1
Perayu merupakan Plaintif manakala Responden merupakan Defendan semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen.
JA-12BNCvC-6-03/2023
High Court of Malaysia25 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“h Rayuan telah memutuskan seperti berikut: - “[24] It is settled law that the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (section 101(1) Evidence Act 1950 ). The burden of proof is on that party is twofold: (i) the burden of establishing a case; and (ii) th”
“ktikan bahawa mereka berhak dibayar oleh Defendan seperti mana tuntutan mereka. [74] Rujuk kes Selvaduray v Chinniah (1939) MLJ 253 (Mahkamah Rayuan): - “The burden of proof under section 102 of the Evidence Enactment is upon the person who would fail if no evidence at all were given on either side, and accordingly, th”
“plaintiff who must establish his case. If he fails to do so, it will not do for the plaintiffs to say that the defendants have not established their defence (Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; [1939] MLJ 253 (CA); s. 102 Evidence Act 1950).” [39] Pengamatan Mahkamah ini ke atas P2 juga menunjukkan hanya butiran r”
“to a contract to sue or be sued upon it, so that a third party does not enjoy the right to sue and incurs no liability to be sued (see Chong Nyuk Fung & Anor v. Loi Lung Kiong & Ors [1998] 5 CLJ 146; [1998] MLJU 41; Brilliant Team Management Sdn Bhd v. South East Pahang S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw **Note : Serial number”
“used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 oleh Plaintif bagi menyokong tuntutannya terhadap Defendan. Dalam kes Dato’ Pardip Kumar Kukreja & Anor v Vell Paari Samy Vellu [2015] CLJU 1482, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: - “[24] It is settled law that the party who desires t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Perayu merupakan Plaintif manakala Responden merupakan Defendan semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen.
2
Bagi tujuan keselarasan, pihak-pihak akan terus dirujuk di sini seperti mana kedudukan mereka di Mahkamah Sesyen.
3
Rayuan Plaintif di sini adalah terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) selepas perbicaraan penuh yang telah menolak keseluruhan tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos.
4
Pada 01.12.2015 Laras Niaga Sdn Bhd (“LN”) telah memasuki satu perjanjian kontrak dengan Defendan untuk satu projek pembinaan yang dikenali sebagai “Cadangan Membina Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dan Kuarters Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bharu, Johor” (“kontrak tersebut”).
5
Nilai kontrak tersebut termasuk GST adalah bernilai RM19,080,000.00.
6
LN adalah kontraktor utama di bawah kontrak tersebut.
7
Melalui Surat Cara Serah-Hak (“DOA”) bertarikh 13.02.2017 antara LN dan Plaintif, Plaintif bersetuju untuk dilantik sebagai subkontraktor kepada LN bagi melaksanakan kerja-kerja merangka, membekal, menghantar dan/atau menyediakan, membekal, S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 menghantar dan memasang system “IBS” di bawah kontrak tersebut.
8
Jumlah keseluruhan kerja-kerja subkontrak di antara Plaintif dan LN adalah bernilai RM1,094,550.00.
9
Dua terma penting di bawah DOA tersebut merupakan Terma 5 dan Terma 6.
10
Di bawah terma 5, bayaran Plaintif untuk nilai kerja-kerja subkontrak adalah daripada bayaran yang perlu dibayar oleh Defendan kepada LN di bawah kontrak tersebut melalui bayaran interim. Terma 5 menyatakan seperti berikut: - “The assignee shall be paid the value of the *Subcontract Works/ Subcontract Supply executed out of moneys due and payable to the Assignor under the Contract in interim payments and the final payments shall be made in accordance with the terms and conditions of the contract.”.
11
Manakala di bawah terma 6, bayaran Plaintif melalui bayaran interim perlu disahkan mengikut tuntutan yang diperakui oleh wakil LN yang diberikan kuasa sewajarnya dan perlu dikemukakan oleh Plaintif kepada Pegawai Penguasa (“PP”) yang dinamakan di dalam kontrak tersebut selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh penilaian interim. Peruntukan tersebut menyatakan seperti berikut:- “The amount to be paid to the Assignee in each interim payment shall be ascertained based on claims certified by the Assignor or his authorized representative and submitted by the Assignee to the Superintending Officer named on the Contract or his S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 authorized representative not later than 3 days before the date of interim valuation.”.
12
Melalui Consent by Government for Direct Payment to Third Party Through Deed of Assignment bertarikh 15.03.2017 yang dimasuki di antara LN, Plaintif dan Defendan, ianya dengan jelas diperuntukkan di bawah terma 2(a) bahawa apa-apa obligasi Defendan di bawah DOA adalah tanpa prejudis atau menjejaskan hak Defendan atau PP di bawah kontrak tersebut termasuk mengenai bayaran terus kepada Plaintif dan pembekal dicadangkan dan potongan daripada apa-apa wang terhutang lain oleh LN kepada Defendan di bawah kontrak tersebut. “a. Any obligation imposed upon the Government by the Deed of Assignment shall not in any way prejudice or affect the rights of the Government or the powers of the Superintending Officer under the terms and conditions of the Contract, including those relating to direct payments to nominated sub-contractors and nominated suppliers and deductions from any money otherwise due to you under the Contract.”.
13
Apa yang lebih penting, terma 2(d) menyatakan secara alternatif yang Defendan tidak bertanggungan kepada Plaintif sebagai sub-kontraktor untuk apa-apa kerugian dialami Plaintif. Dalam hal ini, LN yang bertanggungan dan akan menanggungrugi Defendan atas apa-apa liabiliti dihadapi Defendan sekiranya sebarang tuntutan atau tindakan diambil Plaintif terhadap Defendan: - “d. You shall be liable and shall indemnify the Government against any damage, expense, liability, loss whatsoever suffered by the Government in the event of any claim or action taken by the Assignee arising from the Assignment.”. S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
14
Melalui terma-terma DOA bertarikh 13.02.2017 dan Consent by Government for Direct Payment to Third Party Through Deed of Assignment bertarikh 15.03.2017 yang dirujuk di atas, amat penting untuk diperhatikan di sini bahawa: -
a
Plaintif hanya layak dibayar mengikut nilai kerja-kerja subkontrak yang dilaksanakan daripada pembayaran interim yang kena dibayar oleh Defendan kepada LN;
b
Plaintif hanya layak dibayar berdasarkan tuntutan kerja yang diperakui oleh LN; dan
c
Apa-apa bayaran yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif adalah tanpa prejudis kepada hak Defendan untuk membuat apa-apa potongan terhadap apa-apa bayaran yang perlu dijelaskan oleh LN kepada Defendan. [15] Melalui Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor bertarikh 02.06.2019, Defendan memaklumkan kepada LN bahawa kerja mereka telah ditamatkan kerana gagal menyiapkan projek tersebut mengikut kontrak tersebut. Notis tersebut berbunyi: - “…
2
Dukacita diperhatikan bahawa Tuan masih didapati tidak menjalankan kerja dengan tekun dan teratur dan kerja Tuan dijangka tidak dapat disiapkan pada Tarikh Siap Kerja yang telah ditentukan pada 19-01-2019. Kerja tuan sepatutnya sudah 100% siap tetapi kemajuan kerja yang dicapai setakat ini adalah hanya 54%. Kegagalan Tuan itu masih berulang sungguhpun Tuan telah diberi Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor seperti yang tersebut di atas.
3
Maka, sejajar dengan Fasal 51.1(a) (iii) dan 51.1(b) Syarat Syarat Kontrak, Pengambilan kerja Tuan adalah dengan ini DITAMATKAN.” [16] Sehingga ke tarikh kontrak tersebut ditamatkan oleh Defendan, enam (6) bayaran interim telah dibuat Defendan kepada Plaintif di bawah DOA berjumlah RM739,954.81 untuk kerja-kerja subkontrak dilakukan Plaintif yang telah diperakui LN. [17] Plaintif pula mendakwa bahawa Defendan masih belum lagi menjelaskan baki di bawah kontrak tersebut sebanyak RM178,744.25 dan wang tahanan sebanyak RM51,629.68 yang didakwa terhutang oleh Defendan kepada Plaintif. [18] Plaintif kemudian membawa tuntutan ke atas Defendan untuk wang sejumlah RM230,3773.93 di Mahkamah Sesyen. [19] Semasa prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen, saksi-saksi berikut telah memberikan keterangan, iaitu: -
a
bagi pihak Plaintif, Encik Wan Mohd Aziman Bin Wan Ismail (SP1) iaitu pengurus syarikat Plaintif; dan
b
bagi pihak Defendan, Encik Ahmad Faiezal Bin Masood (SD1) iaitu seorang Penolong Jurutera dan Puan Norzahamawatty Bt Md Desa (SD2) iaitu Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya-KKR Johor Bahru. [20] Di akhir perbicaraan, HMS telah menolak tuntutan Plaintif dengan kos atas skala. S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw [21] Plaintif merayu ke Mahkamah ini terhadap keputusan HMS tersebut. [22] Mahkamah ini, selepas meneliti Rekod-Rekod Rayuan termasuklah Alasan Penghakiman yang disediakan oleh HMS dan selepas menimbang hujah-hujah peguam Plaintif dan peguam Defendan, memutuskan untuk menolak rayuan Plaintif di sini dengan kos. [23] Maka, berikut merupakan Alasan Penghakiman Mahkamah ini. Tugas Mahkamah di peringkat rayuan [24] Pertama sekali, Mahkamah ini dalam menjalankan bidang kuasa rayuan akan hanya campur tangan ke atas keputusan Mahkamah Sesyen apabila keputusan Mahkamah Sesyen secara jelasnya salah (“plainly wrong”) atau menunjukkan tiadanya pertimbangan kehakiman yang mencukupi (“insufficient judicial appreciation”) dalam menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan. [25] Prinsip tersebut adalah mantap dan memadai jika hanya dirujuk kepada satu kes Mahkamah Persekutuan iaitu UEM Group Bhd v Genisys Integrated Engineers Pte Ltd & Anor [2019] 9 CLJ 785 (Mahkamah Persekutuan) yang mana dinyatakan pada muka surat 800 seperti berikut: - “Thus, the prime issue in respect of Questions 1 to 3 is whether the Court of Appeal had erred in interfering with the findings of facts of the trial judge. It is well settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence." [26] Selain itu, analisis yang salah ke atas keseluruhan keterangan ataupun salah tafsir ke atas keterangan penting juga membolehkan keputusan hakim perbicaraan diubah di peringkat perbicaraan rayuan sebagai mana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Mahmood & Anor v SJ Securities Sdn Bhd [2012] 6 CLJ 573 seperti berikut: - “[25] The law on appellate intervention on findings of fact by a trial Judge is trite. In this context it may be useful to refer to the case of Multar v. Lim Kim Chet and Anor [1982] CLJ Rep 237; [1982] 1 MLJ 184 (FC), wherein it was held that an appellate court will interfere and disturb the finding of fact by the trial judge if crucial evidence had been misconstrued resulting in the uncertainty on one party's evidence" - and the consistency of the other party's evidence being disregarded. In the Privy Council case of Choo Kok Beng v. Choo Kok Hoe and Ors [1984] 1 LNS 40; [1984] 2 MLJ 165 it was held that when a trial judge had so manifestly failed to derive proper benefit from the undoubted advantage of seeing and hearing witnesses at the trial, and in reaching his conclusion, has not properly analysed the entirety of the evidence which was given before him, it is the plain duty of the appellate court to intervene and correct the error lest otherwise the error results in serious injustice.”. [27] Sebagai tambahan, adalah juga bermanfaat untuk merujuk kes Lee Ing Chin & Ors v Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan di muka 116 bahawa: - “Suffice to say that we re-affirm the proposition that an appellate court will not, generally speaking, intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. But appellate interference will take place in cases where there has been no or insufficient judicial appreciation of the evidence. It is, S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw we think appropriate that we say what judicial appreciation of evidence involves.”. [28] Selanjutnya, maksud ‘pertimbangan keadilan’ telah diperjelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes yang sama di muka 116 iaitu seperti berikut: - “A judge who is required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. He must, when deciding whether to accept or to reject the evidence of a witness test it against relevant criteria. Thus, he must take into account the presence or absence of any motive that a witness may have in giving his evidence. If there are contemporary documents, then he must test the oral evidence of a witness against these. He must also test the evidence of a particular witness against the probabilities of the case. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness' evidence runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case: the approach to judicial appreciation of evidence is the same. There are a number of important and leading cases in which the point has been considered.”. [29] Bertolak daripada prinsip-prinsip di atas, analisis Mahkamah ini seterusnya adalah seperti berikut. Samada Plaintif perlu dibayar oleh Defendan untuk kerja-kerja subkontrak sebagai mana yang dituntut [30] Bagi Mahkamah ini, isu terpenting dalam kes ini ialah samada Plaintif berjaya membuktikan tuntutan mereka seperti dituntut iaitu S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw RM178,744.25 yang didakwa sebagai kerja-kerja subkontrak yang telah dilaksanakan oleh Plaintif di bawah DOA yang kena dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. [31] Mahkamah ini mendapati isu ini telah dipertimbangkan dengan panjang lebar oleh HMS yang bijaksana. [32] Dalam aspek beban pembuktian, Mahkamah ini mendapati HMS adalah betul apabila merujuk kepada Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan bahawa beban ialah pada Plaintif untuk membuktikan tuntutan mereka di atas imbangan kebarangkalian ke atas Defendan. Peruntukan tersebut menyatakan seperti berikut: - “(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. ILLUSTRATIONS
a
A desires a court to give judgment that B shall be punished for a crime which A says B has committed. A must prove that B has committed the crime.
b
A desires a court to give judgment that he is entitled to certain land in the possession of B by reason of facts which he asserts and which B denies to be true. A must prove the existence of those facts.”. [33] Selanjutnya, HMS didapati telah membuat rujukan kepada Klausa 47 Kontrak tersebut dan membuat dapatan bahawa apabila khidmat S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw LN ditamatkan maka pengambilan Plaintif sebagai sub-kontraktor juga akan tamat serta merta. Mengikut HMS: - “Menurut Klausa 47 Kontrak Utama, apabila Laras Niaga Sdn Bhd ditamatkan sebagai kontraktor bagi projek ini, maka pengambilan kerja Plaintif sebagai subkontraktor akan ditamatkan serta merta.”. [34] Secara khususnya, Mahkamah ini merujuk Klausa 47 (4) Kontrak tersebut yang menyatakan seperti berikut: - “47.4 It shall be a condition in any sub-contract which has been consented to by the Government that upon termination of the Contractor’s employment under the Contract, the employment of the sub-contractor under the sub-contract shall terminate immediately. No claim whatsoever shall be made by the Contractor and/ or sub-contractor against the Government for any work done or materials or goods supplied.”. [35] Seterusnya, HMS juga didapati telah membuat dapatan bahawa Plaintif gagal untuk menjelaskan bagaimana terdapat baki RM178,744.25 yang perlu dibayar kepada mereka oleh Defendan. Saksi Plaintif gagal untuk memberikan penjelasan memuaskan walaupun ketika diminta memberikan penjelasan oleh Mahkamah.
Preamble
Mengikut HMS: - “Mahkamah faham bahawa apa yang dinyatakan oleh Plaintif adalah daripada nilai kerja keseluruhan RM970,328.74 yang telah Plaintif siapkan, setelah ditolak 6 bayaran interim yang telah dibuat oleh Defendan iaitu RM739,954.81 meninggalkan baki RM178,744.25. Walau bagaimanapun, apabila diminta dijelaskan bagaimana jumlah keseluruhan kerja dinilai dan berdasarkan apa, Plaintif gagal memberi penerangan dan tiada dokumen sokongan dibekalkan dalam tuntutan ini.”. S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw [36] Rujukan dalam hal ini adalah berdasarkan keterangan SP1 seperti berikut: - “Hakim: Saya nak clarification sikit. Dekat pernyataan tuntutan mana dapat jumlah RM 970,328.74. Ada enam interim bayaran, RM 970,328.74 dapat daripada mana? Dokumen itu based on saya punya, saya tuntut tu saya punya total kontrak saya kira RM 970,328.74. Hakim: Mana dapat RM 970,328.74 itu? Biasanya ada VO (Variation Order) kami dengan Laras Niaga. DOA di peringkat awal. Kita ambil RM 970,328.74 tu sebab kita ada buat omission kat area atas tu. Hakim: Waktu saya minta penjelasan, penjelasan secara lisan sahaja, dokumen tak boleh nak tengok, saya tak boleh nak check. Kalau ada variation, mana dokumen yang menunjukkan variation? Apa harga dia? Kami tak sertakan.”. [37] Ekshibit P2 iaitu Penyata Akaun yang dikemukakan Plaintif juga tidak membantu tuntutan mereka ke atas Defendan kerana tidak ada apa-apa rujukan baik dalam P2 ataupun dalam apa-apa keterangan Plaintif untuk menunjukkan kepada Mahkamah kenapa Plaintif hanya dibayar setakat enam (6) tuntutan interim dibuat, tiada penjelasan berkenaan perakuan atau ketidak akuan dibuat LN untuk kerja-kerja kononnya dilakukan Plaintif dan tiada pemerincian lanjut berkenaan kerja-kerja kononnya dibuat oleh Plaintif. [38] Dalam erti kata lain, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa tidak ada keterangan konkrit dan kukuh telah dikemukakan S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw oleh Plaintif bagi menyokong tuntutannya terhadap Defendan. Dalam kes Dato’ Pardip Kumar Kukreja & Anor v Vell Paari Samy Vellu [2015] CLJU 1482, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: - “[24] It is settled law that the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (section 101(1) Evidence Act 1950 ). The burden of proof is on that party is twofold: (i) the burden of establishing a case; and (ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The standard of proof required of the plaintiff is on the balance of probabilities. The evidential burden of proof is only shifted to the other party once that party has discharged its burden of proof. If that party fails to discharge the original burden of proof, then the other party need not adduce any evidence. In this respect it is the plaintiff who must establish his case. If he fails to do so, it will not do for the plaintiffs to say that the defendants have not established their defence (Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; [1939] MLJ 253 (CA); s. 102 Evidence Act 1950).” [39] Pengamatan Mahkamah ini ke atas P2 juga menunjukkan hanya butiran ringkas tanpa dinyatakan asas perkiraan dan butiran terperinci mengenai kerja-kerja yang kononnya dilaksanakan oleh Plaintif bagi menjustifikasi tuntutannya. Justeru, Mahkamah ini mendapati P2 ini bukanlah satu dokumen yang mampu menunjukkan dengan jelas tentang butir-butir tuntutan Plaintif terhadap Defendan. [40] Mahkamah ini seterusnya berpendapat bahawa perkara–perkara tuntutan Plaintif terhadap Defendan sepatutnya dan seharusnya berada dalam pengetahuan khusus samada Plaintif ataupun LN selaku kontraktor utama yang mempunyai peranan untuk S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw mengesahkan kerja-kerja Plaintif sebelum dikemukakan kepada Defendan untuk pembayaran. [41] Maka, mengikut Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 adalah juga jelas bahawa beban pembuktian terletak pada Plaintif dalam hal ini untuk membuktikan berkenaan justifikasi jumlah tuntutan mereka ke atas Defendan. Peruntukan tersebut menyatakan: - “The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. ILLUSTRATIONS
a
A prosecutes B for theft and wishes the court to believe that B admitted the theft to C. A must prove the admission.
b
B wishes the court to believe that at the time in question he was elsewhere. He must prove it.”. [42] Prinsip pembuktian sebegini juga jelas dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes International Times & Ors v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86 seperti berikut: - According to section 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not sufficient, such party must fail [43] Plaintif juga sepatutnya mengemukakan apa-apa keterangan daripada LN mengenai perkara sama tetapi tidak berbuat demikian. LN sebagai pihak yang mengakui dan mengesahkan kerja-kerja S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw Plaintif sudah semestinya akan dapat memberikan keterangan terbaik (best evidence) berkenaan tuntutan Plaintif. [44] Selanjutnya, Plaintif juga tidak boleh menyalahkan Defendan kerana tidak membuat bayaran kepada mereka kerana Defendan hanya membuat bayaran berdasarkan perakuan LN seperti mana terma-terma yang dipersetujui dalam DOA dan Consent by Government for Direct Payment to Third Party Through Deed of Assignment yang dirujuk sebelum ini. Perkara ini telah dipertimbangkan oleh HMS yang telah merujuk kepada keterangan SD2 ketika pemeriksaan balas seperti berikut: - Dan bayaran yang di allocate adalah berjumlah RM1,094,550.00. Betul? Di dalam DOA tersebut, betul. Dan pembayaran kepada Teraju Precast ini adalah berdasarkan kepada tuntutan-tuntutan interim sepanjang kontrak itu, berjalan, betul tak? Tuntutan oleh kontraktor utama Laras Niaga kepada pihak JKR. Flow dia di mana Teraju Precast membuat tuntutan kepada Laras Niaga dan Laras Niaga satisfied dan mengarahkan JKR menjelaskan bayaran tersebut, betul? Laras niaga dan juga penilaian pihak JKR di tapak berdasarkan kemajuan fizikal dan kita satisfied bayaran akhir.”. [45] Apa yang lebih signifikan, tidak ada keterangan bahawa kerja-kerja yang kononnya dilakukan oleh Plaintif telah diperakui oleh LN seperti mana di bawah DOA dan perkara ini juga telah diteliti oleh HMS di perenggan 36 Alasan Penghakiman seperti berikut: - S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw “Plaintif bukan sahaja gagal membuktikan kesiapan kerja-kerja IBS yang dikatakan, Plaintif juga gagal menunjukkan kerja-kerja yang dibuat adalah diperakukan oleh Laras Niaga Sdn Bhd.”. [46] Dalam hal ini juga, Mahkamah ini bersetuju dengan HMS bahawa bukanlah menjadi tugas Defendan untuk memperakukan kerja-kerja dibuat Plaintif kerana itu tugasan LN di bawah DOA. Lihat Terma 6 dalam DOA yang berbunyi seperti berikut: - “The amount to be paid to the Assignee (Plaintif) in each interim payment shall be ascertained based on claims certified by the Assignor (LN) or his authorized representative and submitted by the Assignee to the Superintending Officer named in the Contract or his authorized representative not later than 3 days before the date of interim valuation.”. [47] Pada masa yang sama, Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Plaintif telah gagal untuk kemukakan apa-apa keterangan lain yang dapat membantu Mahkamah ataupun Defendan sebelum ini untuk menilai dan memperakui kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Plaintif seperti dituntut. Rujuk perenggan 40 Alasan Penghakiman: - “Mahkamah membuat dapatan bahawa hujahan ini tidak tepat. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini berhubung jumlah tuntutan dan Pernyata Akaun (P2), Plaintif yang mengemukakan tuntutan dan jumlah tersebut. Bagaimana Mahkamah atau Defendan dapat menilai jumlah kerja-kerja yang dikatakan disiapkan atau diperakukan jika dalam Ikatan Dokumen Bersama langsung tidak ada bukti atau dokumen menyokong tuntutan tersebut.”. [48] Bahkan SP1 dalam pemeriksaan balas turut bersetuju bahawa tanpa pengesahan LN dan semakan LN bayaran tidak boleh dilakukan kepada Plaintif oleh Defendan: - S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw Saya cadangkan sekiranya Assignor iaitu Laras Niaga Sdn Bhd, dia tidak sahkan atau tak semak bayaran yang perlu dibuat kepada Teraju, bayaran tersebut tidak boleh dibuat oleh JKR, kamu setuju? Setuju.”. [49] Perkara sama ditekankan melalui keterangan SD1 apabila disoal oleh Mahkamah: - Bagaimana kamu buat bayaran? Apabila siap dipasang dan hantar ke tapak siap pasang, kita akan buat penilaian JKR bersama pihak kontraktor akan membuat penilaian di tapak. Kemudian berdasarkan pengesyoran Laras Niaga Sdn Bhd, iaitu kontraktor utama yang bersetuju dengan jumlah yang perlu dibayar kepada pihak Teraju Precast, maka kita akan buat bayaran.” [50] Lanjutan dari kelompangan keterangan-keterangan Plaintif, Mahkamah ini juga berpendapat sekiranya HMS membenarkan tuntutan Plaintif di mana tidak ada pengesahan dibuat oleh LN sebagai mana menurut DOA, maka ia akan terjumlah kepada sama ada DOA tersebut tidak dipedulikan langsung oleh HMS atau DOA tersebut telah digubah semula oleh HMS sedangkan bukan tugas mana-mana mahkamah untuk membuat satu kontrak untuk pihak-pihak. Prinsip ini adalah mantap dari sudut undang-undang kontrak dan jika diperlukan rujukan untuknya boleh dibuat kepada kes Charles Grenier Sdn Bhd v Lau Wing Hong [1997] 1 CLJ 625 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: - “Businessmen often record the most important agreements in crude and summary fashion; modes of expression sufficient and S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw clear to them in the course of their business, may appear to those unfamiliar with the business far from complete or precise. It is, accordingly, the duty of the court to construe such documents fairly and broadly, without being, too astute or subtle in finding defects; but, on the contrary, the court should seek to apply the old maxim of English law, verba ita sunt intelligenda ut res magis valeat quam pereat That maxim, however, does not mean that the court is to make a contract for the parties, or to go outside the words they have used, except in so far as there are appropriate implications of law, as, for instance, the implication of what is just and reasonable to be ascertained by the court as matter of machinery where the contractual intention is clear but the contract is silent on some detail.”