a
(a) Permohonan Defendan Pertama di Lampiran 24 di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) dan secara alternatif Aturan 18 Kaedah 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah dibenarkan;
/akn/my/judgment/high-court/2026/bf6f0413-cd00-49c4-bf49-92db0180159c
High Court of Malaysia9 Jun 2026JA-22NCvC-133-10/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“31. Dalam kes Elegant Advisory Sdn Bhd v Vishak Abd Rahman [2009] 12 MLRH 323, Hijau Bumi Petroleum Sdn Bhd v Platinum Green Chemicals Sdn Bhd & Ors [2017] MLRHU 813, Tenaga Nasional Berhad v Irham Niaga Sdn Bhd & Anor [2011] 1 MLJ 752 dan Middy Industries Sdn Bhd & Ors v Arensi-Marley (M) Sdn Bhd [2013] 3 MLJ 511, pri”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAAZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: JA-22NCvC-133-10/2023 ANTARA TERAS POWER ENGINEERING SDN BHD (NO.PENDAFTARAN SYARIKAT: 201201037159/1021641-X) ……. PLAINTIF DAN
section
1. IBRAHIM & SONS ENGINEERING SDN BHD (No.Pendaftaran Syarikat:201901002822/1312148-P)
section
2. ZAMRI BIN IBRAHIM (NO.KP:810919-01-5131) BERNIAGA SEBAGAI IBRAHIM & SONS ENGINEERING (No. Pendaftaran Perniagaan: 201403007823 (JM0676667-K
section
3. ZULKIFLEE BIN IBRAHIM (NO.KP:670907-01-5415)
section
4. ZAFRIN BIN IBRAHIM (NO.KP:740121-01-5700) . ... DEFENDAN-DEFENDAN 03/07/2026 12:09:59 JA-22NCvC-133-10/2023 Kand. 52 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 ALASAN PENGHAKIMAN [Lampiran 24 – Permohonan oleh Defendan Pertama di bawah A.18 kaedah 19(1)(a),(b),dan/atau (d) KKM 2012] PENGENALAN
section
1. Ini ialah permohonan Defendan Pertama di Lampiran 24 di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) (c) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk membatalkan Writ Saman Terpinda dan Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif terhadap Defendan Pertama.
section
2. Plaintif telah memfailkan tindakan terhadap Defendan-Defendan berhubung dakwaan pecah amanah, penyelewengan wang, pemindahan aset dan penggunaan aset-aset milik Plaintif yang dikatakan berlaku melalui firma Ibrahim & Sons Engineering dan/atau premis perniagaan yang dikatakan berkaitan dengan Defendan-Defendan.
section
3. Defendan Pertama memohon agar tuntutan terhadapnya dibatalkan atas alasan bahawa Pernyataan Tuntutan Terpinda tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Pertama, adalah remeh atau menyusahkan, dan/atau merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
section
4. Setelah meneliti pliding, afidavit, hujahan bertulis pihak-pihak dan otoriti yang dirujuk, Mahkamah ini membenarkan permohonan Defendan Pertama dengan kos RM12,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama. LATAR BELAKANG RINGKAS
section
5. Plaintif ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang pada materialnya menjalankan perniagaan kejuruteraan. Defendan Pertama ialah Ibrahim & Sons Engineering Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diperbadankan pada 23.1.2019.
section
6. Defendan Kedua pula ialah Zamri bin Ibrahim yang berniaga atas nama Ibrahim & Sons Engineering, iaitu suatu perniagaan milikan tunggal. Defendan Ketiga ialah Zulkiflee bin Ibrahim dan Defendan Keempat ialah Zafrin bin Ibrahim.
section
7. Plaintif mendakwa bahawa melalui laporan akauntan forensik bertarikh 21.7.2022, terdapat 66 transaksi cek, bayaran dan/atau pinjaman berjumlah RM1,173,740.00 yang telah diberikan oleh Plaintif kepada firma Ibrahim & Sons Engineering. Plaintif juga mendakwa bahawa transaksi-transaksi tersebut diuruskan oleh Defendan Keempat dengan pertolongan, persubahatan dan/atau kerjasama Defendan Pertama, Defendan Kedua dan/atau Defendan Ketiga. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
section
8. Plaintif selanjutnya mendakwa bahawa beberapa aset, barangan dan kenderaan milik Plaintif telah dipindahkan atau disimpan di premis yang dikatakan digunakan oleh Defendan Pertama. Plaintif berhujah bahawa fakta tersebut sudah mencukupi untuk menunjukkan terdapat isu yang patut dibicarakan terhadap Defendan Pertama.
section
9. Defendan Pertama menafikan bahawa terdapat sebarang kausa tindakan yang sah terhadapnya. Defendan Pertama menegaskan bahawa transaksi yang dirujuk oleh Plaintif adalah transaksi melibatkan firma Ibrahim & Sons Engineering, iaitu perniagaan milikan tunggal Defendan Kedua, dan bukannya Defendan Pertama sebagai syarikat berasingan.
section
10. Defendan Pertama juga berhujah bahawa dakwaan pecah amanah dan penyelewengan wang sebenarnya ditujukan kepada Defendan Keempat, manakala dakwaan transaksi wang adalah terhadap firma milik Defendan Kedua. Oleh itu, menurut Defendan Pertama, tiada fakta material yang diplidkan dengan jelas untuk menghubungkan Defendan Pertama dengan kausa tindakan Plaintif. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN
section
11. Mahkamah ini berpendapat bahawa permohonan ini boleh diputuskan berdasarkan tiga isu utama berikut: Isu (i) : Sama ada Pernyataan Tuntutan Terpinda mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Pertama; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 Isu (ii) : Sama ada dakwaan Plaintif berhubung transaksi wang, pemindahan aset dan penyimpanan barang di premis Defendan Pertama mencukupi untuk mengekalkan tindakan terhadap Defendan Pertama; Isu (iii) : Sama ada tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama wajar dibatalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012. PRINSIP UNDANG-UNDANG
section
12. Aturan 18 Kaedah 19(1) KKM 2012 memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membatalkan sesuatu pliding pada mana-mana peringkat prosiding jika pliding tersebut tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh atau menyusahkan, boleh menjejaskan perbicaraan yang adil, atau selainnya merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah.
section
13. Prinsip yang mengawal permohonan pembatalan pliding telah dihuraikan dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36. Mahkamah hendaklah menggunakan kuasa ini dengan berhati-hati dan hanya dalam kes yang jelas dan nyata bahawa tuntutan itu tidak boleh dipertahankan.
section
14. Namun demikian, prinsip berhati-hati tersebut tidak bermaksud Mahkamah perlu membenarkan sesuatu tuntutan diteruskan ke perbicaraan semata-mata kerana Plaintif telah menyatakan dakwaan secara umum. Jika pliding tidak menunjukkan fakta **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 material yang mencukupi bagi mewujudkan hak tuntutan terhadap setiap Defendan, Mahkamah berhak dan wajar membatalkan tuntutan tersebut.
section
15. Dalam kes Government of Malaysia v Lim Kit Siang; United Engineers (M) Bhd v Lim Kit Siang [1988] 2 MLJ 12, Mahkamah telah menghuraikan bahawa suatu kausa tindakan memerlukan pernyataan fakta yang menunjukkan, pertama, hak Plaintif sama ada di bawah undang-undang atau peruntukan statutori dan kedua, hak tersebut telah dijejaskan atau dilanggar oleh perbuatan Defendan.
section
16. Oleh itu, dalam konteks permohonan ini, persoalan utama bukan sama ada Plaintif mempunyai aduan terhadap mana-mana pihak lain, tetapi sama ada pliding Plaintif mendedahkan fakta material yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa Defendan Pertama sendiri telah melakukan perbuatan yang menimbulkan liabiliti terhadap Plaintif. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu (i): Sama ada pernyataan tuntutan terpinda mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Pertama 17. Mahkamah ini meneliti Pernyataan Tuntutan Terpinda secara keseluruhan. Dakwaan utama Plaintif berhubung transaksi wang sebanyak RM1,173,740.00 adalah berasaskan laporan akauntan forensik yang menyatakan bahawa bayaran telah diberikan kepada firma Ibrahim & Sons Engineering. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
section
18. Firma Ibrahim & Sons Engineering, berdasarkan pliding, ialah suatu perniagaan milikan tunggal Defendan Kedua. Ia bukan entiti yang sama dengan Defendan Pertama, iaitu Ibrahim & Sons Engineering Sdn Bhd.
section
19. Perbezaan ini adalah material. Defendan Pertama ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang mempunyai entiti undang-undang yang berasingan daripada Defendan Kedua dan daripada firma milikan tunggal Defendan Kedua.
section
20. Prinsip entiti korporat berasingan tidak boleh diketepikan hanya kerana terdapat persamaan nama, alamat perniagaan, hubungan keluarga atau hubungan komersial antara pihak-pihak. Plaintif perlu memplidkan fakta material yang menunjukkan perbuatan khusus Defendan Pertama yang menimbulkan liabiliti undang-undang terhadap Plaintif.
section
21. Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Pernyataan Tuntutan Terpinda tidak memplidkan dengan jelas apakah perbuatan spesifik Defendan Pertama yang membentuk pecah amanah, penyelewengan atau salah laku yang memberi hak tuntutan kepada Plaintif. Dakwaan bahawa Defendan Keempat telah bertindak dengan pertolongan, persubahatan dan/atau kerjasama Defendan Pertama adalah dakwaan yang bersifat umum. Ia tidak disokong oleh butiran material yang mencukupi tentang bila, bagaimana, melalui siapa dan dalam bentuk apa Defendan Pertama dikatakan telah membantu atau bersubahat. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
section
22. Mahkamah ini menerima bahawa pada peringkat pembatalan pliding, Mahkamah tidak seharusnya menjalankan perbicaraan mini atau membuat dapatan fakta muktamad. Namun, Plaintif tetap perlu memplidkan suatu kausa tindakan yang lengkap dan munasabah terhadap Defendan Pertama.
section
23. Pliding yang sekadar mengaitkan Defendan Pertama melalui persamaan alamat, hubungan komersial atau hubungan dengan Defendan-Defendan lain tidak mencukupi untuk mengekalkan tindakan terhadap sebuah entiti korporat yang berasingan.
section
24. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Pernyataan Tuntutan Terpinda tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Pertama. Isu (ii): Sama ada dakwaan berhubung transaksi wang, pemindahan aset dan penyimpanan barang mencukupi untuk mengekalkan tindakan terhadap Defendan Pertama 25. Plaintif berhujah bahawa terdapat aset, barangan dan kenderaan milik Plaintif yang telah dialih atau disimpan di premis Defendan Pertama. Plaintif juga bergantung kepada minit mesyuarat, laporan polis dan jadual ringkasan barangan bagi menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara Defendan Pertama dengan kehilangan atau penggunaan aset Plaintif. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
section
26. Mahkamah ini telah meneliti hujahan tersebut. Mahkamah menerima bahawa Plaintif mungkin mempunyai aduan berhubung aset dan barangan yang dikatakan telah dialih atau disimpan. Namun, persoalan bagi tujuan permohonan ini ialah sama ada fakta-fakta tersebut, sebagaimana diplidkan, mewujudkan kausa tindakan yang sah terhadap Defendan Pertama.
section
27. Plaintif menyatakan bahawa beberapa barangan bernilai lebih kurang RM119,706.90 telah disimpan di premis Defendan Pertama. Plaintif juga menyatakan bahawa dua kenderaan dan beberapa aset lain telah dialihkan daripada premis Plaintif ke premis syarikat Defendan Pertama.
section
28. Pada hemat Mahkamah ini, dakwaan bahawa barangan berada di suatu premis tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa Defendan Pertama telah melakukan salah laku yang boleh dituntut. Pliding masih perlu menunjukkan asas liabiliti Defendan Pertama, sama ada melalui perbuatan mengambil, menggunakan, menahan, menukar milik, menerima faedah secara salah, atau bersubahat dalam perbuatan salah tersebut.
section
29. Dalam kes ini, dakwaan Plaintif masih bersifat inferens umum. Plaintif tidak memplidkan dengan jelas perbuatan korporat Defendan Pertama, keputusan lembaga pengarah Defendan Pertama, arahan wakil sah Defendan Pertama, atau penggunaan aset tersebut untuk faedah Defendan Pertama. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10
section
30. Mahkamah juga mengambil kira bahawa dakwaan wang berjumlah RM1,173,740.00 yang menjadi asas utama tuntutan Plaintif dikatakan dibayar kepada firma Ibrahim & Sons Engineering, iaitu entiti yang berbeza daripada Defendan Pertama. Sekiranya tuntutan tersebut sebenarnya berkaitan Defendan Kedua atau firmanya, tindakan terhadap Defendan Pertama tidak boleh dikekalkan hanya kerana terdapat pertalian antara pihak-pihak.
section
31. Dalam kes Elegant Advisory Sdn Bhd v Vishak Abd Rahman [2009] 12 MLRH 323, Hijau Bumi Petroleum Sdn Bhd v Platinum Green Chemicals Sdn Bhd & Ors [2017] MLRHU 813, Tenaga Nasional Berhad v Irham Niaga Sdn Bhd & Anor [2011] 1 MLJ 752 dan Middy Industries Sdn Bhd & Ors v Arensi-Marley (M) Sdn Bhd [2013] 3 MLJ 511, prinsip yang boleh diambil ialah Mahkamah tidak wajar membenarkan tuntutan diteruskan terhadap pihak yang tidak ditunjukkan melalui pliding sebagai pihak yang mempunyai hubungan undang-undang atau perbuatan salah yang mencukupi bagi mewujudkan liabiliti.
section
32. Plaintif tidak boleh menggabungkan semua Defendan secara kolektif tanpa membezakan peranan undang-undang setiap Defendan. Dalam tindakan sivil, khususnya apabila tuntutan melibatkan pecah amanah, penyelewengan dan pemindahan aset, pliding perlu menunjukkan peranan dan perbuatan setiap Defendan dengan secukupnya. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11
section
33. Mahkamah ini mendapati bahawa pliding Plaintif terhadap Defendan Pertama tidak memenuhi keperluan tersebut. Isu (iii): sama ada tuntutan terhadap Defendan Pertama wajar dibatalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012.
section
34. Berdasarkan dapatan Mahkamah di bawah Isu (i) dan Isu (ii), Mahkamah ini mendapati bahawa Pernyataan Tuntutan Terpinda gagal mendedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Pertama dalam erti kata Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
section
35. Fakta-fakta yang diplidkan oleh Plaintif berhubung transaksi kewangan, pemindahan aset dan dakwaan penyelewengan adalah pada asasnya ditujukan kepada Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat. Tiada fakta material yang mencukupi diplidkan bagi menunjukkan bahawa Defendan Pertama sendiri telah melakukan perbuatan yang menimbulkan liabiliti undang-undang terhadap Plaintif.
section
36. Oleh yang demikian, walaupun semua fakta yang diplidkan diterima sebagai benar, pliding tersebut masih tidak mewujudkan suatu hak tuntutan yang boleh dikuatkuasakan terhadap Defendan Pertama.
section
37. Mahkamah ini selanjutnya mendapati bahawa membenarkan tindakan tersebut diteruskan terhadap Defendan Pertama dalam keadaan sedemikian akan menyebabkan Defendan Pertama terpaksa menghadapi suatu perbicaraan yang tidak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 mempunyai asas kausa tindakan yang jelas terhadapnya. Ini menjadikan prosiding tersebut suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dalam erti kata Aturan 18 Kaedah 19(1)(d) KKM
section
2012.
section
38. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa kes ini adalah suatu kes yang jelas dan nyata yang mewajarkan campur tangan Mahkamah di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) dan secara alternatif Aturan 18 Kaedah 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. RUMUSAN
section
39. Berdasarkan keseluruhan pliding dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa:
a
(a) Permohonan Defendan Pertama di Lampiran 24 di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) dan secara alternatif Aturan 18 Kaedah 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah dibenarkan;
b
(b) dakwaan utama Plaintif berhubung transaksi wang adalah terhadap firma Ibrahim & Sons Engineering, iaitu perniagaan milikan tunggal Defendan Kedua, dan bukannya terhadap Defendan Pertama;
c
(c) dakwaan bahawa aset atau barang disimpan di premis Defendan Pertama tidak mencukupi, tanpa butiran material yang jelas, untuk mewujudkan liabiliti Defendan Pertama; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13
d
(d) Plaintif gagal memplidkan perbuatan spesifik Defendan Pertama yang menimbulkan hak tuntutan terhadapnya; dan
e
(e) tindakan terhadap Defendan Pertama adalah tidak dapat dipertahankan, remeh, menyusahkan dan merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah.
section
40. Mahkamah ini menegaskan bahawa keputusan ini tidak melupuskan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan lain, sekiranya tuntutan tersebut masih mempunyai asas yang sah terhadap mereka. Dapatan ini terhad kepada kedudukan Defendan Pertama berdasarkan pliding dan permohonan di
lampiran
Lampiran 24. PERINTAH 41. Oleh yang demikian, Mahkamah ini membuat perintah seperti berikut: (a) Permohonan Defendan Pertama di Lampiran 24 adalah dibenarkan; (b) Writ Saman Terpinda dan Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah dibatalkan; (c) Tindakan Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah ditolak; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 (d) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan lain, jika masih diteruskan, tidak terjejas oleh perintah ini; (e) Plaintif hendaklah membayar kos sebanyak RM12,000.00 kepada Defendan Pertama, tertakluk kepada alokatur. BERTARIKH 3 JULAI 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Bagi Pihak Plaintif S. Jeyakumar Tetuan Alias, Kang, Ungku Mas & Associates Johor Bahru Peguam Bagi Pihak Defendan Nusaybah binti Khalid Tetuan Law Chambers, Vinsa & Ian Johor Bahru **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.