Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.: BA-A52NCvC-223-07/2023 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD [NO. SYARIKAT: 199001009294] … PLAINTIF DAN TAM HO KIT [NO. K/P: 820322-14-5581] … DEFENDAN
BA-A52NCvC-223-07/2023
Sessions Court of Malaysia5 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“established that handwriting and signature analysis is not confined to expert opinion – circumstantial evidence and judicial comparison are also valid methods of proof under section 45 and 73 of the Evidence Act”
“but **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 the bona fides of the deed; Brajeshware Peshakar v Budhanuddi And Anr (1881) ILR 6 Cal 268’ (Indian Evidence Act 10th Ed by Sir Henry Stewart Cunningham). ‘We believe the onus is on the party who produces (the docum”
“men kad pengenalannya sendiri pun telah sanggup dikemukakan melalui e-mel kepada pegawai TNB bagi tujuan permohonan (mengikut versi TNB). [47] Plaintif telah bersandarkan kes Ago Siam v. Manggi Dato [2002] CLJU 46 yang telah memutuskan seperti berikut untuk menyokong pendirian mereka: “The aforesaid observation clearly”
“he plaintiffs who sought a declaration that the documents were forged rather than Lawrence who was seeking a declaration that they were genuine’ (Ming Shiu Chung And Others v Ming Shiu Sum And Others [2005] HKCU 809 Tang JA (giving reasons for the decision of the court); see also Jugul Kishore Bhuttachaji v Mohima Chun”
“hmat & Anor v Ng Kim Chooi & Ors [2023] MLJU 2704. Menurut peguamcara Defendan, kontrak yang tidak sah tidak menimbulkan hak atau kewajipan (Hubah Sdn Bhd v Koperasi Pusaka (Penampang) Berhad and Ors [2011] MLJU 230 dirujuk). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING por”
“nggunapakai seksyen 114(g) Akta keterangan terhadap pihak Plaintif dalam keadaan kes ini. D. BEBAN PEMBUKTIAN [81] Mahkamah ini merujuk kepada kes Gerard Jude Timothy Pereira v. Kasi KL Palaniappan [2017] CLJU 889 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan berkenaan beban pembuktian di dalam kes sivil. “[50] As rightly p”
“n permohonan. [19] Dalam kes ini kontrak atas nama Defendan adalah hasil dokumen palsu, dan oleh itu adalah null and void, Defendan bergantung kepada kes Jahit bin Rahmat & Anor v Ng Kim Chooi & Ors [2023] MLJU 2704. Menurut peguamcara Defendan, kontrak yang tidak sah tidak menimbulkan hak atau kewajipan (Hubah Sdn Bhd”
“gan tandatangan sendiri tanpa pakar apabila perbezaan adalah jelas. Defendan merujuk kepada keputusan saya dalam kes Tenaga Nasional Berhad v Tan Xian Guang (Spectacular Future Sdn Bhd, third party) [2025] MLJU 413 di mana saya telah memutuskan bahawa keterangan saksi pakar bukan satu keperluan mandatori, petikan pengh”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.: BA-A52NCvC-223-07/2023 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD [NO. SYARIKAT: 199001009294] … PLAINTIF DAN TAM HO KIT [NO. K/P: 820322-14-5581] … DEFENDAN
01
Plaintif memfailkan tindakan ini untuk menuntut sejumlah tunggakan bil elektrik berhubung satu akaun utiliti yang didakwa dibuka oleh Defendan bagi sebuah premis yang beralamat di 51-2, Jalan USJ 21 21/11, 47640 Subang Jaya, Selangor. Plaintif menegaskan bahawa Defendan ialah pemohon akaun tersebut dan oleh itu bertanggungjawab terhadap tunggakan yang dituntut. Jumlah yang terhutang adalah sebanyak RM27,998.96 bagi tempoh tunggakan dari 9.12.2017 sehingga 6.8.2020.
02
Defendan menafikan beliau pernah membuat apa-apa permohonan, urusan, atau penyerahan dokumen berkaitan akaun tersebut. Beliau menyatakan tandatangan pada borang permohonan dan Perjanjian Sewa bukan tandatangannya, dan beliau 05/01/2026 09:25:23 BA-A52NCvC-223-07/2023 Kand. 97 2 tidak mempunyai apa-apa kepentingan mahupun kawalan ke atas premis berkenaan. Defendan juga telah memfailkan tuntutan balas dalam kes ini.
03
Isu-isu untuk dibicarakan adalah seperti berikut:- Dalam Tuntutan Plaintif terhadap Defendan:-
i
Sama ada Defendan merupakan pengguna berdaftar di bawah No. Akaun 210046370109 (“Akaun tersebut”) bagi premis yang beralamat di 51-2, Jalan USJ 21/11, USJ 21, 47640 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan (“Premis tersebut”)?
II
(ii) Sama ada Defendan pernah memohon bekalan elektrik daripada Plaintif dan pernah membuka Akaun tersebut?
III
(iii) Sama ada Defendan bertanggungan untuk menjelaskan tunggakan bayaran bagi bil elektrik yang berjumlah RM27,998.96 bagi tempoh tunggakan dari 9.12.2017 sehingga 6.8.2020 kepada Plaintif? Dalam Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif:-
i
Sama ada Plaintif telah pada semua masa yang material mengikut garis panduan pendaftaran akaun bekalan meter elektrik yang telah diperuntukkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan pengurusan Plaintif semasa mendaftarkan permohonan pendaftaran Defendan sebagai pengguna berdaftar dan permohonan penukaran nama bagi Akaun tersebut dan Premis tersebut?
II
(ii) Sama ada Defendan pernah menyewa Premis tersebut melalui perjanjian sewa bertarikh 16.6.2017?
III
(iii) Sama ada Plaintif telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menentusahkan dan mengenalpasti identiti pemohon sebenar semasa menerima, memproses dan meluluskan permohonan bekalan elektrik?
IV
(iv) Sekiranya tidak, sama ada Plaintif telah secara cuai meluluskan Kontrak Bekalan Elektrik dan telah secara salah mendaftarkan Defendan sebagai pengguna berdaftar Akaun tersebut?
v
Sekiranya Defendan tidak pernah memohon bekalan elektrik, sama ada kontrak bekalan elektrik yang dimasukkan atas nama Defendan adalah tidak berkuatkuasa dan harus dibatalkan?
VI
(vi) Sekiranya tiada kontrak wujud di antara Plaintif dan Defendan, sama ada Defendan bertanggungjawab ke atas tunggakan bayaran yang dituduh oleh Plaintif?
VII
(vii) Sekiranya Plaintif secara cuai mendaftarkan Defendan sebagai pengguna berdaftar Akaun tersebut, sama ada Plaintif harus membayar gantirugi-gantirugi kepada Defendan? C. HUJAHAN PIHAK PLAINTIF [04] Plaintif berhujah bahawa Defendan, melalui wakilnya, telah memohon bekalan elektrik bagi Premis di Subang Jaya. SP3 mengesahkan penerimaan dokumen lengkap termasuk salinan kad pengenalan Defendan, surat kebenaran pemilik dan Perjanjian Sewa. Plaintif berhujah maklumat peribadi dalam Kontrak Bekalan iaitu nama dan nombor kad pengenalan adalah milik Defendan dan disahkan oleh Defendan sendiri semasa pemeriksaan balas. [05] Plaintif menegaskan bahawa beban membuktikan pemalsuan tandatangan terletak pada Defendan (ss.101–103 Akta Keterangan 1950). Defendan tidak memanggil mana-mana saksi pakar atau bukan pakar, dan tidak mengemukakan sebarang dokumen bertarikh 2017 untuk menyokong penafiannya. Maka penafian tersebut hanyalah penafian kosong, membolehkan Mahkamah menarik inferens di bawah s.114(g) Akta Keterangan 1950. [06] Plaintif berhujah bahawa Defendan memenuhi takrif “pengguna” di bawah Akta Bekalan Elektrik. Nama dan nombor kad pengenalan Defendan tersenarai dalam sistem TNB dan semua bil dikeluarkan atas namanya. Defendan juga merupakan penyewa premis dalam tempoh tunggakan. Tiada bukti dikemukakan bahawa Defendan tidak menggunakan premis tersebut. Justeru, sebagai pengguna berdaftar, Defendan bertanggungjawab ke atas bayaran bil tanpa mengira siapa yang menggunakan elektrik. [07] Plaintif bergantung kepada Peraturan 11(2) Peraturan-peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 yang menjadikan bacaan meter sebagai bukti prima facie penggunaan elektrik. Defendan tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyangkal bacaan tersebut. Oleh itu Plaintif berhak menuntut tunggakan berjumlah RM27,998.96. [08] Plaintif berhujah bahawa Defendan gagal membuktikan akaun itu didaftarkan secara salah. Tuntutan gantirugi khas RM15,000 tidak disokong resit; tuntutan gantirugi am atas tekanan emosi juga tidak disokong laporan perubatan. Malah, Defendan mengakui tiada tekanan emosi sebenar. Maka tuntutan balas adalah tidak bermerit. [09] Plaintif menyatakan bahawa mereka telah berjaya membuktikan kes atas imbangan kebarangkalian bahawa Defendan ialah pengguna berdaftar; kontrak bekalan elektrik adalah sah; tunggakan adalah terhutang; dan pembelaan Defendan tidak disokong bukti. Plaintif memohon agar tuntutan Plaintif sebanyak RM27,998.96 dibenarkan dengan kos dan tuntutan balas Defendan ditolak dengan kos. D. HUJAHAN DEFENDAN [10] Defendan berhujah bahawa TNB gagal membuktikan Defendan ialah pemohon bekalan elektrik dan tidak melepasi beban pembuktian di bawah ss.101–103 Akta Keterangan 1950. Antara kegagalan kritikal TNB termasuk yang berikut:
i
Tiada surat kuasa wakil dikemukakan untuk membuktikan bahawa “Wee Hong Hoo” adalah wakil sah Defendan untuk membuat permohonan elektrik.
II
(ii) SP3 sendiri mengesahkan bahawa surat kuasa wakil diperlukan, namun dokumen tersebut tiada.
III
(iii) Maklumat dalam Borang Permohonan Elektrik dan Display Customer hanyalah replikasi semata-mata, dan tidak membuktikan orang yang menandatangani borang itu ialah Defendan.
IV
(iv) Defendan tidak mengenali “Wee Hong Hoo” dan tidak pernah memberi kebenaran atau arahan kepada sesiapa untuk membuat permohonan elektrik. [11] Oleh itu, TNB gagal menunjukkan wujudnya kontrak bekalan elektrik antara TNB dan Defendan. [12] Berkenaan isu tandatangan, Defendan berhujah bahawa beban pembuktian tetap pada TNB kerana undang-undang mantap memutuskan bahawa pihak yang mengemukakan dokumen (di sini adalah TNB) perlu membuktikan dokumen itu tulen, bukan pihak yang mencabar. Pihak Defendan merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan & Anor v Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 4 MLJ 697. [13] Defendan berhujah beban tidak boleh beralih kepada Defendan untuk memanggil pakar atau saksi — sehingga dan melainkan TNB lebih dahulu membuktikan ketulenan tandatangan. [14] Defendan menegaskan Mahkamah mempunyai kuasa di bawah s.73 Akta Keterangan 1950 untuk membuat perbandingan tandatangan sendiri tanpa pakar apabila perbezaan adalah jelas. Defendan merujuk kepada keputusan saya dalam kes Tenaga Nasional Berhad v Tan Xian Guang (Spectacular Future Sdn Bhd, third party) [2025] MLJU 413 di mana saya telah memutuskan bahawa keterangan saksi pakar bukan satu keperluan mandatori, petikan penghakiman adalah seperti berikut: - [64] Despite the Plaintiff’s assertion that the Defendant must produce expert evidence to prove that the signatures on the related documents are forged, this court holds the view that expert evidence is not always necessary. The Federal Court in Letchumanan Chettiar Alagappan Alagappan @ L Allagappan & Anor v Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 4 MLJ 697 established that handwriting and signature analysis is not confined to expert opinion – circumstantial evidence and judicial comparison are also valid methods of proof under section 45 and 73 of the Evidence Act
1950
Similarly, the Court of Appeal in Siaw Kim Seong v Siew Swee Yin (f) & Anor [2009] 1 MLJ 349 ruled that when a signature is manifestly different, the court itself can make a comparison without expert assistance. (Emphasis added). [15] Defendan berhujah bahawa dakwaan TNB tentang penggunaan s.114(g) Akta Keterangan 1950 (adverse inference) tidak terpakai kerana tiada penahanan/penghapusan keterangan oleh Defendan, seperti disyaratkan dalam kes Munusamy v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492 dan Krishnan Nambiar s/o Perabakaran & Ors v Dr P Mahendran & Anor [2009] 4 MLJ 267. Oleh itu, TNB gagal membuktikan tandatangan pada Borang Permohonan Elektrik adalah milik Defendan. [16] TNB berhujah bahawa nama Defendan dalam sistem TNB menjadikan beliau “pengguna berdaftar”. Defendan menjawab bahawa Seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik tidak mewujudkan apa-apa anggapan undang-undang bahawa sesiapa yang didaftarkan sebagai pengguna adalah orang yang memohon bekalan. Defendan merujuk kes Tan Xian Guang sekali lagi. Defendan berhujah Pendaftaran boleh berlaku tanpa pengetahuan/keizinan pemilik nama. Pengguna sebenar boleh jadi pihak lain seperti penyewa atau pihak tidak berautoriti. Maka, pendaftaran nama Defendan tidak membuktikan pemohonan dibuat olehnya. [17] Memandangkan Defendan bukan pemohon, tiada kontrak wujud dan TNB gagal membuktikan permohonan itu sah, maka Defendan berhujah bahawa beliau tidak bertanggungjawab bagi tuntutan RM27,998.96. [18] Defendan berhujah kes Thomas Thomas v Tenaga Nasional Bhd [2017] 4 CLJ 340 dan Teh Kim Seng & Anor v Tenaga Nasional Berhad [2020] 1 LNS 903 yang dirujuk pihak Plaintif adalah tidak relevan kerana kedua-duanya melibatkan pihak yang mengakui hubungan kontrak, sedangkan Defendan menafikan permohonan. [19] Dalam kes ini kontrak atas nama Defendan adalah hasil dokumen palsu, dan oleh itu adalah null and void, Defendan bergantung kepada kes Jahit bin Rahmat & Anor v Ng Kim Chooi & Ors [2023] MLJU 2704. Menurut peguamcara Defendan, kontrak yang tidak sah tidak menimbulkan hak atau kewajipan (Hubah Sdn Bhd v Koperasi Pusaka (Penampang) Berhad and Ors [2011] MLJU 230 dirujuk). [20] Berhubung tuntutan balas Defendan, Defendan menegaskan bahawa beliau telah mengambil tindakan segera membuat laporan kepada TNB, namun tiada siasatan dalaman dijalankan. TNB tetap memfailkan tindakan sehingga menyebabkan tekanan emosi dan kerugian kewangan (rujuk keterangan WSSD1). Oleh itu, deklarasi-deklarasi dan gantirugi am adalah wajar, selaras dengan prinsip dalam MGG Pillai v Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals [1995] 2 MLJ 493 bahawa kerosakan emosi boleh dibuktikan melalui keadaan dan kesaksian. [21] Keluruhan hujahan Defendan menunjukkan bahawa TNB gagal melepasi beban pembuktian mengenai identiti pemohon bekalan elektrik. Tandatangan dan dokumen permohonan adalah meragukan, tanpa bukti ketulenan. Pendaftaran nama dalam sistem tidak mewujudkan tanggungan undang-undang. Tiada kontrak sah, maka Defendan tidak bertanggungjawab terhadap tunggakan. Tindakan TNB menyebabkan kerugian dan tekanan, justeru tuntutan balas wajar dibenarkan. E. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [22] Mahkamah selepas menjalankan perbicaraan penuh dan meneliti hujahan pihak-pihak mendapati bahawa dalam kes ini pihak Plaintiff gagal membuktikan atas dasar imbangan kebarangkalian kes Plaintif. [23] Adalah prinsip undang-undang mantap bahawa Plaintif memikul beban pembuktian di dalam satu kes di mana Plaintif harus melepasi beban pembuktian atas dasar imbangan kebarangkalian sebelum beban ini beralih kepada pihak Defendan. Dalam kes ini, Plaintif harus membuktikan tiga perkara ini:
i
Defendan telah memohon untuk mendaftar dirinya sebagai pemegang akaun melalui satu surat kuasa wakil;
II
(ii) Defendan merupakan penyewa kepada premis tersebut;
III
(iii) Tuntutan pada tunggakan hasil kegunaan elektrik yang tidak dibayar adalah dari premis yang sama dengan premis yang didakwa disewa oleh Defendan dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif. [24] Mahkamah mendapati dalam kes ini Plaintiff gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian ketiga-tiga perkara tersebut atas sebab-sebab berikut: i. Proses Permohonan bukan dikendalikan oleh Defendan sendiri [25] Plaintif pada mulanya menyatakan Defendan yang memohon untuk daftarkan namanya di TNB, walau bagaimanapun, dalam perjalanan bicara dan selepas beberapa saksi dipanggil untuk memberi keterangan, Plaintif telah memohon untuk meminda pernyataan Saksi SP3 pada saat-saat terakhir dan menyatakan bahawa Defendan telah melalui seorang wakil membuat permohonan di kaunter TNB untuk mendaftarkan namanya sebagai pemegang akaun berdaftar premis tersebut. [26] Mahkamah mendapati Plaintif tidak memanggil wakil tersebut untuk mengesahkan perkara ini dan Plaintif juga gagal mengemukakan satu surat kuasa wakil demi tujuan ini. Walaupun SP3 menyatakan tiada keperluan untuk surat kuasa wakil ditunjukkan tetapi SP3 gagal mengemukakan garis panduan yang berkenaan sedangkan terdapat garis panduan sebegini diwujudkan oleh TNB dalam permohonan melalui wakil. Mahkamah kurang yakin dengan keterangan saksi ini memandangkan pindaan jawapan yang menyatakan permohonan sebenarnya adalah melalui wakil hanya dilakukan dalam perjalanan perbicaraan selepas dua saksi dipanggil, malah tiada sebarang dokumen menyokong dikemukakan dalam perkara ini dan Plaintif telah pilih untuk tidak memanggil wakil tersebut walaupun mengetahui identitinya. [27] Defendan telah menafikan bahawa beliau ada mewakilkan mana-mana orang untuk membuat sebarang permohonan bekalan elektrik dengan TNB. [28] Harus diingati pada asalnya wakil tersebut tidak mengemukakan salinan kad pengenalan Defendan, pegawai TNB SP3 memberi keterangan bahawa wakil tersebut menunggu di TNB dan kemudian memaklumkan telah mengemukakan gambar kad pengenalan Defendan melalui satu emel kepada beliau. [29] Mahkamah mendapati alamat emel tersebut bukan atas nama Defendan dan Plaintif gagal mengemukakan sebarang bukti yang menyatakan Defendan ada sebarang hubung kait dengan alamat emel tersebut. Defendan telah pun menafikan beliau merupakan orang yang menghantar emel dan melampirkan gambar kad pengenalannya seperti yang mana SP3 terima. Defendan juga menyatakan beliau tiada guna alamat emel sebegini. ii. Plaintif gagal membuktikan Defendan adalah Penyewa Premis [30] Plaintif telah bergantung kepada satu dokumen sokongan bagi membuktikan kesnya iaitu satu Perjanjian Sewa yang tertera nama pihak Ketiga dan Pihak Defendan. [31] Mahkamah bagaimanapun mendapati terdapat beberapa keraguan dalam dokumen ini. Pertama, terdapat perbezaan nama penyewa [32] Nama penyewa di mukasurat pertama Perjanjian Sewa adalah TAM HO KIT, tetapi di mukasurat 4 perjanjian yang sama, nama Tenant dalam First Schedule adalah TAM HO KIAT. Yang lagi mengkhuatiri adalah kedua-dua nama ini berbeza dengan nama penyewa yang tertera dalam Surat Kebenaran Permohonan Pertukaran Nama kepada Penyewa (mukasurat 33 ikatan E) di mana nama penyewa adalah Tan Ho Kit. Kedua, nombor alamat premis yang disewa juga adalah berbeza [33] Dalam Perjanjian Sewa, alamat adalah No. 51-3 sedangkan dalam display kontrak bekalan dalam sistem komputer TNB (P4 – muaksurat 42 Ikatan E), alamat premis adalah No. 51 -2. Sila lihat keterangan di bawah: Mukasurat 38 -39 Nota Keterangan bertarikh 24.6.25. “S : Dan kalau kita lihat kepada perjanjian sewa yang dilampirkan, saya bantu di muka surat 19, Bundle E, iaitu di Part B, Puan Hakim. Muka surat 19 sehingga muka surat 24, betul? Betul. : Sila sebutkan alamat di dalam tenancy agreement? No. 51-3, Jalan USJ 21/11, 47620 Subang Jaya. : Itu adalah alamat yang dipohon dengan elektrik, betul? : Dan sila tunjukkan dalam display komputer TNB, dalam komputer TNB, apakah alamat. Sila rujuk kepada salah satu dokumen yang diprint out daripada komputer, apakah alamat premis yang diluluskan dan dibekalkan dengan elektrik dan menjadi subjek perkara di dalam tuntutan pada hari ini. Apakah alamat di dalam komputer TNB? Alamat di dalam komputer TNB adalah No. 52 ~ : Di muka surat? Muka surat 43. 51-2. : Iaitu P6. 51-2? Ya.” [34] Pihak TNB gagal memuaskan beban pembuktian apabila gagal mengenalpasti alamat premis dalam Perjanjian Sewa adalah merupakan premis yang sama dalam tuntutan mereka hari ini seperti mana tertera dalam pliding iaitu nombor alamat 51-
2
Alasan isu perbezaan nombor alamat adalah disebabkan isu cukai pintu tidak diberi penjelasan oleh orang yang berkenaan tetapi oleh pegawai TNB sendiri yang mengakui bukan orang yang berpengetahuan dalam perkara ini. Malah tiada sebarang pindaan dilakukan pada nombor lot yang tidak betul tersebut dalam sistem. Ketiga, terdapat pindaan pada tarikh perjanjian dalam Perjanjian Sewa tersebut [35] Pertukaran tarikh Perjanjian Sewa dari “1st day of Nov 2016” kepada 16 June 2017 dengan cara “strikethrough” sahaja seperti di paparan mukasurat pertama Perjanjian tidak dijelaskan. Adalah undang-undang mantap bahawa berdasarkan “parol evidence rule” di bawah seksyen 92 Akta Keterangan 1950, sesuatu kontrak bertulis tidak boleh diubah dari segi termanya. Sebagai rujukan, seksyen 92 memperuntukkan berikut: “92. Apabila terma mana-mana kontrak, pemberian atau pelupusan lain harta, atau apabila apa-apa perkara yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diubah ke dalam bentuk dokumen, telah dibuktikan mengikut seksyen 91, tiada keterangan mengenai apa-apa perjanjian atau pernyataan lisan boleh diterima antara pihak kepada mana-mana surat cara itu atau wakilnya dari segi kepentingan bagi maksud menyangkal, mengubah, menambah atau mengurangkan termanya.” Keempat, tarikh Perjanjian disetem adalah di luar tempoh masa mengikut kehendak undang-undang [36] SP3 kata beliau bergantung kepada Perjanjian ini kerana perjanjian ini telah disetem, walau bagaimanapun mahkamah mendapati setem Perjanjian ini menunjukkan tarikh 18.8.2017, iaitu satu tarikh melebihi 30 hari sejak tarikh perjanjian, samada dikira bermula dari 1.11.2016 mahupun 16.6.2017. Perkara ini adalah tidak konsisten dengan kehendak undang-undang iaitu seksyen 47 Akta Setem 1949. Stamping of instrument after execution
47
Save where other express provision is made by this or any other Act, any unstamped or insufficiently stamped instrument not being a cheque or promissory note drawn or made within Malaysia may be stamped after execution on payment of the unpaid duty if the instrument is presented for stamping within thirty days of its execution if executed within Malaysia, or within thirty days after it has been first received in Malaysia if it has been executed out of Malaysia. [37] Adalah jelas peruntukan undang-undang mengkehendaki perjanjian ini disetem dalam tempoh mas 30 hari dari tarikh pelaksanaannya. Sebarang kelewatan akan dikenakan dengan penalti. Kelewatan ini menimbulkan keraguan dan ia tidak dijelaskan oleh mana-mana pihak dalam kes ini. Kelima, perbandingan tandatangan dakwaan milik Defendan. [38] Walaupun Plaintif menegaskan bahawa Defendan mesti mengemukakan keterangan pakar untuk membuktikan bahawa tandatangan pada dokumen-dokumen berkaitan adalah dipalsukan, mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan pakar tidak semestinya diperlukan dalam semua keadaan kes. Mahkamah Persekutuan dalam Letchumanan Chettiar Alagappan Alagappan @ L Allagappan & Anor v Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 4 MLJ 697 telah menyatakan bahawa analisis tulisan tangan dan tandatangan tidak terhad kepada pandangan pakar sahaja—keterangan keadaan (circumstantial evidence) dan perbandingan kehakiman juga merupakan kaedah bukti yang sah di bawah seksyen 45 dan 73 Akta Keterangan 1950. [39] Begitu juga, Mahkamah Rayuan dalam Siaw Kim Seong v Siew Swee Yin (f) & Anor [2009] 1 MLJ 349 memutuskan bahawa apabila sesuatu tandatangan adalah jelas berbeza, mahkamah sendiri boleh membuat perbandingan tanpa bantuan pakar. [40] Dengan menerapkan prinsip-prinsip ini, Mahkamah ini diberi kuasa di bawah seksyen 73 Akta Keterangan 1950 untuk membandingkan tandatangan yang dipertikaikan dengan tandatangan sebenar. [41] Seksyen 73 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan: Perbandingan tandatangan, tulisan atau meterai dengan lain-lain yang diakui atau dibuktikan “73.
1
Bagi menentukan sama ada sesuatu tandatangan, tulisan atau meterai ialah tandatangan, tulisan atau meterai orang yang olehnya ia berupa sebagai dituliskan atau dibuat, apa-apa tandatangan, tulisan atau meterai yang diakui atau dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah sebagai telah dituliskan atau dibuat oleh orang itu boleh dibandingkan oleh seorang saksi atau mahkamah dengan tandatangan, tulisan atau meterai yang hendak dibuktikan itu, walaupun tandatangan, tulisan atau meterai itu tidak dikemukakan atau dibuktikan bagi apa-apa maksud lain.
2
Mahkamah boleh mengarahkan mana-mana orang yang hadir di dalam mahkamah supaya menulis apa-apa perkataan atau angka bagi maksud membolehkan mahkamah membandingkan perkataan atau angka yang ditulis itu dengan mana-mana perkataan atau angka yang dikatakan telah dituliskan oleh orang itu.
3
Seksyen ini juga terpakai, dengan apa-apa ubah suaian yang perlu, bagi cap jari.” [42] Mahkamah mendapati dengan penelitian secara mata kasar, tandatangan “TAM” dalam perjanjian Sewa di mukasurat 24 Ikatan Dokumen E adalah tidak sama dengan tandatangan “TAM” di dokumen Borang Permohonan TNB di mukasurat 32 Ikatan yang sama. [43] Mahkamah seterusnya melihat kepada dokumen yang dikemukakan oleh Defendan bagi tujuan perbandingan tandatangan, mahkamah mengambil salah satu dokumen sahaja untuk buat perbandingan dokumen. Mahkamah mengambil dokumen yang wujud sebelum tahun 2016 mahupun 2017 iaitu tahun di mana dikatakan perjanjian sewa dan borang permohonan bekalan elektrik ditandatangani. Berdasarkan dokumen ini iaitu satu dokumen Sale and Purchase Agreement yang mana Defendan adalah salah seorang pembeli, dapat dilihat tandatangan Defendan pada tahun 2004 adalah konsisten dengan tandatangan beliau yang terkini dalam laporan polisnya. [44] Walaupun diakui bahawa seseorang individu mungkin mempunyai variasi tertentu dalam tandatangannya dari semasa ke semasa, Mahkamah berpendapat bahawa sekalipun mengambil kira variasi normal tersebut, adalah jelas dan tidak dapat dinafikan bahawa Defendan telah berjaya menunjukkan bahawa beliau mempunyai satu bentuk tandatangan yang ketara berbeza daripada tandatangan yang tertera dalam dokumen-dokumen material yang menjadi pertikaian dalam kes ini, dan perbezaan tersebut telah wujud sejak sebelum kes ini dimulakan lagi. Fakta ini merupakan satu keterangan sokongan yang signifikan dan meyakinkan Mahkamah bahawa Defendan tidak bertindak secara menipu dalam perkara ini. [45] Selain itu, Mahkamah turut mengambil kira dokumen-dokumen sokongan lain yang dikemukakan oleh Defendan, yang secara konsisten menunjukkan bahawa Defendan menggunakan tandatangan yang sama atau serupa dalam semua dokumentasi rasmi yang memerlukan tandatangannya, sama ada sebelum mahupun selepas kejadian yang dipertikaikan. Keadaan ini dengan jelas membuktikan bahawa Defendan mengamalkan penggunaan tandatangan yang konsisten dalam urusan kehidupannya, bermula dari suatu tempoh ketika beliau masih belum mengetahui kewujudan tuntutan terhadapnya sehinggalah selepas prosiding Mahkamah ini dimulakan. [46] Mahkamah tidak mendapati sebarang tujuan atau motif munasabah mengapa Defendan perlu merekakan atau dengan sengaja menggunakan tandatangan yang berbeza dalam permohonan ini, sekiranya benar Defendan sendiri yang berhasrat memohon bekalan elektrik dan telah mengemukakan salinan asal kad pengenalannya bagi tujuan tersebut. Tambahan pula, harus diperhatikan bahawa dalam kes ini tiada sebarang pengusikan meter elektrik, dan tunggakan penggunaan elektrik yang terlibat juga bukanlah suatu jumlah yang besar. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah mendapati tiada sebab munasabah, tiada keperluan, dan adalah tidak berbaloi bagi Defendan untuk merekakan tandatangannya sendiri, memandangkan beliau boleh sahaja menggunakan tandatangan asalnya apabila dokumen kad pengenalannya sendiri pun telah sanggup dikemukakan melalui e-mel kepada pegawai TNB bagi tujuan permohonan (mengikut versi TNB). [47] Plaintif telah bersandarkan kes Ago Siam v. Manggi Dato [2002] CLJU 46 yang telah memutuskan seperti berikut untuk menyokong pendirian mereka: “The aforesaid observation clearly indicate that the plaintiff has to do more than just comparing the relevant signatures to prove the allegation that his alleged signature on the said instrument has been forged. The mere or bare denial by the plaintiff that the signature was not his and the likeness between Kiai and him are not in my view sufficient for the plaintiff to discharge the said burden on the balance of probabilities.” (penekanan ditambah) [48] Kes Ago Siam yang disandarkan oleh Plaintif dalam isu ini harus dibezakan memandangkan dalam kes Ago Siam, yang ingin membuktikan forgery adalah Plaintif, beban pembuktian memang adalah di atas bahu Plaintif, berbanding dalam kes ini Defendan tiada sebarang beban pembuktian atas bahunya selagi Plaintif gagal melepaskan beban pembuktiannya. [49] Dalam konteks kes hari ini, Defendan menafikan tandatangan pada dokumen berkaitan adalah miliknya, pada masa yang sama beliau juga telah mengemukakan dokumen sokongan bagi tujuan mahkamah membuat perbandingan yang mana praktis ini adalah dibenarkan di bawah undang-undang. Tiada mana undang-undang yang mewajibkan pakar mesti dipanggil untuk menyokong penafian Defendan dalam situasi kes sebegini, khasnya apabila beban bukti bukan atas bahunya. [50] Malah, tandatangan dalam dokumen-dokumen yang berkaitan bukan dalam pengetahuan khusus Defendan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 106 Akta Keterangan 1950 memandangkan beliau tiada pengetahuan tentang dokumen-dokumen yang dikemukakan Plaintif tersebut dan telahpun menafikan tandatangan pada dokumen-dokumen itu adalah miliknya. Defendan turut menafikan sebarang hubungkait beliau sendiri dengan premis tersebut. [51] Memandangkan Plaintif berpendirian bahawa tandatangan yang dipertikaikan itu bukanlah suatu pemalsuan, sebaliknya merupakan tandatangan milik Defendan, maka selaras dengan seksyen 103 Akta Keterangan 1950, beban untuk membuktikan fakta tersebut terletak pada pihak yang meminta mahkamah mempercayai kewujudan fakta itu. Mahkamah ini menggunapakai prinsip undang-undang yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan & Anor v Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 4 MLJ 697, iaitu bahawa beban untuk membuktikan ketulenan sesuatu dokumen terletak ke atas pihak yang mengemukakan dan bergantung kepada dokumen tersebut, dan bukannya ke atas pihak yang mencabar ketulenannya. [52] Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan telah dengan jelas memutuskan seperti berikut: “[60] It would pan out that the respondent, who was the plaintiff, had both the ‘burden of proof’ to make out a prima facie case as well as the initial onus of proof to adduce evidence to prove the claim. The onus of proof would only shift to the appellants if the respondent had made out a prima facie case. That remained so even though forgery was pleaded. ‘Now, there is a great distinction between a civil and criminal case, where a question of forgery arises. In a civil case, the onus of proving the genuineness of a deed is cast upon the party who produces it and asserts its validity. If there be conflicting evidence as to the genuineness, either by reason of alleged forgery or otherwise, the party asserting the deed must satisfy the jury that it is genuine. (Emphasis added.) The jury must weigh the conflicting evidence, consider all the probabilities of the case, not excluding the ordinary presumption of innocence, and must determine the question according to the balance of probabilities. In a criminal case, the onus of proving the forgery is cast upon the prosecutor who asserts it, and unless he can satisfy the jury that the instrument is forged to the exclusion of reasonable doubt, the prisoner must be acquitted’ (Doe d Devine v Wilson (1855) 10 Moo PCC 502; 14 ER 581 at p 592 per Sir John Patteson, delivering the opinion of the Privy Council, a decision followed in most common law jurisdictions and recently quoted with approval in Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLJ 1). ‘Doe d Devine v Wilson (1855) 10 Moo PCC 502which while now some 150 years old is good authority that there is an onus on a party tending a document, which is challenged as being a forgery, to prove it is in fact genuine’ (Club Deluxe Ltd v Club Metropolitan Ltd [1995] 2 HKLR 69 at p 88 per Penlington JA). ‘Where the genuineness of a deed on which the plaintiff sues, is put in issue, the burden lies on the plaintiff of proving not only the execution, but the bona fides of the deed; Brajeshware Peshakar v Budhanuddi And Anr (1881) ILR 6 Cal 268’ (Indian Evidence Act 10th Ed by Sir Henry Stewart Cunningham). ‘We believe the onus is on the party who produces (the document), and asserts its validity. It does not depend on who was the plaintiff. Nor that it was the plaintiffs who sought a declaration that the documents were forged rather than Lawrence who was seeking a declaration that they were genuine’ (Ming Shiu Chung And Others v Ming Shiu Sum And Others [2005] HKCU 809 Tang JA (giving reasons for the decision of the court); see also Jugul Kishore Bhuttachaji v Mohima Chunder Dhur (1881) ILR 7 Cal 736, where the plaintiff denied execution of a document and brought a suit for declaration that the document was void, and it was held that the burden of proof that the document was genuine and duly it was executed was upon the defendant.” [53] Oleh yang demikian, beban pembuktian berada pada Plaintif untuk meyakinkan mahkamah bahawa Defendan ialah individu yang telah menandatangani Perjanjian Sewa tersebut dan turut merupakan individu yang menandatangani borang permohonan bekalan elektrik berkenaan. [54] Sebagaimana yang diputuskan dalam kes yang disandar oleh pihak Plaintif sendiri iaitu kes Omega Securities Sdn Bhd V. Kok Fook Loy [2010] 8 CLJ 888, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- “[23] There is another compelling reason why I must reject the defence pleaded. Amongst the several documents adduced as evidence are the margin facility agreement and the power of attorney. These documents contain not only the purported signatures of the defendant but the signature of one Wong Siew Eng, an advocate and solicitor practising at the material time in Kuala Lumpur. This person would have been in the best position to readily confirm if the defendant indeed signed the agreements and other related documents. As set out in the documents, the signature of the defendant had to be signed in the presence of a witness and in this case, it was Wong Siew Eng. Yet, Wong Siew Eng was not called to testify. No explanation has been offered to account for such failure. Were Wong Siew Eng to be called, it would have resolved the matter quite easily without recourse to the handwriting experts. I can only see this as an appropriate situation where an adverse inference under s. 114(g) Evidence Act 1950 may be drawn against the defendant - see Chan Yoke Lain v. Pacific & Orient Insurance Co Sdn Bhd [1999] 1 CLJ 179. The burden rests with the defendant to prove the falsity of the signatures and it would be rather obvious if not more appropriate to call the witness to the signature to testify as to the matters pleaded by the defendant. He did not and the burden lies not discharged. For this reason too, the defence pleaded must fail.” (penekanan ditambah) [55] Justeru, adalah jelas bahawa pihak yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara ini—sama ada wakil mahupun pemilik premis—seharusnya dipanggil oleh Plaintif sendiri. Dalam keadaan sedemikian, tiada keperluan untuk memanggil pakar tulisan tangan. Namun begitu, adalah menghairankan apabila Plaintif seolah-olah cuba mengalihkan beban tersebut kepada Defendan untuk memanggil saksi pakar bagi menafikan sesuatu yang belum pun dibuktikan secara memadai oleh Plaintif. Mahkamah akan menyentuh berhubung isu “inferens negatif” (adverse inference) ini dalam perenggan yang berikutnya. [56] Bagi isu tandatangan ini, sebagai langkah berhati-hati, mahkamah ini tidak mendasarkan penemuannya semata-mata kepada perbandingan tandatangan. Mahkamah ini setelah menilai keseluruhan keadaan termasuk ketidakselarasan yang wujud pada tandatangan tersebut, keraguan yang timbul dalam dokumen, keterangan sokongan yang dikemukakan, pemerhatian atas demeanor Defendan semasa memberi keterangan serta selepas penelitian yang cermat terhadap keseluruhan keterangan, berpuas hati bahawa berdasarkan imbangan kebarangkalian, keterangan kumulatif yang dikemukakan adalah tidak memadai untuk membuktikan bahawa tandatangan pada Perjanjian Sewaan itu adalah tandatangan milik Defendan. Keenam, keraguan dalam Surat Persetujuan untuk Pertukaran Nama Penyewa [57] Mahkamah juga telah minta penjelasan kenapa SP3 tidak menolak Ppermohonan Pertukaran Nama Kepada Penyewa untuk Akaun TNB sedangkan nombor IC pemohon adalah tidak sama dengan IC yang dikemukakannya. Jawapan SP3 adalah beliau terlepas pandang, sila lihat Mukasurat 86 – 87 Nota Keterangan 24.6.2025: “Mahk : Kamu lihat IC Chee Wai Chee itu, ada orang nombor IC 4 digit sahajakah di hadapan? Sama juga dengan bahagian bawah, nombor IC 6205-11-5657, kamu ada bandingkan? Kamu kata kamu ada banding, kan? Kamu ada banding kepada IC yang dikemukakan kepada kamu? IC yang dikemukakan adalah 620511-08-5657. Sama ke? : Tak sama. Mahk : Kenapa tidak tolak? Sebentar tadi kamu kata kamu akan semak details. : Ya, saya semak. Mahk : Kalau tidak sama akan tolak. So, untuk yang ini kenapa tidak tolak? Mahkamah minta penjelasan kamu. Jawapan? : Saya terlepas pandang 08 itu. Mahk : Terlepas pandang 2 kali ya? Sebab ada 2 tempat IC ini wujud, betul? : Kalau dekat sini, saya beranggapan satu sahaja. Mahk : So, yang satu lagi itu bukan? Yang bawah itu bukan IC? : Ya, IC. Mahk : Jadi, itu pun salah juga, bukan? Ada 2 tempat salah, bukan satu tempat sahaja. Jadi kamu terlepas pandang 2 kali lah? Betul? : Lagi satu dekat? Mahk : Bahagian nombor IC dekat bawah tandatangan itu. : Betul, ada 2 tempat.” [58] Keadaan ini menunjukkan bahawa SP3 sebenarnya tidak menyemak dengan teliti dokumen yang dikemukakan kepadanya. Walaupun SP3 menyatakan secara lisan bahawa beliau akan membuat semakan dan bahawa sebarang kesilapan dalam permohonan akan menyebabkan permohonan tersebut ditolak, namun dalam kes ini wujud pelbagai ketidaktepatan dan kesilapan yang ketara. Walau demikian, SP3 tidak menolak permohonan berkenaan dan sebaliknya tetap meneruskan pemprosesan permohonan tersebut sehingga ke peringkat kelulusan. iii. Tiada kelulusan dalam permohonan pendaftaran nama Defendan sebagai Pemegang akaun TNB. [59] SP3 setuju bahawa terdapat perbezaan nama penyewa seperti yang tertera dalam mukasurat 33 iaitu surat persetujuan pertukaran nama akaun TNB dan dalam Borang Permohonan Bekalan Elektrik TNB sendiri di mukasurat 31. SP3 juga setuju bahawa Borang tersebut belum diluluskan lagi. [60] Isu sekarang adalah sama ada proses pendaftaran nama Defendan sebagai pemegang akaun TNB telahpun diluluskan. Mengikut penjelasan SP3 di mukasurat 93 -96 Nota Keterangan bertarikh 23.6.25 adalah seperti berikut: “S : En. Hafiz, pada borang yang lama masih pakai dan tidak ada perubahan pada borang? Ya, pada tahun 2017. : Padahal borang tersebut mempunyai ruang kelulusan oleh pihak atasan atau pihak pegawai yang berkuasa? Ya, betul. : Saya katakan bahawa borang ini adalah arahan daripada TNB untuk cross checking, bukan kamu sahaja yang boleh membuat keputusan. Ada lagi pegawai lain untuk cross checking dan luluskan, setuju? Setuju. : Ini juga berlaku pada tahun 2017? Ada cross checking, juga. Setuju? Pada tahun 2017, sudah tidak perlu. : Kamu beritahu bukan sebagai pegawai atasan yang berkuasa, kamu hanya beritahu sebagai front desk sahaja, betul? Sebab saya sudah mewakili bagi pihak atasan. : Dan kalau begitu, tiada cross checking. Telah ditarik balik berkenaan dengan cross checking, apakah preventive measure ataupun garis panduan untuk mencegah kes permohonan fraud. Apakah langkah tersebut atau SOP tersebut atau garis panduan TNB kalau tiada cross checking. Itu di luar pengetahuan saya. : Kamu hanya memilih untuk pengetahuan kamu atau bidang kuasa kamu, ya? : Tak payah cross checking itu kamu tahu tapi telah tarik balik cross checking, berkenaan dengan preventive ataupun menghalang, pencegahan penipuan, itu luar bidang? Luar bidang saya. Saya hanya ikut senarai checklist sahaja. : Saya katakan bahawa En. Hafiz tidak bercakap benar, sememangnya borang ini masih terpakai. Borang muka surat 39 iaitu borang kelulusan itu masih terpakai, setuju atau tidak? Buat masa sekarang dah tidak setuju. : Ada atau tidak apa-apa dokumen yang membuktikan borang ini tidak lagi terpakai? Tidak lagi perlu pihak berkuasa atau pegawai berkuasa untuk meluluskan. Ada atau tidak buktinya? Tidak. PD : Itu sahaja soalan saya, Puan. Mahk : Adakah terdapat apa-apa arahan bahawa tiada keperluan lagi untuk mendapat kelulusan pegawai atasan? Kalau kamu lihat borang ini, kolum itu ditulis ‘Diluluskan Oleh: Pegawai Yang Dikuasakan’. Sekarang kamu kata since tahun 2017 sudah tiada lagi keperluan untuk mendapat kelulusan, adakah apa-apa arahan dikeluarkan berhubung dengan perkara ini? : Itu di luar bidang saya. Mahk : Kamu adalah diberikan skop kerja untuk menyemak sebagai kerani kaunter, betul? Front desk. Mahk : Adakah pada tahun 2017, adakah terdapat penambahan skop kerja kamu sebagai kerani kaunter mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan? Mahk : Ada dokumen untuk membuktikan kepada Mahkamah? : Tiada pada hari ini. PP(M) : Puan, can I RE one question? Mahk PEMERIKSAAN SEMULA TAMBAHAN PLAINTIF : En. Hafiz, tadi peguamcara Defendan ada bertanyakan berkenaan dengan cross checking dan juga kelulusan. Soalan saya simple sahaja, mengapa sejak tahun 2017 tidak perlu diluluskan oleh pegawai? En. Hafiz mempunyai pengetahuan? J : Sebab kita dah boleh proses melalui online yang mana memang dah tiada cross checking. Boleh terus direct buat pertukaran nama melalui online tersebut. : Jadi maksud En. Hafiz, memandangkan sejak tahun 2017 itu terdapat option untuk permohonan secara online, maka borang tersebut yang fizikal juga dah tidak perlu diluluskan oleh pihak pegawai? J : PP(M) : Itu sahaja, Puan Hakim. Mahk : Pemohonan online itu, ada apa-apa borang? : Ada, borang secara online. Tapi muka depan sahaja iaitu muka surat 31. Kalau di online, muka surat 31. Mahk : Boleh terangkan sebanyak sedikit tentang permohonan yang dibuat secara online? : Permohonan melalui online dia memerlukan IC pengguna yang ingin berdaftar dengan TNB, nombor akaun lama jika meter berada di premis tersebut. Mahk : Nombor akaun? : Nombor akaun lama, bill customer / pengguna lama. Mahk : Lagi? : Untuk dijadikan sebagai rujukan untuk buat pertukaran nama tersebut di premis tersebut. Mahk : Lagi? : Dan jikalau penyewa, dia memerlukan tenancy agreement dan surat persetujuan daripada pemilik premis tersebut. Itu sahaja. Mahk : So, permohonan didaftarkan secara online, dokumen disertakan melalui lampiran? : Ya, kena attach masuk dalam sistem itu juga. Mahk : Selepas itu, apa proses dia? : Itu di luar bidang saya. Sistem yang akan, team lain yang akan uruskan proses tersebut. Mahk : Kamu sahkan sejak tahun 2017 sudah ada permohonan dibuat secara online? : Ya.” [61] Mahkamah mendapati bahawa walaupun SP3 menyatakan bahawa sejak tahun 2017 permohonan bekalan elektrik boleh dibuat secara dalam talian, namun saksi tersebut turut mengakui bahawa pada tahun yang sama borang permohonan kelulusan secara manual masih digunakan. Dalam perbicaraan kes ini, borang permohonan tersebut telah dikemukakan sebagai keterangan oleh Plaintif, dan ia bukan sekadar muka hadapan semata-mata, sebaliknya merupakan suatu borang lengkap. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat wujud keraguan yang ketara terhadap dakwaan bahawa permohonan Defendan telah dibuat sepenuhnya secara dalam talian. Sekiranya benar permohonan tersebut dibuat secara dalam talian, tiada keperluan bagi borang permohonan manual ini diisi atau dikemukakan sebagai keterangan. Memandangkan dokumen berkenaan telah dikemukakan oleh Plaintif sendiri, Mahkamah membuat inferens bahawa bagi kes Defendan ini, permohonan kelulusan masih dijalankan secara manual. [62] Mahkamah pada masa yang sama tidak lihat Plaintif mengemukakan sebarang dokumen sokongan yang membuktikan pada tahun 2017, permohonan telahpun dilakukan secara online. Di samping itu, SP3 juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang menunjukkan beliau telahpun diturunkan kuasa untuk meluluskan permohonan ataupun apa-apa arahan dalaman yang menyatakan cross-checking untuk kelulusan telah dimansuhkan pada ketika itu. [63] Harus diingati bahawa SP3 merupakan seorang pegawai kaunter hadapan (front-desk officer) dan menurut keterangannya sendiri, skop tugas beliau adalah terhad kepada menyemak dokumen permohonan yang dikemukakan. Adalah tidak munasabah untuk Mahkamah menerima bahawa beliau turut diberikan kuasa untuk meluluskan permohonan tersebut serentak, memandangkan perkara sedemikian jelas akan melibatkan penambahan skop tugasnya. Namun demikian, apabila diajukan pertanyaan oleh Mahkamah berhubung sama ada terdapat sebarang arahan atau pelantikan rasmi yang memperluaskan skop tugasnya, saksi ini sekadar menyatakan bahawa perkara tersebut adalah “di luar bidangnya”. SP3 bukan sahaja gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi membuktikan bahawa kuasa penuh untuk meluluskan permohonan telah diberikan kepadanya, malah beliau juga tidak mempunyai sebarang dokumen yang menunjukkan bahawa keperluan kelulusan oleh “Pegawai Yang Dikuasakan” telah dimansuhkan. [64] Sehubungan itu, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan, atas imbangan kebarangkalian, bahawa permohonan pertukaran penama sebagai pemegang akaun ini telah pun diluluskan dengan sewajarnya. Oleh yang demikian, permohonan tersebut sepatutnya tidak diproses ke peringkat seterusnya, dan sejak awal lagi nama Defendan tidak seharusnya didaftarkan sebagai pemegang akaun yang baharu. iv. Keterangan melalui tingkah laku Defendan dan dokumen kontemporari [65] Mahkamah melalui pernyataan saksi Defendan di WSSD1 mendapati Defendan telah pergi ke TNB cawangan Subang Jaya untuk membuat aduan dan semakan setelah dimaklumkan adiknya terdapat Saman ditampalkan di alamat sepertimana dalam kad pengenalannya di Ampang, Selangor. Defendan kemudian telahpun membuat satu laporan penafian dan laporan penafian tersebut telahpun dikategorikan di Bahagian B Ikatan Dokumen, pihak Plaintif tidak mempertikaikan kewujudan laporan ini. Dalam laporan ini Defendan telahpun menafikan penglibatan langsung dalam kes ini. [66] Mahkamah mendapati laporan ini dibuat pada 31.10.22 setelah Defendan menerima saman TNB pada 12.10.22. Dalam laporan dinyatakan dengan jelas Defendan bahawa beliau bukan merupakan pemilik premis yang beralamat di no. 51 -2 Jalan USJ 21/11 USJ 21 Subang Jaya. Beliau juga menyatakan beliau tidak tahu langsung tentang tunggakan yang dikatakan tersebut dan beliau mensyaki terdapat penyalahgunaan matlumat peribadi beliau dalam hal ini. Defendan menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak akan bertanggungjawab dalam bayaran tunggakan ini. [67] Pada 8.11.25 Defendan juga telah membuat satu Surat Akuan Bersumpah atas kebimbangan mengenai tindakan TNB yang telah dimulakan terhadapnya. Beliau telah pergi ke Persatuan Cina Malaysia (MCA) di Ampang Kuala Lumpur untuk mendapatkan nasihat undang-undang dan seterusnya melalui bantuan peguambela dan peguamcara MCA telah menyediakan Surat Akuan ini. Di dalam Surat ini beliau menegaskan beliau bukan pemilik mahupun penyewa premis tersebut dan beliau juga tidak pernah setuju untuk memohon bekalan elektrik dengan TNB. [68] Kedua-dua laporan polis dan akuan bersumpah telahpun diserahkan kepada TNB melalui satu surat bertarikh 6.11.2022 yang ditujukan kepada peguam TNB dan Defendan memohon supaya kes terhadap beliau boleh ditarik balik. Ini menunjukkan TNB telahpun dimaklumkan dengan awal tentang pembelaan Defendan dan TNB bagaimanapun membuat keputusan untuk meneruskan kes ini. [69] Mahkamah mengambil kira keterangan melalui surat akuan bersumpah dan laporan polis merupakan satu dokumen kontemporari yang harus dipertimbangkan oleh Mahkamah. Mahkamah ini bergantung kepada prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229, di mana Mahkamah Persekutuan menekankan kepentingan dokumen kontemporari dalam mempertimbangkan ketepatan dan kesahihan keterangan seseorang. Chang Min Tat FJ membuat pemerhatian berikut di mukasurat 234: “Nevertheless, the learned trial judge expressed himself to be completely satisfied with the veracity of the respondent's witnesses and their evidence. He purported to come to certain findings of fact on the oral evidence but did not notice or consider that the respondent's oral evidence openly clashed with its contemporaneous documentary evidence. For myself, I would with respect feel somewhat safer to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent recollection or version of it, particularly if he is a witness with a purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings. Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity. (Emphasis added.)” [70] Mahkamah mendapati pembelaan Defendan adalah konsisten dengan pembelaan yang ditimbulkan olehnya sejak awal lagi dan juga perilaku beliau dalam membuat laporan polis beserta akuan bersumpah juga menunjukkan satu reaksi yang wajar dalam keadaan ini. v. Kegagalan Plaintif memanggil wakil tersebut sebagai saksi mewajarkan Mahkamah untuk membangkitkan anggapan kewujudan fakta tertentu di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950. [71] Mahkamah mendapati kewujudan matlumat orang tengah yang dikatakan diwakilkan kuasa tersebut dalam borang permohonan di mukasurat 32 Ikatan E adalah penting kerana ia menunjukkan memang benar Defendan tidak memohon pertukaran nama pemegang akaun tersebut secara persendirian dan pihak TNB tidak menafikan kewujudan satu pihak lagi iaitu orang yang dikenalpasti sebagai Wee Hong Hoo dengan nombor Kad Pengenalan 870311-30-5151, matlumat nombor telefon 011-1511 5963 dan alamat 411-G Jalan Kg. Lapan 75200 Melaka seperti mana tertera dalam borang. Sesalinan kad pengenalan orang yang dakwa sebagai wakil ini turut dikemukakan kepada TNB, sila lihat mukasurat 37 Ikatan E. [72] Adalah amat menghairankan apabila terdapat keraguan dari segi kesilapan dalam dokumentasi yang dikemukakan dan penafian awal oleh pihak Defendan dalam laporan polis, Akuan Bersumpah, pliding pembelaan Defendan dan pernyataan saksi Defendan yang difailkan awal lagi sebelum perbicaraan, pihak Plaintif masih membuat keputusan untuk tidak memanggil saksi penting ini. Saksi ini bukan sahaja menurut pihak Plaintif merupakan orang yang hadir pada ketika permohonan, mendakwa dirinya sebagai wakil dan beliau lah orang boleh menjelaskan segala-galanya tentang perwakilan kuasa yang dikatakan serta keesahan dokumen Perjanjian Sewa bersama tandatangan dalam Borang Permohonan yang dikemukakannya. Pihak Plaintif langsung tidak menunjukkan sebarang usaha untuk mengesan saksi ini mahupun memaklumkan mahkamah saksi ini telah disapinakan tetapi gagal hadir. [73] Dalam menangani isu-isu terdapat pelbagai kesilapan dalam nama penyewa, nombor lot premis dan selanjutnya, TNB memilih jalan mudah dan menyatakan semua dokumen telah disemak oleh wakil dan wakil yang bernama Wee Hong Hoo tersebut tidak ada minta untuk buat sebarang pindaan, jawapan ini dikemukakan melalui SP3. [74] Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah cuba mengalihkan tanggungjawab untuk menjalankan ketekunan wajar kepada pihak ketiga, sedangkan TNB sendiri merupakan pihak yang sepatutnya memastikan ketepatan dan kesahihan dokumen yang diterima bagi tujuan pemprosesan permohonan. Mahkamah juga tertanya-tanya sejak bila TNB boleh memindahkan tanggungjawab ini kepada pemohon atau mana-mana individu yang hadir membuat permohonan, memandangkan secara umum diketahui bahawa pelbagai bentuk penipuan dan pemalsuan boleh berlaku dalam proses permohonan sebegini. [75] Keadaan menjadi lebih mengelirukan apabila TNB memilih untuk tidak memanggil saksi berkenaan, walaupun TNB seolah-olah ingin bergantung kepada dakwaan bahawa kegagalan saksi itu membuat sebarang pindaan adalah asas untuk menyokong kesnya. Hal ini adalah sukar diterima dalam konteks wujudnya pelbagai keraguan yang timbul berhubung dokumentasi dalam kes ini. [76] Keadaan ini mengundang inferens bahawa mungkin terdapat usaha menyorokkan keterangan (suppression of evidence) sekiranya perkara tersebut tidak diperjelaskan dengan memadai. Ini kerana saksi berkenaan merupakan saksi yang jelas relevan dan berupaya untuk menjelaskan keseluruhan naratif peristiwa (unfold the narrative) secara terperinci. Pemilihan untuk tidak memanggil saksi penting ini, khususnya dalam keadaan terdapat pelbagai kelompangan dalam keterangan, menimbulkan persoalan serius mengenai kesempurnaan kes Plaintif. [77] Adalah menjadi tanggungjawab Plaintif untuk mengemukakan semua keterangan yang relevan kepada isu yang dibicarakan, dan bukan sekadar memilih dokumen atau saksi yang menyokong versi mereka semata-mata. Dalam keadaan ini, Plaintif tidak pernah menafikan kewujudan orang tengah tersebut. Namun, Mahkamah mendapati bahawa dari awal hingga akhir perbicaraan, Plaintif langsung tidak menunjukkan sebarang usaha untuk memanggil saksi berkenaan, meskipun sedar bahawa keterangan yang telah dikemukakan menimbulkan keraguan yang ketara. Sikap Plaintif ini menambah lagi kekurangan dalam kes mereka. [78] Mahkamah mendapati beban pembuktian masih belum beralih dan apabila terdapat pelbagai keraguan dalam kes, Plaintiff seharusnya mengemukakan keterangan untuk memperjelaskan keraguan dan bukan setakat berhujah bahawa Defendan gagal membuktikan akaun itu dibuka secara salah. Mahkamah ini bersetuju dengan pemerhatian Mahkamah Persekutuan dalalam kes Johara Bi Binte Abdul Kadir Marican v Lawrence Lam Kwok Fou (1981) 1 MLJ 139 di mana mahkamah Perseketuan memutuskan berikut:- “until unless the plaintiff had discharged the onus on her to prove her case on a balance of probabilities the burden did not shift to the defendant and no matter if the defendant’s case was completely unbelievable, the claim against the defendant must in this circumstances be dismissed “ [79] Memandangkan terdapat pelbagai keraguan ini, panggilan terhadap orang tengah/wakil ini sebenarnya adalah mustahak bagi membantu Mahkamah untuk menilai lebih lanjut tentang kes ini. Tambahan lagi, nama wakil ini telah tertera dalam Borang Permohonan Bekalan Elektrik di bawah Column 1C sebagai “Pengarah/keluarga atau saudara terdekat” sedangkan pengarah syarikat yang memiliki Premis bukan dia tetapi seorang lagi yang bernama Chee Wai Chee, Defendan juga telah menafikan mengenali orang bernama Wee Hong Hoo ini dan orang ini tiada apa-apa hubung kait dengannya – sila lihat jawapannya kepada soalan 22 dan 23 dalam WSSD1, bagaimanapun Peguamcara Plaintif hanya ingin meyakinkan mahkamah bahawa keterangan yang dikemukakan itu sudah mencukupi bagi membuktikan kesnya. [80] Dalam keadaan langsung tiada penjelasan kenapa saksi ini tidak boleh dipanggil dan tiada usaha ditunjukkan panggilan saksi ingin dibuat tetapi tidak berjaya, maka adalah memadai untuk mahkamah menggunapakai seksyen 114(g) Akta keterangan terhadap pihak Plaintif dalam keadaan kes ini. D. BEBAN PEMBUKTIAN [81] Mahkamah ini merujuk kepada kes Gerard Jude Timothy Pereira v. Kasi KL Palaniappan [2017] CLJU 889 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan berkenaan beban pembuktian di dalam kes sivil. “[50] As rightly pointed out by the learned trial judge himself, in a civil case the Plaintiff bears both the legal and evidential burden of proof (see: sections 101 and 103 Evidence Act 1950 ). It is also trite law that legal burden is imposed by law and remains with the Plaintiff throughout the trial and never shifts to the Defendant. On the other hand, evidential burden moves to and fro between the Plaintiff and the Defendant depending on the state of the evidence introduced at any one stage of the trial, and unless and until the Plaintiff discharges his evidential burden by establishing a prima facie case, there is no burden on the Defendant to prove his defence, no matter how weak his defence might be.” (penekanan ditambah) [82] Ini menandakan sebelum kita beredar kepada versi Defendan, adalah penting untuk pihak Plaintif membuktikan kes mereka dahulu dan jika Plaintif gagal berbuat demikian, tuntutan plaintif harus ditolak dan Mahkamah tidak perlu mempertimbangkan sama ada pihak Defendan berjaya membuktikan pembelaannya. [83] Dalam kes Tenaga Nasional Berhad v Perwaja Steel Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 673, Low Hop Bing J di halaman 673 telah menyatakan seperti berikut: “Under s 101(1) of the Evidence Act 1950, whoever desires the court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. In other words, the plaintiff must prove such facts as the plaintiff desires the court to give judgment as to its right to claim against the defendant or the defendant’s liability to pay the plaintiff. The burden of proof is on the plaintiff: s 101(2). In order to succeed here, the plaintiff must prove its claim affirmatively.” [84] Mahkamah Rayuan seterusnya memutuskan dalam Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia v One Big Option Sdn Bhd (2017) 1 LNS 1566 seperti berikut:- “…we remind yourself that at all times, the burden of proof lies with the plaintiff. The plaintiff has to establish its case on a civil burden of probabilities. The fact that the defendant did not call any witness and the even if the plaintiff’s evidence is unopposed does not necessarily mean that the evidence of the plaintiff satisfied the burden of proving that there was a variation agreed by the parties, and the burden of proving on the balance of probabilities no longer applies, or that a case to answer is automatically made out. The evidence adduced by the plaintiff must still be sufficient to prove the existence of purported variation and that the plaintiff was entitled to the payment.” [85] Plaintif telah bergantung kepada definisi “pengguna dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1970 yang menyatakan “Pengguna” bererti “orang yang dibekalkan dengan elektrik atau yang premisnya pada masa ini disambungkan bagi maksud pembekalan elektrik oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen” dan juga autoriti seperti Teh Kim Seng & Anor v Tenaga Nasional Berhad [2020] 1 LNS 903 yang menyatakan “as registered account holder, the Defendants as consumers of the Plaintiff are responsible for payments towards the account.” [86] Mahkamah mendapati hujahan Plaintif dalam perkara ini adalah tidak tepat kerana bagi tujuan menggunapakai seksyen 2 dan juga analisa dalam kes tersebut, Plaintif seharusnya membuktikan Defendan adalah orang yang membuat permohonan bekalan elektrik tersebut ataupun Defendan yang memiliki premis tersebut ataupun Defendan menggunakan premis tersebut sebagai penghuni ataupun penyewa. Contohnya, dengan menggunapakai kes yang disandarkan oleh Plaintif sendiri iaitu Teh Kim Seng, fakta kes ini jelas menunjukkan Defendan bernama Teh Kim Seng bersama Defendan yang lain sememangnya merupakan pemilik premis tersebut, fakta ini harus dibezakan dengan kes kita hari ini. [87] Plaintif juga telah bergantung kepada kes Thomas Thomas v Tenaga Nasional Bhd [2017] 4 CLJ 340 yang menyatakan berikut: “[20] Therefore, as far as consumption of electricity in the premises is concerned, it was the appellant’s sole responsibility, being the “consumer” under the agreement, to pay all outstanding charges due to TNB. On the evidence as found by the learned Sessions Court Judge and as affirmed by the learned High Court Judge on appeal, electricity had in fact been consumed during the period from 22 September 2004 to 21 December 2007. It is irrelevant who actually consumed the electricity.” (penekanan ditambah)” [88] Mahkamah mendapati kes Thomas Thomas harus dibezakan kerana yang pertama kes Thomas adalah satu kes berhubung pengusikan meter elektrik, kedua, dalam kes Thomas, perayu/Defendan adalah merupakan pemilik premis juga, cuma premis tersebut dikatakan telahpun disewa kepada pihak ketiga. Prinsip penting yang boleh dirumuskan melalui kes Thomas Thomas adalah seperti di keputusan held (4) iaitu “Although the premises was rented to and occupied by a third party and the appellant never occupied the premises, the appellant could not run away from the fact that the agreement for the supply of electricity to the premises was between him and TNB and did not involve any third party. It was the appellant’s sole responsibility, being the “consumer” under the agreement, to pay all the outstanding charges due to TNB.” [89] Kes ini jelas menunjukkan Perayu/Defendannya adalah pemilik premis dan perayu atau Defendan dalam kes ini juga tidak mempertikaikan bahawa beliau merupakan “registered account holder” bagi pembekalan elektrik kepada premis tersebut. Fakta ini penting kerana ia menunjukkan perayu dalam kes Thomas Thomas secara sukarela memasuki perjanjian pembekalan elektrik dengan TNB dan ini amat berbeza dengan kes kita hari ini. Dalam kes ini, Defendan telah menafikan ada membuat sebarang permohonan bekalan elektrik dan beliau juga tidak mempunyai sebarang hubungkait dengan premis tersebut, maka fakta kes adalah nyata berbeza. [90] Sekiranya hujahan Plaintif dalam isu ini diterima bulat-bulat — iaitu bahawa selagi nama seseorang kekal tersenarai dalam sistem TNB sebagai “registered account holder/consumer”, maka Mahkamah mesti memutuskan bahawa individu tersebut bertanggungjawab ke atas tunggakan tanpa mengambil kira pembelaan yang dikemukakan atau sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya — Mahkamah berpendapat bahawa itu bukanlah kedudukan undang-undang yang wajar atau boleh dirumuskan daripada kes-kes yang dirujuk oleh Plaintif. [91] Hal ini demikian kerana sekiranya kedudukan undang-undang adalah sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak Plaintif, maka tidak lagi timbul keperluan untuk sesuatu perbicaraan dijalankan bagi menilai keterangan, pembelaan, atau isu-isu material yang dipertikaikan dalam kes-kes seumpama ini, memandangkan penghakiman terus boleh sahaja dimasukkan pada peringkat awal tanpa penelitian lanjut. Pendekatan sedemikian jelas tidak selari dengan prinsip keadilan perbicaraan. Tambahan pula, bukanlah suatu prinsip undang-undang yang muktamad bahawa seorang pemegang akaun berdaftar mesti dipertanggungjawabkan dalam semua keadaan bagi semua bil tertunggak. Mahkamah ini telah menghuraikan dengan terperinci bahawa tiada sebarang anggapan undang-undang yang menetapkan bahawa seseorang pemegang akaun berdaftar semestinya merupakan pemohon kepada bekalan elektrik (sila rujuk kes Tan Xian Guang). Oleh itu, pendekatan yang dicadangkan oleh Plaintif adalah jelas bercanggah dengan prinsip asas pembuktian dalam tindakan sivil, yang menuntut setiap dakwaan dibuktikan berdasarkan keterangan yang sah dan boleh dipercayai. [92] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini berdasarkan alasan-alasan di atas, isu sama ada premis yang berkenaan adalah premis sebagaimana dalam tuntutan kerana berdasarkan keterangan terdapat dua nombor lot berbeza yang telah diberi tetapi tidak dijelaskan dengan keterangan dari pihak yang sewajarnya iaitu Majlis Subang Jaya (sila rujuk keterangan SP3 sendiri semasa pemeriksaan semula), sama ada Defendan yang mewakilkan penama Wee Hong Hoo untuk membuat permohonan bekalan elektrik, isu siapa yang menghantar gambar kad pengenalan Defendan kepada pihak Plaintif melalui emel yang disusuli, isu keesahan Perjanjian Sewa yang dikemukakan, isu tandatangan Defendan yang dinafikan, isu sama ada Defendan benar-benar merupakan penyewa di premis berkaitan menjadi isu-isu tergantung yang tidak dibuktikan atas imbangan dasar kebarangkalian. [93] Plaintif gagal mengemukakan bukti pada tahap imbangan kebarangkalian untuk meyakinkan mahkamah bahawa lebih daripada 51% Defendan merupakan penyewa yang telah memohon bekalan elektrik di premis sepertimana dalam Pernyataan Tuntutan. [94] Adalah nyata di sini bahawa beban pembuktian masih terletak di bahu Plaintif untuk membuktikan tuntutannya dan berpandukan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Johara Bi Binte Abdul Kadir Marican v Lawrence Lam Kwok Fou
1981
1 MLJ 139 seperti di atas, Mahkamah mendapati beban pembuktian masih belum beralih dan apabila wujudnya pelbagai keraguan material dalam kes ini, Plaintif seharusnya mengemukakan keterangan yang lebih kukuh, jelas dan menyeluruh bagi menghilangkan keraguan tersebut. Kegagalan Plaintif memanggil saksi penting, kegagalan menjelaskan ketidakselarasan dokumen, dan kegagalan membuktikan hubungan Defendan dengan premis atau permohonan tersebut telah menjejaskan kes Plaintif secara keseluruhan. [95] Oleh itu, berdasarkan keseluruhan keterangan, Mahkamah berpendapat Plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan atas imbangan kebarangkalian. Pelbagai keraguan yang tidak dijelaskan, dokumen yang tidak konsisten, ketiadaan keterangan saksi material, dan keterangan kontemporari Defendan yang konsisten semuanya menunjukkan bahawa Plaintif tidak berjaya menegakkan kesnya. E. KEPUTUSAN TUNTUTAN BALAS [96] Defendan dalam Tuntutan Balas Defendan telah menuntut daripada Plaintif, antara lainnya, sepertimana berikut di perenggan 28 tuntutan balasnya: a) Deklarasi bahawa akaun elektrik no. 210046370109 untuk Premis tersebut yang didaftarkan di atas nama Defendan adalah tidak sah dan harus dibatalkan serta merta; b) Deklarasi bahawa Defendan tidak berhutang kepada Plaintif apa-apa jumlah bagi akaun elektrik no. 210046370109 untuk Premis tersebut; c) Perintah bahawa Plaintif dengan serta-merta membatalkan nama Defendan yang didaftarkan di atas akaun elektrik no. 210046370109 untuk Premis tersebut daripada sistem komputer Plaintif dan menyerahkan satu pengesahan pembatalan tersebut kepada Defendan dalam 10 hari dari tarikh penghakiman; d) Gantirugi khas berkenaan yuran guaman sebanyak RM15,000.00; e) Gantirugi am berkenaan tekanan emosi dan gangguan mental yang menyebabkan Defendan kerap susah tidur; dan f) Gantirugi teladan supaya kecuaian tidak diulangi lagi. [97] Berdasarkan analisa dan dapatan Mahkamah di atas, Mahkamah membenarkan tuntutan balas (a) sehingga (c). [98] Bagi tujuan pertimbangan ke atas gantirugi khas, undang-undang adalah mantap bahawa Defendan perlu mengemukakan bukti untuk menunjukkan beliau telah pun mengalami kerugian dengan jumlah yang dinyatakan, dalam kes ini, tiada sebarang bukti pembayaran ditunjukkan bahawa RM15,000 telahpun dibayar oleh Defendan kepada peguam bagi mengendalikan tindakan ini, dengan ini Mahkamah menolak tuntutan gantirugi khas ini dan hanya akan mengambil kira perkara ini dalam taksiran kos bagi tindakan ini. [99] Bagi tuntutan balas di (e), Mahkamah mendapati tiada keterangan dokumen yang menunjukkan Defendan mengalami gangguan mental tetapi hanya masalah tidur yang didakwanya. Mahkamah mengambil maklum tindakan Plaintif sudah tentu akan menyebabkan kesulitan ke dalam hidup Defendan tetapi tidak bersetuju untuk memberi gantirugi khas dalam keadaan di mana Defendan gagal menunjukkan sebarang bukti ataupun nilai dalam tuntutan ini. Bagaimanapun, Mahkamah berpendapat satu ganti rugi am boleh dipertimbangkan selaras dengan prinsip undang-undang yang tertera dalam kes MGG Pillai v Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals [1995] 2 MLJ 493 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: “Counsel for the respondent, in answer to the submission made on behalf of the appellants, relied on the following passage in Lachman v Pyarchand AIR 1959 Raj 169 at p 175 which, in my view, correctly states the law: … General damages are damages which the law presumes to flow from, and as it were be the natural and probable consequence of the defendants’ act. Therefore general damages need not be pleaded specifically nor need any evidence be produced to prove them as such. I have no doubt that having regard to the pleading of the plaintiff in the present case, what he really claimed was general and not special damages. That being so it was not necessary for him to produce evidence to prove them. The learned civil judge was, therefore, wrong in thinking that no damages could be awarded to the plaintiff in this case because he had not really suffered any or he had failed to prove them. (Emphasis added)” [100] Dengan itu, Mahkamah bersetuju memberi gantirugi am sebanyak RM 8000 kepada Defendan dalam kes ini. [101] Bagi tuntutan balas gantirugi teladan supaya kecuaian tidak diulangi lagi, memandangkan Defendan telah menarik balik tuntutan balas tentang kecuaian TNB, tuntutan ini tidak perlu dipertimbangkan lagi. [102] Mahkamah setelah membuat keputusan di atas iaitu menolak tuntutan Plaintiff dan membenarkan sebahagian besar tuntutan balas Defendan memberi satu perintah kos seperti berikut iaitu Plaintif perlu membayar kos sebanyak RM 12,000 kepada pihak Defendan dalam kes ini. Bertarikh: 15 Disember 2025 (YONG LEOU SHIN) Hakim MAHKAMAH SESYEN Shah Alam Selangor Peguamcara Plaintif Noreen binti Mohd Fauzi Tetuan Hazidin Chan Kuala Lumpur. Peguamcara Defendan Lai Chee Min bersama Loo Pei Yen Tetuan CM Lai & Partners Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.