 26,045.10 tersebut. Defendan berhujah bahawa jumlah dituntut oleh Plaintif adalah bertentangan dengan kes yang diplidkan oleh Plaintif.
41
Bagi maksud ini, mahkamah ini telah meneliti pliding pihak Plaintif secara berhati-hati dan kritikal. Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif tidak pernah memplidkan bahawa pihaknya menuntut amaun eletrik yang terkurang sebanyak 3.83%.
42
Sebaliknya, apa yang diplidkan oleh Plaintif di perenggan 11 ialah kegagalan pepasangan meter merekodkan bacaan elektrik sebanyak 3.82%. Dan seterusnya di perenggan 12 Plaintif menuntut kerugian hasil dan kos operasi bagi penggunaan tenaga elektrik yang tidak direkodkan sebanyak RM 26,045.10 bagi tempoh 23.1.2019 sehingga 12.3.2020. Oleh itu, tuntutan Plaintif ini bukan sesuatu yang tidak diplidkan.
43
Dan bagi menuntut kerugian hasil serta kos operasi tersebut, Plaintif bebas memilih kaedah yang dirasakan sesuai berdasarkan kepada Panduan Prosedur Tuntutan Kerugian Hasil Oleh Pemegang Lesen Bagi Kes-kes Penggunaan Elektrik Dengan Curang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Dan Plaintif di dalam kes ini memilih Kaedah Beban Kehendak Maksimum (MD) kerana dapatan oleh SP4 adalah ianya berkaitan dengan bitcoin.
44
Ini adalah selaras dengan apa Mahkamah Persekutuan di dalam kedua-dua kes TNB v Evergrowth dan TNB v Ichi-Ban kedua-duanya bersetuju dan menyatakan bahawa Akta Bekalan Elektrik 1990 tiada menyatakan metodologi dalam pengiraan kerugian hasil akibat pengusikan meter, Parlimen telah menyerahkan proses penentuan kepada TNB kerana kesukaran yang wujud dalam tuntutan jenis ini.
45
Mahkamah ini mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan kerugian hasil yang dituntut sebanyak RM 26,045.10 tersebut.
46
Defendan juga turut mempertikaikan berkenaan ketiadaan bukti penghantaran atau perserahan Surat Tuntutan Bagi Amaun Kerugian Hasil di muka surat 33 hingga 35 IDB Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian B) tersebut.
47
Mahkamah ini berpendapat bahawa Surat Tuntutan Bagi Amaun Kerugian Hasil yang mengandungi amaun di dalam pernyataan bertulis di bawah Seksyen 38(4) Akta tersebut, merupakan keterangan prima facie bagi amaun yang perlu dibayar oleh pengguna untuk kehilangan hasil. Namun, sekiranya ia tidak dipatuhi, maka Plaintif dikehendaki membuktikan tuntutannya (atas liabiliti dan kuantum) secara sivil dan pada tahap pembuktian atas imbangan kebarangkalian, selaras dengan apa yang dinyatakan di dalam kes Mahkamah Persekutuan Tenaga Nasional Bhd v Ichi-Ban Plastic (M) Sdn Bhd and other appeals [2018] 3 MLJ 141
48
Dan mahkamah ini setelah menilai keseluruhan keterangan oral dan dokumentar mendapati pihak Plaintif telah berjaya membuktikan liabiliti dan kuantum tersebut atas imbangan kebarangkalian.
49
Atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya dan membuat penghakiman seperti berikut: a. Defendan membayar Plaintif RM 26,045.10; b. Faedah pada kadar 5% setahun di atas jumlah RM 26,045.10dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh; c. Kos guaman RM 2,550.00 dan kos tindakan RM 650.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif Bertarikh 21 Mac 2024 …t…t…
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.