Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - A52NCVC-45-12/2021 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD PLAINTIF DAN WONG HAN KEONG DEFENDAN DAN SIMFONI DUNIA SDN BHD PIHAK KETIGA
BI-A52NCvC-45-12/2021
Sessions Court of Malaysia17 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - A52NCVC-45-12/2021 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD PLAINTIF DAN WONG HAN KEONG DEFENDAN DAN SIMFONI DUNIA SDN BHD PIHAK KETIGA
1
Mahkamah dalam tindakan telah memberi keputusan setelah selesai perbicaraan penuh. Dalam membuat keputusan, Mahkamah telah 01/10/2025 16:24:04 BI-A52NCvC-45-12/2021 Kand. 110 memutuskan bahawa pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan kes di bawah imbangan keberangkalian terhadap pihak Defendan. Mahkamah dengan ini menolak tuntutan pihak Plaintif terhadap pihak Defendan dengan kos RM3,000. Tuntutan balas oleh Defendan terhadap Plaintif dibenarkan iaitu Mahkamah hanya memberi award untuk ganti rugi teladan sebanyak RM30,000.
2
Berkaitan tuntutan Defendan terhadap Pihak Ketiga, Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah berjaya membukti kes dengan imbangan keberangkalian terhadap Pihak Ketiga. Mahkamah dengan ini membuat perintah bahawa dua(2) perjanjian sewa beli yang bertarikh 28.2.2019 adalah tidak sah dan terbatal. Mahkamah memerintahkan award gantirugi teladan RM15,000 dibayar oleh Pihak Ketiga kepada Defendan. Kos RM2,000 oleh Pihak Ketiga kepada Defendan .
3
Plaintif kemudian tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diberi oleh Mahkamah pada 17 Julai 2025 dan telah merayu terhadap keputusan tersebut.
4
Plaintif sebuah syarikat berhad yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di no 129, Jalan Bangsar,59200 Kuala Lumpur dan adalah penegang lesen di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990. Defendan telah memohon kepada Plaintif bekalan elektrik dan Plaintif telah bersetuju memberikan bekalan tersebut melalui akaun no 6180210124124009 (baru) bagi premis no 3-2, Jalan Vista Valley 3, Semenyih Vista Valley,Semenyih (selepas ini dikenalai sebagai Premis Pertama tersebut ) dan akaun no 6180210125015107 (baru) bagi premis no 2-2,Jalan Vista Valley 1, Semenyih Vista Valley, Semenyih (selepas ini dikenali sebagai Premis Kedua tersebut ).
5
Plaintif pada 12.11.2019 jam antara 11.00 pagi hingga 12.30 melalui pekerja dan/atau pengkhidmatnya telah melakukan pemeriksaan ke atas pepasangan meter di premis pertama tersebut telah mendapati terdapat pengusikan pada pepasangan meter tersebut dan terdapat pendawaian terus dari incoming live TNB dan neutral ke DB pengguna bagi ketiga-tiga fasa tanpa melalui meter.
6
Plaintif kemudian telah melakukan pembaikan ke atas pepasangan meter di premis pertama tersebut. Plaintif kemudian pada 14.11.2019 telh membuat laporan polis ( rujuk P5). Plaintif kemudian telah membuat pengiraan dan mendapati penggunaan tenaga eletrik yang tidak direkod untuk tempoh dari 25.3.2019 hingga 12.11.2019 dan kerugian hasil berjumlah RM90,754.24.
7
Plaintif pada 12.11.2019 jam antara 12.45 hingga 1.45 petang melalui pekerjanya telah melakukan pemeriksaan ke atas pepasangan meter di premis kedua tersebut telah mendapati terdapat pengusikan pada pepasangan meter iaitu sil penutup meter tiada dan terdapat pendawaian terus dari incoming live TNB dan neutral ke DB pengguna bagi ketiga-tiga fasa tanpa melalui meter.
8
Plaintif kemudian telah melakukan pembaikan ke atas pepasangan meter di premis kedua tersebut. Plaintif kemudian pada 14.11.2019 telah membuat laporan polis ( rujuk P5). Plaintif kemudian telah membuat pengiraan dan mendapati penggunaan tenaga eletrik yang tidak direkod untuk tempoh dari 25.3.2019 hingga 12.11.2019 dan kerugian hasil berjumlah RM89,488.25.
9
Defendan adalah individu yang mempunyai alamat kediaman di no 57, Jalan Menglembu Bestari 12, Halaman Menglembu Bestari 31450 Menglembu, Perak.
10
Defendan menyatakan bahawa beliau tidak pernah menetap di alamat no 3-2, Jalan Vista Valley 3, Semenyih Vista Valley,Semenyih dan di premis no 2-2,Jalan Vista Valley 1, Semenyih Vista Valley, Semenyih. Defendan juga menegaskan tidak pernah mendaftar apa-apa akaun TNB dengan syarikat Plaintif 11. Defendan juga menyatakan bahawa tidak pernah memasuki perjanjian/kontrak pembekalan elektrik dengan Plaintif dan tanda tangan dalam apa-apa dokumen permohonan bukan tanda tangan Defendan. Defendan juga menegaskan bahawa salinan kad pengenalan beliau telah digunakan dalam permohonan tersebut mempunyai nama sama dengan Defendan tetapi gambar yang berlainan dengan Defendan.
12
Defendan telah membuat tuntutan balas terhadap Plaintif iaitu i. Plaintif tidak mempunyai kuasa tindakan terhadap Defendan. Defendan telah melakukan kecuaian dengan mendaftar Defendan sebagai pengguna bekalan elektrik untuk premis pertama dan kedua tersebut tanpa merujuk kepada Defendan untuk pengesahan yang sahih. ii. Defendan menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan untuk ditaksirkan oleh Mahkamah. Isu yang perlu Mahkamah putuskan sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan Defendan adalah individu sebenar yang telah didaftarkan kepada akaun untuk premis pertama dan kedua tersebut.
13
Di dalam membincangakan isu ini, Mahkamah perlu meneliti kepada keterangan saksi dan dokumen yang berkaitan dengan proses permohonan untuk mendapatkan bekalan eletrik.
14
Mahkamah telah meneliti kepada keterangan SP5 yang bertugas menguruskan permohonan bekalan elektrik, penutupan akaun, aduan dan apa-apa yang berkaitan dengan TNB. SP5 menyatakan bahawa permohonan untuk bekalan elektrik adalah dibuat secara atas talian melalui portal TNB (online selfservice portal ).
15
SP5 menyatakan bahawa Defendan adalah pengguna berdaftar untuk bekalan elektrik untuk 2 akaun iaitu akaun no 6180210124124009 dan akaun no 6180210125015107. Semasa membuat permohonan Defendan telah memuat naik ;
1
Borang 9, Akta Syarikat bagi syarikat Simfoni Dunua Sdn Bhd.
2
Borang 49 Akta Syarikat iaitu Return Giving Particulars In Registter of Directors, Managerand Secretaries and Changes of Particular.
3
Salinan kad pengenalan Liew Teng Yaw.
4
Salinan kad pengenalan Defendan
5
Salinan perjanjian penyewaan antara Simfoni Dunia Sdn Bhd dan Defendan.
16
Defendan telah memuat naik kesemua dokumen ke dalam sistem TNB bersama dengan borang permohonan. SP5 menyatakan borang yang teratur serta lengkap sahaja akan diproses dan SP5 akan membuat semakan tersebut .
17
SP5 mengesahkan bahawa permohonan atas talian tidak memerlukan tandatangan di dokumen permohonan. Bagi perjanjian penyewaan ,tidak perlu dikemukakan seluruh perjanjian, yang perlu dikemukakan ialah muka surat daripada tuan tanah dengan penyewa, muka surat yang ada tanda tangan dan alamat premis.
18
SP5 menyatakan bahawa permohonan Defendan telah teratur, maka permohonan diluluskan melalui sistem TNB. Apabila permohonan diluluskan dan didaftarakan, maka dikeluarkan surat deposit dan ada pembayaran.
19
Mahkamah berpandangan bahawa tidak dinafikan bahawa Plaintif telah mendaftar Defendan sebagai pemunya berdaftar kepada 2 akaun untukmembekalkan elektrik kepada kedua-dua premis tersebut kerana sistem telah meluluskan permohonan tersebut .
20
Persoalan yang Mahkamah perlu teliti ialah adakah Defendan sendiri yang membuat permohonan untuk bekalan elektrik tersebut. SP 5 menyatakan bahawa terdapat buku panduan berkaitan proses permohonan secara atas talian tetapi ia tidak dikemukakan kepada Mahkamh agar Mahkamah dapat meneliti dengan lebih mendalam proses permohonan tersebut.
21
SP5 bersetuju bahawa tiada semakan dibuat mengenai permohonan yang sebenar kerana semua dibuat melalui sistem sahaja . Mahkamah dapati bahawa apabila tiada semakan dibuat berkaitan permohonan atas talian maka ini membolehkan ia disalahgunakan oleh individu yang mempunyai niat untuk menipu dalam permohonan tersebut.
22
SP5 mengesahkan bahawa jika nama , no kad pengenalan dan alamat sama dan tepat maka permohonan akan diluluskan.
23
SD1 adalah pegawai yang mempunyai akses penuh kepada rekod-rekod maklumat kad pengenalan JPN. SD1 telah menyatakan bahawa kad pengelan di muka surat 6 dan 8 di dalam Ikatan Dokumen bertanda D adalah palsu selepas merujuk kepada sistem JPN. Plaintif telah gagal untuk mengesahkan tentang keesahan berkaitan kad pengenalan yang dimuat naik tersebut adalah Defendan yang sebenarnya.
24
SP5 sendiri dalam keterangan menyatakan bahawa pada tahun 2019 ,TNB tiada mempunyai alat untuk membuat pengesahan berkaitan dengan keesahan kad pengenalan pemohon yang memohon untuk bekalan elektrik.
25
Atas alasan di atas,maka Mahkamah berpandangan bahawa pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa Defendan adalah pemunya berdaftar sebenar kepada dua akaun bekalan elektrik tersebut.
26
Mahkamah juga telah membuat dapatan berkaitan dengan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif iaitu Plaintif telah cuai dalam mendaftarkan Defendan sebagai pemunya berdaftar kedua premis tersebut tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada Defendan dan gantirugi am dan teladan atas kecuaian Plaintif.
27
Defendan ( kemudian dirujuk sebagai SD 2) dalam keterangan menyatakan tidak ada membuat permohonan elektrik daripada TNB. SD 2 syak bahawa nama beliau telah digunakan oleh pihak lain dan SD2 telah membuat laporan polis pada 4.1.2022.
28
Mahkamah berpandangan bahawa Plaintif sebagai sebuah Syarikat yang mengendalikan bekalan eletrik kepada yang memohon adalah perlu mempunyai satu sistem permohonan secara online yang selamat dan boleh memastikan bahawa permohonan yang dimuat naik adalah mengandungi butir-butir maklumat yang benar.
29
Mahkamah meneliti kepada keterangan SP5 yang menyatakan bahawa bila salinan kad pengenalan dan perjanjian sewa dimuat naik. Sistem akan hanya akan ibold nama SD2, no kad pengenalan dan sama dengan nama diperjanjian, maka sistem akan submit dan bermakna dokumen telah lengkap kemudian deposit akan dikira dan dihantar kepada emel SD2 dan SD2 akan buat pembayaran.
30
SP5 mengesahkan bahawa pada ketika permohonan secara online ini digunakan pada tahun 2019, tiada langkah-langkah percegahan berkaitan permohonan palsu atau fraud/tipu.
31
Mahkamah telah meneliti kepada P31E iaitu kad pengenalan SD2 dan mendapati bahawa nama dan no kad pengenalan sama tapi wajah pada kad pengenalan ada berbeza. Juga diteliti kepada borang permohonan yang dikatakan oleh SD2, jika dilihat kepada nama ibu SD2 adalah bernama Rozita yang mana dinafikan oleh SD2. SP5 mengesahkan bahawa tiada pemeriksaan oleh pegawai secara fizikal.
32
Mahkamah mendapati adalah terdapat kecuaian dipihak Plaintif terhadap SD 2 kerana Plaintif telah gagal untuk mengambil langkah munasabah untuk memastikan tiada unsur penipuan oleh pemohon yang membuat permohonan bekalan elektrik secara online. Atas dapatan tersebut maka Mahkamah telah membenarkan tuntutan balas SD 2 dan memerintahkan Plaintif untuk membayar gantirugi teladan sebanyak RM30,000 kepada SD 2.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.