Tertakluk kepada peruntukan Kaedah-Kaedah ini dan Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan keterangan, apa-apa fakta yang dikehendaki dibuktikan dalam perbicaraan mana-mana tindakan yang dibuktikan dengan pemeriksaan saksi di Mahkamah terbuka.” [110] Berdasarkan pindaan yang telah dibenarkan dan bersandarkan kepada kes-kes yang telah dirujuk, maka permohonan Plaintif di 27 dalam Kandungan 27 ini adalah satu permohonan yang wajar dibenarkan oleh Mahkamah ini. [111] Mahkamah ini juga perlu menyatakan bahawa setelah Mahkamah ini membenarkan Plaintif untuk meminda penyata tuntutanya, Mahkamah juga telah menolak permohonan Defendan untuk meminda penyataan pembelaan Defendan. Mahkamah memutuskan sedemikian kerana pindaan yang dibuat adalah hanya terhadap jumlah kerugian yang dituntut oleh Plaintif atas kesilapan pengiraan format EXCEL. Di dalam hal ini berdasarkan alasan-alasan yang telah Mahkamah nyatakan di dalam membenarkan permohonan Plaintif untuk meminda penyata tuntutannya, Mahkamah tidak nampak keperluan di pihak Defendan untuk meminda penyata pembelaannya. KANDUNGAN 61 [9] Mahkamah ini telah tidak menulis alasan penghakimannya terhadap Kandungan 61 dan Kandungan 63 kerana perbicaraan ini telah diteruskan sehingga selesai dan Mahkamah ini telah membuat keputusannnya berhubung kebertanggungan Defendan ke atas penggunaan letrik yang telah digunakan Defendan yang tidak dibilkan disebabkan pengusikan meter letrik di kedua-dua premis Defendan. 28 [10] Memandangkan perbicaraan kes telahpun selesai dan keputusan kes telahpun diberikan, maka bagi kes ini tidak ada apa-apa lagi yang tinggal untuk digantung atau ditangguhkan. Oleh yang demikian, isu penggantungan prosiding dan juga Pindaan Penyata Pembelaan telah menjadi akademik dan tidak akan memberikan apa apa kesan/manfaat ataupun will not serve any purpose. [11] Namun, peguam Defendan telah menulis kepada Mahkamah ini meminta supaya alasan-alasan penghakiman bagi Kandungan 61 dan Kandungan 63 kerana dikatakan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan telah memberi arahan bahawa alasan penghakiman bagi kedua-dua permohonan ini perlu ada sebelum rayuan-rayuan perbicaraan penuh, Kandungan 25 dan Kandungan 27 dapat ditetapkan untuk perbicaraan. Justeru itu alasan-alasan penghakiman bagi Kandungan 61 dan Kandungan 63 disediakan oleh Mahkamah ini. KANDUNGAN 61 [12] Di Kandungan 61 nya, Defendan telah memohon supaya Mahkamah ini menggantung atau menangguhkan prosiding perbicaraan penuh 29 ini sementara menunggu penyelesaian rayuan-rayuan bagi Kandungan 25 dan Kandungan 27 di Mahkamah Rayuan. [13] Menurut afidavit yang diikrarkan oleh Oo Kwang Tung, pengarah Defendan pada 8.12.2016 bagi menyokong Kandungan 61, permohonan Defendan untuk penangguhan penggantungan prosiding ini adalah bersandarkan kepada alasan-alasan berikut: i. pada 6-12-2016, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan-permohonan plaintif melalui Kandungan 25 (meminda pernyataan tuntutan) dan Kandungan 27 [membuka semua kes dan memanggil semula saksi plaintif (SP-4) (“keputusan tersebut”). ii. Defendan tidak puas hati dengan keputusan tersebut dan mengarahkan peguamcara defendan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Rayuan telah difailkan pada 7-12-2016. iii. alasan rayuan adalah bahawa Plaintif telah mengambil sikap sambil lewa dan tidak serius di mana telah menunggu selama melebihi 2 bulan setelah kes ditutup pada 17-8-2016 dan sehingga 2 hari sebelum keputusan kes dijadualkan pada 26-10-2016 barulah 30 memfailkan permohonan meminda Pernyataan Tuntutan dan memanggil semula saksi pada 24-10-2016. iv. tidak ada penjelasan kelewatan yang ketara (‘inordinate delay’) dan kenyataan-kenyataan dalam Afidavit plaintif hanyalah mengelakkan daripada memberikan apa-apa penjelasan. Kegagalan menjelaskan telah melanggar prinsip dan undang-undang yang sedia ada, khususnya prinsip undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Hong Leong Finance Bhd v Low Thiam Foe & Anor Appeal [2015] 8 CLJ 1. v. segala prosiding seterusnya akan menjadi sia-sia sekiranya rayuan terhadap keputusan bertarikh 6-12-2016 dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan. Defendan mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam rayuan, khususnya kegagalan plaintif mematuhi prinsip-prinsip undang-undang yang sedia ada dalam permohonannya. vi. penggantungan prosiding ini juga harus dibenarkan untuk memfailkan cadangan Pembelaan apabila pindaan Penyataan Tuntutan dibenarkan dan kegagalan telah amat memprejudiskan defendan. Tidak ada prejudis langsung terhadap plaintif sekiranya pindaan Pembelaan dibenarkan, khususnya segala kesulitan adalah berpunca daripada sikap plaintif yang sambil lewa dan tidak serius. 31 D. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERHUBUNG PERMOHONAN UNTUK PENGGANTUNGAN PROSIDING. [14] Budibicara mahkamah samada untuk membenarkan atau menolak sesuatu permohonan untuk penggantungan prosiding telah diperuntukan dalam pelbagai otoriti. Pertimbangan utama yang perlu dipertimbangkan dan ditekankan oleh mahkamah di dalam perlaksanaan kuasa budibicaranya samada membenarkan atau tidak sesuatu permohonan untuk penangguhan prosiding adalah samada wujud keadaan-keadaan khas. Adalah juga menjadi undang-undang bahawa prinsip yang terpakai di dalam sesuatu permohonan permohonan penggantungan perlaksanaan adalah terpakai sama bagi permohonan untuk penggantungan prosiding. (Sila lihat kes Re Hj Abdul Malik Khan; Ex P Bank Bumiputra Bhd [2006] 8 CLJ 534). [15] Di dalam kes Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86, Raja Azlan Shah, H (Tuanku pada waktu itu) yang telah mendefinisikan keadaan-keadaan khas seperti berikut: 32 “Special circumstances, as the phrase implies, must be circumstances as distinguished from ordinary circumstances. It must be something exceptional in character, something that exceeds or excels in some way that which is usual or common”. [16] Walau bagaimanapun, apa yang membentuk dan merangkumi keadaan-keadaan khas adalah berbeza antara satu kes dengan satu kes yang lain kerana ianya bergantung kepada fakta-fakta kes. Beban bagi membuktikan wujudnya keadaan-keadaan khas untuk menjustifikasikan penggantungan adalah terletak di bahu Pemohon. (Sila lihat Kosma Palma Oil Mills Sdn Bhd & Ors Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 1 MLJ 257.) [17] Hakim Mahkamah Rayuan, Zawawi Bin Salleh dalam kes Jagdish Singh a/l Banta Singh v Outlet Rank (M) Sdn Bhd [2013] 3 CLJ 47 di dalam menekankan perlaksanaan kuasa budibicara mahkamah tanpa batasan di dalam membenarkan penangguhan atau penggantungan prosiding telah menggariskan beberapa pertimbangan-pertimbangan yang telah diambil kira oleh mahkamah yang membentuk keadaan-keadaan khas sebagai panduan. Memetik Mahkamah Rayuan dalam muka surat 221 adalah seperti berikut: 33 “...Now, what factors or principles will, and should, guide the courts in applications for a stay of an order granted by a court. These factors or principles have been reiterated in very many of cases decided by our courts. The factors or principles so enumerated are in exhaustive, and not all of them are application to every case. Each has its own peculiar principle. Some of the principles to be considered in the motions may be stated as follows; a) the courts have an unimpeded discretion to grant or refuse stay. In this, like in all other instances of discretion, the court is bound to exercise that discretion both judicially as well as judiciously and not erratically (see Serangoon Garden Estate Ltd v Ang Keng [1953] 1 MLJ 116; Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86; b) an unsuccessful party applying for a stay must show “special circumstances”. What will constitute “special circumstances” will no doubt vary from case to case. The fact that an appeal would be rendered nugatory if stay was refused is the most common one (see Kosma Palma Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Markmur Bhd [2004] 1 MLJ 257; [2003] 4 CLJ 1 and Re Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd; Ling Beng Sung v Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd &Ors (No.2) [1976] 1 MLJ 131). The application is not granted as matter of routine and it is not an automatic or mechanical relief slavishly followed after filing an appeal. In every matter or suit before a court of law, whether in its original or appellate stage of proceedings, the court will consider the competing rights of both parties including the applicant and respondent to justice; 34 c) there is a need to preserve the res or preservation of the subject matter of litigation. The courts have an obligation to protect the res for the purpose of ensuring that the appeal, if successful, will not be rendered nugatory (see Erinford Properties Ltd v Cheshire County Counsil [1974] 2 WLR 749). But where it is shown by affidavit evidence, say by the respondent that the res will not be destroyed or there is in fact no res, an application may not be granted. d) where an application is an abuse of the court process, then the stay of proceedings will not be granted. A typical example of abuse of court process is where a suit is duplicated or where a party employs improper and perverse procedure to obtain an advantage undeservedly; e) it is important to stress that initiation of a suit in a court of law demands the suit will be heard expeditiously and completed without any inhibition midway. Therefore where an application for stay of proceedings is intended to merely stop or suspend the proceedings, it will be refused. Some applications, on seeing the weakness of their client’s case, would resort to application for stay and thereby waste the time of the other party and the court. The party simply cannot resort to the interlocutory of stay proceedings on having the slightest disagreement with any ruling of a trial judge. Courts are enjoined not a encourage such unwholesome practice; and f) an application for stay of proceedings must come with clean hands because what he is asking is an equitable relief. Equity will not assist the 35 unclean. That is why the court has to look into the antecedents of the parties”. [18] Di dalam kes ini, Defendan telah memohon Mahkamah ini untuk menangguh atau menggantung prosiding Plaintif atas alasan bahawa rayuan-rayuannnya terhadap Kandungan 25 dan Kandungan 27 masih belum dilupuskan dan menghujahkan bahawa sekiranya penggantungan prosiding tidak diberikan oleh Mahkmah ini segala prosiding seterusnya akan menjadi sia-sia sekiranya rayuan terhadap keputusan bertarikh 6-12-2016 dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan. [19] Peguam Defendan juga telah menghujahkan bahawa Defendan mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam rayuan, khususnya kegagalan plaintif mematuhi prinsip-prinsip undang-undang yang sedia ada dalam permohonannya. [20] Defendan di dalam menentang permohonan-permohonan Plaintif di Kandungan 25 dan Kandungan 27 telah juga membangkitkan alasan bahawa Plaintif telah mengambil sikap sambil lewa dan tidak serius di mana telah menunggu selama melebihi 2 bulan setelah kes ditutup pada 17-8-2016 dan sehingga 2 hari sebelum keputusan kes 36 dijadualkan pada 26-10-2016 barulah memfailkan permohonan meminda Pernyataan Tuntutan dan memanggil semula saksi pada 24-10-2016. [21] Peguam Defendan juga telah menghujahkan bahawa Plaintif telah gagal memberi penjelasan atas kelewatan yang ketara (‘inordinate delay’) dan kenyataan-kenyataan dalam Afidavit plaintif hanyalah mengelakkan daripada memberikan apa-apa penjelasan. Adalah dihujahkan selanjutnya oleh peguam Defendan bahawa kegagalan Plaintif menjelaskan kelewatan tersebut telah melanggar prinsip dan undang-undang yang sedia ada, khususnya prinsip undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Hong Leong Finance Bhd v Low Thiam Foe & Anor Appeal [2015] 8 CLJ 1. [22] Di dalam kes ini, Mahkamah ini telahpun memutuskan bahawa Plaintif wajar diberi kebenaran untuk meminda Penyata Tuntutannya serta diberi kebenaran untuk membuka semula kes bagi memanggil semula SP4 (Ramli bin Baba) yang merupakan seorang jurutera yang 37 membuat pengiraan-pengiraan perlarasan bil Defendan untuk kedua-dua akaun. [23] Mahkamah ini telah katakan bahawa pemanggilan SP4 ini timbul oleh kerana peguam Defendan semasa menyoal balas SP4 telah menjadikan jumlah kerugian yang dituntut oleh Plaintif di dalam penyata tuntutan asalnya berbeza dengan jumlah yang tertera pada dokumen di muka surat 48 dan muka surat 49, B1. [24] Perbezaan jumlah ini, sebelum ini tidak pernah ditimbulkan oleh Defendan, walhal writ dan penyata tuntutan telahpun diserahkan kepadanya sejak tahun 2014 lagi dan dokumen muka surat 48 dan 49 yang telah dijilidkan sebagai Dokumen Bersama Bahagian B yang telah difailkan di Mahkamah ini sejak 7.8.2016 lagi. Defendan telah hanya menimbulkan perbezaan jumlah tersebut pada 16.12.2016 iaitu semasa perbicaraan kes sedang berjalan dan kes telahpun sampai ke peringkat SP4 disoal balas oleh peguam Defendan. [25] Mahkamah ini telahpun membuat keputusan di perenggan [93] alasan penghakiman bagi Kandungan 25 bahawa isu kelewatan 38 selama dua bulan yang ditimbulkan oleh Defendan adalah sesuatu yang tidak bermerit. [26] Oleh itu isu kelewatan dan kegagalan penjelasan kelewatan telahpun dipertimbangkan dan diputuskan oleh Mahkamah ini dan ianya bukanlah satu keadaan khas yang membolehkan Mahkamah ini memberikan satu perintah penggantungan prosiding. [27] Mahkamah ini telahpun menjelaskan secara terperinci pindaan yang yang hendak dibuat oleh Plaintif. Untuk lebih jelas, perenggan [95] sehingga [98] alasan penghakiman Kandungan 25 diulang sekali di bawah ini: [95] Di dalam kes ini lagi, apa yang jelas peguam Defendan telah merujuk kepada SP4 bahawa terdapat perbezaan jumlah di dalam penyata tuntutan asal dan dokumen 48 dan 49. Mahkamah ini menegaskan bahawa apa yang tersilap di sini yang menjadikan perbezaan yang dipersoalkan oleh peguam Defendan adalah di antara jumlah besar di dalam penyata tuntutan asal berbanding jumlah keseluruhan total butiran-butiran yang dicampurkan di muka surat 48 dan 49 Jilid B1 adalah jumlah yang ditotalkan bagi penggunaan bil serahan yang 39 telah dikeluarkan yang telahpun dibayar oleh Defendan berdasarkan bil-bil yang telah dikeluarkan. [96] Pengiraan pelarasan adalah bermula dari bil-bil serahan yang dikeluarkan oleh Plaintif bermula pada 18.5.2007 – bagi akaun premis pertama dan 12.2.2007 bagi akaun premis kedua. [97] Kesilapan pengiraan total bil-bil yang telah dibayar oleh Defendan tertera di dalam dokumen di muka surat 48 dan 49 Jilid B1 Plaintif dan bukannya kesilapan asas pengiraan bil ke belakang oleh Plaintif. Kesilapan pengiraan butiran-butiran di dokumen 48 dan 49 tidak langsung mencacatkan pengiraan pelarasan bil ke belakang Defendan bagi kedua-dua premis tersebut kerana di jawapan 1, soalan 9 SP4 telah menyatakan dengan jelas bahawa pengiraan pelarasan adalah bermula daripada bil bertarikh 18.5.2007 yang mana ini adalah konsisten dengan tarikh pengiraan menunjukkan apabila meter ditukar pada 3.5.2007. Begitu jua dengan premis kedua defendan pengiraan pelarasan telah dibuat bermula dari bil bertarikh 12.2.2007 dan pengiraan tenaga letrik yan tidak dibilkan bermula dari meter ditukar pada 7.2.2007. [98] Kesilapan pengiraan total (total calculation) jumlah ini hanya timbul kepada dokumen muka surat 48 dan 49 yang di dalam catitan format 40 EXCEL yang telah mengira bahawa bil-bil yang telah dibayar telah dikira daripada bil 11.6.2008 dan 15.6.2008. Jumlah total ini tidak langsung menggugat pelarasan pengiraan bil ke belakang pun. Apa yang sebenarnya berlaku adalah di mana pengiraan bayaran bil serahan yang telah dibayar oleh Defendan atas bil yang telah dikeluarkan dengan penggunaan format excel, apabila tarikh yang salah ditekan click dan dihighlight pengiraan secara automatik dibuat. Akan tetapi kesilapan pengiraan atas format EXCEL ini tidak menukar keterangan SP4 di penyata saksinya bahawa pemulaan pelarasan bil ke belakang dari bermula dari 18.5.2007 dan 1.2.2007 dan bukannya Jun 2008. [28] Mahkamah ini telah menyatakan dan ingin menegaskan sekali lagi bahawa Mahkamah ini telah membenarkan Plaintif membuat pindaan atas jumlah total kerana ia bukanlah kesilapan dari segi jumlahnya tetapi adalah jumlah total yang tidak dikira atas bil-bil yang dikeluarkan kepada Defendan dan telahpun dibuat bayaran oleh Defendan. Kesilapan jumlah ini bukanlah satu kesilapan pengiraan bil ke belakang tetapi kesilapan penjumlahan bil yang telah dibayar oleh Defendan yang telah silap tidak dicampur dalam format excel sahaja. 41 [29] Mahkamah juga telah membuat dapatan bahawa permohonan pindaan adalah dibuat secara suci hati (bona fide), tidak ada prasangka yang ditimbulkan terhadap Defendan, kalaupun sekiranya ada ianya dengan mudah boleh dipampas dengan kos dan pindaan yang dipohon tidak langsung menukar ciri/ karakter guaman ini kerana tuntutan Plaintif untuk kerugian hasil atas penggunaan elektrik yang tidak drekodkan masih kekal dan tidak berubah. [30] Mahkamah ini telah juga membuat dapatan bahawa cadangan pindaan bagi meminda jumlah yang dituntut adalah untuk jumlah yang jauh lebih kurang daripada yang dituntut pada awalnya di Penyata Tuntutan Asal kerana bayaran atas bil serahan yang telah dibuat oleh Defendan telah dikira daripada 7.2.2007 (bagi Dokumen 48) dan 3.5.2007 (bagi Dokumen 49) dan bukannya 11.6.2008 dan 15.6.2008 dimana jumlah-jumlah bulanan itu perlu ditolak dari jumlah yang tertunggak yang belum lagi dibayar bagi menjadikan jumlah yang sebenar perlu dibayar oleh Defendan. Cadangan pindaan ini perlu untuk berlaku adil antara pihak-pihak. 42 [31] Malahan pada alasan penghakiman Kandungan 25, Mahkamah ini telah berpandangan bahawa sebenarnya Defendan telah mengambil kesempatan di dalam kes ini apabila mendapati dokumen di 48 dan 49 telah tersilap dalam total calculation. Walhal semenjak dari awal kes lagi Defendan langsung tidak mempertikaikan jumlah yang tertera di dokumen 48 dan 49 yang telah dijilidkan di dalam Ikatan Dokumen Plaintif yang telah difailkan sejak 14.4.2016 lagi dan telah diserahkan kepada Defendan yang tidak mempertikaikan jumlah-jumlah yang tertera di dalam penyata tuntutan asal Plaintif. [32] Justeru, berdasarkan alasan-alasan di atas, hujahan peguam Defendan yang rayuan-rayuannya akan menjadi sia-sia sekiranya perintah penggantungan tidak diberi adalah satu hujahan yang tidak berasas dan tidak mempunyai merit. Di samping itu, alasan-alasan yang dikemukakan Defendan untuk satu perintah penggantungan bukanlah satu alasan-alasan khas ataupun istimewa yang membolehkan Mahkamah ini menjalankan kuasa budi bicaranya untuk membenarkan suatu penggantungan prosiding. 43 [33] Oleh yang demikian, atas alasan-alasan di atas permohonan Defendan di dalam Kandungan 61 ditolak dengan kos KANDUNGAN 63 [34] Kandungan 63 adalah permohonan Defendan untuk diberikan kebenaran bagi meminda penyata pembelaannya berikutan perintah Mahkamah yang membenarkan Kandungan 25 (permohonan untuk meminda penyata tuntutan Plaintif). [35] Defendan telah menimbulkan alasan-alasan berikut bagi menyokong permohonan Kandungan 63 nya: a. pada 6-12-2016, Mahkamah yang mulia telah membenarkan permohonan-permohonan plaintif melalui Kandungan 25 (meminda pernyataan tuntutan) dan Kandungan 27 [membuka semua kes dan memanggil semula saksi plaintif (SP-4) (“keputusan tersebut”). b. setelah pindaan Penyataan Tuntutan dibenarkan, Mahkamah yang Mulia ini seharusnya membenarkan Pembelaan Terpinda difailkan 44 tetapi Mahkamah yang Mulia ini tidak melayan permintaan secara lisan oleh pihak Defendan dan terus menetapkan tarikh panggilan semula saksi plaintif pada 15-12-2016. c. Defendan seharusnya diberi kebenaran untuk memfailkan Pembelaan Terpinda apabila pindaan Penyataan Tuntutan dibenarkan dan kegagalan telah amat memprejudiskan defendan. d. menurut prinsip undang-undang yang sedia ada, defendan seharusnya diberi kebenaran untuk memfailkan Pembelaan Terpinda setelah pindaan Pernyataan Tuntutan dibenarkan. Lebih-lebih lagi kelewatan prosiding ini adalah disebabkan oleh plaintif sendiri dan bukannya Defendan. Tidak ada prejudis langsung terhadap plaintif atau mana-mana pihak sekiranya Mahkamah yang Mulia ini membenarkan Pembelaan Terpinda difailkan sebelum panggilan semula saksi. [36] Mahkamah ini mengguna pakai alasan-alasan Mahkamah ini di dalam membenarkan permohonan Plaintif di Kandungan 25 di perenggan [101] sehingga [105]. 45 [37] Mahkamah ini juga mengulangi dapatan Mahkamah ini di perenggan [111] bagi Kandungan 25 dan Kandungan 27, di mana Mahkamah ini menegaskan sekali lagi bahawa setelah Mahkamah ini membenarkan Plaintif untuk meminda penyata tuntutannya, Mahkamah juga telah menolak permohonan Defendan untuk meminda penyataan pembelaan Defendan. Mahkamah memutuskan sedemikian kerana pindaan yang dibuat adalah hanya terhadap jumlah kerugian yang dituntut oleh Plaintif atas kesilapan pengiraan format EXCEL. Di dalam hal ini berdasarkan alasan-alasan yang telah Mahkamah nyatakan di dalam membenarkan permohonan Plaintif untuk meminda penyata tuntutannya, Mahkamah tidak nampak keperluan di pihak Defendan untuk meminda penyata pembelaannya. [38] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa permohonan Defendan di dalam Kandungan 63 juga tidak mempunyai merit dan oleh itu Mahkamah ini menolak Kandungan 63 dengan kos. Bagi kedua-dua Kandungan 61 dan Kandungan 63, Defendan hendaklah membayar Plaintif kos sebanyak RM2000.00. 46 t.t. ..................................................... (DATUK AZIMAH BINTI OMAR) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam (Saman Pemula) Selangor Darul Ehsan Bertarikh 23hb Disember 2016 Peguam Plaintif - Tetuan Shook Lin & Bok Encik David Dinesh Mathew Encik Hadi Mukhlis Bin Khairulmaini Peguam Defendan - Tetuan Bahari, Choy & Nongchik