Generally, an appellate court will not intervene unless the trial court was shown to be plainly wrong in arriving at its decision or where there had been no or insufficient judicial appreciation of evidence. Judicial appreciation of evidence meant that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. He must, when deciding whether to accept or to reject the evidence of a witness, test it against relevant criteria. Thus, he must take into account the presence or absence of any motive that a witness may have in giving evidence. Where contemporaneous documents existed, he must test the oral evidence of a witness against these. He must also test the evidence of a particular witness against this. He must also test the evidence of a witness against the probabilities of the case. The principle central to appellate interference is that a decision arrived by a trial court without judicial appreciation of the evidence may be set aside on appeal. II. TUNTUTAN BALAS [11] Responden menuntut balas Perayu atas kecuaian tanpa meneliti dan menerima butiran pemohon untuk bekalan elektrik ke premis tanpa usul periksa untuk mengelakkan butiran individu yang tidak sepatutnya disalahgunakan seperti dalam tindakan ini. [12] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Puan Majistret, bahawa sebagai pihak yang bertanggung jawab untuk membekalkan elektrik kepada pengguna-pengguna, Perayu mempunyai satu tanggungjawab dan obligasi untuk memastikan semua dokumen yang dikemukakan adalah sahih kerana hanya Perayu sahaja mempunyai kuasa meluluskan untuk mendapatkan bekalan. Walaupun hanya berbekalkan kad pengenalan bagai Perayu adalah mencukupi namun beberapa dokumen lain juga harus diambil kira. Sistem BCRM ini tidak menyatakan nama individu yang mengisi butiran pelanggan maka ianya boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya Seksyen 38 Akta siapa yang ada didalam rekod Perayu maka secara prima facie dia adalah pengguna berdaftar, menjadikan semua permohonan oleh sesiapa pun untuk bekalan elektrik hendaklah diteliti dan ditangani dengan lebih telus untuk mengelakkan daripada ada penyalahgunaan butiran seperti kes ini. Mahkamah mendapati jumlah gantirugi yang diberi oleh Puan Majistret adalah berpatutan dan ianya harus dikekalkan. C. KESIMPULAN [13] Berdasarkan alasan-alasan diatas, Mahkamah mendapati keputusan Puan Majistret dalam mencapai kepada dapatannya adalah bersandarkan kepada keterangan saksi dan keterangan dokumentar, oleh itu tiada ruang untuk Mahkamah ini mengacau ganggu dapatan ini dan rayuan Perayu ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.00. Bertarikh 7 Mac 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAMCARA BAGI PIHAK PLAINTIF : Lope Maizura Lot A-7-05, Block A, Oasis Square, Jalan PJU 1A/7A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor PEGUAMCARA BAGI PIHAK DEFENDAN : Esmael, Nor & Co. 3A, Hala Taman Meru 13, Pusat Komersial Taman Meru 2B, 30020 Ipoh, Perak