Mahkamah mendapati bahawa Hakim bicara telah tidak terkhilaf kerana telah mengambil kira segala faktor yang relevan. Hakim bicara juga telah mengambil kira keadaan sekeliling kes (circumstances of the case) dan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh/Perayu. Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim bicara adalah betul dan keputusan yang diberikan adalah selamat dan dengan itu rayuan Tertuduh/Perayu terhadap hukuman dengan ini ditolak dan keputusan Hakim bicara dikekalkan. Tarikh: 20 September 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Kelantan. 12 Pendakwa Raya/ TPR Puan Nor Hamizah bt Ghazali, Responden: Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan Peguamcara Tertuduh/Perayu: Puan Ariyani bt Mohd Amin, Tetuan Zulfikri, Ariyani, SH Mahanom & Co, Lot 1704, Batu 3 ½, Tingkat Bawah, Kampong Kenali (Hadapan SPRM), Jalan Sultan Yahya Petra, 15350 Kota Bharu, Kelantan.