Scandalous matter in affidavits (O. 41, r. 6) The Court may order to be struck out of any affidavit any matter which is scandalous, irrelevant or otherwise oppressive. [30] Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas Mahkamah di sini untuk memastikan bahawa para 3, 4, 5, 6, 7 dan 8 Afidavit sokongan di Lampiran 12 berserta afidavit Ekshibit TGA-1, TGA-2, TGA-3 dan TGA-9 adalah bersifat mengaibkan, tidak relevan atau selainnya menindas. [31] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa perenggan tersebut merupakan fakta yang terperinci yang menjelaskan bagaimana keberhutangan Defendan kepada Plaintif sebagaimana Pernyataan Tuntutan. [32] Mahkamah merujuk kepada perenggan-perenggan yang terlibat yang dinyatakan dalam afidavit sokongan Lampiran 12. Perenggan Ketiga “Pada sekitar bulan Ogos 2022, saya telah menghubungi peguam cara saya Tetuan Azman, Wan Helmi & Associates untuk mendapatkan khidmat mereka bagi menuntut wang saya yang berjumlah sebanyak RM 1,000,000.00 yang telah dipinjam oleh Defendan.” Perenggan Keempat “Saya telah dimaklumkan oleh Peguam cara saya bahawa Defendan ada datang ke pejabat mereka pada 14.11.2022 bagi membuat rundingan untuk pembayaran balik jumlah terhutang.” Perenggan Kelima “Seterusnya peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 15.11.2022 kepada Defendan bagi merumuskan hasil perbincangan berkenaan pembayaran balik jumlah hutang tersebut. Cara pembayaran adalah melalui pindah milik 4 lot tanah yang bernilai RM450,000.00 kepada saya dan baki sebanyak RM550,000.00 hendaklah dibayar secara ansuran bulanan selama 12 bulan sebanyak RM45,800.00. Sesalinan surat Tetuan Azman, Wan Helmi & Associates kepada Defendan bertarikh 15.11.2022 dilampirkan dan ditandakan sebagai ekshibit “TGA-1” Perenggan Keenam “Pihak Defendan seterusnya telah membalas surat peguam cara saya dengan membuat rundingan pembayaran mengikut kadar kemampuannya dengan memanjangkan lagi tempoh pembayaran balik jumlah terhutang kepada 22 bulan dan jumlah bulanan dikurangkan kepada RM25,000.00. Sesalinan surat Defendan kepada Tetuan Azman, Wan Helmi & Associates bertarikh 12.12.2022 dilampirkan dan ditandakan sebagai ekshibit "TGA-2". Perenggan Ketujuh “Memandangkan Defendan telah memaklumkan bahawa dia sedang mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk membuat bayaran bulanan sepertimana yang telah dicadangkan, saya dengan rela hati bersetuju untuk mengurangkan jumlah bayaran bulanan asalkan Defendan komited dan berusaha untuk membayar balik jumlah pinjaman yang telah diberikan oleh saya sebelum ini.” [33] Tuntutan Plaintif adalah berdasarkan perjanjian penyelesaian yang dibuat bagi penyelesaian jumlah yang terhutang. Para 3, 4, 5, 6 dan 7 tersebut menceritakan tentang kronologi perjanjian penyelesaian tersebut dicapai yang mana melibatkan rundingan pihak-pihak. [34] Mahkamah merujuk kepada eksibit-eksibit yang terlibat sebagaimana yang berikut: a) TGA-1: Surat Tetuan Azman, Wan Helmi & Associates kepada Defendan bertarikh 15.11.2022 yang mencadangkan kaedah penyelesaian hutang; b) TGA-2: Surat balasan Defendan bertarikh 12.12.2022 yang mencadangkan bayaran ansuran; c) TGA-3: Surat Tetuan Azman Wan Helmi & Associates bertarikh 2.1.2023 yang menyerahkan draf Perjanjian Penyelesaian; d) TGA-9: Notis Tuntutan daripada Tetuan Azman Wan Helmi & Associates bertarikh 20.3.2024 dan surat balasan dan 15.4.2024. [35] Mahkamah berpendapat bahawa surat-surat tersebut merupakan dokumen yang relevan dalam menjelaskan bagaimana perjanjian penyelesaian tersebut dicapai dan tuntutan yang telah dibuat berkaitan perjanjian tersebut. [36] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa pliding hanya perlu menyatakan penyataan ringkas dan fakta yang material. Sekiranya semua fakta ingin dimasukkan dalam pliding, pliding akan menjadi terlalu pandang. [37] Hal ini selaras dengan Aturan 18 Kaedah 7(2) KKM 2012 yang menyatakan sebagaimana berikut: