Facts showing the existence of any state of mind, such as intention, knowledge, good faith, negligence, rashness, ill-will or goodwill towards any particular person, or showing the existence of any state of body or bodily feeling, are relevant when the existence of any such state of mind or body or bodily feeling is in issue or relevant. [63] Di dalam kes Parlan Dadeh v. PP [ 2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “[38] In this case the reaction of the appellant in looking stunned or shocked upon being approached by the police is clearly admissible under s. 8 since it has a direct bearing on the fact in issue as the drugs found were tucked away in the front of the jeans worn by him. The explanation for his reaction must therefore be offered by he himself as required by s. 9. The court cannot, on its own, offer an explanation for his reaction. However, in his defence the appellant did not offer any explanation at all for his reaction upon being approached by the police. It can therefore be validly used as evidence against him. The inference to be drawn from the evidence of conduct of the appellant against the background of the other evidence is that he knew what he was carrying (see DPP v. Brooks [1974] 2 All ER 840). It follows that the stand taken by the appellant in relation to the evidence of conduct is not sustainable. Be that as it may, the evidence of conduct in this case is not very significant in view of the manner in which the appellant carried the drugs on his person from which it can reasonably be inferred that he had knowledge of the drugs in his possession (see the cases referred to earlier, and, in particular, Tunde Apatira & Ors v. PP [2001] 1 CLJ 381 and PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337). [64] Di dalam kes Aedy Osman v. PP [2011] 1 CLJ 273, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh James Foong HMP (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: "On the evidence as presented at the stage of the prosecution case, we find no error committed by the trial judge in coming to such a decision. Regarding intention derived from the struggle between the appellant and the police officers who apprehended him, this relates to the appellant's conduct which is admissible under s. 8 of the Evidence Act 1950. This element of conduct has been discussed by this court in detail in Parlan Dadeh v. PP (supra). It is not necessary for us to repeat except to say that the trial judge has correctly exercised his discretion in concluding that in the circumstances of this case, the struggle between the appellant and the police officers, though in plain clothes, is a factor, amongst others, to imply that the appellant has knowledge of what was inside the bag. We agree that there may be another inference to this: such as the appellant being scared when pounced upon by certain men unknown to him but then, as the trial judge has said, other factors like the appellant walking in a suspicious manner and carrying a bag over his shoulder which contained the incriminating drugs considered as a whole implies that the appellant has knowledge of what was inside the bag." [65] Jika benar nama Jeeva (SD2) disebut sekali pun oleh Tertuduh kepada SP3, adakah ini mampu melepaskan Tertuduh daripada kesalahan yang dilakukannya ini. Pastinya tidak, kerana sesuatu keterangan yang dikemukakan harus dilihat secara menyeluruh dan tidak secara berasingan. [66] Di dalam usaha Tertuduh untuk melepaskan tanggungan yang dipikulnya, Tertuduh kini mengalih pula pandangannya dengan menunding jari kepada pihak polis dengan dakwaan bahawa dia telah dipaksa, dipukul di belakang badan dan tapak kaki oleh SP3 untuk tidak menyatakan berkenaan kenderaan Axia biru gelap, dua (2) lelaki melayu di dalamnya dan hubungan Tertuduh dengan SD2, di dalam rakaman percakapannya kepada SP4. Pada hemat kami dakwaan yang dibangkitkan tiada kebenaran dan hanya lah suatu dakwaan kosong Tertuduh kerana tiada apa-apa keterangan sokongan yang dapat menyokong dakwaan palsu yang dibuat oleh Tertuduh ini. [67] Rumusan yang dapat kami simpulkan adalah Tertuduh dan SD2 bukanlah saksi-saksi yang kredibel. Notis Alcontara/Penama Jeeva [68] Menyentuh mengenai isu sama ada Tertuduh