Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO. WA-A72NCvC-219-01/2023 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD PLAINTIF DAN
WA-A72NCvC-219-01/2023
Magistrates Court of Malaysia30 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“[75] It is insufficient for the Defendants make assertion of no knowledge to prove their case of forgery. The law is trite that he who asserts must prove. This is pursuant to Section 101 & 102 of the Evidence Act 1950. [76] I am also in total agreement with the Plaintiff that in light that the Defendants had heavily re”
“failkan pihak-pihak dimana perkara berkaitan laporan Polis tidak pernah dinyatakan dan diplidkan di dalam Pembelaan Defendan. [46] Selanjutnya, di dalam kes “LIM YEW JIN v. ADDERINA KAHARUDIN & ANOR [2024] CLJU 256”, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menyatakan: [75] It is insufficient for the Defendants make assertio”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO. WA-A72NCvC-219-01/2023 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD PLAINTIF DAN
1
Plaintif ialah sebuah sebuah syarikat utiliti elektrik (electricity utility company) yang diberikan lesen untuk membekalkan bekalan elektrik kepada pengguna berdaftar di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).
2
Defendan pula merupakan seorang individu yang dikatakan pada atau sekitar 14 Mac 2013 telah memohon bekalan elektrik daripada Plaintif bagi sebuah premis beralamat di Lot 1319-B, (Residence), Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur dan telah didaftarkan sebagai pengguna berdaftar bagi Akaun Pengguna No. 220009284300.
3
Kemudian, bekalan elektrik telah dibekalkan ke premis tersebut dan digunakan oleh pihak Defendan. Berdasarkan penggunaan bekalan elektrik di Premis tersebut, Plaintif telah mengeluarkan bil elektrik bulanan kepada Defendan. 03/04/2024 14:18:51 WA-A72NCvC-219-01/2023 Kand. 48 S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
4
Namun demikian, bayaran terhadap bil elektrik bulanan adalah tidak teratur dan menyebabkan terdapat tunggakan bil elektrik bulanan berjumlah RM60,734.65 setakat 20 Januari 2020.
5
Walaubagaimana pun, Defendan menafikan dan menyangkal dakwaan Plaintif tersebut. Defendan menafikan ada memohon bekalan elektrik bagi premis tersebut. Defendan menyatakan bahawa tandatangan pada Borang Permohonan bekalan elektrik tersebut bukanlah milik Defendan dan telah dipalsukan oleh individu lain.
6
Bagi menyokong versi Plaintif, seramai tiga (3) orang saksi telah dipanggil iaitu: i. YM Raja Tahrin bin Raja Kamal [Saksi Plaintif Pertama] ii. Nur Hidayah Bt Nor Saiful Zainal [Saksi Plaintif Kedua] iii. A M Ganga a/p S A Murugiah [Saksi Plaintif Ketiga]
7
Pihak Defendan pula telah memanggil dua (2) orang saksi iaitu: i. Norsiah binti Ariffin [Saksi Defendan Pertama] ii. Nurul Atiqah Binti Mohd Noh [Saksi Defendan Kedua]
8
Di dalam tindakan ini, terdapat sebanyak lapan (8) isu-isu yang dikemukakan oleh pihak-pihak sepertimana di dalam Lampiran 15 (Isu-Isu Untuk Dibicarakan). Namun demikian, Mahkamah ini setelah meneliti isu-isu yang dikemukakan mendapati isu-isu tersebut boleh disimpulkan dan difokuskan kepada satu (1) isu utama sahaja iaitu: S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 i. Adakah Defendan pada 14 Mac 2013 telah memohon dan menandatangani borang permohonan bekalan elektrik kepada pihak Plaintif untuk penyambungan bekalan elektrik ke premis beralamat di Lot 1319-B, (Residence), Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur dan didaftarkan sebagai pengguna berdaftar bagi Akaun Pengguna No. 220009284300. C. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI
9
Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 memperuntukan: i) 101 Burden of proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. [10] Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 pula menyatakan: “102 On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [11] Mahkamah merujuk kepada otoriti di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu “DR. SHANMUGANATHAN v. PERIASAMY S/O SITHAMBARAM PILLAI [1997] 2 CLJ 153” yang menyatakan: “Under s. 101, it is provided that whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. Under s. the burden of proof lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.” [12] Di dalam kes “LETCHUMANAN CHETTIAR ALAGAPPAN (AS EXECUTOR TO SL ALAMELOO ACHI (DECEASED)) & ANOR v. SECURE PLANTATION SDN BHD [2017] 5 CLJ 418”, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: [52] The "burden of proof" in s. 101 is the burden to establish a case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue. The "burden of proof" in s. 102 is the burden to adduce evidence, to make out or rebut the claim. The "burden of proof" in s. 102 shifts from one side to the other according to the weight of the evidence. To differentiate the sense used, the "burden of proof" in s. 101 is "burden of proof", while the "burden of proof" in ss. 102 and 103 is dubbed "onus of proof". In some jurisdictions, the s. 101 "burden of proof" is labelled "legal S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ burden" while the s. 102 burden of proof" is referred to as "evidential burden". …………………….. [54] Section 101(1) provides that "Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist". "Section 101 states that the initial burden of proving a prima facie case in his favour is cast on the plaintiff..." (Woodroffe and Amir Ali Law of Evidence 19th edn, vol. 3 at p. 3194). Illustration (b) to s. 101 puts it beyond doubt that the "burden of proof" rests throughout on the plaintiff. Section 102 provides that "the burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side". "The initial onus of proving the case is always on the plaintiff" (Sarkar Law of Evidence 16th edn at 1593). Illustration (a) to s. 102 puts it beyond doubt that a plaintiff has the initial onus of proof. ……………… [57] The rule is that "the onus of proof of any particular fact lies on the party who alleges it, not on him who denies it; et incumbit probation qui decit, non qui negat, Actori incibit probation... The plaintiff is bound in the first instance, to show a prima facie case, and if he leaves it imperfect, the court will not assist him. Hence the maxim potior est condition defendantis. A plaintiff cannot obviously advantage himself by the weakness of the defence. A plaintiff's case must stand or fall upon the evidence adduced by him. When, however, the defendant, or either litigant party, instead of denying what is alleged against him, relies on S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ some new matter which, if true, is an answer to it, the burden of proof changes sides; and he, in his turn, is bound to show a prima facie case at least and, if he leaves it imperfect, the court will not assist him. Reus excipendo fit actor " (Woodroffe and Amir Ali, supra, vol. 3 at pp. 3190- 3191). [13] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, keterangan dokumentari serta hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, ringkasan dapatan-dapatan dan penemuan dibawah telah dibuat oleh Mahkamah ini. D) DAPATAN MAHKAMAH [14] Saksi Plaintif Pertama (SP1) iaitu Pengurus Kawasan Kuala Lumpur – Pusat di Bahagian Pembahagian bagi Tenaga Nasional Berhad adalah pegawai yang bertanggungjawab memastikan dan menyelia operasi di Cawangan Kuala Lumpur – Pusat berjalan lancar termasuk kerja-kerja oleh kaunter depan yang menerima permohonan bekalan elektrik oleh pengguna, memproseskan pendaftaran, melayani pertanyaan dan aduan pengguna. [15] SP1 semasa memberikan keterangan menyatakan bahawa permohonan Pemohon iaitu Defendan bagi bekalan elektrik ke premis tersebut adalah permohonan baharu iaitu tiada penyambungan bekalan elektrik yang pernah dibekalkan ke premis tersebut sebelum ini. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [16] Memandangkan permohonan tersebut adalah permohonan bekalan baharu, maka Defendan adalah dikehendaki melantik kontraktor elektrik yang berdaftar dan diperakukan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk melakukan kerja elektrik dan pendawaian di Premis tersebut bagi menyambung bekalan elektrik yang baru ke Premis tersebut. Mengikut rekod SP1, kontraktor elektrik yang dilantik oleh pemohon iaitu Defendan di dalam kes ini adalah HSK Engineering & Supplies. [17] SP1 seterusnya menyatakan bahawa permohonan tersebut perlu dibuat secara atas talian oleh Pemohon/Defendan atau melalui kontraktor elektrik yang dilantik oleh Pemohon/Defendan. Setelah borang permohonan atas talian tersebut lengkap diisi, borang tersebut perlu dijana dan ditandatangan oleh Pemohon/Defendan dan diserahkan secara serahan tangan bersama dokumen sokongan yang diperlukan ke kaunter Plaintif untuk diproses dan Tindakan selanjutnya oleh Plaintif. Borang Permohonan Defendan yang telah lengkap diisi dan ditandatangan telah diserahkan kepada Plaintif. Borang tersebut telah dijadikan Eksibit P1. [18] SP1 semasa pemeriksaan utama menyatakan: “Sebagaimana prosedur yang dinyatakan di atas, setelah menerima permohonan yang dikemukakan oleh kontraktor elektrik, kerani bertugas telah menyemak dan memastikan maklumat dalam borang permohonan dan dokumen-dokumen yang disertakan adalah lengkap dan teratur serta deposit yang mencukupi telah dibayar. Boleh dilihat bahawa ketika S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ permohonan dikemukakan, salinan Kad Pengenalan Defendan sebagai pemohon dan salinan Geran No. Hakmilik 57617 yang menunjukkan ketuanpunyaan Defendan terhadap Premis tersebut telah dibekalkan. Selepas itu, Defendan telah didaftarkan sebagai pengguna berdaftar bagi Premis tersebut.” [19] SP1 menyatakan bahawa butiran pemohon di dalam Borang Permohonan (Eksibit P1) tersebut adalah selaras dengan salinan kad pengenalan Defendan yang disertakan Bersama permohonan tersebut. Salinan Geran No. Hakmilik 57617 menunjukkan ketuanpunyaan tanah milik Defendan juga disertakan sebagai dokumen sokongan dan menunjukkan Alamat premis adalah di atas tanah milik sebahagiannya oleh Defendan. [20] SP1 semasa disoal balas pula menyatakan: So macam mana dokumen tersebut di print out, dikeluarkan, dan macam mana dokumen tersebut dapat ditandatangan dan dihantar secara online, boleh jelaskan kepada mahkamah? SP1 Permohonan tak perlu sign dalam masa online, bila submit ataupun menyerahkan borang tersebut, barulah pemohon akan tandatangan pada borang tersebut. Masa online adalah untuk memohon, bila dah dapat print, atau cetak, borang ni, barulah dihantar kepada TNB dengan tandatangan pemohon. Makna mengisi borang tu perlu key-in? S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ Betul kita masa tu ada application, ada kita punya melalui online, yang mana dipohon, tapi macam mana pun, borang mesti dihantar di kaunter juga. Untuk kita, pengesahan yang borang-borang yang kita terima adalah lengkap dan teratur. So saya cadangkan kepada Encik, yang Encik sendiri pun tak tahu siapa yang key in dan siapa yang menandatangani dokumen tersebut. Encik hanya tahu dokumen hanya diserahkan kepada Encik saja, selepas diserahkan di kaunter TNB, setuju? Setuju. Terdapat tandatangan yang ditandatangani oleh Defendan dalam dokumen di muka surat 4, saya cadangkan kepada Encik di mana tandatangan tersebut bukan milik Defendan, setuju dengan saya? Tidak setuju Saya cadangkan kepada Encik, tandatangan tersebut telah dipalsukan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab. Setuju dengan saya? Tidak setuju. [21] SP 1 semasa pemeriksaan semula oleh Peguam Plaintif menyatakan: Encik Raja, tadi peguam Defendan ada bertanya bahawa tandatangan Encik tidak diletakkan pada borang permohonan muka surat 4 tersebut, jadi borang permohonan itu tidak diluluskan. Encik tidak setuju dan ingin memberikan penerangan S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ lanjut, bolehkah terangkan kepada Mahkamah apakah penerangan yang ingin diberikan? Sebenarnya kalau kita tengok ruang dia tu untuk kegunaan pejabat. Hanya untuk TNB saja. Jadi, walau macam mana pun, permohonan tetap diproses sekiranya permohonan diserta dengan dokumen pengenalan yang lengkap, jadi ini adalah (inaudible) daripada pemohon, sebab tu macam mana pun, kita tetap proseskan permohonan bekalan. Jadi tidak perlu tandatangan, just hanya saya cop di sini atas penerimaan borang permohonan. [22] Justeru, SP1 menyatakan memandangkan semua dokumen permohonan adalah lengkap mengikut prosedur pendaftaran pihak Plaintif, maka permohonan tersebut telah diterima, diproses dan diluluskan. [23] Selanjutnya, Saksi Plaintif Kedua (SP2) iaitu staf Plaintif yang bertanggungjawab menerima permohonan bekalan elektrik oleh pengguna dan memproseskan pendaftaran serta menguruskan fail pengguna. SP2 menyatakan bahawa satu permohonan untuk bekalan elektrik yang baru bagi Premis tersebut telah dibuat atas nama Defendan iaitu Norsiah Binti Ariffin beserta nombor kad pengenalan Defendan iaitu No. K/P: 520201-09-5018. Permohonan tersebut dibuat secara atas talian di bawah eApplication ID: 0123- 100HV-2012 melalui Borang Permohonan Bekalan Elektrik Komersial / Domestik (Eksibit P1). S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [24] SP2 juga menyatakan bahawa alamat premis tersebut adalah di Lot 1319-B, Kediaman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 55000 Kuala Lumpur berjenis rumah kedai bagi kediaman (Residence: Shop House) dan dimiliki oleh Defendan. Sesalinan Geran bagi Premis tersebut yang menunjukkan bahawa Defendan memiliki ½ bahagian ketuanpunyaan bagi Premis tersebut telah dikemukakan bersama-sama Borang Permohonan tersebut. [25] SP2 seterusnya menyatakan pada baru-baru ini (sebelum kes dibicarakan), ada menghubungi Syarikat HSK Engineering & Supplies, iaitu kontraktor elektrik yang dilantik Defendan namun tiada jawapan. Selanjutnya SP2 ada menghubungi bekas pekerja Syarikat HSK Engineering & Supplies iaitu Encik Suhaimi yang memaklumkan bahawa Syarikat sudah tidak beroperasi dan penama Encik Mohd Shukor bin Karjan juga telah meninggal dunia. [26] Untuk rekod, peguam Plaintif juga telah memfailkan satu affidavit (Lampiran 34) yang mengeksibitkan salinan Permohonan Carian/Cabutan Daftar Alamat Terkini (eksibit H-2) daripada Jabatan Pendaftaran Negara yang menyatakan bahawa penama Encik Mohd Shukor bin Karjan (No. K/P: 591201- 10-6205) telah meninggal dunia. [27] Selanjutnya, SP2 semasa disoal balas oleh Peguam menyatakan: Macam mana Puan boleh sahkan yang mana Mohd Shukor ni berurusan dengan pemohon? S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ Pertama sekali, mengikut kes ni, pemohon buat application, permohonan melalui e-application. Online. Maksud saya, macam mana Puan boleh sahkan yang pemohon, yang Mohd Shukor ni berurusan dengan pemohon secara direct? Sebab dokumen yang dihantar adalah di bawah nama Encik Mohd Shukor sebagai electrician. So macam mana Puan boleh sahkan dia berurusan dengan Defendan directly atau berurusan dengan orang lain? Semasa e-application tersebut, pemohon akan memilih siapa kontraktor. So selepas kontraktor tu dipilih, kontraktor tersebut akan terima emel. Di mana pemohon telah memilih dia sebagai kontraktor. Okay, saya buat secara senang, saya cadangkan kepada Puan, Puan tak tahu pun samada pihak kontraktor Mohd Shukor ni berurusan direct dengan pemohon atau berurusan dengan pihak lain selain daripada pemohon untuk urusan pembekalan elektrik. Setuju tak dengan saya? Tak setuju. So ada dimaklum kepada Puan? Kerana pada masa tersebut saya tiada. Saya tiada, bukan saya yang memproses, tetapi mengikut kami punya proses dalaman, kalau dokumen semua lengkap, tiada keraguan, kami boleh proses. Tak maksud saya, Puan beritahu, ya, dia akan berurusan dengan pemohon, so saya cadangkan kepada Puan, Puan tak tahu S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ samada dia berurusan dengan pemohon atau berurusan dengan pihak ketiga, setuju tak dengan saya? The answer is yes or no? No. Maksudnya Puan tak tahu pun, setuju dengan saya? Maksudnya macam saya katakan, berdasarkan dokumen, kalau kita tak ada keraguan, kami akan proses. [28] Berdasarkan kepada keterangan SP1 dan SP2 ini, dapat disimpulkan juga bahawa sekiranya pihak Plaintif berkeyakinan bahawa segala dokumen adalah lengkap dan tiada keraguan, maka permohonan oleh Defendan tersebut boleh diterima, diproses dan diluluskan. [29] Ini adalah kerana permohonan yang dikemukakan oleh Defendan bersama dengan kontraktor elektrik yang dipilih dan dilantik oleh Defendan beserta dokumen sokongan yang lengkap termasuklah salinan kad pengenalan Defendan dan salinan geran menjadi asas kepada pertimbangan pihak Plaintif dalam meluluskan permohonan bekalan elektrik yang dipohon oleh Defendan. [30] Saksi Plaintif Ketiga (SP3) iaitu Team Member di Bahagian Operasi Kredit (Credit Operations) di Tenaga Nasional Berhad [“TNB”] Kuala Lumpur – Pusat pula mengesahkan bahawa terdapat tunggakan bayaran bagi akaun berdaftar di atas nama Defendan bagi premis tersebut. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [31] Pada hemat Mahkamah, bil elektrik terakhir yang dikeluarkan oleh pihak Plaintif bertarikh 20 Januari 2020 dan dialamatkan kepada Defendan di Premis tersebut jelas menunjukkan bahawa setakat 20 Januari 2020, jumlah tertunggak yang perlu dibayar bagi akaun tersebut adalah berjumlah RM60,734.65, iaitu bersamaan dengan jumlah tuntutan Plaintif terhadap Defendan di dalam tindakan ini. Keterangan SP3 ini walaupun dicabar oleh pihak Defendan adalah selamat dan boleh diterima oleh Mahkamah memandangkan butiran tuntutan disokong oleh keterangan dokumen (Bil Terakhir bertarikh 20 Januari 2020 di atas nama Defendan) tersebut. [32] Mahkamah juga setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi Plaintif juga mendapati pihak Defendan tidak pernah mempertikaikan ketulenan Salinan Kad Pengenalan Defendan tersebut yang disertakan bersama dengan borang permohonan Defendan tersebut. [33] Mahkamah ini berpandangan sekiranya pihak Defendan tiada pernah berhubung dan berurusan dengan kontraktor elektrik yang dilantik, iaitu Syarikat HSK Engineering & Supplies, maka menjadi persoalan bagaimana kontraktor tersebut mempunyai salinan kad pengenalan Defendan yang kemudiannya disertakan bersama di dalam borang permohonan Defendan. Pada hemat Mahkamah, mana mungkin kontraktor elektrik tersebut boleh memperolehi salinan kad pengenalan Defendan sekiranya Defendan dan kontraktor terbabit tidak pernah berurusan atau kontraktor tersebut tidak dilantik oleh Defendan. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [34] Justeru, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa berdasarkan kepada keterangan SP1 dan SP2 serta SP3 yang berpandukan kepada dokumen eksibit khususnya Ekshibit P1, pada hemat Mahkamah, Plaintif telah berjaya membuktikan satu kes “prima facie” di atas imbangan kebarangkalian yang menyokong versi Plaintif iaitu: i) Tandatangan pemohon yang diyakini sebagai tandatangan Defendan; ii) salinan kad pengenalan Defendan pemohon (yang tidak dinafikan atau dicabar oleh Defendan); dan iii) Geran menunjukkan Defendan sebagai pemilik sebahagian tanah; iv) Permohonan bekalan elektrik dipohon untuk disambung ke premis di atas tanah milik Defendan tersebut; dan v) Permohonan bekalan elektrik tersebut dibuat oleh kontraktor yang diiktiraf dan dilantik Defendan berserta dengan dokumen sokongan lain termasuk pelan dan lakaran eletrik premis. [35] Oleh itu, Mahkamah mengambil panduan daripada kes “Letchumanan Chettiar Alagappan (As Executor to Sl Alameloo Achi (Deceased)) & Anor v. Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 5 CLJ 418” yang menyatakan: “[55] But "when (the plaintiff) gives such evidence as will support a prima facie case, the onus shifts on to the defendant, to adduce rebutting evidence to meet the case made out by the plaintiff.” S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [36] Mahkamah ini kemudiannya pula meneliti versi pembelaan Defendan dan mendapati teras pembelaan Defendan adalah telah berlaku pemalsuan tandatangan (forgery) dan fraud di dalam Borang Permohonan tersebut dan Defendan tiada pengetahuan berkaitan permohonan tersebut yang telah dikemukakan kepada Plaintif. Defendan juga menyatakan bahawa Defendan tiada pengetahuan berkaitan pemilikan sebahagian tanah premis tersebut dan bagaimana salinan kad pengenalan Defendan diperolehi dan dibekalkan kepada Plaintif. [37] Telah menjadi satu undang-undang yang mantap bahawa dakwaan pemalsuan dan fraud bukanlah sekadar perlu diplidkan di dalam Pembelaan, bahkan hal pemalsuan dan fraud tersebut perlulah diplidkan secara spesifik bersama butiran yang dikatakan sebagai perlakuan pemalsuan dan fraud tersebut, bukan hanya sekadar menyatakan Defendan tiada pengetahuan berkaitan pemalsuan dan fraud tersebut. [38] Di dalam kes “TUNG KEAN HIN & ANOR (AS EXECUTOR FOR THE ESTATE OF TUNG LEONG GEOK, DECEASED) V. YUEN HENG PHONG (AS ADMINISTRATOR FOR THE ESTATE OF SEE NGAN SANG @ LEE NGAN SANG) [2019] 2 MLJ 334”, Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “[44] No other particulars of the alleged forgery and/or fraud were pleaded. Learned counsel submitted that allegation of forgery and/or fraud must be sufficiently particularised in the pleadings. Such allegation cannot be inferred from the facts of the case. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ ………… [48] It is trite law that particulars of fraud must not only be pleaded but must be specifically pleaded. Fraud must be specifically pleaded so that the other party will not be taken by surprise and will know precisely the accusation against him. Lord Denning MR in Associated Leisure Ltd (Phonographic Equipment Ltd) v. Associated Newspapers Ltd [1970] 2 QB 450 said that: it is the duty of the counsel not to put a plea of fraud on the record unless he has clear and sufficient evidence to support it.” [39] Rujukan kepada Pembelaan Defendan, didapati dakwaan pemalsuan tandatangan dan fraud tersebut ada diplidkan di dalam Pembelaan Defendan. Justeru, pada hemat Mahkamah selaras seksyen 102 Akta Keterangan 1950, bebanan kini digalas oleh Defendan untuk mengemukakan bukti dan keterangan bagi menyokong dakwaan pemalsuan dan fraud tersebut. [40] Saksi Defendan Pertama (SD1) iaitu Defendan sendiri telah menyatakan secara tegas bahawa Defendan tidak pernah membuat apa-apa permohonan bekalan elektrik kepada Plaintif untuk disambungkan ke premis yang beralamat di Lot 1319-B, (Residence), Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur. Defendan juga menyatakan tiada sebarang pengetahuan berkaitan Alamat premis tersebut. SD1 menyatakan bahawa maklumat peribadinya telah disalah guna dan serta menafikan apa-apa tandatangan yang dikatakan dibuat oleh Defendan dan menyatakan tandatangannya telah dipalsukan. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [41] SD1 selanjutnya menyatakan nombor telefon di dalam borang permohonan tersebut iaitu 017-2900095 bukanlah milik SD1 dan tidak mengenali penama Kamar bin Mohd Salleh (No. H/P: 012-3951384) tersebut. SD1 juga turut menyatakan bahawa hasil siasatan SD1 bersama ahli keluarganya mendapati Alamat premis tersebut digunakan oleh sebuah Restoran yang dikenali sebagai Turkish Cuisine Sdn. Bhd. [42] SD1 semasa disoal balas oleh Peguam Plaintif menyatakan: Jadi Puan juga tidak boleh tunjukkan pada Mahkamah bahawa Puan tidak membuat permohonan ini? Tak ada, saya tak tahu permohonan ini, tak tahu, betul. Ada apa-apa dokumen yang boleh menunjukkan bahawa Puan pernah menafikan permohonan ini? Tak ada, saya tak tahu menahu, betul. Tak ada dokumen kan? Ha, tak tahu. Jadi saya cadangkan kepada Puan bahawa Puan adalah pemilik kepada tanah ini? Hartanah tak ada, saya tak ada milik. Tapi nama dalam situ Puan telah sahkan bahawa nama Puan Alamat? Memang nama saya, tapi tak tahu, orang tipulah ni. Puan telah cakap ada orang tipu? Mungkinlah, saya tak tahu, sebab ini bukan saya punya. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ Adakah bukti dalam Mahkamah hari ini bahawa ada orang tipu? Yelah bermakna ni, saya rasa tipulah ni. Ada dokumen-dokumen? Saya tak tahu menahu. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa ada orang tipu? Ya, inilah, bukti inilah, saya yang tahu, selama ni saya tak tahu. Ada apa-apa bukti dalam Mahkamah pada hari ini yan menunjukkan bahawa Puan tidak memiliki geran tanah tersebut dengan Encik Kamar? Tak ada, saya tak tahu menahu. Jadi, tiada bukti di Mahkamah pada hari ini, bahawa Puan tidak mengenali Encik Kamar. Ha, tak kenal. Tiada bukti bahawa Puan tidak memiliki hartanah tersebut? Tak ada, saya tak ada apa-apa. Jadi, setuju dengan saya bahawa, walaupun Puan menafikan permohonan bekalan elektrik, Puan telah menafikan tandatangan, Puan telah menafikan pemilikan ke atas geran tanah tersebut, Puan telah menafikan pemilikan terhadap Premis tersebut, tetapi tiada apa-apa bukti yang boleh ditunjukkan kepada Mahkamah pada hari ini yang Puan menafikan dakwaan tersebut. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ Bukti? Ya, bukti. Saya tak ada bukti lah. Hari ini baru saya tahu [43] Berdasarkan keterangan SD1 ini, jelas menunjukkan bahawa penafian Defendan SD1 ini langsung tidak disokong oleh mana-mana bukti sokongan yang lain. Mahkamah juga merujuk kepada kes “MOHD ZAWAWI TAIB lwn. PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD [2020] 1 LNS 1453” dimana Mahkamah Tinggi menyatakan: “[22] Dakwaan frod dan pemalsuan tandatangan adalah satu perkara yang serius namun tiada keterangan-keterangan sokongan yang lain yang dikemukakan oleh Perayu seperti laporan polis atau laporan kimia untuk pengesahan tandatangan. Atas dasar ini dakwaan Perayu hanyalah pengataan kosong sahaja.” [44] Mahkamah mengambil maklum bahawa Defendan di dalam keterangannya semasa pemeriksaan utama menyatakan ada membuat dua (2) laporan Polis berkaitan pemalsuan tandatangannya iaitu No. Repot: Klang 023197/2022 bertarikh 9 Jun 2022 dan juga No. Repot: Klang 006698/2023 bertarikh 25 Februari 2023. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [45] Namun, perkara berkaitan Laporan Polis tersebut tidak pernah diplidkan di dalam Pembelaan Defendan sedangkan mengikut Defendan, laporan Polis No. Repot: Klang 023197/2022 tersebut telah dibuat pada tarikh 9 Jun 2022, iaitu 9 bulan sebelum Pembelaan Defendan difailkan iaitu pada 7 Mac 2023. Defendan juga telah gagal untuk mengeksibitkan kedua-dua laporan polis tersebut dan Mahkamah ini terikat dengan pliding yang difailkan pihak-pihak dimana perkara berkaitan laporan Polis tidak pernah dinyatakan dan diplidkan di dalam Pembelaan Defendan. [46] Selanjutnya, di dalam kes “LIM YEW JIN v. ADDERINA KAHARUDIN & ANOR [2024] CLJU 256”, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menyatakan: [75] It is insufficient for the Defendants make assertion of no knowledge to prove their case of forgery. The law is trite that he who asserts must prove. This is pursuant to Section 101 & 102 of the Evidence Act 1950. [76] I am also in total agreement with the Plaintiff that in light that the Defendants had heavily relied on their sole defence to allege the signatures of the Deceased on the Trust Deed, the PA and the Consent Letters, the burden is on the Defendants to prove the signatures of Deceased was obtained through forgery and not the other way round. This the Defendants have again failed to establish. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [47] Selanjutnya, Saksi Defendan Kedua (SD2) iaitu Pegawai Pemeriksa Dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia telah dipanggil oleh pihak Defendan untuk memberikan keterangan berkaitan isu tandatangan pada borang permohonan tersebut yang didakwa bukan milik Defendan dan merupakan tandatangan palsu. SD2 semasa pemeriksaan utama menyatakan: Okay Puan, boleh jelaskan kepada mahkamah keputusan kalau merujuk kepada bundle G tadi di laporan kimia, boleh jelaskan kepada mahkamah apa hasil keputusan dan juga kesimpulan daripada hasil Analisa berkenaan tandatangan tersebut? Tuan, setelah pemeriksaan, saya mendapati tandatangan yang dipertikaikan Q1A1 adalah berbeza struktur daripada contoh tandatangan SA dan contoh tandatangan pada S5 hingga S9. Oleh itu adalah tidak mungkin untuk menjalankan perbandingan ciri ciri tulisan tangan yang sesuai untuk menentukan penulis tandatangan yang dipertikaikan. Puan, boleh jelaskan kepada mahkamah, apa maksud Puan dengan “Beza Struktur” daripada tandatangan yang dipertikaikan dengan tandatangan yang diserah kepada Puan. Boleh jelas kepada mahkamah? Tandatangan yang dipertikaikan tidak mempunyai reka bentuk dan struktur yang sama dengan contoh tandatangan, oleh itu tiada perbandingan ciri ciri tulisan tangan yang dapat dilakukan antara tandatangan dipertikaikan dan contoh tandatangan tersebut. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [48] Walaubagaimana pun, semasa SD2 disoal balas oleh peguam Plainitf, SD2 menyatakan: Dokumen yang dihantar, diserahkan kepada mahkamah ini dikemukakan kepada mahkamah adalah hanya laporan kimia ini sahaja, benar? Ya Puan. Jadi dokumen – dokumen yang telah dirujuk semasa Puan membuat pemeriksaan semua dokumen yang dirujuk laporan kimia ini tidak dilampirkan bersama sama dengan laporan kimia. Tidak dikemukakan di mahkamah hari ini. Ya Tuan. Baik Puan, dokumen Y, Roman 1, For document mark as S1 to S4, each bearing a spesimen signature of Norsiah Bt Arifin mark as E as follows, S1 and S2 two sheets of paper containing an image of a Malaysian Passport dated, 14 April 2010 and 30th January 2020 respectively, S3, A Gotz Travel and Tours Sdn Bhd Director’s Resolution printed dated 7th June 2013, S4 A Gotz Travel & Tours Sdn Bhd, Director’s Report printed dated 10th April 2014, dokumen – dokumen ini semua tidak dilampirkan dikemukakan di mahkamah? Ya Tuan. Saya merujuk Puan kepada dokumen Roman 1, the four document marked S1 to S4, each bearing a spesimen signature S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ of Norsiah Bt Ariffin marked as R, dokumen S1 sehingga S4 adalah dokumen bercetak bukan dokumen asal? Ya Tuan. Jadi, adakah Puan telah melihat kepada dokumen asal dengan tandatangan asal? Tidak. Jadi saya, cadangkan kepada Puan bahawa, kesahihan dan kebenaran dokumen tersebut Puan pun tidak boleh mengesahkan? Kerana dokumen asal memang tidak dibekalkan. Ya Tuan. Okay tak apa. Saya cadangkan kepada Puan bahawa, tiada sebarang keputusan bahawa tandatangan yang dipertikaikan tersebut adalah palsu? Setuju. [49] Setelah meneliti keterangan SD2, mahkamah mendapati SD2 telah gagal untuk membuat satu dapatan konklusif bahawa tandatangan tersebut adalah bukan milik Defendan. SD2 hanya menyatakan tandatangan pada borang tersebut adalah berbeza dari sudut struktur dengan specimen-spesimen yang dikemukan oleh Defendan untuk perbandingan. SD2 juga menyatakan pemeriksaan beliau adalah terbatas kerana berpandukan salinan fotokopi sahaja dan memerlukan salinan asli dokumen tersebut untuk pemeriksaan lanjut. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [50] Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman di dalam kes “LIM YEW JIN v. ADDERINA KAHARUDIN (supra) di atas yang menyatakan: [35] In the Chemist Report by DW4, comparisons were made to the specimen of the Deceased’s signature with the documents submitted by the Deceased’s family. The Plaintiff highlighted to this Court that what was stated by DW4 in her Chemist Reports carries no weight and does not assist the Defendants’ case in proving their defence of forgery, on which I have no qualm. The reason being: not only the Defendants had admitted in their submission that the Chemist Reports was inconclusive, DW4 has herself testified during cross-examination that she could not form an opinion to ascertain authorship of the signature on the PA due to insufficient and/or absence of contemporaneous specimen signatures provided to her. [36] Thus, I find that the failure of the Defendants to send sufficient contemporaneous specimen signatures to the expert witness for analysis was fatal to the Defendants’ case. The expert witness DW4 could not form an opinion on the authorship of the PA (See McLaren Saksama (M) Sdn Bhd v. Hong Leong Bank Bhd [2014] 7 MLJ 104). It is crucial to note here that since the Defendants are now challenging these legally executed and registered documents which were signed before PW2, PW4 and PW6, the burden is on the Defendants to disprove this (Section 101 of the Evidence Act 1950). They have opted to do so by the chemist’s testimony. Yet, they have never provided sufficient S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ documents/ specimens to enable the expert forming a conclusive finding. Their allegation is thus baseless. [38] The inconclusive finding by the chemist is due to the failure of the Defendants to forward other contemporaneous specimens of the Deceased’s signature for her to make proper comparison and finding. The Defendants have thus failed to establish their defence. I also agree with the Plaintiff that adverse inference must be drawn against the Defendants here. He who alleges that a particular signature is not genuine or authentic must bear all burden to prove his allegation. When the accuser alleges a particular signature as forged and requests for the same to be analysed by the expert, he must provide sufficient specimens for the expert to perform his/her analysis and to come out with conclusive finding. When the accuser fails to do so, they cannot utilise the inconclusive finding by the expert to their aid. Rather adverse inference should be deduced in view of the failure to tender any justification for such insufficient specimens which could have been easily obtained. [51] Selanjutnya, tiada salinan specimen yang dihantar oleh Defendan ke Jabatan Kimia dikemukakan ke Mahkamah ini untuk diteliti dan dibuat dapatan oleh Mahkamah. Hal ini jelas tidak dapat membantu Mahkamah bagi memahami dan meneliti keterangan SD2 berkaitan specimen tandatangan tersebut S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ [52] Hal ini kerana Mahkamah tidak pernah diberi peluang untuk melihat dan meneliti serta membuat dapatan berkaitan specimen tandatangan Defendan yang diserahkan kepada pihak SD2 tersebut. Keadaan ini juga memprejudiskan pihak Plaintif yang dihadkan keupayaan dan peluang Plaintif untuk mencabar dokumen specimen tersebut. [53] Selanjutnya, Defendan selaku tuan punya tanah premis tersebut juga gagal memberikan penjelasan munasabah bagaimana sebuah bangunan dan premis perniagaan boleh beroperasi di atas tanah miliknya tanpa pengetahuan atau penglibatan Defendan. Defendan juga menafikan beliau tinggal di alamat premis tersebut dan juga Defendan tiada mempunyai pengetahuan berkaitan pemilikan tanah tersebut yang didaftarkan di atas namanya. [54] Pada hemat Mahkamah, keterangan ini sangat sukar diterima oleh pihak Mahkamah. Ini kerana bersandarkan kepada salinan geran No. Hakmilik 57617 yang dikemukakan bersama Borang Permohonan Defendan tersebut jelas menunjukkan bahawa Defendan mempunyai ½ bahagian di atas tanah tersebut. Penafian ini hanyalah penafian kosong yang dibuat oleh Defendan tanpa disokong oleh mana-mana keterangan di dalam tindakan ini. [55] Oleh itu, Mahkamah ini membuat kesimpulan bahawa dakwaan pemalsuan tandatangan dan fraud yang dibangkitkan oleh Defendan adalah sesuatu dakwaan yang tidak berasas dan hanyalah bersifat penafian kosong semata-mata yang tidak disokong dengan keterangan sokongan yang lain. S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ KESIMPULAN [56] Mahkamah ini setelah meneliti keseluruhan pliding, keterangan saksi-saksi dan bukti-bukti yang dikemukakan di hadapan mahkamah ini termasuk hujahan-hujahan bertulis oleh kedua-dua peguamcara yang bijaksana, maka Mahkamah ini di atas bebanan imbangan kebarangkalian, memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya untuk membuktikan tuntutan terhadap Defendan. [57] Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif adalah dibenarkan dengan perintah terhadap kos sebanyak RM 5000.00 yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Bertarikh 2 April 2024 MUHAMMAD NAJIB BIN ISMAIL Majistret Mahkamah Majistret Sivil (9) Kuala Lumpur Peguam Plaintif : Ho Xin Ying [Tetuan Rao & Kamal] Peguam Defendan : Mohd Yusoff Bin Ag Lah [Tetuan Riza, Yusoff & Partners] S/N S3oBkypKhk6g9h2YzN6pQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.