Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.:BA-22NCvC-156-04/2023 ANTARA TEOH KOK SENG (No. K/P: 731207-08-5283) – PLAINTIF
BA-22NCvC-156-04/2023
High Court of Malaysia26 Oct 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ant was accorded a reasonable opportunity of being heard by the DC during the proceeding. (i) The DC has concluded that the Applicant had admitted that he had signed a Certificates under s.84 of the Legal Profession Act 1976. He did not plead es factum on signing the Certificate, therefore he must be deemed to have rea”
“d a reasonable doubt, whereas it is common knowledge that a civil suit on negligence only requires a proof to balance of probabilities. See P Selvaraj a/l SKP Palani v Penaarasy a/p Sivalingam & Anor [2019] MLJU 1722. (iv) This current case involves a claim against the entire law firm, whereas the DB complaint is only”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.:BA-22NCvC-156-04/2023 ANTARA TEOH KOK SENG (No. K/P: 731207-08-5283) – PLAINTIF
1
HEESLAND SDN BHD
2
2.
3
RHB BANK BERHAD (No. Pendaftaran: 6171-M) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif ialah pembeli sebuah rumah teres dua setengah tingkat di Eco Villa @ Alam Villa 2 di mana Defendan Pertama ialah pemaju dan Defendan Kedua ialah salah seorang firma guaman yang disenaraikan sebagai panel peguam yang mengendalikan transaksi jualbeli Projek tersebut. Firma guaman Defendan Kedua juga merupakan panel peguam yang mewakili Defendan Ketiga sebagai peguam cara yang mengendalikan pinjaman pembelian. 01/01/2024 17:42:15 BA-22NCvC-156-04/2023 Kand. 43 [2] Dalam pernyataan tuntutannya, Plaintif memplidkan bahawa –
a
Defendan Pertama telah secara salah, tidak sah dan/atau tidak berniat hati baik enggan menghantarserah milikan kosong hartanah tersebut kepada Plaintif berdasarkan alasan bahawa terdapat kelewatan di pihak Plaintif untuk membayar harga pembelian menurut Jadual Ketiga Perjanjian Jualbeli, khususnya pembayaran bagi bil Defendan Pertama yang dikeluarkan pada 2-5-2017 (yang perlu dibayar pada/sebelum 26-5-2017).
b
kelewatan pembayaran harga pembelian adalah disebabkan oleh kelewatan di pihak Defendan Kedua yang bertindak sebagai peguam cara pihak Defendan Pertama dan Defendan Ketiga. Butiran kelewatan pihak Defendan Kedua adalah (i) Defendan Kedua telah secara tersilapnya menghantar suatu carian hartanah yang telah lupus menurut keperluan Defendan Ketiga (iaitu melebihi 1 bulan), dan menyebabkan Defendan Ketiga menolak carian hartanah tersebut dan menangguhkan tandatangan suratcara pinjaman sehingga carian hartanah terbaru diterima; (ii) Defendan Kedua dan/atau wakilnya telah melakukan penangguhan yang tidak wajar apabila menyediakan deraf Perjanjian Jualbeli dan menangguh dari segi mencerminkan penukaran Nombor Unit hartanah yang dilaksanakan pada sekitar Februari 2017; (iii) Defendan Kedua telah melakukan penangguhan yang tidak wajar apabila gagal membayar duti setem Memorandum of Transfer serta-merta selepas pengeluarkan Notis Taksiran.
c
lanjutan itu, Defendan Pertama (selain daripada liabilitinya sebagai principal kepada Defendan Kedua) juga telah secara terusnya melakukan kelewatan iaitu, (i) Defendan Pertama telah lewat membayar duti setem kepada Memorandum of Transfer; (ii) Defendan Pertama telah gagal menyampaikan resit cukai taksiran dengan serta-merta bagi tujuan presentasi Memorandum of Transfer dan Charge.
d
lanjutan itu, walaupun kelewatan yang tidak wajar telah dilakukan oleh pihak Defendan Kedua, Defendan Kedua masih menasihati supaya Defendan Pertama mengenakan caj faedah lewat bayaran ke atas Plaintif sebelum menghantarserah milikan kosong kepada Plaintif. [3] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua adalah berdasarkan kecuaian pihak Defendan Kedua dalam mengendalikan transaksi jual beli Hartanah tersebut, di mana butiran kecuaian Defendan Kedua adalah seperti berikut:
a
Defendan Kedua telah melakukan penangguhan/kelewatan yang tidak wajar dan kelewatan sebegini merupakan kecuaian Defendan Kedua yang menyebabkan kerugian di pihak Plaintif;
b
Defendan Kedua telah cuai apabila gagal mematuhi keperluan Defendan Ketiga yang mana memerlukan carian hartanah tidak melebihi satu (1) bulan, dan Defendan Kedua selaku panel Defendan Ketiga mempunyai pengetahuan penuh dan/atau seharusnya mempunyai pengetahuan penuh berkenaan keperluan ini;
c
Defendan Kedua telah cuai apabila menasihati Defendan Pertama untuk mengenakan caj faedah lewat bayaran terhadap Plaintif walaupun mempunyai pengetahuan penuh bahawa kelewatan tersebut bukannya disebabkan oleh Plaintif.
d
Defendan Kedua telah gagal mengamalkan kewajipan berhati-hati dan/atau menggunakan kepakaran yang wajar dalam mengendalikan transaksi jualbeli dalam kes ini. [4] Plaintif juga memplidkan bahawa tindakan Defendan Pertama dan Defendan Kedua melakukan suatu tort konspirasi, seperti berikut:
a
walaupun mempunyai pengetahuan penuh bahawa Plaintif tidak menyumbang kepada kelewatan bayaran tersebut, Defendan Kedua masih menasihati Defendan Pertama bahawa faedah lewat bayaran harus dikenakan sebelum menyerahkan milikan kosong;
b
tindakan tersebut adalah bertujuan untuk mengaut keuntungan faedah lewat bayaran atas kerugian yang dialami oleh Plaintif;
c
Defendan Kedua dan Defendan Pertama telah bertindak secara sesama apabila menjalankan konspirasi ini. [5] Manakala kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan Ketiga adalah berdasarkan tindakan dan/atau peninggalan yang merupakan kecuaian Defendan Ketiga iaitu, (i) Defendan Ketiga telah gagal membuat bayaran baki harga jualan Hartanah kepada Defendan Pertama dalam tempoh masa yang diperuntukkan dan telah melakukan kelewatan tidak wajar dan menyebabkan tempoh masa bagi bayaran baki harga jualan luput; (ii) Defendan Ketiga telah gagal menasihati dan/atau memaklumkan kepada panel peguam, termasuk Defendan Kedua, bahawa keperluannya untuk memperolehi carian hartanah yang terkini dan ini menyebabkan kelewatan dalam pembayaran baki harga jualan; (iii) Defendan Ketiga telah gagal mengamalkan kewajipan berhati-hati dan/atau kepakaran yang wajar dalam mengendalikan transaksi jualbeli, khususnya dari segi pembayaran baki harga jualbeli; (iv) Defendan Ketiga telah gagal melantik peguam cara yang kompeten dan/atau berhati-hati untuk mewakilinya dalam transaksi jualbeli. [6] Kesan dan akibat daripada itu, setakat kini, Plaintif telah mengalami kerugian dan kerosakan akibat tindakan Defendan-Defendan seperti berikut:
a
Plaintif telah dilucut hak ke atas milikan kosong Hartanah tersebut yang sah dimiliki oleh pihak Plaintif, di mana Plaintif tidak dapat menikmati milikan hartanah tersebut;
b
Plaintif juga mengalami kerugian dari segi ganti rugi tertentu yang perlu dibayar oleh Defendan Pertama atas keengganan, kegagalan dan/atau keabaiannya untuk menghantarserah milikan kosong hartanah tersebut kepada Plaintif. [7] Plaintif memplidkan kerugiannya iaitu – Hak milikan kosong sepatutnya dihantarserah kepada Plaintif selewat-lewatnya pada 13-4-2019 (24 bulan selepas tarikh Perjanjian Jualbeli). Setakat 06.04.2023 (selama 1,453 hari), gantirugi tertentu yang terakru (dan masih berterusan berakru) adalah sebanyak RM324,440.37. Butiran seperti berikut: Ganti rugi Tertentu Setiap Tahun: RM815,000.00 x 10% = RM81,500.00 Ganti rugi Tertentu Harian: RM81,500.00 / 365 hari = RM223.29 Jumlah hari dari 14-4-2019 hingga 6-4-2023: 1,453 hari Jumlah Ganti rugi Tertentu setakat 6-4-2023: RM223.29 x 1,453 hari = RM324,440.37 [8] Oleh yang demikian, Plaintif menuntut daripada Defendan-Defendan seperti berikut:
a
tu perintah perlaksanaan spesifik bahawa Defendan Pertama menghantarserah hartanah tersebut kepada Plaintif dalam masa 14 hari dari tarikh penghakiman ini;
b
Defendan-Defendan secara bersama dan/atau berasingan membayar kepada Plaintif ganti rugi tertentu dikira ke atas tempoh dari tarikh 14-4-2019 hingga 6-4-2023 sebanyak RM324,440.37;
c
Defendan-Defendan secara bersama dan/atau berasingan membayar kepada Plaintif gantirugi tertentu dikira ke atas tempoh dari tarikh 6-4-2023 sehingga ke tarikh penyerahan milikan kosong yang akan ditaksir oleh Mahkamah ini;
d
secara alternatif atau secara tambahan, Defendan-Defendan secara bersama dan/atau berasingan membayar kepada Plaintif ganti rugi am yang akan ditaksir oleh Mahkamah ini;
e
Defendan Ketiga diperintahkan untuk menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan dengan transaksi jualbeli, termasuk perbualan antara Defendan Ketiga dan Defendan
f
perintah injunksi bahawa Defendan Pertama membaikpulih kesemua defek yang didapati dalam hartanah tersebut ke satu tahap di mana hartanah tersebut adalah dalam keadaan baik melainkan fair wear and tear;
g
secara alternatif kepada perenggan (f), bahawa tempoh liabiliti defek dilanjutkan dan dikira dari tarikh milikan kosong diserahkan kepada Plaintif, di mana Defendan Pertama membaikpulih kesemua defek yang didapati dalam hartanah tersebut ke satu tahap di mana hartanah tersebut adalah dalam keadaan baik;
h
secara alternatif kepada perenggan (f) di atas, Defendan Pertama membayar ganti rugi untuk kos membaikpulih Hartanah tersebut di mana jumlah ganti rugi akan ditaksir oleh Mahkamah ini;
i
ganti rugi teruk dan/atau ganti rugi teladan; dan
j
kos prosiding ini. [9] Defendan-Defendan telah memfailkan memorandum kehadiran dan pembelaan masing-masing. Plaintif juga telah memfailkan jawapan kepada pembelaan. Notis Permohonan Defendan Kedua untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan (Lampiran 19) [10] Permohonan oleh Defendan Kedua ialah untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan terpinda di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a) dan/atau 19 (1)(b) dan/atau 19 (1)(c) dan/atau 19 (1)(d) serta Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [11] Alasan permohonan pembatalan ini adalah secara ringkasnya sebagaimana dalam Lampiran 19 ialah –
a
tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua adalah berunsur res judicata memandangkan Mahkamah Rayuan melalui Rayuan Sivil no. P-02(NCvC)(A)-703-04/2022 pada 21-3- 2023 telah memutuskan bahawa tiada kecuaian di pihak Ng Tenk Siang yang beramal di bawah Tetuan Ong & Partners, yang juga merupakan salah seorang rakan kongsi di firma Defendan Kedua dalam mengendalikan Perjanjian Jual Beli bertarikh 14-4-2017 dan Perjanjian Pinjaman bertarikh 19-6- 2017 yang melibatkan Plaintif;
b
butiran kecuaian yang telah diplidkan oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua di perenggan 36(i) – (iv) dan butiran tort konspirasi yang telah diplidkan oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua di perenggan 37(i) pernyataan tuntutan bertarikh 6-4-2023 telahpun didengar, diteliti dan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Peguam cara dan Peguam bela pada 29-10-2019, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 17- 3-2022 dan Mahkamah Rayuan pada 21-3-2023 di mana ketiga-tiga keputusan tersebut dengan jelas memutuskan bahawa tiada kecuaian di pihak Defendan Kedua;
c
tuntutan Plaintif tidak mendedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Kedua;
d
tindakan sengaja Plaintif yang menamakan Defendan Kedua dalam tindakan ini adalah suatu tindakan yang remeh dan meyusahkan serta merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana tindakan Plaintif adalah jelas dihalang oleh prinsip res judicata;
e
tuntutan Plaintiff terhadap Defendan Kedua adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan serta jelas tidak dapat dijustifikasikan di sisi undang-undang (obviouslu unsustainable) kerana Defendan Kedua dinamakan dalam prosiding ini tanpa sebarang asas dan bukti walaupun Mahkamah Rayuan melalui Rayuan Sivil no. P-02(NCvC)(A)- 703-04/2022 pada 21-3-2023 telah memutuskan bahawa tiada kecuaian dan/atau kelewatan di pihak Ng Tenk Siang yang beramal di bawah Tetuan Ong & Partners dalam mengendalikan Perjanjian Jual Beli bertarikh 14-4-2017 dan Perjanjian Pinjaman bertarikh 19-6-2017 yang melibatkan
f
writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif telah difailkan terhadap Defendan Kedua tanpa sebarang merit di sisi undang-undang; dan
g
tindakan Plaintif yang sengaja menamakan Defendan Kedua sebagai salah seorang Defendan di dalam tuntutan ini adalah suatu kesilapan semata-mata dan/atau suatu tindakan yang amat memprejudiskan hak Defendan Kedua serta menyebabkan pembaziran wang ringgit dan masa Defendan Kedua memandangkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua adalah jelas terhalang oleh prinsip res judicata. Keputusan Mahkamah bagi permohonan interlokutori (Lampiran 19): [12] Pada 26-10-2023, saya telah membenarkan permohonan pembatalan writ saman dan pernyataan tuntutan oleh Defendan Kedua (Lampiran 19) dan pada 17-11-2023, berkenaan dengan isu kos bagi
Lampiran
Lampiran 19, saya mengawardkan kos sebanyak RM4000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Kedua. [13] Penghakiman ini mengandungi alasan mengapa saya membenarkan permohonan pembatalan writ saman dan tuntutan oleh Defendan Kedua (Lampiran 19). Undang-undang mengenai pembatalan pliding [14] Bagi isu sama ada tuntutan Plaintif mempunyai kausa tindakan yang tidak munasabah, adalah tidak berasas, ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan atau suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, Order 18 rule 19 Rules of Court 2012 memperuntukkan – Striking out pleadings and endorsements (O. 18, r. 19) “19. (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that— (a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be; (b) it is scandalous, frivolous or vexatious; (c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or (d) it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be.”. [15] Prinsip bagi sesuatu striking out application termaktub dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd v. United Malayan Banking Corporation Berhad [1993] 4 CLJ 7− “The principles upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O 18 r 19(1) of the RHC are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley MR in Hubbuck & Sons Ltd v. Wilkinson, Heywood & Clark Ltd 7, and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable’ (see AG of Duchy of Lancaster v. L & NW Rly Co 8). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (see Wenlock v. Moloney & Ors 9). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O 33 r 3 (which is in pari materia with our O 33 r 2 of the RHC) (see Hubbuck & Sons Ltd v. Wilkinson, Heywood & Clark Ltd 7). The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.” Penilaian dan Dapatan Mahkamah [16] Saya telah meneliti afidavit sokongan yang diikrarkan oleh En. Ng Tenk Siang. [17] Pada perenggan 4 pernyataan tuntutan, Plaintif menyatakan bahawa Defendan Kedua merupakan sebuah firma guaman perkongsian yang terdiri daripada rakan-rakan kongsi seperti yang berikut: (i) Ng Tenk Siang; (ii) Tricia Lim Kim Hui; (iii) Manoharan A/L Tevadasin; (iv) Chuah Phei San; (v) Dia Sze Sze; (vi) Mathan Raj Subramanian; dan (vii) Nik Muhammad Syafiq Bin Nik Hilmi. [18] En. Ng Tenk Siang menyatakan perkara dan mengekshibitkan dokumen yang berikut dalam afidavit sokongannya: • Laporan Lembaga Tatatertib Peguam bela dan Peguam cara bertarikh 29-10-2019 untuk Aduan No. DC/18/0699 yang merangkumi keputusan Lembaga Tatatertib. • Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib telah memfailkan rayuannya ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Saman Pemula untuk mencabar keputusan Lembaga Tatatertib. • dalam afidavit sokongannya, Plaintif memplidkan isu kelewatan, kecuaian dalam pengendalian transaksi jual beli hartanah Plaintif oleh Defendan Kedua serta isu kegagalan mengamalkan kewajipan berhati-hati semasa mengendalikan transaksi jual beli hartanah tersebut yang melibatkan Plaintif. Defendan Kedua melampirkan Saman Pemula dan afidavit sokongan Plaintif. • Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (MTPP) menolak rayuan Plaintif. Defendan Kedua melampirkan Perintah MTPP dan alasan penghakiman oleh Y.A Tuan Azizan bin Md Arshad. • Plaintif memfailkan rayuannya ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan MTPP. • pada 21-3-2023, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa rayuan Plaintif adalah tidak bermerit dan mengekalkan keputusan Lembaga Tatatertib dan MTPP. Defendan Kedua melampirkan Perintah Termeterai Mahkamah Rayuan bertarikh 21-3-2023. [19] Defendan Kedua memplidkan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Plaintif di Mahkamah Rayuan itu adalah sama dengan isu yang diplidkan dalam writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif di hadapan Mahkamah ini. [20] Mahkamah ini telah meneliti alasan penghakiman MTPP di mana Y.A Tuan Azizan bin Md Arshad telah memutuskan isu yang dibangkitkan oleh pemohon/Plaintif (Teoh Kok Seng) iaitu – • Misconduct/professional negligence. • Whether the respondent committed conspiracy against the applicant. • The applicant was misled by the respondent (Ng Tenk Siang). • The errors by the disciplinary board (DB) [21] Dapatan MTPP adalah – “[17] Based on the finding of the DC this court finds sufficient evidence that the Applicant was accorded a reasonable opportunity of being heard by the DC during the proceeding. (i) The DC has concluded that the Applicant had admitted that he had signed a Certificates under s.84 of the Legal Profession Act 1976. He did not plead es factum on signing the Certificate, therefore he must be deemed to have read and understand the content of the Document marked as A2 and he was aware that Messrs Ong and Partners did not represent him. This is finding of fact by the DC. (ii) The DC not finds any delay on the part of the respondent. during the hearing, all the relevant documents were referred. [18] On 17 July 2020, in exercising the power under Section 103 D of the Legal Profession Act 1976 (“LPA”), Disciplinary Board (“DB”) affirmed the Disciplinary Committees’ finding against the Respondent and dismissed the complaint.”. [22] Mahkamah ini mendapati aduan Plaintif kepada Jawatankuasa Tatatertib dan selanjutnya kepada Lembaga Tatatertib ialah berkaitan dengan peguam iaitu En Ng Tenk Siang yang beramal di Defendan Kedua. Kedua-dua DC dan DB memutuskan bahawa “the Respondent is not guilty of misconduct.”. [23] Selanjutnya, Saman Pemula oleh Plaintif di MTPP ialah mengenai seksyen 103E, seksyen 103B, seksyen 99 dan seksyen 26 Akta Profesion Undang-Undang 1976 terhadap En. Ng Tenk Siang. [24] Plaintif meneruskan perjuangannya dengan merayu ke Mahkamah Rayuan di mana panel koram ialah Y.A Vazeer Alam bin Mydin Meera, HMR, Y.A Mariana binti Haji Yahya, HMR dan Y.A Wong Kian Kheong, HMR pada 21-3-2023 telah meneliti memorandum rayuan terpinda Plaintif (perayu) yang menyenaraikan kekhilafan keputusan oleh MTPP pada 17-3-2022 dari segi fakta dan undang-undang, iaitu – • MTPP menolak Saman Pemula perayu untuk merayu terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Peguam bela dan Peguam cara dengan kos sebanyak RM5,000.00. • MTPP gagal mempertimbangkan bahawa responden (Ng Tenk Siang) telah melakukan salahlaku dan/atau kecuaian apabila melaksanakan tanggungjawabnya sebagai peguam cara pihak Pemaju dan pihak Bank untuk mengendalikan transaksi jualbeli hartanah perayu. • MTPP gagal memutuskan bahawa responden telah melakukan kelewatan yang tidak wajar dalam pengendalian transaksi jualbeli. • MTPP gagal memutuskan bahawa responden gagal memberikan alasan yang munasabah untuk memperjelaskan kelewatannya dan untuk memperjelaskan kegagalan responden untuk mematuhi keperluan Bank semasa mengendalikan transaksi jualbeli. • MTPP gagal mempertimbangkan fakta bahawa responden selaku rakan kongsi di firma guamannya adalah bertanggungjawab ke atas kesemua tindakan pekerjanya. • MTPP gagal memutuskan bahawa responden telah melakukan konspirasi untuk menipu dan/atau menyebabkan kerugian ke atas perayu di mana Responden telah menasihati Pemaju untuk mengenakan caj faedah lewat bayaran walaupun kelewatan dalam transaksi jualbeli adalah disebabkan responden sendiri. • MTPP gagal memutuskan bahawa responden telah melakukan salahlaku apabila mengelirukan/misled perayu di mana transaksi jualbeli responden telah dikendalikan oleh seorang pekerja bukan profesyen. • MTPP gagal mempertimbangkan fakta dan undang-undang bahawa responden mempunyai kewajipan berhati-hati terhadap perayu tanpa kira sama ada perayu merupakan anakguam responden atau tidak. • MTPP gagal mempertimbangkan fakta dan undang-undang bahawa Jawatankuasa Tatatertib (Disciplinary Committee) telah gagal melaksanakan tugasan dan kewajipan dengan sempurna apabila mendengar aduan perayu. • MTPP gagal mempertimbangkan fakta dan undang-undang apabila gagal mempertimbangkan dan/atau memberi penilaian penghakiman (judicial appreciation) yang sewajarnya kepada faktor-faktor tidak relevan dalam menolak tuntutan perayu. • MTPP telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bahawa perayu tidak dapat menuntut terhadap responden atas ketiadaan hubungan peguam-anakguam antara kedua-dua pihak. • MTPP telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menerima penemuan fakta oleh Jawatankuasa Tatatertib bahawa tiada kelewatan dalam pengendalian transaksi jualbeli dan bahawa tiada isu konspirasi. [25] Mahkamah Rayuan dalam Penghakimannya, selepas pendengaran dan meneliti Rekod Rayuan serta hujahan bertulis dan hujahan lisan pihak-pihak sebulat suara menolak rayuan perayu dengan kos sebanyak RM10,000.00. [26] Walaupun keputusan Mahkamah Rayuan itu memihak kepada responden (NgTenk Siang) yang secara tidak langsung kepada Defendan Kedua (Tetuan Ong & Partners), lebih kurang sebulan selepas Penghakiman Mahkamah Rayuan, perayu memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan mengenai isu yang sama terhadap pihak Pemaju, pihak Peguam dan pihak Bank. Plaintif kini menamakan firma guaman sebagai Defendan Kedua. [27] Mahkamah ini telah meneliti hujahan balas Plaintif di mana peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan 3 perkara iaitu – (a) Res judicata inapplicable to Disciplinary Complaint; (b) D2’s Authorities distinguished; dan (c) Specific replies to D2’s contention. Res judicata inapplicable to Disciplinary Complaint: [28] Peguam cara terpelajar Plaintif memetik keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Lim Chee Beng & Ors v R Rajasingam & Co (sued as a firm of solicitors) & Anor [2013] 4 MLJ 726, iaitu − “[12] The remedies available and sought under the writ are not available under the disciplinary board proceedings. If a complaint to the disciplinary board acts as a bar to litigation, there would be no complaints to the disciplinary board. And vice versa, civil proceedings would become a bar to complaints to the disciplinary board. We do not think that is correct law. A person should not risk being barred from civil proceedings for personal remedies by lodging a complaint to the disciplinary board for disciplinary action to be taken but not pursuing the matter further when the disciplinary board dismisses it.”. [29] Berdasarkan keputusan itu, pegaum cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa – “8. The Court of Appeal has unequivocally stated that res judicata does not apply to a civil if there is a previous complaint filed to the DB. The Court of Appeal also stated that a complaint to DB (which primarily deals with punitive measures imposed on the members of the Bar) has a completely different remedy from civil proceedings (in our case, is pertaining to monetary damages). And as such, res judicata has no application whatsoever. 9. All of the 2nd Defendant’s authorities on res judicata (which will be discussed in detail hereinafter) are in relation to application of res judicata between two (2) civil suits and does not reflect the case before this Honourable Court, which is between one (1) complaint to DB, and one civil suit.”. [30] Selanjutnya, peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa kausa tindakan dalam suatu aduan kepada DB ialah salahlaku professional di bawah seksyen 94 Legal Profession Act 1976, tetapi kes di hadapan Mahkamah ini ialah mengenai tort kecuaian dan konspirasi semata-mata. Apabila terdapat 2 kausa tindakan yang berasingan (bersama-sama dengan relief, pihak dan isu yang berlainan) maka prinsip res judicata adalah tidak terpakai. Peguam cara terpelajar Plaintif memetik nas undang-undang kes Mahkamah Rayuan (Dato’ Sivananthan a/l Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd [2016] 3 MLJ 122) dan Mahkamah Persekutuan (Sykt Sebati Sdn Bhd v Pengarah Jabatan Perhutanan & Anor [2019] 2 MLJ 689). D2’s Authorities distinguished: [31] Peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa “all of the authorities quoted by the 2nd Defendant in relation to Res Judicata are all general authorities and does not fit the circumstances of this case like the Court of Appeal’s decision in in Lim Chee Beng & Ors v R Rajasingam & Co (sued as a firm of solicitors) & Anor [2013] 4 MLJ 726”. [32] Menurut peguam cara terpelajar Plaintif, kausa tindakan yang di bawa di hadapan Mahkamah ini adalah berbeza daripada kausa tindakan dalam Saman Pemula di MTPP dan rayuan Plaintif di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan MTPP. [33] Hujahan peguam cara terpelajar Plaintif adalah − “19. The Plaintiff reiterates briefly the contentions in the Plaintiff’s main submissions as follows: (i) The subject matter and prayers in both the ASDB complaint and the civil suit before this Court is not overlapping, as the DB complaint is aimed at praying for punitive measures against the particular lawyer (Ng Tenk Siang) and does not in any event entail a monetary claim. (ii) The Plaintiff’s claim for monetary damages in this current civil suit cannot be raised in an ASDB complaint, as ASDB complaint is only concerned with penalties and punishments as seen in Section 94 of the Legal Profession Act 1976. (iii) The principles of law is completely different between an DB complaint and a civil suit, whereby the DB complaint is concerned with Professional Misconduct, whereas the present suit is in relation to tort of negligence. The Burden of proof for these two distinct laws is also very different, whereby a DB complaint requires proof to beyond a reasonable doubt, whereas it is common knowledge that a civil suit on negligence only requires a proof to balance of probabilities. See P Selvaraj a/l SKP Palani v Penaarasy a/p Sivalingam & Anor [2019] MLJU 1722. (iv) This current case involves a claim against the entire law firm, whereas the DB complaint is only dealing with one partner (Ng Tenk Siang). Court of Appeal in the case of Farlim Properties Sdn Bhd v Goh Keat Poh & Ors and other appeals [2003] 4 MLJ 654 that res judicata does not apply to a party which was not involved in the previous litigation.”. Specific replies to D2’s contention: [34] Hujahan balas peguam cara terpelajar Plaintif secara khususnya kepada hujahan peguam cara terpelajar Defendan Kedua ialah – “(i) In respect of paragraph 31 and 32 D2WS, the Plaintiff states that the relief sought in the ASDB complaint and this current case is completely distinct, and therefore involves different causes of action and different consideration on issues. In addition to the fact that D2 was not involved in the ASDB complaint (instead it is only against one of the partners), therefore res judicata cannot apply; (ii) The 2nd Defendant then in paragraphs 33 and 35 of the D2WS sought to state that the Court of Appeal has absolved the 2nd Defendant of any wrong doing in the appeal against the ASDB Complaint. But that is nothing more than just pure fiction, because the Court of Appeal had never given any grounds of judgment to state that the 2nd Defendant did not commit professional misconduct; (iii) On the contrary, there is a written grounds of judgment by the Court of Appeal in Appeal No. P-01(A)-44-01/2022 clearly states that the 2nd Defendant had committed delays. (iv) Therefore, the 2nd Defendant’s contention that the Court of Appeal had fully decide on the merit of 2nd Defendant’s negligence is wholly misconceived as the Court of Appeal had never given a ground of judgment; (v) In any case, the Court of Appeal in the appeal against DB complaint is deciding the case based on whether or not there is professional misconduct (which requires proof beyond reasonable doubt), and the Court of Appeal has never considered on the issue of tort of negligence and conspiracy (balance of probability). Thus, the findings of the Court of Appeal in the DB complaint appeal is irrelevant and inapplicable to our current case. Ultimately, the 2nd Defendant’s submission is based only on misconceived understanding of the law on res judicata and also based on misguided attempts to put fictional words in the Court of Appeal’s mouth. However, it does not affect the undisputed fact that res judicata does not apply in this case.”. [35] Kronologi dan/atau susur galur tuntutan Plaintif ini ialah mengenai kerugian yang dikatakan dialami olehnya akibat salahlaku peguam yang mengendalikan transaski jual beli hartanah yang dibelinya daripada Pemaju (Defendan Pertama). Plaintif telah mengenalpasti nama peguam tersebut dan seterusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Tatatertib. Keputusan DC dan DB yang diputuskan tidak dipersetujui oleh Plaintif dan dengan itu rayuan kepada penemuan siasatan dan dapatan DC dan DB “diadukan” kepada MTPP. Alasan penghakiman MTPP dengan jelas merujuk kepada analisa sama ada DC dan DB itu melakukan kekhilafan yang memutuskan bahawa tiada salahlaku, tiada kecuaian, tiada kelewatan dan tiada konspirasi. Selanjutnya, Plaintif melalui peguam caranya menganalisa keputsan MTPP tersebut dan dapat mengenalpasti kekhilafan Y.A Pesuruhjaya Kehakiman tersebut. Apabila Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa keputusan DC dan DB serta MTPP itu betul dan tidak khilaf, kini prosiding guaman dibawa pula ke hadapan Mahkamah ini berpaksikan kepada isu yang sama iaitu salahlaku, kecuaian, kelewatan dan konspirasi peguam yang mengendalikan transaksi jual beli hartanah Plaintif. [36] Adakah Mahkamah ini boleh dan wajar untuk mengakaskan Penghakiman Mahkamah Rayuan? Saya berpendapat adalah tidak wajar. Mahkamah ini tidak akan melitigasikan semula isu yang dibawa oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua i.e. di mana Ng Tenk Siang itu ialah yang beramal dengan Tetuan Ong & Partners, selepas MTPP dan Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tiada salahlaku, tiad kecuaian, tiada kelewatan dan tiada konspirasi oleh peguam. [37] Keputusan Mahkamah ini yang membenarkan Defendan Kedua keluar daripada menjadi pihak kepada tindakan guaman di hadapan Mahkamah ini, maka kini tindakan guaman ini hanya mempunyai 2 pihak yang dituntut iaitu Defendan Pertama (Pemaju) dan Defendan Ketiga (Bank). Defendan Ketiga (Bank) pula mempunyai tuntutan indemniti terhadap Defendan Kedua sekiranya Defendan Ketiga itu diputuskan sebagai bertanggungan di akhir perbicaraan kelak. [38] Oleh itu, permohonan interlokutori Defendan Kedua hanya menamatkan “riwayat” Defendan Kedua dengan Plaintif. Manakala, tindakan guaman ini diteruskan dengan Defendan Pertama dan Defendan Ketiga untuk pihak-pihak membuktikan kes masing-masing. Kesimpulan [39] Dalam hal keadaan dan alasan yang saya nyatakan di atas, keputusan Mahkamah ini adalah permohonan yang difailkan oleh Defendan Kedua terhadap keseluruhan tindakan Plaintif adalah teratur. Defendan Kedua layak dan telah menepati requirements bagi pembatalan tindakan. [40] Dengan ini, Mahkamah ini membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua. Bertarikh: 1 Januari 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif: Teoh Hui Chyuan Tetuan Zen, Chyuan & Farliza, Pulau Pinang Bagi Pihak Defendan Kedua: Mathan Raj A/L S.C Subramanian Tetuan Ong & Partners, Petaling Jaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.