telah memberikan Notis Alcontara yang mencukupi atau tidak, peguam Tertuduh yang bijaksana telah merujuk kepada kes Alcontara a/l Ambrose Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 MLJ 209, di mana Edgar Joseph Jr, di m/s 218 menyatakan seperti berikut: “Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused’s version of the facts is true or false, and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention – in other words, “kept up its sleeve”, as it were – and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, thus detracting from the weight to be accorded to the defence. However, failure on the part of the defence to put up its case, as aforesaid, can never, by itself, relieve the prosecution of its duty of establishing the charge against the accused beyond reasonable doubt.” [69] Peguam Tertuduh yang bijaksana menghujahkan bahawa Hakim Bicara yang bijaksana telah terkhilaf apabila melabelkan pembelaan Tertuduh sebagai pemikiran terkemudian (“afterthought") bila beliau mendapati laporan polis Tertuduh (ekshibit D1) dibuat hanya selepas setahun dari tarikh tangkapan dan sebelum perbicaraan bermula sedangkan SP3 di dalam keterangannya mengesahkan bahawa nama Jeeva (SD2) telah disebut oleh Tertuduh semasa tangkapan dibuat terhadap Tertuduh. [70] SP3 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas menyatakan seperti berikut: Peguambela: …Baik, lepas tangkapan, ada tak kamu soal siasat dengan Tertuduh? SP3 : Ada jalankan soal siasat. Peguambela: Apa dia kata? Ada tak dia kata apa-apa? Haa... maksud? Err... maksud tuan? Peguambela: Apa Tertuduh beritahu kepada kamu? Ada, ada tak... apa yang kamu soal siasat kepada dia? Initial investigation, ada kan? Dari sudut maklumat? Peguambela: Maklumat... betul. Ada. Peguambela: Apa... ada Tertuduh beritahu kepada kamu apa-apa? YA, saya rasa dalam perkara ni, saya tidak boleh memperincikan tentang maklumat saya perolehi. Tetapi saya nyatakan bahawa ada maklumat yang telah disampaikan oleh OKT pada masa tersebut kepada saya. Peguambela: Baik. Daripada maklumat tu, ya... ada tak Tertuduh beritahu kepada kamu barang itu... barang yang dia pegang itu, diberi oleh seorang yang bernama Jeeva? Di mana saya katakan tadi, nyatakan tadi... saya tidak boleh memperincikan walaupun nama. Peguambela: Hmm... Tapi... err, maklumat yang diperolehi, ada. PB: Ada? Ada. Peguambela: Setuju jika saya katakan, ada nama yang disebutkan oleh Tertuduh? Ada. Peguambela: Ada? Ada. Peguambela: Dan setuju jika saya katakan bahawa Tertuduh juga telah menunjukkan kepada kamu di mana orang yang bernama Jeeva ini berada. Di tingkat berapa, di bangunan apa. Err... secara umumnya, ada. Peguambela: Ada? Ada... dan selepas maklumat diperolehi, kita telah buat siasatan. Peguambela: Baik. Baik, adakah... setuju atau tidaklah. Setuju atau tidak, saya cadangkan kepada kamu, Tertuduh beritahu kepada kamu, bahawa orang yang memberikan plastik kepadanya adalah bernama Jeeva dan dia berada di Blok 96, Tingkat 15, setuju? Saya bersetuju tentang ada maklumat, tapi saya tak boleh nyatakan tentang nama. (Nota Prosiding Kandungan 12 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 62-64) [71] Mengikut peguambela yang bijaksana lagi walaupun Tertuduh telah memberikan maklumat berkenaan dan selanjutnya Tertuduh membuat laporan polis (ekshibit D1) yang menyebut nama Jeeva, namun tiada siasatan selanjutnya yang dibuat oleh pihak polis. [72] Sekiranya pihak polis berbuat demikian, kemungkinan besar Tertuduh akan memberikan maklumat yang lebih terperinci dan individu Jeeva ini dapat dikesan oleh pihak polis. Tambahan lagi Tertuduh ada memberitahu orang yang memberikannya plastik tersebut adalah Jeeva dari Blok 96 Tingkat 15. Ini jelas menunjukkan bahawa Tertuduh telah melalui SP3 memberi maklumat (established) bahawa wujudnya seorang penama dengan nama panggilan Jeeva dan Tertuduh sebagai "innocent carrier" beg plastik berkenaan, tidak mempunyai pengetahuan mengenai kandungan yang terdapat beg plastik tersebut. Justeru itu, tiada alasan sama sekali untuk pihak polis mendakwa tidak dapat mengesan Jeeva. [73] Berdasarkan kepada rentetan peristiwa di atas, peguambela Tertuduh yang bijaksana menghujahkan bahawa Notis Alcontara yang diberikan oleh