Plaintif menuntut jumlah RM 45,358.40 terhadap Defendan bagi Bil Guaman Defendan yang tidak dibayar bermula dari perlantikan Plaintif sebagai peguam Defendan sehingga penamatan perkhidmatan Plaintif sebagai peguamcara Defendan melalui surat Defendan bertarikh 30 Januari 2024. Tiada sebarang pembayaran dibuat oleh Defendan. [2] Plaintif ialah sebuah firma guaman yang mempunyai alamat penyampaian di No.87, Tingkat 2 (atas CIMB), Jalan Loke Yew 28700 Bentong, Pahang. [3] Defendan ialah individu yang mempunyai alamat penyampaian di PT 24477, Kampung Sungai Klau 27630 Raub, Pahang dan F 163, Kampung Matahari Naik, Semeling 08100 Bedong, Kedah. [4] Defendan dalam Pembelaannya menafikan perlantikan, pemberian kuasa dan arahan kepada Plaintif untuk bertindak sebagai peguamcara dalam mengendalikan kes tuntutan gantirugi kemalangan jalanraya yang dialami Defendan. [5] Defendan turut menafikan tanggungjawab untuk membayar segala perkhidmatan Plaintif sepertimana di dalam Bil Guaman yang dikemukakan Plaintif. Defendan juga menafikan serahan sempurna S/N 1jjlqam1JE2uJKaw9YwEQ dan penerimaan Bil Guaman olehnya di samping menafikan tandatangan penerima adalah miliknya. PRINSIP UNDANG-UNDANG [6] Prinsip asas dalam membenarkan permohonan di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ialah samada Defendan berjaya menunjukkan terdapat isu untuk dibicarakan. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ng Hee Thoong v Anor v Public Bank Bhd [1995] 1 MLJ 281 menyatakan, beban adalah terletak pada Defendan untuk mengemukakan fakta positif yang menyentuh inti pati tuntutan dan bukannya sekadar penafian kosong. Jika Mahkamah berpuas hati bahawa tiada pembelaan yang substantif dan tuntutan Plaintif adalah jelas serta tidak dipertikaikan secara serius, maka penghakiman terus boleh diberikan kepada Plaintif. [7] Walau bagaimanapun, sebelum Mahkamah melihat samada wujudnya isu untuk dibicarakan, Mahkamah terlebih dahulu perlu meneliti prinsip undang-undang berkenaan penghakiman terus yang digariskan dengan jelas di dalam kes National Company For Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 300. Dalam kes ini Mahkamah Agong telah menggariskan keperluan awal (preliminary requirement) yang perlu dipenuhi untuk permohonan di bawah Aturan 14 iaitu: S/N 1jjlqam1JE2uJKaw9YwEQ “… For the purposes of an application under O.14, the preliminary requirements are: the defendant must have entered an appearance; the statement of claim must have been served on the defendant; and the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r 2 of the O 14. … If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he becomes entitled to judgement. This burden then shifts to the defendant to satisfy the court why judgement should not be given against him.” [8] Hanya setelah Plaintif memenuhi keperluan awal seperti yang digariskan Mahkamah Agong tersebut, barulah beban dialihkan kepada Defendan untuk Defendan memuaskan hati Mahkamah bahawa wujudnya satu isu atau persoalan yang dipertikaikan yang memerlukan perbicaraan dan seterusnya mengapa penghakiman terus tidak boleh diberikan terhadap Defendan. [9] Berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas, Mahkamah akan meneliti samada keperluan awal (preliminary requirement) telah dipenuhi oleh Plaintif, dan seterusnya jika ya, S/N 1jjlqam1JE2uJKaw9YwEQ samada Defendan telah membangkitkan isu-isu untuk dibicarakan sekaligus membawa Mahkamah kepada dapatan samada permohonan Plaintif ini dibenarkan atau ditolak. KEPERLUAN AWAL (PRELIMINARY REQUIREMENT) UNTUK PERMOHONAN ATURAN 14 KKM [10] Setelah meneliti keseluruhan kertas kausa yang difailkan, Mahkamah ini mendapati Plaintif telah memenuhi kesemua keperluan awal Aturan 14 iaitu: i. Defendan telah memasukkan kehadiran; ii. Penyata Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan; iii. Permohonan Plaintif untuk satu penghakiman terus disokong oleh affidavit Rawaida binti Zulkifli yang menyatakan Defendan tidak mempunyai pembelaan terhadap hutang Bil Guaman berjumlah RM 45,358.40 yang perlu dibayar kepada Plaintif. [11] Mahkamah ini berpuas hati bahawa Plaintif telah memenuhi keperluan awal Aturan 14. Oleh itu, beban dialihkan kepada Defendan untuk memuaskan hati Mahkamah bahawa wujudnya isu-isu untuk dibicarakan. S/N 1jjlqam1JE2uJKaw9YwEQ ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN YANG DITIMBULKAN OLEH DEFENDAN [12] Isu-isu untuk dibicarakan yang ditimbulkan oleh Defendan adalah: a. Serahan Bil Guaman kepada Defendan adalah tidak sempurna kerana serahan tidak teratur dan tidak sah sepertimana kehendak undang-undang atau KKM; b. Bil Guaman Plaintif tidak diterima oleh Defendan dan tandatangan penerimaan ke atas Bil Guaman tersebut bukan dibuat oleh Defendan; dan c. Jumlah tuntutan (kuantum) dan caj guaman di dalam Bil Guaman adalah tidak munasabah. DAPATAN MAHKAMAH A - Serahan Bil Guaman kepada Defendan adalah tidak sempurna kerana serahan tidak teratur dan tidak sah sepertimana kehendak undang-undang atau KKM; dan B - Bil Guaman Plaintif tidak diterima oleh Defendan dan tandatangan penerimaan ke atas Bil Guaman tersebut bukan dibuat oleh Defendan. Mahkamah ini akan membincangkan dua isu ini secara bersama. S/N 1jjlqam1JE2uJKaw9YwEQ [13] Defendan berhujah bahawa serahan Bil Guaman tidak mengikut peruntukan undang-undang dan juga KKM. Serahan perlulah dibuat secara fizikal dan memerlukan pembuktian daripada Plaintif. Selain itu, Defendan menyatakan bahawa Plaintif tidak boleh bergantung kepada presumption bona fide di bawah Seksyen 124(2) Akta Profesion Undang-Undang 1976 kerana serahan kepada Defendan tidak sempurna. [14] Dalam hujahan lanjut Defendan, bukan sahaja serahan tersebut tidak sempurna malah Bil Guaman tidak pernah diterima oleh Defendan. Defendan turut mempertikaikan tandatangan penerima di dalam Bil Guaman tersebut adalah miliknya. [15] Mahkamah ini merujuk kepada Seksyen 124 (1) Akta Profesion Undang-Undang 1976 iaitu: “.. (1) Subject to this Act, no advocate and solicitor or limited liability law partnership shall, without the leave of the court, commence or maintain any action for the recovery of any costs due for any business done by the advocate and solicitor or limited liability law partnership, until the expiration of thirty days after the advocate and solicitor or limited liability law partnership has delivered the bill of costs to the party to be charged, by post or electronic means to, or left with him at, his office or place of business, his dwelling house or last known place of residence.” S/N 1jjlqam1JE2uJKaw9YwEQ [16] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini, seksyen ini menyatakan bahawa serahan hendaklah dibuat oleh peguamcara Defendan melalui pos, secara penyampaian elektronik, ditinggalkan kepada Defendan di alamat pejabat atau tempat perniagaan atau tempat kediaman atau di alamat kediaman terakhir yang diketahui oleh peguamcara. [17] Dalam kes ini, Mahkamah melihat kepada alamat penyampaian Defendan iaitu di PT 24477 Kampung Sungai Klau 27630 Raub, Pahang. Alamat ini adalah alamat yang sama diberikan Defendan dalam borang perlantikan Plaintif sebagai peguamcara Defendan. [18] Sebelum isu ini dihuraikan, Mahkamah menyentuh dahulu mengenai borang perlantikan Plaintif sebagai peguamcara Defendan, Mahkamah merujuk kepada Pembelaan yang difailkan Defendan. Defendan dalam Pembelaannya menafikan perenggan 4 dan 5 iaitu melantik Plaintif sebagai peguamcara Defendan bagi mengendalikan kes tuntutan gantirugi akibat kemalangan jalanraya yang dihadapi Defendan dan juga menafikan arahan-arahan yang diberikan kepada Plaintif yang menyebabkan Plaintif memulakan kerja-kerja guaman bagi kes tuntutan tersebut. Tetapi kedua-dua penafian ini tidak dijelaskan oleh Defendan. [19] Malah, Defendan ada menghantar satu surat bertarikh 30 Januari 2024 kepada Plaintif mengarahkan untuk Plaintif berhenti S/N 1jjlqam1JE2uJKaw9YwEQ menjadi peguamcara yang mewakili Defendan dalam kes tuntutan kemalangan jalanraya serta menarikbalik segala arahan yang diberikan sebelum ini kepada Plaintif berhubung kes tersebut. Mahkamah mendapati jika perlantikan Plaintif dan arahan kepada Plaintif dinafikan, mengapa Defendan menghantar surat menarik balik arahan kepada Plaintif serta menghentikan perkhidmatan Plaintif atas alasan tidak berpuashati dengan perkhidmatan guaman yang diberikan Plaintif kepada Defendan? Ini jelas menunjukkan Defendan sememangnya melantik Plaintif sebagai peguamcara dan ada memberikan arahan untuk Plaintif memulakan kerja-kerja guaman bagi pihak Defendan. [20] Berbalik kepada isu serahan Bil Guaman, alamat Defendan yang menjadi alamat serahan Bil Guaman ialah alamat yang diberikan oleh Defendan. Defendan tidak pernah pada bila-bila masa mahupun di dalam surat penamatan perkhidmatan Plaintif sebagai peguamcara menyatakan terdapat pertukaran alamat. Ini menjelaskan mengapa Plaintif menggunapakai alamat tersebut untuk serahan. [21] Berhubung isu serahan dan berdasarkan kepada Bil Guaman yang dikemukakan, Mahkamah berpuas hati serahan adalah sempurna kepada Defendan. Butiran peribadi Defendan dinyatakan dan tandatangan Defendan diturunkan pada akuan penerimaan tersebut. Berkenaan isu Defendan menafikan tandatangan tersebut S/N 1jjlqam1JE2uJKaw9YwEQ miliknya, Mahkamah mengambil maklum bahawa Defendan menafikan tandatangan di dalam surat akuan penerimaan Bil Guaman sahaja. Defendan tidak menafikan atau mempersoalkan tandatangan di dalam borang lantikan peguamcara, surat pemberhentian perkhidmatan Plaintif mahupun di dalam surat Akuan Defendan. [22] Sehubungan itu, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Mahkamah mempunyai kuasa untuk menggunapakai peruntukan di bawah Seksyen 73 Akta Keterangan 1950 dalam menentukan samada tandatangan yang dinafikan dalam kes ini dibuat oleh Defendan atau tidak. Seksyen tersebut memperuntukkan: