Content
Rayuan Jenayah No: D-05(M)-69-01/2018 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: D-05(M)-69-01/2018 ANTARA TENGKU FARIS BIN ENGKU BONGSU … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu Perbicaraan Jenayah No. 45A-24-11/2016 Antara Pendakwa Raya Lawan Tengku Faris Bin Engku Bongsu] KORAM: KAMARDIN HASHIM, HMR RHODZARIAH BUJANG, HMR MOHAMAD ZABIDIN MOHD DIAH, HMR Rayuan Jenayah No: D-05(M)-69-01/2018 2 PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Perayu telah dihadapkan dan dibicarakan atas satu pertuduhan bagi kesalahan memperedarkan dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta’). Pertuduhan terhadap Perayu berbunyi seperti berikut: “Bahawa kamu pada 29.6.2016, lebih kurang jam 1.00 pagi, bertempat di hadapan Kedai Motor Ah Thong, Jalan Panji, di dalam Jajahan Kota Bharu, di dalam Negeri Kelantan telah mengedar dadah berbahaya iaitu 109.1 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Di akhir perbicaraan, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (‘hakim bicara’) telah mensabitkan Perayu dengan pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman mati mandatori ke atas Perayu. [3] Terkilan dengan sabitan dan hukuman tersebut, Perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah ini. [4] Rayuan Perayu telah ditetapkan untuk pendengaran pada 25.4.2019. Pada tarikh itu, Puan Timbalan Pendakwa Raya (‘Puan TPR’) telah memaklumkan bahawa pihak Pendakwa Raya telah bersetuju untuk menerima representasi Perayu. Rayuan Jenayah No: D-05(M)-69-01/2018 3 [5] Puan TPR telah menyatakan bahawa persetujuan mereka untuk mengetepikan sabitan terhadap Perayu di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta dan digantikan dengan sabitan bagi kesalahan pemilikan di bawah seksyen 12(2) yang membawa hukuman di bawah seksyen 39A(2) Akta. Perayu telah menyatakan persetujuannya untuk menerima tawaran pihak Pendakwa Raya itu. [6] Kami telah membenarkan rayuan Perayu sebahagian. Sabitan ke atas Perayu atas kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta dan hukuman mati diketepikan dan digantikan dengan sabitan bagi kesalahan pemilikan di bawah seksyen 12(2) Akta yang membawa hukuman di bawah seksyen 39A(2) Akta. [7] Setelah mendengar pihak-pihak, kami telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 12 tahun berkuat kuasa sejak tarikh Perayu ditangkap, iaitu pada 29.6.2016 dan 10 sebatan rotan ke atas Perayu. Kini kami memberikan alasan-alasan terhadap hukuman yang telah kami kenakan ke atas Perayu. [8] Fakta kes pendakwaan secara ringkasnya sebagaimana dapatan hakim bicara dalam penghakimannya adalah seperti berikut: