Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-118-07/2022]
JA-45A-118-07/2022
High Court of Malaysia27 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“osed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt at the conslusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence”. [55] Rujukan juga ke”
“may be something in the accused’s behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say ‘he must have known what it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [28] Rujukan juga ke”
“nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh’s case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as Lee Boon Gan v R [1954] MLJ 103, it was a lottery document it must be proved that he know it was a lottery document. Here again knowledge”
“hat it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [28] Rujukan juga kepada kes tersohor Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 di mana Taylor J telah menyatakan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of”
“n Pendakwaan di dalam kes ini hanya memanggil SP3 bagi membentangkan fakta serbuan, Mahkamah berpegang kepada prinsip yang diutarakan dalam kes Su Ah Ping v PP (1980) 1 MLJ 75 dan Adhy Tedjajadi v PP [2015] MLJU 771, di mana kes ini menyatakan adalah mencukupi untuk memanggil pegawai yang menjumpai barang kes di tempat”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-118-07/2022]
1
Tertuduh (OKT) di dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB1952) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama kerana mengedar dadah berbahaya jenis Heroin dengan berat bersih 19.3 gram. OKT telah menjalani perbicaraan penuh di mana akhirnya Mahkamah telah mendapati OKT bersalah dan disabitkan dengan hukuman pemenjaraan seumur hidup serta dikenakan 12 sebatan rotan.
2
Terkilan dengan keputusan Mahkamah, OKT telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman. Bagi manfaat bersama, pertuduhan terhadap OKT disalinkan seperti berikut: Pertuduhan “Bahawa kamu pada 12/03/2022 jam lebih kurang 2015 hrs, bertempat di Jalan Camar 15, Taman Perling, Dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah mengedar dadah berbahaya jenis Heroin berat bersih 19.3 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
3
Berikut merupakan dapatan Mahkamah dalam mensabitkan OKT.
4
Serbuan berlaku pada 12.3.2022, jam lebih kurang 2015 hrs, apabila Pengadu iaitu Inspektor Nur Akmal bin Amran (SP3) daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara (BSJN IPD JBU) menahan sebuah motokar jenis Proton Wira dengan no pendaftaran - PEW 9437 (kereta tersebut) di tepi Jalan Camar 15, Taman Perling, Johor. Pemeriksaan ke atas kereta tersebut mendapati ia dipandu oleh OKT. [5] Setelah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa kepada OKT, SP3 telah membuat pemeriksaan ke atas OKT dan kereta tersebut. Tiada orang bersama-sama OKT pada masa kejadian. OKT kemudiannya dikenali sebagai Thabrino A/L Alexius dengan No K/P: 830618-07-5593. [6] Pemeriksaan tubuh badan OKT tidak menjumpai apa-apa barang 3 salah. Walaubagaimana pun, pemeriksaan oleh SP3 ke atas kereta telah menjumpai satu (1) bungkusan plastik hitam (P13) yang terletak di bawah kerusi tempat duduk pemandu. Pemeriksaan lanjut ke atas P13 mendapati ia mengandungi satu (1) bungkusan plastik lutsinar bertulis Gianuo (P14) di mana dalamnya terdapat satu (1) bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi ketulan-ketulan putih disyaki dadah jenis Heroin (P9(1)(A). Selain rampasan ke atas P13, SP3 turut merampas satu (1) gugusan kunci rumah dan kad akses dari dalam kereta tersebut. Selain itu, rampasan turut melibatkan wang tunai campur-campur s e b a n y a k RM
355
355.00 daripada OKT. [7] Selesai di tempat kejadian, lebih kurang jam 0015 hrs, pagi 13.3.2022, SP3 dan anggota serbuan telah sampai ke pejabat BSJN IPD JBU. Di IPD JBU, SP3 telah membuat timbangan ke atas semua barang kes dadah dan membuat tandaannya bersaksikan OKT. Penandaan SP3 adalah seperti berikut:
a
(1) bungkusan plastik berwarna hitam ditanda ‘N’.
b
(1) bungkusan plastik lutsinar bertulisan Gianuo ditanda ‘NA1’.
c
(1) bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan-ketulan putih disyaki dadah jenis Heroin ditanda ‘N2’ dengan anggaran berat kasar 4 5 5 g r a m .
d
(1) gugusan anak kunci rumah dan kad akses ditanda ‘NA3’. [8] SP3 seterusnya telah membuat laporan polis dengan no repot Taman Perling/929/22 (P18). Turut disediakan ialah Borang Senarai Geledah (P19) dan Borang Serah Menyerah (P20). Selesai tindakan diambil, SP3 telah menyerahkan OKT bersama-sama barang-barang kes dan dokumen berkaitan kepada Pegawai Penyiasat yang bertugas iaitu Insp Norashikin binti Nordin (SP5) untuk tindakan lanjut. [9] Kemudian, bagi meneruskan siasatan, pada 16.3.2022, SP5 telah menyerahkan barang kes dadah kepada Pegawai Sains Jabatan Kimia Malaysia (JKM) iaitu Norashidah binti Omar (SP2) bagi tujuan analisa untuk mendapatkan berat bersih dadah. Hasil analisa barang kes dadah oleh SP2 mendapati ia mengandungi berat bersih 19.3 gram dadah berbahaya jenis Heroin. [10] Di peringkat Pendakwaan, lima (5) orang saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan seperti berikut:
a
Koperal Idris bin Zulkifli- (SP1)
b
Norashidah binti Omar-Pegawai sains JKM (SP2)
c
Inspektor Nur Akmal bin Amran - Pegawai Serbuan (SP3)
d
SM Hamidah binti Shamsudin – Jurustor (SP4)
e
Inspektor Norashikin binti Nordin - Pegawai Penyiasat (SP5) [11] Di peringkat Pembelaan pula, hanya dua (2) saksi dipanggil iaitu OKT (SD1) dan anggota polis yang menyertai serbuan (SD2). KES PENDAKWAAN [12] Di akhir kes Pendakwaan Mahkamah telah berpuas hati bahawa satu kes “prima facie” berdasarkan kepada seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) telah berjaya dibuktikan. Rujukan juga takrifan ini dalam kes-kes terdahulu Mahkamah Persekutuan iaitu Balachandran v PP (2005) 2 MLJ 301 (MP), PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 (MP) dan Looi Kow Chai v PP [2003] 2 MLJ 65 (MR) di mana intipatinya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang di sini. Mahkamah juga mendapati keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh Pendakwaan sepanjang kes Pendakwaan juga adalah kredibel dan boleh dipercayai. Bagi perkara ini Mahkamah merujuk kepada kes Abdullah Atan v. PP [2020] 6 MLJ 727 (MP) - By reading s 180(4) of the CPC in the light of its context and legislative purpose, the phrase ‘credible evidence proving each ingredient of the offence’ meant that the prosecution could prove each ingredient of the offence either: (a) by adducing credible direct evidence of that ingredient; (b) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient could be inferred; or (c) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient existed. Therefore, in order to rely on the presumption of trafficking in s 37(da) of the DDA, the prosecution had to adduce credible evidence of the basic facts, ie, the nature and amount of the illicit drug in question and the element of possession. [13] Pada hemat Mahkamah ini, bagi menghasilkan satu kes prima facie di peringkat Pendakwaan, perkara-perkara berikut hendaklah dibuktikan :
a
Heroin adalah dadah berbahaya yang disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama ADB1952; (b) OKT mempunyai milikan, jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah yang dirampas di tempat kejadian. (c) OKT telah mengedar dadah berbahaya dengan menggunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB1952. PEMBUKTIAN PRIMA FACIE HEROIN IALAH DADAH BERBAHAYA YANG DISENARAIKAN DALAM JADUAL PERTAMA AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 (ADB1952) [14] Pada 16.3.2022, SP5 telah menyerahkan kepada SP2 barang kes dadah yang dirampas untuk analisa. Bagi mengesahkan penerimaan oleh JKM, SP2 telah mengeluarkan satu resit JKM dengan nombor makmal 22- FR-J-01518 kepada SP5. Seterusnya bagi merekodkan hasil analisa, SP2 telah menyediakan satu Laporan Kimia. Semasa bicara, Pendakwaan telah mengemukakan kedua-dua dokumen melalui SP2 dan telah diterima masuk sebagai eksibit Mahkamah P11 (resit) dan P12 (Laporan Kimia). Selain rekod P12, SP2 juga telah mengesahkan secara lisan bahawa hasil analisa barang kes dadah olehnya di makmal mendapati ia mengandungi dadah berbahaya jenis Heroin dengan berat bersih 19.3 gram. [15] Selanjutnya, Mahkamah ini berpuas hati bahawa rantaian barang kes sejak mula-mula ia dirampas sehingga diserahkan kepada SP2 di JKM tidak terputus. Hal ini dapat dilihat melalui keterangan SP2 dan SP5. Berdasarkan keterangan SP5, beliau telah membuat serahan kendiri barang kes kepada SP2 di JKM dan SP2 seterusnya telah merekodkan penerimaan barang kes melalui resit kimia P11. [16] Selain itu, rujukan kepada Penyataan Saksi SP2 (PSSP2), barang kes telah disimpan di tempat selamat semasa analisa tidak dijalankan. Tiada orang lain bersama-sama SP2 semasa beliau menjalankan analisa. SP2 juga telah menulis no rujukan JKM iaitu 22-FR-J-01518 pada paket plastik yang dibekalkan oleh JKM di mana berisi baki bahan setelah selesai analisa. Di peringkat ini, Mahkamah mendapati kredibiliti SP2 pada bila-bila masa tidak tergugat. Ia masih utuh walaupun setelah disoal balas oleh peguam OKT. Laporan kimia (P12) yang dikeluarkan oleh SP2 juga adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan khas di bawah seksyen 399 KTJ. [17] Seraya itu, Mahkamah menggunapakai kes Munusamy v PP (1987) 1 MLJ 492 (SC): “Held: (5) In this type of cases where the opinion of the Chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the court is entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible opinion is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step”. [18] Kes ini juga telah dirujuk seterusnya dalam kes Mahkamah 197. Rayuan, iaitu Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP (2006) 6 MLJ Di dalam kes tersebut Mahkamah Rayuan telah memutuskan untuk menerima secara prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. [19] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan keterangan SP2 dan laporan kimia (P12) yang dikeluarkan adalah satu keterangan yang kredible dan mantap, di dalam kes ini. Apabila pihak Pembelaan juga gagal mencabar apa-apa kesahihan dapatan SP2 berkenaan analisanya, maka keterangan SP2 adalah satu keterangan prima facie. RANTAIAN KETERANGAN BARANG KES YANG TIDAK TERPUTUS [20] Keterangan secara terus yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan terutamanya SP1, SP2, SP3, SP4 dan SP5 di Mahkamah ini telah menjelaskan bahawa barang-barang kes telah dijaga dengan baik. Tiada sebarang kacau ganggu orang lain atau akses melibatkan orang lain selain daripada pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan barang-barang kes tersebut. [21] Selain itu juga keterangan penting yang paling membantu kes Pendakwaan berpunca daripada keterangan SP1, SP2, SP3, SP4 dan SP5. Berdasarkan kepada keterangan merekalah Mahkamah mendapati rantaian keterangan barang kes tidak terputus dari mula ia dirampas sehingga diserahkan kepada ke JKM. Selesai analisa, SP2 telah menyerahkan kesemua barang kes kepada SP5 untuk disimpan selamat. SP5 pula kemudiannya telah menyerahkan barang kes yang sama ke stor iaitu ke tangan SP4 untuk disimpan sehingga ia diperlukan kemudian bagi tujuan perbicaraan. [22] Mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan SP3 apabila menyatakan bahawa sepanjang masa dari OKT ditahan, dadah yang dirampas sentiasa dikawal dan berada bersamanya, sehinggalah ia di bawa ke IPD JBU lalu diserahkan kepada SP5 untuk tindakan lanjut. Mahkamah ini mendapati SP3 adalah seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, sewajarnya keterangan SP3 ini diterima tanpa ragu-ragu. [23] Walaupun Pendakwaan di dalam kes ini hanya memanggil SP3 bagi membentangkan fakta serbuan, Mahkamah berpegang kepada prinsip yang diutarakan dalam kes Su Ah Ping v PP (1980) 1 MLJ 75 dan Adhy Tedjajadi v PP [2015] MLJU 771, di mana kes ini menyatakan adalah mencukupi untuk memanggil pegawai yang menjumpai barang kes di tempat kejadian untuk memberikan keterangan. Dalam keadaan ini tiada keperluan untuk memanggil setiap seorang dari mereka yang terlibat untuk menyokong keterangan SP3 selanjutnya. Apa yang penting pegawai yang memberikan keterangan di Mahkamah itu boleh mengesahkan dan mengenalpasti barang-barang kes yang dikemukakan kepada mereka di Mahkamah merupakan barang kes yang sama yang dijumpai dan dirampas oleh mereka di tempat kejadian, dan ia juga adalah barang kes yang sama yang dijaga dan dikendalikan oleh mereka semasa ia diserahkan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya. [24] Rujukan kepada kes Adhy Tedjajadi yang diberikan oleh Abang Iskandar bin Abang Hashim JCA – [19] We were of the considered opinion that there was nothing in the Judgement would, require any appellate intervention by us. Suffice to say that the law on break in the chain of exhibits is settled and its encapsulation can indeed be seen in the Federal Court Court decision in Su Ah Ping v PP [1980] 1 MLJ 75 which has found further refinement in the cases such as Zaifull [supra] and Hasbala [supra]. As long as the handlers of the exhibits have confirmed affirmatively that the exhibits are the same as the ones that they had handled, that would be sufficient basis to conclude on the identity of the exhibits in favour of the prosecution’s assertion. [20] In this case, the P19 that contained P20A was intact when the chemist [SP3] had received it from the Investigating Officer [SP7]. There was no suggestion by the Appellant that P19 was tampered with. As such, there was nothing to suspect that something was amiss regarding the exhibits at material time. The essence of the matter being that all the relevant witnesses had positively identified the critical exhibits as the ones which they had handled in the course of the investigation into this case. [25] Seterusnya di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP (2004) 4 CLJ 551 di muka surat 568 dan 569 juga ada menyatakan seperti berikut: “I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is substance that was recovered that same substance that is found to be heroin or cannabis etc and it is in respect of that substance that an accused is charged within trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handling over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case fall what has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc … , and it is for trafficking of that same substance that the accused is charged with”. [26] Memandangkan SP2, SP3 dan SP5 telah mengesahkan dan mengecamkan barang kes yang dikemukakan di Mahkamah berdasarkan penandaan masing-masing, maka, Mahkamah menyimpulkan bahawa rantaian barang kes adalah kukuh. PEMBUKTIAN MILIKAN, KAWALAN DAN/ATAU JAGAAN, PENGETAHUAN TERHADAP OKT [27] Prinsip pemilikan (“possession”) berkait rapat dengan konsep kawalan, jagaan dan pengetahuan sepertimana yang telah ditakrifkan dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 di mana Hakim Thompson di muka surat 237 menyatakan seperti berikut – “…to establish ‘possession’ for the purpose of criminal law, two separate questions are involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second, by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea, is whether he had knowledge of the nature of things possessed. Dan di muka surat 239, …intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by the direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances.” Hakim yang sama di mukasurat 239 menyatakan – “possession itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9 th Ed) p304: A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner the exclusions of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see an occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances… There must be some evidence that I am doing or having done something in the evidence to satisfy the court that the person who is physically in a position to deal with the things as his own had the intention of doing so”. …once possession is proved then before then accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was appointed on by Gordon-Smith Ag CJ in the case of Toh Ah Lam and Mak Thim v Rex (1949) MLJ 54, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh’s case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as Lee Boon Gan v R [1954] MLJ 103, it was a lottery document it must be proved that he know it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused’s behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say ‘he must have known what it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [28] Rujukan juga kepada kes tersohor Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 di mana Taylor J telah menyatakan bahawa:- “Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them.” Dan dalam kes yang sama turut menyatakan – “A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” Di dalam kes Jonaidi Mansor v PP [2002] 1 CLJ 767 pula, Mahkamah telah menyatakan: “Once it is established by the prosecution that the accused had in his custody or control the container containing the drugs, the accused is deemed to be in control of the drugs. In such a case, there is no need for the prosecution to go any further to prove knowledge of the drugs on the part of the accused. Though knowledge is an essential ingredient of the offence of possession, the need to establish knowledge as a separate ingredient is dispensed with by the fact that the prosecution by establishing custody or control has activated the presumption of possession”. Perkara yang sama turut dinyatakan dalam kes PP v Mohd. Farid Mohd. Sukis & Anor (2002) 3 MLJ 401, Hakim Augustine Paul – “It must be observed that in proving this element, the obligation of the prosecution is only to establish that the accused had knowledge, either by direct evidence or by way of inference, of he existence of the dangerous drug but not its qualities. This stand has been consistently taken by the Singapore Courts following Warner v Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 AC 256 which was approved in Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49.” PEMILIKAN DADAH TERHADAP OKT [29] Merujuk semula kepada keterangan SP3, berdasarkan maklumat yang telah diperolehi oleh SP3, SP3 menyatakan pada 12.3.2022 jam lebih kurang 8.15 malam, SP3 dan anggota serbuan telah bergerak dari IPD JBU ke tempat kejadian. Setibanya mereka di lokasi sasaran iaitu Jalan Camar 15, Taman Perling, Johor, SP3 mendapati ada sebuah kereta Proton Wira No Pendaftaran PEW 9437 (kereta tersebut) sedang berhenti di tepi jalan. [30] Di dalam keterangannya, SP3 menyatakan bahawa, walaupun semasa mereka sampai adalah sekitar jam 8.15 malam, SP3 boleh melihat kereta tersebut dengan jelas disebabkan oleh kerana jalan tersebut diterangi oleh cahaya lampu jalan. SP3 telah mendekati kereta tersebut, dan mendapati hanya OKT seorang diri di dalam kereta di bahagian pemandu. Pada masa itu juga, enjin kereta tersebut berada di dalam keadaan masih hidup. Seterusnya SP3 telah mematikan enjin kereta terserbut. [31] Kemudian, SP3 telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis kepada OKT dengan menunjukkan kad kuasa polis. Berdasarkan kepada keterangan SP3, OKT telah menunjukkan reaksi terkejut apabila ditahan oleh SP3. Seterusnya, SP3 telah meminta OKT untuk keluar dari kereta tersebut, lantas membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan OKT. Tiada barang salah ditemui. [32] SP3 seterusnya melakukan pemeriksaan di bahagian dalam kereta tersebut dengan disaksikan oleh OKT. Di dalam kereta tersebut, SP3 telah menjumpai barang salah seperti mana dalam pertuduhan. Bagi menunjukkan lokasi barang salah ditemui, SP3 telah membuat tandaan ‘Y’ di dalam salinan gambar (P5(8) (1-17) dengan lebih jelas tempat yang dinyatakan. Selanjutnya, SP3 juga telah menyatakan kepada Mahkamah bahawa semasa SP3 membuat pemeriksaan tempat duduk di bahagian pemandu kereta tersebut, SP3 telah menolak kerusi kereta bahagian pemandu ke-belakang sedikit dan seterusnya SP3 telah menjumpai P13. P13 ditemui berada di dalam keadaan mulut plastik ditekap ke bawah. SP3 telah ambil plastik tersebut dan mengeluarkannya satu persatu di hadapan OKT. Ia adalah plastik yang sama dikemukakan di Mahkamah. [33] Pemeriksaan lanjut di dalam kereta tersebut, SP3 juga telah menjumpai baju berwarna merah (P15), sepasang kasut berwarna coklat jenama Dr Cardin (P16) dan Sijil Daftar Perkahwinan OKT (P17). Eksibit-eksibit ini kemudiaannya telah dirampas oleh SP5 semasa menjalankan siasatan ke atas kereta tersebut. [34] Hasil siasatan dan carian yang dilakukan oleh SP5 di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ), mendapati Proton Wira yang dipandu oleh OKT didaftarkan atas nama OKT sendiri. Salinan carian kenderaan JPJ telah dikemukakan oleh Pendakwaan melalui SP5 di Mahkamah dan telah dieksibitkan di Mahkamah sebagai P23. [35] Oleh itu Mahkamah ini telah berpuashati dengan bersandarkan kepada keterangan secara langsung dan keterangan dokumentar yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwaan, OKT mempunyai milikan, jagaan dan kawalan terhadap P13 yang dijumpai di bawah tempat duduk pemandu. Terdapat cukup keterangan menunjukkan bahawa OKT mempunyai kawalan penuh terhadap kereta tersebut dan dadah berbahaya yang dijumpai – (a) SP3 jelas melihat OKT di dalam kereta dengan dibantu dengan pencahayaan yang terang pada masa kejadian; (b) Tiada orang lain bersama-sama OKT di dalam kereta; (c) Enjin kereta masih hidup semasa OKT ditahan oleh SP3; (d) Tiada orang mendekati kereta tersebut semasa kejadian; (e) Tempat dadah berbahaya ditemui di bawah tempat duduk pemandu – keadaan ini menguatkan inferens bahawa jarak yang sangat dekat antara barang kes dan OKT membolehkan OKT untuk mengakses, mengubah dan melupuskan dadah tersebut dengan mudah. (f) OKT sedang duduk di bahagian pemandu semasa OKT ditahan oleh SP3; (g) Carian milikan kenderaan JPJ mengesahkan OKT adalah pemilik kereta; (h) Sijil Daftar Perkahwinan (P17) yang merekodkan nama OKT dan isteri turut dijumpai di dalam kereta tersebut. (i) Terdapat baju (P15) dan kasut (P16) turut dijumpai di dalam kereta tersebut adalah berpadanan dengan OKT setelah proses acupakai. [36] Oleh yang demikian Mahkamah mendapati bahawa semasa SP3 menahan Proton Wira tersebut OKT-lah mempunyai kawalan ke atas kereta tersebut. Ditambah pula dengan keadaan OKT yang kelihatan terkejut semasa dihampiri dan ditanya oleh SP3, adalah satu reaksi ‘dead give away’ yang menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan adanya dadah berbahaya di dalam kereta tersebut. [37] Secara keseluruhannya Mahkamah ini telah berpuas hati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT di peringkat Pendakwaan. ISU-ISU BERBANGKIT (1) LOKASI DADAH YANG DIJUMPAI ADALAH BERBEZA SEPERTIMANA YANG DIDAKWA OLEH PIHAK PEMBELAAN [38] Acap kali pihak Pembelaan telah mencabar saksi-saksi Pendakwaan terutamannya SP3 dan SP5 semasa sesi soal balas, bahawa dadah berbahaya iaitu P13 sebenarnya telah dijumpai di bahagian enjin kereta dan bukannya di bawah tempat duduk pemandu. Perdebatan Pembelaan ini dimomokkan dengan pengemukaan sesalinan resit ‘Cash Bill’ (IDD24) daripada ‘Double’s Car Sevice Centre’ bertarikh 12.3.2022. Ini merupakan tarikh yang sama OKT ditahan oleh SP3. [39] Bagi isu ini, Mahkamah ingin merujuk kepada keterangan SP3 semasa SP3 mendekati kereta tersebut, SP3 mendapati enjin kereta tersebut dalam keadaan ‘running” dan lazimnya dalam keadaan panas. OKT pula di dapati berada di tempat duduk pemandu. Inferens jelas daripada keadaan ini ialah OKT merupakan pemandu kepada kereta tersebut dan kunci kereta sewajarnya berada di bahagian pencucuh enjin. Kemudian, SP3 telah menggunakan kunci yang berada di bahagian pencucuh enjin, untuk mematikan enjin kereta tersebut. [40] Suka Mahkamah ini untuk merujuk kepada P7 (1-5) iaitu gambar yang merekod keadaan tiga (3) lapisan plastik di mana terkandungnya barang kes dadah dan dipasangkan dengan keterangan SP3 berkenaan keadaan barang kes semasa dijumpai. Berkenaan hal ini, prinsip asal dalam sains bagi bahan mudah terbakar adalah relevan untuk diulangkaji. Plastik merupakan bahan yang diperbuat daripada bahan yang bersifat organik di mana ia sangat mudah menyala atau terbakar apabila terkena haba. Plastik adalah bahan mudah terbakar. Barang kes di dalam kes ini juga adalah plastik. [41] Sekiranya benar P13 dijumpai di bahagian enjin kereta disebabkan ada orang lain yang meletakkannya di situ semasa kereta berada di bengkel, maka, sifat lazim plastik yang mudah terbakar sepatutnya plastik tersebut akan mengalami kerosakan atau melecur akibat tindak balas enjin yang panas apabila enjin dihidupkan. [42] Sebaliknya P13 yang dikemukakan di Mahkamah semasa bicara berada di dalam keadaan yang sangat baik dan tidak ada langsung kesan rosak seperti kesan lecuran. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Pembelaan ini adalah sesuatu yang direka-reka dan mustahil. Dengan mengambil kira keadaan barang kes semasa ditemui (P7 (1-5), keadaan barang kes yang dikemukakan di Mahkamah dan keterangan SP3, Mahkamah mendapati Pembelaan telah gagal untuk mewujudkan keraguan dengan percubaan mereka untuk menyatakan bahawa dadah dijumpai enjin kereta dan bukannya di bawah tempat duduk pemandu. ISU-ISU BERBANGKIT (2) KERETA TERSEBUT (PROTON WIRA) BAHARU SAHAJA KELUAR DARI BENGKEL KERETA SEBELUM DITAHAN OLEH SP3 [43] Isu ini dibangkitkan dengan pengemukaan sesalinan resit pembayaran ‘Cash Bill’ (IDD24) daripada ‘Double’s Car Sevice Centre’ (bengkel kereta tersebut) bertarikh 12.3.2022 iaitu tarikh sama serbuan. Inferens buruk yang diketengahkan di sini ialah terdapat orang lain selain OKT mempunyai kawalan terhadap kereta semasa di bengkel dan orang inilah yang telah meletakkan dadah P13 di bahagian enjin kereta tersebut sebelum OKT mengambil kereta. [44] Namun begitu ketulenan ‘Cash Bill’ (IDD24) tersebut adalah diragui memandangkan ia dikemukakan tanpa mengikut peruntukan di bawah Akta Keterangan 1950 dalam menerima keterangan dokumentar. Oleh kerana ‘Cash Bill” ini hanya timbul pada masa kes ini dibicarakan di Mahkamah dan tidak pernah diberitahu oleh OKT semasa OKT ditangkap mahupun semasa percakapan beramaran di bawah seksyen 113 KTJ diambil oleh pihak polis, maka siasatan lanjut terhadap ‘Cash Bill’ tersebut tidak dapat dibuat oleh polis atau SP5. [45] Pada masa yang sama, pembuat dokumen juga tidak pernah dipanggil oleh Pembelaan untuk mengesahkan Cash Bill tersebut. Rujukan kepada Public Prosecutor v Dato’Sri Mohd Najib bin Hj Abdul Razak [2020] 11 MLJ 808 oleh Mohd Nazlan J – [1095]The law is that in order to establish truth of the contents of any document, the said document must be testified by the maker of the document. Failing this, there is no proof as to the truth of the contents of the document which must remain as hearsay. [1096]This position was made clear in the case of Allied Bank (Malaysia) Bhd v Yau Jiok Hua [1998] 6 MLJ 1 where Augustine Paul J (as he then was) held thus: It is settled law that where a document is sought to be proved in order to establish the truth of the facts contained in it, the maker has to be called (see R v Gillespie (1967) 51 Cr App Rep 172; R v Plumer (1814) R & R 264; Hill v Baxter [1958] 1 QB277;RvMoghal (1977) Crim LR 373). Non-compliance with this rule will result in the contents of the documents being hearsay. [46] Seterusnya wajib Mahkmah merujuk kepada kes tersohor iaitu Public Prosecutor v Datuk Haji Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ180 at p 183 oleh Abdoolcader J (as he was then) berhubung pengemukaan keterangan dokumentar di Mahkamah – It is necessary to refer to certain exhibits which have been put in the course of these proceedings for identification but have not in fact been proved as they should have been and are accordingly not exhibits in the strict sense and cannot therefore form part of the record in this case, namely, D41 and D43 which were both put in for identification only and which are the audited accounts and annual report of the Bank for the years 1973–1974 and 1972 respectively. As these two exhibits have not been proved and properly admitted as such, they must in the ultimate analysis be discounted and I shall accordingly disregard references to them and also all oral testimony as well adduced in relation thereto … [47] Berbalik kepada kes bicara ini, Mahkamah mendapati “Cash Bill” itu juga dieksibitkan sebagai IDD dan bukannya D di mana hanya berfungsi sebagai rujukan tetapi bukanlah sebagai eksibit yang boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah. Rujukan kes-kes terdahulu mewajarkan keterangan itu bertindak sebagai keterangan dengar cakap / hearsay sahaja, maka, Mahkamah dengan ini menolak keterangan tersebut. [48] Arakian, rujukan kepada Basil Omar v PP [2002] 4 CLJ 418; [2002] 4 MLJ 418 yang menyatakan : “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket it lying in front of him on a table. It must be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” [49] Daripada keterangan sedia dan keterangan lain yang mengelilingi fakta kes ini, inferens yang dapat dibuat oleh Mahkamah ini adalah tiada langsung kewujudan akses orang lain selain OKT terhadap barang kes P13. P13 yang mengandungi dadah Heroin tersebut, telah diletakkan sendiri oleh OKT di bawah tempat duduk itu semasa OKT memandu kereta tersebut sehinggalah OKT ditangkap oleh SP3. Oleh yang demikian Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT mempunyai milikan terhadap dadah tersebut dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan, menggunakan dan melupuskan dadah tersebut jika perlu. ANGGAPAN MENGEDAR DI BAWAH SEKSYEN 37(da) ADB [50] Merujuk kepada SP2, barang kes yang dianalisa mengandungi berat bersih 19.3 gram dadah berbahaya jenis Heroin. Oleh yang demikian pemakaian anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 adalah terpakai terhadap OKT. Berat bersih dadah yang dianalisa iaitu 19.3 gram dadah berbahaya jenis Heroin ini telah melebihi berat minimum yang disenaraikan di bawah seksyen 37(da)(i) ADB1952 iaitu 15 gram. Jelaslah, anggapan pengedaran ini terpakai terhadap OKT. Peruntukan seksyen 37(da)(i) ADB 1952 diperturunkan seperti berikut: “Presumptions. 37. In allproceedings under this Act or any regulation made thereunder- … (da) any person who is found in posession of- (i) 15 grammes or more in weight of heroin; Otherwise then in accordence with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until contrary is proved, to be trafficking in the said drug;” [51] Bagi kuantiti dadah berbahaya yang melebihi 15 gram, adalah mustahil untuk dikatakan ia untuk kegunaan sendiri oleh OKT. Mahkamah berpuas hati bahawa kuantiti sebanyak 19.3 gram dadah berbahaya jenis Heroin ini adalah bagi tujuan pengedaran. [52] Akhirnya, Mahkamah mendapati satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan terhadap OKT dan seterusnya Mahkamah memanggil OKT untuk membela diri. Daripada tiga (3) pilihan yang diberikan kepada OKT, OKT memilih untuk memberikan keterangan bersumpah. Pihak pembelaan telah memanggil OKT sebagai SD1 dan Sarjan Mohd Yusri Bin Mohamad Razak sebagai SD2 sebagai saksi pembelaan. KES PEMBELAAN DAPATAN MAHKAMAH [53] Mahkamah ini telah merujuk kepada beberapa kes terdahulu bagi membantu Mahkamah ini dalam membuat pertimbangan sama ada satu keraguan munasabah telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pembelaan terhadap Pendakwaan yang telahpun berjaya membuktikan kes mereka di peringkat Pendakwaan. [54] Merujuk kepada kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, beban yang perlu dibuktikan oleh OKT adalah untuk menimbulkan keraguan munasabah : “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt at the conslusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence”. [55] Rujukan juga kepada kes Ganapathy Rengasamy v. Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1 (MP), diputuskan oleh Shaik Daud Ismail JCA dalam penghakiman bertulisnya menyatakan seperti berikut – “The burden on the prosecution throughout is to prove their case beyond a reasonable doubt (see Arulpragasan v. PP [1996] 4 CLJ 597.) But, once the prosecution had proved that appellant had custody or control of the bag containing the drugs in question, then by s. 37(d) of the Act, he was deemed to have been in possession of such drugs and to have known the nature of such drugs, and so, the onus had shifted to him, to prove the contrary, on the balance of probabilities. (See PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC)”. [56] Selain itu, Mahkamah Agung di dalam kes Ng Chai Kem Lwn. PP [1994] 2 CLJ 593 oleh Wan Yahya bin Pawan Teh HMA menyatakan seperti berikut: “Di dalam kes rayuan dihadapan kita sekarang, pihak pendakwa juga menggunakan anggapan s.37(da) untuk menetapkan bahawa tertuduh itu adalah seorang pengedar dadah oleh kerana dadah yang dijumpai dalam milikannya melebihi 15 grams Monoacetylmorphine. Oleh yang sedemikian beban untuk membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pengedar dadah adalah dipertanggungkan ke atas tertuduh. Sebagaimana kita sedia maklum, bukanlah tiap-tiap tertuduh yang memiliki dadah seberat yang disebut di s. 37(da)(i) hingga (x) itu adalah benar-benar ataupun semestinya dicela sebagai pengedar dadah. Kadangkala ada juga kemungkinan orang yang memiliki dadah yang berlebihan itu adalah penagih dadah yang menyimpan atau membawa dadah itu untuk kegunaannya sendiri. Dalam keadaan begitu bebanan untuk mematahkan anggapan di bawah s. 37(da) itu beralih kepada pemilik dadah itu dan dia hendaklah menyakinkan Mahkamah di atas kadar imbangan keberangkalian - iaitu suatu kadar beban membukti yang ringan daripada yang dikehendaki daripada kes pendakwa - (Lihat PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89), bahawa dia adalah seorang penagih dan bukannya seorang pengedar. Seksyen 37(da) bukanlah suatu anggapan undang-undang yang tak boleh dipatahkan dan oleh sebab itu apabila pihak pembelaan mencabar atau memasukkan keterangan yang bertentangan atau boleh disifatkan sebagai berlainan dengan anggapan pengedaran, maka adalah manjadi tanggungjawab Mahkamah untuk menimbang keterangan-keterangan ini untuk menentukan samada pihak pembela berjaya mematahkan anggapan itu.” DAPATAN MAHKAMAH BERKENAAN KETERANGAN DAN PEMBELAAN OKT KETERANGAN BERSUMPAH SD1 – THABRINO A/L ALEXIUS (OKT) [57] SD1 (OKT) mengatakan pada 12.3.2022, OKT telah ditangkap oleh polis semasa OKT di dalam perjalanan menuju ke rumahnya di kawasan Perling. OKT sedang memandu kereta miliknya iaitu Proton Wira No Pendaftaran PEW 9437. Pada tarikh kejadian, OKT telah membawa kereta tersebut ke bengkel kereta dari jam 3.00 petang sehingga OKT mengambil semula kereta tersebut pada sekitar jam antara 6.50 petang sehingga 7.00 petang. Kereta tersebut di hantar ke bengkel untuk tujuan ‘service break fluid’. OKT telah berjumpa dengan kawannya yang bernama Praba untuk meminjam ‘motorbike’ atau kereta Praba. [56] Tangkapan oleh polis telah berlaku terlebih dahulu di rumahnya sebelum ditahan oleh SP3 di tempat kejadian. OKT mengesahkan bahawa semasa OKT ditahan enjin kereta Proton Wira tersebut masih hidup. Berkenaan penemuan dadah tersebut, OKT menegaskan bahawa dadah tersebut telah dijumpai di bahagian enjin keretanya dan bukannya dijumpai di dalam kereta di bawah tempat duduk pemandu seperti yang dinyatakan oleh SP3. KETERANGAN BERSUMPAH SD2 – SARJAN MOHD YUSRI BIN MOHAMMAD RAZAK [57] Keterangan SD2 menyatakan bahawa pada 12.3.2022, SD2 telah diarahkan untuk menyertai serbuan di tempat kejadian di mana diketuai oleh SP3. Sebaik sahaja sampai di tempat kejadian, SP3 telah mendekati kereta Proton Wira No Pendaftaran PEW 9437. Dalam serbuan ini, SD2 berperanan untuk mengawal keadaan sekeliling tempat kejadian di mana OKT bersama kenderaan Proton Wira ditahan. [58] SD2 menyatakan semasa pemeriksaan dijalankan terhadap kereta tersebut, OKT telah dikawal oleh seorang anggota untuk melihat proses pemeriksaan oleh SP3. SD2 menyatakan juga bahawa pemeriksaan badan yang dilakukan oleh SP3 tidak menjumpai apa-apa barang salah. Seterusnya pemeriksaan lanjut di dalam kereta juga dilakukan tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah. [59] SD2 menyatakan pemeriksaan yang dilakukan oleh SP3 di bahagian enjin kereta telah menjumpai satu kain buruk dan plastik hitam sebelah enjin kereta. Plastik hitam tersebut dijumpai di bahagian enjin sebelah bateri kereta di sebelah kanan dan ditutup dengan kain buruk. [60] SD2 mengatakan bahawa SP3 telah membuat laporan polis dan pada masa laporan polis tersebut dibuat, SD2 tidak ada bersama-sama SP3. SD2 mengatakan bahawa rakaman percakapan yang diberikan oleh SD2 kepada SP5 bukanlah rakaman percakapan yang telah diberikan oleh SD2. Sebaliknya SP5 telah memberikan satu rakaman percakapan yang telah siap dan SD2 hanya menurunkan tandatangannya sahaja tanpa diterangkan atau dibacakan kandungannya semula oleh SP5 kepada SD2. PROSIDING MENCABAR KEBOLEHPERCAYAAN / ‘IMPEACHMENT PROSIDING’ SD2 [61] Sebaik sahaja SD2 selesai memberikan keterangan di peringkat pemeriksaan utama, Pendakwaan telah memohon kepada Mahkamah untuk memulakan prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi di bawah seksyen 155(c) Akta Keterangan 1950. Ini adalah kerana terdapat percanggahan material di antara keterangan lisan SD2 di Mahkamah dengan keterangan bertulis yang direkodkan oleh SP5 terutamanya berkenaan lokasi sebenar P13 dijumpai. [62] Apabila disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya terpelajar (TPR) berkenaan rakaman percakapannya, SD2 memaklumkan bahawa rakaman percakapan yang telah dirakam oleh SP5 bukanlah rakaman percakapnnya. Sebaliknya SD2 hanya diminta untuk mendandatangani salinan rakaman percakapan tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya. [63] Berkenaan hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada prinsip undang-undang dalam mencabar kebolehpercayaan saksi yang telah digariskan oleh Hakim Taylor di dalam kes Muthusamy v PP [1948] 1MLJ 57, iaitu: (a) minor differences, not amounting to discrepancies, (b) apparent discrepancies, (c) serious discrepancies, and (d) and material contradiction.” [64] Setelah Mahkamah meneliti rakaman percakapan SD2 yang dikemukakan oleh Pendakwaan (telah digariskan dengan warna merah), Mahkamah ini berpuas hati bahawa terdapat percanggahan yang besar / material, (rujukan para (d) kes Muthusamy) ‘material contradiction’ antara keterangan lisan SD2 dan rakaman percakapan SD2. Mahkamah ini seterusnya telah membenarkan prosiding mencabar kebolehpercayaan SD2 dimulakan dengan mengadakan bicara di dalam perbicaraan / ‘trial within the trial’ (TWT). [65] Pendakwaan selanjutnya telah memanggil semula SP5 iaitu Pegawai Penyiasat kes ini sebagai TWT-SP1. Dalam keterangannya, TWT-SP1 menyatakan bahawa pada 13.3.2022 jam 1.30 petang, SD2 telah dipanggil untuk memberikan rakaman percakapannya berkaitan serbuan pada 12.3.2022, di pejabat BSJN IPD JBU. TWT-SP1 terlebih dahulu menerangkan dan membacakan peruntukan seksyen 112 KTJ kepada SD2 dan SD2 faham terhadap peruntukan seksyen tersebut. Selanjutnya TWT-SP1 telah menyatakan seperti berikut: “(a) Saya telah bertanyakan kepada Sarjan Yusri, selepas suspek berjaya ditahan apakah tindakannya. Sarjan Yusri telah menjawab bahawa mereka telah menjalankan pemeriksaan fizikal suspek, tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah. (b) Pemeriksaan pada bawah kerusi tempat duduk pemandu motokar no PEW 8437 dengan disaksikan oleh suspek menjumpai 1 bungkusan hitam ditanda NA. Pemeriksaan lanjut di dalam bungkusan plastik tersebut menjumpai bungkusan plastik lutsinar bertulis Gianuo ditanda NA1 di dalamnya terdapat 1 bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan-ketulan putih disyaki dadah jenis Heroin ditanda NA2, anggaran berat 455.00 gram. (c) Turut dijumpai di dalam motokar 1 gugus kunci rumah berserta akses kad ditanda NA3. Turut dirampas daripada penama wang tunai bercampur-campur RM355.00. (d) Dadah tersebut telah dijumpai oleh SP3 (Inspektor Akmal) di bawah tempat duduk pemandu kereta. (e) Secara keseluruhannya rakaman percakapan SD2 adalah dicatat sebanyak 3 muka surat.TWT-SP1 telah bertanya pada SD2 sama ada SD2 bercakap benar dan TWT-SP1 juga bertanya sama ada SD2 ingin menukar percakapannya atau ingin membuat apa-apa pindaan, dan SD2 menjawab dia tidak mahu menukar atau meminda percakapannya. (f) Rakaman percakapan SD2 berlangsung selama lebih kurang 1 jam dan telah selesai pada jam 2.00 petang.” [66] Semasa TWT-SP1 ini disoal balas oleh Peguam, soalan yang diajukan kepada TWT-SP1 bahawa semasa rakaman percakapan terhadap SD2 dan anggota serbuan yang lain dibuat, mereka telah menyatakan ‘ikut report’. ‘Ikut report’ yang dimaksudkan di sini adalah mengikut laporan tangkapan OKT P18 yang dibuat oleh SP3. Penjelasan daripada TWT-SP1 berkenaan hal ini ialah, SD2 dan anggota serbuan yang lain yang telah memintanya untuk ikut report, maka TWT-SP1 telah mengikut laporan tangkapan P18 lalu dijadikan rakaman percakapan mereka. Sungguhpun begitu, rakaman percakapan tersebut telah dibacakan semula kepada SD2, dan SD2 juga telah memberikan persetujuan dengan menganggukkan kepala serta menurunkan tandatangannya di setiap helaian rakaman percakapan tersebut. TWT-SP1 seterusnya menjelaskan bahawa TWT-SP1 ada bertanya kepada SD2 sama ada mahu membuat pindaan terhadap rakaman percakapan tersebut, SD2 menjawab ‘tidak’. [67] Seterusnya, Peguam telah berhujah bahawa terdapatnya tokok tambah daripada TWT-SP1 di dalam rakaman percakapan SD2 itu. Hasil daripada tokok tambah itu, rakaman percakapan SD2 itu bukanlah sepertimana rakaman percakapan yang diberikan oleh SD2. Hujahan Peguam OKT ini agak keras apabila melibatkan integriti pegawai beruniform, lebih-lebih lagi di dalam kes melibatkan pengedaran dadah. [68] Dalam hal ini, Mahkamah berpandangan bahawa demenour / /tingkah laku SD2 perlulah diambil serius, di mana SD2 dilihat menggangguk tanda setuju terhadap percakapan yang telah dirakam oleh TWT-SP1. SD2 tidak meminda mana-mana ayat atau pernyataan. Dalam keadaan SD2 pada ketika itu, jika SD2 tidak bersetuju dengan rakaman percakapan yang telah direkodkan, SD2 mempunyai peluang dan ruang untuk meminda dan menukar pernyataannya. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. SD2 telah menurunkan tandatangannya dan sekaligus mengiyakan rakaman percakapan itu. Akibat daripada tindakan ini, SD2 tidak boleh sewenang-wenangnya menyatakan rakaman percakapan yang dikemukakan adalah palsu atau ditokok tambah. Sesalinan rakaman itu telah dikemukakan di Mahkamah dan dirujuk kepada SD2. [69] Sebagai anggota polis, sewajarnya SD2 tahu bahawa SD2 tidak boleh dengan mudahnya menurunkan tandatangan ke atas apa-apa dokumen lebih-lebih lagi pernyataan yang dibuat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 ini. Tidak ada keterangan yang mencadangkan bahawa SD2 telah dipaksa untuk bersetuju dan dipaksa untuk menurunkan tandatangannya. [70] Rujukan kepada kes PP v Razeiman Bin Razli [2020] 1 CLJU 2121, yang telah diputuskan oleh YA Dr Shahnaz Binti Sulaiman : [68] In this regard, subsection 112(5) of the Criminal Procedure Code provides: “Section 112. Examination of witnesses by police. (5) A statement made by any person under this section shall, whenever possible, be taken down in writing and signed by the person making it or affixed with his thumb print as the case may be, after it has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any corrections he may wish.” [69] This provision allows a witness making a statement to be given the opportunity to make alterations or amendments to the statement. [See: Tan Choon Huat v. PP [1991] 3 MLJ 230]. [71] Merujuk kepada keputusan kes Razeiman Bin Razli ini, Mahkamah berpandangan bahawa keterangan TWT-SP1 adalah konsisten dan tidak bercanggah dengan SD2 iaitu keterangan yang dicatat di dalam percakapan adalah sepertimana di dalam laporan tangkapan P18. Percakapan tersebut telah dibaca semula oleh TWT-SP1 kepada SD2 dan SD2 tidak mahu meminda pernyataannya dan seterusnya menurukan tandatangan di setiap muka surat rakaman percakapan tersebut. Oleh itu adalah wajar pada tahap ini, Mahkamah ini membuat kesimpulan bahawa bahawa pernyataan di dalam rakaman percakapan tersebut adalah rakaman percakapan yang telah diberikan oleh SD2 secara sukarela dan tanpa apa-apa paksaan kepada TWT-SP1. [72] Berbalik kepada keterangan SD2, Mahkamah ini mendapati terdapat percanggahan yang material di dalam rakaman percakapan SD2 dengan keterangannya di Mahkamah. Mahkamah ini mendapati demenour SD2 adalah tidak konsisten dengan pernyataanya yang telah direkodkan. Mahkamah ini mendapati SD2 secara diam-diam telah bertindak ‘seperti gunting dalam lipatan’. Mahkamah mendapati SD2 merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dan telah beraninya memberikan keterangan palsu di Mahkamah. Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah menolak secara total keterangan SD2. [73] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2004] 3 CLJ 737 seperti berikut: “ Thirdly, the effect of impeachment seems very harsh. Not only whole evidnece will be disregarded, he is also liable to prosecution for perjury. On the question whether, where a witness is impeached, his whole evidence is to be disregarded, there appears to be conflicting decisions in our courts. ........ The points is, if we accept the view prior to Mohd Ali bin Awang (supra), which we should, in view of Munusamy (supra, a Federal Court judgement, then the effect of an impeachment order, if made against Azizan would be very drastic. Not only that, he may event subject to prosecution.” [36] In the case of PPv Munusamy (supra), the Federal Court stated this: ‘PW16, an immigration officer attached to Malacca was impeached. The learned Magistrate ruled that his evidence was to be ignored totally.... After the ruling mada by the learnend Magistrate, PW16 was no longer a witness for the prosecution in the real sence of the word for his evidence no longer constituted any part of the prosecution case.’ [37] ......Here the learned judge in assingining no weight to the evidence of DW2 and DW3 relied on where a witness’ credit has been impeached, his evidence becomes worthless. We may add that a similar approach was adpoted by Abdoolcader J in Public Prosecutor v. Datuk Haji Harun bin Haji Idris [1987] 1 MLJ 180. We are therefore unable to agree with the submission of the learned counsel for the appeallant that the learned judge had misdirected himself on this part of the case.” [74] Keputusan ini dibuat bersandarkan kepada fakta bahawa percanggahan keterangan SD2 ini adalah material dan tidak wajar diterima masuk sebagai keterangan. Percanggahan keterangan tersebut amatlah tidak konsisten dengan rakaman percakapannya dan saling bercanggah di antara satu sama lain. B e r t a m b a h m a l a n g a p a b i l a p ercanggahan ini gagal diperjelaskan dan dipertahankan oleh Pembelaan. Merujuk kepada kes PP v. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Abdul Razak [2020] 11 MLJ 808, telah memutuskan bahawa jika terdapat apa-apa percanggahan di dalam keterangan saksi-saksi, maka adalah wajar percanggahan itu diperjelaskan oleh pihak pembelaan. Dalam hal ini tiada penjelasan ditawarkan kepada Mahkamah. [75] Akhirnya, Mahkamah telah mempertimbangkan keterangan SD2 secara keseluruhannya di peringkat pembelaan ini dan kesan daripada prosiding ‘perbicaraan di dalam perbicaraan’. Mahkamah ini telah memutuskan bahawa percakapan tersebut sahih diberikan oleh SD2. Oleh itu Mahkamah ini mendapati keterangan yang telah diberikan oleh SD2 adalah bertentangan dan tidak konsisten. Oleh itu, Mahkamah dengan ini menolak secara total keterangan SD2 di Mahkamah ini. [76] Disebabkan oleh hal ini, Mahkamah mendapati SD2 bukanlah seorang saksi yang layak/competent kerana secara lancangnya berbohong dan memberikan keterangan palsu di Mahkamah ini. Dengan itu, telah runtuhnya kes pembelaan pada peringkat ini. PEMBELAAN OKT BERSIFAT PEMIKIRAN TERKEMUDIAN / AFTERTHOUGHTS [77] Di peringkat Pembelaan ini, Mahkamah perlu mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dalam menilai keterangan yang dikemukakan. Dalam kes ini saksi yang dikemukakan adalah OKT selaku SD1 dan SD2, iaitu salah seorang anggota serbuan yang turut hadir pada hari kejadian. Walaupun saksi-saksi ini memberikan keterangan bersumpah, Mahkamah masih perlu berhati-hati dalam mengambilkira dan menimbangkan penerimaan masuk (‘admissibility’) keterangan mereka. [78] Penelitian oleh Mahkamah mendapati bahawa sebahagian pembelaan yang dikemukakan ini merupakan suatu keterangan baru. Merujuk kepada Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154 di muka surat 167 seperti berikut: “[63] Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite law that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case.” [79] Benar, di peringkat Pendakwaan Peguam OKT telah menyoal balas SP3 dan SP5 berkenaan lokasi barang kes ditemui. Dicadangkan kepada SP3 bahawa barang dijumpai di enjin kereta berdekatan bateri, bukannya di bawah tempat duduk pemandu. SP3 tidak bersetuju dengan cadangan ini. Seterusnya semasa SP5 disoal balas, Peguam telah mengemukakan satu cash bill. Hal ini telah dibincangkan semasa kes Pendakwaan. Cash bill ini dikemukakan pertama kali semasa SP5 disoal balas. Memandangkan ia hanya dikemukakan semasa pemeriksaan balas, SP5 semestinya tidak mempunyai peluang untuk melakukan siasatan. [80] Seterusnya, di peringkat pembelaan ini, Pembelaan menggunapakai keterangan cash bill ini sebagai keterangan pembelaan bahawa kereta tersebut telah diambil oleh OKT pada tarikh kejadian daripada ‘Double Car Service Center’. Mahkamah bersetuju dengan Pendakwaan bahawa pembelaan ini merupakan satu afterthoughts apabila ia hanya dikemukakan semasa di Mahkamah, tambahan pula semasa SP5 iaitu Pegawai Penyiasat memberi keterangan. [81] Seterusnya Mahkamah mendapati bahawa keterangan pembelaan bahawa P13 dijumpai di enjin kereta iaitu di bahagian bateri kereta juga merupakan satu percubaan yang lahir daripada satu pemikiran terkemudian apabila ia tidak pernah dikemukakan di peringkat awal Pendakwaan. Mahkamah mendapati keterangan ini telah sengaja direka-reka oleh Pembelaan berkenaan lokasi P13 tersebut dijumpai memandangkan usaha untuk menimbulkan keraguan terhadap kes Pendakwaan telah gagal. Kesinambungan daripada pemikiran ini, seandainya benar P13 dijumpai di bahagian enjin kereta sudah pasti terdapat kesan rosak, lecur dan terbakar terhadap P13 memandangkan sifat organik plastik mudah melecur apabila terkena haba/api. [82] Sekali lagi Mahkamah merujuk kepada keadaan plastik tersebut dan gambar yang dirakam sejurus selepas rampasan. Tiada sebarang kesan rosak atau lecur kelihatan. Plastik kelihatan elok dan kekal bentuknya (P5(1-7). [83] Fakta lain yang tidak dapat disangkal oleh pihak Pembelaan juga adalah pada masa SP3 menahan OKT, enjin kereta sememangnya sedang hidup dan enjin kereta telah dimatikan oleh SP3 dengan menggunakan kunci kereta tersebut. Sepatutnya P13 tidak akan kelihatan sempurna sepertimana diekshibitkan di Mahkamah semasa bicara. [84] Jika pihak pembelaan masih berpaksikan kepada keterangan mereka bahawa P13 sebenarnya telah dijumpai di bahagian bateri kereta, ada kemungkinan juga P13 akan terjatuh ke atas jalan raya semasa kereta itu dipandu oleh OKT dari bengkel sehinggalah ke tempat kejadian. Namun bukan itu yang terjadi. [85] Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas, Mahkamah dengan ini mendapati keterangan-keterangan yang dikemukakan olah kedua-dua saksi pembelaan ini adalah sesuatu yang direka-reka. Lebih mengharukan lagi, keterangan tersebut tidak disokong. [86] Sungguhpun tugasan penting Pembelaan di akhir kes Pembelaan hanya satu, iaitu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan, namun setiap keterangan yang diberi masih memerlukan penelitian maksimum oleh Mahkamah. Malangnya, sehingga Pembelaan menutup kes, pembuktian sepertimana yang dinyatakan oleh SD1 dan SD2 gagal dikemukakan. [87] Disebabkan oleh itu, Mahkamah ini mendapati keterangan saksi-saksi pembelaan ini merupakan fikiran terkemudian / “afterthoughts”. Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa keterangan tersebut tidak boleh diterima pakai di Mahkamah seharusnya ditolak. Oleh itu, Mahkamah tidak dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa pembelaan OKT ini adalah tidak masuk akal dan sengaja direka-reka. KETERANGAN OKT ADALAH PENAFIAN SEMATA-MATA / ‘BARE DENIAL’ [88] Selain daripada itu, Mahkamah juga mendapati pembelaan OKT juga bersifat penafian semata-mata atau ‘bare denial’. Pembelaan telah mengemukan resit pembayaran ‘cash bill’ (IDD24) dari bengkel Double Car Service Centre tanpa memanggil pemilik bengkel untuk memberikan keterangan. Keterangan dari pemilik bengkel ini adalah material bagi mengiyakan kesahihan IDD24, seraya mengesahkan keterangan bahawa OKT ada menghantar kereta tersebut ke bengkel pada kejadian. Menggunapakai prinsip di bawah Akta Keterangan 1950, cash bill tersebut tidak wajar dijadikan eksibit Mahkamah, lantas ia ditandakan sebagai IDD24, iaitu pengecaman sahaja. [89] Walaubagaimana pun, sehingga Pembelaan menutup kes, IDD24 kekal sebagai IDD24 dan bukannya P24 dek kerana kegagalan mengemukakan pembuat dokumen tersebut di Mahkamah. Kegagalan ini telah mengesahkan fakta kes Pendakwaan bahawa semasa kejadian, kereta tersebut telah dipandu oleh OKT seorang diri sehinggalah OKT ditahan oleh SP3. Keterangan bahawa kereta tersebut telah diambil daripada bengkel adalah sesuatu yang direka-reka. [90] Berkenaan IDD24, walaupun fizikalnya wujud, namun, ia bukanlah satu keterangan yang wajar diterima masuk sebagai eksibit apabila kandungannya menceritakan perihal yang sengaja diada-adakan Oleh itu, tindakan Pembelaan mengemukakan IDD24 berfungsi sebagai penafian semata-mata. [91] Rujukan kepada kes Public Prosecutor v. Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 di muka surat 326, memutuskan seperti berikut: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient. A magistrate is, of course, entitled to believe a witness at a trail but a general references to the demeanour of witnesses without more, gives rise to suspicion that an attempt is being made to bolster up a verdict which is contrary not only to the weight of evidence but to the probabilities and which could not be supported on a detailed examination of the evidence.” [92] Seterusnya dalam kes Da Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, Mahkamah Persekutuan di muka surat 195 telah memutuskan seperti berikut berkenaan pembelaan penafian : “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecuiton case against the appellant.” KEPUTUSAN [93] Mahkamah ini setelah menimbangkan secara maksima keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pembelaan dan setelah menghalusi hujahan bertulis/lisan pihak-pihak, maka Mahkamah ini berpendapat: (a) OKT gagal mengakaskan kes prima facie yang telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan di akhir kes Pendakwaan di mana OKT di dapati mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B ADB 1952; dan (b) OKT telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan yang telah dibuktikan diluar keraguan munasabah (‘beyond reasonable doubt’) melalui pembelaannya. Oleh itu OKT mempunyai milikan jagaan dan kawalan serta pengetahuan ke atas dadah seperti mana yang dipertuduhkan terhadap OKT. [94] Kesimpulannya, Mahkamah mendapati OKT bersalah dan disabitkan di atas kesalahan mengedar 19.3 gram dadah jenis Heroin membawa kepada hukuman penjara seumur hidup daripada tarikh tangkap dan 12 sebatan. Bertarikh: 28 APRIL 2026 (SURIYATI HASIMAH BINTI MOHD HASHIM) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Johor Pendakwaraya : Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor Darul Takzim Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar, 79100 Iskandar Puteri Peguam : Tetuan M. Thanakumaran & Shan Unit 7.15, 7th Floor, Menara TJB, No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti, 80000, Johor Bahru, Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.