Content
1 RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-56-11/2022 ROADCARE (M) SDN BHD …PERAYU TENGKU MUHAMAD KHAZI HAKIMI ...RESPONDEN Didengar bersama RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-57-11/2022 TENGKU MUHAMAD KHAZI HAKIMI …PERAYU
DA-12B-57-11/2022
High Court of Malaysia7 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“CLJ 414; [2015] 6 MLJ 810 seperti berikut: "[17] In law, the party who desires the court to give judgment in its favour as to any legal right or liability bears the burden of proof (s. 101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is two fold:”
“is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see: State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 MLRA 423; [1986] 1 MLJ 490 and Anuar Bin Mat Amin v. Abdullah Bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1”
“o adduce facts and issues which they have not pleaded (see: State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 MLRA 423; [1986] 1 MLJ 490 and Anuar Bin Mat Amin v. Abdullah Bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 4 MLRH 388; [1989] 3 MLJ 313). In Blay v. Pollard & Morris [1930] 1 KB 628, Scrutton LJ ruled tha”
“ungjawab di atas sebarang kemalangan yang berlaku akibat daripada kecuaian Defendan 4 dalam menyelenggara jalan tersebut. [30] Di dalam kes Sajid Dilwarkhan v Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya & Ors [2020] MLJU 2324, Defendan telah melantik pihak konsesi iaitu Pihak Ketiga untuk menyelenggara jalan di dalam kes **Note”
“gganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Lim Peng Hock & Anor v Chuah Peng San & Anor [2021] CLJU 119 yang memutuskan – “It is trite law that an appellate court will not intervene unless the trial court is s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-56-11/2022 ROADCARE (M) SDN BHD …PERAYU TENGKU MUHAMAD KHAZI HAKIMI ...RESPONDEN Didengar bersama RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-57-11/2022 TENGKU MUHAMAD KHAZI HAKIMI …PERAYU
4
ROADCARE (M) SDN BHD …RESPONDEN-RESPONDEN Didengar bersama
3
KERAJAAN MALAYSIA …PERAYU-PERAYU
4
TARISAKILA BINTI MOHAMED …RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia Guaman No. DA-A53KJ-606-12/2020 Antara Tengku Muhamad Khazi Hakimi Bin Ku Hussin …Plaintif
1
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
2
Kementerian Kerja Raya Malaysia
3
Kerajaan Malaysia
4
Roadcare (M) Sdn Bhd
5
Mohd Akbar Bin Ahmad
6
Tarisakila Binti Mohammed …Defendan-Defendan] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini merupakan rayuan oleh Roadcare (M) Sdn Bhd (“Defendan 4”) dalam kes No. DA-12B-56-11/2022 (“Rayuan 1”), rayuan oleh Tengku Muhamad Khazi Hakimi bin Ku Hussin (“Plaintif”) dalam kes No. DA-12B-57-11/2022 (“Rayuan 2”) dan juga rayuan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Kerajaan Malaysia (“Defendan 1, 2 dan 3”) dalam kes No. DA-12B-58-11/2022 (“Rayuan 3”) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 16.11.2022. [2] Pada 7.10.2024, Mahkamah ini telah memutuskan membenarkan rayuan oleh Roadcare (M) Sdn Bhd dalam Rayuan 1 atas isu liabiliti dengan tiada perintah mengenai kos dan menolak rayuan atas isu kuantum. Bagi Rayuan 2, Mahkamah ini telah memutuskan menolak rayuan Tengku Muhamad Khazi Hakimi bin Ku Hussin atas isu kuantum. Manakala, bagi rayuan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Kerajaan Malaysia ke atas isu liabiliti adalah dibenarkan tetapi Mahkamah ini menolak rayuan atas isu kuantum. Selanjutnya, Plaintif diarahkan membayar kos sebanyak RM2000.00 kepada Defendan 1, 2 dan 3. [3] Plaintif yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan bertarikh 21.10.2024. [4] Pihak-pihak dirujuk dalam Alasan Penghakiman ini sebagaimana rujukan pihak-pihak dalam kes perbicaraan dalam Mahkamah Sesyen. Latar belakang kes [5] Plaintif telah mengalami kemalangan jalanraya pada 1.12.2019 jam lebih kurang 5.30 petang di KM 53 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai apabila motorsikal yang ditungganginya bernombor pendaftaran JBG 5776 telah terjatuh atas jalanraya dan seterusnya dilanggar pula oleh motorkar WNE 9144 yang dipandu Defendan 5 yang datang dari arah bertentangan. Plaintif mendakwa bahawa motorsikal yang ditunggangnya telah terjatuh ke dalam lubang atas jalanraya tersebut yang dilimpahi oleh air hujan. [6] Tempat kejadian kemalangan tersebut berlaku iaitu di KM53 atau seksyen 380.8 Laluan FT008 Jalan Kota Bharu-Gua Musang adalah atas jalan Persekutuan yang di bawah tanggungjawab penyelenggaraan oleh Defendan 1, 2 dan 3. Namun, pihak Kerajaan telah melantik Defendan 4 (Road Care Sdn. Bhd.) untuk menyelenggara jalan tersebut berdasarkan suatu perjanjian penswastaan iaitu Concession Agreement Relating to Federal Roads Maintenance in the Central-Eastern Region (ekshibit D19). [7] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan 1 hingga Defendan 4 adalah atas dasar kecuaian membiarkan lubang dilimpahi air hujan di jalan raya tanpa diselenggara sehingga menyebabkan Plaintif terjatuh ke dalam lubang tersebut. Manakala, tuntutan ke atas Defendan 5 dan Defendan 6 yang merupakan pemilik dan pemandu kenderaan kerana telah melanggar Plaintif selepas Plaintif terjatuh ke dalam lubang dan terbabas ke laluan bertentangan. [8] Perbicaraan penuh telah dijalankan di Mahkamah Sesyen dan pada 16.11.2022 yang mana Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana (“HMS”) telah memutuskan bagi isu liabiliti, Defendan 4 bertanggungan 100% liabiliti dan Defendan 1, Defendan 2 dan Defendan 3 bertanggungan secara vikarius ke atas Defendan 4 serta kuantum gantirugi am sebanyak RM224,000.00 dan gantirugi khas sebanyak RM428,081.00. Manakala, Defendan 5 dan 6 tiada sumbang cuai. [9] Terkilan dengan keputusan HMS tersebut, Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 25.11.2022 atas sebahagian isu kuantum iaitu gantirugi am sebanyak RM128,000.00 untuk kehilangan pendapatan dan sebanyak RM294,450.00 untuk kaki palsu/ortosis. Manakala Defendan 1, Defendan 2 dan Defendan 3 memfailkan rayuan balas atas isu liabiliti dan kuantum pada 29.11.2022 dan Defendan 4 juga memfailkan rayuan balas atas isu liabiliti dan kuantum pada 25.11.2022. Defendan 5 dan Defendan 6 tidak memfailkan rayuan. [10] Semasa perbicaraan di peringkat kes Plaintif, pihak Plaintif telah memanggil 5 orang. Pihak Defendan 1, 2 dan 3 telah memanggil 1 orang saksi, Defendan 4 memanggil 2 orang saksi manakala Defendan 5 dan Defendan 6 memanggil 1 orang saksi. Prinsip undang-undang [11] Di dalam mana-mana rayuan, Mahkamah di peringkat rayuan jarang mengganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Lim Peng Hock & Anor v Chuah Peng San & Anor [2021] CLJU 119 yang memutuskan – “It is trite law that an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence. The appellate court will intervene in a case where the trial court had so fundamentally misdirected itself.” (Penekanan ditambah) [12] Dalam kes Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19, Mahkamah Rayuan telah menegaskan bahawa adalah merupakan satu undang-undang yang mantap bahawa mahkamah di peringkat rayuan secara umumnya akan keberatan untuk mengganggu penemuan fakta hakim bicara yang lebih berhak berdasarkan kelebihan audio visual yang dinikmati oleh hakim bicara di dalam penilaian dan penghayatan keterangan lisan saksi. [13] Namun begitu, Mahkamah ini ingin menegaskan bahawa adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap juga bahawa mahkamah yang mendengar rayuan boleh campur tangan dalam keputusan hakim bicara untuk memastikan bahawa keputusan tersebut tidak diperoleh daripada suatu dapatan yang khilaf tentang pemakaian undang-undang atau tidak mengambil kira keterangan yang relevan yang dibawa di hadapannya. [14] Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes Sivalingan v. Periasamy [1996] 4 CLJ 545: "It is trite law that this Court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the Court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But we are under a duty to intervene in case where, as here, the trial Court has so fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable Court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion." (Penekanan ditambah) [15] Sehubungan dengan itu, dalam memastikan sama ada hakim bicara telah membuat penilaian yang betul, Mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk meneliti keterangan yang dikemukakan melalui keterangan lisan saksi-saksi serta keterangan dokumentar di mahkamah bicara. Mahkamah hendaklah menilai secara total keterangan yang dikemukakan bukan sahaja keterangan lisan (oral evidence) tetapi meliputi juga keterangan dokumentar (documentary evidence). Oleh itu, Mahkamah hendaklah merujuk kepada rekod rayuan, alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen dan penghujahan oleh pihak-pihak. Analisis dan dapatan Sama ada wujud lubang yang dilimpahi air di lokasi kejadian pada masa dan tarikh yang material sehingga menyebabkan Plaintif terjatuh ke dalam lubang dan terbabas ke laluan bertentangan? [16] Plaintif di dalam kes ini telah mengemukakan gambar lubang di atas jalan raya melalui ekshibit P6 (J) yang menunjukkan satu kawasan yang ditampal tar dan ia adalah tampalan baru. Gambar tersebut juga mempunyai keterangan oleh Pegawai Penyiasat “lubang pada jalan menghala ke Kota Bharu”. Mahkamah ini berkesempatan merujuk kepada gambar asal bagi ekshibit P6 (A) hingga (J) untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Keterangan lisan oleh Pegawai Penyiasat semasa di soal balas bersetuju bahawa petak yang dilukis dalam rajah kasar adalah tampalan lubang pada jalan raya tersebut dan bersetuju gambar tersebut merupakan kesan tampalan lubang. Pegawai Penyiasat juga di dalam keterangan menyatakan tidak membuat ukuran kerana lubang dipenuhi air dan anggaran beliau adalah 2 kaki x 2 kaki segi empat. [17] Rujukan silang juga dibuat kepada rajah kasar kemalangan. Berdasarkan rajah kasar, tandaan J adalah jalan berlubang yang dilimpahi air dari laluan jalan arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu. Kenderaan yang dipandu oleh Defendan 5 dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai manakala motorsikal Plaintif dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu. [18] Seterusnya, Mahkamah ini juga meneliti keterangan saksi SD1 iaitu Mohd Khairuddin bin Md Hamdan (Jurutera Jajahan) yang menyatakan lubang tersebut telah dibaiki dengan tampalan kekal pada 20.11.2019 iaitu 11 hari sebelum kejadian kemalangan pada 1.12.2019. SD1 menyatakan bahawa lubang di tempat kejadian dikatakan wujud pada 17.11.2019 dan tampalan pada lubang di jalan raya tersebut telah dibuat pada 20.11.2019. [19] Mahkamah ini telah meneliti gambar ekshibit P6 (J) di muka surat 313 dan 314 Rekod Rayuan iaitu gambar tempat yang didakwa wujudnya lubang yang dilimpahi air. Gambar tersebut menunjukkan terdapat kesan tampalan tar empat segi yang diakui sendiri oleh Pegawai Penyiasat, Insp. Mohd Syawal bin Mohamed (SP1). Namun, beliau mengakui tidak mengambil ukuran saiz dan kedalaman lubang tersebut. Gambar tersebut juga merupakan Laporan Bergambar Kerja Penyelenggaraan Rutin/Berkala Jabatan Kerja Raya (JKR) di tempat kejadian kemalangan yang menunjukkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dengan skop kerja "patching potholes" atau menampal lubang di permukaan jalan raya. [20] Kesan tampalan tar tersebut juga selaras dengan gambar yang terkandung di dalam ekshibit D25(A) dan (B) yang menunjukkan kerja-kerja penurapan tar pada 20.11.2019 iaitu 11 hari sebelum tarikh kemalangan pada 1.12.2019. [21] Prinsip undang-undang adalah jelas bahawa Plaintif adalah terikat dengan pliding. Mahkamah merujuk kes Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank Berhad [2015] 8 CLJ 944 yang memutuskan seperti yang berikut: “[29] It is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see: State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 MLRA 423; [1986] 1 MLJ 490 and Anuar Bin Mat Amin v. Abdullah Bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 4 MLRH 388; [1989] 3 MLJ 313). In Blay v. Pollard & Morris [1930] 1 KB 628, Scrutton LJ ruled that: "Cases must be decided on the issues on the record; and if it is desired to raise other issues there must be pleaded on the record by amendment." (Penekanan ditambah) [22] Adalah menjadi satu prinsip undang-undang yang mantap juga bahawa Plaintif bertanggungjawab untuk mengemukakan keterangan di dalam membuktikan tuntutannya sebagaimana peruntukan seksyen 101 Akta Keterangan 1950. Prinsip ini disebut sebagai "the necessity of proof always lies with the person who lays charges", yang membawa maksud beban pembuktian terletak kepada pihak yang menuntut. Prinsip ini telah dijelaskan oleh Hakim Vernon Ong HMR (pada ketika itu) di dalam kes Yohata Machineries Sdn Bhd & Anor v. Coil Master Sdn Bhd & Ors [2016] 2 CLJ 414; [2015] 6 MLJ 810 seperti berikut: "[17] In law, the party who desires the court to give judgment in its favour as to any legal right or liability bears the burden of proof (s. 101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is two fold:
i
the burden of establishing a case; and
II
(ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The standard of proof required of the plaintiff is on the balance of probabilities. The evidential burden of proof is only shifted to the other party once that party has discharged its burden of proof. If that party fails to discharge the original burden of proof, then the adverse party does not need to adduce any evidence…” (Penekanan ditambah) [23] Rumusan daripada keterangan saksi dan dokumen yang ada di hadapan Mahkamah ini, maka Mahkamah ini berpandangan bahawa tiada mana-mana keterangan saksi atau dokumentasi yang boleh membuktikan kewujudan lubang atas jalan raya di lokasi tersebut sebagaimana yang diplidkan oleh Plaintif di dalam tuntutannya. [24] Oleh yang demikian, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Defendan 4 bahawa Plaintif gagal menunjukkan wujudnya lubang di lokasi yang menyebabkan kemalangan tersebut berlaku. [25] Mahkamah ini mendapati atas penilaian semula secara total keterangan yang dikemukakan bahawa pihak Plaintif gagal untuk membuktikan dakwaan berlaku kemalangan disebabkan wujudnya lubang yang dilimpahi air di atas jalan raya tersebut yang menyebabkan motorsikal Plaintif terjatuh dalam lubang tersebut sehingga menyebabkan pelanggaran dengan motokar Defendan 5 dan Defendan 6. Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan, secara jelas menunjukkan wujudnya kesan tampalan tar berbentuk segi empat atas jalan tempat kejadian kemalangan tersebut yang mana kerja-kerja penurapan tar tersebut sebenarnya telah dilakukan pada 20.11.2019 iaitu 11 hari sebelum tarikh kemalangan pada 1.12.2019. Dengan erti kata lain, Plaintif telah gagal membuktikan wujudnya lubang atas jalan yang dilimpahi dengan air hujan sepertimana yang didakwa, pada tarikh dan masa yang material. Plaintif juga tidak pada bila-bila masa membuat pindaan kepada pliding. Oleh yang demikian, Plaintif adalah terikat dengan segala pengataan di dalam pernyataan tuntutannya. [26] Justeru, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan kes Plaintif on the balance of probabilities dan HMS telah terkhilaf dalam penilaian dan membuat rumusan dapatannya. Sama ada Defendan 1, 2 dan 3 turut bertanggungan vikarius (vicariously liable) atas kecuaian Defendan 4 selaku pihak kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan dan juga pihak kepada Perjanjian Konsesi [27] Sepertimana dinyatakan sebelum ini, tempat kejadian kemalangan tersebut berlaku iaitu di KM53 atau seksyen 380.8 Laluan FT008 Jalan Kota Bharu - Gua Musang adalah atas jalan Persekutuan yang di bawah tanggungjawab penyelenggaraan oleh Defendan 1, 2 dan 3. Namun, pihak Kerajaan telah melantik Defendan 4 (Road Care Sdn. Bhd.) untuk menyelenggara jalan tersebut berdasarkan suatu perjanjian penswastaan iaitu Concession Agreement Relating to Federal Roads Maintenance in the Central-Eastern Region (ekshibit D19). [28] Merujuk kepada klausa 21.1 Perjanjian Penswastaan (ekshibit D19) tersebut telah memperuntukkan seperti berikut: “Indemnity by the Company The Company further agrees with the Government that –
a
The Company shall carry out the Works at the risk of the Company and hereby releases absolutely the Government and its agents and servants from all claims and demands of every kind resulting from any accident, damage, injury or death arising from carrying out of the Works by the Company and/or from the construction and maintenance of the Federal Roads within the Concession Area by the Company; and
b
The Company shall indemnity and keep the Government fully indemnified from and against all actions, suits, claims, demands, proceedings, losses, damages, compensation, costs (including solicitor and client costs), charges and expenses whatsoever to which the Government shall or may be or become liable in respect of or arising from the Works notwithstanding that any of such actions, suits, claims, demands, proceedings, losses, damages, compensation, costs, charges and expenses shall have resulted from any act or thing which the Company may be authorized or obliged to do under this Agreement.” (Penekanan ditambah) [29] Berdasarkan klausa 21.1 Perjanjian Penswastaan tersebut, memandangkan Defendan 3 telah melantik Defendan 4 untuk menyelenggara jalan tersebut, sebarang kemalangan yang berlaku di jalan tersebut akibat kegagalan menyelenggara jalan adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh Defendan 4 dan Defendan 1, 2 dan 3 tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan yang berlaku akibat daripada kecuaian Defendan 4 dalam menyelenggara jalan tersebut. [30] Di dalam kes Sajid Dilwarkhan v Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya & Ors [2020] MLJU 2324, Defendan telah melantik pihak konsesi iaitu Pihak Ketiga untuk menyelenggara jalan di dalam kes tersebut, walau bagaimanapun Pihak Ketiga telah gagal apabila kemalangan berlaku akibat daripada lubang di jalan tersebut. Mahkamah telah membenarkan indemniti oleh Pihak Ketiga di dalam kes ini berdasarkan terma-terma kontrak antara Defendan dan Pihak Ketiga: “[86] Setelah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan, setelah membaca hujahan bertulis pihak-pihak, saya berpuas hati untuk memutuskan bahawa: i. Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa beliau terlibat dengan kemalangan didakwa; ii. Plaintif berjaya membuktikan bahawa kemalangan tersebut berlaku di Kawasan yang dikatakan oleh plaintif dan bukan sebagaimana dakwaan PK4; ii. Namun, melalui keterangan, ianya adalah jelas disebabkan oleh kecuaian oleh PK4 sebagai pihak yang menyelenggara jalan FT54 pada masa material.” [31] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan bahawa jika benar kemalangan berlaku akibat daripada kewujudan lubang di jalan tersebut, maka Defendan 4 perlu dipertanggungjawabkan dan Defendan 1, 2 dan 3 terlepas daripada sebarang liabiliti dan HMS yang bijaksana adalah khilaf apabila memutuskan bahawa Defendan 1, 2 dan 3 bertanggungan secara vikarius terhadap Defendan 4. [32] Di dalam kes ini, bagi menyelenggara jalan Persekutuan, Defendan 3 melalui Defendan 2 telah melantik Defendan 4 untuk menyelenggara jalan tersebut melalui Perjanjian Konsesi. Berdasarkan klausa 21.1 Perjanjian tersebut, memandangkan Defendan 4 telah dilantik menyelenggara jalan, sebarang kegagalan menyelenggara jalan adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya Defendan 4. Memandangkan Defendan 4 telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan sebelum kemalangan berlaku, maka Defendan 1 hingga Defendan 3 adalah tidak bertanggungan kepada liabiliti terhadap Defendan 4 (jika ada). Sama ada kuantum gantirugi yang diaward oleh HMS terlalu rendah atau melampau bagi kos kehilangan pendapatan dan kos kaki palsu [33] Adalah prinsip undang-undang yang mantap berkenaan award gantirugi, sebagaimana diputuskan dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father and Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885, yang mana Mahkamah Persekutuan menyatakan: “(1) It is trite that damages served as compensation, not a reward, less still a punishment. In assessing damages, the courts should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court could not descend into a domain of speculation. The evaluation of evidence which form the basis of any risk of future damage, must still be undertaken. The trial judge could only evaluate such evidence based on the recognized balance of probability standard, but with a lower degree of certainty as to the occurrence of such loss or damage in the future. Such a lower degree to be attached is best term by the word 'possibility' 'chance', 'risk', 'danger' or 'likehood' but regard of the word used and their semantics, they must also essentially be a substantial one and not speculative." (Penekanan ditambah) [34] Begitu juga dalam kes Topaiwah v. Salleh [1968] 1 MLJ 284 yang turut menegaskan garis panduan bilakah hakim yang mendengar rayuan boleh campur tangan dalam gantirugi yang telah diputuskan oleh hakim bicara. Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: "Or another way of putting it - that it is a matter of assessment but not of calculation. So far as this court is concerned we should, to paraphrase Greer L.J. in Flint Levell [1935] 1 KB 354 360 be disinclined to reverse the finding of a trial judge as to the amount of damages merely because we think that if we had tried the case in the first instance we would have given a lesser sum. To justify reversing him, we should be convinced that he acted upon some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it an entirely erroneous estimate of the damage. The assessments which the courts have made over the years form some guide to the kind of figure which is proper and which the appellate court will follow in the light of the special facts of each particular case." (Penekanan ditambah) [35] Adalah menjadi prinsip mantap bahawa mahkamah di peringkat rayuan agak jarang untuk mengusik dapatan yang telah dibuat oleh mahkamah di peringkat perbicaraan berkaitan kuantum. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Rasidin Binpartorjo v. Frederick Kiai [1976] 2 MLJ 214, telah menggariskan bahawa Perayu perlu mengetengahkan kepada mahkamah sebarang kekhilafan oleh hakim perbicaraan sama ada di dalam tafsiran undang-undang, mahupun apresiasi fakta atau apa-apa perkara lain sehingga menjejaskan keputusan hakim perbicaraan di dalam memutuskan jumlah kuantum. [36] Dalam mendengar rayuan berkenaan dengan gantirugi mahkamah ini perlu mempertimbangkan panduan yang diberikan dalam kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 2 MLJ 22 seperti berikut: "The principle that could guide this court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case, in particular the amount of the award. In a particular case therefore, it is for the appeal court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the Judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purposes of assessment some irrelevant considerations. If the court is satisfied or convinced that the Judge has acted upon wrong principles of law then it is justified in reversing; indeed, it is its duty to reverse the finding of the trial Judge." (Penekanan ditambah) [37] Pihak Plaintif hanya merayu terhadap sebahagian kuantum iaitu gantirugi khas award untuk kehilangan pendapatan sebanyak RM128,000.00 dan award untuk kaki palsu/ortosis sebanyak RM294,450.00. [38] Adalah menjadi satu asas yang diterima bahawa di dalam sesuatu tuntutan berkaitan kehilangan pendapatan masa hadapan, ianya perlu dibuktikan. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ngooi Ku Siong & anor v. Aidi Abdullah [1984] 1 CLJ Rep 294 telah menyatakan seperti berikut: "There is also a difference between loss of future earnings and loss of earning capacity although both items are under general damages. Future loss of earnings or loss of prospective earnings are awarded for real assessable loss ie, loss that is capable of assessment at the date of the trial. It must be proved by evidence and not by mere speculation." [39] Adalah menjadi satu prinsip yang diterima pakai bahawa sesuatu tuntutan ganti rugi khas memerlukan satu pembuktian. Ini kerana mahkamah tidak boleh membuat anggaran namun hendaklah bersandarkan kepada jumlah sebenar yang ditanggung oleh Plaintif. [40] Di dalam kes ini, tuntutan berkaitan kehilangan pendapatan merupakan tuntutan ganti rugi khas yang perlu dibuktikan secara spesifik. Mahkamah ini berpandangan memandangkan tiada keterangan sokongan lain yang lebih menyakinkan tentang gaji Plaintif yang sebenar melainkan hanya dengan keterangan lisan Plaintif sahaja dan telah dicabar di peringkat pemeriksaan balas. Mahkamah ini juga meneliti alasan penghakiman HMS dan keterangan saksi-saksi serta dokumen-dokumen yang dikemukakan, keputusan HMS dalam hal tersebut adalah wajar dan tidak ada sebarang alasan untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan tersebut. [41] Manakala, bagi tuntutan ganti rugi kos kaki palsu, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS berpegang kepada pembuktian bahawa Plaintif boleh bekerja semula sebagai mekanik. Bagi menentukan jumlahnya, HMS telah menerima D21 dan keterangan saksi SD2 sebagai penentunya. Mahkamah ini berpandangan jumlah kuantum yang dibenarkan adalah wajar dan munasabah serta tidaklah terlalu tinggi atau melampau untuk diubah oleh Mahkamah ini. [42] Adalah jelas dan nyata bahawa Mahkamah ini tidak boleh mengetepikan atau mengganggu dapatan hakim bicara berkenaan dengan kuantum ganti rugi semata-mata disebabkan tidak berpuas hati atau bersetuju dengan jumlah yang diputuskan oleh hakim bicara. Sebaliknya Mahkamah perlu meneliti sama ada hakim bicara telah mempertimbangkan keterangan-keterangan saksi-saksi, laporan-laporan pakar dan keterangan-keterangan lain di samping meneliti panduan yang telah diputuskan oleh Mahkamah berkenaan dengan kuantum ganti rugi tersebut. Jika Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti kesemua perkara-perkara tersebut dalam memutuskan jumlah amaun yang sewajarnya, Mahkamah ini berpendapat tiada alasan untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan tersebut. Dalam kes ini Mahkamah berpendapat HMS telah mempertimbangkan perkara-perkara tersebut sebelum menetapkan jumlah amaun ganti rugi seperti yang diputuskan dalam kes ini. [43] Kesimpulannya, Mahkamah ini mendapati bahawa hujahan Plaintif mengenai kuantum gantirugi adalah tidak mempunyai merit dan wajar ditolak sepenuhnya. Mahkamah seterusnya tidak berhasrat untuk mencampuri keputusan HMS berkenaan dengan isu kuantum dan bersetuju dengan dapatannya. Mahkamah percaya HMS telah membuat pertimbangan sewajarnya dalam memberikan award ganti rugi sebagaimana yang telah diputuskan. Mahkamah percaya keputusan itu adalah berasaskan rujukan kepada compendium dan trend ganti rugi yang diputuskan dalam kes-kes semasa setelah meneliti segala keterangan lisan dan dokumen di hadapannya.
para
[44] Setelah meneliti Rekod Rayuan secara keseluruhan dan mengambil kira penghujahan oleh pihak-pihak serta dapatan-dapatan terhadap isu-isu di atas, Mahkamah ini membuat keputusan bagi ketiga-tiga rayuan seperti berikut:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.