Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA GUAMAN SIVIL NO. MA-A72-59-08/2024 ANTARA 1.MOD ZAHARI BIN MOKTAR RUDIN
MA-A72-59-08/2024
Magistrates Court of Malaysia4 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“*Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 "In our law the discretion of the court in matter of costs is clearly spelt out. In the Courts of Judicature Act 1964 s. 68(1)(c) puts in no uncertain terms that no appeal should be brought to the Supreme Court where the”
“court shall be in the discretion of the court which shall have full power to determine by whom and to what extent the costs are to be paid. PETROLIAM NASIONAL BHD (PETRONAS) & ANOR v. CHEAH KAM CHIEW [1986] CLJU 81; [1987] 1 MLJ 25 (SC) mahkamah ketika itu memutuskan seperti yang beirkut:- **Note : Serial number will b”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA GUAMAN SIVIL NO. MA-A72-59-08/2024 ANTARA 1.MOD ZAHARI BIN MOKTAR RUDIN
2
SITI NOOR AMIRA BINTI MUHD FUZI (NO KP: 900512-01-5072 … PERAYU-PERAYU DAN TETUAN LAW CHAMBERS OF KHAREN JIT & ASSOCIATE …RESPONDEN
1
Melalui Writ Saman yang telah difailkan oleh Responden pada 19.8.2024 (Kandungan 1) dan Pernyataan Tuntutan yang juga difailkan pada tarikh yang sama (Kandungan 2), Responden telah menuntut kepada Perayu-perayu yuran guaman Responden berjumlah RM33,570.00.
2
Selanjutnya, Mahkamah telah menetapkan satu tarikh e-review pada 19.9.2024 melalui satu Notis Pengurusan Kes bertarikh 20.8.2024 di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka iaitu Tuan Ahmad Shakib bin Ismail. Susulan daripada itu semasa tarikh ereview yang pertama pada 19.9.2024 telah berjalan, tarikh ereview kedua telah ditetapkan bagi Kandungan 1 adalah pada 4.10.2024 bagi pihak Defendan memfailkan pembelaan.
3
Bagi memudahkan mahkamah di peringkat rayuan, kronologi kes melalui sistem e-review disalin seperti yang berikut: Tarikh: 19 September 2024 Peguam Defendan 1, 2: (1) Dengan izin Tuan, saya Hasvinder bagi pihak Defendan-Defendan. Memorandum Kehadiran telah difailkan dan diserahkan pada 12/9/2024. Kami pohon tempoh masa 14 hari daripada hari ini untuk pemfailan apa-apa permohonan interlokutori dan/atau pembelaan. Peguam Defendan 1, 2: (2) Bagi Memorandum Kehadiran, kami juga akan membuat bayaran tambahan fi pemfailan dalam masa terdekat. Peguam Defendan 1, 2: (3) Kami pohon ditetapkan tarikh CM yang lanjut. Terima kasih, Tuan. System: Borang e-Review 1 has been submitted on 19/09/2024 10:41:35 System: Borang e-Review 2 has been submitted on 19/09/2024 10:41:57 Peguam Plaintif 1: Dengan Izin Tuan, Kharen Jit Kaur (LCKJ) bagi pihak Plaintif. Peguam Plaintif 1: Writ & Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan dan peguam asal iaitu AK Dass pada 21.8.2024 Peguam Plaintif 1: Defendan telah serahkan pembelaan pada 13.9.2024 Peguam Plaintif 1: Maaf bukan pembelaan tapi MOA (Memorandun of appearance) Peguam Plaintif 1: Saya Percaya tarikh pihak Defendan untuk memasukkan MOA telah matang kerana Def akui terima writ & SOC pada 23.8.2024. Oleh itu, sepatutnya pada atau sebelum 6.9.2024 Def harus memasukkan MOA dan Pembelaan. Peguam Plaintif 1: Saya percaya, pihak Defendan seharusnya memohon kebenaran dengan memasukkan Notis permohonn (Seeking Leave) untuk membenarkan Def memasukkan MOA dan Pembelaan sekiranya masa sepatutnya memasukkan MOA dan Pembelaan telah matang. Peguam Plaintif 1: Mohon Arahan Mahkamah selanjutnya ini. Sekian Terima Kasih Peguam Defendan 1, 2: (4) Dengan izin Tuan, pandangan Plaintif adalah tidak benar dan tidak disokong oleh KKM 2012. MOA telah difailkan dan diserahkan kepada Plaintif sebelum sebarang penghakiman dimasukkan. Maka Mahkamah boleh memberi arahan lanjut untuk pemfailan pliding selanjutnya dan permohonan memohon kebenaran adalah tidak perlu. Peguam Plaintif 1: Sekiranya Plaintif adalah tidak benar dan tidak disokong oleh KKM 2012, Mohon Defendan nyatakan perundangan yang menyokong tindakan Defendan memfailkan MOA tanpa pembelaan selepas tarikh matang pemfailan iaitu 6.9.2024 supaya ada pencerahan kepada pihak Mahkamah yang Mulia Ini. Sekian Terima Kasih. Peguam Defendan 1, 2: (5) Memandangkan Plaintif yang memberi cadangan kepada Defendan dan Mahkamah tentang apa yang Defendan kononnya perlu lakukan, sila Plaintif terlebih dahulu mencerahkan kepada semua pihak peruntukkan mana yang menyokong apa yang Plaintif cadangkan. Peguam Defendan 1, 2: (6) Pihak Defendan mengekalkan bahawa tempoh masa pemfailan pembelaan tidak tamat tempoh. Mahkamah: KES AKN DITETAPKAN DI HDAPAN PUAN MAJISTREET, UNTUK
1
Mahkamah: SELAMAT PETANG PIHAK-PIHAK, SILA SEMAK KANDUNGAN 5 MOA YANG DIFAILKAN BAHAWA ADALAH JELAS IA TIDAK SEMPURNA PENDAFTAR TELAH JELAS MENYATAKAN BHAWA MOA BAYARAN TIDAK MENCUKUPI. MAHKAMAH PERCAYA BAHAWA BAYARAN ADALAH JELAS RM16.00 DAN PIHAK-PIHAK SEDIA MAKLUM BERKENAAN FI BAYARAN KERTAS KAUSA MOA. OLEH ITU PEMFAILAN MOA ADALAH DIANGGAP TIDAK SEMPURNA. SILA FAILKAN MOA PADA HARI INI TANPA GAGAL SEBELUM JAM 4.30 PTG Mahkamah: 2. BERKENAAN LEAVE YANG PERLU DI POHON MAHKAMAH MENJELASKAN BAHWA APABILA SUATU PENGHAKIMAN TELAH DI BERIKAN
0
DENGAN LEAVE DRPD MAHKAMAH SELARAS PERUNTUKAN DI BAWAH
3
OLEH ITU MEMANDANGKAN PIHAK P/F JUGA TIDAK MEMFAILKAN APA-APA AOS TERHADAP WRIT DAN SOC YANG DIBERIKAN, DALAM HAL INI MAHKAMAH TETAPAKAN 14 HARI DARI TARIKH HARI INI UNTUK SOD DI FAILKAN OLEH DEFENDAN SELARASKAN DGN O.12 RULES 4 DAN PERUNTUKAN INHERENT POWER OF THE COURT DI BAWAH ORDER 2 ROC 2020 KES DI TETAPKAN UNUTK CM EREVIEW PADA 4/10/2024 SESI EREVIEW TAMAT Tarikh : 04 Oktober 2024 Peguam Defendan 1, 2: (1) Dengan izin Puan, saya bagi pihak Defendan-Defendan. Kami telah memfailkan notis permohonan dan afidavit sokongan pada 2/10/2024. Salinan belum dimeterai telah disampaikan kepada Plaintif. Mahkamah: SELAMAT PAGI PEGUAM KES HARI INI ADALAH UNTUK PEMFAILAN SOD OLEH DEFENDAN? APAKAH STATUS PEMFAILAN SOD TERSE BUT SILA FAILKAN SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI INI JAM 3 PTG BERKENAAN NOTIS PERMOHONAN TERSEBUT MAHKAMAH AKAN BERIKAN TARIKH DI SEAL COPY YANG DI EXTRACT Peguam Defendan 1, 2: (2) Puan, permohonan tersebut adalah pertikaian terhadap bidangkuasa Mahkamah Majistret dan antara lainnya difailkan berdasarkan Aturan 12, Kaedah 10(1). Oleh itu berdasarkan peruntukkan Aturan 12, Kaedah 10(7), pemfailan pembelaan adalah tidak terpakai sehingga pelupusan Permohonan tersebut. Mahkamah: BAIK PEGUAM DEFENDAN. MAHKAMAH TANGGUH SEBENTAR KES INI YA, MAHKAMAH SEMAK NOTIS PERMOHONAN TERSEBUT DAHULU. MAHKAMAH AKAN TELITI BERKENAAN ISU INI. Mahkamah: TERIMA KASIH ATAS PENCERAHAN TERSEBUT Peguam Plaintif 1: Dengan Izin Puan Peguam Plaintif 1: Saya percaya hari ini adalah pemfailan SOD Peguam Plaintif 1: Pernyataan tuntutan adalah berkenaan dengan hutang Defendan-defendan dari segi kewangan Peguam Plaintif 1: Sekiranya terdapat pertikaian ini mengenai Jurisdiction Mahkamah maka Pihak Plaintif akan Tarik Balik Tindakan dengan kebebasan memfailkan semula tanpa kos atau memindahkan tindakan ke Mahkamah Tinggi. Peguam Plaintif 1: Pekara ini telah pun dibincangkan semalam bersama peguam Defendan dan adalah untuk mengelakkan kos-kos yang banyak akibat tindakan ini kepada Defendan Defendant Peguam Plaintif 1: Jadi saya telah memberikan pendapat supaya peguam Defendan dapat mendapatkan arahan Defendan Defendan untuk 1 penyelesaian membayar balik wang yang telah dipinjam dalam kadar segera supaya tidak ada kos-kos lain yang terlibat Peguam Plaintif 1: walau bagaimanapun sekiranya Defendan Defendan masih ingin mempertikaikan pekara ini maka saya serahkan kepada arahan Mahkamah selanjutnya ini. Peguam Defendan 1, 2: (3) Puan, berhubung perbincangan yang Plaintif merujuk ia hanya tentang cadangan Plaintif yang hendak membuat suatu tawaran penyelesaian di luar Mahkamah. Sebarang dakwaan lain adalah andaian dan dakwaan Plaintif sahaja. Peguam Defendan 1, 2: (4) Permohonan telahpun difailkan dan kami pohon arahan lanjut Mahkamah. Jika Plaintif hendak cuba penyelesaian maka Plaintif boleh membuat tawaran tanpa prejudis. Plaintif sepatutnya tahu perkara ini dan dinasihati untuk tidak membuat dakwaan atau andaian tidak benar. Peguam Plaintif 1: Saya kurang Jelas mengenai pekara pekara yang tidak bangkit mengenai dakwaan dan andaian. Saya juga percaya saya tidak ada niat untuk membuang masa Mahkamah. Sekiranya Pihak Defendan masih ada pertikaian Jurisdiction maka saya serahkan budi bicara Mahkamah untuk membenarkan menarik balik Writ dan pernyataan Tuntutan tanpa kos dengan kebebasan untuk memfailkan semula Peguam Defendan 1, 2: (5) Jika Plaintif setuju kepada permohonan pihak Defendan, maka pihak Defendan pohon Mahkamah membenarkan permohonan dengan membatalkan tindakan dengan kos. Plaintif perlu mengambil pendirian yang jelas - sama ada hendak menentang permohonan atau tidak. Mahkamah: BAIK PEGUAM-PEGUAM SETELAH MENELITI PERTIKAIAN PIHAK DEFENDAN YANG PERTIKAIAN TERSEBUT ADALAH SATU PERTIKAIAN YANG BERMERIT, DAN ISSUE YANG MENJADI PERTIKIAN ADALAH JELAS ISSUE BERKENAAN AKTA LEGAL PROFESSION 1976 YANG MANA BIDANG KUASANYA ADALAH JELAS DI BAWAH MAHKAMAH TINGGI BERDASARKAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG. MAHKAMAH REKODKAN WRIT SAMAN DAN SOC DITARIK BALIK DENGAN KEBEBASAN UNTUK PEMFAILAN SEMULA DAN TANPA KOS System: Today's session has ended.
4
Berdasarkan minit ereview bertarikh 4.10.2024, Mahkamah disini menegaskan bahawa Mahkamah perbicaraan ini tidak pernah sekali menolak atau enggan mendengar sebarang permohonan di bawah Aturan 18 KKM 2020 yang difailkan oleh pihak perayu-perayu iaitu defendan-defendan dalam kes ini sepertimana asas rayuan perayu-perayu dalam kes ini.
5
Malah adalah jelas semasa tarikh ereview pada 4.10.2024 notis permohonan yang difailkan oleh pihak perayu-perayu masih belum di seal dan di extract serta tiada lagi tarikh pendengaran bagi permohonan tersebut. Ia adalah satu “misleading information” apabila pihak perayu menyatakan bahawa Mahkamah enggan atau menolak untuk mendengar permohonan pihak perayu yang mana pada ketika itu masih belum dimeterai. Notis permohonan perayu-perayu masih belum dimeterai bagaimanakah perayu-perayu boleh menyatakan Mahkamah enggan atau menolak untuk mendengar permohonan perayu-perayu tersebut. Ini adalah satu dakwaan yang salah.
6
Selanjutnya pada tarikh yang sama semasa ereview tersebut pihak Responden telah mohon untuk writ saman dan penyataan tuntuan ditarik balik dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa perintah kos sebelum pendengaran notis permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2020 yang difailkan oleh perayu-perayu dimeterai. Permohonan yang dibuat oleh Responden adalah hak dan privilege Responden sebagai Plaintif yang memulakan tindakan tuntutan saman terhadap perayu-perayu sebagai defendan-defendan bagi kes ini.
7
Oleh itu apabila pihak Respoden ie Plaintif mohon untuk menarik balik saman dan penyataan tuntutan di dalam kes ini, Mahkamah merekodkan permohonan tersebut dan tanpa perintah terhadap kos.
8
Selanjutnya Mahkamah berpendapat bahawa permohonan yang dibuat oleh Responden (Plaintif) iaitu menarik balik saman terhadap perayu-perayu (defendan) dan notis permohonan yang difailkan oleh perayu-perayu (defendan-defendan) di bawah Aturan 18 KKM2012 akan memberikan hasil keputusan yang sama diakhirnya iaitu saman terhadap perayu-perayu dibatalkan.
9
Dalam kes ini hanya yang berbeza adalah pihak Responden telah menarik balik saman terhadap perayu-perayu sebelum notis permohonan Aturan 18 KKM 2012 dimeterai dan ditetapkan untuk pendengaran. Justeru itu, Mahkamah berpandangan ia tidak menjadi apa-apa kesalahan di pihak Mahkamah ini merekodkan permohonan Responden tersebut pada ketika itu yang bertindak sebagai Plainitf sebagai pihak yang memulakan tindakan ini.
10
Selanjutnya Mahkamah berpendapat bahawa notis permohonan di bawah Aturan 18 KKM 2012 yang difailkan oleh perayu-perayu telah menjadi akademik apabila tuntuan utama (main suit) telah ditarik balik oleh Responden. Dalam keadaan ini Mahkamah berpendapat adalah tidak menjadi kesalahan bagi pihak Plaintif yang memulakan tindakan ini menarik balik pada bila-bila masa.
11
Walaupun pihak Plaintif menarik balik tindakan di bawah Aturan 21 kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2020 tanpa memfailkan Borang 32, tindakan pihak Plaintif ini adalah satu tindakan “irregular” yang mana ia tidak memprejudiskan mana-mana pihak dalam kes ini.
12
Mahkamah merujuk peruntukan dalam Aturan 20 kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini disebut sebagai KKM2012) disalin seperti yang berikut: - Order 21 r. 2 of the ROC reads as follows: Discontinuance of action without leave (O. 21 r. 2)
1
The plaintiff in an action begun by writ may, without the leave of the Court, discontinue the action or withdraw any particular claim made by him therein, as against any or all of the defendants at any time not later than fourteen days after the service of the defence on him or, if there are two or more defendants, of the defence last served, by serving a notice in Form 32 to that effect on the defendant concerned. (emphasis added)
13
Dalam kes MOHD SUMALI REDUAN & ANOR v. SHABUDIN YAHAYA[2020] 1 LNS 1653 HIGH COURT MALAYA, PENANG, WONG HOK CHONG JC, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah memutuskan seperti yang berikut: - No Leave Required [14] As the Defence has not been filed, the Plaintiff is entitled to withdraw the Writ without leave - that is as of right - without the Court imposing any conditions. It is implicit that the Plaintiff has liberty to file afresh because the matter has not been decided on the merits and is thus not res judicata. In fact, they could have done so by just serving a notice on the Defendant, without the instant application. [15] It is only where leave is required to withdraw the Writ that the Defendant may move the court to impose conditions - such as it be withdrawn with no liberty to file afresh. This is not the case here. Proviso - No Abuse of Process [16] The only proviso is that the withdrawal must not be tantamount to an abuse of process, where the Plaintiffs have already obtained a substantial advantage in the action to the prejudice of the Defendant. There is no evidence of that here.
14
Selanjutnya Mahkamah ini merujuk kes NG CHIANG CHONG v. NG CHENG HOCK & ORS, HIGH COURT MALAYA, GEORGETOWN, ANAND PONNUDURAI J [2024] 9 CLJ 253 telah memutuskan prinsip berkenaan Aturan 21 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang mana Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut dalam petikan penghakimannya:- [19] There is no dispute that pursuant to O. 21 r. 3(1) of the ROC 2012, a court is conferred with a discretionary power when faced with an application to discontinue and the court may order that the action to be discontinued on any terms as to costs and other terms the court thinks just. “[28] In my considered view, it is indeed premature for the defendants to contend that they have gained a significant advantage purely on the basis of the oral testimony of the plaintiff under cross-examination so far. As seen earlier, the plaintiff has yet to be re-examined and there is still the examination of the defendants which is yet to be done. As such, without going into the details of the evidence of the plaintiffs so far under cross-examination, since the totality of the evidence have not completed, it cannot be ascertained and/or concluded that the defendants are dominus litis. [29] However, I indicated to learned counsel for the defendants that if indeed the plaintiff herein had contradicted himself or had in fact given evidence favourable to the defendants, then it was open to the defendants to use the notes of proceedings in this suit in any other suit including Suit 192 and that I would make such an order. [30] As such, I find that the defendants are not dominus litis as contended, nor are the defendants prejudiced by the discontinuance of these proceedings…” “[33] In this regard, the defendants contend that bearing in mind that the cross-examination of the plaintiff has completed, the suit has reached an advanced stage and as such, encl. 57 ought to be dismissed and the examination of other deponents should continue. With respect, I disagree. If all the oral evidence had been completed, that might possibly be a different matter. However, as seen above, the plaintiff himself has yet to complete his evidence and any of the defendants have yet to testify so far and as such, it cannot be ascertained what other evidence may be revealed. [34] As such, in my considered view, whilst there is no dispute that the case has progressed, I am certainly unable to conclude that it has progressed to such an advanced stage so as to not permit its discontinuance now…”
15
Dalam kes pada hari ini, Mahkamah menyatakan bahawa tiada keperluan untuk sebarang kebenaran dimohon memandangkan semasa tarikh sebutan pengurusan kes secara ereview pada 4.10.2024 yang ditetapkan tiada sebarang pembelaan difailkan oleh pihak Defendan yang merupakan perayu bagi kes ini. Ini adalah suatu keadaan yang membenarkan pihak Plaintif tanpa suatu kebenaran Mahkamah memberhentikan suatu tindakan saman.
16
Selanjutnya Mahkamah ini melihat tiada apa-apa faktor yang boleh menyebabkan prejudis terhadap pihak perayu dalam kes ini kerana tindakan saman terhadap perayu iaitu defendan telah ditarik balik sebelum sempat Perayu-Perayu memasukkan pembelaan bagi saman terhadapnya. Mahkamah ini tidak dapat memberi sebarang justifikasi atau alasan bahawa terdapatnya prejudis di pihak Perayu-Perayu akibat daripada tindakan Responden yang menarik balik saman terhadap Perayu-Perayu.
17
Malah notis permohonan dibawah Aturan 18 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2020 yang dimasukkan oleh pihak Perayu adalah masih di peringkat awal dan masih belum dihakimi serta belum mendapat apa-apa arahan berkenaan notis permohonan tersebut. Sepertimana prinsip yang telah dinyatakan dalam kes NG CHIANG CHONG v. NG CHENG HOCK & ORS, Mahkamah ini mengaplikasikan prinsip yang dinyatakan di atas dan memutuskan bahawa pihak perayu iaitu defendan dalam kes ini tidak mempunyai sebarang kelebihan apabila telah memfailkan Notis Permohonan bagi Aturan 18 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
18
Notis Permohonan ini adalah bersifat premature semasa pengurusan kes tersebut yang bertarikh pada 4.10.2024, ia masih belum dimeterai, masih belum terdapat apa-apa affidavit dari mana-mana pihak dan masih belum ditetapkan tarikh pendengaran oleh Mahkamah perbicaraan. Oleh itu tindakan perayu ini belum cukup untuk Mahkamah ini memutuskan bahawa terdapat kelebihan di pihak perayu iaitu defendan sehingga ia memprejudiskan perayu apabila pihak responden menarik balik tindakan saman terhadapnya.
19
Malah tindakan pihak responden yang menarik balik writ saman dan pernyataan tuntuan terhadap perayu tidak langsung memerlukan kebenaran Mahkamah kerana tindakan responden adalah sebelum pihak perayu memfailkan sebarang pembelaan sepertimana di bawah Aturan 21 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
20
Mahkamah ini melihat bahawa pertikaian yang berlaku antara pihak-pihak iaitu Plaintif dan Defendan semasa sesi ereview bertarikh 4.10.2024 telah menjurus kepada tindakan Plaintif menarik balik writ saman dan penyataan tuntutan terhadap Defendan pada ketika itu. Ia langsung tidak melibatlan apa-apa campur tangan Mahkamah sehinggalah Mahkamah merekodkan permohonan pihak Plaintif iaitu writ saman dan pernyataan tuntuan ditarik balik terhadap defendan dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa perintah kos.
21
Mahkamah dalam memutuskan penghakiman tersebut setelah menilai segala faktor dan latar belakang kes ini, Mahkamah berpendapat tiada kos yang wajar diberikan. Kes ini adalah satu kes yang mana pengurusan kes bagi writ saman dan pernyataan tuntutan hanyalah sehingga diperingkat pemfailan pembelaan yang mana tiada sebarang pembelaan difailkan pada 4.10.2024. Pada tarikh pengurusan kes kedua sahaja pihak Responden telah menarik balik saman dan pernyataan tuntutan terhadap Perayu. Pada pandangan Mahkamah, kes ini diperingkat sangat awal dan tiada kos yang wajar diberikan pertimbangan apabila tindakan pihak perayu hanyalah sekadar pemfailam Memorandum Kehadiran difailkan.
22
Prinsip berkenaan kos ini adalah jelas dalam kes TRANSMILE GROUP BHD & ANOR V. MALAYSIAN TRUSTEES BHD & ORS [2012] 9 CLJ 1071; [2013] 9 MLJ 43 mahkamah memutuskan bahawa "[7] Under the Rules of Court 2012, the general principle that costs follow the event remains (see O. 59 r 3 of the Rules of Court 2012). Order 59 r 2 provides that subject to express provisions of written law and the Rules, the costs of and incidental to proceedings in the court shall be in the discretion of the court which shall have full power to determine by whom and to what extent the costs are to be paid. PETROLIAM NASIONAL BHD (PETRONAS) & ANOR v. CHEAH KAM CHIEW [1986] CLJU 81; [1987] 1 MLJ 25 (SC) mahkamah ketika itu memutuskan seperti yang beirkut:- "In our law the discretion of the court in matter of costs is clearly spelt out. In the Courts of Judicature Act 1964 s. 68(1)(c) puts in no uncertain terms that no appeal should be brought to the Supreme Court where the judgment or order relates to costs only, 'which by law are left to the discretion of the Court,' except with the leave of the Supreme Court or the judge concerned. Order 59 r. 3(2) of the Rules of the High Court 1980 provides as follows: If the Court in the exercise of its discretion sees fit to make any order as to the costs of or incidental to any proceedings, the Court shall, subject to this Order, order the costs to follow the event, except when it appears to the Court that in the circumstances of the case some other order should be made as to the whole or any part of the costs."
23
Oleh itu dalam hal ini, Mahkamah tidak dapat memberikan justifikasi yang kukuh mengapakah kos wajar dibenarkan kepada pihak perayu apabila kes ini adalah masih awal iaitu hanya diperingkat pemfailan memorandum kehadiran yang bernilai RM16.00 sahaja dan Mahkamah ini berpendapat pemfailan notis permohonan yang dibuat oleh pihak Defendan adalah tidak wajar diberikan kos kerana tiada sebarang pendengaran terhadap notis permohonan di bawah Aturan 18 KKM2012 yang masih belum proses. Mahkamah selanjutnya menegaskan bahawa kos kepeguaman peguam perayu jika ada adalah diantara perayu dan peguamnya dan ia tidak wajar menjadi kos yang dibenarkan dalam kes ini.
24
KEPUTUSAN MAHKAMAH Berdasarkan alasan-alasan di atas Mahkamah ini memutuskan bahawa Responden (Plaintif) dibenarkan untuk menarik balik writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Perayu-perayu (Defendan) dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa kos. Bertarikh pada 5 haribulan Disember 2024 ……………..t.t …………….. (NABILAH BINTI NIZAM) Majistret Mahkamah Majistret 1 Melaka Peguam bagi Plaintif - T/n Law Chambers of Kharen Jit & Associate Peguam bagi Defendan - T/n Shariff & Khoo.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.