Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO. WA-A72NCvC-7218-10/2023 ANTARA TETUAN BAHARUDDIN ALI & CO PLAINTIF DAN
WA-A72NCvC-7218-10/2023
Magistrates Court of Malaysia13 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“889”, Mahkamah Rayuan menyatakan: “As rightly pointed out by the learned trial judge himself, in a civil case the plaintiff bears both the legal and evidential burden of proof (see ss. 101 and 103 Evidence Act 1950 ). It is also trite law that legal burden is imposed by law and remains with the plaintiff throughout the”
“partner or counsel. But that does not alter the primary principles of partnership. The settlement of any dues by a client is always to the firm and not to any individual partner. That is also why the Legal Profession Act 1976 (Act 166) mandates the cover of insurance to protect clients, the firm and the practice." **No”
“ANOR [1995] 2 CLJ 11” yang menyatakan: “The term "partnership" is defined as the relation which subsists between persons carrying on a business in common with a view of profit. (Section 3(1) of the Partnership Act 1961). In deciding whether or not a partnership exists, the Court, apart from giving regard to the relevan”
“TETUAN KHALEK AWANG & ASSOCIATES & YANG LAIN” dimana Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan telah menyatakan: “[13] Hakim Mary Lim (pada waktu itu) dalam Buana Perdana Sdn. Bhd.v. Chan Siew Cheong & Ors [2011] CLJU 1315, [2012] 8 MLJ 367, [2012] 1 AMR 560 menjelaskan dengan lebih terperinci sebegini: "...The partnership rem”
“cts exist. Under s. the burden of proof lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.” [12] Di dalam kes “GERARD JUDE TIMOTHY PEREIRA V. KASI A/L KL PALANIAPPAN [2017] CLJU 889”, Mahkamah Rayuan menyatakan: “As rightly pointed out by the learned trial judge himself, in a civil case”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO. WA-A72NCvC-7218-10/2023 ANTARA TETUAN BAHARUDDIN ALI & CO PLAINTIF DAN
1
Plaintif ialah sebuah sebuah firma guaman dan Defendan adalah merupakan klien yang telah mendapatkan khidmat guaman daripada Plaintif bagi satu urusan jual beli tanah yang melibatkan Defendan dan pihak ketiga.
2
Pada 17 Oktober 2022, satu invois berjumlah RM 52,977.00 telah disediakan dan diserahkan oleh pihak Plaintif kepada Defendan bagi yuran guaman perkhidmatan yang diberikan oleh Plaintif kepada Defendan.
3
Namun, melalui satu surat bertarikh 25 Oktober 2022, pihak Plaintif menyatakan bahawa segala yuran guaman berjumlah RM 52,977.00 sepertimana dituntut di dalam invois bertarikh 17 Oktober 2022 berkenaan telah dikecualikan bayaran (waived) oleh pihak Plaintif. Surat berkenaan telah disediakan oleh seorang rakan kongsi Plaintif bernama Nurul Kamilah binti Hanif Kondon. 03/01/2025 15:12:15 WA-A72NCvC-7218-10/2023 Kand. 51
4
Namun demikian, pihak Plaintif menafikan bahawa telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran yuran sepertimana didakwa Defendan melalui surat berkenaan dan menyatakan Puan Nurul Kamilah telah bertindak tanpa pengetahuan dan persetujuan rakan kongsi yang lain iaitu Tuan Haji Baharuddin bin Ali.
5
Notis Tuntutan dan Invois berkaitan tuntutan yuran guaman yang masih tertunggak telah dihantar kepada Defendan oleh Plaintif, namun masih belum diselesaikan kerana Defendan mendakwa Plaintif telah memberikan pengecualian bayaran tersebut. Oleh itu, Plaintif adalah tidak berhak untuk menuntut semula yuran guaman tersebut.
6
Bagi menyokong versi Plaintif, seramai empat (4) orang saksi telah dipanggil: i. Tuan Haji Baharuddin bin Ali[Saksi Plaintif Pertama] – SP1 ii. Encik Wan Suhaimi Bin Wan Yusof [Saksi Plaintif Kedua] - SP2 iii. Puan Azlin Binti Masium [Saksi Plaintif Ketiga] – SP3 iv. Puan Marjaniah Binti Mansor [Saksi Plaintif Keempat] – SP 4
7
Pihak Defendan pula telah memanggil dua (2) orang saksi iaitu: i. Puan Nurul Kamilah binti Hanif Kondon [Saksi Defendan Pertama] – SD 1 ii. Encik Chong Fook Yong [Saksi Defendan Kedua] – SD 2
8
Di dalam tindakan ini, terdapat sebanyak empat (4) isu-isu yang dikemukakan oleh pihak-pihak sepertimana di dalam Lampiran 19 (Isu-Isu Untuk Dibicarakan). Namun demikian, Mahkamah ini setelah meneliti isu-isu yang dikemukakan mendapati isu-isu tersebut boleh disimpulkan dan difokuskan kepada satu (1) isu utama sahaja iaitu: i. Adakah surat pengecualian (waiver letter) yang diisukan oleh Puan Nurul Kamilah (SD1) yang menjadi sabjek utama pertikaian merupakan suatu surat yang dikeluarkan secara sah dan berotoriri daripada pihak perkongsian Plaintif? C. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI
9
Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 memperuntukan: i) 101 Burden of proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. [10] Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 pula menyatakan: “102 On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [11] Mahkamah merujuk kepada otoriti di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu “DR. SHANMUGANATHAN v. PERIASAMY S/O SITHAMBARAM PILLAI [1997] 2 CLJ 153” yang menyatakan: “Under s. 101, it is provided that whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. Under s. the burden of proof lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.” [12] Di dalam kes “GERARD JUDE TIMOTHY PEREIRA V. KASI A/L KL PALANIAPPAN [2017] CLJU 889”, Mahkamah Rayuan menyatakan: “As rightly pointed out by the learned trial judge himself, in a civil case the plaintiff bears both the legal and evidential burden of proof (see ss. 101 and 103 Evidence Act 1950 ). It is also trite law that legal burden is imposed by law and remains with the plaintiff throughout the trial and never shifts to the defendant. On the other hand, evidential burden moves to and fro between the plaintiff and the defendant depending on the state of the evidence introduced at any one stage of the trial, and unless and until the plaintiff discharges his evidential burden by establishing a prima facie case, there is no burden on the defendant to prove his defence, no matter how weak his defence might be.” D) DAPATAN MAHKAMAH [13] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, keterangan dokumentari serta hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, ringkasan dapatan dan penemuan telah dibuat oleh Mahkamah ini sepertimana di bawah. Adakah terdapat yuran guaman tertunggak (debt due) oleh Defendan? [14] Rujukan kepada dokumen pra bicara “Fakta Yang Dipersetujui (Kandungan 24), pihak-pihak telah mengakui bahawa Defendan telah melantik Plaintif selaku peguam yang mewakili dan juga yang menguruskan hal ehwal urusniaga penjualan dan pembelian Hartanah yang bernilai RM 8,276, 400. 00 (Hartanah) termasuk untuk menyediakan Perjanjian Jual Beli hartanah tersebut [15] Oleh itu, pada hemat Mahkamah dan bersandarkan kepada keterangan saksi-saksi serta keterangan dokumentari sokongan yang dikemukakan di Mahkamah, adalah jelas bahawa Plaintif selaku firma guaman yang dilantik oleh Defendan telah memberikan perkhidmatan guaman kepada Defendan dan juga tiada sebarang aduan berkaitan perkhidmatan yang telah diberikan. [16] Secara asasnya, Plaintif adalah berhak kepada yuran guaman bagi perkhidmatan yang telah diberikannya kepada Defendan. Oleh sebab itu, suatu invois bertarikh 17 Oktober 2022 telah dikeluarkan kepada pihak Defendan untuk sejumlah RM 52,977.00 bagi perkhimatan yang telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan dan Defendan adalah dianggap terhutang kepada Plaintif sekiranya tidak menafikan atau membantah invois tersebut. Adakah yuran guaman tertunggak (debt due) kepada perkongsian atau kepada rakan kongsi di dalam perkongsian? [17] Melalui satu surat bertarikh 25 Oktober 2022, Puan Nurul Kamilah (SD1) yang pada masa itu merupakan rakan kongsi yang dibayar gaji (salaried partner) di firma guaman Plaintif telah mengisukan satu surat yang menyatakan bahawa firma Plaintif telah memberikan pengecualian bayaran yuran guaman bagi invois bertarikh 17 Oktober 2022 kepada Defendan. [18] Surat pengecualian yang bertarikh 25 Oktober 2022 itu (muka surat 54 di dalam Bahagian C, Ikatan Dokumen Bersama) telah menyatakan sepertimana berikut: “Since you have been a good friend to our Puan Nurul and have maintained a good relationship with Puan Nurul, we wish to inform you that we agree to graciously waive the bill issued to you dated 17.10.2022 in the sum of RM 52,977.00”. [19] Sebagai permulaan, Mahkamah ini ingin merujuk kepada penghakiman di dalam kes “KOPERASI PERUMAHAN KLUANG BERHAD lwn. TETUAN KHALEK AWANG & ASSOCIATES & YANG LAIN” dimana Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan telah menyatakan: “[13] Hakim Mary Lim (pada waktu itu) dalam Buana Perdana Sdn. Bhd.v. Chan Siew Cheong & Ors [2011] CLJU 1315, [2012] 8 MLJ 367, [2012] 1 AMR 560 menjelaskan dengan lebih terperinci sebegini: "...The partnership remains an association of individuals who, by reason of their art and skills necessarily offer that expertise personally instead of through the establishment of a corporate sole. And, that is how a legal practice is operated in this country, just as much as anywhere else in the world. Insofar as the client is concerned, his dealings are with the firm and not a particular partner. He may, however, request for the services of a particular partner or counsel due to some peculiar reason or purpose and be charged the fees appropriate to that partner or counsel. But that does not alter the primary principles of partnership. The settlement of any dues by a client is always to the firm and not to any individual partner. That is also why the Legal Profession Act 1976 (Act 166) mandates the cover of insurance to protect clients, the firm and the practice." [20] Penghakiman di dalam kes di atas jelas menyatakan bahawa yuran guaman atau apa jua bayaran yang sepatutnya dibayar oleh seseorang klien adalah merupakan suatu liabiliti tertunggak (debt due) yang perlu dijelaskan terhadap firma guaman sesuatu perkongsian, dan bukannya “debt due” kepada mana-mana individu rakan kongsi di dalam firma perkongsian tersebut. [21] Ini adalah kerana, di dalam konteks urusan hartanah (conveyancing) khususnya, segala urusan dan tatacara kendalian di lakukan di atas nama firma guaman dimana seseorang rakan kongsi itu beramal. Hal ini termasuklah urusan penyeteman (stamping), urusan di pejabat tanah, urusan yang melibatkan institusi kewangan dan juga bayaran/cek dan lain-lain perkara semuanya dilakukan di atas nama firma guaman perkongsian tersebut. [22] Sesuatu invois kepada mana-mana klien juga diisukan melalui firma perkongsian di atas nama firma guaman tersebut, dan bukannya invois di atas nama sesorang rakan kongsi kepada perkongsian tersebut. Oleh itu, sebarang pengecualian bayaran yuran guaman bagi sesuatu invois, jika ada, mestilah dilakukan oleh perkongsian tersebut setelah mendapat mandat dan kelulusan daripada perkongsian tersebut. [23] Justeru, adalah jelas bahawa yuran guaman yang sepatutnya dibayar oleh Defendan adalah merupakan suatu liabiliti tertunggak (debt due) yang perlu dijelaskan terhadap firma guaman Plaintif, dan bukannya “debt due” kepada mana-mana individu rakan kongsi di dalam firma perkongsian tersebut Adakah yuran guaman tertunggak oleh Defendan telah dikecualikan bayarannya melalui surat pengecualian bayaran bertarikh 25 Oktober 2022 tersebut oleh perkongsian Plaintif? [24] Sesuatu perkongsian itu adalah suatu entiti undang-undang. Namun, ia hanyalah suatu "artificial legal entity" sahaja kerana secara sendirinya ia tidak boleh berbuat apa-apa dan tidak boleh dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan. Ini membawa maksud apa-apa perbuatan atau tinggalan (an act or omission) oleh sesuatu perkongsian adalah dilaksanakan dan/atau dilihat melalui perbuatan atau tinggalan rakan kongsi di dalam perkongsian tersebut. [25] Prinsip ini telah digarap di dalam kes “SOUTHERN EMPIRE DEVELOPMENT SDN BHD V. TETUAN SHAHINUDDIN & RANJIT & ORS [2008] 5 CLJ 195” dimana dinyatakan: “...the liability of the firm/partnership is distinct and different from the liability of the firm's partners. It is true that a partnership, being not a human being but merely an artificial legal entity, on its own can do nothing. Thus, on its own it can do no wrong. The partnership acts through its human agency - its partners. Every act or omissions of the partners directly pertaining to the partnership is in law deemed to be an act or an omission of the partnership." [26] Justeru, bagi menjawab persoalan di atas, Mahkamah ini harus melihat dan merungkaikan persoalan-persoalan penting berikut iaitu: i) adakah surat pengecualian tersebut telah dikeluarkan secara sah oleh perkongsian Plaintif melalui tindakan/persetujuan rakan kongsi secara bersama-sama? (mutually agreed by partners of the partnership); ii) jika tidak, maka adakah tindakan salah seorang rakan kongsinya iaitu SD1 mengeluarkan surat tersebut bagi pihak perkongsian Plaintif telah mengikat (binding upon) perkongsian Plaintif berkaitan pengecualian bayaran yuran guaman tertunggak tersebut? Sub Isu Pertama: Adakah surat pengecualian tersebut telah dikeluarkan secara sah oleh perkongsian Plaintif melalui tindakan/persetujuan rakan kongsi secara bersama-sama? [27] Saksi Plaintif Pertama iaitu Tn Haji Baharudin Ali selaku rakan kongsi utama mengesahkan bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan berkaitan hasrat Pn Nurul Kamilah (SD1) untuk memberikan pengecualian yuran guaman kepada Defendan. SP1 dengan jelas menyatakan di dalam Pemeriksaan Utama dan semasa Pemeriksaan Balas bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan dakwaan SD1 bahawa SD1 telah merujuk dan mendapat persetujuan SP1 untuk mengecualikan bayaran kepada Defendan tersebut. [28] Oleh itu, bebanan adalah kepada SD1 untuk membuktikan (onus of proof) kepada Mahkamah ini bahawa SP1 telah dirujuk dan telah bersetuju dengan hasratnya untuk memberikan pengecualian bayaran guaman tersebut kepada pihak Defendan. [29] Undang-undang adalah mantap berkaitan “onus of proof” yang terletak di atas bahu orang yang mendakwa sesuatu fakta itu. Hal ini dapat dirujuk kepada seksyen 103 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan: “103 Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person.” [30] Di dalam kes “DATUK MOHD ALI HJ ABDUL MAJID & ANOR v. PUBLIC BANK BHD [2014] 6 CLJ 269”, Mahkamah Persekutuan menyatakan: “This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person's case, the proof of such allegation falls on him. (See s. 103 of the Evidence Act 1950). [31] Di dalam tindakan ini, SD1 gagal menunjukkan dan membuktikan dengan sebarang keterangan sokongan yang meyakinkan bagi menyokong dakwaannya bahawa SP1 telah dirujuk dan telah bersetuju dengan pemberian pengecualian tersebut oleh SD1. SD1 semasa disoal balas oleh pihak Plaintif telah menyatakan bahawa tiada sebarang rekod bertulis, rakaman audio visual sama ada dalam bentuk CCTV atau rakaman lain, atau saksi primer lain yang boleh mengesahkan dakwaan SD1 tersebut. [32] Pihak Plaintif pula melalui keterangan SP2 iaitu Pegawai Akaun di firma Plaintif menyatakan bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan oleh SP1 atau SD1 berkaitan pengecualian yuran tersebut. SP2 menyatakan beliau telah diarahkan oleh SP1 untuk menyediakan deraf invois bagi urusan transaksi yang dikendalikan oleh firma Plaintif dengan pihak Defendan. [33] Butiran dan maklumat yang dimasukkan di dalam deraf invois telah diperolehi daripada Puan Kamilah (SD1) dan juga berpandukan kepada Perjanjian Jual Beli pihak-pihak yang diserahkan oleh SD1 kepada SP2. SP2 juga ada memaklumkan bahawa SD1 juga ada menyuruhnya untuk menyediakan deraf invois tersebut. SP2 kemudiannya menyatakan deraf invois tersebut telah diserahkan kepada SD1 untuk tindakan SD1 selanjutnya. [34] SD1 semasa Pemeriksaan Utama mengesahkan bahawa invois bertarikh 17 Oktober 2022 tersebut telah disediakan secara rasmi olehnya terhadap Defendan. [35] SD1 kemudiannya memaklumkan bahawa beliau kemudiannya telah menyediakan surat pengecualian bertarikh 25 Oktober 2022 tersebut dan telah menyerahkan surat tersebut kepada Defendan pada 27 Oktober 2022 setelah mendapat kelulusan daripada SP1. [36] Apa yang menarik disini ialah terdapat fakta bahawa: i) SP1 mengarahkan SP2 menyediakan deraf invois tersebut. ii) SP2 mendapatkan maklumat dan perincian tuntutan daripada SD1 untuk dimasukkan di dalam deraf invois. iii) Deraf tersebut disediakan oleh SP2 sebelum diserahkan kepada SD1. iv) Invois rasmi disediakan oleh SD1 pada 17 Oktober 2022. [37] SD1 semasa Pemeriksaan Balas telah menyatakan: Ok. Soalan seterusnya. Saya merujuk…Ok. Soalan seterusnya,adakah anda telah komunikasi dengan rakan kongsi anda mengenai hal perkara waiver? Yes. Ok, bilakah tarikh? Boleh perincikan tarikh? Sekitar bulan September atau Oktober… Sekitar bulan? September? September atau Oktober. Boleh saya tahu satu tarikh yang tepat secara spesifik? Tak ingat [38] Dalam perkara ini, SD1 menyatakan telah memaklumkan dan berkomunikasi dengan rakan kongsinya iaitu SP1 berkaitan perihal pengecualian yuran guaman tersebut pada sekitar bulan September atau Oktober dan telah dipersetujui oleh SP1. SD1 juga semasa disoal balas menyatakan: Saya cadangkan kalau anda yang sediakan invois, bermakna dari awal firma memang berniat nak ambil yuran guaman daripada defendan. Setuju ataupun tidak? Ya, setuju. Tadi saya dah tanyakan,kalau anda yang sediakan invois dari awal. Makna anda berniat untuk mengambil yuran guaman daripada defendan. Setuju? Ya, setuju. Cadangan saya seterusnya.Jika anda tidak berhasrat dari awal untu menuntut yuran guaman, maka anda tidak akan aah mendraf yuran guaman tersebut. Setuju. [39] Jelas disini bahawa SD1 sedar dan tahu bahawa dengan penyediaan deraf dan invois rasmi berkenaan, maka firma memang berhasrat untuk menuntut bayaran guaman daripada Defendan. Pada hemat Mahkamah, sekiranya ini benar difahami oleh SD1, maka hal berkaitan persetujuan pengecualain sepatutnya dibangkitkan semula kepada SP1 supaya deraf invois tidak disediakan memandangkan perkongsian telah bersetuju untuk memberikan pengecualian kepada Defendan sepertimana didakwa oleh SD1. [40] Secara logiknya, jika benar pengecualian yuran ini telah dimaklumkan dan telah dipersetujui oleh SP1 pada bulan September atau Oktober 2022, maka tiada keperluan untuk SP1 dan SD1 mengarahkan SP2 untuk menyediakan deraf invois tuntutan bayaran guaman . [41] Tiada juga keperluan untuk SD1 memuktamadkan secara rasmi invois tersebut jika telah mendapat persetujuan awal daripada SP1 untuk memberikan pengecualian tersebut. SD1 sepatutnya mengingatkan SP1 bahawa terdapat persetujuan perkongsian untuk memberikan pengecualian yuran kepada Defendan. Namun, hal ini tidak berlaku dan tiada sebarang keterangan jitu diberikan berkaitan perkara ini. [42] Oleh itu, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa SD1 telah gagal untuk menggalas bebanan untuk membuktikan selaras seksyen 103 Akta Keteranagn 1950 berkaitan dakwaan fakta oleh SD1 bahawa SP1 telah dimaklumkan dan telah bersetuju dengan hasrat SD1 untuk memberikan pengecualian bayaran yuran guaman kepada Defendan. [43] Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa surat pengecualian tuntutan bayaran bertarikh 25 Oktober 2022 tersebut telah dikeluarkan dengan tanpa persetuuan rakan kongsi kepada SD1 iaitu SP1 dan tidak boleh dikatakan sebagai persetujuan perkongsian Plaintif secara bersama-sama melalui tindakan dan perbuatan rakan kongsinya. Sub Isu Kedua: Adakah tindakan salah seorang rakan kongsinya iaitu SD1 mengeluarkan surat tersebut bagi pihak perkongsian Plaintif telah mengikat (binding upon) perkongsian Plaintif berkaitan pengecualian bayaran yuran guaman tertunggak tersebut? [44] Memandangkan Mahkamah ini telah membuat dapatan secara negatif bagi sub-isu pertama di atas, maka adalah penting untuk Mahkamah ini meneruskan dengan meneliti dan memutuskan persoalan berkaitan sub-isu kedua di atas pula. [45] Di dalam kes dihadapan Mahkamah ini, bersandarkan kepada keterangan saksi-saksi daripada kedua-dua belah pihak Plaintif dan Defendan, adalah jelas menunjukkan bahawa SD1 adalah dianggap sebagai rakan kongsi di dalam firma guaman Plaintif bersama rakan kongsi yang seorang lagi iaitu SP1. Perkongsian ini mempunyai dua (2) rakan kongsi sepertimana yang tertera pada kepala surat (letterhead) firma guaman Plaintif. [46] Namun, tiada sebarang keterangan dokumen lain yang menunjukkan terdapat perjanjian atau surat lantikan SD1 sebagai salah seorang rakan kongsi yang membentuk satu perkongsian di dalam firma Plaintif. Keterangan dokumen yang dikemukakan di Mahkamah hanyalah dua (2) dokumen berkaitan pelantikan jawatan SD1 sebagai Pembantu Undang-Undang di dalam firma Plaintif. Dua dokumen tersebut ialah: i) Tawaran jawatan sebagai Pembantu Undang-Undang di dalam firma Plaintif bertarikh 16 Ogos 2021; dan ii) Pengesahan jawatan SD1 sebagai Pembantu Undang-Undang di dalam firma Plaintif bertarikh 2 Mac 2022. [47] SD1 di dalam keterangan Pemeriksaan Utama menyatakan bahawa beliau adalah seorang peguam yang beramal dan juga rakan kongsi kepada firma guaman Plaintif ketika beliau mengisukan surat pengecualian tersebut. Oleh itu, selaku rakan kongsi kepada perkongsian, beliau mempunyai mandat dan autoriti untuk berbuat demikian. [48] Pada hemat Mahkamah, dalam menjawab sub-isu yang kedua ini, adalah penting terlebih dahulu untuk Mahkamah ini menentusahkan adakah di mata undang-undang, SD1 merupakan seorang rakan kongsi di dalam firma guaman Plaintif selaras seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961. [49] Seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961 mendefinasikan Perkongsian: “(1) Partnership is the relation which subsists between persons carrying on business in common with a view of profit.” [50] Seksyen 6 Akta itu pula memperuntukkan: "Persons who have entered into partnership with one another are, for the purposes of this Act, called collectively a firm, and the name under which their business is carried on is called the firm-name." [51] Seksyen 7 menyatakan: “Every partners is an agent of the firm and his other partners for the purpose of the business of the partnership; and the acts of every partner who does any act for carrying on in the usual way business of the kind carried on by the firm of which he is a member bind the firm and his partners, unless the partner so acting has in fact no authority to act for the firm in the particular matter, and the person with whom he is dealing either knows that he has no authority or does not know or believe him to be a partner.” [52] Seksyen 3(1) Akta itu menyatakan bahawa terdapat tiga (3) kriteria utama yang penting untuk mewujudkan satu perkongsian iaitu: i) there must be a business; ii) carried out in common between the partners; and iii) with a view to making profit. [53] Ketiga-tiga kriteria penting ini telah diperakui pula oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes “CHOOI SIEW CHEONG v. LUCKY HEIGHT DEVELOPMENT SDN. BHD. & ANOR [1995] 2 CLJ 11” yang menyatakan: “The term "partnership" is defined as the relation which subsists between persons carrying on a business in common with a view of profit. (Section 3(1) of the Partnership Act 1961). In deciding whether or not a partnership exists, the Court, apart from giving regard to the relevant rules in s. 4 of the Partnership Act 1961, must consider the intentions of the parties as appearing from the whole facts of the case and the contract they had made.” [54] Justeru, adalah penting untuk Mahkamah ini menilai dan meneliti fakta-fakta dan keterangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak,bagi menentusahkan adakah SD1 ini adalah seorang rakan kongsi di mata undang-undang selaras seksyen 3(1) Akta tersebut. [55] Ini adalah kerana tiada sebarang kontrak bertulis atau sebarang dokumen sokongan lain berkaitan perkongsian firma Plaintif dikemukakan di Mahkamah ini. Justeru, Mahkamah ini harus membuat penilaian berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan bagi menentusahkan kedudukan perkongsian di antara SP1 dan SD1 di dalam tindakan ini. [56] Di dalam kes “AW YONG WAI CHOO & ORS. v. ARIEF TRADING SDN. BHD.&ANOR. [1991] 3 CLJ 2834” telah diputuskan bahawa: “From the sections quoted above, it would be apparent that in order to find if partnership exists, it would be necessary to determine if the relation as defined in s. 3(1) exists. In my view to find the existence of such relation, the Court must find the real intention of the parties involved. The real intention is not necessarily the expressed intention of the parties so that even if the parties express they are partners, the Court may decide to the contrary after the Court considers all relevant factors taken together, please see the leading case of Cox v. Hickman [1860] 8 HCL 268. The definition section really sets out the essence of the decided cases that is the Court is perfectly at liberty to determine from all the relevant factors taken together, if such relation exists or does not exist, then the Court attributes this finding as the real intention of the parties. …………………….. Further in my view the relevant factors to be taken together for consideration are those happenings of the relation between the parties, that is all the relevant incidents of the relation, including any written or verbal agreement, conduct of the parties at all times, and all surrounding circumstances.” [57] Sebagai panduan tambahan, Mahkamah ini juga merujuk kepada penghakiman di dalam kes “MALAYSIAN INTERNATIONAL TRADING CORPORATION (JAPAN) SDN BHD v. BENTINI SPA & ORS [2014] 5 CLJ 983” dimana Mahkamah Tinggi menyatakan: “[106] I am fortified in my view from the decision of Stekel v. Ellice [1973] 1 All ER 465. There, the issue was whether a partner who was paid a fixed sum instead of taking a share of the profit was a partner. The court answered the question in the affirmative. Megarry J opined: The term "salaried partner" is not a term of art, and to some extent it may be said to be a contradiction in terms. However, it is a convenient expression which is widely used to denote a person who is held out to the world as being a partner, with his name appearing as partner on the notepaper of the firm, and so on. At the same time, he receives a salary as remuneration rather than a share of the profits, though he may, in addition to his salary, receive some bonus or other sum of money dependent on the profits. Quoad the outside world it often will matter little whether a man is a full partner or a salaried partner; for a salaried partner will be liable for his acts accordingly. But within the partnership it may be important to know whether a salaried partner is truly to be classified as a mere employee or as a partner. [107] His Lordship went on to add: ... It seems to me impossible to say that as a matter of law a salaried partner is or is not necessarily a partner in the true sense. He may or may not be a partner, depending on the facts. What must be done, I think, is to look at the substance of the relationship between the parties; and there is ample authority for saying that the question whether or not there is a partnership depends on what the true relationship is and not on any mere label attached to that relationship. A relationship that is plainly not a partnership is no more made into a partnership by calling it one than a relationship which is plainly a partnership is prevented from being one by a clause negativing partnership.” [58] Adalah fakta yang tidak dinafikan bahawa SP1 dan SD1 beramal di dalam satu firma guaman yang sama iaitu di Tetuan Baharuddin Ali & Co pada masa material surat pengecualian tersebut dikeluarkan. Namun, SD1 menyatakan bahawa beliau dibayar gaji bulanan yang tetap oleh firma Plaintif dan juga bayaran komisen bagi fail-fail yang dibawa masuk ke dalam firma Plaintif. [59] SD1 semasa disoal balas menyatakan: Ok, soalan seterusnya. Saya cadangkan jika anda.semasa anda berkhidmat sebagai partner di firma plaintif,jika anda berjaya membawa suatu fail di firma plaintif,anda akan diberikan, mungkin akan diberikan peratusan tertentu di fail tersebut. Setuju ataupun tidak? Setuju [60] SD1 juga semasa di soal balas oleh pihak Plaintif menyatakan: Ok. Saya, saya cadangkan jawatan rakan kongsi dan pembantu undang-undang adalah dua jawatan yang berbeza. Setuju ataupun tidak? Setuju. Seterusnya, saya bagi cadangan, saya cadangkan tanggungjawab anda selaku rakan kongsi lagi tinggi jika dibandingkan dengan semasa anda memegang jawatan sebagai legal associate. Setuju ataupun tidak? Setuju. Dan saya cadangkan tanggungjawab rakan kongsi antara lain tahu segala hal perkara di firma termasuk aliran tunai. Setuju ataupun tidak? Tidak. Tidak.Ok, jika puan tidak setuju apakah alasan? Saya tidak pernah terlibat dengan penjagaan akaun,akaun firma. [61] SD1 mengesahkan bahawa beliau tidak terlibat di dalam urusan pentadbiran firma Plaintif khususnya berkaitan urusan pengendalian dan pengurusan akuan firma Plaintif. SD1 juga mengesahkan bahawa SP1 merupakan pengasas kepada firma Plaintif dan sebarang perkara berkaitan firma perlu dimaklumkan dan mendapat kelulusan daripada SP1. [62] Berdasarkan kepada keterangan SD1 serta surat lantikan dan pengesahan jawatan SD1 yang dikemukakan di Mahkamah, adalah boleh dibuat dapatan bahawa SD1 menerima gaji bulanan yang tetap daripada firma Plaintif dan juga gaji yang diterima tersebut adalah tidak tertakluk kepada keuntungan atau kerugian yang dialami oleh firma Plaintif. SD1 juga tidak memegang sebarang ekuiti atau kepentingan “beneficial” di dalam firma Plaintif. [63] Sepertimana yang dinyatakan di atas, antara kriteria penting dan utama sesuatu perkongsian adalah untuk mendapatkan keuntungan (in view of making profit). Tanpa kriteria ini dipenuhi, maka rakan kongsi itu adalah bukan rakan kongsi sebenar sepertimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 3(1) Akta tersebut. [64] Sebagai panduan kepada Mahkamah ini, adalah sesuai untuk merujuk kepada penghakiman di dalam kes “DEV KUMAR SRI RAM v. PUUNG KOK PEING [2024] 8 CLJ 724”, di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menyatakan: “[56] The crux issue of this appeal is whether a commission-based partner falls under s. 3 of the PA 1961. In particular, whether s. 3 of the PA 1961 must be interpreted strictly in its literal sense that there can be no differentiation between a commissioned partner with a normal partner or not. Bearing in mind to qualify as a partner, it must be shown that the person has the three criteria namely: (i) persons carrying on a business in common, (ii) to profit and; (iii) intention of the parties. [57] While it is an agreed fact that both defendants had practised at the law firm at the material time, in the second defendant's witness statement (encl. 3 pp. 68 to 74) he said he was paid a fixed monthly commission on the litigation files he brought to the law firm. He was not in charge of the administration or the finances of the law firm. He just took his commission based on the monthly payments made by his clients. His commission was dependent on his hard work to get his clients to pay the law firm which is independent of the law firm's profit or loss. [58] The second defendant said all profits made or losses suffered were to Yuen, solely as the second defendant was a commissioned partner who never held any equity or beneficial interest in the law firm. The second defendant's remuneration was only from commissions he earned on the litigation files he brought and handled in the law firm. The second defendant was paid commissions regardless of the volatility of the law firm's profits. The second defendant said he was never paid any profits of the law firm but only commissions derived from his files. …………………………………………………… [61] Regardless of whether or not a joint venture business or lawyers practising in a law firm is a partnership, it is settled law that the requirements of s. 3(1) of the PA 1961 must be satisfied. [62] It was not proven that the second defendant was a partner in the law firm within the meaning of s. 3(1) of the Partnership Act and the principle expounded by the Federal Court in Chooi Siew Cheong v. Lucky Height Development Sdn Bhd at the material time. [67] I find the evidence proved that the second defendant was not a partner of the firm for profit. The second defendant does not fall under the definition of a partner in s. 3(1) of the PA 1961 as one of the three criteria absent ie, intention to make a profit. The second defendant did not fulfil all three criteria ie, that the second defendant did not carry on for profit. The second defendant was paid a fixed monthly commission, defendant did not fall under s. 3(1) of the PA 1961 of the "partner" definition. As such, the second defendant is not liable to pay plaintiff.” [65] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, adalah jelas bahawa SD1 hanyalah seorang peguam yang menerima gaji bulanan yang tetap daripada firma Plaintif dan juga menerima komisen bagi fail yang dibawa masuk ke firma Plaintif. Tambahan pula, tiada sebarang keterangan dikemukakan bagi menunjukkan bahawa SD1 ada terlibat dan menyumbang di dalam sebarang urusan perbelanjaan liabiliti firma Plaintif termasuklah gaji pekerja, utiliti dan perbelanjaan lain. [66] Tiada juga sebarang keterangan lain yang menunjukkan bahawa SD1 berkongsi keuntungan atau kerugian firma Plaintif dengan SP1. Keterangan yang ada hanya menunjukkan bahawa SD1 menerima gaji bulanan yang tetap dan komisen bagi kes-kes yang dibawa masuk oleh SD1 ke dalam firma Plaintif, Tiada juga sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa SD1 menerima sebahagian keuntungan daripada firma Plaintif. [67] Bahkan, keterangan yang ada adalah sangat jelas iaitu SD1 tidak bertindak untuk kebaikan dan keuntungan firma Plaintif dengan mengecualikan bayaran yuran guaman yang jumlahnya amat signifikan iaitu sejumlah RM 52,977.00. Berdasarkan invois bertarikh 17 Oktober 2022 tersebut, terdapat pelbagai perbelanjaan yang dituntut daripada Defendan seperti carian bagi geran hilang (RM 650.00) dan pelbagai disbursement lain yang telah dibelanjakan dan pastinya perlu dibayar semula kepada Plaintif bagi perkhidmatan dan masa guaman yang telah diperuntukkan. [68] Harus ditekankan lagi bahawa alasan yang digunakan untuk mengecualikan bayaran juga adalah bersifat individu dan personal kepada SD1, dan bukannya bersifat memelihara kepentingan firma perkongsian Plaintif serta tidak mematuhi kriteria perkongsian iaitu untuk membuat keuntungan. Sepertimana dinyatakan di awal penghakiman ini, bahawa yuran guaman atau apa jua bayaran yang sepatutnya dibayar oleh seseorang klien adalah merupakan suatu liabiliti/hutang tertunggak (debt due) yang perlu dijelaskan terhadap sesuatu perkongsian, dan bukannya “debt due” kepada mana-mana individu rakan kongsi di dalam firma perkongsian tersebut. [69] Oleh itu, bersandarkan kepada penemuan dan dapatan Mahkamah di atas, maka Mahkamah ini mendapati bahawa SD1 iaitu Puan Nurul Kamilah bukanlah seorang rakan kongsi sepertimana yang digariskan di dalam seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961. SD1 hanyalah rakan kongsi yang dibayar gaji bulanan secara tetap dan tidak memenuhi kriteria ketiga iaitu “in view of making profit”. [70] Seperimana dinyatakan di dalam kes “MALAYSIAN INTERNATIONAL TRADING CORPORATION (JAPAN) (supra), SD1 hanyalah seorang rakan kongsi yang dibayar gaji bulanan (salaried partner) yang lebih bersifat sebagai pekerja di dalam firma guaman Plaintif. (a salaried partner who is classified as a mere employee). Justeru, tindakan SD1 yang mengeluarkan surat pengecualian bayaran yuran guaman tersebut kepada Defendan adalah diluar kapasitinya dan tidak mengikat firma guaman Plaintif berkaitan pengecualian bayaran tersebut. KESIMPULAN [71] Sebagai kesimpulan, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa memandangkan surat pengecualian yang diisukan oleh Puan Nurul Kamilah (SD1) yang menjadi sabjek utama pertikaian merupakan suatu surat yang dikeluarkan secara tidak sah dan tanpa autoriti daripada perkongsian Plaintif, maka yuran guaman berjumlah RM 52,977.00 sepertimana dinyatakan di dalam invois bertarikh 17 Oktober 2022 adalah masih tertunggak dan terhutang oleh pihak Defendan terhadap perkongsian Plaintif. [72] Oleh itu, Mahkamah ini setelah meneliti keseluruhan pliding, keterangan saksi-saksi dan bukti-bukti yang dikemukakan di hadapan mahkamah ini termasuk hujahan-hujahan bertulis oleh kedua-dua peguamcara yang bijaksana, maka Mahkamah ini di atas bebanan imbangan kebarangkalian, memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya untuk membuktikan tuntutan Plaintif terhadap Defendan. Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif adalah dibenarkan dengan perintah terhadap kos sebanyak RM 5000.00 yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Bertarikh 13 Disember 2024 MUHAMMAD NAJIB BIN ISMAIL Majistret Mahkamah Majistret Sivil (9), Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.