. [51] Rujukan seterusnya bahawa DOA tersebut hendaklah dibaca bersama-sama dengan kontrak asal di antara LN dan Defendan juga boleh dibuat kepada kes Wong Nyuk King (F) & Anor v Hwang Mee Hiong (F) [2016] 4 CLJ 813 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan sepertoi berikut: - “... it is an established principle of construing a contract that, among others, a contract must be construed as a whole, in order to ascertain the true meaning of its several clauses, and also, so far as practicable, to give effect to every part of it. Each clause in an ordinary commercial contract should be so interpreted as to bring them into harmony with the other clauses of the contract (see National Coal Board v. WM Neill & Son (St Helens) Ltd. [1984] 1 All ER 555 which was cited in Royal Selangor Golf Club v. Anglo-Oriental (M) Sdn. Bhd. [1990] 3 CLJ (Rep) 37; [1990] 2 MLRH 383; [1990] 2 MLJ 163 andMulpha Pacific Sd.n Bhd. v. Paramount Corporation Bhd [2003] 4 CLJ 294; [2003] 1 MLRA 577; [2003] 4 MLJ 357;[2003] 6 AMR 22). In Australian Broadcasting Commission v. Australasian Performing Right Association Limited [1973] 129 CLR 99, it was held that the whole of the contract has to be considered, since the meaning of any S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw one part of it may be revealed by other parts, and the words of every clause must if possible be construed so as to render them all harmonious one with another.”. [52] Maka dengan itu, dengan penamatan kontrak tersebut oleh Defendan terhadap LN, sudah tidak timbul lagi apa-apa tuntutan oleh Plaintif ke atas Defendan sebagai mana yang diperuntukkan dalam Klausa 47 kontrak tersebut. Namun demikian, jika pun terdapat apa-apa bayaran yang masih tertunggak yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif, maka perkara tersebut hendaklah dibuktikan dengan secukupnya di atas imbangan kebarangkalian, yang mana telah gagal untuk dilaksanakan oleh Plaintif. [53] Sekali lagi, tanpa bukti-bukti yang mencukupi, mana mungkin mahkamah mengubah atau menokok tambah perkara-perkara yang tiada dalam kontrak bagi menutup kelompangan yang wujud. Mahkamah Rayuan dalam kes Aseambankers Malaysia Bhd & Ors v Shencourt Sdn Bhd & Anor [2014] 4 MLJ 619 telah memperingatkan perkara tersebut dalam nada berikut: - “[95] I venture to say that judges are not empowered to add new terms to the contracts where the parties have not expressed them. It is advisable that judges should refrain from embarking on a reconstruction of contracts where the parties have agreed to sign thern. Judges have no rights to make contract for the parties. Their duty is simply to interpret contracts and not add new terms to it.”. [54] Pemeriksaan Balas SP1 yang dirujuk HMS dalam isu ini juga penting di mana SP1 memberikan keterangan berikut: - Kita rujuk kepada perenggan 3, notis penamatan ini. Maka sejajar dengan Fasa 51.1(a)(iii) dan 51.1(b) syarat-syarat S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw kontrak, pengambilan kerja tuan adalah dengan ini DITAMATKAN. Jadinya ini merupakan notis penamatan kepada Laras Niaga Sdn Bhd sejak 2.06.2019 kontrak ini telah ditamatkan, Encik Aziman setuju? Setuju. Dan dalam perenggan 4 ini dinyatakan Tuan hendaklah dengan serta-merta memberhentikan semua pekerjaan di tempat kerja, memindahkan kakitangan dan pekerja dari tapak bina dan menyerahkan pemilikkan tapak bina itu. Maksudnya kena berhentikanlah kerja-kerja yang telah dilakukan setakat tarikh tu, Encik Aziman setuju? Setuju Dalam perenggan 5 tu dikatakan kerja akan disiapkan sejajar dengan fasa 51.1(c) syarat-syarat kontrak dan Tuan adalah dikehendaki menanggung segala perbelanjaan berlebihan yang akan timbul akibat dari penamatan pengambilan kerja tuan. Jadi perenggan 5 ini Laras Niaga ini perlu tanggung apa-apa perbelanjaan yang berlebihan yang timbul akibat dari penamatan kontrak ini, Encik Aziman setuju? Setuju Jadi dekat perenggan 5 ini yang kena tanggung itu Laras Niaga bukan Kerajaan, Encik Aziman setuju? Tak setuju. Tapi tengok dekat perenggan 5 ini dikatakan tak disebut Kerajaankan, Encik Aziman setuju tak dalam ini tidak disebut Kerajaan pun, dalam ini disebut Tuan, Tuan itu adalah Maras Niaga Encik Aziman setuju? Minta maaf Cik…. S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw Tadi Encik Aziman kata tak setujulah yang Kerajaan tak perlu tanggunglah hanya Laras Niaga yang perlu tanggung, tadi Encik Aziman tak setuju dengan cadangan saya…. Ya tak setuju Ok, tapi dekat perenggan 5 ini tidak dinyatakan pun kerajaan kena tanggung, Encik Aziman tak setuju? Dalam Kenyataan itu memang tiada tapi kalau saya, saya tak setuju.” [55] Dengan membandingkan keterangan-keterangan SP1 seperti di atas dengan Klausa 47, Kontrak tersebut, Mahkamah ini mendapati HMS tidak terkhilaf apabila memutuskan apabila khidmat LM dalam kontrak tersebut ditamatkan, ianya turut mempunyai efek penamatan ke atas khidmat Plaintif sebagai sub-kontraktor. [56] Pendekatan HMS yang sebegitu bukan sahaja selaras dengan terma-terma Klausa 47 kontrak tersebut malahan selaras dengan fakta dan latar belakang kes serta transaksi-transaksi melibatkan pihak-pihak. Rujukan kepada pendekatan sedemikian boleh dibuat kepada panduan Mahkamah Persekutuan dalam kes Berjaya Times Square Sdn Bhd v M-Concept Sdn Bhd [2010] 1 CLJ 269 yang menyatakan seperti berikut: - “[42] Here it is important to bear in mind that a contract is to be interpreted in accordance with the following guidelines. First, a court interpreting a private contract is not confined to the four corners of the document It is entitled to look at the factual matrix which forms the background to the transaction. Second, the factual matrix which forms the background to the transaction includes all material that was reasonably available to the parties. S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw Third, the interpreting court must disregard any part of the background that is declaratory of subjective intent only. Lastly, the court should adopt an objective approach when interpreting a private contract.”. [57] Lihat juga keterangan SP1 yang telah dipertimbangkan oleh HMS seperti berikut: - Rujuk kepada perenggan 47.4 dekat sini kata “It shall be a condition in any Sub-Contract which has been consented by the Government that upon termination of the contractor’s employment under the contract, the employment of the sub-contractors under the Sub-Contract shall terminate immediately”. Di sini dia kata kalau terminate contract dengan Laras Niaga dan Laras Niaga dan Teraju juga perlu ditamatkan serta-merta Encik Azim setuju? Setuju Ayat seterusnya di kata “No Claim whatsoever shall be made by the contractor and/ or sub-contractor against the Government for any work done and/ or sub-contractor against the Government for any work done or materials or goods supplied. Dekat dalam ini dikatakan tiada apa-apa tuntutan yang boleh dibuat daripada contractor ataupun sub-contractor kepada Kerajaan untuk apa-apa kerja yang telah dilakukan materials dan barang-barang yang telah dibeli. Encik Aziman setuju? Dalam kontrak ini, saya setuju. Jadi dalam kontrak ini sepatutnya tiada apa-apa tuntutan yang boleh dibuat oleh pihak Laras Niaga ataupun Teraju kepada Kerajaan kalau ikut perenggan 47.4 Encik Aziman setuju? S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw Saya tak setuju Tapi tadi Encik Aziman setuju Pernyataan itu saya setuju. Tapi untuk certain-certain kes.”. [58] Dalam apa-apa hal Mahkamah ini mengutamakan tafsiran diberikan oleh HMS ke atas Klausa 47 Kontrak tersebut berbanding keterangan lisan SP1. Ini kerana tafsiran kontrak sentiasa merupakan persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh mahkamah dan bukannya menurut tafsiran saksi-saksi. Rujuk kes NVJ Menon v The Great Eastern Life Assurance Co Ltd [2004] 3 CLJ 96 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: - “It would be noticed that we have in arriving at our aforesaid conclusion made no reference to the oral evidence led at the trial as to the meaning and interpretation of the contract between the parties. This is because the construction of a contract is a question of law for determination by the court and not by witnesses through their oral evidence. … So too here. It matters not a jot to us what the plaintiff thought his entitlements under the contract with the defendant were. Neither does it matter to us what the defendant's witnesses thought of the way in which that contract ought to be interpreted. Their views are entirely irrelevant; as irrelevant as the views of the witnesses who gave their interpretation of the Financial Orders in Reynolds. In the instant case, the learned judge referred to the oral testimony and relied upon it for the interpretation of the agreements and circulars. That, in our view is clearly an inadmissible method of construction.”. S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw [59] Sehubungan dengan analisis-analisis Mahkamah ini seperti di atas, Mahkamah ini berpuashati untuk mendapati bahawa HMS yang bijaksana tidak melakukan apa-apa kekhilafan undang-undang apabila memutuskan bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan di atas imbangan kebarangkalian. Isu Pengakuan SD2 ke atas tuntutan Plaintif [60] Salah satu hujahan Plaintif ialah kononnya Defendan melalui SD2 telah mengakui tuntutan Plaintif. [61] Peruntukan relevan mengenai perkara berkaitan pengakuan adalah sebagai mana diperuntukkan di dalam seksyen 31 Akta Keterangan 1950 iaitu seperti berikut: - “Admissions are not conclusive proof of the matters admitted, but they may operate as estoppels under the provisions hereinafter contained.”. [62] Dalam kes Tan Keen Keong v Tan Eng Hong Paper & Stationery Sdn Bhd & Ors And Other Appeals [2021] 2 CLJ 318, Mahkamah Persekutuan telah memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkara pengakuan tersebut seperti berikut: - “Furthermore, admissions under s. 31 of the Evidence Act 1950, "are not conclusive proof of the matters admitted, but they may operate as estoppels under the provisions hereinafter contained". As explained in M A Clyde v. Wong Ah Mei & Anor [1970] 1 LNS 73; [1970] 2 MLJ 183, and also Randhir Singh Bhajnik Singh v. Sunildave Singh Parmar (The Administrator Of The Estate Of K Surjit Kaur Gean Kartar Singh (Deceased)) [2019] 6 CLJ 771; [2018] 7 AMR 237; [2018] 12 MLJ 166; an admission "cannot be regarded as conclusive, and it is open to the person who S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw made it to explain it away...". If it was not explained, then it may amount to evidence against the person by whom it was made.”. [63] HMS dalam alasan penghakimannya didapati telah menolak hujahan Plaintif dan memutuskan bahawa tidak ada apa-apa pengakuan dibuat oleh SD2 ke atas tuntutan Plaintif. [64] Sebaliknya, SD2 hanya mengaku hak Plaintif bergantung kepada perakuan LN dan terma-terma kontrak. Mahkamah dengan ini merujuk kepada penjelasan SD2 ketika disoal Mahkamah: - “Mahkamah mohon penjelasan Hakim : Macam yang ada dalam 6 yang disahkan oleh Laraslah? : Ya, betul. Hakim : Dalam penyata saksi Plaintif dia ada buat 8 kali progress claim, kalau ikut dia tapi kita bayar apa yang dah diperakukan oleh Laras? : Ya, betul Puan. Hakim : So semua bayaran itu banyak dah ada RM739,954.81sen itulah kalau ikutkan kiraan dia ada RM918,699 tapi kita buat pembayaran ikut apa yang dah disahkan oleh Laras Niaga? : Betul Puan”. [65] Selain itu, Mahkamah ini membuat pemerhatian bahawa SD2 juga tidak berada dalam keadaan untuk memberikan pengakuan kerana pengakuan sedemikian jelas melanggar rukun keterangan parol kerana bertentangan dengan kontrak tersebut dan DOA tersebut serta persetujuan bertulis melibatkan Plaintif, Defendan dan LN bertarikh 15.03.2017. S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw [66] Selanjutnya, mengikut HMS: - “Pada penelitian Mahkamah, keterangan SD2 bukanlah pengakuan atas jumlah yang dituntut oleh Plaintif. SD2 mengaku Plaintif berhak membuat tuntutan tetapi secara keseluruhannya tetapi bergantung kepada perakuan dan terma kontrak.”. [67] Berdasarkan keterangan-keterangan dan dokumen-dokumen sedia ada, Mahkamah ini menerima dapatan HMS berkenaan isu pengakuan SD2 ini iaitu pengakuan SD2 hanyalah kepada hak Plaintif untuk membuat tuntutan bayaran terus kepada Defendan tetapi hak tersebut adalah bergantung kepada perakuan dan terma kontrak. Tiada apa-apa kekhilafan undang-undang oleh HMS dalam membuat dapatan ini. Isu wang tahanan [68] Isu berikutnya ialah samada Plaintif berhak untuk menuntut wang tahanan (retention sum) berjumlah RM51,629.68 daripada Defendan. [69] Mahkamah Sesyen di perenggan 65 telah menolak tuntutan ini kerana tuntutan sedemikian tidak diperuntukkan di bawah mana-mana terma perjanjian sedia ada. Mengikut HMS: - “Berdasarkan terma dalam perjanjian dan penjelasan saksi tersebut, adalah jelas bahawa tiada apa-apa peruntukan atau terma yang melayakkan Plaintif menuntut wang tahanan tersebut.” [70] Keterangan SD2 juga relevan dalam hal ini telah turut dirujuk oleh HMS seperti berikut: - S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw Dalam dokumen perjanjian dan juga DOA atau mana-mana dokumen ada tak sebarang bayaran ataupun persetujuan bayaran retention sum yang perlu dibayar kepada Teraju Precast? Saya tak tahu Atau pun tiada dokumen? Tiada Soalan Mahkamah Hakim: Apa konsep retention sum untuk kes ini? Bagi Kerajaan…retention sum nama lain dia bon ke? Bagi kontrak Kerajaan…antara Kerajaan dalam kes ini kontraktor utama adalah Laras Niaga, dia ada dua pilihan sam ada bon ataupun WJP itu wang jaminan kesalahan. Hakim: Dalam muka surat 23… dalam mukasurat 23 Kerajaan dengan Laras dia bagi pilihan di perenggan6, bon-retention sum la itu? Bon perlaksanaan Hakim: Adakah Bon perlaksanaan sama dengan retention sum, bukan yang Kerajaan akan pegang? Retention sum kita taka da Hakim: Kalau retention sum ini adakah terpakai kepada subkontraktor ke atau dengan kontraktor yang ikat kontrak dengan Kerajaan saja? Ini yang dengan Kerajaan saja, sub kontraktor tiada kaitan Puan.”. S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw [71] Dalam hal yang sedemikian, Mahkamah ini bersetuju dengan keputusan HMS yang tidak membenarkan tuntutan Plaintif bagi wang tahanan yang dituntut. Sekali lagi, bukanlah tugas Mahkamah ini untuk memperkenalkan atau mengadakan apa-apa terma baru ke dalam dokumen-dokumen perjanjian sedia ada yang dikemukakan oleh pihak-pihak. Pengalihan beban pembuktian [72] Mahkamah juga meneliti bahawa Plaintif semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen atau ketika di Mahkamah ini telah dengan panjang lebar mempertikaikan bahawa Defendan gagal untuk membuktikan isu-isu berkenaan penamatan kontrak tersebut, kononnya tidak ada keterangan bahawa Plaintif tidak menyiapkan kerja-kerja di bawah DOA dan lain-lain. [73] Pada pengamatan Mahkamah ini, kedudukan Plaintif ini seolah-olah satu percubaan untuk mengalihkan beban pembuktian kepada Defendan sedangkan beban pembuktian terletak di atas bahu Plaintif untuk membuktikan bahawa mereka berhak dibayar oleh Defendan seperti mana tuntutan mereka. [74] Rujuk kes Selvaduray v Chinniah (1939) MLJ 253 (Mahkamah Rayuan): - “The burden of proof under section 102 of the Evidence Enactment is upon the person who would fail if no evidence at all were given on either side, and accordingly, the plaintiff must establish his case. If he fails to do so, it will not avail him to turn around and say that the defendant has not established S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw his. The defendant can say it is wholly immaterial whether I prove my case or not. You have not proved yours.”. [75] Rujuk juga kes Johara Bi Binti Abdul Kadir Marican v Lawrence Lam Kwok Fon & Anor [1981] 1 MLJ 139 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: - “In our view, too, the evidence at the trial must be considered with regard to the fact that the appellant was an illiterate and absolutely inexperienced, Yakub the husband perhaps not so illiterate but without any English whereas Lawrence Lam was versed in English and in commercial and financial techniques, though he professed that it was not "unusual" for him not to follow them. The learned trial judge considered that Yakub's evidence had "erased whatever preponderance there was in the (appellant's) favour, in the result that the evidence on both sides becomes evenly balanced and that satisfactory conclusion could not be arrived at." Hence his reliance on onus of proof. But quite clearly, his decision was reached via an inference drawn entirely from a serious error of fact and in drawing this inference, he had not merely considered evidence which was not established but had failed to take into account the probative value of evidence which had been proved or was common to both parties. In these circumstances the inference he drew cannot be sustained and this court can and must come to the view, on the question of onus of proof, that the appellant had on a balance of probabilities, discharged the onus on her, the burden then shifted to the respondents and as held by the learned trial judge, the respondents had not discharged the burden even on a balance of probabilities and there should have been judgment for the appellant.” [76] Pada masa yang sama, apa-apa pertelingkahan melibatkan LN dan Plaintif tidak sepatutnya mengaitkan Defendan kerana fungsi dan S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw tanggung jawab masing-masing telah diperjelaskan sepenuhnya melalui dokumen kontrak tersebut, DOA dan persetujuan pihak-pihak pada 15.03.2017. [77] Tambahan lagi, dalam perjanjian subkontrak yang sebegini, Defendan bukanlah privi kepada apa-apa persetujuan, perjanjian dan isu melibatkan Plaintif dan LN. Rujuk Trip4Asia Sdn Bhd & Anor v Destini Bhd [2021] 6 MLJ 820 (Mahkamah Rayuan):- [32] It is important to note that the plaintiffs were not privy to the passenger services agreement. The plaintiffs were strangers to the passenger services agreement and had no locus standi to declare the passenger services agreement as a sham agreement. On this, we agree with the learned High Court judge that since there is no contractual relationship between the plaintiffs and the fourth defendant, the plaintiffs' claim against the fourth to the ninth defendants is wrong and cannot be maintained in law. 33] The Court of Appeal in Tan Poh Yee v. Tan Boon Thien and other appeals [2017] 3 CLJ 569; [2017] 3 MLJ 244 had deliberated at great length on the issue of privity of contract and ultimately, in allowing the appellants'appeal to strike out the respondent's claim, concluded that: ... We can thus discern from the second appellant's defence that she was not privy to the purported 2004 agreement. In law, there is no basis for the second appellant to have been made a party to the action where she was not privy to the purported 2004 agreement. As a general rule, the doctrine of privity of contract enables only the original party to a contract to sue or be sued upon it, so that a third party does not enjoy the right to sue and incurs no liability to be sued (see Chong Nyuk Fung & Anor v. Loi Lung Kiong & Ors [1998] 5 CLJ 146; [1998] MLJU 41; Brilliant Team Management Sdn Bhd v. South East Pahang S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw Oil Palm Sdn Bhd & Ors [2006] 2 CLJ 1218 [2007] 1 MLJ 536). (Emphasis added.)". [78] Dalam hal ini, Mahkamah ini mengambil maklum akan fakta bahawa Plaintif telahpun merekodkan penghakiman ingkar terhadap LN dalam satu tuntutan berasingan lain yang telah difailkan oleh Plaintif terhadap LN. Pada pandangan Mahkamah ini, remedi Plaintif jika pun ada, adalah ke atas LN. Malahan tuntutan Plaintif terhadap Defendan di sini adalah salah guna proses Mahkamah. Kesimpulan [79] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, Mahkamah ini mendapati HMS yang bijaksana tidak melakukan apa-apa kehilafan dalam keputusannya menolak tuntutan Plaintif. Keputusan Mahkamah Sesyen dengan ini dikekalkan. [80] Oleh yang demikain, rayuan Plaintif adalah dengan ini ditolak dengan kos RM4,000.00 dibayar kepada oleh Plaintif kepada Defendan, tertakluk jua kepada fi alokator. Bertarikh: 15hb MEI 2025 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru S/N QmOvuxjzFUeaECa1Mqd5Jw Pihak-Pihak: Nasrul Hadi bin Mat Saad Tetuan Adnan Sharida & Associates Peguamcara bagi pihak Perayu No. 3-1-1A, 3-2-2A & 2B, Jalan Medan PB 2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Syazana binti Abd Lajis Peguam Kanan Persekutuan Peguamcara bagi pihak Responden Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, 79100 Iskandar Puteri, Nusajaya. Kes-kes dirujuk:
1
UEM Group Bhd v Genisys Integrated Engineers Pte Ltd & Anor [2019] 9 CLJ 785;
2
Azman Bin Mahmood & Anor v SJ Securities Sdn Bhd [2012] 6 CLJ 573;
3
Lee Ing Chin & Ors v Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97;
4
Dato’ Pardip Kumar Kukreja & Anor v Vell Paari Samy Vellu [2015] CLJU 1482;
5
International Times & Ors v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86;
6
Charles Grenier Sdn Bhd v Lau Wing Hong [1997] 1 CLJ 625;
7
Wong Nyuk King (F) & Anor v Hwang Mee Hiong (F) [2016] 4 CLJ 813;
8
Aseambankers Malaysia Bhd & Ors v Shencourt Sdn Bhd & Anor [2014] 4 MLJ 619;
9
Berjaya Times Square Sdn Bhd v M-Concept Sdn Bhd [2010] 1 CLJ 269;
10
TN Rao v Balabhadara 1954 AIR Mad 71;
11
NVJ Menon v The Great Eastern Life Assurance Co Ltd [2004] 3 CLJ 96;
12
Tan Keen Keong v Tan Eng Hong Paper & Stationery Sdn Bhd & Ors
13
Syarikat Binaan Utara Jaya (A Firm) v Koperasi Serbaguna Sungei
14
Selvaduray v Chinniah (1939) MLJ 253;
15
Johara Bi Binti Abdul Kadir Marican v Lawrence Lam Kwok Fon & Anor [1981] 1 MLJ 139;
16
Trip4Asia Sdn Bhd & Anor v Destini Bhd [2021] 6 MLJ 820;
17
Goldsmith v Sperrings Ltd & Ors [1977] 1 WLR 478 Undang-undang dirujuk:
1
Seksyen 101 Akta Keterangan 1950;
2
Seksyen 103 Akta Keterangan 1950;
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.