Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. PA-12B-41-10/2024 ANTARA TETUAN RAZIAH & PARTNERS (didakwa sebagai sebuah firma guaman) … PERAYU
PA-12B-41-10/2024
High Court of Malaysia3 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(a) In Yekambaran Marimuthu v. Malayawata Steel Berhad [1993]4 MLRH 380; [1994] CLJ 581, the High Court set out the threshold test the applicant had to satisfy to succeed in an application far discovery. The court held: "(i) the essential elements for an order for discovery are threefol”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. PA-12B-41-10/2024 ANTARA TETUAN RAZIAH & PARTNERS (didakwa sebagai sebuah firma guaman) … PERAYU
1
ABU HASSAN BIN ALI (NO K/P 690122-07-5213) (Wakil diri kepada Ali bin Ibrahim, simati)
2
HELME BIN HASHIM (NO. K/P 611023-07-5033) (Wakil diri kepada Aishah binti Ibrahim, simati)
3
JAMELAH BINTI BAKAR (NO. K/P 640228-07-5398) (Wakil diri kepada Che Nah binti Ibrahim, simati) …RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG (BAHAGIAN SIVIL) SAMAN PEMULA NO. PA-A54-8-04/2023 S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw Dalam perkara mengenai Perjanjian Jualbeli bertarikh 03-06-2008 Dan Dalam perkara mengenai Hartanah GM1194 Lot 2141, Mukim 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan GM 1187 Lot 1994, Mukim 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (dahulunya dkenali sebagaI GM 1031 Lot 581, Mukim 2, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang) Dan Dalam perkara mengenai Aturan 24 kaedah 7A(1) Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw ANTARA 1. ABU HASSAN BIN ALI (NO K/P 690122-07-5213) (Wakil diri kepada Ali bin Ibrahim, simati)
2
HELME BIN HASHIM (NO. K/P 611023-07-5033) (Wakil diri kepada Aishah binti Ibrahim, simati)
3
JAMELAH BINTI BAKAR (NO. K/P 640228-07-5398) (Wakil diri kepada Che Nah binti Ibrahim, simati) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN TETUAN RAZIAH & PARTNERS (didakwa sebagai sebuah firma guaman) … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Ini merupakan rayuan oleh Perayu/Defendan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) bertarikh 11 Oktober 2024, yang telah membenarkan Saman Pemula oleh S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw Responden/Plaintif-Plaintif bagi memperolehi perintah penzahiran dokumen terhadap Perayu/Defendan. Bagi maksud rayuan ini, pihak-pihak akan terus dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan, sebagaimana mereka dirujuk di Mahkamah Sesyen. B.
2
Plaintif Pertama, Kedua dan Ketiga masing-masing bertindak sebagai wakil diri kepada bapa dan ibu mereka yang telah meninggal dunia. Hubungan antara Plaintif-Plaintif tersebut adalah sepupu, di mana ibu bapa mereka (simati-simati) merupakan adik-beradik kandung. Simati-simati tersebut sebelum kematian mereka telah bersama-sama memiliki dua bidang hartanah berikut: [a] GM 1194, Lot 2141, Mukim 02, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang; dan [b] GM 1187, Lot 1994, Mukim 02, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, (dahulunya dikenali sebagai GM 1031, Lot 581, Mukim 02, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang) (selepas ini dirujuk sebagai “hartanah-hartanah tersebut”).
3
Suatu Perjanjian Jual Beli (PJB) bagi hartanah-hartanah tersebut telah dimeterai pada 3 Jun 2008 antara Ali bin Ibrahim, Aishah binti Ibrahim dan Che Nah Ibrahim (melalui wakil mereka) dengan Mohd Arif bin Mansor selaku pembeli, dengan S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw harga belian sebanyak RM1,231,971.93. Dalam urus niaga tersebut, Defendan bertindak sebagai wakil atau pihak yang menguruskan transaksi jual beli berkenaan.
4
Simati-simati hanya menerima 10% daripada harga belian sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli (PJB), dan tidak pernah menerima baki harga belian daripada pembeli sehingga ketiga-tiga mereka meninggal dunia. Walaupun bayaran penuh tidak diterima, hartanah-hartanah tersebut telah dipindahmilik oleh pembeli tanpa pengetahuan dan kebenaran simati-simati. Berhubung dengan transaksi tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh salah seorang simati di Balai Polis Seberang Jaya pada 10 Oktober 2012, melalui No. Repot: SEBERANG JAYA/007215/12.
5
Melalui Saman Pemula, Plaintif-Plaintif telah memohon suatu perintah agar Defendan membekalkan dan/atau menzahirkan butir-butir serta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Perjanjian Jual Beli (PJB) bagi hartanah-hartanah tersebut, bagi tujuan memastikan hak dan kepentingan Plaintif-Plaintif sebagai waris dapat dibela serta membolehkan mereka mempertimbangkan sama ada mereka mempunyai kuasa tindakan, menentukan pihak-pihak yang akan disaman, dan seterusnya merangka tuntutan dengan sewajarnya. Namun begitu, peguamcara, iaitu Defendan yang mengendalikan urusan PJB tersebut, tidak memberikan kerjasama, malah telah menyatakan bahawa fail berkaitan S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw kemungkinan telah dimusnahkan. Oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memfailkan permohonan untuk penzahiran dokumen serta mengajukan beberapa soalan yang meliputi perkara-perkara berikut: [a] Nyatakan harga belian bagi hartanah-hartanah tersebut; [b] Mengemukakan salinan Perjanjian Jual Beli (PJB) berkenaan; [c] Nyatakan jumlah bayaran yang telah dibuat oleh Defendan kepada penjual-penjual serta mengemukakan bukti surat bayaran tersebut; dan [d] Mengemukakan Borang Pindah Milik Tanah (Borang 14A) dan Notis Taksiran Bayaran Duti Setem.
6
Hakim Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonan Plaintif-Plaintif bagi penzahiran dokumen sebagaimana yang dipohon dalam Saman Pemula tersebut. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Defendan telah memfailkan rayuan ini ke Mahkamah Tinggi. C.
7
Permohonan penzahiran dokumen oleh Plaintif-Plaintif adalah berasaskan kepada tindakan peguamcara pembeli, iaitu Defendan, yang telah mendaftarkan pindahmilik hartanah-hartanah tersebut kepada pembeli, Mohd Arif bin Mansor, S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw tanpa terlebih dahulu memastikan bahawa baki harga jualan telah dijelaskan sepenuhnya kepada penjual-penjual asal. Harga jualan bagi hartanah-hartanah tersebut sebagaimana dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli (PJB) adalah sebanyak RM1,368,867.70. Ketiga-tiga penjual kini telah pun meninggal dunia. Berdasarkan maklumat daripada penjual-penjual semasa hayat mereka, pembeli, Mohd Arif, hanya telah membuat bayaran deposit sebanyak 10% daripada harga belian tersebut, manakala baki 90% berjumlah RM1,231,971.93 tidak pernah dijelaskan, walaupun pindahmilik hartanah-hartanah tersebut telah pun didaftarkan atas nama pembeli. Oleh itu, penzahiran dokumen-dokumen berkaitan adalah diperlukan bagi membolehkan waris-waris penjual mengambil tindakan sewajarnya terhadap pembeli, Mohd Arif, dan/atau Defendan.
8
Plaintif-Plaintif tidak mempunyai sebarang saluran lain untuk memperoleh salinan PJB bertarikh 3 Jun 2008, memandangkan peguamcara penjual yang mengendalikan urusan tersebut telah berhenti beroperasi dan tidak dapat dikesan. Plaintif-Plaintif juga berhujah bahawa mereka mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan ini kerana terdapat klausa dalam PJB yang mengikat semua pewaris, pentadbir, dan pemunya hak kepada pihak-pihak asal. Oleh itu, tiada keperluan bagi Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir terlebih dahulu sebelum memfailkan permohonan ini. S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw
9
Seterusnya, isu had masa (limitation) adalah tidak relevan, memandangkan tuntutan Plaintif-Plaintif pada peringkat ini bukanlah untuk membatalkan Perjanjian Jual Beli, pembatalan pindah milik, atau menuntut pembayaran baki harga jualan, tetapi semata-mata untuk memohon Defendan menzahirkan dokumen berkaitan. Tiada juga isu bahawa PJB tersebut adalah dokumen yang dilindungi keistimewaan (privileged document), memandangkan PJB dimeterai antara bapa dan ibu kepada Plaintif-Plaintif — iaitu Ali bin Ibrahim, Aishah binti Ibrahim dan Che Nah binti Ibrahim — dengan pembeli, Mohd Arif bin Mansor, yang merupakan anak guam kepada Defendan. Oleh itu, Plaintif-Plaintif selaku waris-waris penjual hanya memohon agar Defendan mengemukakan dan membekalkan salinan asal atau pendua PJB yang lengkap dan sempurna.
10
Defendan tidak pernah menyatakan bahawa beliau pada bila-bila masa tidak memiliki salinan PJB tersebut. Berdasarkan salinan tidak lengkap PJB yang berada dalam rekod Plaintif-Plaintif, perenggan 3 PJB bertajuk “Memorandum Pindah Milik” memperuntukkan seperti berikut: “Sebaik sahaja Pembeli membayar wang pendahuluan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6... Penjual hendaklah menandatangani Memorandum Pindah Milik bersama dengan Geran Hakmilik Asal dan lain-lain dokumen... yang hendaklah disimpan oleh peguamcara Pembeli.” S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw
11
Peruntukan ini menimbulkan anggapan munasabah bahawa Defendan selaku peguamcara pembeli mempunyai simpanan terhadap salinan asal atau sekurang-kurangnya satu salinan lengkap PJB tersebut, yang kini dimohon untuk dizahirkan kepada Plaintif-Plaintif.
12
Defendan berhujah bahawa HMS telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif mempunyai locus standi untuk memohon penzahiran dokumen dan butiran berkenaan hartanah-hartanah tersebut. Dalam kes ini, Plaintif-Plaintif telah gagal mengemukakan sebarang Surat Kuasa Mentadbir terhadap estet-estet si mati iaitu penjual-penjual asal hartanah berkenaan. Oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif tidak mempunyai locus standi yang sah di sisi undang-undang untuk memfailkan tindakan Saman Pemula ini.
13
Defendan menegaskan bahawa Plaintif-Plaintif mempunyai tempoh masa yang mencukupi, iaitu sejak tahun 2012 sehingga tarikh tindakan ini difailkan, untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, namun gagal berbuat demikian. Oleh itu, tindakan Plaintif-Plaintif adalah cacat dan terhalang oleh had masa (time-barred) menurut undang-undang. S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw
14
Selanjutnya, Defendan berhujah bahawa HMS telah gagal mengambil kira bahawa Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan sebarang fakta lanjut atau alasan kukuh mengenai keperluan penzahiran dokumen berkaitan hartanah-hartanah tersebut. Defendan menegaskan bahawa dokumen dan butir-butir berkaitan hartanah-hartanah berkenaan adalah dokumen terlindung (privileged documents) antara penjual dan pembeli sahaja. Oleh itu, Plaintif-Plaintif sebagai pihak ketiga tidak mempunyai hak untuk menuntut penzahiran dokumen tersebut.
15
Selain itu, Defendan juga merujuk kepada Rule 18.01, Bar Council Rules and Rulings, yang memperuntukkan bahawa fail conveyancing hanya perlu disimpan selama 12 tahun dan selepas tempoh tersebut, sesuatu firma berhak untuk memusnahkan fail berkenaan. Memandangkan perjanjian jual beli tersebut dimasuki pada tahun 2008, iaitu lebih 15 tahun yang lalu, Defendan kini tidak lagi memiliki butiran penuh atau salinan perjanjian tersebut, dan oleh itu tidak wajar diarahkan untuk menzahirkan dokumen yang tidak lagi berada dalam simpanannya.
16
Dalam membuat keputusan, saya berpegang kepada prinsip kukuh bahawa mahkamah rayuan hanya akan campur tangan terhadap keputusan mahkamah bicara sekiranya hakim S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw mahkamah bicara telah membuat keputusan yang jelas salah. (lihat kes S QUARRY SAN BHD V DESARY DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD [2019] 1 LNS 93.
17
Saya telah meneliti dengan teliti rekod rayuan, afidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak-pihak, hujahan bertulis serta hujahan lisan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Isu utama yang perlu diputuskan dalam rayuan ini adalah sama ada HMS telah terkhilaf dalam membenarkan permohonan Plaintif-Plaintif bagi penzahiran dokumen yang berkaitan dengan PJB bertarikh 3 Jun 2008.
18
Adalah satu undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan penzahiran dokumen selaras dengan mana-mana peruntukan di bawah Aturan 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 apabila sesuatu pihak dapat, antara lain, membuktikan bahawa dokumen tersebut berada dalam milikan pihak yang satu lagi, bahawa dokumen tersebut adalah relevan dan perlu untuk penyelesaian prosiding undang-undang secara adil dan menjimatkan. Kes N2N CONNECT BERHAD & ORS V CHUA TIONG HOONG & ORS [2025] 2025] CLJU 695; 2 MLRA 632 telah menerangkan prinsip dalam penzahiran dokumen seperti berikut: - [16] In so far as the application of the law on discovery is concerned, the legal principles for an order of discovery S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw of a document are well settled. The elucidation in the case of Yekambaran Marimuthu v. Malayawata Steel Berhad [1993] 4 MLRH 380; [1994] 2 CLJ 581 details the requisite elements for an order for discovery. This was affirmed by the Court of Appeal in the case of Bandar Utama Development Sdn Bhd & Anor v. Bandar Utama 1 JMB [2018] 4 MLRA 345; [2019] 10 CL.J 516; [2018] 5 AMR 321, at para 11, pP 353-354 summarised as follows: "[ll]….. The threshold test to satisfy the court to obtain an order for discovery is low in contrast to pre-action discovery. The threshold test for discovery by itself is high and was explained in a number of cases. To name a few are as follows:
a
In Yekambaran Marimuthu v. Malayawata Steel Berhad [1993]4 MLRH 380; [1994] CLJ 581, the High Court set out the threshold test the applicant had to satisfy to succeed in an application far discovery. The court held: "(i) the essential elements for an order for discovery are threefold; namely, first there must be a "document", secondly, the document must be "relevant" and thirdly, the document must be or have been in the "possession, custody or power," of the S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw party against whom the order for discovery is sought;
II
(ii) the documents sought must be relevant and/or related to the factual issues in dispute:…
19
Dalam kes tersebut juga Mahkamah Rayuan telah merumuskan prinsip-prinsip undang-undang untuk menilai kerelevanan sesuatu dokumen untuk dizahirkan di perenggan 38: Based on the above authorities, the guiding principles for an application for discovery are as listed below:
a
The documents sought are relevant and necessary for the applicant's case;
b
These documents are or have been in the possession, custody and/or power of the opposing party; and
c
Failure of the opposing party to disclose the documents will prejudice and harm the interest of the applicant for a fair trial.
20
Saya mengambil maklum bahawa Plaintif-Plaintif telah memfailkan permohonan ini sebagai waris kepada penjual-penjual asal hartanah-hartanah tersebut yang telah meninggal dunia. Berdasarkan dokumen sokongan dan afidavit yang difailkan, Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa mereka adalah pewaris sah kepada si mati dan bahawa perjanjian jual beli S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw tersebut mengikat semua pewaris dan pemunya hak (“heirs, executors and assigns”).
21
Walaupun Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan Surat Kuasa Mentadbir pada peringkat ini, saya berpandangan bahawa permohonan mereka bukanlah suatu tuntutan substantif terhadap harta pusaka atau untuk penguatkuasaan hak milik, tetapi hanya permohonan pra-tindakan (pre-action disclosure) bagi mendapatkan dokumen untuk menilai sama ada mereka mempunyai kuasa tindakan (cause of action).
22
Saya berpandangan bahawa ketiadaan Surat Kuasa Mentadbir tidak menafikan locus standi Plaintif-Plaintif pada tahap ini, memandangkan permohonan tersebut bersifat pendahuluan dan prosedural, bukan suatu tuntutan substantif terhadap aset si mati. Saya bersetuju dengan prinsip bahawa hak untuk mendapatkan maklumat asas atau dokumen bagi menentukan kuasa tindakan adalah selaras dengan prinsip keadilan (interests of justice).
23
Oleh itu saya dapati HMS tidak terkhilaf apabila memutuskan bahawa Plaintif mempunyai locus standi untuk membuat permohonan ini. Klausa 21 PJB jelas menyatakan bahawa perjanjian tersebut akan mengikat semua pewaris, pentadbir dan penerima hak kedua-dua penjual dan pembeli. S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw
24
Defendan berhujah bahawa fail dan dokumen berkaitan transaksi jual beli adalah dokumen terlindung (privileged) antara peguamcara dan anak guamnya (pembeli). Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa dokumen yang dimohon bukanlah komunikasi sulit (confidential communications) antara peguam dan anak guam, tetapi dokumen transaksi yang telah dimuktamadkan, iaitu PJB, Borang 14A dan dokumen sokongan berkaitan.
25
Dokumen-dokumen ini, setelah ditandatangani oleh pihak-pihak dan didaftarkan, tidak lagi bersifat rahsia atau terlindung, dan oleh itu boleh dizahirkan kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan sah yang mana dalam hal ini adalah waris penjual-penjual asal.
26
Saya mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah menunjukkan asas yang mencukupi bahawa dokumen yang dimohon adalah relevan dan material untuk menentukan sama ada berlaku ketidakadilan dalam pelaksanaan PJB, dan sama ada Plaintif-Plaintif mempunyai hak tindakan terhadap mana-mana pihak.
27
Saya juga meneliti hujahan Defendan bahawa fail conveyancing berkenaan telah dimusnahkan mengikut Rule 18.01 of the Bar Council Rules and Rulings, yang memperuntukkan bahawa sesuatu firma hanya perlu menyimpan fail bagi tempoh dua belas (12) tahun. Walau S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw bagaimanapun, saya berpendapat bahawa peruntukan tersebut tidak menjejaskan kewajipan Defendan untuk menzahirkan dokumen yang masih berada dalam milikan, kawalan, atau pengetahuannya. Sekiranya fail tersebut benar-benar telah dimusnahkan, Defendan perlu mengemukakan afidavit yang menjelaskan dengan terperinci tarikh, cara dan asas pemusnahan fail tersebut, serta bukti bahawa pemusnahan tersebut dibuat menurut tatacara yang betul dan berlandaskan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peguam.
28
Saya berpandangan bahawa dalam keadaan fakta kes ini, adalah wajar bagi Defendan menzahirkan dokumen yang diminta, khususnya PJB bertarikh 3 Jun 2008 dan dokumen-dokumen berkaitan, memandangkan penzahiran tersebut adalah diperlukan bagi tujuan keadilan dan ketelusan, serta tidak menimbulkan sebarang prejudis kepada Defendan.
29
Tambahan pula, dokumen yang telah dilaksanakan dan dimuktamadkan antara pihak-pihak dalam transaksi jual beli bukanlah dokumen yang bersifat privileged, kerana ianya tidak mengandungi komunikasi sulit antara peguam dan anak guam, tetapi merupakan dokumen kontraktual yang menjadi sebahagian daripada urus niaga rasmi. S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw
30
Dalam kes ini, saya berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif telah memenuhi elemen-elemen yang diperlukan bagi sesuatu permohonan penzahiran dokumen, sebagaimana digariskan dalam kes-kes terdahulu. [a] Pertama, memandangkan PJB bagi hartanah-hartanah tersebut telah ditandatangani oleh pihak-pihak, iaitu penjual dan pembeli, maka saya berpuas hati bahawa dokumen yang dipohon oleh Plaintif sememangnya wujud. [b] Kedua, dokumen dan butiran-butiran yang dimohon adalah relevan dan material bagi tujuan Plaintif menilai serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Defendan dan/atau anak guamnya, Mohd Arif, berhubung dakwaan bahawa hartanah-hartanah tersebut telah didaftarkan secara tidak sah atas nama Mohd Arif. [c] Ketiga, memandangkan Defendan merupakan peguamcara yang mewakili Mohd Arif dalam urusan PJB tersebut, maka adalah munasabah untuk saya beranggapan bahawa Defendan mempunyai akses kepada PJB dan/atau butiran serta maklumat berkaitan transaksi jual beli hartanah-hartanah tersebut. S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw
31
Justeru itu, saya mendapati bahawa keputusan HMS untuk membenarkan permohonan penzahiran dokumen oleh Plaintif-Plaintif adalah berlandaskan alasan yang kukuh dan tidak menunjukkan sebarang kesilapan prinsip undang-undang atau salah arah fakta.
32
Saya berpuas hati bahawa penzahiran dokumen yang diperintahkan adalah wajar, proporsional dan selaras dengan prinsip keadilan, bagi membolehkan Plaintif-Plaintif menilai hak dan kepentingan mereka terhadap hartanah-hartanah yang menjadi pertikaian.
33
Dalam pada itu saya juga turut meneliti hujahan Defendan bahawa tindakan ini telah terhalang oleh had masa, memandangkan perjanjian dibuat pada tahun 2008. Namun, saya berpendapat bahawa permohonan untuk penzahiran dokumen tidak tertakluk kepada had masa sebagaimana tuntutan sivil substantif. Permohonan ini tidak menuntut pelaksanaan kontrak, pembatalan perjanjian atau pembayaran baki harga, sebaliknya hanya memohon akses kepada dokumen yang mungkin relevan kepada sesuatu tindakan di masa hadapan. Dalam kata lain isu had masa adalah tidak terpakai dalam kes ini memandangkan tiada sebarang undang-undang yang telah memperuntukkan had masa bagi permohonan penzahiran dokumen. Dengan itu, saya berpendapat bahawa isu had masa tidak berbangkit dalam konteks rayuan ini. S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw
34
Setelah menimbangkan dengan teliti segala hujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak, serta meneliti rekod rayuan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada sebarang kesilapan prinsip undang-undang atau salah arah fakta oleh HMS dalam membenarkan permohonan Plaintif-Plaintif untuk penzahiran dokumen tersebut.
35
Saya mendapati keputusan HMS adalah selaras dengan prinsip undang-undang yang mantap berhubung penzahiran dokumen, terutamanya apabila permohonan tersebut dibuat dengan tujuan untuk menegakkan keadilan dan menentukan hak tindakan (cause of action) oleh pihak yang mempunyai kepentingan sah terhadap urus niaga berkenaan.
36
Saya juga berpandangan bahawa tindakan Plaintif-Plaintif memohon penzahiran dokumen tidak boleh dianggap sebagai penyalahgunaan proses mahkamah, sebaliknya merupakan langkah awal yang sah dan munasabah bagi memastikan tiada ketidakadilan berlaku terhadap pihak-pihak yang mungkin berhak terhadap hasil transaksi jual beli hartanah-hartanah tersebut.
37
Dalam keadaan fakta kes ini, saya berpendapat bahawa adalah lebih adil dan saksama (in the interest of justice) bagi membolehkan Plaintif-Plaintif memperoleh dokumen yang dipohon supaya sebarang tindakan lanjut dapat diambil berdasarkan maklumat yang tepat dan lengkap. S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw
38
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, rayuan ini adalah dengan ini ditolak. Keputusan Mahkamah Sesyen bertarikh 11 Oktober 2024 adalah dikekalkan sepenuhnya. Tiada perintah untuk kos. Bertarikh 13 Oktober 2025 SGD (Rozana binti Ali Yusoff) Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Pulau Pinang Peguam bagi pihak Perayu : Dato’ Abdul Fareed bin Abdul Gafoor Farah Nabilah binti Shaharudin Tetuan Ezrilaw Peguam bagi pihak Responden: Zakaria Bin Md Saad Tetuan Zakaria & Co. S/N xVTk49nl4Uac8os7w2sXw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.