Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove those facts exists “. STANDARD PEMBUKTIAN [ 11 ] Standard pembuktian di dalam kes-kes sivil adalah atas imbangan kebarangkalian. Dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi ( A child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors (2016) 2 CLJ 885, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “ The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not.” [ 12 ] Begitu juga dalam kes Tenaga Nasional Bhd v Empayar Canggih Sdn Bhd [2013] CLJU 637 Mahkamah menyatakan bahawa: “.. In the Court of Appeal case of Marwin Industries Sdn Bhd v Tenaga Nasional Berhad (Civil Appeal No.J-02(NCVC) -3147-12 of 2011) the court held, inter alia as follows : Tenaga Nasional Berhad’s claim is a civil one for loss of revenue and made under s 38 (5) Electricity Supply Act 1990. In our judgment, the burden of proof in such a case is on a civil standard ie on a balance of probabilities”. DAPATAN MAHKAMAH Isu Pertama : Samada defendan merupakan pengguna berdaftar bagi pembekalan tenaga elektrik oleh plaintif bagi akaun pengguna no. 0290 00440230 (akaun lama) / 220481999503 (akaun baru) bagi premis yang beralamat di No.3A, Tingkat 1. Lorong BLM ¼, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman [ 13 ] Dalam Fakta yang telah dipersetujui (Kandungan 11), telah dipersetujui bahawa defendan merupakan pengguna berdaftar bagi pembekalan tenaga elektrik oleh plaintif bagi akaun pengguna no. 0290 00440230 (akaun lama) / 220481999503 (akaun baru) bagi premis yang beralamat di No.3A, Tingkat 1. Lorong BLM ¼, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. [ 14 ] Defendan sendiri semasa memberikan keterangan , mengakui bahawa beliau ada memohon bekalan elektrik dari TNB bagi Premis tersebut dan telahpun didaftarkan sebagai pengguna berdaftar dengan TNB . Premis tersebut juga telah dibekalkan bekalan elektrik sebagaimana permohonan beliau. [ 15 ] Oleh itu, defendan adalah seorang pengguna bagi maksud s.2 Akta Bekalan Elektrik 1990 dan mempunyai obligasi kontrak terhadap plaintif dari segi undang-undang. Isu Kedua : Samada terdapat pengusikan pada pepasangan meter di premis defendan [ 16 ] Salwa binti Azmi SP2 iaitu juruteknik (Detection OPC North,SEAL Section) TNB telah memberikan keterangan beliau melalui pernyataan saksi (WS-2). Beliau yang bertindak sebagai ketua pasukan telah menjalankan pemeriksaan meter di Premis tersebut pada 26/3/2019 bersama-sama 2 juruteknik yang lain iaitu Zaid bin Idris (SP1) sebagai jurugambar dan Mohd Syaffiq bin Mohamad Jumli . [ 17 ] Langkah-langkah yang telah diambil oleh SP2 dan pasukan apabila tiba di Premis tersebut adalah seperti berikut: i. Mengenalpasti kedudukan meter yang berada di dalam Premis defendan dan memastikan nombor siri meter adalah sama dengan maklumat di dalam sistem TNB iaitu no. 415438889 seperti Display Work Order [Ekshibit P-2]; ii. Memeriksa dan mengisi maklumat di Borang Pemeriksaan dan Pengujian Pepasangan Meter-Arus Penuh 3 Fasa [ Ekhibit P-3]; iii. Mengisi maklumat jangka sebelum pemeriksaan atau tindakan pembetulan dibuat [Ekhibit P-4]; iv. Memeriksa fizikal meter tersebut dan mendapati sil,rivet dan pelekat keselamatan dalam keadaan baik. Ujian perbandingan arus secara am juga mendapati meter berfungsi dengan baik; v. Membuat pemeriksaan di kawasan Premis tersebut dan berhampiran dengan pepasangan meter defendan dan mendapati terdapat sambungan terus menggunakan wayar asing berwarna hitam pada sesalur kaki lima masuk ke dalam Premis Tersebut tanpa melalui meter [Ekhibit P-1 (g)]; vi. Menggunakan clamp meter bagi mengetahui arus semasa bagi ketiga-tiga arus pada wayar sambungan terus tersebut dan hasil bacaannya adalah: Fasa merah : 162.5A Fasa kuning : 169.3A Fasa biru : 135.0A vii. Memasuki Premis tersebut di tingkat 1 dan menemui wayar asing hitam yang merupakan sambungan terus dari sesalur kaki lima yang dijumpai semasa di tingkat bawah dan mesin bitcoin [Ekhibit P-1(h); viii. Menanggalkan wayar sambungan terus [Ekhibit P-1(j)] dan memasukkan wayar tersebut ke dalam beg eviden no. 00055401 [Ekhibit P-1(l)]; dan ix. Menyerahkan surat Pemakuman Semakan Pepasangan Meter Elektrik oleh TNB [Ekhibit P-5], Surat Pemberitahuan Pengambilan Bahan-Bahan Bukti [Ekhibit P-6] dan Notis Pemotongan Bekalan Elektrik [Ekhibit P-7] kepada saksi defendan yang hadir. [ 18 ] Ujian perbandingan arus yang dibuat oleh SP2 diringkaskan seperti berikut: Meter [ Ekhibit P3] Fasa merah : 0.1A Fasa Kuning : O.38A Fasa biru : 0A Wayar sambungan terus warna hitam Fasa merah : 162.5A Fasa kuning : 169.3A Fasa biru : 135.0A [ 19 ] Berdasarkan kepada ujian dan penemuan yang ditemui oleh SP2 ke atas meter tersebut dan terdapat bukti kejanggalan pada meter tersebut, SP-2 telah membuat laporan polis Sungai Petani 7681/19 [ Ekhibit-P10]. [ 20 ] Oleh yang demikian , telah berlakunya pengusikan yang menyebabkan meter tidak merekodkan jumlah penggunaan elektrik yang sebenar di Premis tersebut. Isu Ketiga: Samada pengusikan pada pepasangan meter di premis defendan telah menyebabkan meter di premis defendan gagal untuk merekodkan penggunaan sebenar arus elektrik yang menyebabkan bil-bil yang diserahkan kepada defendan adalah kurang berbanding penggunaan elektrik sebenar [ 21 ] Dari keterangan saksi – saksi plaintif , telah dibuktikan bahawa telah berlaku pengusikan meter dengan cara membuat sambungan terus menggunakan wayar asing berwarna hitam pada sesalur kaki lima masuk ke dalam Premis Tersebut tanpa melalui meter. Ini menyebabkan meter tidak merekodkan bacaan sebenar penggunaan elektrik. [ 22 ] Seksyen 38(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 membenarkan pemegang lesen iaitu TNB untuk menuntut apa-apa kerugian akibat daripada kesalahan yang dilakukan di bawah s. 37 (1), 37(3) dan 37 (14) Akta yang sama. [ 23 ] Asas tuntutan TNB di sini adalah melalui tindakan sivil berdasarkan s.38(5) Akta Bekalan Elektrik 1990. “(5) The amount stated in the written statement under subsection (4) shall , within the period specified in the statement, be due and payable to the licensee and in default of payment such amount shall be recoverable by civil action in court”. [ 24 ] Mengenai jumlah pengiraan amaun kerugian hasil pula, Mahkamah telah meneliti kepada keterangan Nurulain Eliana binti Abdul Halim (SP-4) dan Nur Nadia binti Mohd Aziz (SP5) yang telah memberikan keterangan mengenai bagaimana pengiraan amaun kerugian hasil sebanyak RM158,346.70 (termasuk kos operasi) diperolehi akibat bacaan meter tidak merekodkan bacaan sebenar akibat pengusikan meter di Premis tersebut. [ 25 ] Pengiraan adalah menggunakan kaedah Beban Kehendak Maksima sebagaimana Garis Panduan Prosedur Tuntutan Kerugian Hasil oleh Pemegang Lesen Bagi Kes-Kes Penggunan Elektrik Dengan Curang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. [ 26 ] Memandangkan catatan kejanggalan adalah disebabkan terdapatnya sambungan terus bagi ketiga-tiga fasa dan neutral menggunakan wayar asing hitam pada sesalur kaki lima masuk ke Premis tersebut tanpa melalui meter , maka kaedah Beban Kehendak Maksima adalah sesuai digunakan bagi kejanggalan sambungan terus tersebut. [ 27 ] TNB telah berjaya membuktikan melalui SP4 dan SP5 menegnai pengiraan amaun terkurang caj yang dituntut oleh TNB akibat dari pengusikan meter di Premis tersebut melalui Pengiraan Amaun Kerugian Hasil dan Perbelanjaan [ekhibit P-14]. Keterangan SP4 adalah konsisiten dengan keterangan SP5 yang menyemak, memperakui dan meluluskan pengiraan yang dibuat oleh SP4 tersebut. [ 28 ] Berdasarkan Pengiraan Amaun Kerugian Hasil dan Perbelanjaan [ekhibit P-14], didapati purata penggunaan elektrik sebelum pemeriksaan meter adalah hanya 55kwh. Namun setelah pemeriksaan meter dilakukan, purata penggunaan meter adalah sebanyak 963.7kwh sehari. Contohnya di P-14 di kolum tarikh 20/6/2018 bil yang dikeluarkan hanyalah RM14.09, namaun selepas pelarasan dibuat, bil sebenar sepatutnya adalah sebanyak RM9,664.47. [ 29 ] Secara ringkasnya pengiraan jumlah bil yang tidak direkodkan adalah seperti berikut: Jumlah bil sebenar (termasuk KWTBB dan lain-lain) RM158,532.07 (-) Jumlah bil yang telah dikeluarkan RM 385.33 Jumlah yang terhutang RM158,146.74 (+) Kos operasi RM 200.00 Penggenapan RM (0.04) Jumlah RM158,346.70 [ 30 ] Mahkamah juga merujuk kepada kes Tenaga Nasioanal Berhad v Ichi Ban Plastic (M) Sdn Bhd [2018] 3 MLJ 141 dan Claybricks & Tiles Sdn Bhd v Tenaga Nasional Berhad [ 2007] 1 MLJ 217 , mengenai pengiraan kerugian hasil. [ 31 ] TNB telah juga menghantar Surat Tuntutan Bagi Amaun Kerugian Hasil dan Perbelanjaan Serta Caj Berkaitan Akibat Mengganggu/ Mnegubahpinda/ Merosakkan Pepasangan Meter TNB [ Ekshibit P-20]. SP5 seorang eksekutif merupakan seorang yang diberikuasa oleh TNB untuk mengeluarkan dan menandatangnai surat tuntutan tersebut. [ 32 ] Ekshibit P-20 merupakan bukti prima facie bagi tuntutan TNB ini sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 38 (4) Akta Bekalan Elektrik 1990. Adalah beban kepada pihak defendan untuk menyangkal bukti prima facie tersebut . [ 33 ] Pihak defendan telah mengemukakan surat dari Tetuan Naga & Associates [Ekshibit D-24] yang mengesahkan tarikh penyerahan kunci Premis tersebut kepada Pihak Ketiga Kedua pada 19/1/2019. Walaubagaimanapun rekod TNB menunjukkan terdapat penggunaan elektrik sebelum 19/1/2019 lagi. Rujuk kepada [ekshibit P-14] untuk rekod penggunaan kwh dan bil-bil yang telah dikeluarkan bagi Premis tersebut. Berdasarkan [ekshibit P-14] tersebut adalah jelas bahawa terdapatnya rekod penggunaan elektrik dan bil yang dikeluarkan bermula dari tarikh pelarasan dibuat iaitu dari 18/5/2018 sehingga tarikh 19/1/2019. [ 34 ] Pengiraan yang dibuat oleh SP-4 dan SP-5 dari TNB adalah munasabah dan dibenarkan oleh undang-undang dan ianya gagal disangkal oleh pihak defendan. Pengusikan pada pepasangan meter di premis defendan telah menyebabkan meter di premis defendan gagal untuk merekodkan penggunaan sebenar arus elektrik yang menyebabkan bil-bil yang diserahkan kepada defendan adalah kurang berbanding penggunaan elektrik sebenar. Isu Keempat : Samada defendan bertanggungan terhadap jumlah penggunaan elektrik yang tidak direkodkan untuk tempoh 18/5/2018 hingga 26/3/2019 dan kos operasi yang berjumlah RM158,346.70 . [ 35 ] Adakah TNB berhak menuntut jumlah ynag terkurang caj sebanyak RM158,346.70 termasuk kos operasi akibat dari pengusikan meter di premis tersebut?. [36 ] Telahpun dibuktikan bahawa defendan adalah pengguna berdaftar bagi bekalan elektrik di Premis tersebut melalui kontrak pembekalan elektrik dengan TNB. Juga tidak dipertikaikan bahawa defendan juga merupakan pemilik berdaftar bagi Premis tersebut. Kes-kes terdahulu telah memutuskan bahawa pengguna berdaftar adalah bertanggungan membayar bil elektrik yang dibekalkan ke premis pengguna berkenaan. [ 37 ] Kes-kes yang boleh dirujuk sebagai panduan adalah: