Kos Prosthesis Peguam Defendan telah menghujahkan, Plaintif tidak memerlukan prosthesis untuk tangan memandangkan pembedahan yang disyorkan boleh membantu tangan Plaintif. Secara alternatif, Peguam Defendan berhujah, jika Mahkamah memutuskan Plaintif memerlukan prosthesis tanpa pembedahan, sejumlah RM184,000.00 seperti yang disyorkan oleh pihak prosthesis Defendan. Manakala Peguam Plaintif telah menghujahkan RM449,500.00 mengikut laporan orthosis dari Pusat Anggota Tiruan Central Sdn Bhd. Mahkamah memutuskan bahawa jumlah RM184,000.00 untuk kos prosthesis adalah berpatutan seperti yang disyorkan oleh pihak prosthesis Defendan. [6] Penelitian kepada rayuan ini oleh kedua-dua pihak adalah didapati bahawa isu utama dalam kes ini ialah sama ada Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila mengambil kira laporan pakar Responden dan menjadikan asas kepada keputusan Hakim Mahkamah Sesyen. Sementara Hakim Mahkamah Sesyen mengambil kira jumlah yang dicadangkan oleh pakar Responden dan tidak menerima jumlah yang dicadangkan oleh pakar Perayu. Analisa [7] Adalah menjadi prinsip yang mantap Mahkamah yang mendengar rayuan tidak sewajarnya campur tangan dalam dapatan fakta dan Mahkamah ini juga perlu meneliti dengan berhati-hati berkenaan dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan menentukan tentang amaun yang diputuskan berkenaan dengan gantirugi tersebut. Mahkamah ini tidak sewajarnya menggantikan dapatan berkenaan amaun gantirugi tersebut semata-mata disebabkan tidak bersetuju. Sebaliknya hendaklah meneliti dapatan Hakim Mahkamah Sesyen itu mengikut kaca mata undang-undang serta memutuskan sama ada ia wajar diganggu atau sebaliknya. [8] Prinsip yang jelas berkenaan dengan perkara ini telah lama dinyatakan dan telah diketahui dalam kes Thomas v Thomas [1947] AC 484 seperti yang berikut: “I do not find it necessary to review the many decisions of this House, for it seems to me that the principle embodied therein is a simple one, and may be stated thus: I. Where a question of fact has been tried by a judge without a jury, and there is no question of misdirection of himself by the judge, an appellate court which is disposed to come to a different conclusion on the printed evidence, should not do so unless it is satisfied that any advantage enjoyed by the trial judge by reason of having seen and heard the witnesses, could not be sufficient to explain or justify the trial judge's conclusion; II. The appellate court may take the view that, without having seen or heard the witnesses, it is not in a position to come to any satisfactory conclusion on the printed evidence; III. The appellate court, either because the reasons given by the trial judge are not satisfactory, or because it unmistakably so appears from the evidence, may be satisfied that he has not taken proper advantage of his having seen and heard the witnesses, and the matter will then become at large for the appellate court.” [9] Dalam konteks kes ini Mahkamah harus berhati-hati dalam mengganggu dapatan hakim bicara. Apa yang lebih menarik dalam kes ini ialah keputusan Hakim Mahkamah Sesyen untuk menerima laporan yang dikemukakan oleh satu pihak dan tidak menerima laporan pihak yang lain. Dalam erti kata lain Hakim Mahkamah Sesyen mengutamakan satu keterangan daripada keterangan yang lain. [10] Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu melihat bagaimana pendekatan yang digunakan oleh Mahkamah yang mendengar rayuan dan mengenal pasti sama ada terdapatnya kesilapan yang ketara dan kegagalan menilai keterangan dengan sewajarnya. Ini penting bagi meneliti sama ada wajar atau tidak Mahkamah ini mengganggu dapatan Hakim Mahkamah Sesyen dalam kes ini. Hal ini telah dinyatakan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of The Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1 seperti yang berikut: “[54] Premised on Thomas v. Thomas (supra) and Henderson (supra) Lord Reed qualified that the "plainly wrong" test only comes into play in the absence of the following: