22.12.2022 4.1.2023 Invois No. STI 22096 Official Receipt RM 2,219.00 Jumlah: RM147,849.00 [8] Defendan mempertikaikan kedua-dua Invois No. STI 23052 dan STI 23054 dan sesungguhnya percaya bahawa Plaintif tidak berhak untuk meminta pembayaran daripada defendan berdasarkan Invois No. STI 23052 dan 23054 atas sebab bahawa kedua-dua invois tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. [9] pihak Plaintif mengeluarkan Invois No. STI 23052 dan STI 23054 kepada defendan pada 2.8.2023 yang menuntut bayaran fi guaman daripada defendan berhubung perkhidmatan guaman mereka dalam pengendalian Kes Konspirasi tersebut. [10] Namun, sebenarnya, sebelum pengeluaran kedua-dua invois tersebut, pihak Plaintif telah pun mengeluarkan satu bil terakhir, iaitu Invois No. STI 23006 pada 27.2.2023 untuk menuntut pembayaran fi guaman yang tertunggak untuk kes yang sama. [11] E-mel pihak Plaintif bertarikh 27.2.2023 berserta dengan Invois No. STI 23006. Adalah jelas bahawa Invois No. STI 23006 bertarikh 27.2.2023 tersebut merupakan bil terakhir yang diisukan oleh Plaintif terhadap defendan, yang menuntut pembayaran kesemua fi guaman yang didakwa masih tertunggak berhubung dengan perkhidmatan guaman mereka dalam pengendalian kes Konspirasi. [12] Memandangkan Invois No. STI 23006 adalah bil terakhir, pihak Plaintif adalah diestop untuk menuntut bil selanjutnya daripada defendan berhubung dengan Kes Konspirasi tersebut, yakni Invois No. STI 23052 dan STI 23054 ANALISA DAN DAPATAN Pelantikan Peguam cara (22.7.2021) dan Pembayaran Yuran [13] Defendan melantik firma Plaintif, Tetuan Kang & Kang, untuk memfailkan tindakan guaman (Kes Konspirasi) terhadap beberapa individu dari Persatuan Pakar Ortodontik Malaysia. [14] Hubungan peguam cara-klien wujud di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 (APU). [15] Plaintif kemudian mengeluarkan beberapa invois yang dibayar sepenuhnya oleh Defendan, jumlah keseluruhan RM147,849.00 termasuk cukai perkhidmatan. Tiada pertikaian pada peringkat ini. Pertukaran Peguam cara (Februari 2023) [16] Pada tarikh 7.2.2023 , defendan memaklumkan akan melantik Tetuan Krishna Dallumah & Indran (KDI) untuk menggantikan Plaintif. [17] Pada tarikh 15.2.2023, plaintif bersetuju dan tiada bantahan terhadap niat defendan dan memberitahu akan menyemak baki yuran tertunggak. [18] Pada tarikh 16.2.2023, Notis Penukaran Peguam cara difailkan. Pengeluaran Closing Bill – STI 23006 (27.2.2023) [19] Plaintif mengeluarkan Invois STI 23006 berjumlah RM52,545.00, dirujuk sebagai closing bill untuk semua fi berkaitan kes konspirasi. [20] Defendan mempertikaikan jumlah sebagai terlalu tinggi. Persetujuan Potongan Yuran (April–Mei 2023) [21] Sehubungan dengan pertikaian jumlah yuran guaman oleh pihak defendan, maka pihak-pihak mengadakan rundingan pengurangan. Pada tarikh 13.4.2023 melalui satu perbincangan video antara semua, pihak plaintif bersetuju jumlah dikurangkan kepada RM31,223.10. [22] Diikuti dengan potongan tambahan RM500, menjadikan jumlah akhir RM30,723.10. [23] Pada tarikh 31.5.2023, plaintif sahkan jumlah akhir melalui Whatsapp, tetapi tidak mengeluarkan pembetulan invois atau nota kredit. [24] Perbualan wasap di antara plaintif dan defendan diperturunkan di bawah ini menunjukkan persetujuan plaintif untuk mengurangkan jumlah yuran dan kesediaan defendan untuk membuat bayaran, seperti berikut: Good afternoon Jessy. Would appreciate your calling me back. It’s regarding our fee outstanding payment . I am in the thick of it now as I gave the go ahead to Mohan & accounts to release all documents/ information to your new set of solicitors notwithstanding we had a legal lien. We are entitled to withhold until our fees are settled. However given our history of friendship, I didn’t want you case delayed & I gave assurance to office that you will settle. Therefore would appreciate you calli9ng me back so we can resolve this. Tx Jesssy. Please send us your solicitor’s particular & we are happy to send them a copy of the invoice. Our position is just to be clear is that the post discount figure is RM31,223.10. Since you dispute the rm500 disbursement for the process server, we are agreeable to knock that off as a means to settle this. Hence the amount payable is RM30,723.10. In other words we will issue a credit note for RM21821.90. [25] Persetujuan pengurangan ini adalah mengikat plaintif. Saya berpendapat estopel terpakai dalam aspek ini walaupun Defendan masih belum membayar tawaran untuk membayar amaun yang didiskaunkan itu, iaitu RM30,723.10. Ini kerana defendan pada setiap masa bersedia untuk membuat bayaran tersebut bila peguam cara plaintif mengeluarkan nota kredit bagi diskaun tersebut. Namun, Plaintif belum lagi berbuat demikian. Plaintif juga tidak pada bila-bila membatalkan diskaun yang telah diberikan. [26] Defendan bersedia membayar selepas pembetulan invois dikeluarkan. Invois Baharu – STI 23052 & STI 23054 (2.8.2023) [27] Plaintif mengeluarkan dua invois baru berjumlah RM31,800.00 dan RM33,390.00 untuk kerja berkaitan kes yang sama. [28] Defendan menyatakan ia bercanggah dengan closing bill STI 23006 dan melanggar persetujuan sebelumnya. [29] Untuk kes yang sama, yuran telah dipersetujui dan bil akhir telah dikeluarkan, maka pihak-pihak adalah terakhir dengan jumlah yang dipersetujui dalam bil akhir. [30] Adalah tidak wajar untuk mengeluarkan bil-bil tambahan selepas bil akhir dikeluarkan. Ia melibatkan kes yang sama yang difailkan di mahkamah tinggi. Jumlah yuran guaman yang telah dibayar adalah RM147,000 dan belum dibayar adalah bil akhir. Saya merujuk kepada kes berikut sebagai panduan iaitu BOUSTEAD TRADING (1985) SDN. BHD. v. ARAB-MALAYSIAN MERCHANT BANK BERHAD [1995] 4 CLJ 283 FEDERAL COURT di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: [2] The time has come for this Court to recognise that the doctrine of estoppel is a flexible principle by which justice is done according to the circumstances of the case. Estoppel is a doctrine of wide utility and could be resorted to in varying fact patterns to achieve justice. Indeed, the circumstances in which the doctrine may operate are endless. [3] It is not an integral part of the doctrine of estoppel that a litigant who invokes the doctrine of estoppel must prove that he was induced by the conduct of his opponent to act in a particular way, as all that a representee need do is to place sufficient material before a Court from which an inference may fairly be drawn that he was influenced by his opponent’s acting. Likewise, the requirement that the representee should have acted to his detriment is also not part of the doctrine. In this respect, all that needs to be shown is that, in the particular circumstances of a case, it would be unjust to permit the representor or encourager to insist upon his strict legal rights. [31] Saya mendapati bil yang dikeluarkan selepas bil akhir dimuktamadkan adalah tidak wajar dan ia tidak mengikat defendan.