Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI-A52NCVC-39-11 TAHUN 2024 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD PLAINTIF DAN YEOH PAIK KEE DEFENDAN
BI-A52NCvC-39-11/2024
Sessions Court of Malaysia12 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI-A52NCVC-39-11 TAHUN 2024 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD PLAINTIF DAN YEOH PAIK KEE DEFENDAN
1
Ini adalah permohonan Defendan di Lampiran 21 iaitu; a) Guaman BI-A72NCvC-224-12/2023 dan guaman BI-A72NCvC-156- 12/2024, kedua-dua yang masih berterusan dalam Mahkamah Majistret di Bandar Baru Bangi, dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di Bandar Baru Bangi dan disatukan dengan dengan guaman ini untuk dibicarakan bersama. 23/02/2026 14:03:34 BI-A52NCvC-39-11/2024 Kand. 46 b) Alasan adalah kerana persoalan undang-undang dan fakta yang berbangkit, dan juga relief yang dituntut oleh Plaintif serta pembelaan oleh Defendan dalam guaman-guaman tersebut adalah sama. Adalah lebih adil dan mudah jika guaman-guaman tersebut dibicarakan bersama.
2
Setelah mendengar dan meneliti segala kertas kausa dan penghujahan yang difailkan kedua belah pihak, Mahkamah telah menolak permohonan pihak Defendan di Lampiran 21 dan perintah terhadap kos.
3
Defendan telah tidak berpuas hati dengan penghakiman yang telah diperintahkan oleh Mahkamah pada 12 Didember 2025 yang menolak permohonan Defendan dan merayu atas keputusan tersebut. Fakta kes Plaintif
4
Plaintif adalah sebuah syarikat berhad yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di no 129, Jalan Bangsar,59200 Kuala Lumpur dan adalah pemegang lesen di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.
5
Plantif mengesahkan bahawa Defendan memang pengguna berdaftar bekalan eletrik bagi premis di alamat no 51-2, Jalan Eco Majestic 9/1C, Eco Majestic, 43500 Semenyih, Selangor.
6
Plaintif menegaskan bahawa ketiga-tiga kes guaman ini tidak boleh digabungkan kerana fakta bagi setiap guaman adalah berbeza, tempoh masa juga berbeza dan saksi adalah berbeza bagi setiap guaman. Fakta kes Defendan
7
Defendan adalah seorang warganegara yang beralamat di T1-10-03, Rimba Residen, Jalan Bandar Kinrara 5B/5, Seksyen 5,47180 Puchong Selangor.
8
Defendan memohon Guaman BI-A72NCvC-224-12/2023 dan guaman BI-A72NCvC-156-12/2024, kedua-dua yang masih berterusan dalam Mahkamah Majistret di Bandar Baru Bangi, dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di Bandar Baru Bangi dan disatukan dengan dengan guaman ini untuk dibicarakan bersama.
9
Defendan menegaskan bahawa Plaintif telah menuntut ganti rugi atas kerugian yang dialami akibat pengusikan meter eletrik di premis milik Defendan di alamat no 51-2, Jalan Eco Majestic 9/1C, Eco Majestic, 43500 Semenyih, Selangor.
10
Untuk Guaman BI-A72NCvC-224-12/2023, Plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM71,174.75 bagi pengusikan dalam tempoh antara 17.11.2021 hingga 1.3.2022.
11
Untuk guaman BI-A72NCvC-156-12/2024 Plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM49,307.25 bagi pengusikan dalam tempoh antara 10.3.2020 hingga 15.6.2021.
12
Untuk guaman ini, Plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM168,731.45 bagi pengusikan dalam tempoh antara 6.9.2021 hingga 17.11.2021.
13
Defendan menyatakan bahawa untuk ketiga-tiga guaman mempunyai pembelaan yang sama, dokumen dan saksi yang sama kecuali jumlah tuntutan yang berlainan dan tempoh pengusikan.
14
Mahkamah dalam hal ini perlu meneliti, adakah permohonan Defendan telah melepasi ambang di bawah Aturan 4 Kaedah 1(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 tersebut iaitu i. adakah terdapat fakta yang sama dalam kes berkenaan , ii relief yang dituntut adalah dari berkaitan atau transaksi yang sama atau siri transaksi.
15
Jika dilihat kepada elemen i iaitu berkaitan fakta kes, Mahkamah dapati memang tidak dapat dinafikan dan kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa ketiga-tiga kes guaman tersebut mempunyai fakta yang sama iaitu alamat premis adalah sama, pengguna berdaftar adalah sama iaitu Defendan dan kejadian pengusikan meter adalah sama untuk premis tersebut.
16
Bagi elemen ii, Mahkamah dapati bahawa walaupun isu adalah ada berlaku pengusikan meter di premis tersebut tetapi perlu diberi perhatian bahawa tempoh masa pemeriksaan ke atas meter di premis tersebut telah dibuat bukan pada masa yang sama tetapi masa yang berlainan.
17
Untuk Guaman BI-A72NCvC-224-12/2023, Plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM71,174.75 bagi pengusikan dalam tempoh antara 17.11.2021 hingga 1.3.2022.
18
Untuk guaman BI-A72NCvC-156-12/2024 Plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM49,307.25 bagi pengusikan dalam tempoh antara 10.3.2020 hingga 15.6.2021.
19
Untuk guaman BI-A52NCvC-39-11/2024, Plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM168,731.45 bagi pengusikan dalam tempoh antara 6.9.2021 hingga 17.11.2021.
20
Jika diteliti adalah boleh dilihat bahawa terdapat tiga tarikh pemeriksaan yang berlainan pada meter tersebut dan jumlah kerugian juga adalah berbeza untuk ketiga-tiga pemeriksaan tersebut. Mahkamah berpandangan bahawa jika pergabungan semua guaman ini dilakukan akan melambatkan lagi prosiding perbicaraa kerana melibatkan saksi yang berbeza untuk setiap kes bagi menerangkan kaitan pemeriksaan dan tempoh pengiraan tersebut.
21
Mahkamah atas alasan di atas dengan ini telah menolak permohonan Defendan di lampiran 21 dan tiada perintah atas kos.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.