Tertuduh bukan sahaja mencukupi tentang kewujudan dan keberadaan Jeeva “tetapi Notis Alcontara ini telah diberikan oleh Tertuduh pada peluang terawal apabila beliau ditangkap (given at the earliest opportunity by the accused), melalui laporan polis ekshibit D1 dan juga semasa perbicaraan. [74] Dengan itu dihujahkan bahawa Hakim Bicara yang bijaksana telah terkhilaf apabila melabelkan pembelaan Tertuduh sebagai “afterthought” apabila D1 dibuat hanya selepas setahun dari tarikh tangkapan dan sebelum perbicaraan bermula sedangkan SP3 telah mengesahkan bahawa nama Jeeva telah disebut oleh Tertuduh semasa tangkapan dilakukan ke atas Tertuduh oleh SP3. Malah Hakim Bicara yang bijaksana juga telah terkhilaf apabila menyatakan bahawa penama Jeeva hanyalah satu rekaan dan imaginasi Tertuduh sahaja. Dengan kata lain, Hakim Bicara telah terkhilaf apabila gagal membuat dapatan bahawa Tertuduh telah memberi Notis Alcontara yang lengkap kepada pihak polis. [75] SP4 pula di dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas menyatakan seperti berikut: Peguambela: Tak pasti. Ada Pengadu beritahu kepada kamu bahawa terdapat seorang lain yang dikenali sebagai Jeeva yang telah memberitahu... maaf, yang telah memberikan barang kes, dalam tindakan ini, kepada Tertuduh. Ada tak tak dia beritahu? Tiada. Peguambela: Tiada. Ada tak Pengadu beritahu bahawa beliau ada buat siasatan awalan untuk pergi ke Blok 100 untuk mencari seorang yang bernama Jeeva? Tak pasti. Peguambela: Tak pasti. Semasa dalam siasatan ya, ada Tertuduh beritahu atau mengujudkan nama seorang Jeeva yang telah memberikan barang ini kepada beliau untuk membawakan ke bawah? Ada tak? Tak pasti. Peguambela: Tak pasti. Err... soalan apa saja, sambung saja, ada kamu buat, jika ada... jika ada, ya... jika ada, ada tak kamu buat apa-apa siasatan terhadap orang yang dinamakan Jeeva tu? Jika ada? Peguambela: Jika adalah. Jika ada, YA... saya takkan dapat jalankan siasatan, mungkin dia sebut penama saja, dia tak ada bagi nombor telefon, maklumat lengkap penama Jeeva, so bagi saya sukarlah. Jika dia ada menyebut nama Jeeva dan untuk saya menjalankan siasatan. Jeeva itu mungkin nama samaran, jadi saya tak boleh nak jalankan siasatan. Kerana maklumat-maklumat seperti nama betul, alamat atau nombor telefon tidak diberikan kepada saya. (Nota Prosiding Kandungan 12 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 108 dan 118) [76] Berdasarkan kepada keterangan SP4 di atas, peguambela Tertuduh yang bijaksana menghujahkan bahawa SP3 apabila disoal-balas mengenai penama Jeeva ini, mengesahkan bahawa terdapat maklumat mengenai penama Jeeva tersebut, namun SP3 dan SP4 tidak di mana-mana jua memberikan keterangan yang menyakinkan untuk menafikan perkara tersebut bahawa Tertuduh telah memaklumkan nama dan butiran Jeeva tersebut. Malah SP4 sekadar memberikan keterangan tidak pasti sahaja berhubung kewujudan penama Jeeva ini. Siasatan yang tidak sempurna dan lengkap oleh SP4 ini telah memprejudiskan pembelaan Tertuduh. [77] Di dalam memutuskan persoalan ini, Hakim Bicara yang bijaksana telah menyatakan seperti berikut: [109] With regard to the fact that SP3 had agreed that the name Jeeva and his address was mentioned, SP3 did say that investigations were conducted into this except that the details could not be revealed. [110] This does not assist the defence firstly, because this reveals that there was evidence that investigations were conducted and secondly, that there is no indication that the revelation of the name and address of "Jeeva" per se would exonerate the accused. [111] In any event, the cross examination of SP4 reveals that he was unable to investigate the existence of Jeeva as he was only given the name but no other proper details and he further said that the name "Jeeva" might only have been a nickname. [78] Kami bersetuju dengan dapatan yang dibuat oleh Hakim Bicara tentang isu ini. [79] Kami juga telah meneliti keseluruhan keterangan SP3 dan mendapati keterangan SP3 yang mengatakan bahawa “saya tidak boleh memperincikan tentang maklumat saya perolehi. Tetapi saya nyatakan bahawa ada maklumat yang telah disampaikan oleh OKT pada masa tersebut kepada saya”, pada hemat kami tidaklah bermaksud SP3 hendak menyembunyikan maklumat yang diberikan oleh Tertuduh. Cumanya SP3 tidak dapat memperincikan maklumat yang diterima daripada Tertuduh kerana perinciannya tidak diberikan oleh Tertuduh bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut tentang penama Jeeva ini. [80] Sewajarnya diulangi bahawa keterangan SP3 ini turut disokong dan diperkuatkan lagi oleh keterangan SP4 bilamana SP4 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas mengatakan seperti berikut: “SP4: …YA, saya takkan dapat jalankan siasatan, mungkin dia sebut penama saja, dia tak ada bagi nombor telefon, maklumat lengkap penama Jeeva, so bagi saya sukarlah. Jika dia ada menyebut nama Jeeva dan untuk saya menjalankan siasatan. Jeeva itu mungkin nama samaran, jadi saya tak boleh nak jalankan siasatan. Kerana maklumat-maklumat seperti nama betul, alamat atau nombor telefon tidak diberikan kepada saya.” [81] SP4 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan semula melanjutkan keterangannya dengan mengatakan seperti berikut: Okay. Dan seterusnya saya mohon lnspektor... mohon saksi dirujuk kepada eksibit D1, YA. lni laporan polis oleh Tertuduh sendiri, ya. Tadi lnspektor kata ada pengetahuan tentang laporan ni. Bila tarikh laporan ini dibuat? Pada 14/9/2021, YA. Okay, jadi untuk laporan ini, ada tak sebarang siasatan yang lnspektor buat berkaitan D1 ni? Saya tidak ada jalankan sebarang siasatan, YA, kerana tidak ada sebarang petunjuk untuk saya... Tiada siasatan dibuat kerana? Tiada sebarang petunjuk. Boleh lnspektor terangkan sikit apa dimaksudkan sebagai petunjuk tu? Contoh dia kata Blok 100 ni, okay... bila ketika lawatan ke tempat kejadian, tiada mana-mana CCTV yang saya temui, okay. Kemudian berdasarkan report ni ada penama Jeeva, so saya tidak ada terima maklumat lengkap mengenai penama Jeeva ni, so memang tak dapat jalankan siasatan YA. [82] Berdasarkan kepada keterangan di atas, penghujahan Tertuduh yang mengatakan bahawa pihak polis gagal untuk menjalankan siasatan yang sempurna dan telus sehingga memprejudiskan kes pembelaan serta mendatangkan ketidakadilan kepada Tertuduh adalah tidak bermerit dan wajar ditolak. Malah pada hemat kami juga, pendedahan yang terlalu lewat tentang penglibatan penama Jeeva yang dibuat Tertuduh melalui laporan polis ekshibit D1 yang dibuatnya pada 14 September 2021 (lebih setahun daripada tarikh Tertuduh ditangkap iaitu pada 22 Julai 2020) tidak berfaedah sama sekali kerana ianya tidak memungkinkan SP4 mempunyai ruang untuk bertindak bagi membolehkannya memberikan pencerahan. Innocent Carrier / Pembawa YangTidak Bersalah. [83] Peguambela Tertuduh yang bijaksana menghujahkan bahawa Tertuduh dikatakan sebagai "innocent carrier" bukannya “wilful blindness” beg plastik berkenaan atas kepercayaan terhadap rakannya Jeeva (SD2) untuk diserahkan kepada orang dalam kenderaan Axia tersebut. Perkara ini telah disahkan oleh saksi pembelaan iaitu SD2 sendiri di mana Tertuduh tidak mempunyai pengetahuan mengenai kandungan di dalam beg plastik tersebut. [84] Mengikut peguam lagi, Tertuduh sememangnya tidak mempunyai peluang untuk memeriksa kandungan di dalam beg tersebut kerana ia berlaku dalam tempoh yang singkat dan cepat. Menurut keterangan saksi-saksi pendakwaan sendiri, keadaan plastik-plastik berkenaan adalah tertutup dan kandungannya tidak boleh dilihat dari pandangan luar. Dengan itu, Tertuduh tidak mempunyai pemilikan terus dan pengetahuan terhadap dadah-dadah berkenaan. [85] Tertuduh telah memberi keterangan bahawa beliau telah mengambil plastik tersebut yang diikat dengan getah dan Tertuduh telah mengambilnya lalu terus pergi ke kereta Axia yang berada di bawah iaitu berdekatan dengan Blok 100 tersebut. Jarak antara tempat plastik berkenaan diambil iaitu di Blok 100 dan tempat di mana ianya diserahkan adalah berdekatan dan bukannya suatu jarak yang jauh. [86] Dengan itu dihujahkan bahawa Tertuduh hanya lah mempunyai penjagaan sementara (momentary custody) sahaja terhadap beg plastik tersebut kerana ianya adalah kepunyaan Boy. Tertuduh hanya setakat membawa beg itu sahaja tanpa mengetahui kandungan di dalamnya. Isu mengenai pengetahuan adalah amat penting untuk membuktikan Tertuduh memiliki dadah tersebut ataupun tidak. Meskipun Tertuduh membawa dan menyerahkan sesuatu barang yang mengandungi dadah, pertuduhan pemilikan terhadap dadah tersebut tidak akan berjaya jika pihak pendakwaan gagal membuktikan Tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut. [87] Malah turut juga dihujahkan oleh peguam bahawa jika SP4 menghantar barang kes tersebut untuk pengesahan kepada pakar cap jari, kemungkinan besar jika barang kes adalah milikan Tertuduh, ia akan menimbulkan cap jari Tertuduh di atas barang kes tersebut. Namun SP4 telah gagal untuk mendapatkan laporan cap jari untuk mengesahkan bahawa barang kes dimiliki oleh Tertuduh. Pembelaan menghujahkan bahawa rantaian keterangan telah terputus bila SP4 gagal untuk menghantar barang kes tersebut kepada pakar cap jari bagi mendapatkan pengesahan mengenai milikan individu cap jari pada barang kes itu. [88] Dengan hormatnya, pada hemat kami, penghujahan yang dibangkitkan oleh peguam Tertuduh ini tidak mempunyai asas kekuatan untuk diberikan pertimbangan. Tiada sebarang keterangan yang dapat menyokong dakwaan Tertuduh bahawa beg plastik bertulis "TERIMA KASIH” (ekshibit P14) yang dirampas dari tangan kanan Tertuduh ini berikat dengan getah ketika Tertuduh ditangkap sedang membawanya. SD2 kononnya mengatakan bahawa Boy ada menjelaskan rupa bentuk plasitk tersebut, namun SD2 tiada pula menyebut bahawa ekshibit P14 tersebut diikat dengan getah. Mengikut SP3 hanya bungkusan plastik berwarna hijau bertulis "GUANYINWANG" (ekshibit P15) dan satu plastik bertulisan "LAZADA" (ekshibit P18) berwarna oren sahaja yang tertutup. [89] Keterangan mengenai ekshibit P14 yang dibawa oleh Tertuduh berikat dengan getah hanyalah datang daripada Tertuduh sendiri sahaja ketika pembelaan diri dipanggil. Pada hemat kami keterangan Tertuduh di peringkat ini adalah suatu pemikiran terkemudian sahaja kerana SP3 tidak langsung disoal balas oleh peguambela Tertuduh tentang ekshibit P14 diikat dengan getah. [90] Pada hemat kami juga, pembelaan ini dibuat semata-mata bertujuan untuk mengelak daripada Tertuduh dikatakan mengetahui kandungan yang terdapat di dalam ekshibit P14 dan hanya mempunyai penjagaan sementara (momentary custody) sahaja terhadap beg plastik tersebut. Justeru itu, membuta yang disengajakan atau ‘wilful blindness' terpakai terhadap Tertuduh. Beliau dengan sengaja telah menutup matanya terhadap sesuatu perkara yang amat nyata iaitu beg plastik ekshibit P14 yang dibawanya mengandungi dadah. Namun sekiranya Tertuduh tidak mahu tahu akan kandungan di dalam beg plastik tersebut, maka beliau akan dianggap sebagai tahu tentang kandungannya. [91] Di dalam kes Hoh Bon Tong v. PP [2010] 5 CLJ 240, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Abdul Malik Ishak HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “The defence of innocent carrier must necessarily bring into the picture the concept of wilful blindness. And according to Yong Pung How CJ (Singapore) in Public Prosecutor v. Hla Win (supra) at p. 438, "the concept of wilful blindness qualifies the requirement of knowledge". And his Lordship continued further by saying (at the same page): As Professor Glanville Williams aptly remarked in his Textbook on Criminal Law, at p. 125: ... the strict requirement of knowledge is qualified by the doctrine of wilful blindness. This is meant to deal with those whose philosophy is: 'Where ignorance is bliss, 'tis folly to be wise.' To argue away inconvenient truths is a human failing. If a person deliberately 'shuts his eyes' to the obvious, because he 'doesn't want to know,' he is taken to know'. [92] Di dalam Public Prosecutor v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855; [2016] 1 LNS 1855; [2017] 1 MLRA 499, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohd Raus Shariff PCA (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “The doctrine of 'wilful blindness' can be summarised to be applicable to a situation where the circumstances are such as to raise suspicion sufficient for a reasonable person to be put on inquiry as to the legitimacy of a particular transaction. To put it another way, if the circumstances are such as to arouse suspicion, then it is incumbent on a person to make the necessary inquiries in order to satisfy himself as to the genuineness of what was informed to him. Should he fail to embark upon this course of action, then he will be guilty of 'wilful blindness'. In other words, he is then taken to know the true situation. He then cannot be said to have either rebutted the presumption of knowledge or have raised a reasonable doubt as to his knowledge of the situation”. [93] Adalah nyata bahawa Tertuduh tidak layak untuk dianggap sebagai seorang pembawa yang tidak bersalah. Banyak indikasi yang menunjukkan Tertuduh tahu di dalam beg plastik ekshibit P14 mengandungi dadah berkenaan tetapi beliau sanggup juga mengambil risiko untuk membawa beg tersebut. Keterangan Cap Jari [94] Wajar ditegaskan bahawa Tertuduh ditangkap ketika sedang menjinjit ekshibit P14 yang mengandungi dadah dan pil-pil beracun. Walau bagaimanapun bagi melengkapkan penyiasatan SP4 telah membuat “dusting” untuk penimbulan cap jari pada eksibit yang dirampas. Ini telah diperjelaskan oleh SP4 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan utama bila beliau menyatakan seperti berikut: “Pada 23 haribulan 7, 2020, jam lebih kurang 7:30 malam, saya telah memohon bantuan siasatan penimbulan cap jari dari Bahagian Forensik, D10, Jabatan Siasatan Jenayah IPK, Kuala Lumpur. Kemudian pada sekitar jam 8:00 malam, saya bersama Jurufoto, Detektif Koperal Danial telah sampai di D10 Bahagian Forensik JSJ IPK, Kuala Lumpur yang diketuai oleh lnspektor Mohd Faizol bin Ismail telah menjalankan proses penimbulan cap jari pada eksibit di para 7.1 (a) dan 7.2 (a hingga c). Pada masa yang sama, saya telah meminta Jurufoto, iaitu Detektif Koperal untuk merakam dua keping gambar eksibit selepas proses "dusting". Walau bagaimanapun, penimbulan cap jari tidak dapat mengesan kesan cap jari kerana permukaan eksibit yang berminyak”. [95] Pada hemat kami, memandangkan “dusting” yang dibuat tidak membuahkan apa-apa hasil, maka kami tidak nampak di mana wujudnya keperluan untuk SP4 menghantar barang kes tersebut kepada pakar cap jari untuk tujuan pengesahan bagi menentukan cap jari individu pada barang kes tersebut. [96] Pada pandangan kami juga, keterangan laporan forensik daripada pakar cap jari hanyalah bersifat keterangan sokongan sahaja. Ketiadaannya atau kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakannya sebagai keterangan tidak menyebabkan wujudnya kelompangan yang mampu meruntuhkan kes pendakwaan. [97] Di dalam kes PP v. Ebrahim Mirzaie Hj Ebrahim Deh Mokhtar [2017] 1 CLJ 575, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Ahmadi Asnawi HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: “[38] The evidential value of CCTV evidence. DNA profiles and fingerprint impressions as decided by high authority is only corroborative. The learned trial judge correctly appreciated the position. In PP v Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233, the Federal Court stated that: Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charge alleged trafficking in the form of sale and there is evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumes little value or significance. [39] Now, having scrutinised the evidence, we were with the learned DPP that even without the CCTV evidence, DNA profiles and fingerprint impressions, there are sufficient evidence to prove the prosecution's case. [40] The evidence of both PW2 and PW3 (DSM Hairudin bin Abdullah) were uncontroverted that they saw the respondent pulling the bag, exh. P10, before and at the time they approached the respondent. The bag they saw and seized was a brown coloured bag carrying the “Sphere” brand name, exh. P10. It was the respondent himself who had put the said bag in the scanning machine and it was equally the respondent himself who had carried the said bag to the narcotics office. Both testified that the examination of the said bag was done in the presence of the respondent. These are uncontroverted direct evidence which needs no further support for its sustenance.” [98] Sehubungan ini juga kami ingin merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Badrulsham bin Baharom [1987] 1 LNS 72 [1987] CLJU 72, di mana Hakim Lim Beng Choon (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: “In the present case, the prosecution had clearly established that the accused was in actual physical custody and control of P3 and its contents. From the totality of the evidence, the prosecution had also clearly established that the accused had the necessary knowledge of P6A-H and the nature of the dangerous drugs in question. In the circumstances, I cannot find fault with the police for failing to send the exhibits to the chemist in order to carry out finger print tests. The contention of the learned defence counsel, with due respect, amounts to nothing more than to ask this court to determine not whether there was sufficient evidence adduced before this court to warrant a conviction of the accused but to determine that the methodology of the police investigation must be 100% correct regardless of the fact that the police had gathered more than sufficient evidence to sustain a conviction of the accused”. [99] Akhir sekali satu lagi faktor relevan yang perlu dipertimbangkan di dalam kes ini adalah jumlah dadah yang dibawa adalah begitu besar iaitu Methamphetamine seberat 713.5gram untuk dikatakan bagi kegunaan sendiri. Amaun dadah yang besar ini membangkitkan inferensi yang kuat bahawa dadah yang dibawa oleh Tertuduh tersebut adalah bertujuan untuk pengedaran. Perbuatan Tertuduh membawa dadah di dalam jumlah yang besar ini adalah suatu “overt act” di pihak Tertuduh untuk mengedar dadah tersebut. [100] Di dalam kes PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “The next question is whether there is evidence of trafficking by the respondent in the said drug. In this case the amount of cannabis involved is 4,826.9 grammes in weight, which is well in excess of 200 grammes, thus triggering the statutory presumption of trafficking as provided in s 37(da) of the Act. Therefore, on the facts of this case it is our finding that the trial Judge had correctly, albeit for different reasons, called upon the respondent to enter upon his defence on the charge". [101] Di dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Manaf Bin Muhamad Hassan [2006] 3 MLJ 193, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: "As a matter of common sense, the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it. All that s 15 does is to lay down the minimum quantity of each of the five drugs with which it deals at which the inference arises from the quantity involved alone that they were being transported for the purpose of transferring possession of them to another person and not solely for the transporter' s own consumption. There may be other facts which justify the inference even where the quantity of drugs involved is lower than the minimum which attracts the statutory presumption under s 15. In the instant cases, however, the quantities involved were respectively one hundred times and six hundred times the statutory minimum. Whether the quantity involved be large or small, however, the inference is always rebuttable. The accused himself best knows why he was conveying the drugs from one place to another and, if he can satisfy the court, upon the balance of probabilities only, that they were destined for his own consumption he is entitled to be acquitted of the offence of trafficking under s3. The above passage was quoted with approval by the Court of Appeal in Mohamad Yazri bin Minhat v Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 241 where the court upheld the finding of trafficking by the trial judge on the facts and in the circumstances of the case, at p249, Gopal Sri Ram JCA stated the position as follows: To summarize, the fact that the accused is transporting a quantity of drugs from one point to another does not make him a trafficker. Whether he is a trafficker in those circumstances depends on the facts and circumstances of the given case, including the quantity of the drugs and any transaction the accused proposed to enter into. Applying the common sense approach laid down by Lord Diplock in Ong Ah Chuan, the learned judge's conclusion that the appellant was guilty of trafficking is abundantly justified." [102] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dizahirkan di atas, kami amat bersetuju dengan dapatan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana bila beliau di akhir kes pembelaan membuat rumusan berikut: