Sekiranya plaintif membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pengguna akaun nombor 210211298205, sama ada defendan atas imbangan kebarangkalian dapat membuktikan bahawa terdapat pemalsuan (“forgery”) dokumen dan tandatangan dalam permohonan bertarikh 7.1.2021 dan bahawa permohonan tersebut tidak dibuat oleh defendan? S/N yasZcHY360yWcmMilRnNTw Beban Pembuktian [8] Berdasarkan senarai isu di atas, jelas menunjukkan bahawa pertelingkahan utama dalam tindakan ini adalah berkisar kepada identiti pemohon dan pengguna elektrik yang dibekalkan oleh TNB di bawah akaun no. 210211298205 bagi premis tersebut. [9] Oleh itu, adalah menjadi tugas penting bagi pihak TNB untuk membuktikan kepada Mahkamah ini wujudnya kontrak pembekalan elektrik yang sah di antara TNB dan defendan berkenaan dengan premis tersebut. [10] Bagi tujuan pembuktian di atas, beban pembuktian di atas bahu plaintif (lihat s.101 Akta Keterangan, 1950) adalah atas imbangan kebarangkalian sebelum beban pembuktian sebaliknya boleh dipindahkan kepada defendan. [11] Dengan bahasa yang mudah, pembuktian atas imbangan kebarangkalian bermakna sekiranya sesuatu perkara telah dibuktikan kebarangkaliannya 51 peratus, maka ia akan dianggap telah berlaku atau terjadi, dan jika telah dibuktikan kebarangkaliannya 49 peratus, ia akan diputuskan sebagai tidak S/N yasZcHY360yWcmMilRnNTw berlaku atau terjadi (per Mohd Zawawi Salleh H (pada ketika itu) dalam kes Haries Kumar Muthragi v Kerajaan Malaysia & Yang Lain [2011] 1 LNS 1058). Apakah Kontrak di antara TNB dan Defendan? [12] Kontrak di antara TNB dan defendan seperti dalam tuntutan adalah Kontrak Bekalan Elektrik ke premis tersebut. [13] Berdasarkan perbicaraan yang telah dijalankan, fakta-fakta berkenaan kewujudan premis tersebut dan elektrik telah dibekalkan ke premis tersebut tidak menjadi pertikaian. [14] Fakta berkenaan terdapat bil tunggakan sebagaimana yang dituntut juga tidak dipertikaikan. [15] Pertikaian adalah adakah defendan di hadapan Mahkamah ini adalah pihak dalam kontrak bekalan elektrik ke premis tersebut? [16] Dengan erti kata lain, adakah defendan yang menandatangani dan mengisi Borang Permohonan Elektrik tersebut dan seterusnya menyerahkannya kepada pihak TNB? S/N yasZcHY360yWcmMilRnNTw Hujahan TNB [17] Berdasarkan keterangan SP1 dan SP2, TNB berhujah bahawa Vicky Ho Wai Chie dalam rekod TNB dan defendan dalam kes ini adalah orang yang sama dan defendan sendiri yang memasuki kontrak pembekalan elektrik berkenaan premis tersebut. Berikut adalah asas yang dipegang oleh plaintif- [a] Nur Eliza binti Mohd Noor, SP1 telah mengesahkan bahawa permohonan bekalan elektrik telah dilakukan oleh defendan pada 07.01.2021. [b] SP1 merupakan individu yang bertanggungjawab mengisi ID- 1 berdasarkan dokumen-dokumen yang telah dimajukan oleh defendan di mana yang sama telah dihantar oleh defendan kepada TNB bagi tujuan permohonan bekalan elektrik. [c] ID-1 adalah Borang Permohonan Bekalan Elektrik (muka surat 169-170 Bahagian C Ikatan B). S/N yasZcHY360yWcmMilRnNTw [d] ID-1 perlu diterima sebagai eksibit kerana telah memenuhi kriteria s. 73A(1)(a)(i) Akta Keterangan, 1950 di mana SP1 mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen tersebut. Oleh itu wajar ditanda P-1. [e] ID-1 telah disediakan oleh SP1 dengan dokumen-dokumen sokongan sebagaimana Eksibit P3, P4, P5, P6, P7, P8, P10 dan P12. [f] P3 adalah sesalinan Borang G iaitu Borang Perakuan dan Penyelidikan Akta Bekalan Elektrik, 1990 (muka surat 172- 173 Ikatan B). SP1 telah mengesahkan bahawa beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengisi P3 berdasarkan dokumen-dokumen yang telah dimajukan oleh defendan. Defendan tiada bantahan terhadap dokumen ini. [g] P4 pula merupakan Borang H iaitu Borang Perakuan Ujian Akta Bekalan Elektrik, 1990. Manakala P5 adalah sesalinan Keputusan Ujian. SP1 telah mengesahkan bahawa beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengisi S/N yasZcHY360yWcmMilRnNTw P4 dan P5 (muka surat 174-176 Ikatan B). Defendan tiada bantahan terhadap dokumen ini. [h] P6 adalah salinan Perakuan Kompeten Sebagai Pendakwai Elektrik di mana dokumen tersebut mengesahkan bahawa Wong Siak Owan @ Wong Siak Onn merupakan individu yang didaftarkan di bawah kategori PW4 dengan Suruhanjaya Tenaga dan berhak untuk menandatangani setiap dokumentasi yang dikemukakan untuk didaftarkan kepada TNB (muka surat 177 Ikatan B). Defendan tiada bantahan terhadap dokumen ini. [i] P7 adalah salinan Borang Q iaitu Perakuan Pendaftaran Sebagai Kontraktor Elektrik Kelas A di bawah Akta Bekalan Elektrik, 1990 yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (muka surat 178 Ikatan B). Defendan tiada bantahan terhadap dokumen ini. [j] P8 adalah salinan schematic diagram yang telah disediakan oleh Syarikat Jardi Jaya Sdn Bhd dalam memproses dokumentasi permohonan bekalan elektrik (muka surat 179 Ikatan B). Defendan tiada bantahan terhadap dokumen ini. S/N yasZcHY360yWcmMilRnNTw [k] P10 adalah lokasi premis tersebut yang diambil dari google map setelah disahkan oleh defendan (muka surat 184 Ikatan B). Defendan tiada bantahan terhadap dokumen ini. [l] P12 adalah salinan gambar-gambar premis tersebut (muka surat 187 Ikatan B). Defendan tiada bantahan terhadap dokumen ini. [m] Kesemua dokumen di atas, kemudiannya, diserahkan kepada defendan dan defendan akan ke TNB untuk membuat permohonan bekalan elektrik. [n] SP1 telah mengesahkan bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan semasa melakukan urusan penyerahan dokumen-dokumen di atas. [o] SP1 telah mengecam defendan pada hari bicara. [p] Encik Mohd Nazri bin Zakaria, SP2 telah mengesahkan bahawa permohonan untuk bekalan elektrik telah dibuat secara fizikal di Wisma TNB Kuantan oleh defendan pada 7.01.2021 dan SP2 yang menerima permohonan tersebut. S/N yasZcHY360yWcmMilRnNTw [q] SP2 telah membuat pengesahan identiti pemohon dengan membuat perbandingan antara salinan photostat dokumen-dokumen berikut dengan salinan asal dokumen-dokumen berikut- - salinan kad pengenalan atas nama Vicky Ho Wai Chie. ID-9 - Salinan Perjanjian Penyewaan antara Vijayakumar A/L Balasubramaniam dan Vicky Ho Wai Chie. Dapatan Mahkamah Berkenaan Kontrak [18] Ini adalah penelitian dan dapatan Mahkamah akan keterangan dan bukti-bukti yang dikemukakan. [19] Berdasarkan keterangan saksi-saksi TNB, permohonan pembekalan elektrik kepada premis tersebut adalah dibuat secara manual dan bukan melalui atas talian. Pada masa tersebut tidak ada sistem cap jari bagi tujuan pengesahan. S/N yasZcHY360yWcmMilRnNTw [20] Dalam Ikatan B, satu dokumen dalam senarai dokumen telah diberi nama Kontrak Bekalan Elektrik di muka surat 185-186. [21] Melalui SP2, dokumen yang telah diberi nama Kontrak Bekalan Elektrik tersebut telah ditanda sebagai Eksibit P11. [22] Eksibit P11 sebenarnya hanyalah cetakan daripada sistem TNB, BCRM yang merekodkan butiran defendan selaku pengguna seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor akaun pengguna, alamat premis dan alamat yang diberikan semasa permohonan elektrik yang disimpan di dalam sistem TNB (lihat Q&A no. 12 Penyata Saksi SP2). S/N yasZcHY360yWcmMilRnNTw [23] Data-data tersebut adalah diperolehi daripada Borang Permohonan Elektrik tersebut (ID-1) dan juga dokumen-dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan defendan, ID-2 dan Perjanjian Penyewaan tersebut, ID-9. [24] Kontrak yang melibatkan TNB dan defendan adalah kontrak pembekalan elektrik. Ia terbentuk bukan melalui Eksibit P11. [25] Kontrak pembekalan elektrik yang melibatkan premis tersebut terbentuk apabila Borang Permohonan Elektrik tersebut di ID-1 diluluskan dan diterima oleh TNB sebagaimana di muka surat 170 Ikatan B (lihat Bahagian 3/Part 3: Untuk Kegunaan Pejabat TNB/For TNB Office Use) dan pembayaran yang ditetapkan oleh TNB telah dijelaskan (SP2 dan SP3 telah mengesahkan pembayaran tersebut namun tidak mengetahui siapa yang membuat bayaran dan di mana) (kes Abdul Rashid v Island Golf Properties Sdn Bhd [1989] adalah dirujuk). S/N yasZcHY360yWcmMilRnNTw Adakah Defendan dalam kes ini adalah pihak yang menandatangani Kontrak Pembekalan Elektrik sebagaimana yang diterangkan dalam perenggan 25 di atas? [26] Memandangkan isu identiti adalah mustahak dalam kes ini bagi memastikan bahawa pihak yang berkontrak dengan TNB adalah sebenar-benarnya defendan dalam kes ini dan beliau bersetuju untuk memasuki kontrak tersebut (element of consent in a contract), TNB telah cuba membuktikan perkara tersebut melalui-