Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - A52NCVC-32-11/2021 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD PLAINTIF DAN LEE TIAN FATT DEFENDAN
BI-A52NCvC-32-11/2021
Sessions Court of Malaysia19 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - A52NCVC-32-11/2021 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD PLAINTIF DAN LEE TIAN FATT DEFENDAN
3
3.TEOH HO MING 20/02/2026 13:28:20 BI-A52NCvC-32-11/2021 Kand. 98 S/N HfSvSvKgrUSsw7WumimYww
1
Mahkamah dalam tindakan telah memberi keputusan setelah selesai perbicaraan penuh. Dalam membuat keputusan, Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak Plaintif telah berjaya untuk membuktikan kes di bawah imbangan keberangkalian terhadap pihak Defendan. Mahkamah dengan ini membenarkan tuntutan pihak Plaintif terhadap pihak Defendan dengan kos RM2,000. Mahkamah telah menolak tuntutan balas oleh Defendan terhadap Pihak Ketiga dengan kos RM2,000 2. Defendan kemudian tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diberi oleh Mahkamah pada 19 November 2025 dan telah merayu terhadap keputusan tersebut.
3
Plaintif sebuah syarikat berhad yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di no 129, Jalan Bangsar,59200 Kuala Lumpur dan adalah pemegang lesen di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.
4
Defendan telah memohon kepada Plaintif bekalan elektrik dan Plaintif telah bersetuju memberikan bekalan tersebut melalui akaun no 6180220134182209 (baru) bagi premis no 18, Jln P2/13 Seksyen 2, Bdr Teknologi Kajang, 4300 Semenyih, Selangor (selepas ini dikenali sebagai Premis tersebut ).
5
Plaintif pada 5.9.2019 melalui pekerja dan/atau pengkhidmatnya telah melakukan pemeriksaan ke atas pepasangan meter di premis tersebut telah mendapati terdapat pengusikan pada pepasangan meter tersebut dan terdapat pendawaian terus dari Outgoing F/P terus ke MSB di dalam premis tersebut.
6
Plaintif kemudian telah melakukan pembaikan dengan menanggalkan sambungan terus tersebut dan menukarkan meter baru dengan serta merta. Plaintif kemudian pada 6.9.2019 telah membuat laporan polis ( rujuk P5). Plaintif kemudian telah membuat pengiraan dan mendapati penggunaan tenaga eletrik yang tidak direkod untuk tempoh dari 25.3.2018 hingga 5.9.2019 dan kerugian hasil berjumlah RM192,665.45. S/N HfSvSvKgrUSsw7WumimYww
7
Defendan adalah individu yang mempunyai alamat penyampaian di No 16, Jalan Seroja, Taman Setia, Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor.
8
Defendan menyatakan bahawa beliau adalah pemilik kepada premis no 18, Jln P2/13 Seksyen 2, Bdr Teknologi Kajang, 4300 Semenyih, Selangor (premis tersebut) .
9
Defendan menyatakan tidak pernah menduduki premis tersebut sepanjang masa kerana premis tersebut telah disewakan kepada pihak ketiga iaitu sebuah syarikat TOP E&C Holding Sdn Bhd yang mempunyai alamat berdaftar di No. 5-1, Jalan SL 1/12, bandar Sungai Long, 4300 Kajang , Selangor dan alamat perniagaan di Lot 3910, Batu 23, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor untuk tempoh mulai 25.3.2018 hingga 5.9.2019.
10
Defendan telah membuat tuntutan terhadap Pihak Ketiga yang dikatakan telah menyewa premis dan menduduki premis tersebut pada masa yang material adalah bertanggungan atas tuntutan pihak Plaintif.
11
Pihak Ketiga adalah bertanggungan untuk menanggung rugi dan mengindeminiti penuh Defendan atas segala tuntutan Plaintif terhadap Defendan.
12
Pihak-pihak ketiga (kemudian dirujuk sebagai PPK) menyatakan tiada pengetahuan peribadi berkenaan pemilikan premis tersebut dan menyatakan bahawa PPK atau mana-mana satu daripada mereka tidak pernah menyewa, menduduki atau menggunakan premis tersebut seperti didakwa oleh Defendan.
13
Sepanjang pengetahuan PPK, premis tersebut semenjak tahun 2014 disewa,diguna oleh seorang lelaki bernama Leong Tuck Choy yang merupakan kenalan pihak ketiga ketiga (Pk-3) dan PPK tiada pengetahuan terma-terma penyewaan antara Leong Tuck Choy dengan Defendan.
14
PK-3 hanya menghulur bantuan kepada Leong Tuck Choy dari masa ke semasa iaitu membantu pembayaran sewa secara langsung kepada akauan Defendan dan bantuan kewangan tersebut diberi dalam tempoh sekitar Mac 2018 hingga September 2019 dan dihentikan setelah Leong Tuck Choy menghilangkan diri.
15
Mahkamah dapati adalah Defendan pengguna berdaftar bagi akaun nombor 6180220134182209 bagi premis berlamat di no 18 Jln P2/13 Seksyen 2, Bdr Teknologi Kajang, 43000 Semenyih, Selangor (rujuk sebagai premis tersebut).
16
Mahkamah perlu meneliti adakah telah berlaku pengusikan terhadap meter di premis tersebut dan telah menyebabkan berlakunya kerugian kepada Plaintif . Mahkamah akan meneliti kepada keterangan saksi dan dokumen yang dikemukakan dalam membuat dapatan berkaitan isu tersebut.
17
Palintif telah membawa SP1 hingga SP3 yang merupakan anggota yang telah hadir ke premis tersebut pada 5.9.2019 untuk melakukan pemeriksaan pada meter di premis tersebut.
18
SP1 dalam keterangan menyatakan bahawa beliau telah melakukan pemeriksaan fizikal pada pemasangan meter di premis tersebut dan mendapati seal terminal meter telah tiada. SP1 dan pasukan kemudian telah S/N HfSvSvKgrUSsw7WumimYww memotong mangga di pintu premis tersebut untuk memasuki premis. Semakan telah dibuat di link feeder pillar dan mendapati terdapat sambungan terus dari outgoing feeder pillar ke papan susi utama atau Main Switch Board (MSB) di dalam premis tersebut.
19
SP1 kemudian telah membuat ujian perbandingan arus di feeder pillar untuk mendapat bacaan arus bekalan eletrik yang sebenar masuk ke premis tersebut. Setiap bacaan arus telah direkodkan dalam Borang Pemeriksaan & Pengujian Pepasang Meter-Arus Penuh 3 fasa (rujuk ID B ms 12).
20
SP1 menyatakan bahawa apa bila terdapat pendawaian terus, ia bermakna premis mendapat bekalan eletrik terus dari feeder pillar tanpa melalui meter yang dipasang oleh TNB. Kesannya ialah meter TNB tidak akan merekod penggunaan sebenar eletrik yang dibekalkan. Defendan telah menggunakan load yang lebih tinggi daripada nilai arus yang direkod untuk premis tersebut.
21
SP1 kemudian telah membuat kerja-kerja pembetulan terhadap pendawaian tersebut dan telah memenukar meter baru dengan no meter
719408931
SP1 kemudian pada 6.9.2019 telah membuat laporan polis berkaitan pengusikan telah dilakukan kepada pepasangan meter di premis tersebut.
22
Mahkamah berpandangan bahawa Defendan dalam pemeriksaan balas terhadap SP1 hingga SP3 telah gagal untuk membuktikan bahawa tiada pengusikan berlaku ke atas meter dan SP1 telah silap dalam membuat bacaan atas arus bekalan elektrik di premis tersebut.
23
Defendan dalam pemeriksaan balas terhadap SP1 bahawa apabila bacaan arus hanya diambil sekali sahaja maka bacaan arus akan menjadi tidak tepat. SP1 menerangkan bahawa bacaan arus diambil sekali sudah mencukupi dan biasa selepas menunggu dalam 5 hingga 10minit, bacaaan arus akan turun sikit dan naik sikit dalam average 1M 2M sahaja.
24
Jawapan oleh SP1 tersebut telah disokong secara konsiten oleh SP2 dan SP3 apabila soalan sama dikemukakan oleh Defendan masa peringkat soalan balas.
25
Plaintif juga telah membuktikan bahawa pengiraan dalam menuntut jumlah kerugian yang dialami oleh Plaintif adalah betul dan tepat. Ini buktikan melalui keterangan oleh SP4 dan SP5. SP4 dan SP5 telah menerangkan bagaimana proses pengiraan dibuat bagi mendapatkan secara tepat jumlah kerugian yang dialami oleh Plaintif dan keterangan SP4 dan SP5 tetap konsisten apabila disoal balas oleh Defendan.
26
Mahkamah berpandangan bahawa Defendan perlu untuk membuktikan kes mereka berdasarkan kepada seksyen 103 (1) Akta Keterangan . Defendan menyatakan bahawa premis tersebut disewakan kepada Pihak Ketiga yang menyewa dan menduduki premis tersebut.
27
SD1 mengaku bahawa beliau ada mendapatkan bekalan eletrik dan telah memiliki akaun berdaftar dengan pihak Plaintif. SD1 mengaku bahawa apa bila premis tersebut disewakan kepada pihak ketiga, SD1 tiada membuat permohonan kepada Plaintif untuk menukar nama berdaftar.
28
SD1 mengaku bahawa tiada perjanjian penyewaan dibuat secara bertulis, ia hanya secara lisan antara SD1 dengan pihak ketiga. SD1 S/N HfSvSvKgrUSsw7WumimYww menyatakan Pihak Ketiga menyewa premis tersebut untuk digunakan sebagai stor dan SD1 tiada pengetahuan berkaitan kegunaan elektrik di premis tersebut.
29
Mahkamah dapati bahawa keterangan oleh SD1 hanya lebih kepada menyatakan bahawa premis tersebut telah di sewa kepada Pihak Ketiga dan pengakuan bahawa SD1 memang tidak pernah membuat cubaan untuk menukar akaun berdaftar eletrik premis tersebut kepada nama Pihak Ketiga .
30
Mahkamah dengan ini berpandangan bahawa Plaintif telah berjaya buktikan kes mereka dengan imbangan keberangkalian terhadap Defendan dan Defendan telah gagal untuk mematahkan keterangan berkaitan pengiraan arus eletrik dan kerugian yang dialami oleh Plaintif. Adalah menjadi tanggung jawab kepada SD1 berkaitan penggunaan elektrik di premis tersebut walaupun SD1 mendakwa premis telah disewakan kepada Pihak Ketiga tetapi kegagalan menukar nama pihak ketiga sebagai pemunya berdaftar yang baru menyebabkan SD1 bertanggungan. S/N HfSvSvKgrUSsw7WumimYww Tuntutan Defendan terhadap Pihak Ketiga.
31
Defendan telah memasukkan Pihak Ketiga ke dalam tindakan ini dan menuntut Pihak Ketiga bertanggungan sepenuh atas tuntutan Plaintif atas alasan Pihak Ketiga adalah penyewa kepada premis tersebut.
32
SD1 dalam keterangan menyatakan telah menyewakan premis tersebut kepada pihak ketiga bermula 31.1.2018 sehingga 31.8.2019 dan tiada apa-apa dokumen perjanjiaan sewaan ditanda tangani, sewaan hanya secara lisan.
33
Mahkamah dapati keterangan SD1 adalah tidak konsisten, mula beritahu pihak ketiga mulai menyewa mulai 2018 tapi kemudian beritahu pihak ketiga menyewa mulai 2016 hingga 2019 tapi gagal tunjuk bukti pembayaran oleh pihak ketiga mulai 2016 hinga 2017.
34
SD1 menyatakan ada mengenali pihak ketiga ketiga (rujuk sebagai PK-3) pada bulan Januari 2018. SD1 kemudian ubah semula keterangan menyatakan ada orang lain sewa premis tersebut hingga Disember 2017 tapi S/N HfSvSvKgrUSsw7WumimYww gagal untuk mengemukakan dokumen notis penamatan dengan penyewa tersebut.
35
Mahkamah berpandangan adalah menjadi beban kepada Defendan untuk membuktikan bahawa Pihak Ketiga adalah penyewa kepada premis tersebut seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 101 Akta Keterangan 1950.
36
SD1 mendakwa bahawa pihak ketiga adalah penyewa kepada premis tersebut disebabkan terdapat bukti bahawa adanya bayaran sewaan bulanan yang dibuat oleh pihak ketiga bagi tempoh bulan Januari 2018 hingga Ogos 2019.
37
SD1 menyatakan bahawa tiada bukti ada terima kunci daripada pihak ketiga, SD1 ada terima deposit dan tidak memulangkan semula kepada pihak ketiga atas alasan kerana pihak ketiga telah merosakkan barangan di premis tersebut tetapi gagal untuk membuktikan apakah kerosakan tersebut dan hanya mencari PK-3 selepas menerima saman tuntutan daripada Plaintif.
38
SPK-1 menyatakan bahawa beliau telah mengenali Leong Tuck Choy (rujuk sebagai LTC ) hampir 10 tahun kerana sama libat dalam perniagaan. SPK-1 telah diminta oleh LTC untuk tolong membayar sewaan bulanan bagi premis tersebut dan sebagai balasan SPK-1 boleh guna barang besi yang LTC simpan/letak di kedai SPK-1.
39
SPK-1 ada kilang dan apa bila Leong Tuck Choy meletak barang-barang besi di kilang beliau dan jika Leong Tuck Choy tidak membayar kembali duit sewaan yang SPK-1 telah dahulukan, maka SPK-1 akan contra dengan besi yang telah diletakkan di kilang. Oleh sebab ini SPK-1 tidak perlu untuk menuntut kepada Leong Tuck Choy untuk jumlah duit sewaaan yang telah SPK-1 keluarkan untuk sewaan premis tersebut.
40
SPK-1 juga menyatakan bahawa SD1 telah datang berjumpa beliau kerana SD1 ada terima saman dan meminta SPK-1 mencari Leong Tuck Choy kerana SD1 tidak dapat mencari beliau. SPK-1 telah cuba menghubungi Leong Tuck Choy tapi gagal.
41
Juga Mahkamah mendapati bahawa keterangan SD1 sendiri mengesahkan bahawa LTC adalah agen nominee pihak ketiga pada semua masa material tetapi kemudian mengubah keterangan dengan tidak mengenali LTC.
42
Mahkamah juga mendapati bahawa tiada apa-apa tuntutan kerosakan di premis tersebut oleh SD1 kepada pihak ketiga selepas Ogos 2019 iaitu selepas penamatan sewaan oleh pihak ketiga. SD1 hanya bertemu SPK-1 pada tahun 2021 selepas menerima saman daripada Plaintif. Ini semua menimbulkan keraguan kepada Mahkamah .
43
Mahkamah berpandangan bahawa Defendan telah gagal untuk membuktikan bahawa pihak ketiga adalah penyewa kepada premis tersebut. Kebergantungan hanya disebabkan PK-3 yang membayar sewaan premis setiap bulan tidak menjadikan bahawa pihak ketiga ada penyewa premis tersebut tidak cukup untuk menyakinkan Mahkamah.
44
Ketiadaan perjanjian bertulis sewaan, tiada penukaran akaun berdaftar kepada nama pihak ketiga dan keraguan Mahkamah adakah SD1 S/N HfSvSvKgrUSsw7WumimYww ada bertemu PK-3 semasa penyewaan dibuat pada tahun 2018. Adakah Pihak Ketiga yang sebenar menyewa premis SD1.
45
Atas alasan di atas,maka Mahkamah berpandangan bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kes dengan imbangan keberangkalian terhadap pihak Defendan . Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos RM2,000. Defendan juga telah gagal untuk membuktikan bahawa Pihak Ketiga adalah penyewa sebenar kepada premis tersebut . Mahkamah dengan ini telah menolak tuntutan Defendan terhadap Pihak Ketiga dengan kos RM2,000 -t.t.-
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.